Thursday, March 31, 2011

Obama yakin pemimpin LIBYA akan tumbang

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam berkata, beliau yakin Muammar Gaddafi akan meletak jawatan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan membekalkan senjata kepada pemberontak yang berusaha menggulingkan pemimpin Libya itu.


Menurut Obama, Gaddafi kian tersepit tetapi pada masa sama berkata, setakat ini belum ada tanda-tanda menunjukkan Gaddafi mahu berunding untuk meninggalkan negaranya meskipun tenteranya berdepan dengan serangan besar-besaran pasukan bersekutu.

Obama berkata demikian ketika diwawancara oleh tiga rangkaian televisyen sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertahankan dasarnya berhubung Libya.


Kenyataan Obama menggambarkan cubaan oleh tentera Amerika dan sekutu Baratnya bagi meningkatkan tekanan terhadap Gaddafi dan tenteranya bagi menggulingkan pemimpin Libya itu.


“Jangkaan kami ialah apabila kita meneruskan tekanan, bukan sahaja menerusi tindakan ketenteraan tetapi juga dengan cara lain, Gaddafi akhirnya akan meletak jawatan,” kata Obama dalam wawancara dengan NBC. Obama, ketika berucap kepada rakyat Amerika Isnin lalu berkata, walaupun beliau akan menggunakan tentera untuk melindungi orang awam, usaha untuk menggulingkan Gaddafi secara paksa akan mengulangi kemusnahan dan kos yang tinggi seperti yang berlaku pada Perang Iraq. - AP

Sumber

2010 - Pembangunan Haram Israel Meningkat 4 Kali Ganda

Sebuah penelitian rasmi yang dilakukan oleh peneliti dari Biro Sensus Palestin mengungkapkan pembangunan pemukiman Israel di tanah Palestin yang diduduki telah meningkat empat kali ganda pada tahun 2010 dibandingkan dengan jumlah pembangunan unit permukiman yang dibangun pada tahun 2009. Eskalasi ini terjadi dalam kegiatan permukiman walaupun Israel mendakwa melakukan pembekuan pembangunan pemukiman selama 10 bulan pada tahun 2010.

Biro Sensus Palestin mengeluarkan pernyataan pada malam tanggal 30 Mac, menyatakan bahawa pada tahun 2010, Israel membangun 6.764 unit rumah untuk pemukim Yahudi di permukiman yang dibangun di Tebing Barat yang diduduki, dan di Jerusalem Timur, lebih tinggi dibandingkan dengan 1.703 unit pemukiman yang dibangun pada tahun 2009.

Peningkatan signifikan dalam pembangunan pemukiman dan perluasan pemukiman terjadi meskipun ada pembekuan 10-bulan pembangunan yang dinyatakan oleh pemerintah pada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada tahun 2010 lalu.

sumber

MESIR - Pilihan Raya Presiden Bulan November

Mesir akan mengadakan pemilihan presiden pada bulan November akan datang, penguasa militer negara itu mengumumkan pada hari Rab (30/3), pada saat mereka berusaha untuk memindahkan kekuasaan secara bertahap ke kepemimpinan yang terpilih dan dipilih oleh rakyat.

Pemilu Presiden akan diselenggarakan dalam waktu satu bulan atau dua bulan dari pilihan raya parlemen yang sudah dijadualkan diselenggarakan pada bulan September, Jenderal Mamduh Shahin, anggota Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata mengatakan kepada wartawan.

Dewan militer berkuasa di Mesir ketika Hosni Mubarak berhenti pada tanggal 11 Februari setelah aksi 18 hari dari protes anti-pemerintah yang berlangsung secara nasional.

Shahin membuat pengumuman tersebut pada ketika dia melancarkan "deklarasi konstitusional" - satu set prinsip-prinsip yang akan memandu bangsa di dunia Arab yang paling padat penduduknya melalui suatu masa transisi hingga terbentuknya sebuah rancangan konstitusi baru yang disetujui.

Dewan ini akan menyerahkan kekuasaan legislatif kepada parlimen bila nanti terpilih pada bulan September dan kemudian memberikan kekuasaan eksekutif kepada presiden baru terpilih, kata Shahin.

"Ketika parlimen dipilih, Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata akan menyerahkan kekuasaan legislatif. Lalu, ketika presiden terpilih, ia akan menyerahkan sisa kekuasaan untuk dia," katanya menegaskan.

Beberapa tokoh profil tinggi, termasuk ketua Liga Arab Amr Mussa dan mantan ketua pengawas nuklear PBB Mohamed ElBaradei, telah menyatakan niat mereka untuk maju menjadi calon presiden Mesir.

Deklarasi konstitusional Rabu lalu juga memasukkan pasal-pasal yang mengurangi pembatasan calon presiden dan membatasi jawatan presiden, yang disahkan dalam referendum awal bulan ini yang menandai jajak pendapat rakyat pertama sejak penggulingan Mubarak.(fq/afp)

sumber

LIBYA: Gaddafi tawan semula Ras Lanuf

ANTARA pemberontak yang meninggalkan Ras Lanuf dengan menaiki pikap.
ANTARA pemberontak yang meninggalkan Ras Lanuf dengan menaiki pikap.

UQAYLA: Tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam menawan Ras Lanuf, bandar minyak penting di Libya, menyebabkan pemberontak meninggalkan bandar itu.

Sementara itu, kuasa dunia masih berbahas mengenai rancangan membekalkan senjata kepada pemberontak yang berusaha menggulingkan pemimpin Libya itu.


Wartawan memetik anggota pemberontak sebagai berkata, tentera Gaddafi menawan Ras Lanuf, bandar strategik yang menjadi pusat penapisan minyak selepas membedil kedudukan pemberontak dengan kereta kebal dan meriam.

Beratus-ratus pemberontak melarikan diri menerusi Uqayla, 20 kilometer ke timur Ras Lanuf. “Kami mahu Perancis mengebom askar Gaddafi,” kata seorang pemberontak, Ali Atia al-Faturi.


Beratus-ratus kereta dan pikap bergegas meninggalkan Uqayla dan Brega, satu lagi bandar penting, kira-kira 240 kilometer ke selatan Benghazi, kubu kuat pemberontak.


“Kami berdepan dengan masalah besar. Kami terpaksa berundur. Tentera Gaddafi melepaskan tembakan roket dan kereta kebal,” kata seorang lagi pemberontak, Salama Dadida.

Selasa lalu, kumpulan penentang Gaddafi itu berada kira-kira 100 kilometer dari Sirte, bandar kelahiran pemimpin Libya itu sebelum berdepan dengan tentangan sengit, sekali gus menggagalkan kemaraan mereka yang dilakukan ketika Britain, Perancis dan Amerika Syarikat mula melancarkan serangan udara pada 19 Mac.


Dalam perkembangan semalam, pemberontak yang berdepan dengan serangan sengit melarikan diri beramai-ramai di jalan pantai yang berdebu dengan kebanyakannya menaiki pikap.

Mereka berkumpul di Ras Lanuf malam kelmarin tetapi tentera Gaddafi melancarkan serangan itu pada waktu subuh. - AP

Sumber

Diskriminasi Islam di AMERIKA

WASHINGTON 30 Mac – Penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) berhadapan diskriminasi agama yang semakin meningkat di tempat kerja dan sekolah sejak 10 tahun selepas serangan 11 September 2011, demikian satu jawatankuasa Kongres dimaklumkan, semalam.

Bukti ketaksuban antiIslam itu disiarkan semasa inkuiri di jawatankuasa kecil Kehakiman Senat, sekali gus menyukarkan tugas pentadbiran Presiden Barack Obama untuk memelihara hubungan baik dengan masyarakat Islam AS dan menjamin bantuan kepada golongan itu daripada ancaman keganasan dalam negara.

Bagaimanapun, cabaran itu diburukkan lagi dengan ulasan oleh pegawai kerajaan dan individu berpengaruh yang mengapi-apikan lagi perbahasan awam dan mengancam untuk memudahkan lagi diskriminasi, menurut keterangan saksi.

“Kami akan terus mendapatkan dan menerima sokongan penduduk Islam AS yang sayangkan negara ini dan yang bekerja dengan kerajaan kami untuk melindunginya.

“Pada masa sama, ramai penduduk Islam AS yang mematuhi undang-undang berhadapan diskriminasi dan dakwaan yang menyatakan mereka bukan rakyat AS sebenar hanya kerana agama mereka,” kata Senator daripada Parti Demokrat, Dick Durbin yang mempengerusikan prosiding tersebut.

Anggota panel daripada Parti Republikan, Senator Lindsey Graham pula berkata, beliau menyokong hak penduduk Islam AS, tetapi meminta golongan itu lebih proaktif dalam melindungi AS daripada serangan.

“Mari sama-sama menyertai perjuangan ini. Anda perlu membantu negara, anda juga unik berbanding orang lain kerana anda lebih faham apa yang berlaku dan perlu berjuang,” katanya.

Seorang pembantu peguam negara untuk hak sivil, Thomas Perez memberitahu panel, sentimen antiIslam semakin meningkat sejak Mei tahun lalu dalam kes-kes diskriminasi persekutuan, melibatkan hak guna tanah dan beberapa pihak berkuasa tempatan juga dilapor menghalang pembinaan masjid di kawasan mereka.

Jelas beliau, kadar diskriminasi di tempat kerja juga meningkat 150 peratus, termasuk melibatkan etika pemakaian dan jadual solat, sementara golongan muda Islam pula selalu menjadi mangsa buli di sekolah-sekolah. – Reuters

Sumber

UGANDA mempertimbangkan perlindungan buat Gaddafi

KAMPALA 31 Mac - Uganda akan mempertimbangkan permohonan perlindungan dari pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, seperti yang dilakukan kepada sesiapa yang menjadi pelarian di negara Afrika Timur.

Menurut Menteri Rendah Hal Ehwal Luar Negara, Henry Okello Oryem, dia serta menteri-menteri lain ada berbincang berkenaan Libya di dalam mesyuarat Kabinet tetapi tidak menyebut secara khusus tentang perlindungan.

“Namun, jika Gaddafi memohon perlindungan di Uganda, kami akan mempertimbangkannya seperti yang dilakukan kepada pelarian lain,” ujarnya. - Reuters

Sumber

Wednesday, March 30, 2011

Kabinet SYRIA dijangka dibubar



Beribu-ribu penduduk Syria mengibarkan bendera negara itu semasa mengadakan tunjuk perasaan di Damsyik sebagai tanda sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad, semalam. - AFP


DAMSYIK 29 Mac - Kerajaan Syria dijangka dibubarkan hari ini dan Kabinet akan dibentuk dalam tempoh 24 jam, kata seorang pegawai kanan di sini kepada AFP.

Pegawai itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kerajaan akan mengemukakan peletakan jawatannya hari ini dan Kabinet baru bakal dibentuk dalam tempoh 24 jam.

Perdana Menteri Mohammed Naji Otri membentuk kerajaannya pada 2003 dan melakukan rombakan terakhir pada April 2009.

Sementara itu, beribu-ribu rakyat Syria berhimpun di ibu negara ini dan sekurang-kurangnya empat bandar lain hari ini sambil membawa gambar Presiden Bashar Assad dan mengibarkan bendera Syria bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Penyokong kerajaan hari ini berhimpun di Damsyik, wilayah Aleppo dan Hasakeh di utara Syria dan bandar Hama dan Homs di bahagian tengah negara.

Sesi persekolahan dibatalkan hari ini sementara golongan pekerja diberikan pelepasan selama dua jam bagi menghadiri perhimpunan tersebut.

"Rakyat mahukan Assad. Kami menolak perpecahan kaum dan perselisihan sivil," laung mereka sambil membawa sepanduk prokerajaan.

Assad yang menguasai Syria selama empat dekad dan mempunyai rekod menumpaskan pihak yang menentangnya dengan kejam, cuba untuk meredakan protes secara kompromi.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan kepada negara dalam tempoh 24 jam bagi mengumumkan penarikan balik pemerintahan darurat selama hampir 50 tahun dan membatalkan sekatan ketat ke atas kebebasan sivil serta politik. - AFP

Sumber

Barat mahu LIBYA pecah dua

ROM 29 Mac - Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim menuduh Tentera Bersekutu yang melancarkan serangan ke atas Libya bertujuan untuk memecahkan negara itu kepada dua bahagian.

Kaim membuat kenyataan itu dalam wawancara yang disiarkan di televisyen Itali, malam tadi ketika tentera bersekutu meneruskan serangan udara ke atas beberapa sasaran di Libya, termasuk tiga kapal tentera laut rejim Muammar Gaddafi yang dibedil oleh tentera AS.

"Taktik tentera bersekutu adalah untuk mewujudkan kebuntuan supaya negara kami berpecah dua, bermakna perang saudara akan berlaku secara berterusan dan mencetuskan situasi sangat berbahaya seperti di Somalia," katanya kepada stesen televisyen Rai Uno.

Beliau mendakwa pemberontak terus menyerang angkatan bersenjata Libya.

"Jika kami diheret ke dalam perang saudara, resolusi 1973 (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) yang bertujuan melindungi orang awam, sebaliknya akan membawa kepada pembunuhan penduduk awam," katanya.

Di Tripoli, Gaddafi menggesa dihentikan 'serangan kejam' ke atas Libya, dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada kuasa-kuasa antarabangsa yang bermesyuarat di London, hari ini untuk membincangkan masa depan negaranya.

Dalam surat itu, Gaddafi menyamakan serangan udara yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kempen ketenteraan yang dilancarkan oleh pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua.

Kempen tersebut dilancarkan lebih seminggu lalu oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya dan melindungi penduduk awam daripada diserang oleh tentera Gaddafi.

Lebih 35 negara termasuk tujuh negara Arab bermesyuarat di London, hari ini untuk merancang masa depan Libya tanpa Gaddafi, sementara pemberontak yang dibantu oleh serangan udara itu meneruskan kemaraan mereka.

Britain, Perancis, Jerman dan AS bersetuju, rundingan di London seharusnya membantu 'peralihan politik di Libya', menurut satu kenyataan Perancis. - AFP/Reuters

Sumber

LIBYA: Tentera Gaddafi serang Misrata

ALGIERS 30 Mac - Pasukan pemberontak yang berada di bandar Misrata mendakwa mereka telah diserang dengan kuat oleh pasukan tentera Muammar Gaddafi semalam dan mereka merayu kepada mesyuarat kerajaan di London bagi membantu mereka.

“Pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan yang dahsyat terhadap kami di Misrata.

“Mereka tekad mahu merampas balik bandar ini, ini adalah hari yang sukar bagi kami,”kata seorang jurucakap pasukan pemberontak, Mohamed melalui perbualan dari telefon satelit. - Reuters

Sumber

Tuesday, March 29, 2011

PALESTIN - Kem Jabalia Diserang Pesawat Israel

Pesawat tempur Israel menembakkan missil ke kem Jabalia, minggu pagi, dan mengorbankan dua orang, dan mencederakan puluhan orang. Gaza yang sudah dikepung selama empat tahun lebih, kembali dibom pesawat-pesawat tempur Israel.

Serangan berlangsung kurang dari 24 jam, sesudah militer Israel yang berusaha menghentikan pengebom berani mati di Gaza. Sementara itu, kelompok faksi lainnya Jihad Islam telah melancarrkan roket menyerang wilayah Israel.

Juru cakap Hamas Ismail Rudwan mengatakan, bahawa pejuang Palestin akan terus melancarkan serangna ke wilayah Israel sampai tercapai kemenangan.

SUMBER

LIBAYA - Bukti Anak Ghaddafi Tidak Terbunuh

Televisyen Libya pada hari Selasa ini (29/3) menampilkan rakaman yang menunjukkan Khamis anak pemimpin Libya Muammar Gaddafi, menyapa pendukungnya di rumah ayahnya di Tripoli.

Penyiar TV mengatakan bahawa cuplikan rakaman tersebut membantah laporan di media Arab dan di Internet yang menyatakan Khamis telah terbunuh oleh tindakan 'kamikaze' juruterbang pesawat tempur Libya yang menabrakkan diri di pintu kompleks Azizia di Tripoli.

Pejabat berita Reuters melaporkan bahawa rakaman dalam televisyen Libya menunjukkan seorang lelaki mengenakan seragam militer berdiri di sebuah trak pickup terbuka yang sambil berjalan dan dikawal ketat di dalam kompleks pintu Aziziyah. Lelaki berseragam militer tersebut melambaikan tangan ke pendukungnya dan pengawalnya berusaha untuk mencegah beberapa orang dari mendekati trak.

Televis\yen Libya menegaskan bahawa lelaki berseragam militer itu adalah Khamis Gaddafi pemimpin komandan Brigade Khamis yang dianggap oleh banyak analis merupakan unit terlatih terbaik dari tentera Libya.

Sebelumnya media telah melaporkan bahawa Khamis Gaddafi menjadi korban dari operasi yang dilakukan oleh pilot Libya sendiri. Menurut akhbar The Sun, Khamis meninggal di hospital, sementara itu Hillary Clinton pada tanggal 23 Mac lalu menyatakan bahawa dia telah menerima informasi yang tidak menyebutkan sumbernya, yang menyatakan bahawa anak Gaddafi telah dibunuh oleh sebuah serangan udara yang dilakukan pasukan bersekutu internasional.(fq/islamtoday)

sumber

SYRIA terus bergolak

DAMSYIK: Pasukan keselamatan Syria semalam melepaskan tembakan gas pemedih mata di sebuah bandar pedalaman di selatan negara itu ketika Presiden Bashar Assad berdepan dengan kekacauan paling serius sejak memerintah 11 tahun lalu.

Bashar dijadualkan berucap menerusi televisyen ke seluruh negara hari ini dalam usaha untuk mengendurkan krisis yang dihadapi negara itu dengan bersedia menarik balik perintah darurat dan bertindak membatalkan larangan terhadap kebebasan awam dan politik.


Negara itu dilanda kekacauan sejak lebih seminggu lalu yang bermula di Daraa, kawasan pertanian yang berdepan dengan kemarau.

Kekacauan kemudian meletus di seluruh negara Jumaat lalu hingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di enam lokasi.


Angka kematian sejak 18 Mac lalu meningkat 61 orang, menurut laporan badan hak asasi manusia, Human Rights Watch.


Saksi di Daraa semalam berkata, lebih 4,000 orang menunjuk perasaan semalam, menggesa kerajaan mewujudkan kebebasan untuk berpolitik.

Saksi itu yang enggan dikenali berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dan peluru ke udara untuk menyuraikan mereka.


Sementara itu, di Latakia, bandar pelabuhan utama negara itu, kumpulan bersenjata dikatakan meronda jalan raya dan mengancam untuk meningkatkan keganasan

Keadaan itu memaksa penduduk mengadakan kawalan untuk melindungi kawasan kediaman mereka.


Beberapa penduduk mendakwa kumpulan bersenjata terbabit adalah tali barut kerajaan. Bandar yang mempunyai 450,000 penduduk itu dilanda leganasan sejak Jumaat lalu menyebabkan 15 orang terbunuh, termasuk empat orang awam yang ditembak mati oleh penembak curi, kelmarin. Dua anggota keselamatan juga terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam keganasan di bandar yang terletak kira-kira 350 kilometer ke barat daya Damsyik itu.


Seorang penduduk berkata, tentera kelihatan mengawal sekitar pusat bandar itu, termasuk bangunan penting, semalam. - Agensi

Sumber

RUSIA anggap serangan tentera Bersekutu langgar resolusi PBB

MOSCOW: Russia semalam berkata, serangan ke atas tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi sejak minggu lalu bercanggah daripada resolusi PBB.

Dalam kritikan terbaru Russia terhadap campur tangan tentera asing di Libya itu, Menteri Luar, Sergei Lavrov, berkata Resolusi 1973 diluluskan 17 Mac lalu bertujuan melindungi nyawa orang awam.


“Tapi ketika ini serangan itu nampaknya campur tangan asing dalam perang saudara di Libya dan tiada sesiapa menafikannya,” katanya.

Justeru, katanya, Russia melihat berlaku percanggahan di antara resolusi dengan pelaksanaan misi berkenaan.


Menurut Lavrov, Russia menganggap serangan tentera Bersekutu itu lari daripada matlamat asal resolusi Majlis Keselamatan PBB. Russia memiliki kuasa veto sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, tetapi mengambil sikap berkecuali ketika usul mengenai zon larangan terbang di Libya diundi baru-baru ini.


Melalui Resolusi 1973 itu, PBB membenarkan ‘segala cara digunakan’ bagi menguatkuasakan zon larangan terbang, sekali gus melindungi nyawa orang awam. - Reuters

Sumber

BAHRAIN nafi KUWAIT jadi perantara



Penunjuk perasaan syiah di Bahrain mengibarkan bendera kebangsaan negara itu semasa pengebumian Hani Abdel Aziz, salah seorang penunjuk perasaan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa di Bilad al-Kadim di pinggir Manama pada 25 Mac lalu. - AFP


DUBAI 28 Mac - Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khaled bin Ahmed bin Mohammed al-Khalifa hari ini menafikan Kuwait akan menjadi perantara untuk menyelesaikan krisis politik di Bahrain.

Kumpulan pembangkang Syiah utama di Bahrain, Wefaq semalam berkata, mereka akan menerima tawaran daripada Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah untuk menjadi perantara antara kerabat diraja Bahrain, al-Khalifa yang bermazhab Sunah dengan kumpulan-kumpulan pembangkang Syiah.

Sheikh Khaled di laman Twitter beliau berkata, tidak ada rancangan untuk mengadakan dialog yang diketuai oleh Kuwait.

"Sebarang kenyataan mengenai perantaraan Kuwait di Bahrain adalah tidak benar sama sekali, terdapat usaha sebelum ini (untuk berdialog) yang tidak dibalas, dan usaha itu berakhir dengan pelaksanaan Keselamatan Negara (undang-undang darurat)," katanya.

Pertubuhan serantau, Majlis Keselamatan Teluk (GCC) terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyambut baik langkah perantaraan itu, semalam.

"Kami berharap inisiatif ini adalah untuk kepentingan keselamatan dan kestabilan," kata Setiausaha Agung GCC, Abdulrahman al-Attiyah di Kuwait.

Akhbar Kuwait, al-Seyassah semalam berkata, satu delegasi Wefaq dijadual menemui ahli politik Kuwait termasuk Speaker Parlimen, Jassem al-Kharafi.

Awal bulan ini, pemerintah Bahrain menguatkuasakan undang-undang darurat di negara itu dan membawa masuk askar dari negara jiran di Teluk untuk menghentikan kekacauan prodemokrasi yang diketuai penunjuk perasaan Syiah.

Lebih 60 peratus rakyat Bahrain adalah penganut Syiah dan kebanyakan mereka berkempen menuntut sistem raja berperlembagaan, tetapi seruan puak pelampau supaya kerabat di raja digulingkan telah mencemaskan penduduk Sunah yang bimbang kekacauan hanya akan memenuhi kepentingan Iran, kuasa Syiah di seberang perairan Teluk. - Reuters

Sumber

PBB didesak laksana gencatan senjata di LIBYA

JAKARTA 28 Mac – Indonesia dan beberapa negara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan gencatan senjata di Libya, lapor agensi berita China, Xinhua memetik seorang menteri hari ini.

Menteri Luar, Marty Natalegawa pada satu sesi Parlimen berkata, pendirian Indonesia jelas menentang keganasan digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana ia akan menyebabkan banyak korban di kalangan orang awam.

‘‘Ketika ini, Indonesia dan beberapa negara di Ibu Pejabat PBB akan menghantar satu surat bersama kepada Presiden Majlis Keselamatan untuk melaksanakan gencatan senjata dan dialog politik antara pihak terlibat.

‘‘Kami telah mengambil usaha kukuh dengan menulis surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan beliau memberi maklum balas bahawa PBB menyokong pendirian Indonesia dan akan membuat susulan.

‘‘Bagaimanapun, semua usaha yang diambil tidak akan mencukupi tanpa mengadakan dialog politik,’’ katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Parlimen I, Mahfud Siddiq berkata, setiap negara perlu belajar operasi ketenteraan oleh tentera Barat pada masa lalu supaya kejadian di Iraq tidak berulang.

‘‘Setiap negara perlu menyelesaikan masalahnya sendiri secara bebas tanpa campur tangan daripada mana-mana negara terutama campur tangan ketenteraan,’’ jelasnya. – Bernama

Sumber

Letupan kilang senjata di YAMAN, 70 maut

ADEN 28 Mac - Satu letupan di sebuah kilang senjata di bandar Jaar, selatan Yemen meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa, sementara 90 lagi dilaporkan cedera.

Pegawai kerajaan, Mohsen Salem berkata, kejadian yang turut mengorbankan kanak-kanak itu berlaku sehari selepas anggota militan dipercayai al-Qaeda mencuri di kilang tersebut.

Seorang pegawai keselamatan berkata, letupan berlaku ketika berpuluh-puluh penduduk sibuk mencari senjata di dalam kilang berkenaan, namun punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Menurut saksi, kira-kira 30 lelaki bersenjata yang menutup wajah mereka mencuri di kilang tersebut, semalam dan membawa lari empat kenderaan yang sarat dengan senjata.

Kejadian itu berlaku ketika pegawai keselamatan melaporkan bahawa militan al-Qaeda telah menawan Jaar, sebuah bandar terpencil di wilayah Abyan. - AFP

Sumber

Pemberontak LIBYA tawan Sirte



Pemberontak melepaskan tembakan menggunakan senjata anti-pesawat ke arah pesawat pejuang tentera kerajaan Libya di Bin Jawad, kelmarin. – REUTERS


SIRTE, Libya 28 Mac – Bandar kelahiran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Sirte jatuh ke tangan pemberontak hari ini, selepas beberapa bedilan besar-besaran dilancarkan tentera bersekutu awal pagi ini, kata jurucakap pemberontak, Shamsiddin Abdulmolah.

“Saya mengesahkan bahawa Sirte telah ditawan,” katanya.

Terdahulu, sembilan letupan kuat dilapor menggegarkan bandar Sirte awal pagi ini yang dilancarkan selepas dua letupan kedengaran malam tadi di bandar ini yang dipercayai dilancarkan oleh tentera bersekutu.

Sirte yang terletak kira-kira 360 kilometer di timur Tripoli menjadi sasaran terbaru pemberontak prodemokrasi ketika kumpulan itu mara ke ibu negara Libya dari kubu kuat mereka, Benghazi.

Situasi di Sirte awal pagi ini sunyi dan lengang dan masih belum ada laporan mengesahkan sama ada serangan malam tadi mengakibatkan sebarang kerosakan.

Satu letupan kuat memecah kesunyian antara pukul 12.20 tengah hari hingga 12.35 tengah hari ini waktu Malaysia ketika pesawat perang berlegar-legar di ruang udara, sekali gus menunjukkan serangan dilancarkan tentera bersekutu.

Di Benghazi, pemberontak dilapor melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kemenangan selepas tersebar laporan menyatakan Sirte telah ditawan.

Saksi di Sirte berkata, letupan boleh didengar di bandar ini pada kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan, bagaimanapun tiada tanda-tanda menunjukkan pertempuran berlaku. – AP/AFP/Reuters

Sumber

Monday, March 28, 2011

PERANCIS musnahkan 7 pesawat kerajaan di Zintan, Misrata

PARIS: Jet pejuang Perancis memusnahkan sekurang-kurangnya lima kapal terbang dan dua helikopter tentera Libya dalam serangan semalam, kata pegawai semalam.

Dalam kenyataan disiarkan laman sesawang tentera Perancis, misi ke atas Libya itu disasarkan kepada bandar Zintan dan Misrata.


Maklumat awal menyatakan, siri serangan itu memusnahkan ‘sekurang-kurangnya lima jet Galeb dan dua helikomter MI-35 yang bersiap sedia melaksanakan misi di kawasan berkenaan.’ Tentera udara Perancis, AS dan Britain mula melancarkan serangan ke atas rejim Gaddafi sejak awal pagi 20 Mac lalu.

Operasi itu mendapat restu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ‘bagi melindungi orang awam.’ - AFP

Sumber

JEPUN: Paras radiasi terlampau di reaktor Fukushima

KITAKAMI 27 Mac - Paras radiasi yang terlampau tinggi dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima, timur laut Jepun hari ini, memberi tamparan terbaru kepada usaha untuk menamatkan krisis di kompleks yang rosak teruk dalam gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.

Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, petugasnya telah mengesan paras radiasi 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor No. 2, sementara wap putih terus kelihatan daripada loji tersebut.

Paras radiasi didapati 1,000 milisievert sejam, memaksa pekerja dikeluarkan dari bangunan turbin reaktor kerana keadaan terlalu berbahaya untuk mereka terus berada di sana, kata TEPCO.

"Paras radiasi terlalu tinggi dan besar kemungkinan air bocor daripada reaktor," kata jurucakap agensi keselamatan nuklear, Hidehiko Nishiyama mengenai bacaan terbaru itu.

Satu dos 1,000 milisievert boleh menyebabkan sakit radiasi sementara termasuk loya dan muntah-muntah.

Pendedahan kepada 100 milisievert setahun dianggap paras terendah yang boleh menunjukkan kenaikan risiko dihidapi kanser.

Ketika timbul kebimbangan mengenai kebocoran kolam rod tenaga atau kebocoran injap dan paip kolam itu, ketua jurucakap kerajaan, Yukio Edano mengakui kemajuan untuk mengawal loji itu kurang menggalakkan.

"Kami mahu memberikan gambaran lebih jelas tentang bila krisis ini akan diselesaikan, tetapi saya tidak boleh bersikap lebih optimis daripada realiti yang berlaku," katanya.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano turut memberi amaran, krisis nuklear Jepun mungkin berlarutan selama berminggu-minggu, kalau tidak berbulan-bulan, memandangkan loji itu mengalami kerosakan teruk. - AFP

Sumber

‘Barat tak peduli nyawa orang awam LIBYA’

TRIPOLI: Serangan udara terbaru tentera Bersekutu ke atas Libya bukan saja membunuh tentera, malah orang awam, kata jurucakap kerajaan, semalam.

Sambil menggesa diadakan gencatan senjata dan persidangan khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Moussa Ibrahim berkata, serangan dilakukan itu dalam skala besar.


“Kali ini serangan berlangsung tanpa henti berjam-jam dan menyebabkan banyak kematian,” katanya.

Menurut Moussa, serangan disasarkan ke laluan di antara tempat lahir Muammar Gaddafi, Sirte, dan Ajdabiya.


Katanya, dipercayai antara mangsa pengeboman itu adalah beberapa keluarga yang melarikan diri dari bandar berkenaan menaiki kereta.


Kata Moussa, ada banyak bandar di sepanjang laluan di antara Sirte dan Ajdabiya.

“Libya berpendapat tindakan ini adalah pembunuhan, tidak bermoral, haram dan di luar mandat PBB.


“Nampaknya tentera Barat tidak mempedulikan berapa banyak nyawa orang awam terkorban demi matlamat mereka,” katanya. - AFP

Sumber

7 maut kekacauan di SYRIA



PARA penyokong Presiden Bashar al-Assad berarak di ibu kota Damsyik sebagai tindak balas terhadap protes anti kerajaan, kelmarin. - REUTERS


DAMSYIK 27 Mac - Keganasan yang meragut nyawa meletus lagi di Syria semalam apabila tujuh orang dilaporkan terbunuh termasuk dua yang ditembak mati oleh penembak curi manakala penunjuk perasaan membakar sebuah pejabat Parti Baath pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Keganasan itu berlaku pada hari ke-12 protes di Syria, negara yang dikenali kerana kawalan keselamatan yang sangat ketat.

Pihak berkuasa bagaimanapun membebaskan 260 tahanan politik dalam usaha untuk meredakan kemarahan penunjuk perasaan, yang mengenakan tekanan paling hebat ke atas Assad sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2000.

Pegawai mengesahkan 27 terbunuh, 20 daripadanya penunjuk perasaan, dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan di beberapa bandar termasuk Homs, Sanamen, Daraa dan Latakia sejak protes bermula pada 15 Mac.

Aktivis bagaimanapun berkata, angka kematian melebihi 126 orang, termasuk lebih 100 yang maut pada Rabu lalu apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Daraa, bandar selatan yang telah menjadi simbol protes antirejim.

Di bandar pelabuhan Latakia, 350 kilometer ke barat laut Damsyik, aktivis mendakwa sekurang-kurangnya tujuh orang maut termasuk dua yang dibunuh oleh penembak curi semasa protes besar-besaran lewat semalam.

Di Tafas, ke selatan ibu negara, penduduk membakar sebuah balai polis dan ibu pejabat Parti Baath cawangan tempatan.

Di Daraa, bersempadan dengan Jordan, kira-kira 300 pemuda memanjat runtuhan patung bapa Bashar al-Assad, Hafez al-Assad sambil melaungkan slogan antirejim.

Penunjuk perasaan di Daraa meruntuhkan patung itu kelmarin sebelum membakar kediaman bekas gabenor, yang dipecat selepas tunjuk perasaan awal bulan ini.

Kerajaan Assad mengumumkan pelbagai pembaharuan untuk meredakan kemarahan penunjuk perasaan, termasuk kemungkinan menarik balik perintah darurat yang dikenakan sejak 1963, tetapi aktivis berikrar untuk meneruskan protes sehingga tuntutan mereka bagi mendapatkan kebebasan lebih luas dipenuhi. - AFP/dpa

Sumber

LIBYA: Tentera Bersekutu lakukan 160 misi

WASHINGTON: Serangan tentera Bersekutu ke atas Libya terus berlangsung dengan pantas semalam, dengan 160 misi dilaksanakan berbanding 153 sehari sebelumnya.

Menurut Pentagon, dua pertiga - atau 96 penerbangan - dibuat untuk melakukan serangan udara, manakala selebihnya sekadar pelaksanaan zon larangan penerbangan.


Selepas mengetuai serangan udara di Libya, AS dijangka menyerahkan mandat menguatkuasakan zon larangan terbang di negara itu kepada Nato.

Sejak operasi bermula awal pagi 20 Mac lalu, tentera Bersekutu melakukan 1,257 penerbangan dengan 540 daripadanya membabitkan serangan.


AS menyempurnakan 787 penerbangan serangan berbanding 470 lagi dilakukan sekutunya, iaitu Perancis, Britain, Kanada, Itali, Sepanyol, Belgium, Denmark dan Qatar. Sementara itu, saksi berkata, tentera Gaddafi terus mengebom bandar Misrata yang masih dikuasai pemberontak.


“Serangan itu menyebabkan menyebabkan beberapa kematian di pihak pemberontak,” katanya. - AFP

Sumber

Pemberontak LIBYA mara



SEORANG anggota tentera pemberontak mengibarkan bendera Libya ketika berjalan di hadapan kereta kebal yang musnah dibedil dalam serangan udara Tentera Bersekutu di bandar Ajdabiya, kelmarin. - AFP


BENGHAZI 27 Mac - Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan selepas menawan semula empat bandar utama daripada tentera Muammar Gaddafi dalam kemenangan pertama mereka sejak kuasa Barat melancarkan serangan udara.

Pemberontak yang sebelum ini berada di ambang kekalahan di kubu kuat mereka, Benghazi di timur Libya sebelum serangan tentera bersekutu dilancarkan pada 19 Mac lalu, menawan semula Ajdabiya dan Brega, 160 dan 240 kilometer ke barat, semalam sebelum kembali menguasai bandar minyak Ras Lanuf hari ini.

Bandar Bin Jawad, kira-kira 50 kilometer ke selatan Ras Lanuf turut berjaya di tawan hari ini selepas mengambil kesempatan daripada serangan udara Perancis yang memusnahkan kereta kebal tentera Gaddafi.

Mendapat dorongan daripada serangan udara itu, mereka hari ini mensasarkan pekan Al-Bisher, 30 kilometer lagi ke barat, di jalan menghala ke bandar kelahiran Gaddafi, Sirte.

Di Tripoli, jurucakap kerajaan Mussa Ibrahim malam tadi berkata, serangan udara tentera bersekutu bukan sekadar membunuh askar tetapi juga penduduk awam di sepanjang jalan di antara Ajdabiya dan Sirte.

"Malam ini serangan udara ke atas negara kami diteruskan dengan sehebat-hebatnya dan kami mengalami banyak korban jiwa di kalangan anggota tentera dan orang awam," kata Ibrahim.

Beliau mengulangi seruan supaya gencatan senjata diisytiharkan dan sidang tergempar diadakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan campur tangan ketenteraan itu bagi menghalang rejim Gaddafi daripada menyerang penduduk awam.

Namun Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates dalam wawancara disiarkan hari ini menuduh tentera Gaddafi menempatkan mayat 'penduduk yang dibunuhnya' di lokasi serangan udara tentera bersekutu, bagi menggambarkan seolah-olah merekalah mangsa serangan itu.

Serangan udara tentera bersekutu itu diperhebatkan semalam dengan 160 misi serangan, berbanding 153 kelmarin, menurut Pentagon.

Di barat Libya, jet pejuang Perancis memusnahkan sekurang-kurangnya lima pesawat perang dan dua helikopter tentera Gaddafi di kawasan Zintan dan Misrata semalam, sementara lima kereta berperisai Libya di musnahkan dalam serangan udara pesawat Britain di Ajdabiya dan Misrata kelmarin.

Semalam, pemberontak dengan bantuan bedilan udara Barat itu membanjiri Ajdabiya, di mana kereta kebal dan kenderaan tentera yang musnah berselerak di jalan raya. - AFP

Sumber

LIBYA: Ras Lanuf tumbang

SEMAKIN MARA...seorang pejuang pemberontak berjalan dalam kawasan terminal petroleum yang ditawan mereka di Zueitina, 850 kilometer di timur Tripoli, semalam.
SEMAKIN MARA...seorang pejuang pemberontak berjalan dalam kawasan terminal petroleum yang ditawan mereka di Zueitina, 850 kilometer di timur Tripoli, semalam.
SUKAR DIKENALI...sebahagian daripada mayat tentera Gaddafi yang rentung diangkut dengan lori ketika pasukan keselamatan meninggalkan bandar Ajdabiya di timur Libya, semalam.
SUKAR DIKENALI...sebahagian daripada mayat tentera Gaddafi yang rentung diangkut dengan lori ketika pasukan keselamatan meninggalkan bandar Ajdabiya di timur Libya, semalam.

RAS LANUF: Sebuah lagi bandar jatuh ke tangan pejuang pemberontak semalam dan mereka dilaporkan terus mara ke arah barat sambil menghambat tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi.

Menurut saksi, keseluruhan bandar Ras Lanuf kini dikuasai pemberontak.


“Semua pos pemeriksaan kini dikendalikan pemberontak,” katanya.

Ras Lanuf terletak 370 kilometer di barat kubu kuat pemberontak, Benghazi, dan 210 kilometer dari Ajdabiya - bandar pertama ditawan daripada tentera Gaddafi sejak Libya diserang tentera Bersekutu.


Terdahulu, wartawan turut mengesahkan pejuang pemberontak menawan satu lagi bandar petroleum yang strategik, Brega, yang terletak berhampiran pantai di antara Benghazi dan Tripoli.


Tiada sebarang tanda kerosakan besar pada kemudahan petroleum di Ras Lanuf yang sebelum ini dikuasai tentera Gaddafi pada 12 Mac lalu.

Saksi berkata, senjata ditinggalkan di atas jalan dan sesetengah bangunan rosak - membayangkan tentera Gaddafi kini berundur ke barat menuju tempat lahir pemimpin Libya itu, Sirte.


“Pemberontak nampaknya kini menguasai seluruh timur Libya, manakala tentera kerajaan berundur dari Ras Lanuf,” katanya.

Menurut saksi terbabit, pelbagai kenderaan membawa pejuang pemberontak menuju bandar berkenaan.


Bagaimanapun, tanpa kelengkapan berat seperti kereta kebal, mereka dijangka sukar mempertahankan bandar itu jika diserang tentera sekali lagi.


Sementara itu, pemberontak meraikan kejayaan menawan Ras Lanuf dengan melepaskan tembakan ke udara, termasuk menggunakan grenad.


Seorang daripada mereka, Attia Hamad, 34, berkata pada peringkat awal tentera kerajaan memberi sedikit tentangan ketika pemberontak mara ke bandar itu subuh semalam.


“Akhirnya tentera berundur dan meninggalkan sesetengah rakan mereka,” katanya. - AFP

Sumber

Tentera Ghaddafi Berjaya Bunuh 8 Orang Lagi

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 24 lainnya mengalami kecederaan di kota Misrata pada saat pasukan yang setia kepada Muammar Gaddafi menembakkan mortar ke arah penentang yang ada di sana.

Saksi mata di Misrata, kota terbesar ketiga Libya yang terletak 150 kilometer (93 mil) timur Tripoli mengatakan pada hari Ahad (27/3) bahawa pasukan pro-Gaddafi melepaskan tembakan mortar ke arah pasukan penentang yang sedang bergerak ke arah barat menuju ke ibukota Tripoli, Reuters melaporkan.

SUMBER

Bom Berisi Uranium Digugurkan di LIBYA

Stop the War Coalition mengatakan bom dan peluru berpandu dari gabungan militer pimpinan AS yang telah dijatuhkan di beberapa kota Libya berisi Depleted Uranium (DU).

Laporan baru-baru ini disiarkan di laman Koalisi yang mengatakan bahawa dalam 24 jam pertama perang di Libya, puluhan bom dan peluru berpandu jarak jauh yang dilancarkan oleh AS, Britain, dan pasukan Peranchis - semua dengan hulu ledak berisi depleted uranium.

Pesawat pembom AS B-2 menjatuhkan empat puluh lima bom seberat 2,000 pound di kota-kota utama Libya.

Amunisi DU merupakan hal yang kontroversial kerana DU boleh menyebabkan masalah kesehatan jangka panjang seperti kerusakan ginjal, kanser, gangguan kulit dan cacat genetik.

"Peluru berpandu yang berisi DU cocok dengan deskripsi bom kotor dalam segala hal ... saya akan mengatakan itu adalah senjata yang sempurna untuk membunuh banyak orang," kata Marion Falk, pakar kimia (Purnawirawan), Lawrence Livermore Lab di California.

Laporan ini muncul pada saat kekuatan Barat mendakwa operasi di Libya bertujuan untuk melindungi warga awam.

Direktur staf gabungan militer AS Bill Gortney mengatakan kepada wartawan pada briefing Pentagon bahawa dia tidak mengetahui adanya penggunaan amunisi uranium di Libya.

Libya mengatakan sekurang-kurangnya 114 orang - banyak dari mereka warga awam - telah terbunuh dalam serangan udara yang dipimpin AS di negara ini.

"Kami kehilangan banyak nyawa, militer dan awam," kata Jurucakap pemerintah Libya Mussa Ibrahim di Tripoli.

Puluhan warga awam telah terbunuh di Libya sejak pasukan pimpinan Amerika melancarkan serangan udara dan laut di negara Afrika Utara tersebut.

Pasukan Libya juga telah membunuh ribuan orang awam sejak revolusi mulai melawan Kolonel Gaddafi pada pertengahan Februari.(fq/prtv)

sumber

Sunday, March 27, 2011

TURKI bertanggungjawab rawat mangsa perang

ANKARA: Turki merancang memberikan rawatan kepada ratusan warga Libya yang cedera dalam konflik di negara itu, kata seorang pemimpin kanannya, semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Cemil Cicek, sebuah kapal membawa ambulans dan peralatan perubatan akan berlepas ke Libya tidak lama lagi bagi membawa kira-kira 450 mangsa perang negara itu ke Turki.


Ditanya jika operasi itu mendapat restu Muammar Gaddafi, Cemil mengesahkannya.

“Turki adalah satu-satunya negara yang mengekalkan hubungan dengan kedua-dua pihak yang bertelagah di Libya,” katanya. Kelmarin, parlimen Turki meluluskan usul menghantar tentera lautnya ke perairan Libya untuk menguatkuasakan sekatan senjata kepada rejim Gaddafi selepas Ankara keberatan menyertai operasi serangan udara Nato. - AFP

Sumber

JEPUN kesan paras radioaktif iodin tertinggi

OSAKA 26 Mac - Operator loji nuklear Fukushima hari ini mengesan paras radioaktif iodin 1,250 kali lebih tinggi daripada had yang dibenarkan di perairan Lautan Pasifik berhampiran dengan loji tersebut.

Menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun (NISA), ujian yang dijalankan oleh Tokyo Electric Co. (TEPCO) itu menunjukkan paras radiasi iodin berhampiran reaktor No. 1 berada pada tahap 131 iaitu 1,250.8 lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan.

Seorang jurucakap agensi, Hidehiko Nishiyama pada sidang akhbar yang disiarkan di televisyen menyatakan, paras itu secara relatifnya tinggi tetapi kesannya kepada kehidupan marin dan hidupan laut adalah kecil.

"Ia bermakna jika anda meminum 500 mililiter air yang mengandungi tahap radiasi iodin seperti ini, ia akan sampai ke tahap di mana seseorang boleh mengambilnya dalam tempoh satu tahun iaitu bersamaan satu millisievert.

"Jumlah itu secara relatifnya agak tinggi. Jadi kita perlukan lebih banyak rumpai laut dan hidupan marin untuk menyerap radioaktif ini," katanya.

Bercakap mengenai kesannya kepada hidupan laut Nishiyama berkata, secara umumnya bahan radioaktif yang dilepaskan ke laut akan tersebar akibat pasang surut air.

"Sejak berita mengenai peningkatan tahap radiasi dilaporkan lapan hari lalu, jumlah pengguna yang makan makanan laut turut berkurangan," katanya.

Paras itu merupakan yang tertinggi berbanding beberapa ujian yang diambil minggu lalu di kawasan sama iaitu kira-kira 300 meter ke luar pesisir pantai.

TEPCO pada Selasa lalu melaporkan paras radiasi iodin di laut berada pada paras 126 kali lebih tinggi daripada yang ditetapkandan pada Khamis lalu menyatakan paras iodin berada 145 kali lebih tinggi. - AFP

Sumber

LIBYA: Tentera Gaddafi makin lemah



Pemberontak lari meninggalkan kedudukan mereka selepas tentera Muammar Gaddafi melancarkan serangan berhampiran Ajdabiyah, kelmarin. - Reuters


TRIPOLI 26 Mac - Beberapa siri letupan besar menggegar sebuah pangkalan tentera di timur ibu negara Libya awal hari ini, ketika tentera Barat meningkatkan tekanan terhadap pemimpinnya, Muammar Gaddafi dengan bedilan serangan udara.

Serangan yang masuk hari kelapan dalam kempen tentera Barat ini dilancarkan bagi menyekat serangan tentera Gaddafi ke atas penduduk awam dan memusnahkan kemudahan radar di Tajura, yang menempatkan beberapa pangkalan tentera Libya.

"Kawasan itu dibom sebanyak tiga kali berturut-turut. Serangan disasarkan ke atas sebuah lokasi radar tentera," kata seorang penduduk yang tinggal berdekatan.

Menurut pegawai Amerika Syarikat (AS), tekanan berterusan ke atas Gaddafi oleh tentera bersekutu kini membuah hasil sehingga pemimpin Libya itu terpaksa menggunakan khidmat tentera sukarela.

"Hari ini kami menerima laporan bahawa beliau mengambil tentera sukarela untuk menentang pembangkang," kata Laksamana Madya AS, William Gortney.

Sehingga kini Gaddafi dipercayai bergantung kepada kumpulan militia yang dikendalikan anak lelakinya serta senjata dari Afrika untuk menentang kumpulan yang kekurangan senjata tetapi dianggap sebagai tentera pemberontak.

"Beliau kini hampir-hampir tiada pertahanan udara dan kekurangan keupayaan untuk menempatkan atau mengekalkan tenteranya di darat.

"Tentera udara Libya kini tidak boleh beroperasi, kapal perang terpaksa berlabuh di pelabuhan, gudang senjatanya musnah, menara komunikasi tumbang dan kubu pertahanannya tidak lagi berguna," kata Gortney.

Sementara itu, AS dan sekutunya mempertimbangkan untuk membekalkan senjata kepada kumpulan pembangkang Libya, lapor Washington Post hari ini.

Menurut akhbar itu, pentadbiran Presiden Barack Obama percaya, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan campur tangan antarabangsa di Libya adalah 'fleksibel' untuk membenarkan bantuan seperti itu. - AFP

Sumber

Qardhawi : Peranan Ikhwan di LIBYA

Dr Abdulmonem Hresha menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana tindakan dan kekejian rejim Moammar Gadhafi. Hresha mengatakan rasa penentangan sudah tumbuh sejak ia berusia 10 tahun. Meledaknya revolusi di Libya sekarang ini, sesungguhnya suah memiliki akar yang panjang.

Hresha dan teman sekelasnya dibawa untuk menyaksikan eksekusi lawan politik Gadhafi di depan rakyat. Anak-anaksekolah dibawa oleh pegawai pemerintah untuk menyaksikan langsung, bagaimana Gadhafi melaksanakan ekskusi terhadap para penentangnya, ujar Hresha.

"Mereka menutup telefonnya, dan diceritakan di depan ribuan anak-anak kecil," kata Hresha. "Dia melakukan itu untuk menakut-nakutkan rakyat Libya", ujar Hresha.

Hresha, yang mengajar fizik di Universiti Tripoli, kemudian melarikan diri ke Kanada. Sejak Gadhafi memburunya, kerana dituduh menghasut rakyat Libya, dan memusuhi rjejm yang tangannya sudah berlumuran darah. Selama di Kanada, Hresha itu terus bergelut di dunia pendidikan, dan mengajar Islam dan menyebarkan dakwah, di tempatnya yang baru.

Kemudian, sejak Gadhafi mengambil alih kekuasaan, dan melaksanakan revolusi dengan "buku hijau" yang menjadi prinsip dasar negara Libya, yang sesungguhnya berisi ajaran Sosialisme, dan memusuhi dan memerangi kaum Islamis, dan memburu mereka seperti binatang.

Banyak tokoh terkemuka Ikhwanul Muslimin sekarang tinggal di London, dan mereka terus menata gerakan mereka dari London. Mereka para tokoh Ikhwan Libya yang tinggal di London, bekerjasama dengan para tokoh Ikhwan lainnya membangun komunikasi yang sangat intens, dan sekarang mereka mengantisipasi berusaha menjadi pemain penting pasca-Gadhafi. Sekarang Ikhwan yang masih ada di Libya mempunyai peranan dalam pergolakan politik untuk menggulingkan Gahdafi.

Ikhwanul Muslimin seperti di Mesir dan Tunisia, dan di Libya telah diberi energi oleh pergolakan yang melanda dunia Arab. Gerakan Ikhwan yang sudah tertanam dalam kehidupan rakyat, khususnya diberbagai dunia Arab dan Afrika Utaara, sekarang mengambil lperanan yang penting dalam setiap pergolakan politik di setiap negara, dan gerakan yang mula-mula "tertutup" itu, kini bangkit dengan energi yang baru, dan ikut terlibata aktif dalam pergolakan yang berlangsung diseluruh dunia Arab dan Afrika Utara.

Sheikh Yusuf Qardawi yang pernah langsung berinteraksi langsung dengan Gerakan Ikhwanul Muslimin itu, mengatakan, meskipun ia sekarang tidak memiliki hubungan organisasi dengan Ikhwanul secara struktural, tetapi ia mengaku memberikan saham nilai-nilai (Islam) yang menjadi dasar dari gerakan Islam IKhwanul Muslimin, yang memiliki ingin membangun kembali Pan-Islamisme di Mesir pada tahun 1928.

Menurut Sheikh Qardawi, menyatakan, bahwa sebahagian besar anggota Ikhwan di Libya, mereka direkrut menjadi anggota dari kelas menengah yang taat, mereka memiliki berpendidikan yang baik, mereka mengenyam pendidik di kampus universiti di Tripoli dan Benghazi. Kelompok Ikhwanul Muslimin mulai tumbuh dan berdiri di Libya sejak pertengahan 1950-an.

Kekuatan oposisi Islam yang berhadap-hadapan melawan rjzim Libya, mulai menjadi sebuah kekuatan yang hebat mulai di akhir 1980-an. Gerakan Ikhwan itu merupakan sebahagian dari munculnya dari "Sahwa" atau kebangkitan Islam yang lebih luas di Libya adalah sebagai reaksi terhadap perilaku politik Gadhafi yang terus-menerus menghancurkan Islam di Libya itu dengan mengangkat dan menjadi ideologi sosialisme sebagai ideologi negara, yang sangat bertentangan dengan Islam. Gadhafi menafsirkan ajaran Islam dengan kaca pandang sosialisme. Gadhafi seorang pengagum Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser, yang kemudian menjadi sekutu utamanya.

Sebelumnya, memang muncul kelompok-kelompok jihadis yang menggalang kempen menggulingkan Gadhafi dengan jihad, tapi gagal pada 1990-an. Kemudian, Gadhafi melancarakan pembersihan terhadap kelompok-kelompok jihad di Libya dengan tangan besi.

Saat situasi yang sangat kritis luar biasa itu, Gerakan Ikhwanul terfokus pada pembentukan dan pembinaan kader secara tertutup, melalui taklim-taklim dan halaqah-halaqah dan menanamkan nilai-nilai Islam ke dalam jiwa rakyat Libya. Kelompok Ikhwan lebih banyak bergerak dibidang pendidikan dan sosial yang memberikan pelayanan kepada rakyat Libya.

Tetapi, tetap saja rejim Gadhafi dapat menangkap adanya sinyal-sinyal di kalangan masyarakat dengan munculnya "shahwah" Islamiyah yang terus memperlihatkan geliatnya. Maka, tahun 1998, aparat keamanan Gadhafi's melancarkan tindakan keras terhadap Ikhwan, dan kemudian melakukan penangkapan besar-besaran. Waktu itu, aparat keamanan Gadhafi menangkap lebih 200 anggota Ikhwan, dan dimasukkan ke dalam penjara dan ratusan lainnya, mereka dipaksa meninggalkan negaranya ke pengasingan, termasuk Hresha.

Meskipun, waktu itu menghadapi represi yang sangat hebat dari aparat keamanan Gadhafi yang menggunakan pasukan intelijen, Ikhwan tumbuh dengan sangat subur,dan berhasil merekrut ribuan anggota, ujar Hresha. Sekarang benih yang di tanamkan sejak tahun l980 an itu, menyebar di seluruh Libya, dan tidak ada kota di Libya yang tidak memiliki anggota atau kader Ikhwan. Bahkan di Sirte, yang merupakan tempat kelahiran dan kampung halaman Gadhafi tumbuh kader-kader Ikhwan. Ini hanyalah menunjukkan bagaimana kemampuan Ikhwan menghadapi situasi yang sangat sulit sekalipiun, tetap mampu berkembang dan wujud secara baik.

Sesudah menghadap saat-saat yang sulit dari rejim Gadhafi, pada tahun 2006, para pemimpin Ikhwan dibebaskan oleh rejim Gadhafi menghadapi situasi yang semakin krisis di dalam negeri, dan mencuba mendekati Ikhwan untuk memperkuat kekuasaan.

Tetapi, sekarang Ikhwan yang telah mengalamai pengalaman sejarah yang pahit selama kekuasaan Gadhafi yang secara sistematik menghancurkan Islam dan Gerakan Islam, Ikhwan menghadapi situasi yang sekarang ini, Ikhwan bersama-sama dengan kekuatan penentang. Bahu-membahu menghadapi rejim Gadhafi yang sudah uzur itu. Banyak kader Ikhwan yang sekarang ini terjun langsung bersama kekuatan penentang untuk berperang melawan pasukan rejim Gadhafi.

Februari, di mana angin gerakan protes mulai bertiup di Libya, dan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi-seorang ulama terkemuka Mesir, yang kini menetap di Qatar, dan memiliki pandangan yang sangat luas, dan menjaid pembimbing dan pengarah nilai-nilai Ikhwanul Muslimin - mengeluarkan fatwa yang mewajibkan setiap perajurit Libya yang memiliki kesempatan untuk melakukannya untuk membunuh Presiden Gadhafi.

Ikhwanul Muslimin

Al-Amin Bilhaj, seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin Libya dan Presiden Asosiasi Muslim Inggris (MAB) baru-baru ini melakukan perjalanan ke Benghazi, markas gerakan pemberontak, ujar Hresha.

Para tokoh Ikhwanul Muslim yang hidup di pengasingan kini telah kembali Libya untuk bekerja dan membantu rakyat Libya yang menjadi korban serangan Gaddhafi. Mereka bukan hanya ikut berjihad, tetapi mereka juga bekerja di hospital,dan membantu merawat orang-orang yang cedera akibat serangan militer rejim Gadhafi. "Mereka membantu mengubat orang-orang yang terluka di hospital, ujar Kemal el Helbawy, pendiri Mesir asosiasi Muslim Inggris. Kamal Helbawy, seorang tokoh Ikhwan dari Mesir,yang sekarang ini bermukim di Britain.

Kemal Helbawy mempunyai peranan penting dalam Ikhwanul Muslimin, yang menjadi pemikir dan pendiri lembaga pemikir, sejak terjadi invasi Soviet terhadap Afghanistan. Perananan memberikan gambaran dan informasi dan kajian merupakan kontribusi yang sangat penting yang membangkitkan jihad di Afghanistan melawan pasukan pendudukan Soviet. Kini Kemal Helbawy melihat Libya dengan penuh perhatian, mengatasi situasi krisis, yang mempunyai dampak yang sangat luar biasa bagi kehidupan rakyat dan kaum muslimin di negeri itu.

Menurut Arwa Damon dari CNN, sedikit atau banyak kehadiran Ikhwan di Benghazi, nampaknya telah mempengaruhi sebahagian besar situasi yang ada di Benghazi.

Rezim Gahdafi yang berkuasa selama 40 tahun lebih itu, secara jangka panjang telah memberikan keuntungan bagi Ikhwan, khususnya dalam membangun jaringan gerakannya secara luas. Situasi yang sangat tertutup dan repressif di Libya, Ikhwan dapat memanfaatkannya secara optimal dengan menciptakan kader-kader baru, dan mendidik mereka menjadi pemikir dan penggiat dakwah yang kokoh. Inilah gambaran, bagaimana Ikhwan dengan sangat "liat" dapat bermain di tengah-tengah situasi yang sangat keras.

Sekarang Barat mulai melakukan penilaian ulang terhadap jemaah Ikhwanul Muslimin, sesudah peristiwa di Mesir, di mana Ikhwan dapat mengakomodasi perubahan dengan cara-cara yang elegan. Di Libya Barat juga tidak ada merasa takut dari Ikhwanul Muslimin di Libya sesudah melihat pengalaman Mesir, ujar Hresha.

Seperti saudara-saudara mereka di Mesir, Ikhwan dapat beradaptasi dan memanfaatkan demokrasi untuk terlibat dalam partisipasi politik memperbaiki negara, pasca revolusi.

"Saya sudah hidup selama bertahun-tahun di Kanada dan Britain, dan itulah sistem politik yang kita inginkan," kata Hresha.

Hresha mengatakan bahwa jika organisasinya membentuk partii politik, maka Ikhwan akan berusaha untuk mengubah undang-undang sesuai dengan prinsip-prinsip Al-Quran, ujarnya.

"Mengapa tidak kita boleh menekan sudut pandang kami - kami adalah manusia juga," katanya.

Hresha mengatakan Libya Ikhwanul Muslim menyambut Serangan udara di Libya, perubahan yang mengejutkan untuk sebuah gerakan yang sebelumnya didukung jihad oleh rakyat Iraq terhadap pasukan AS menduduki Iraq.

"Saya tabikt dan saya sangat berterima kasih kepada Amerika, pemerintah Peranchis dan Britain untuk menghentikan pembunuhan itu," katanya. "Aku tidak akan pernah melupakan ini."

Sebuah peranan yang lebih menonjol untuk Ikkhwan di Libya boleh menjadi negatif apbila dikaitkan dukungan Ikhwan kepada al-Qaeda dan kelompok-kelompok jihad lainnya, terutama di provinsi timur yang telah menyaksikan radikalisasi yang penting dalam beberapa tahun terakhir.

Tapi struktur masyarakat di Libya ditentukan oleh suku-suku - tidak seperti Mesir dan Tunisia - tidak mudah bagi Ikhwan untuk membangun basis nasional.

Kelompok garis keras "Salafi" juga memiliki pengaruh di kota seperti Derna dan kota-kota lainnya, dan terutama yang dekat dengan perbatasan dengan Mesir.

"Imam Salafi di Derna," tulis seorang diplomat AS pada tahun 2008, "sengaja berusaha untuk menghilangkan beberapa kegiatan sosial yang ditawarkan bagi kaum muda yang dinilai tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam."

Tetapi, kenyataannya pengaruh Ikhwan di Libya menghadapi tentangan yang tidak ringan, kerana memiliki rivaliti yang sangat kuat, iaitu munculnya kekuatan sekuler yang menjadi basis kekuatan politik dan ideologi Gadhafi yang selama kekuasaan rejim itu, mereka mendapatkan dukungan dan eksis serta mempengaruhi spektrum politik yang luas di Libya.

Kekuatan sekuler yang menjadi tulang punggung (back bone) Gadhafi mereka bukan hanya kumpulan orang-orang yang kosong tanpa ideologi, tetapi merek ikut merumuskan ideologi negara Libya melalui buku "Hijau", dan sekarang mereka ikut bertempur melawan pembangkang.

Dewan Transisi Nasional di Benghazi - yang merupakan inti dari kepemimpinan kelompok pembangkang yang beranggotakan 30 orang anggota - sebahagian besar terdiri dari pengacara, dokter, intelektual, dan mantan tahanan politik dengan yang berbasis ideologi sekuler.

Dalam pernyataannya hari Isnin, Dewan menyatakan, bahawa tujuan akhir revolusi adalah "Untuk membangun negara awam yang demokratis berdasarkan aturan undang-undang, menghormati hak asasi manusia dan memberikan jaminan hak-hak dan kesempatan yang sama bagi semua warga negara termasuk ... kesempatan yang sama antara laki-laki dan perempuan".

Guma el-Gamaty, seorang akademisi yang berpusat di Britain yang menjadi penghubung utama antara pembangkang Libya di luar negeri dan Dewan Benghazi mengatakan tidak ada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diangkat menjadi anggota Dewan, ujar Gamaty. Ini merupakan refleksi dari kalangan sekular yang mengecilkan peranan dan erti dari Gerakan Ikhwan di Libya.

"Kami berkeja dengan diam-diam mengatasi krisis yang ada sekarang ini, tanpa kami memperlihatkan sikap yang berlebihan, tetapi mempunyai tujuan yang jelas,membangun kembali Libya pasca revolusi dengan negara yang bercorak baru, yang lebih dekat dengan Islam", ujar Hresha. (mhi/tm)

sumber

LIBYA - Tentera Ghadafi Lari Dari Kota Ajdabiya

Pasukan pennetang berhasil mengambil alih kota strategik Ajdabiya, sesudah melakukan pertempuran yang sengit dengan pasukan yang setia kepada Presiden Moammar Gadhafi. Selepas mendapatkan tekanan yang hebat dari pembangkang, pasukanl yang setia kepada Presiden Gadhafi mundur dari Ajdabija. Ajdabija merupakan kota yang paling strategik di Libya Timur.

Deputi Menteri Luar Negeri Libya Khaled Kaim mengatakan bahawa pasukan yang setia dengan Presiden Gadhafi telah ditarik dari Ajdabiya, ujar Kaim. Kaim mengakui kemenangan yang dicapai oleh pasukan penentang yang telah membebaskan kota itu dari pasukan Gadhafi yang didukung dengan persenjataan berat, seperti pasukan kereta perisai, senjata rudal darat ke darat serta mortar.

Kota Ajdabija merupakan pintu masuk yang paling strategik yang dapzt mencapai Benghazi di jantung kaum penentang. Sekarang kota yang menjadi pintu gerbang ke Benghazi itu telah jatuh kepada penentang. Kemenangan pasukan penentang merebut kembali kota Ajdabija itu telah meningkatkan spirit (semangat) para pejuang penentang untuk terus maju mendekati Tripoli.

sumber

Saturday, March 26, 2011

LIBYA: Tentera udara Britain, Perancis gempur pinggir Ajdabiya

PARIS: Tentera udara Perancis dan Britain melancarkan serangan ke sasaran tertentu berhampiran bandar Ajdabiya semalam sebagai sebahagian daripada kempen tersusun melumpuhkan pasukan keselamatan Muammar Gaddafi.

Pegawai kanan tentera Perancis, Edouard Guillaud, berkata sebuah pesawat udara negara itu memusnahkan satu pasukan meriam kerajaan.


Kata Guillard, tentera Perancis juga memusnahkan satu pangkalan tentera, depoh peluru dan kemudahan penyelenggaraan di Libya.

“Ruang udara Libya kini terkawal,” katanya.


Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox, berkata jet Tornado GR-4 menembak sejumlah peluru berpandu ke arah kereta perisai Libya.


Ajdabiya dikepung tentera Libya sejak lebih seminggu lalu selepas bandar itu dijadikan satu daripada kubu pejuang pemberontak yang mahu menggulingkan Gaddafi. - AP

Sumber

TURKI tunduk desakan Nato

ANKARA: Parlimen Turki semalam meluluskan usul penghantaran satu pasukan tentera laut ketika kerajaan berasaskan Islam negara itu dengan berat hati menyertai operasi tentera Barat.

Selepas mengecam hebat serangan ke atas Libya, kerajaan meminta Parlimen meluluskan penghantaran pasukan tentera yang terdiri daripada sebuah kapal selam, empat kapal perang dan sebuah kapal bantuan bagi menguatkuasakan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu terhadap kerajaan Muammar Gaddafi.


Menurut usul yang diluluskan oleh Parlimen, kerajaan memperoleh kelulusan untuk tempoh setahun sebagai sebahagian daripada sumbangan kepada usaha antarabangsa yang bertujuan mengembalikan kestabilan dan keselamatan di Libya.

Undi itu diadakan secara tertutup dengan mengangkat tangan. Beberapa anggota Dewan turut memberi sokongan kepada kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.


Penganalisis berkata, kerajaan yang dipengaruhi oleh kumpulan yang berasaskan Islam itu tidak selari dengan sekutunya dalam Nato apabila ia menentang tindakan ketenteraan terhadap Libya mesikpun penyertaannya tidak boleh dielakkan.


“Turki keliru dan lewat. Ia tidak boleh mengelak daripada menyertai perang itu.

Sumber

Gempa bumi di MYANMAR, 75 dilapor maut



Sebuah rumah ranap dalam gempa bumi di Tarlay, timur Myanmar, semalam. Sekurang-kurangnya 75 maut, manakala 111 lagi cedera dalam bencana gempa berukuran 6.8 pada skala Richter itu. - REUTERS


YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar malam tadi, dengan angka korban dijangka meningkat apabila laporan diterima dari kawasan-kawasan terpencil yang masih terputus hubungan.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).

Pegawai Myanmar berkata, 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera di lima kawasan berdekatan pusat gempa, manakala lebih 240 bangunan runtuh.

"Kami masih cuba masuk ke kawasan terpencil, dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang cedera di kawasan bencana, tetapi jalan masih ditutup," katanya.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata, seorang wanita berusia 52 tahun maut di daerah Mae Sai ditimpa dinding rumahnya yang roboh.

Utara Thailand turut digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada 7 pagi ini (8 pagi waktu Malaysia), tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan besar berlaku.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu keluar rumah dan bangunan tinggi bergoyang, manakala hospital dan sekolah dikosongkan, semasa gempa bumi malam tadi.

Di Yangon, pengarah badan kebajikan World Vision bagi Myanmar, Chris Herink berkata, kerosakan infrastruktur yang besar tidak berlaku di kawasan Kengtung dan Tachileik yang terjejas, walaupun bangunan retak dan bekalan air terputus di sesetengah tempat.

"Namun paling membimbangkan ialah kawasan luar bandar kerana saya khuatir, maklumat tidak menggembirakan akan diterima dari sana sepanjang hari ini," katanya.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand. - AFP

Sumber

PERANCIS: NATO berbelah-bahagi

BRUSSELS 25 Mac – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini bersiap sedia untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya dan menghalang pesawat perang rejim Muammar Gaddafi, tetapi belum dapat dipastikan sama ada perikatan itu akan mengambil alih seluruh operasi ketenteraan di sana.

Berikutan rundingan berlarutan yang tertumpu kepada bantahan Turki terhadap kempen serangan udara tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Libya, NATO lewat semalam bersetuju untuk mengetuai operasi bagi menguatkuasakan zon larangan terbang tetapi belum bersedia untuk mengetuai serangan ke atas tentera darat Gaddafi.

NATO buat masa ini akan melancarkan operasi dalam masa tiga hari akan datang untuk mencegah jet-jet pejuang Gaddafi daripada berlepas, termasuk menembak jatuh pesawat jika perlu, sementara tentera bersekutu terus bertanggungjawab membedil tentera darat Libya.

Turki, satu-satunya negara Islam dalam NATO dan sebuah kuasa serantau, enggan menyertai sebarang misi pertempuran, dan memandangkan perikatan 28 negara itu membuat keputusan menerusi konsensus, sokongan Ankara diperlukan bagi meluaskan skop misi.

Satu lagi persoalan penting ialah siapa yang akan mengambil alih kawalan politik terhadap operasi ketenteraan itu.

Perancis memberi amaran menjalankan misi itu di bawah bendera NATO tidak akan disenangi oleh sekutu di kalangan negara Arab.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam berkata, penyelarasan keputusan politik mesti berada di tangan sebuah perikatan antarabangsa yang merangkumi Liga Arab, manakala peranan NATO terbatas kepada operasi ketenteraan secara harian.

Kuasa Barat yang mengetuai kempen itu, AS, Perancis dan Britain menekankan keperluan untuk melibatkan negara Arab dalam kempen di Libya, tetapi setakat ini hanya Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyumbangkan jet pejuang.

Sementara itu, pesawat perang Barat membedil sasaran di selatan Libya malam tadi tetapi gagal menyekat kereta kebal kerajaan masuk semula ke bandar Misrata di barat negara itu.

Komander Barat berharap tentera pemberontak di timur Libya akan dapat menggulingkan Gaddafi, tetapi kemasukan semula kereta kebal rejim ke Misrata pada waktu malam menunjukkan kesukaran yang dihadapi bagi memaksa pemimpin Libya itu mengadakan gencatan senjata.

Pemberontak yang telah mendirikan kerajaan alternatif pimpinan bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel-Jalil di Benghazi, berkata, mereka memerlukan lebih banyak peluru dan senjata pemusnah kereta kebal untuk membolehkan mereka menumbangkan rejim Gaddafi. – AFP/Reuters

Sumber

17 terbunuh demonstrasi di SYRIA dicemari tembakan

DAMASCUS 26 Mac - Seramai 17 orang terbunuh apabila demonstrasi yang diadakan di Daraa dicemari adegan tembakan, kata seorang aktivis hak kemanusiaan.

“Kesemua mereka terbunuh kerana ditembak ketika sedang berarak dari kampung Sanamen ke Daraa,” ujarnya.

Ujarnya, pasukan keselamatan turut menembak ke arah pembantah yang berkumpul di Daraa, hari ini. - AFP

Sumber

Friday, March 25, 2011

Presiden YAMAN sedia letak jawatan

SANAA 24 Mac - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh semalam mengumumkan kesediaannya untuk meletak jawatan menjelang akhir tahun ini bagi meredakan pemberontakan, tetapi tawarannya itu tidak diendahkan oleh kumpulan pembangkang.

"Pada saat bersejarah ini, Yemen memerlukan kebijaksanaan untuk mengelak keganasan berterusan yang akan menyebabkan negara berhadapan keadaan berbahaya," kata Saleh dalam surat yang diserahkan kepada kumpulan pembangkang.

Kumpulan pembangkang yang awal semalam menyeru protes besar-besaran diadakan esok untuk memaksa Saleh berundur memberitahu, mereka sedang meneliti tawaran itu.

Protes berminggu-minggu menentang pemerintahan Saleh selama 32 tahun meningkatkan kebimbangan negara-negara Barat berhubung masa depan negara ini, tempat di mana al-Qaeda berkubu. - REUTERS

Sumber

Kapal selam BRITAIN terus lancar Tomahawk

LONDON: Sebuah kapal selam Britain semalam melancarkan serangan baru peluru berpandu Tomahawk terhadap sistem pertahanan udara Libya dalam serangan yang diselaraskan bersama tentera bersekutu lain.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri serangan Britain yang bersama-sama Perancis dan Amerika Syarikat mengetuai usaha menguatkuasakan zon larangan terbang terhadap Libya.


Tentera Britain sekali lagi menyertai serangan terhadap Libya sebagai menyokong Ketetapan 1973 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata jurucakap Ketua Staf Pertahanan Britain, Mejar Jeneral John Lorimen, Dalam satu kenyataannya, beliau berkata: Britain melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari kapal selam kelas Trafalgar terhadap sasaran pertahanan udara sebagai sebahagian daripada rancangan tentera bersekutu untuk menguatkuasakan ketetapan itu.” Ia tidak memberi butir lanjut mengenai sasaran atau hasil serangan itu.

Letupan dan bunyi tembakan senjata antipesawat menggegarkan Tripoli semalam ketika serangan udara tentera bersekutu terhadap Muammar Gaddafi memasuki hari keenam. - AFP

Sumber

LIBYA: Ramai orang awam maut

TRIPOLI: Agensi berita Libya, Jana, semalam melaporkan, serangan tentera bersekutu terhadap kawasan kediaman di timur bandar raya ini menyebabkan ramai orang awam terbunuh.

“Pengeboman yang dilakukan oleh tentera salib di Tajura berhampiran Tripoli mensasarkan kawasan kediaman, menyebabkan ramai orang awam terkorban,” menurut laporan itu.


Menurutnya, Tajura diserang tiga kali dan serangan ketiga mensasarkan anggota penyelamat yang cuba mengalihkan mayat dan mangsa yang cedera dari runtuhan bangunan akibat serangan pertama dan kedua.

Seorang wartawan AFP pula melaporkan, siren ambulans kedengaran dari tengah Tripoli dan Tajura.


Terdahulu, saksi berkata, letupan kuat kedengaran dari sebuah pangkalan tentera di daerah berkenaan, 32 kilometer ke timur Tripoli dan kebakaran dapat dilihat berlaku dalam perkarangannya.


Tajura menempatkan pang- kalan tentera terpenting Libya dan menjadi sasaran serangan tentera bersekutu pada hari pertama operasi ketenteraan dilancarkan terhadap negara itu Sabtu lalu. - AFP

Sumber

Tentera Gaddafi akan hancur beberapa hari: Juppe

PARIS: Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, tentera bersekutu Barat akan mengambil masa beberapa hari atau minggu saja, bukan beberapa bulan, untuk memusnahkan tentera Muammar Gaddafi.

Jet penggempur Barat mengebom Libya buat malam kelima berturut-turut semalam tetapi sehingga ini gagal untuk menghentikan serangan meriam tentera Gaddafi terhadap bandar yang dikuasai pemberontak atau mengundurkan tentera Libya dari satu persimpangan strategik di timur negara itu.


Juppe juga mempertahankan rentak operasi itu dengan berkata: “Anda tidak boleh menjangka kami akan mencapai matlamat dalam masa lima hari saja.” Perancis mengetuai campur tangan tentera yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menghentikan serangan tentera kerajaan Libya terhadap pasukan pemberontak. Ia kini berusaha bersama-sama Britain untuk mewujudkan kumpulan penghubung, yang terdiri daripada beberapa negara utama yang terbabit dalam operasi itu dan negara Arab. Ia bertujuan membincangkan hal mengenai pentadbiran politik dan strategi untuk misi itu sementara Nato akan mengendalikan penyelerasan harian tentera. - AFP

Sumber

Tentera Bersekutu terus serang LIBYA



Seorang pemberontak bersenjata mengawal askar-askar upahan dan tentera yang setia kepada Gaddafi selepas mereka ditahan di sebuah penjara di Benghazi, semalam. – REUTERS


TRIPOLI 24 Mac – Letupan dan bedilan anti-pesawat menyelubungi ibu negara Libya hari ini ketika Tentera Bersekutu meneruskan serangan udara ke atas tentera Muammar Gaddafi, masuk hari keenam berturut-turut.

Pegawai Britain mendakwa tentera udara Libya kini hampir musnah.

Menurut wartawan AFP, bedilan anti-pesawat bermula pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu Malaysia diikuti bunyi letupan kuat.

Ketika armada kapal-kapal Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meronda perairan Libya untuk melaksanakan embargo senjata ke atas Gaddafi, usaha baru untuk melancarkan operasi tentera gagal selepas beberapa hari berlangsung perdebatan sengit.

Seorang diplomat NATO berkata, 28 negara bersekutu akan mencuba sekali lagi hari ini untuk mencapai keputusan sama ada NATO perlu terlibat dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak Sabtu lalu oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

Namun, negara-negara terlibat telah mula mencatat kejayaan dalam operasi tersebut dengan Naib Marshal Udara Britain, Greg Bagwell mendakwa tentera udara Libya kini hampir dimusnahkan dan tidak lama lagi akan berkubur.

Pegawai AS secara terbuka turut membuat spekulasi bahawa tekanan berterusan akan memaksa Gaddafi berundur selepas empat dekad memerintah.

Saksi melaporkan, letupan kuat berlaku malam tadi di pangkalan tentera di Tajura, kira-kira 32 kilometer ke timur Tripoli, sementara bedilan anti-pesawat kedengaran ketika serangan udara dilancarkan ke atas ibu negara Libya ini.

Agensi berita rasmi JANA melaporkan, serangan udara di Tajura mengorbankan ‘sejumlah besar’ penduduk awam.

Menurut JANA, Tajura menjadi sasaran serangan sebanyak tiga kali dengan serangan ketiga terkena pasukan penyelamat yang cuba memindahkan mangsa yang terbunuh dan cedera dari sisa runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan pertama dan kedua.

Dakwaan itu, bagaimanapun tidak disahkan oleh mana-mana kumpulan bebas.

Tajura adalah pangkalan tentera Libya yang penting dan telah menjadi sasaran tentera bersekutu sejak serangan pertama.

Walaupun kesudahan krisis di Libya ini masih tidak jelas, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates yang kini dalam lawatan di Kaherah berkata, tekanan ke atas rejim Gaddafi dapat menggalakkan sekutu pemimpin itu atau anggota keluarganya meninggalkannya.

Tentera AS berkata, tentera Gaddafi yang mengancam bandar-bandar yang dikuasai pemberontak kini menjadi sasaran serangan udara mereka. – AFP

Sumber

LIBYA: Pertahanan udara musnah

ANGGOTA Barisan Pembebasan Kebangsaan Sri Lanka  membakar tayar di depan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana membantah serangan tentera bersekutu terhadap Libya,   di Colombo semalam.
ANGGOTA Barisan Pembebasan Kebangsaan Sri Lanka membakar tayar di depan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana membantah serangan tentera bersekutu terhadap Libya, di Colombo semalam.

TRIPOLI: Letupan dan bunyi tembakan senjata antipesawat menggegarkan Tripoli semalam ketika serangan udara tentera bersekutu terhadap Muammar Gaddafi memasuki hari keenam.

Dalam pada itu, seorang pegawai Britain berkata, pasukan tentera udara Libya hampir musnah sama sekali.


Tembakan antipesawat bermula awal pagi, lapor seorang wartawan AFP.

Saksi pula berkata, letupan kuat kedengaran di sebuah pangkalan tentera di Tajura, kira-kira 32 kilometer ke timur Tripoli.


Sementara itu, ketika satu armada kapal perang negara bersekutu meronda kawasan pantai Libya untuk menguatkuasakan sekatan senjata terhadap Gaddafi, usaha menyerahkan pemerintahan operasi ketenteraan terus menemui jalan buntu selepas gagal mencari kata sepakat selepas beberapa hari berbincang.


Seorang diplomat Nato berkata, pakatan 28 negara itu akan cuba mencapai keputusan sama ada ia perlu mengetuai operasi yang dilancarkan Sabtu lalu oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.

Ketika mengumumkan kejayaan serangan udara itu, Timbalan Marsyal Udara Britain, Greg Bagwell berkata, tentera udara Libya hampir musnah sama sekali dan ‘tidak lagi wujud sebagai satu pasukan tentera.’ Pegawai Amerika Syarikat secara terbuka membincangkan sama ada tekanan berterusan akan memaksa Gaddafi meletakkan jawatan selepas 40 tahun berkuasa.


Tentera Amerika juga berkata, ia kini mensasarkan serangan terhadap tentera darat Gaddafi yang mengancam bandar yang dikuasai pemberontak.

“Kami memberi tekanan terhadap tentera darat Gaddafi yang mengancam bandar yang dikuasai penentangnya,” kata Ketua Turus tentera Amerika untuk misi Libya, Laksamana Muda Gerard Hueber. - AFP

Sumber

Laman IRAN Desak Latih Pengebom Berani Mati

Sebuah laman internet Iran membuka pendaftaran dalam rangka merekrut pejuang "syahid" untuk berjihad di Bahrain yang secara eksplisit bermaksud aksi untuk melakukan serangan di kerajaan Teluk tersebut. Aksi itu sebagai balasan terhadap apa yang mereka gambarkan sebagai invasi yang dilakukan oleh negara-negara di sekitar Teluk Parsi, yang masuk ke negara itu untuk membantu menciptakan keamanan.

Laman internet yang menyandang nama "Rohil atau keberangkatan" dan mendapat lesen dari pihak berkuasa yang bertanggung jawab di Teheran, dan terbukti bahawa domain situs berakhiran IR, yang merupakan domain rasmi Iran.

Di dalam laman tersebut ditampilkan ayat-ayat Al-Quran yang menyerukan untuk berjihad, dan mengutuk keras sikap penguasa negara-negara Teluk (GCC) dengan menampilkan klip video yang berisi aksi kekerasan pasukan negara teluk khususnya Arab Saudi dalam melawan penunjuk perasaan Syiah Bahrain.

Laman tersebut juga menyerukan untuk perekrutan pengebom bunuh diri yang akan diterjunkan di Bahrain dan menjanjikan bahwa semua yang menjadi sukarelawan, kerahasiaan datanya terjaga dan laman akan menginformasikan informasi ke pihak sukarelawan melalui korespondensi.

Secara umum laman ini sebagai sebagaian dari aksi 'perlawanan' kaum Syiah menentang pemerintahan kerajaan Sunni Bahrain, di mana kerusuhan Bahrain telah meningkatkan eskalasi ketegangan antara pemerintahan Bahrain yang sunni dan Iran yang Syi'ah.(fq/imo)

sumber

Thursday, March 24, 2011

Israel Desak Facebook Tutup Laman Intifada

Menteri Israel bidang Diplomasi dan Yahudi Diaspora, Yuli Edelstein mengirim surat kepada pemilik laman jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg, Rabu (23/3). Dalam suratnya, Edelstein meminta Zuckerberg untuk menghapus halaman grup di Facebook yang menyerukan gerakan Intifada ketiga di Palestin untuk melawan Zionis Israel.

Grup "Gerakan Intifada Ketiga" itu baru dilancarrkan kurang dari sebulan yang lalu di Facebook, dan langsung mendapat dukungan yang luar biasa dari para pengguna jejaring sosial itu. Sekitar 250,000 Facebooker menyatakan dukungannya terhadap seruan untuk mengadakan perlawanan Intifada ketiga terhadap Israel pada tanggal 15 Mei akan datang, bersamaan dengan peringatan hari Nakbah atau "Hari Bencana" bagi rakyat Palestin saat berdirinya negara haram Israel.

Para pembuat halaman grup "Intifada" itu menyatakan, mereka terinspirasi oleh kebangkitan rakyat di Timur Tengah yang mampu menumbangkan pemimpin diktator seperti di Tunisia dan Mesir. Mereka berharap bangkitnya gerakan Intifada juga boleh menumbangkan rejim Zionis Israel, dengan perjuangan seluruh rakyat Palestin dan bantuan dari negara-negara tetangga Palestin.

Selain menyerukan gerakan "Intifada ketiga" halaman grup di Facebook itu juga menyerukan agar masyarakat Arab di Jordan, Mesir dan Syria terus melakukan aksi protes, sementara rakyat Palestin di Tebing Barat dan di Jalur Gaza akan melakukan serangan ke pemukiman-pemukiman ilegal Israel di wilayah Palestin. Mereka juga menyerukan Lebanon untuk memberikan bantuan, dengan menembakkan misil-misilnya ke wilayah Israel.

Edelstein dalam suratnya mendesak Zuckerberg untuk segera menutup halaman grup "Intifada" itu. Ia menyatakan, surat itu ditulis bukan atas kedudukannya sebagai menteri Israel, tapi sebagai orang yang ingin berbahagi nilai-nilai dalam kebebasan mengungkapkan pendapat, yang menurutnya berbeza dengan kebebasan yang sifatnya menghasut. (ln/Ynet)

sumber

LIBYA - 1 Pesawat PERANCHIS Ditembak Jatuh?

Sebuah pesawat perang Perancis telah dilaporkan jatuh di kota Libya, Sirte, sementara operasi militer pasukan bersekutu pimpinan AS semakin mengintensifkan serangan mereka di negara Afrika tersebut.

Akhbar al-Watan Libya melaporkan Rabu (23/3) bahawa pasukan Libya menembak jatuh sebuah jet tempur Peranchis yang melakukan pengeboman di kota dan berhasil menahan juruterbangnya.

Sirte, sekitar 600 kilometer sebelah timur ibukota Tripoli Libya adalah kampung halaman penguasa despotik Muammar Gaddafi.

Seorang jurucakap militer Perancis, bagaimanapun, menyanggah laporan itu pada Khamis (24/3) bahawa pesawat jet tempur mereka ditembak jatuh di atas kota Libya.

"Tidak ada pesawat Perancis yang ditembak jatuh di Sirte, tadi malam," kata Kolonel Thierry Burkhard, jurucakap angkatan bersenjata Peranchis.(fq/prtv)

LIBYA: 8 cedera diserang roket ketika cuba lihat jet pejuang AS terhempas

BENGHAZI: Saksi berkata, sekurang-kurangnya lapan orang cedera ditembak ketika mereka cuba menghampiri kawasan pesawat AS terhempas di Libya, semalam.

Menurut berkata, semua mangsa adalah lelaki dan dirawat di Hospital Jala di Benghazi.


Katanya, mereka dibawa dari perkampungan Ghot Sultan, kira-kira 50 kilometer di timur Benghazi yang menjadi tempat jet F-15 tentera AS terhempas.

“Kami ke sana dan mendapat tahu juruterbangnya masih ada.


“Ketika kami semakin hampir ke lokasi itu, tiba-tiba kami diserang dengan roket,” katanya.


Saksi itu, Mohammed Abdul Aaty, terselamat tetapi bapa dan saudara kandungnya, Hamdy, cedera.

Katanya, doktor terpaksa memotong kaki Hamdy selepas mengalami kecederaan parah.


Seorang lagi penduduk kampung, berkata mereka menaiki kereta dan berjalan kaki ke tempat jet itu terhempas.

“Ada satu kumpulan lebih awal mendakwa juruterbangnya masih ada. Kami terus ke situ tetapi tiba-tiba roket meletup tidak jauh dari kami,” katanya. Bagaimanapun, tiada sesiapa dapat mengesahkan siapa melancarkan roket berkenaan.


“Hanya Tuhan tahu kerana kami tidak melihat sebarang pesawat di udara ketika itu,” katanya. - AFP

Sumber

CHINA: Minyak matlamat utama perang

BEIJING: Media milik kerajaan China semalam mengecam serangan tentera yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menyifatkannya sebagai usaha Barat untuk menguasai minyak dan penguasaan terhadap dunia.

“Serangan udara itu adalah semata-mata keputusan politik yang diambil oleh segelintir kuasa Barat dan mesej pertamanya ialah kuasa Barat ini masih menjadi hakim peringkat global.


“Barat sudah menguasai dunia sejak beberapa abad lalu dan hasrat untuk menguasai dunia masih menjadi strategi utamanya,” kata rencana pengarang akhbar Global Times.

Dalam pada itu, akhbar People’s Daily suara Parti Komunis China berkata, sebahagian besar campur tangan tentera dan politik Barat di Timur Tengah berkait dengan minyak dan kedudukan strategiknya.


“Iraq diserang kerana minyaknya, Libya diserang juga kerana minyaknya,” kata akhbar itu dalam edisi seberang lautnya, Ia juga menuduh Barat berusaha menguasai sumber strategik dunia dengan kekerasan. - AFP

Sumber

MESIR: Al Azhar kecam tentera Sekutu

KAHERAH: Pihak berkuasa tertinggi Islam di Mesir semalam mengecam serangan tentera Barat di Libya tetapi berkata, ia menyokong apa yang disifatkannya sebagai tuntutan sah revolusi rakyat negara itu.

Pesawat pengebom Barat melakukan lebih 300 penerbangan di ruang angkasa Libya dan lebih 162 peluru berpandu tomahawk dibedil dalam misi yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi penduduk awam negara itu daripada tentera kerajaan.


Universiti Al-Azhar, antara pusat pengajian tertua di dunia memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Britain supaya tidak memecah-belahkan Libya dan memusnahkan kekayaan sumber dan kemanusiaannya seperti yang berlaku di Iraq, lapor akhbar Al-Ahram.

Institusi yang berpusat di Kaherah itu juga mengutuk kerajaan Arab yang menindas rakyatnya sejak puluhan tahun lalu.


Menurutnya, pemimpin negara terbabit tidak sepatutnya kekal berkuasa jika ia membawa kepada lebih banyak pertumpahan darah.


“Mereka perlu meninggalkan jawatan mereka. Itu yang patut mereka lakukan sebagai menyahut gesaan rakyat yang sudah sekian lama bersabar,” menurut kenyataan universiti itu.

Sokongan dunia Arab untuk melaksanakan zon larangan terbang amat penting bagi membolehkan ketetapan Pertubuhan Bangsa Bersatu, membenarkan campur tangan tentera asing di Libya.


Bagaimanapun, tidak ada negara Arab, kecuali Qatar berkata ia akan menyumbang kepada operasi berkenaan.

Universiti Al-Azhar mengecam kegagalan institusi Arab dan Islam menangani masalah politik dan ekonomi yang akhirnya mencetuskan kebangkitan rakyat hingga menggoncangkan dunia Arab. - AP

Sumber

Pemimpin LIBYA akan cuba kekal kuasa: Obama

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam memberi amaran, Muammar Gaddafi mungkin berusaha mengekalkan kuasa meskpiun berdepan dengan serangan tentera bersekutu.

Bagaimanapun, Obama berkata, pendekatan ketenteraan bukan satu-satunya cara untuk menyingkirkan pemimpin Libya itu.


“Kita sudah mengenakan sekatan antarabangsa. Kita sudah membekukan asetnya. Kita akan terus mengenakan pelbagai tekanan terhadapnya,” kata Obama kepada CNN di El Salvador. Pemimpin Amerika itu juga mengingatkan, langkah menguatkuasakan zon larangan terbang terpaksa dilakukan selepas ketetapan Majlis Keselamatan Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diluluskan minggu lalu bagi memastikan rakyat Libya tidak menjadi sasaran serangan tentera negara mereka sendiri.

Obama yang berada di El Salvador sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Amerika Latin berkata, beliau percaya serangan udara yang dilancarkan negaranya, Britain dan Perancis beraya menyelamatkan nyawa orang awam di Libya. - AP

Sumber

LIBYA: Gaddafi yakin kalahkan Barat

PENYOKONG pemberontak melihat dari dekat senjata tentera kerajaan Libya yang musnah di jalan utama antara Benghazi dengan Ajdabiyah, semalam.
PENYOKONG pemberontak melihat dari dekat senjata tentera kerajaan Libya yang musnah di jalan utama antara Benghazi dengan Ajdabiyah, semalam.
ORANG ramai melihat lubang besar di pankalan tentera laut Libya di Bousetta, timur Tripoli, yang musnah selepas dibom tentera bersekutu, semalam.
ORANG ramai melihat lubang besar di pankalan tentera laut Libya di Bousetta, timur Tripoli, yang musnah selepas dibom tentera bersekutu, semalam.

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata semalam, kuasa Barat yang menyerang negaranya akan berakhir dalam tong sampah sejarah.

“Kita tidak akan menyerah kalah,” kata Gaddafi kepada penyokongnya yang membentuk perisai manusia untuk melindunginya di kediaman beliau di Tripoli yang menjadi sasaran serangan pada 1996 ketika pentadbiran Reagan dan sekali lagi dalam serangan udara tentera bersekutu baru-baru ini.


“Kita akan mengalahkan mereka dengan apa cara sekali pun. Kita sudah bersedia untuk berperang, tidak kira sama ada untuk masa yang singkat atau lama,” kata pemimpin Libya itu dalam siaran televisyen, kemunculan pertamanya sejak serangan udara kuasa Barat bermula Sabtu lalu.

“Serangan itu dilakukan oleh sekumpulan fasis yang akan berakhir dalam tong sampah sejarah,” katanya, Ucapannya itu disusuli dengan pembakaran bunga api di Tripoli sambil orang ramai bersorak dan penyokongnya melepaskan tembakan ke udara.


Sementara itu, tentera Libya berjaya mengekang kemaraan pasukan pemberontak walaupun berdepan dengan serangan udara daripada tentera bersekutu selama empat malam berturut-turut.


Meskipun kuasa Barat melumpuhkan pasukan udara Gaddafi serta memaksa pengundurannya daripada Benghazi, bandar raya yang menjadi kubu kuat pemberontak, kumpulan penentang itu gagal mengambil kesempatan.

Mereka tidak berupaya mengusir tentera Gaddafi daripada persimpangan utama Ajdabiyah di timur sementara kereta kebal askar kerajaan mengepung bandar Misrata.


Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di Tripoli awal semalam.

Menurut saksi, pesawat pejuang kedengaran di ruang angkasa bandara raya itu disusuli dengan tembakan meriam antipesawat.


Kerajaan Libya menafikan dakwaan melakukan serangan baru terhadap pemberontak dan berkata, tenteranya hanya bertindak mempertahankan diri jika diserang.


Namun, kumpulan pemberontak dan penduduk berkata, kereta kebal Gaddafi terus membedil Misrata di Barat, menyebabkan 40 orang mati Isnin lalu. - AP

Sumber

BAHRAIN gantung penerbangan ke LEBANON

MANAMA 23 Mac - Bahrain menggantung penerbangan keluar masuknya ke Lebanon, sehari selepas mengeluarkan amaran kepada rakyatnya agar jangan ke negara itu berikutan pengakuan kumpulan Syiah, Hezbollah yang menyokong protes oleh kaum Syiah Bahrain.

Syarikat penerbangan Gulf Air menerusi satu kenyataan dalam laman webnya mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Iran dan Iraq juga ditangguh sehingga 31 Mac ini tanpa menyatakan sebab.

Iran yang menyokong puak Syiah di Lebanon dan Iraq sering mengkritik campur tangan asing di Bahrain oleh beberapa negara jiran yang diperintah golongan Sunah.

Penggantungan penerbangan itu menggambarkan ketegangan yang semakin memuncak di rantau pengeksport minyak terbesar di dunia ini antara negara-negara Arab yang diperintah golongan Sunah dan kuasa bukan Syiah Arab, Iran. - Reuters

Sumber

SYRIA: 6 penunjuk perasaan maut

DAMSYIK 23 Mac - Pasukan keselamatan Syria membunuh sekurang-kurangnya enam orang apabila mereka melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sebuah masjid di bandar Deraa, 100 kilometer ke selatan ibu negara ini.

Deraa menjadi medan protes oleh rakyat yang mencabar pemerintahan Parti Baath pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Mereka yang terbunuh dalam insiden sejurus selepas malam tadi termasuk seorang doktor daripada sebuah keluarga terkemuka di Deraa, Ali Ghassab al-Mahamid yang pergi ke Masjid Omari, di kawasan lama bandar itu, untuk membantu mangsa serangan.

Sebelum serangan itu, bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon diputuskan ke kawasan tersebut.

Laungan 'Allahu Akbar' kedengaran di serata kawasan kediaman di Deraa apabila tembakan mula dilepaskan.

Tidak jelas sama ada penunjuk perasaan membawa senjata.

Berikutan serangan itu, sejumlah 10 penduduk awam dibunuh oleh pasukan keselamatan Syria dalam konfrontasi dengan penunjuk perasaan yang melancarkan demonstrasi sejak enam hari lalu bagi menuntut kebebasan politik dan pembasmian rasuah di negara yang dihubi 20 juta penduduk ini.

Belum ada kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan Assad, yang kini berdepan cabaran terbesar terhadap pemerintahannya sejak menggantikan bapanya, Hafez al-Assad pada 2000.

"Dr. Mahamid ditembak oleh penembak curi, rangkaian telefon diputuskan tetapi kami dapat berhubung dengan penunjuk perasaan dekat masjid menerusi talian telefon mudah alih Jordan," kata seorang penduduk Deraa. - Reuters

Sumber