Saturday, April 30, 2011

MESIR buka sempadan PALESTIN

DUBAI 29 April – Mesir akan membuka sempadan Rafah ke Palestin secara kekal bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza, kata Menteri Luarnya, Nabil al-Arabi dalam satu wawancara dengan al-Jazeera hari ini.

Beliau berkata, Mesir juga akan melakukan beberapa langkah penting bagi melonggarkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Katanya, Mesir tidak lagi akan menyekat satu-satunya lintasan ke Palestin itu selepas mengakui tindakan negaranya menutup sempadan itu sebagai ‘memalukan’.

Mesir menutup sempadan Rafah pada kebanyakan masa dan hanya akan membukanya untuk laluan kes-kes kemanusiaan tertentu dari Genting Gaza.

Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza pada 2006 sebelum mengetatkan lagi sekatan pada 2007 apabila Hamas menguasai wilayah tersebut daripada tentera yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Sejak 2007, kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada terowong penyeludupan bawah tanah di sempadan Gaza bagi membawa masuk barangan keperluan mereka.

Kebanyakan terowong tersebut digunakan untuk membawa masuk barangan asas seperti makanan, barangan keperluan rumah, bahan binaan dan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan pejuang lain didakwa sering menyeludup masuk senjata dan wang melalui terowong sama.

Satu perjanjian 2005 yang dianjurkan Amerika Syarikat (AS) menetapkan Pihak Berkuasa Palestin dan Israel bertanggungjawab ke atas Rafah dengan pengawasan Kesatuan Eropah (EU). – AFP

Sumber

MAGHRIBI diserang pengganas



ANGGOTA polis menyiasat bangunan Argana Cafe yang diletupkan oleh pengganas di dataran Djemma el-Fna, Marrakesh, Maghribi, kelmarin. - AP


MARRAKESH 29 April - Satu serangan bom ke atas sekumpulan pelancong di sebuah kafe di dataran utama bandar Maghribi malam tadi menyebabkan 16 terkorban dan ia mendapat kecaman daripada pemimpin dunia.

Menurut pegawai tempatan, letupan bom tersebut berlaku di sebuah kafe di dataran Jamaa el-Fna, kawasan warisan budaya yang menjadi tumpuan jutaan pelancong setiap tahun.

Serangan tersebut mendapat kecaman para pemimpin dunia, antaranya ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menyifatkannya sebagai tindakan pengecut.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Maghribi, Taib Cherkaoui berkata, daripada 16 orang yang maut itu, tiga adalah rakyat tempatan, 11 daripadanya adalah warga asing termasuk warga Perancis dan Belanda manakala 23 yang lain cedera.

Pegawai tempatan di wilayah Marrakesh menyatakan kemungkinan serangan tersebut merupakan angkara pengebom berani mati berikutan mereka menemui beberapa batang paku pada satu daripada mayat tersebut.

Penyiasat berkata, serangan tersebut mungkin didalangi oleh kumpulan militan al-Qaeda.

Sementara itu, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang menghubungi Raja Maghribi IV, Raja Mohammed menerusi telefon menyifatkan serangan yang mengorbankan lapan rakyatnya itu sangat kejam.

Dalam pada itu, kumpulan perisikan dan pakar anti pengganas Perancis akan ke Marrakesh hari ini bagi membantu masalah yang tercetus.

Menurut Menteri Komunikasi Maghribi, Khalid Naciri, serangan tersebut merupakan perbuatan pengganas sambil menjelaskan negara ini sedang menghadapi ancaman pengganas sama seperti pada Mei 2003.

Kejadian tersebut terus mendapat kritikan apabila Setiausaha Luar Negara Britain, William Hague serta Menteri Luar Negara Jerman, Guido Westerwelle mengatakan ia perbuatan keji oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - AFP

Sumber

SYRIA tembak mati 35 orang selepas Jumaat

NOCOSIA, Syria 30 April – Pasukan keselamatan Syria hari ini menembak mati sekurang-kurangnya 35 orang di Daraa yang menjadi pusat tunjuk perasaan antikerajaan selepas solat Jumaat, kata aktivis kepada AFP.

Pasukan keselamatan melepaskan tembakan ketika beribu-ribu penduduk dari bandar bersebelahan cuba menghantar bantuan dan makanan ke Daraa yang dikepung sejak awal minggu ini. - AFP.

Sumber

Ikhwanul Muslimin SYRIA Seru Rakyat Bangun

Ikhwanul Muslimin Syria Jumaat semalam (29/4) menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad telah melakukan keganasan di negara itu dan menyerukan warga Syria untuk tidak menyerah terhadap tirani.

"Setiap warga negara Syria tah rejim ini telah melakukan kekejaman di wilayah Syria, yang mensasarkan untuk membungkam keinginan yang diungkapkan oleh pemberontakan para patriot muda yang bercita-cita untuk kebebasan dan martabat," kata jemaah Ikhwan itu dalam sebuah pernyataan yang diperoleh AFP Jumaat

"Allah menciptakan anda bebas, jangan biarkan tiran membuat anda dalam perhambaan," tambah pernyataan itu. "Teriakan dengan satu suara untuk kebebasan dan martabat."

Para aktivis Syria telah menyerukan "hari kemarahan" di Syria setelah solat Jumaat semalam, yang aksi setelah solat Jumat itu telah semakin memberikan tekanan kepada Assad, pada saat tenteranya terus melakukan kekerasan terhadap para demonstran yang dimulai pada pertengahan Mac lalu.

Kelompok-kelompok hak asasi manusia mengatakan tindakan represi pemerintah telah mengorbankan sekurang-kurangnya 453 warga awam Syria.(fq/fr24)

SUMBER

AS Kenakan Sekatan ke atas Keluarga Presiden SYRIA

WASHINGTON 30 April – Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan terhadap agensi perisikan Syria dan dua ahli keluarga Presiden, Bashar al-Assad kerana menggunakan tindakan keras untuk menangani demonstrasi bantahan di negara itu, kata pegawai kanan AS.

Assad tidak terlibat dalam arahan sekatan melibatkan pembekuan aset dan sebarang perniagaan di AS tetapi beliau akan dimasukkan ke dalam senarai itu kemudian jika tindakan keras terus diambil oleh kerajaan terhadap penunjuk perasaan. - Reuters

sumber

SYRIA Tembak Mati 35 Orang Lepas Solat Jumaat

NOCOSIA, Syria 30 April – Pasukan keselamatan Syria hari ini menembak mati sekurang-kurangnya 35 orang di Daraa yang menjadi pusat tunjuk perasaan antikerajaan selepas solat Jumaat, kata aktivis kepada AFP.

Pasukan keselamatan melepaskan tembakan ketika beribu-ribu penduduk dari bandar bersebelahan cuba menghantar bantuan dan makanan ke Daraa yang dikepung sejak awal minggu ini. - AFP.

sumber

Friday, April 29, 2011

500 Terbunuh Dalam Protes di SYRIA

DAMASKUS (Arrahmah.com) - Kelompok HAM Syria, Sawasiah mengatakan pasukan keamanan Syria membunuh sekurang-kurangnya 500 orang awam dalam penumpasan terhadap “demonstran damai”, pada Kamis (28/4/2011).

Sawasiah, yang didirikan oleh tokoh HAM Syria yang dipenjara, Mohannad al-Hassani, juga mengungkapkan, ribuan orang Syria ditangkap dan puluhan orang hilang setelah demonstrasi menuntut kebebasan politik dan diakhirinya korupsi meletus hampir enam minggu lalu.

“Kami mendesak pemerintah-pemerintah yang beradab mengambil tindakan untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria, mengendalikan rejim Syria, menghentikan pembunuhan, penyiksaan, pengepungan dan penangkapan yang mereka lakukan,” kata Sawasiah.

“Rezim Syria terus melakukan operasi pembunuhan terorganisasi pada rakyatnya sendiri, dengan kekebalan dari undang-undang. Pengeboman Deraa merupakan kejahatan atas kemanusiaan,” pernyataan Sawasiah menunjuk pada penggunaan kereta-kereta kebal untuk menumpaskan gerakan penentangan di kota Deraa, di mana protes mulai meletus.

Sehari sebelumnya, Rabu (27/4), sebanyak 203 anggota parti Baath yang berkuasa di Syria keluar dari parti sebagai protes atas penumpasan mematikan terhadap pemrotes, sehingga jumlah yang keluar dari parti itu menjadi 233, menurut daftar yang dilihat oleh pejabat berita AFP.

Kelompok terakhir yang mengundurkan diri itu adalah para anggota yang berasal dari wilayah Houran, yang mencakup kota bergolak Daraa di Syria selatan. Sebelumnya, 30 anggota dari kota Banias yang dilanda kekerasan di Syria baratlaut mengundurkan diri.

“Kami menolak dan mengecam segala sesuatu yang terjadi dan dengan menyesal mengumumkan pengunduran diri kami dari parti. Praktik badan keamanan terhadap warga tidak bersenjata… melanggar segala nilai kemanusiaan dan slogan parti,” kata mereka dalam sebuah pernyataan yang ditandatangani.

Aktivis pro-demokrasi di sejumlah negara Arab, termasuk Syria, terinspirasi oleh pemberontakan di Tunisia dan Mesir yang berhasil menumbangkan pemerintah yang telah berkuasa puluhan tahun.

Syria sejak pertengahan Mac dilanda protes yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang menuntut reformasi besar-besaran di negara yang dikuasai Parti Baath selama hampir 50 tahun itu.

Pemerintah mengumumkan serangkaian langkah reformasi dalam usaha menenangkan pemrotes, termasuk pembebasan tahanan dan reancangaa membuat undang-undang baru mengenai media dan perizinan bagi parti politik.

Assad juga memutuskan mennarik balik undang-undang darurat, yang disusun pada Disember 1962 dan diberlakukan sejak Partai Baath berkuasa pada Mac 1963. (rasularasy/arrahmah.com)

sumber

Perisikan Israel Tidak Berguna

Pemimpin Hamas Mahmud Zahar mengatakan hari Khamis lalu(28/4) bahawa kesepakatan rekonsiliasi Palestin yang ditandatangani di Kaherah hari sebelumnya datang sebagai kejutan besar bagi intelijen Israel, yang diebut sebagai "tidak berguna."

"Intelijen anda adalah tidak berguna", Zahar mengatakan kepada televisyen Israel Channel 10, seperti dilaporkan akhbar The Jerusalem Post.

"Kami berada di Kaherah bulan lalu dan kemudian saya kembali ke Gaza kemudian menuju Damsyik dan dari sana kami pergi kembali ke Kaherah."

Presiden Mahmud Abbas, hanya mendengar setelah selesai rekonsiliasi yang berlangsung di Mesir, kata Zahar.

"Di Kaherah, kami bertemu dengan menteri luar negeri Mesir dan personel intelijen dan bahkan dengan orang-orang di dewan militer Mesir," katanya menambahkan. "Kami membahas semua masalah ini dan cara terbaik untuk melaksanakannya."(fq/mna)

sumber

Israel Bengang Dengan Persahabatan Hamas-Fatah

Entitas Zionis merasa yang paling kecewa, dan penuh kebencian, tatkala Hamas dan Fatah mencapai perjanjian akhir, yang mengakhiri empat tahun perpecahan nasional.

Perpecahan antara Hamas dan Fatah itu melumpuhkan Palestin. Rakyat Palestina mengalami kelelahan. Peristiwa perpecahan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perpecahan itu memberi Israel kesempatan yang berharga untuk melikuidasi Palestin.

Berita perjanjian akhir antara Hamas - Fatah telah menimbulkan reaksi kegembiraan dan sukacita yang seketika. Di mana-mana berlangsung euforia, termasuk di wilayah-wilayah yang diduduki Israel. Penduduk Palestina tak dapat menyembunyikan kegembiraan yang sudah lama mereka angankan.


Justru musuh rakyat Palestin, iaitu pihak Israel, pemimpin Israel terlihat marah dan kecewa. Perdana Menteri Benyamin Netanyah mengancam pemimpinan Palestin dengan ultimatum. "Pihak Berkuasa Palestina (PA) mesti memilih antara perdamaian dengan Hamas atau perdamaian dengan Israel. Tidak dapat memilih keduanya", ujar Netanyahu. Seorang pegawai Fatah membalas: "Kami juga mengatakan, Israel mesti memilih antara perdamaian dengan rakyat Palestin atau perdamaian dengan pemukim Yahudi yang rasis. Tidak boleh memilih keduanya", ujar seorang pegawai Fatah.

sumber

PM BANGLADESH Pertahan Islam Agama Negara

Perdana Menteri Bangladesh Syaikh Hasina menyatakan, Liga Awani--parti berkuasa saat ini--menginginkan Islam tetap dipertahankan sebagai agama negara, dengan tetap memberikan hak yang sama pada penganut agama lainnya.

Hasina juga mengungkapkan bahawa dirinya lebih suka kata "Bismillah-Ar-Rahman-Ar-Rahim" tetap dicantumkan dalam mukadimah konstitusi negara Bangladesh. Sikap Hasina berbeza dengan sikap mendiang ayahnya, Syaikh Mujibur Rahman yang menginginkan Bangladesh menjadi negara yang lebih bebas, tidak terikat pada pengaruh syariat Islam.

Pada tahun 1972, di masa pemerintahan Mujibur Rahman, Konstitusi Bangladesh menetapkan sekularisme sebagai salah satu pilar negara itu. Tapi setelah Mujibur Rahman meninggal dunia akibat aksi pembunuhan di tahun 1975, sekularisme dihapus dari Konstitusi dan Bangladesh menjadi negara Republik Islam hingga sekarang.

Majoriti penduduk Bangladesh, sekitar 90 peratus adalah Muslim. Selebihnya adalah penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian.

Dalam pernyataannya pada para wartawan usai melakukan pertemuan di parlimen, Hasina mengatakan, meski partinya mempertahankan Islam sebagai agama negara, ia tidak akan menentang berdirinya parti-parai yang berbasis agama. Namun ia tetap akan memberlakukan Linkbatasan-batasan tertentu bagi parti berbasis agama. (ln/DailyStar)

sumber

Ikhwan PIlih Presiden Partinya Jumaat Ini

Dewan Syura Ikhwanul Muslimin merancang untuk memilih presiden Parti Kebebasan dan Keadilan dan menyetujui program dan susunan parti pada hari Jumaat (29/4).

Sumber mengatakan, parti Ikhwan memiliki 10,000 anggota pendiri tetapi akan menerima pendaftaran hanya 7,000 orang saja.

Mereka juga mengatakan bahawa anggota jemaah Saad al-Katatny, Muhammad Mursi, Rasyad al-Bayumi dan Issam al-Aryan akan menjadi nama-nama yang mungkin tampil untuk menjadi presiden parti.

Muhktar Nuh, seorang anggota pembangkang dalaman jemaah, mengatakan kelompok Majlis Umum, bukan Dewan Syura, yang sepatutnya memilih presiden parti.(fq/almasryalyoum)

Wednesday, April 27, 2011

BAHRAIN Semakin Kecoh

Pasukan keselamatan rejim diktator dinasti Al-Khalifa di Bahrain bukan sahaja menghancurkan masjid, tapi juga menyerbu hospital dan sekolah-sekolah untuk menghentikan gerakan rakyat yang menginginkan reformasi di negeri itu.

Pihak keselamatan Bahrain pada Selasa (26/4) pagi menyerbu dua hospital antara lain Aali Health Center di Manama, dan menangkap lapanpegawai perubatan dari kedua-dua hospital tersebut. Para aktivis pro-reformasi di Bahrain mengunggah foto-foto yang memperlihatkan bagaimana pasukan keselamatan memukul para staf di hospital tersebut.

Organisasi-organisasi hak asasi manusia menyatakan, pasukan keselamatan Bahrain menangkap staf, tenaga medik dan sejumlah pesakit serta memecat ratusan pekerja sosial kerana dicurigai ikut aksi demonstrasi antipemerintah dan para pegawai perubatan itu dianggap mengetahui jumlah korban luka dan terbunuh selama aksi protes yang diwarnai tindak kekerasan pasukan keselamatan. Rezim Bahrain tidak mahu jumlah korban dipublikasikan pada umum.

Mantan anggota parlimen dari kelompok pembangkang Mattar Ibrahim Mattar, pada Aljazeera mengungkapkan, keluarga para tenaga medis yang memberikan perawatan bagi penunjuk perasaan yang cedera, juga ikut ditangkap.

Selain hospital, sekolah-sekolah juga menjadi sasaran penyerbuan pasukan keselamatan Bahrain. Sejak gerakan rakyat antipemerintah pecah pada bulan Februari lalu, pasukan keselamatan menyerbu lebih dari 10 sekolah di negeri itu. Para siswa sekolah yang diserbu mengungkapkan, pauskan keselamatan juga memukul, menangkap sejumlah siswa dan menyiksa mereka saat berada di tahanan.

Rejim Al-Khalifa yang selama puluhan tahun berkuasa di Bahrain, juga menangkap para wartawan serta blogger dalam satu minggu ini. Sejumlah wartawan masih mendekam di tahanan sampai hari Selasa lalu. Selain itu, 10 wartawan yang bekerja di syarikat akhbar milik pemerintah, dipecat dan sebahagian besar dari mereka ditahan.

Gerakan rakyat Bahrain yang majoriti Syiah pecah pertengahan bulan Februari, yang terinspirasi oleh revolusi Mesir. Pemerintah Al-Khalifa yang berbasis Sunni merespon aksi protes rakyatnya dengan kekerasan. Sekurang-kurang 30 orang terbunuh sepanjang aksi protes berlangsung, empat orang diantaranya maut dalam tahanan polis Bahrain.

Bahrain Centre for Human Rights, kelompok pembangkang terbesar di Bahrain menyebutkan, lebih dari 1,000 orang ditangkap dengan tuduhan terlibat aksi antipemerintah. Tujuh penunjuk perasaan, minggu ini akan diadili pengadilan militer kerana dituduh membunuh dua orang anggota keselamatan keamanan Bahrain. Ketujuh orang itu bakal menghadapi hukuman mati.

Rejim Sunni Al-Khalifa semakin berani membantai rakyatnya sendiri yang majoriti Syiah setelah mendapat dukungan dari negara-negara sekutunya di kawasan Teluk, yang dipimpin oleh Arab Saudi. (ln/aljz)

sumber

MALAYSIA - 1 Lagi Klip Video Seks Pemimpin Pembangkang?

KUALA LUMPUR 27 April — Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. — Bernama

sumber

TURKI Tak Akan Halang Kapal Bantuan ke Gaza

Israel tidak septautnya berusaha untuk menghentikan armada bantuan yang direncanakan menuju Jalur Gaza yang disekat, Menteri Luar Negeri Turki mengatakan dalam wawancara pada hari Isnin lalu, menambahkan bahawa Turki tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan para penyelenggara dari melancarkan armada tersebut.

Berbicara kepada Sydney Morning Herald pada hari Isnin lalu, Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu mendesak Israel untuk tidak "mengulangi kesalahan yang sama," menambahkan bahawa insiden itu adalah tanggung jawab Israel agar tidak mengenakan sekatan terhadap Gaza.

"Sebuah misi pencari fakta dari PBB menyatakan bahawa sekatan adalah ilegal," kata Davutoglu, menambahkan para aktivis di Mavi Marmara yang pada tahun lalu terbunuh oleh Israel berada 72 mil [116 km] dari pantai, jadi mereka diserang di perairan internasional. Laut Mediteranian bukan milik negara manapun, tegas Davutoglu.

Mengacu pada ketidakmampuan Turki untuk menghentikan penyelenggara armada dari melanjutkan rencana mereka ke Gaza, Davutoglu mengatakan: "Kami hanya mampu menyarankan, kami dapat mengatakan sesuatu, tapi kami tidak dapat menghentikan armada berlayar ke Gaza."

Sebelumnya Turki mengatakan pada hari Khamis minggu lalu bahawa mereka sudah menerima permintaan dari Israel untuk mencegah para aktivis berlayar ke Gaza pada ulang tahun pertama serangan Israel di sebuah kapal Turki, namun mengatakan rencana armada yang akan berlayar ke Gaza itu bukan urusan Ankara.

Pernyataan itu muncul setelah Ankara menyatakan dengan jelas awal bulan ini bahawa mereka tidak dapat menghentikan 15 kapal armada bantuan, yang merancang untuk berlayar Mei depan, setahun setelah sembilan warga Turki ditembak mati oleh marin Israel yang menyerbu kapal Mavi Marmara.

Turki, sebuah negara Muslim sekular, telah menjadi sekutu regional yang penting bagi Israel selama lebih dari satu dekad.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AKP, yang berakar dari gerakan Islam yang diharamkan, membekukan hubungan dengan Israel setelah serangan mematikan pada Mei tahun lalu.

Ankara telah menuntut permintaan maaf Israel sebagai syarat untuk memperbaiki hubungan kedua negara, terlepas dari temuan penyelidikan PBB atas insiden tersebut. (fq/ynet)

sumber

Konflik di SYRIA Memang Rumit

Meskipun pernah mengalami pengalaman mengerikan dengan parti Baathnya Saddam Hussain, blok politik Syiah Iraq prihatin atas kemungkinan jatuhnya parti Baath Syria dan kelompok fundamentalis masuk ke kekuasaan, para pakar mengatakan kepada Al Arabiya.

Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki, seorang Syiah, mengatakan bahawa tirani dan penindasan lah yang membenarkan aksi protes rakyat melanda dunia Arab dari Morocco hingga ke Syria.

Tapi tokoh politik Syiah di Iraq lainnya lebih berhati-hati dalam dukungan mereka terhadap aksi demonstran yang menyerukan kebebasan dan demokrasi di dunia Arab.

Syaikh Jalal Eddin Al-Saghir, seorang pemimpin puncak di Dewan Agung 'Islam' Irak (SCIRI), menjelaskan perbezaan antara parti Baath yang berkuasa di Syria dan parti Baathnya Saddam Hussein.

"Syria telah berdiri dengan oposisi di Iraq ... dan kami tidak boleh bicara tentang dua parti itu dengan cara yang sama. Ada perbezaan antara rezim kriminal yang digunakan untuk memerintah di Iraq atas nama partai Baath dengan parti Baath yang ada di Syria," katanya.

Saghir menambahkan, "Kami mesti mempertimbangkan yang Iraq akan menjadi negara yang paling terpengaruh oleh ketidakstabilan di Syria."

Sementara itu, Khalid al-Asadi, seorang anggota dari Aliansi Nasional, mengatakan bahawa pihak asing yang telah menghasut kerusuhan di Syria, ia menyangkal aksi protes di Syria didorong oleh permintaan yang tulus untuk reformasi dan kebebasan.

"Kerusuhan di Syria adalah masalah yang sangat sensitif bagi Iraq dan kami tidak boleh membandingkannya dengan pemberontakan negara Arab lainnya," kata Asadi.

Latif al-Amidi, seorang sarjana di Sekolah 'Islam' di Najaf, mengatakan ia "takut fundamentalis Sunni menduduki kekuasaan di Syria jika Presiden Bashar al-Assad dengan parti Baathnya berhasil digulingkan."

Hamid Fadil, seorang profesor ilmu politik di Universiti Baghdad mengatakan Syi'ah, yang menunggu selama 80 tahun untuk menduduki kekuasaan di Iraq, sangat khuatir dikelilingi oleh rejim Sunni di kawasan itu.

Michel Aflaq, seorang Kristian, dan Salah al-Bitar, seorang Muslim, mendirikan parti Baath Suriah pada tahun 1947. Parti sekular, yang menggabungkan nasionalisme Arab dan sosialisme, berkuasa di Syria pada tahun 1963 dan di Iraq pada tahun 1968. (fq/aby)

sumber

Majoriti Rakyat MESIR Mahu Al-Quran Sbg Undang2

Sebuah bancian Linkyang dilakukan oleh sebuah lembaga yang berpusat di AS, menunjukkan majoriti rakyat Mesir percaya undang-undang di negara mereka mesti mengikut ajaran kitab suci Islam, Al-Quran.

Survei ini mencerminkan perubahan Mesir menuju ke arah 'konservatisme' agama. Hal ini juga menunjukkan rakyat Mesir terbuka untuk masuknya parti-parti berasaskan keagamaan dalam pemerintahan masa depan, walaupun hanya 31 peratus dari mereka bersimpati dengan kelompok "fundamentalis" Muslim.

Hasil bancian yang dikeluarkan Isnin lalu (25/4), datang menjelang pemungutan suara pada September depan - Pilihanraya parlimen pertama sejak pemecatan Presiden Hosni Mubarak pada bulan Februari. Parti-parti Islam diharapkan akan membuat hasil yang signifikan dalam pemilu itu.

Bancian berdasarkan wawancara dengan 1,000 orang Mesir, dilakukan oleh Pew Research Center antara 24 Mac hingga April 7. Margin kesalahan plus atau minus sebesar 4 peratus.(fq/ap)

sumber

Tuesday, April 26, 2011

LIBYA: Pejabat Gaddafi musnah dibom



ORANG ramai berdiri di hadapan bangunan Bab Al-Aziziya milik Muammar Gaddafi yang musnah dalam serangan tentera udara NATO di Tripoli, Libya semalam. Pihak berkuasa Libya menyifatkan serangan itu sebagai cubaan NATO untuk membunuh pemimpin Libya tersebut.


TRIPOLI 25 April – Serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memusnahkan pejabat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di kediaman rasminya di Tripoli hari ini, sementara pemberontak terus mara di bandar Misrata yang dikuasai tentera kerajaan.

Letupan kuat menggegarkan bahagian tengah Tripoli tidak lama selepas tengah malam ketika pesawat pejuang NATO merentasi ibu negara Libya ini.

Seorang pegawai Libya yang mengiringi wartawan di perkarangan kediaman Gaddafi berkata, seramai 45 orang cedera termasuk 15 cedera parah dalam serangan itu, sambil menambah kata, beliau tidak pasti sama ada terdapat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan akibat serangan tersebut.

“Ia merupakan cubaan membunuh Kolonel Gaddafi,” tegasnya.

Anak lelaki Gaddafi, Seif Al-Islam menyifatkan pengeboman itu sebagai satu tindakan pengecut.

“Serangan pengecut ke atas pejabat Muammar Gaddafi mungkin menakutkan atau menyebabkan kanak-kanak menjadi gentar tetapi kami tidak akan meninggalkan medan perang dan kami tidak takut,” ujarnya.

Pesawat pejuang NATO Jumaat lalu telah menjadikan daerah Bab Al-Aziziya sebagai sasaran, yang menempatkan kawasan kediaman Presiden.

Pada kira-kira pukul 3 pagi (9 pagi waktu Malaysia), kepulan asap kelihatan dari atas beberapa buah bangunan yang terkena serangan.

Sebuah bilik mesyuarat mengadap pejabat Gaddafi musnah teruk akibat serangan itu.

Di Misrata, 251 kilometer ke timur Tripoli, pemberontak Libya menguasai sebatang jalan utama di bandar itu, yang kini dihujani dengan serangan roket dan tembakan senapang sejak 50 hari lalu.

Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim berkata, tentera kerajaan telah menggantung operasi terhadap pemberontak di Misrata, tetapi masih mengawal bandar itu bagi membolehkan kabilah tempatan menyelesaikan pertempuran secara aman dan bukan melalui ketenteraan.

Namun, jurucakap pemberontak, Kolonel Omar Bani daripada Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) berkata, Gaddafi menggunakan taktik kotor bagi memecah-belahkan pemberontak.

Bandar itu mengalami korban tertinggi dalam tempoh 65 hari bertempur pada Sabtu lalu, apabila 28 orang terbunuh dan 100 cedera berbanding purata 11 terbunuh setiap hari, demikian menurut seorang doktor, Khalid Abu Falra dari sebuah klinik swasta utama di Misrata.

Sebuah kapal bantuan menghantar 160 tan makanan dan ubat-ubatan ke Misrata pada Sabtu lalu dan memindahkan kira-kira 1,000 pekerja asing dan penduduk yang cedera ke Benghazi.

Bantuan itu yang merupakan yang keempat berjaya memindahkan 4,100 orang pekerja asing dari 21 negara yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Pemindahan dari Misrata sejak program kemanusiaan dilancarkan pada 14 April lalu. – AFP

Sumber

Al-Qaidah Ada Nuklear?

Kelompok pejuang al-Qaidah mendakwa memiliki senjata nuklear dan tidak ragu-ragu menggunakannya jika pemimpin mereka, Usamah bin Ladin ditangkap atau dibunuh oleh Amerika Syarikat. Belum diketahui persis di mana senjata nuklear al-Qaidah disimpan, tetapi dilaporkan berada di Eropah.

Hal ini diungkapkan oleh hasil interogasi terhadap tahanan al Qaidah di Guantanamo yang membocorkan data rahasia di situs pembocor, WikiLeaks, seperti yang dilaporkan oleh surat kabar The Telegraph, Isnin ini, 25 April 2011.

Teror nuklear al-Qaidah ini disampaikan oleh Khalid Sheikh Mohammed, komandan operasional al-Qaidah yang ditahan di Guantanamo dan akan diadili tahun ini atas peranannya sebagai dalang serangan 11 September 2001. Dia mengatakan mereka memiliki fasiliti nuklir yang tersembunyi di suatu tempat di Eropah.

Mohammed mengatakan bahawa nuklear itu akan meledak jika Usamah bin Ladin ditangkap atau dibunuh. Dia menjelaskan al-Qaidah akan melancarkan serangan "neraka nuklear" ke seluruh dunia jika hal itu terjadi.

Ini bukan ancaman kosong, menurut dokumen WikiLeaks, intelijen AS telah mengungkapkan pembelian percobaan bahan baku nuklear oleh al-Qaidah. Diperkirakan kelompok militan ini juga memiliki uranium, bahan utama dari tenaga nuklear.

Mohammed juga mengungkapkan al-Qaidah telah merancang serangan besar-besaran di negara-negara besar di Asia, Afrika, Amerika Syarikat, dan Britain. Sebagian besar perencana serangan kini menjadi tahanan di Guantanamo.

sumber

Tentera Ghaddafi Kalah di Misratah

Pasukan revolusioner Libya mengatakan mereka telah berjaya mengundurkan pasukan yang setia dengan penguasa Libya Muammar Gaddafi keluar dari kota barat yang terkepung Misratah.

Kota ini telah berada di bawah serangan bertubi-tubi dari pasukan yang setia kepada pemimpin Muammar Gaddafi.

Saksi mengatakan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dengan puluhan lainnya mengalami kecederaan pada Isnin lalu (25/4), seorang koresponden Press TV melaporkan.

Pasukan yang setia kepada Gaddafi berhasil didorong keluar dari kota barat setelah dua bulan terjadi pertempuran sengit.

"Pertempuran terjadi di pinggiran barat, tapi wilayah lain telah dibersihkan. Mungkin ada beberapa askar Gaddafi yang bersembunyi di kota, takut dibunuh," dikutip AFP atas pernyataan pemimpin oposisi Libya.

Sementara itu, beberapa laporan menunjukkan bahawa roket dan misil masih menghentam kota Misratah.

Perkembangan ini datang pada saat situasi kemanusiaan di kota barat Misratah dengan populasi lebih dari satu juta dilaporkan semakin mengkhuatirkan.

Banyak warga Misratah sangat memerlukan makanan, air dan obat-obatan.(fq/prtv)

Dua penunjuk perasaan ditembak mati di YEMEN

SANAA 26 April - Pihak keselamatan dan penyokong setia Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menembak mati dua penunjuk perasaan di dua tempat demonstrasi berasingan semalam, kata saksi dan pasukan perubatan kepada AFP.

"Pasukan keselamatan menembak mati penunjuk perasaan dan mencederakan 30 yang lain yang terkena gas pemedih mata, manakala lapan yang lain terkena peluru hidup," kata sumber.

Di tenggara wilayah Al-Baida, saksi berkata, seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Salem Abdullah terbunuh apabila penyokong bersenjata pro-kerajaan telah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berkumpul untuk mengadakan demonstrasi.

Di selatan ibu negara, Taez, polis dan pasukan bersenjata berpakaian awam melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

"Seramai 50 penunjuk perasan, 25 cedera akibat terkena peluru hidup manakala 250 yang lain mengalami masalah pernafasan," kata saksi - AFP.

Sumber

Tentera SYRIA bedil selatan Daraa, 25 terbunuh

NICOSIA 26 April - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila ribuan askar Syria dengan sokongan kenderaan perisai menggunakan artileri berat untuk membedil kedudukan penunjuk perasaan di selatan bandar Daraa, kata seorang aktivis kepada AFP melalui telefon.

"Masih ada tubuh manusia yang bergelimpangan di atas jalan. Mereka turut menyerang menggunakan mesingan," kata seorang militan, Abdullah Abazid.

Tambahnya, kereta kebal turut mengambil posisi di tengah bandar itu manakala penembak tepat ditempatkan di bumbung bangunan.

"Tentera mula memasuki rumah-rumah dan mereka akan menembak sesiapa yang keluar dari rumah pada waktu perintah berkurung.

"Malah mereka turut menembak tangki air di atas bumbung rumah untuk menyekat bekalan air kepada orang ramai," katanya. - AFP

Sumber

Monday, April 25, 2011

Barat Khuatir Kelompok Islam Berkuasa di LIBYA

Sebuahbancian yang dilakukan sebuah media pada minggu lalu menunjukkan bahawa 93% dari responden percaya NATO dan Amerika Syarikat menolak untuk memberikan bantuan secara total kepada para pemberontak ke Libya kerana takut revolusi akan menyebabkan kelompok Islam berkuasa di Libya.

Sedangkan 7% dari responden yang disurvei mengatakan bahawa Barat menolak untuk memberikan bantuan kepada para pemberontak kerana takut akan adanya pembalasan yang dilakukan oleh Gaddafi dengan melancarkan serangan teroris di negara-negara Barat.

Merujuk kepada tuduhan negara-negara Barat yang menyatakan rejim Gaddafi sebagai otak dibalik peledakan sebuah pesawat Boeing 747 pada tahun 1988, milik salah satu perusahaan Amerika, yang terbang dari Frankfurt ke New York, melalui London. Pesawat itu meledak di atas kota Lockerbie di Skotlandia, dan menelan 270 korban tewas berasal dari 21 negara.

Bancianitu datang dengan latar belakang Barat sampai saat ini belum memberikan bantuan yang "cukup" kepada para pemberontak untuk melawan serta menjatuhkan rejim Muammar Gaddafi dan pasukan yang setia kepadanya.(fq/imo)

sumber

Peguam: 'Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat'

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

sumber

Sunday, April 24, 2011

LIBYA: NATO lancar serangan berhampiran kediaman Gaddafi

TRIPOLI 23 April - Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan udara di ibu negara Libya hari ini, ketika kerajaan Muammar Gaddafi menyatakan kesediaan berundur dari Misrata dan membiarkan pemimpin puak menangani pemberontak di sana.

Serangan udara berkenaan dilancarkan ke sebuah kawasan berhadapan rumah milik Gaddafi di Bab al-Aziziya di tengah Tripoli dan apa yang kelihatan seperti tempat simpanan senjata.

Sekurang-kurangnya 10 dilaporkan maut, sementara lebih 50 yang lain cedera dalam serangan itu.

Serangan itu dilancarkan selepas Timbalan Menteri Luar, Khales Kaim menyatakan tentera Libya diberi kata dua untuk menghentikan pemberontakan di Misrata dari Tropoli.

"Kata dua telah dikemukakan iaitu jika mereka (tentera Gaddafi) tidak boleh menyelesaikan masalah di Misrata, penduduk dari bandar berdekatan termasuk Zliten, Tarhuna, Bani Walid dan Tawargha akan memasuki Misrata untuk berbincang dengan pemberontak.

"Jika mereka tidak menyerah diri, mereka akan diserang,'' kata Kaim.

Pengumuman tersebut dilihat sebagai rancangan rejim Gaddafi untuk menyulitkan tugas NATO menangani tentera pro-Gaddafi tanpa mencederakan orang awam.

Bagaimanapun, ia dijangka tidak membawa sebarang perubahan kepada barisan hadapan ketika puak-puak berkenaan telah menyertai pertempuran sebagai pemberontak atau sukarelawan tentera Libya.

Misrata sejak beberapa minggu lalu menjadi medan pertempuran antara pemberontak dan tentera yang setia kepada Gaddafi. - AFP

Sumber

AS: Paderi bakar al-Quran dihukum penjara



Paderi Terry Jones diperiksa anggota polis semasa hadir ke Mahkamah Daerah Dearborn bagi sebutan kes berhubung penganjuran satu protes di hadapan sebuah masjid di Dearborn, Michigan, kelmarin. - REUTERS


DEARBORN, Michigan 23 April - Paderi Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan protes di Afghanistan kerana membakar al-Quran bulan lalu dipenjarakan sementara selepas enggan membayar bon AS$1 (RM3) sebagai janji tidak akan mencetuskan huru-hara.

Keputusan oleh Hakim Mahkamah Daerah Dearborn, Mark Somers terhadap Terry Jones dan rakannya Wayne Sapp itu dibuat semalam selepas juri memutuskan kedua-dua paderi itu 'mungkin akan mencetuskan huru-hara' sekiranya mereka dibenar mengadakan protes di luar sebuah masjid di sini.

Tindakan Jones membakar al-Quran bulan lalu mencetuskan protes ganas di Afghanistan. Paderi kontroversi itu kemudian mengumumkan dia akan mengadakan satu protes di sebuah pusat Islam di sini semalam, namun bantahan itu terbantut ekoran satu prosiding mahkamah.

Juri memutuskan, tindakan Jones sebelum ini merupakan bukti penting yang menyatakan protes di hadapan Pusat Islam Dearborn di sini itu hanya akan mencetuskan keganasan.

Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp supaya membayar AS$1 (RM3) bagi memastikan dia tidak melanggar ketenteraman awam. Selepas paderi itu enggan berbuat demikian, dia diiringi keluar dari mahkamah oleh polis Dearborn.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas membayar jumlah yang diputuskan hakim.

Paderi tersebut telah memohon permit untuk mengadakan protes di tanah awam berhadapan masjid berkenaan.

Polis tidak meluluskan permohonan itu dan memintanya mengadakan protes tersebut di 'zon hak bebas bersuara' di hadapan sebuah bangunan lain di bandar itu. - Reuters / AP

Sumber

Saturday, April 23, 2011

PAKISTAN: Peluru berpandu AS bunuh 25 orang



RAKYAT Pakistan membakar bendera dan patung berupa Presiden Barack Obama semasa menunjuk perasaan membantah serangan AS ke wilayah Pakistan di Multan, Pakistan, semalam. – AFP


ISLAMABAD 22 April - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila 10 peluru berpandu drone Amerika Syarikat (AS) ditembak ke sebuah rumah di wilayah Waziristan Utara, Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan hari ini, kata pegawai Pakistan.

Serangan tersebut dilancarkan sehari selepas ketua tentera Pakistan mengecam serangan seumpama itu dan menyebabkan hubungan antara Washington dan Islamabad bertambah tegang.

Serangan peluru berpandu terbaru AS itu menyerang perkampungan Spinwam, Waziristan Utara yang disyaki menjadi pangkalan kumpulan militan yang mensasarkan tentera AS dan NATO di Afghanistan.

Dua pegawai perisikan menyatakan orang awam dipercayai antara mangsa terbunuh dan sejumlah mangsa cedera dalam serangan AS itu.

Jumlah kematian yang dilaporkan agak tinggi untuk serangan peluru berpandu AS di mana AS jarang mengesahkan serangan seumpamanya.

Walaupun Pakistan telah lama mengecam serangan peluru berpandu kerana mengancam kedaulatan negara ini, ia dipercayai tetap bekerjasama secara rahsia dalam beberapa serangan.

Namun, hubungan Pakistan-AS semakin tegang pada tahun ini selepas seorang kontraktor CIA rakyat AS menembak mati dua warga Pakistan pada Januari lalu.

Satu serangan peluru berpandu pada bulan lepas yang didakwa membunuh berpuluh-puluh anggota puak di wilayah berkenaan turut meningkatkan kemarahan pemimpin Pakistan.

Dalam pada itu, beratus-ratus anggota militan menyerang pos pemeriksaan di barat Pakistan berdekatan sempadan negara ini menyebabkan 14 anggota pasukan keselamatan terbunuh. – AGENSI

Sumber

Bilakah Lagu ‘Negaraku’ Mula Dicipta?

Lagu Negaraku mempunyai riwayat yang panjang. Menurut Y.A.M Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah, lagu itu mula-mula didengar di Mahe dalam Pulau Seucjelles, di mana ayahanda baginda, Sultan Abdullah, Perak tinggal sebagai orang buangan.

Lagu itu sering dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis untuk memberi hiburan kepada orang ramai pada tia-tiap hari Selasa. Perkara ini berlaku lebih kurang dalam tahun 1892.

Raja Chulan, saudara lelaki kepada Y.A.M Raja Aminah pernah mendengar lagu itu sewaktu melawat Pulau Seychelles. Baginda sangat menggemarinya serta mempelajari sendiri lagu itu dan memainkannya dengan biola.

Dalam tahun 1895, Sultan Abdullah telah dibenarkan meninggalkan Pulau Seychelles dan pergi ke Singapura. Beberapa tahun sebelum itu, lagu itu telah dipilih menjadi lagu Lagu Kebangsaan bagi Sultan Perak, iaitu dalam tahun 1888.

Pada waktu itu, Sultan Idris, Perak telah dijemput oleh Queen Victoria melawat London. Baginda telah diiringi oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak dan juga anakanda baginda, Raja Mansur.

Apabila sampai di Southampton, seorang wakil Kerajaan British telah menemui Raja Mansur untuk emndapatkan Lagu Kebnagsaan bagi Negeri Perak. Baginda lalu memebrikan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan bagi Perak walaupun sebenarnya pada waktu itu Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Mulai hari itu, negeri Perak telah menetapkan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Perak.

Lebih kurang dalam masa lawatan Sultan Idris da Raja Mansur ke England, lagu itu telah dikenalkan kepada Wayang-Wayang Bangsawan Indonesia yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Lagu itu telah dinamakan Stambul Satu dan bangsawannya pada masa itu ialah Bangsawan Indera Zanibar atau Wayang Kasim.

Lagu itu sangat digemari ramai sehingga dinyanyikan oleh bangsawan-bangsawan lain. Beberapa tahun kemudian, lagu itu dinamakan ‘Terang Bulan’. Raja Mansur telah beberapa kali mengakui bahawa lagu Negaraku sekarang adalah merupakan lagu yang pernah digemari ramai itu. Ia telah dinyatakan oleh anakanda baginda, Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur, cucu kepada Sultan Abdullah.

Kini Lagu Negaraku telah menjadi milik rakyat Malaysia dan ia berkumandang di mana-mana sahaja di dunia ini apabila nama negara kita muncul dan penghormatan di dalam pelbagai acara antarabangsa.

Sumber :

“Ketahuilah Anda” cetakan kedua 1996 (cetakan pertama 1989) terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Muka surat 53-54


*Saya tidak menambah apa-apa, sekadar menyalin semula maklumat yang tertera dalam buku tersebut.

sumber

Kepala Jones Bernilai 1.2 Juta Dollar

Para tokoh pelbagai agama dan ahli politik di Detroit berkumpul di Masjid Dearborn pada Jumaat (22/4) untuk melakukan aksi simbolik "berganding tangan" sebagai bentuk penolakan mereka terhadap kedatangan Pastor Terry Jones ke kota itu.

Sebelumnya, para tokoh yang mewakili agama Islam, Katolik, Protestan, dan Yahudi membuat bantahan menolak Terry Jones yang disebarluaskan melalui internet, serta mengajak warga Detroit untuk bergabung dalam aksi "berganding tangan" pada hari Jumaat ini, sebagai simbol untuk melindungi Masjid Dearborn dari aksi protes Pastor asal Florida yang pernah melontarkan idea kontroversial "Hari Bakar Al-Quran."

Sekitar 700 orang hadir dalam aksi menolak Terry Jones di Masjid Dearborn. Di antara mereka adalah Imam Hassan Al-Qazwini, ketua keuskupan Katolik, pemimpin gereja Episkopal dan beberapa senator dari Parti Demokrat.

Sementara aksi menolak Terry Jones berlangsung di halaman Masjid Deaborn, pada saat yang sama, pastor anti-Muslim itu menghadiri persidangan untuk menjawab pertanyaan para juri pengadilan yang hasilnya akan menentukan apakah Jones boleh mengadakan aksi protes antisyariah Islam di Masjid Dearborn atau tidak.

Sehari sebelumnya, Jones sudah memenuhi panggilan mahkamah dan dia menafikan yang aksi protes yang akan dilakukannya bakal menimbulkan gangguan keamanan. Pihak keamanan Dearborn menyatakan akan mengerahkan pegawainya jika hasil persidangan mengizinkan Jones berdemo.

Persidangan terhadap Jones berjalan dipadati pengunjung dari kalangan warga muslim dan wartawan. Seorang warga muslim Dearborn, Leyla Abdul Ghani berteriak kepada Jones "Anda memalukan! Kami warga yang bermartabat, kami pekerja keras."

Para pegawai kota Dearborn dan pejabat kejaksaan Wayne County sudah meminta Jones agar tidak mengadakan aksi protesnya di Islamic Center, tapi di Dewan Bandaran sahaja. Dan dalam persidangan yang dipadati oleh para wartawan dan warga tempatan, pemerintah kota dan pegawai kejaksaan merekomendasikan agar Jones tidak diizinkan mengadakan aksi protesnya di Dearborn dengan alasan keamanan.

Kepala Polis Dearborn, Ron Haddad mengatakan mengizinkan Jones melakukan aksi anti-Muslim di Islamic Center berpotensi menimbulkan persoalan serius, mengingat pastor itu sudah menerima beberapa kali ancaman pembunuhan dan kepalanya dihargai 1.2 juta dollar USD oleh kelompok militan di Pakistan.

Rencana Jones untuk mengadakanaksi anti-Islam di masjid dan Islamic Center di Dearborn menjadi perdebatan terkait kebebasan berbicara yang dilindungi undang-undang AS. Usai persidangan, pada para wartawan Jones mengatakan bahawa dia khuatir soal ekstrimisme Islam, apalagi setelah dia melihat bagaimana reaksi kaum Muslim setelah ia membakar Al-Quran.

"Jika anda membakar Injil, saya tidak akan membunuh anda," kata Jones yang langsung direspon oleh seorang muslimah bernama Samira Hider dengan pernyataan "Apakah anda (Jones) pernah membaca Quran?" (ln/DetFreePress)

sumber

Friday, April 22, 2011

LIBYA: Nato ingatkan orang awam jauhi tentera Gaddafi

MISRATA: Nato semalam memberi amaran kepada orang awam supaya menjauhkan diri daripada serangan udaranya terhadap tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi.

Amaran itu dikeluarkan selepas media rasmi Libya melaporkan tujuh orang awam terbunuh dan 18 cedera dalam serangan udara pakatan itu yang mensasarkan Khellat Al-Ferjan, kawasan pinggir barat daya Tripolio awal semalam.


“Perancang dan juruterbang kami memberi tumpuan untuk mengurangkan ancaman terhadap orang awam apabila serangan dilakukan,” kata Leftenan Jeneral Charles Bouchard yang bertanggungjawab terhadap operasi Nato.

Menurutnya, orang awam boleh membantu dengan menjauhkan diri daripada tentera Gaddafi.


Di Paris, pemimpin pemberontak, Mustafa Abdel Jalil berkata, pihaknya menjangka Nato akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap tentera Gaddafi sedikit masa lagi.


“Kami yakin Gaddafi akhirnya akan digulingkan. Tetapi kami mahu ia dilakukan secepat mungkin,” katanya. - AFP

Sumber

Feri karam di BANGLADESH, 28 maut

DHAKA 21 April - Sebuah feri membawa lebih 100 penumpang karam di Bangladesh hari ini selepas terlanggar sebuah kapal kargo, menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh.

Feri M. L. Bipasha itu dilaporkan karam di sungai Meghna, Rajapur, 130 kilometer ke barat daya ibu negara Dhaka.

Menurut pasukan penyelamat, angka kematian dijangka meningkat dengan beberapa penumpang dipercayai masih terperangkap di dalam feri dan berpuluh-puluh lagi dilapor hilang.

"Pasukan penyelam kini cuba mengeluarkan lebih banyak mayat dari feri itu," kata pegawai kanan polis, Zahurul Islam Khan kepada Reuters dari tempat kejadian sebelum operasi menyelamat dihentikan kerana waktu malam.

Feri itu karam selepas melanggar sebuah kapal kargo yang telah pun karam beberapa hari lalu.

Semasa kejadian, kira-kira 40 penumpang dilapor melompat keluar dari feri itu dan berenang ke tebing sungai. - REUTERS

Sumber

LIBYA: Tripoli diserang, 7 maut



Anggota tentera yang setia kepada Gaddafi bersiap sedia di pinggir bandar Gueriane, 180 kilometer ke utara Tripoli, kelmarin. – REUTERS


TRIPOLI 21 April – Tujuh terbunuh sementara 18 yang lain cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di ibu negara Libya ini, hari ini.

Televisyen al-Jamahiriyah melaporkan sebanyak empat misil dilancarkan NATO yang turut memusnahkan beberapa buah rumah.

NATO kemudian dilapor memperhebat serangan di bandar Gharyan, selatan Tripoli di mana beberapa orang dilaporkan turut maut dan cedera, namun bilangannya tidak dinyatakan.

Sementara itu, pemberontak hari ini melaporkan mereka berjaya merampas sebuah pos kawalan di Wazin berhampiran sempadan Tunisia daripada tangan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Menurut saksi, satu pertempuran kecil berlaku antara pemberontak dan tentera kerajaan pada kira-kira pukul 7.30 waktu tempatan, sebelum kumpulan pemberontak meraikan kejayaan mereka dengan melepaskan tembakan ke udara.

- Reuters/AFP

Sumber

Kritik homoseksual: Pengkhutbah Islam diusir di JERMAN

BERLIN 22 April – Jerman mengarahkan seorang pengkhutbah Islam dari Jamaica meninggalkan negara ini dalam tempoh tiga hari.

Pihak berkuasa mengarahkan pengusiran terhadap Bilal Philips yang lahir di di Jamaica, tetapi membesar di Kanada itu selepas satu perhimpunan Islam diadakan di Frankfurt, kelmarin.

Philips dikritik kerana menyifatkan homoseksual sebagai jahat dan berbahaya serta menyokong pelaksanaan hukuman mati untuk mengurangkan jenayah. – AFP

Sumber

TURKI : Israel, Awas Kemarahan Bangsa Arab!

Presiden Turki telah memperingatkan Israel akan munculnya suasana demokratik di Timur Tengah, yang tidak akan bertolak-ansur terhadap penindasan Tel Aviv ke atas rakyat Palestin.

"Cepat atau lambat, Timur Tengah akan menjadi lebih demokratik," tulis Presiden Turki Abdullah Gul dalam sebuah kenyataan yang diterbitkan di The New York Times pada hari Rabu lalu, mengacu pada hasil potensial dari demonstrasi anti-pemerintah yang sedang berlangsung di dunia Arab.

Masyarakat telah mengadakan aksi protes anti-rejim di Bahrain, Yaman, Arab Saudi, Oman dan Jordan, yang terpicu oleh aksi revolusi yang sukses baru-baru ini di Tunisia dan Mesir.

"Masyarakat di wilayah ini, tanpa terkecuali, tidak hanya memberontak atas nama nilai-nilai universal, tetapi juga melakukan revolusi untuk mendapatkan kembali kebanggaan nasional dan martabat mereka yang selama ini ditekan," kata Gul.

"Dalam 50 tahun mendatang, Arab akan merupakan majoriti masyarakat di antara Laut Tengah dan Laut Mati. Generasi baru dari orang Arab jauh lebih sedar akan demokrasi, kebebasan dan martabat nasional," katanya menegaskan.

sumber

Rambo TURKI Tewaskan Tentera Israel

Sebuah tayangan khusus dari filem Turki anti Israel dijadualkan akan berlangsung di Kaherah di bawah dukungan Duta Besar Turki pada hari Sabtu akan datang.

Filem "Valley of the Wolves – Palestine" yang bercerita tentang serangan pasukan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang menuju Gaza pada bulan Mei tahun, lalu telah mencetuskan kecaman besar-besaran di Israel.

Cerita filem ini berfokus pada sekelompok komando pasukan Turki yang diperintahkan untuk membunuh seorang pegawai militer senior Israel yang memberikan perintah untuk membunuh penumpang kapal Mavi Marmara.

Adegan terakhir filem ini menunjukkan tentera IDF dengan tubuh mayat sembilan penumpang kapal Mavi Marmara.

Distributor Mesir untuk filem ini, Adel Adib, mengatakan bahawa tayangan khusus ditetapkan menjelang hari peringatan Holocaust di Poland. Yang peringatannya akan berlangsung pada 2 Mei akan datang.

Filem Turki ala Rambo ini akan ditayangkan di 10 bioskop di Mesir setelah tayangan khusus perdananya.(fq/ynet)

sumber

Thursday, April 21, 2011

SYRIA tarik balik perintah darurat 48 tahun

AMMAN 20 April - Kerajaan Syria semalam meluluskan satu draf undang-undang untuk menarik balik perintah darurat yang telah dikuatkuasakan selama 48 tahun di negara ini.

Langkah itu adalah satu kompromi yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk meluaskan kebebasan di negara yang dikawal ketat ini.

Namun tindakan itu turut didatangkan dengan peraturan baru yang memerlukan rakyat Syria mendapatkan permit untuk mengadakan demonstrasi.

Menurut aktivis, penunjuk perasaan yang ingkar bagaimanapun terus melancarkan protes dan menyebabkan tiga lagi ditembak mati di bandar Homs.

Protes turut diadakan di jalan-jalan di bandar Banias selepas pengumuman itu dibuat dan pemimpin pembangkang menegaskan mereka tidak akan berlembut selagi tuntutan lain belum dipenuhi, termasuk pembebasan ahli politik yang dipenjara, kebebasan bersuara dan sistem banyak parti diamalkan.

Awal hari ini, polis menahan tokoh pembangkang berhaluan kiri, Mahmoud Issa di kediamannya di Homs, sekali gus menunjukkan pemansuhan undang-undang darurat tidak menghentikan penindasan, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Agensi berita kerajaan, SANAA melaporkan, Kabinet telah meluluskan draf undang-undang itu, tetapi ia masih perlu mendapatkan tandatangan Presiden Bashar al-Assad untuk menamatkan peraturan darurat di Syria.

Perintah darurat yang dikuatkuasakan di negara ini sejak Parti Baath melancarkan rampas kuasa pada 1936 membolehkan pasukan keselamatan menyekat penentangan melalui pengharaman berhimpun lebih daripada lima orang, penahanan tanpa soal dan menutup perbicaraan. - REUTERS

Sumber

Wednesday, April 20, 2011

Al-Azhar Mahu Kumpul Semua Gerakan Islam

Syeikhul Azhar Dr Ahmad Al-Thayyib sedang mempersiapkan konferens untuk semua gerakan Islam di Mesir, yang akan mengumpulkan jemaah Ikhwanul Muslimin, Jemaah Islamiyah, gerakan Salafi dan kelompok Sufi, dalam usaha mewujudkan persatuan Islam. Ia juga menyerukan kepada penguasa Arab untuk merespon tuntutan rakyat mereka.

Syeikhul Azhar mengatakan dalam sidang media hari Selasa lalu (19/4) bahawa konferensi akan diadakan dalam beberapa minggu ke depan dengan tema "Masa Depan Mesir akan dibawa ke mana?".

Dia menunjukkan bahawa konferensi juga akan diadakan untuk para da'i di Mesir dalam usaha mencari rumusan yang efektif dan efisien dalam berdakwah kepada umat Islam agar mematuhi aturan Allah.

Sementara itu, Syeikhul Azhar juga menyerukan para penguasa Arab untuk merespon tuntutan rakyat mereka dengan memberikan mereka rasa percaya diri, sembari menambahkan bahawa peristiwa di Syria dan konfrontasi berdarah di Syria harus segera teratasi.

Menanggapi peristiwa di Yaman, Syeikhul Azhar sangat menyayangkan dengan mengatakan: "Mesti ada usaha jatuhnya darah rakyat, kerana banyak inisiatif untuk memastikan tidak dipakainya senjata dalam upaya menyelamatkan situasi."

"Pembunuhan kanak-kanak dan wanita serta orang tua, hanya akan menyebabkan kematian dan kehancuran serta malapetaka di jantung Yaman."(fq/islamtoday)

sumber


SATU UMAT : Seakan-akan seruan dalam dakwah Tajdid Segar sejak sekian lama : )

Masjid BELGIUM Dihadiah Kepala Babi

Sekelompok orang tak dikenal telah menghina sebuah masjid di Charleroi Belgium selatan, dengan membuang kepala babi disertai dengan tulisan "Di sini terletak Muhammad" di depan masjid, kata pemerintah daerah mengumumkan Selasa kemarin (19/4).

Insiden ini terjadi Isnin malam lalu di sebuah masjid Lodelinsart, yang berada di sebuah daerah yang terletak di utara kota terbesar Belgium Wallonia, kata pejabat berita Belga.

Walikota Charleroi, Jean-Jacques Vissour selama sidang media menyatakan bahawa aksi biadab tersebut merupakan tindakan provokatif dan siapapun yang melakukannya mesti dihukum."

Dia mengatakan hal itu setelah pertemuan dengan pengurus masjid dan perwakilan komuniti muslim kota tersebut.

Polisi dilaporkan akan segera melakukan penyelidikan untuk menangkap para pelaku dan menyeretnya ke pengadilan.

Gerakan melawan rasisme, antisemitism dan xenophobia (MRAX) dengan tegas mengutuk serangan itu serta menegaskan bahawa pencabulan terhadap masjid dan Nabi Muhammad adalah tindakan pelanggaran yang serius.

"Tindakan kekerasan simbolik yang besar terhadap penduduk Muslim, merupakan aksi rasis ," kata Presiden MRAX Kalisa Placide. (fq/lefigaro)

sumber

Anak Ghaddafi Yakin Bapanya Akan Menang Perang

Saif al-Islam, anak orang kuat Libya Muammar Gaddafi, mengatakan Selasa lalu (19/4) bahawa dirinya "sangat optimistis" rejim ayahnya akan menang, pada saat negara itu masih berada dalam cengkeraman pemberontakan selama dua bulan terakhir.

"Saya sangat optimis dan kami akan menang," kata Saif dalam sebuah siaran di televisyen Libya.

"Situasi yang berubah setiap hari justru mendukung kami," katanya di depan sekelompok orang yang berjumlah sekitar 50 orang yang menghadiri siaran televisyen tersebut.

Saif bersumpah bahawa rejim ayahnya tidak akan melakukan aksi balas dendam terhadap pemberontak yang berusaha menjatuhkan ayahnya.

Tapi ia memperingatkan "penggunaan senjata dan kekuatan hanya akan dipenuhi dengan kekerasan dan mereka yang melakukan itu akan menanggung konsekuensinya".

"Tujuannya bukan balas dendam. Kami tidak akan membalas dendam kepada siapa pun dan kami tidak akan membunuh siapapun," katanya menegaskan.

Saif menuduh para pemimpin pemberontak di kota-kota barat Misrata dan Zenten menjadi "pengedar dadah, atau pengusaha yang berusaha menghindari untuk membayar kembali pinjaman mereka yang berjumlah puluhan juta dolar.

Putra Gaddafi ini juga mengatakan bahawa projek senilai billion dolar yang ada di negaranya terpaksa terhenti, kerana ketidakamanan yang berlaku dan kepergian puluhan ribu pekerja asing.

"Semuanya akan kembali normal" akhirnya, katanya. "Projek-projek dan perkhidmatan akan kembali dan para pekerja asing akan kembali," katanya.

Dia menambahkan bahawa "Libya tidak akan sama" setelah pemberontakan yang belum pernah terjadi sebelumnya menentang Gaddafi yang telah memerintah negara Afrika utara itu selama Linklebih dari empat dekad, mengisyaratkan akan ada versi rancangan konstitusi baru di Libya.(fq/afp)

sumber

SYRIA lepas tembakan surai orang ramai

DAMSYIK 19 April - Pasukan keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar Homs ketika cuba menyuraikan mereka, beberapa jam selepas pihak berkuasa berikrar akan menyekat 'revolusi bersenjata' di negara ini.

"Penunjuk perasaan yang berhimpun di bandar ini lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila bunyi tembakan kedengaran," kata seorang aktivis yang dihubungi melalui telefon.

Katanya, anggota tentera menyerbu Dataran al-Saa awal pagi ini ketika kira-kira 20,000 penunjuk perasaan sedang duduk beramai-ramai, menyebabkan penunjuk perasaan yang enggan berundur sehingga Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan, lari menyelamatkan diri.

Tindakan ketenteraan itu dilancarkan beberapa jam selepas kerajaan lewat malam tadi berikrar untuk menyekat 'revolusi bersenjata' yang disifat sebagai menjejaskan kestabilan negara.

"Insiden terbaru ini menunjukkan kumpulan bersenjata Salafist, terutamanya di bandar Homs dan Banias secara terbuka menyeru dilancarkan revolusi bersenjata," jelas satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dipetik agensi berita SANA.

Kementerian itu turut menuduh kumpulan bersenjata tersebut membunuh tentera, anggota polis dan penduduk awam serta menyerang harta benda awam dan persendirian. - AFP

Sumber

NIGERIA: Remaja Kristian bakar masjid

KANO, Nigeria 19 April - Remaja Kristian membakar sebuah masjid di utara Nigeria awal hari ini dalam satu rusuhan berdarah yang tercetus selepas keputusan pilihan raya Presiden di negara ini diumumkan, semalam.

Keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Presiden Goodluck Jonathan menyebabkan penganut Islam bertindak membakar kedai-kedai di Kano, bandar utama di utara negara ini.

Serangan balas di bandar itu berlaku apabila sejumlah orang dilaporkan terbunuh sejak beberapa hari lalu ketika rusuhan selepas pilihan raya yang dimenangi Jonathan merebak ke 14 negeri.

Jurucakap polis Kano, Magaji Majia mengesahkan kejadian di Tudun Wada, sebuah bandar berdekatan Kano tetapi menegaskan bahawa situasi di situ telah dapat dikawal.

Katanya, beliau dalam perjalanan untuk berjumpa ketua-ketua tradisi tempatan dan imam di kawasan itu, sambil memberitahu perintah berkurung 24 jam dikuatkuasakan di bandar itu.

Penduduk berkata, remaja Kristian yang berlindung di berek-berek polis sejak beberapa hari lalu memasuki kawasan Islam di bandar itu dan membakar sebuah masjid dan dua trak.

Sebagai tindak balas, pemuda Islam merosakkan berpuluh-puluh kedai yang dimiliki penganut Kristian.

Jonathan semalam diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden Nigeria, pengumuman yang mencetuskan ketegangan di negara ini dan tunjuk perasaan ganas yang disertai sejumlah 15,000 orang.

Pesaing utama beliau yang merupakan bekas pemerintah tentera, Muhammadu Buhari meraih banyak sokongan daripada wilayah utara, manakala Jonathan dari kawasan selatan.

Nigeria secara umumnya terbahagi dua dengan penduduk Islam menguasai bahagian utara manakala penduduk Kristian dibahagian selatan. - AFP

Sumber

Tuesday, April 19, 2011

Zionis Tutup Masjid Ibrahimi 2 Hari

Pihak pendudukan Zionis Israel (IOA) memerintahkan penutupan masjid Ibrahimi di Al-Khalil Rabu dan Khamis akan datang agar memudahkan dan mengizinkan kaum Yahudi untuk merayakan Paskah di dalam kompleks masjid tersebut.

Keputusan IOA tersebut bererti bahwa masjid Ibrahimi akan tertutup untuk jemaah umat Muslim selama dua hari dan hanya dibuka secara penuh untuk orang Yahudi.

Lembaga pelayanan Walaf dan urusan agama di wilayah itu mengecam keras keputusan IOA tersebut, mengatakan tindakan IOA merupakan pelanggaran berlanjut atas kesucian masjid, di mana masjid dilarang melakukan seruan azan dan melarang jemaah masuk ke masjid untuk menunaikan ibadah shalat.(fq/pic)

Sudah 10,000 Maut 50,000 Cedera di LIBYA

Menteri Luar Negeri Itali Franco Frattini mengatakan konflik Libya sepanjang ini telah menyebabkan 10,000 orang terbunuh dan 55,000 lainnya cedera.

Frattini membuat pernyataan ini ketika dia mengadakan pembicaraan dengan pemimpin pembangkang Libya Mustafa Abdel Jalil di ibukota Itali, Rom, pada hari Selasa ini (19/4), AFP melaporkan.

"Presiden (Abdel Jalil) berbicara kepada kami bahawa sekitar 10,000 orang telah terbunuh dan 50,000 sampai 55,000 terluka," kata Frattini, mengutip angka-angka yang disusun oleh pemerintahan pembangkang yang berpusat di Benghazi.

Banyak warga awam juga dilaporkan terbunuh sejak pihak ebrsekutu pimpinan Amerika melakukan kempen udara besar-besaran melawan pasukan rejim pada tanggal 19 Mac di bawah mandat PBB untuk melindungi penduduk Libya.

Sementara itu, pasukan pimpinan Amerika telah mengakui membunuh pasukan revolusioner dan warga awam dalam serangan udara terbaru di Libya timur.

Aliansi militer Barat, bagaimanapun, menolak untuk meminta maaf atas penembakan salah sasaran yang mematikan tersebut.

Sementara itu, pasukan revolusioner mengkritik pasukan pimpinan Amerika atas kegagalan mereka untuk mencegah pembunuhan warga awam oleh pasukan penguasa Libya Muammar Gaddafi.(fq/prtv)

sumber

Monday, April 18, 2011

Israel Syurga Pelacur RUSIA

Israel not the promised land for Russian sex slaves.

Israel bukan tanah yang dijanjikan bagi pelacur Rusia. Demikian judul tulisan jurnalis Elisabeth Eaves, yang dimuat dalam lamannyanya, 23 Ogos 1998. Eaves yang bergiat di bidang pemberdayaan wanita mengutip data yang dikeluarkan Israel Womens Network, sebuah lembaga nirlaba wanita yang berpusat di Tel Aviv, yang menyatakan bahawa lebih dari 70% pelacur di Tel Aviv datang dari negara-negara pecahan Uni Sovyet.

Menurut dana yang ada, setiap tahun, lebih dari 1,000 wanita muda dari wilayah-wilayah tersebut membanjiri Tanah Palestin yang diduduki bangsa Zionis-Yahudi ini. Mereka dapat masuk ke Israel kerana adanya kerjasama antara jaringan Mafia Rusia dengan Mafia Zionis-Israel, dan juga atas restu para pegawai, para pemuka agama, dan polis setempat yang korup.

Menurut Eaves, para wanita muda asal Rusia menganggap bahawa Zionis-Israel merupakan syurga bagi kegiatan prostitusi. Secara rasmi pegawai Zionis-Israel memang melarang keberadaan pelacuran di wilayah pendudukan tersebut. Namun dalam kenyataannya, banyak kalangan mengetahui rata-rata para wanita muda itu malah digiring ke wilayah-wilayah yang dekat dengan pemukiman orang-orang Palestin, di mana ‘pemerintah’ Zionis-Israel banyak mendirikan bar, diskotik, dan rumah-rumah bordil. Pendirian tempat-tempat maksiat di daerah yang berdekatan dengan kem-kem pelarian dan rumah-rumah orang Palestin ini disengaja oleh Zionis-Israel untuk menggoyahkan keimanan pemuda-pemuda Palestin dan menghancurkan moral anak-anak kecilnya.

Bukan hanya wanita muda, Israel juga memperdagangkan kanak-kanak di bawah umur untuk dijadikan budak-budak pemuas syahwat, baik kepada orang-orang Yahudi sendiri maupun kepada orang-orang Arab. Di kota Tel Aviv saja, dalam jangka satu tahun, wang yang berputar dalam dunia prositusi mencapai 450 juta dollar, menurut Jewis Online Magazine, Social Action (Socialaction.com).

Sebuah laporan dari Harian Israel, Haaretz (22 Juni 2001), menyatakan, “Seorang pemandu trak sampah yang bekerja sambilan sebagai penjaga sinagog di pusat kota Tel Aviv telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah DaerahJerusalem atas tuduhan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur yang mengunjungi sinagog itu. Sekurang-kurangnya, tiga kanak-kanak telah menjadi korban, termasuk seorang yang berusia 13 tahun yang merupakan anak lelaki dari salah seorang pegawai tinggi sinagog yang namanya tidak disebutkan tersebut.

Menurut harian Israel itu, pelaku mendekati mangsa awalnya dengan membujuk mangsa agar mencicip narkotik. Ketika sang anak telah mencicip narkotik, maka pelaku mengancam akan memberitahukan kepada orangtua mangsa. Anak itu tentu ketakutan dan berharap pelaku tidak memberitahu kedua orangtuanya. Maka pelaku mulai memasang perangkap. Ia berjanji tidak akan melaporkan hal tersebut asal korban mahu melayani hawa nafsunya.

‘Pemerintah’ Israel dalam tindakan rasminya memang melarang segala bentuk pelacuran dan kemaksiatan lainnya. Peraturan dan perundang-undangan juga telah dikeluarkan untuk itu. Namun yang harus kita cermati, definisi pelacuran dan kemaksiatan bagi orang-orang Yahudi itu ternyata berbeza sekali dengan apa yang sudah menjadi pemahaman umum dunia. Tindakan Zionis-Israel seluruhnya bersandar pada Talmud. Inilah asas ideologi mereka dalam setiap tindakan dan sikapnya. Talmud dianggap lebih suci dan lebih tinggi berbanding Taurat.

Dalam Talmud, kejahatan seksual hanya dapat dikategorikan perbuatan jenayah jika itu dilakukan lelaki Yahudi terhadap perempuan Yahudi lainnya. Atau terhadap sesama orang Yahudi. Kerana hanya orang Yahudilah yang dianggap sebagai manusia. Sedang jika seorang lelaki Yahudi memperkosa perempuan non-Yahudi (Ghoyim), atau jika ia seorang pedofili Yahudi ‘menggarap’ lelaki non-Yahudi, maka perbuatan itu bukanlah dosa, malah memberinya “rahmat Tuhan”.

Dasar pemikiran ini berangkat dari ayat-ayat Talmud yang menyatakan bahawa hanya orang-orang Yahudi saja yang manusia, sedangkan orang-orang non-Yahudi (Gentiles atau Ghoyim) bukanlah manusia melainkan sederajat dengan binatang. Jadi, melakukan kejahatan terhadap ‘binatang’ itu sama sekali tidak berdosa. [bersambung/rizki]

sumber

Facebook Sekat Laman Ikhwanul Muslimin

Laman jejaring sosial Facebook memblok halaman group Ikhwanul Muslimin Mesir, tanpa memberikan alasan yang jelas.

Abdul Jalil Syarnoubi, editor untuk laman Ikhwan Online mengatakan: "Halaman Ikhwanul di Facebook adalah perluasan dari laman internet jemaah Ikhwan, dan halaman itu disekat menyusul setelah adanya komentar yang diungkapkan oleh anggota parlimen AS di Kongres yang menyatakan keprihatinan mereka tentang kekuatan dan massa Ikhwanul Muslimin."

Syarnoubi dalam sebuah pernyataan kepada akhbar Asyuruq Alawsath menyatakan bahawa keputusan untuk menyekat halaman Facebook Ikhwan, membuktikan Amerika tidak menghargai kebebasan seperti yang mereka dengungkan, menambahkan bahawa Amerika dan Barat ingin selalu membatasi Islam dalam gambaran seperti yang mereka inginkan.

"Ada konspirasi terhadap pendirian masyarakat dunia terhadap Ikhwan khususnya, dan Islam dan umat Islam pada umumnya, sedangkan halaman Facebook Ikhwan, justru mewakili Islam moderat dan terbuka untuk dunia, jika dibandingkan dengan propaganda Al-Qaidah di internet," tegas Syarnoubi.

Syarnoubi menganggap bahawa usaha menyekat halaman Facebook Ikhwan adalah langkah yang salah, sebagaimana Amerika telah mengulangi kesalahan mendukung para pemimpin Arab otoriter.

Halaman Facebook Ikhwan telah ditutup sehari sebelumnya kemarin, dan menerima surat misterius yang memberitahukan bahawa Facebook memblok semua halaman grup Ikhwan. (fq/islamtoday)

SUMBER

Israel Mula Gentar dengan MESIR

Lebih dari dua bulan setelah revolusi Mesir berhasil menggulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kekhuatirannya tentang pemerintah baru Mesir yang mungkin menjadi 'anti-Israel'.

Dalam pertemuan para duta besar Uni Eropah di Jerusalem Timur Al-Quds minggu lalu, Netanyahu mengatakan beberapa suara yang keluar dari Mesir "menunjukkan" permusuhan terhadap Tel Aviv, akhbar Haaretz Israel melaporkan pada hari Sabtu lepas (16/4).

Perdana menteri Israel mengatakan dia sangat prihatin atas pernyataan terakhir yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri Mesir Nabil al-Arabi.

Para diplomat tinggi Mesir, bersama dengan para pegawai tinggi lainnya, telah dilaporkan menyebut Israel "musuh" bagi Mesir.

Mengomentari kemungkinan hubungan ekonomi dengan Tel Aviv, Menteri Kewangan Mesir Samir Radwan juga menekankan bahawa Kaherah tidak memerlukan investasi dari "musuh."

Kekhuatiran Netanyahu itu juga bergema oleh beberapa pegawai tinggi Israel lainnya.

Laporan ini datang pada saat demonstrasi massa anti-Israel digelar di luar kedutaan Israel di Kaherah serta konsulat Israel di kota Iskandariyah Mesir selama beberapa minggu terakhir.(fq/prtv)

sumber

Sunday, April 17, 2011

HRW dakwa LIBYA guna bom berangkai

TRIPOLI 16 April - Pemerhati Hak Kemanusiaan (HRW) menuduh tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan serangan bom berangkai di bandar Misrata yang dikuasai oleh pemberontak.

Bagaimanapun, kerajaan Libya menafikan tindakan berkenaan.

HRW dalam satu kenyataan berkata, tentera kerajaan melancarkan bom berangkai yang diharamkan di lebih 100 negara ke kawasan perumahan di Misrata, mengakibatkan risiko tinggi kecederaan dan kematian kepada orang awam.

Kumpulan itu berkata, ia mendapati sekurang-kurangnya tiga letupan bom berangkai dilancarkan di kawasan perumahan el-Shawahda pada waktu malam, kelmarin.

"Para penyelidik menemui saki-baki satu bom berangkai dan saksi-saksi turut mengesahkan penggunaan bom tersebut,'' kata kumpulan itu dalam laman webnya.

HRW memberitahu, bom berangkai itu adalah jenis bom mortar MAT-120 120 mm keluaran Sepanyol yang meletup di udara dan boleh membebaskan 21 bom kecil di kawasan yang luas.

Badan itu berkata, pihaknya tidak dapat memastikan jika terdapat orang awam di Misrata cedera atau terbunuh akibat penggunaan senjata itu.

Jurucakap kerajaan Libya, Ibrahim menafikan dakwaan tersebut.

"Selepas menggunakan bom ini, bukti penggunaannya tidak akan hilang dalam tempoh yang singkat. Kami tahu masyarakat antarabangsa sedang melihat negara ini. Jadi kami tidak akan berbuat demikian,'' katanya.

HRW berkata, lebih 100 negara telah mengharamkan penggunaan bom berangkai namun Libya bukan sebuah daripada negara itu. - Reuters

Sumber

Sufi MESIR : Puak Salafi Musuh Paling Berbahaya!

Ratusan kaum sufi Mesir berkumpul di kota Tanta Khamis malam lalu untuk merayakan peringatan seorang tokoh sufi yang dihormati al-Sayyid Ahmad al-Badawī. Mereka mengadakan perarakan di seluruh kota dan membahagikan beberapa lembaran yang menyerang Salafi dan menyebut Salafi sebagai musuh-musuh Islam.

Salah satu perarakan dimulai dari masjid Sidi Ezz al-Din al-Regal Masjid, melewati markas Dr Muhammad Kamal al-Bahey, penerus terakhir al-Badawi, dan berakhir di masjid al- Badawi di mana mereka secara terorganisir membentuk lingkaran zikir.

Mereka memegang bendera berwarna dan sepanduk yang bertuliskan nama tariqat mereka, tariqat al-Bakriyah. Pengikut tariqat al-Bakriyah juga membawa tongkat kayu yang dibungkus kain yang mereka katakan itu kemeja Nabi Muhammad.

Puluhan aktivis sufi mengedarkan lembaran yang berjudul "Siapa Salafi?" yang menggambarkan gerakan Salafi sebagai "kelompok garis keras Islam" dan mengatakan ada kelompok Salafi yang menjadi tentera bayaran yang merupakan musuh Islam paling berbahaya.

Kedua kelompok Sufi dan Salafi saling berargumen panas akhir-akhir ini terkait tentang menziarahi "tempat keramat" tokoh agama. Salafi percaya bahawa praktek seperti itu adalah suatu bentuk politeisme yang melanggar hukum Islam atau ajaran Bid'ah.

Kaum Sufi Mesir telah menyerukan untuk diadakannya seminar dalam usaha menjelaskan tasawuf dan membiasakan orang-orang dengan praktik seperti yang mereka lakukan.

Tetapi pada saat kelompok agama lainnya, termasuk Salafi, semakin terlibat dalam publik dan terlibat dalam politik, Syeikh Abdel Hady al-Qasaby, ketua Dewan Tertinggi Tasawuf Mesir, mengatakan kepada para syeikh sufi untuk menjauh dari dunia politik.

Dia mengatakan selama konferensi bahawa sufi tidak bercita-cita untuk memerintah dan menegaskan bahwa mereka hanya berusaha untuk beribadah kepada Allah.

Al-Qasaby menunjukkan bahwa telah ada beberapa seruan antara syaikh sufi dan Salafi untuk memperbaiki hubungan di antara mereka.

Dia mengatakan bahawa para syeikh sufi telah meminta Menteri Dalam Negeri melindungi "tempat keramat" mereka, setelah banyak dilaporkan diserang oleh kelompok Salafi.(fq/almasryalyoum)

sumber

MESIR - Parti Mubarak Dibubarkan Secara Rasmi

Pihak berkuasa mengatakan pengadilan Mesir telah membubarkan parti Mubarak, Parti Demokratik Nasional (NDP) dan telah membekukan asetnya.

Sumber Yudisial mengatakan pengadilan juga memerintahkan dana dan properti parti untuk diserahkan kepada pemerintah, seorang koresponden Press TV melaporkan pada hari Sabtu kelmarin (16/4).

Sebahagian besar pemimpin senior NPD sekarang akan diadili atas tuduhan kekerasan dan korupsi. Pembubaran parti NDP adalah salah satu tuntutan para penunjuk perasaan Mesir.

Pada hari Rabu lalu, Mubarak - yang digulingkan dalam sebuah revolusi bersejarah dua bulan yang lalu - dan dua anaknya dibawa ke tahanan selama 15-hari atas tuduhan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Penahanan Mubarak dan pembubaran parttinya kemungkinan akan menenteramkan para pendemo dan menenangkan ketegangan politik yang sedang berlangsung, koresponden Press TV melaporkan dari Kaherah.

Mubarak saat ini berada di sebuah hospital di Kairo, menerima rawatan untuk masalah jantung.

Pendemo Mesir mengatakan Mubarak mesti diadili kerana mengorbankan sekitar 800 pendemo selama pemberontakan rakyat di negara itu yang menyebabkan kejatuhannya pada 11 Februari.

Pegawai peradilan Mesir baru-baru ini mengatakan bahawa Mubarak dapat dieksekusi mati jika ditemukan bersalah memerintahkan aparatnya untuk menembak pendemo anti-pemerintah.(fq/prtv)

SUMBER

Hamas Tangkap Suspek Pembunuh Aktivis ITALI

Kementerian Dalam Negeri Gaza telah menangkap dua yang distaki sebagai sebahagian dari penyelidikan atas pembunuhan aktivis kemanusiaan ItaliaVittorio Arrigoni.

Mayat Arrigoni ditemukan di sebuah apartmen kosong di Gaza pada Jumaat pagi lalu setelah dia diculik oleh orang-orang terkait dengan sebuah kelompok "Salafi Wahhabi" yang menggunakan dirinya sebagai tebusan untuk menunut kebebasan dari beberapa anggota dari elemen kelompok mereka.

Kementerian Dalam Negeri mengatakan mereka masih mengejar lebih banyak lagi suspek yang terlibat dalam pembunuhan itu.

Perdana Menteri pemerintah Palestin di Gaza Ismail Haniyah telah menegaskan bahawa pemerintah telah mengikuti kes Arrigoni dari berita yang bocor saat pertama terungkap tentang penculikannya pada hari Khamis lalu. Dia menambahkan bahawa dia telah membuat perintah yang ketat untuk memastikan pembebasannya sesegera mungkin.

Namun penculiknya telah membunuhnya sebelum batas waktu yang mereka tetapkan kepada pemerintah.

Haniyah mengatakan dirinya secara peribadi menelefon ibu Arrigoni dan menyatakan bela sungkawa serta menegaskan bahawa pemerintah terus mengejar para pelaku dan akan membawa mereka ke pengadilan sesegera mungkin.

Menurut sebuah wawancara dengan akhbar Guardian Inggris, ibu korban Egidia Beretta, yang merupakan walikota dari sebuah desa kecil antara Milano dan Danau Como, mengatakan bahawa itu bukan yang pertama kali anaknya mengalami bahaya selama tiga tahun aktivitinya di Gaza. Dia sebelumnya menerima ancaman kematian dari laman internet . Dan dia cedera saat menemani seorang nelayan Gaza pada tahun 2008.

Arrigoni menghabiskan total sembilan tahun di wilayah Palestin dan telah diminta oleh Israel untuk meninggalkan Tebing Barat. Dia juga ikut ambil bahagian dalam misi Free Gaza pada tahun 2008.(fq/pic)

sumber

Friday, April 15, 2011

RPK : Video TV3 Dirakam 2 Bulan Lalu

KUALA LUMPUR, 15 April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu.

Dalam satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini.

Beliau hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

Media pro Umno menyiarkan berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3 yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat ‘pusingan U’ terhadap tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu saya terhadap perkara tersebut,” kata Petra ketika ditanya. “Jadi, sudahkah anda membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar berbuat demikian tanpa membacanya,” beliau menambah.

Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan ‘spin’ media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang dirinya.

“Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik. Ini bukan hak saya ke?” tanya beliau.

Wawancara 2 bulan yang lalu

Mengenai wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang lepas, dan menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu Barisan Nasional di pilihan raya Sarawak.

“Dua bulan yang lepas, tiada kata putus mengenai bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi bila saya patut memberikan wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi, selepas pilihanraya Sarawak, orang akan tanya mengapa sekarang, sebelum pilihanraya umum ke 13?

"Jadi, saya tunggu selepas pilihanraya umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa sekarang, sebelum pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini? Selepas Malaysia membasmi pilihanraya?” bidas Petra secara sinis.

Menjawab satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan memberikan sejarah ‘keadilan’ di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang serius.

“Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang mereka tengah bertuala dalam bilik hotel?” kata Petra secara jelas merujuk kepada video klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno yang mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks.

“Terangkan apa itu bukti. Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun pada 1999 hanya berdasarkan testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup untuk memenjarakan Anwar 15 tahun. Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam bentuk pengakuan bersumpah,” kata Petra, yang dahulunya mengetahui kempen ‘Selamatkan Anwar’ dalam mendapat tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada penjara.

Isu khalwat Najib

Mengenai dakwaan bahawa beliau telah ‘berubah’ kerana ingin kembali ke Malaysia, Petra membidas dalam keadaan yang marah dan mengingatkan wartawan NST itu kepada kejadian pada 1990an di Port Dickson, di mana Najib dikatakan telah ditangkap khalwat oleh jabatan agama di sebuah hotel, tapi dilepaskan tanpa pembicaraan syariah.

“Adakah anda hendak bertanya kepada Najib terhadap isu ini? Siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?” kata Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK.

Petra juga berkata dakwaan-dakwaan terhadapnya bukanlah baru, malahan beliau menambah beliau pernah dituduh murtad kerana pergi ke gereja setiap Ahad dan beliau dan isterinya telah meninggalkan Islam dan menjadi penganut Katolik.

Sementara itu, menjawab soalan bersiri daripada The Straits Times Singapura yang meliputi isu masa wawancara yang bertembung dengan pilihanraya negeri Sarawak dan dakwaan samada beliau tengah me’nuetralisasikan’ kesangsian terhadap penglibatan Najib dalam pembunuhan, Petra membidas bahawa ia adalah kelakar untuk menganggap bahawa wawancara beliau dan video seks yang ditujukan pada Anwar akan memberikan kesan terhadap keputusan pilihanraya Sarawak.

“Jika anda beranggapan demikian, maka anda patut meminta untuk ditukar ke meja servis makanan sebab anda masih jauh ketinggalan dalam memahami politik,” jawab beliau kepada wakil Malaysia akhbar tersebut, Hazlin Hassan.

Tindakan terhadap Kol Azmi

Sementara itu, akhbar Umno, Utusan Online melaporkan, seorang pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2811:raja-petra-video-tv3-dirakam-2-bulan-lalu&catid=34:primary&Itemid=56

Israel Deportasi Tahanan PALESTIN ke MALAYSIA

Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) "membuang" tahanan Palestin Maher Odeh ke Malaysia, daripada mengizinkannya kembali ke kota kelahirannya Ein Yabrud di Ramallah.

Odeh ditangkap pada tahun 14 Mac lalu dan setelah 45 hari putaran interogasi yang kejam dia ditahan di penahanan administratif tanpa pengadilan atau dakwaan.

Ahrar center untuk HAM dan tahanan mengatakan bahawa interogator Israel gagal untuk mengekstrak pengakuan dari Odeh dan menawarkan dirinya pengasingan berkali-kali tapi dia menolak untuk diasingkan.

Istrinya Um Anas mengatakan kepada Ahrar Center bahawa pengurus penjara mengatakan melalui telefon suaminya dideportasi ke Malaysia pada Rabu malam lalu.

Ahrar Center mengecam tindakan IOA yang melakukan deportasi atau hukuman penjara terbuka terhadap rakyat Palestin. Ahrar mengimbau organisasi-organisasi internasional dan kelompok hak asasi manusia untuk mengecam Israel atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang mereka lakukan.(fq/pic)

sumber

31 Ahli Ahmadiyyah INDONESIA Bertaubat

PURWAKARTA (Arrahmah.com) - Sebanyak 31 dari 89 anggota Jemaat Ahmadiyah Indonesia (JAI) Kecamatan Maniis, Purwakarta, melakukan taubat dan berikrar untuk kembali memeluk agama Islam yang benar. Ikrar ditandai dengan pembacaan dua kalimat syahadat dilakukan di Masjid Agung Purwakarta, disaksikan Bupati Purwakarta Dedi Mulyadi, pengurus MUI Purwakarta dan DKM Masjid Agung Purwakarta, Kamis (14/4/2011).

Sebelumnya, tepatnya pada Ahad (20/3) lalu, 22 anggota JAI Kecamatan Maniis telah diIslamkan kembali oleh Majlis Ulama Indonesia Kecamatan Maniis. Dengan adanya pertaubatan dari JAI di Purwakarta yang berada di Kecamatan Maniis itu, tinggal 36 jemaat JAI yang belum kembali ke agama Islam Ahlul Sunnah waljamaah.

Satu anggota JAI Kecamatan Maniis, Purwakarta yang mendampingi 31 anggota JAI tersebut, Enjang mengatakan, ia dan teman temannya di JAI Kecamatan Maniis atas kemahuan sendiri bersama-sama keluar dari JAI.

"Barangkali kami telah mendapat hidayah agar kami bersama teman-teman kembali ke jalan yang benar. Tentunya memeluk Islam yang berpegang terhadap al Quran dan Hadits serta meyakini Muhammad, Rasul Allah SWT," kata Enjang yang mengaku dirinya masuk lagi ke agama Islam pada tahun 2003.

Enjang mengakui ia memeluk aliran Ahmadiyah ini sejak tahun 1995. Selama itu pula, diakuinya, ia begitu menyakini bahawa Ahmadiyah ini ajaran yang benar. Namun ternyata setelah sekian lama dan belakangan ramai bahwa Ahmadiyah merupakan aliran sesat, ia dan sejumlah anggota JAI Maniis merasa terpanggil jika Ahmadiyah ini sesat, lebih baik cepat hijrah ke Islam yang kaffah.

Bupati Purwakarta Dedi Mulyadi, mengatakan bersyukur atas kebulatan tekad warganya di Maniis yang kembali ke memeluk Islam.

"Mereka masuk kembali lagi ke Islam bukan kerana tekanan atau paksaan, melainkan keinginannya sendiri. Kebulatan tekad inilah yang patut kita hargai," kata Dedi Mulyadi.

Selain membaca syahadat, 31 mantan anggota JAI Kecamatan Maniis, Purwakarta ini mengisi surat pernyataan yang dikeluarkan MUI Purwakarta.

Adapun pusat bermukimnya JAI Purwakarta berada di Kampung Cibenggala, Desa Cijati, Kecamatan Maniis, Purwakarta. Mereka menjadi kader aliran Ahmadiyah sejak tahun 1958 saat Kecamatan Maniis masih bergabung ke Kabupaten Cianjur.

Sebelumnya, 22 anggota JAI Kecamatan Maniis, Purwakarta menyatakan masuk ke agama Islam. Mereka berikrar kembali memeluk agama Islam dipimpin Ketua MUI Kecamatan Maniis, H. Wawan Gunawan.

Seperti diberitakan sebelumnya, guna menghindari peristiwa yang tidak diinginkan terjadi di Purwakarta, Kantor Kementerian Agama Kabupaten Purwakarta bersama Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Purwakarta, beberapa waktu yang lalu mengadakan safari ke kantong jemaah Ahmadiyah di Purwakarta tepatnya di Kampung Cibenggala, Desa Cijati, Kecamatan Maniis, Purwakarta.

sumber