Tuesday, May 31, 2011

Abbas Bertemu Pemimpin Tentera MESIR

Pemimpin Dewan Tentera Mesir , Marsekal Hussein Tantawi, mengadakan perbincangan pada hari Isnin dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkaitan dengan usaha regional dan antarabangsa untuk memperkuat proses perdamaian Israel-Palestin.

Mereka juga membicarakan dukungan Mesir untuk perjanjian rekonsiliasi baru-baru ini antara faksi Fatah dan Hamas Palestin.

Dalam pertemuan tersebut, Abbas menyatakan siap untuk memulai perundingan dengan Israel menggunakan asas yang disarankan oleh Presiden AS Barack Obama pada 19 Mei ucapan di Timur Tengah, serta mengandalkan keputusan Prakarsa Perdamaian Arab.

Dalam ucapannya, Obama mendesak Israel untuk menarik diri dari daerah ini telah mereka duduki sejak perang tahun 1967. Sementara itu, Israel menolak idea Presiden Barack Obama.

Pertemuan ini dihadiri oleh Wakil Ketua Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata, Jenderal Sami Anan, bersama dengan anggota dewan lainnya dan Mahmud Abbas yang didampingi para delegasi Fatah.

Abbas berterima kasih kepada dewan militer dan pemerintah Mesir atas dukungannya untuk Palestin dan peranan utama Mesir dimainkan dalam menciptakan perjanjian rekonsiliasi antara Fatah dan Hamas.

Nampaknya militer Mesir memperhatikan dengan saksama perubahan di Timur Tengah, dan berupaya menselaraskan kebijakannya dengan aspirasi rakyat Mesir, yang mendukung Palestin merdeka. (mh/aljz)

sumber

Monday, May 30, 2011

Penentang YAMAN Kuasai 5 Wilayah

Pada saat kubu revolusioner mengambil alih sebahagian besar wilayah di Yaman, pasukan pemerintah membunuh sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan di kota selatan Taizz.

Sekitar 3,000 orang berkumpul di luar pejabat polis di Taizz, terletak 300 kilometer (186 mil) selatan ibukota Sana'a, pada hari Ahad (29/5) untuk menuntut pembebasan seorang pendemo yang ditahan oleh polis, AFP melaporkan.

Pasukan keamanan menembakkan peluru ke udara dalam usaha untuk membubarkan kerumunan pendemo, tapi kemudian peluru ditembakkan ke arah mereka ketika para pendemo enggan bubar..

"Tiga pendemo terbunuh oleh tembakan polis dan puluhan lainnya cedera, beberapa mengalami luka serius," kata seorang pegawai hospital .

Sementara itu, revolusioner Yaman mengatakan pasukan yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh telah kehilangan kawalan atas lima wilayah, termasuk Mareb dan Saa'da.

Insiden ini datang pada saat terjadinya gencatan senjata antara pasukan Yaman yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh dan suku penentang yang mulai berlaku pada hari Minggu kemarin.

sumber

FILIPINA - 800 Tan Ikan Mati Mengejut

TALISAY: Lebih 800 tan ikan mati dan busuk di sebuah kolam ternakan berhampiran Manila ekoran penurunan suhu secara mendadak.

Pegawai perikanan kerajaan, Rose del Mundo, berkata insiden kematian mengejut itu bermula minggu lalu di Tasik Taal di wilayah Batangas namun sudah berkurangan.
Permukaan tasik di kawasan itu yang dikhususkan untuk ternakan ikan, dipenuhi ikan bandeng yang sudah busuk. Ikan bandeng adalah sebahagian diet biasa rakyat Filipina.
Del Mundo berkata, siasatan awal mendapati kematian itu mungkin disebabkan perubahan drastik suhu berikutan musim hujan selepas musim panas membahang, yang turut mengurangkan paras oksigen tasik.

Pihak berkuasa mengharamkan jualan ikan busuk itu yang ditanam selepas dipunggah trak pengangkut ikan. – AP

sumber

INDONESIA - Ulat Bulu Gergasi Serang Kampung

JAKARTA: Penduduk kampung di rantau antara Yogyakarta dan Jawa Timur dilaporkan diserang ulat bulu bersaiz luar biasa.

Seorang penduduk di perkampungan Sambirejo, daerah Gunung Kidul, Surono, memberitahu Jakarta Globe ulat bulu yang luar biasa besarnya itu dipenuhi bulu panjang yang menyebabkan ia kelihatan sebesar penumbuk kanak-kanak, mula muncul 10 hari lalu.
“Penduduk kampung takut kerana ulat bulu ini kelihatan amat luar biasa. “Ia lebih besar berbanding ulat bulu biasa, namun bulunya amat tebal menjadikannya kelihatan bersaiz amat besar,” katanya.

Surono berkata, ulat bulu itu pada mulanya hanya menyerang ladang berdekatan, namun sejak beberapa hari lalu ia memusnahkan pokok dan menyerang rumah penduduk kampung.

Pegawai kawalan serangga perosak, berkata beliau mencadangkan racun digunakan untuk membunuh ulat bulu terbabit, namun penduduk kampung menolak kerana bimbang merosakkan tanaman mereka.

“Ulat bulu ini juga tidak mati dengan mudah selepas disembur,” katanya.
Surono berkata, penduduk kampung sebaliknya membunuh ulat bulu itumenggunakan tangan, menggegarkan dahan pokok yang terjejas dan membakarnya. “Ia hampir terkawal sekarang,” katanya.

Laman web rasmi pentadbiran daerah berkata wabak sama sebelum ini menyerang sebuah perkampungan di Ngeposari, tenggara Yogyakarta.

Seorang pegawai dari Agensi Perhutanan dan Pertanian Wilayah, Sugeng Widodo, berkata beliau mengumpul spesimen untuk menjalankan penyelidikan makmal namun masih belum mendapatkan sebarang maklumat berhubung makhluk luar biasa itu.

Sejak Mac lalu, berjuta ulat berbulu tebal menyerang lima daerah kecil di Probolinggo di pantai utara Jawa Timur, menyerang tanaman dan rumah.

Selain merosakkan rumah, ulat bulu terbabit turut memusnahkan lebih 8,800 pokok mangga, yang juga produk pertanian utama daerah itu. – Agensi

sumber

Israel Bidas MESIR Buka Sempadan Rafah

BAITULMAQDIS 29 Mei - Keputusan Mesir membuka semula pintu sempadannya di Rafah dengan Genting Gaza dibidas oleh Israel yang mendakwa langkah itu akan membolehkan kumpulan 'pengganas' memindahkan senjata dan anggota dengan bebas.

Rejim Yahudi itu telah memberi amaran pembukaan semula pintu sempadan Rafah yang ditutup oleh Mesir kepada hampir semua lalu lintas pada 2007 akan mengukuhkan kedudukan Hamas yang memerintah Gaza.

Pergerakan berhaluan Islam itu disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Pergerakan bebas manusia dan kargo akan digunakan dengan lebih intensif untuk membawa masuk peluru dan peralatan tentera serta pengganas," dakwa Menteri Infrastruktur Israel, Uzi Landau hari ini.

Kaherah pada bulan lepas mengumumkan rancangannya untuk membuka semula pintu sempadan tersebut, selepas Hamas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan seterunya, Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Perjanjian itu menamatkan sengketa selama empat tahun antara kedua-dua puak utama Palestin itu yang menyebabkan Mesir menutup pintu sempadan Rafah.

Penutupan itu diteruskan walaupun Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada 2005 mencapai perjanjian yang menyaksikan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menempatkan pemantau di pintu sempadan itu.

Walaupun Kaherah tidak turut serta menandatangani perjanjian itu, menteri-menteri Israel hari ini menuduh Mesir melanggar perjanjian dengan membuka semula pintu sempadan.

Menteri Kewangan, Yuval Steinitz berkata, keputusan Mesir untuk membuka semula Rafah tanpa mempedulikan bantahan Israel menunjukkan rejim Zionis Israel tidak boleh bergantung kepada negara lain untuk melindungi sempadannya. - AFP

sumber

Liga Arab Mahu PALESTIN Berstatus Negara Penuh

DOHA 29 Mei - Liga Arab akan memohon kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya negara Palestin diberi status negara penuh, yang meliputi Genting Gaza dan Tebing Barat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, tanpa mempedulikan bantahan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Jawatankuasa proses damai Liga Arab yang bermesyuarat di sini, semalam memutuskan, pihaknya akan mengemukakan permohonan itu bagi negara Palestin pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York pada September ini.

"Jawatankuasa ini memutuskan untuk meminta PBB mengiktiraf negara Palestin sebagai berstatus negara penuh berdasarkan garisan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya," menurut kenyataan panel tersebut.

Sempadan 1967 merujuk kepada sempadan Israel sebelum perang Israel-Arab 1967, sebelum rejim Zionis Israel menawan Genting Gaza dari Mesir dan Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur dari Jordan dalam perang tersebut.

Sementara itu, Israel berkata, Palestin hanya boleh mencapai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara merdeka menerusi rundingan dan perjanjian damai.

Langkah Liga Arab itu dijangka gagal disebabkan tentangan AS yang memiliki kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB, tetapi Israel khuatir taktik sedemikian akan menyebabkan kedudukannya tergugat di pentas diplomatik.

Presiden AS, Barack Obama dalam ucapan pada 19 Mei lalu mengutuk 'tindakan simbolik untuk meminggirkan Israel di PBB', merujuk kepada rancangan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan badan dunia itu.

Palestin kini hanya mempunyai status sebagai pemerhati di PBB tanpa hak-hak mengundi. - Reuters

sumber

YAMAN - 5 Terbunuh

ADEN 30 Mei - Lima orang awam terbunuh dalam pertempuran artileri antara tentera Yemen dan kumpulan militan al-Qaeda di selatan bandar Zinjibar di wilayah Abyan, kata pegawai perubatan semalam.

Katanya, 15 orang awam yang cedera turut dimasukkan ke hospital al-Razi yang terletak berhampiran Jaar.

Pegawai keselamatan sebelum itu berkata, pejuang al-Qaeda telah menguasai keseluruhan bandar Zinbijar semalam (Ahad) kecuali markas tentera Briged Jentera ke-25. - AFP

sumber

SYRIA - 5 Maut, 100 Cedera

NICOSIA 30 Mei - Pihak keselamatan Syria menembak mati lima orang dan mencederakan lebih 100 yang lain selepas melakukan kepungan di bandar Talbisa dan Rastan berdekatan Homs yang terletak di tengah-tengah Syria, kata aktivis semalam.

Menurut aktivis yang tidak mahu dikenali, tiga orang terbunuh di Talbisa manakala dua lagi di berhampiran bandar Rastan.

Lebih daripada 100 orang yang cedera dibawa ke hospital di Homs. - AFP


sumber

MESIR Usir Diplomat IRAN, Disyaki Pengintip

KAHERAH 30 Mei - Pihak berkuasa Mesir mengusir seorang diplomat Iran yang disyaki sebagai pengintip untuk Tehran, kata pegawai keselamatan semalam.

Menurutnya, diplomat terbabit yang dibebaskan awal pagi semalam, akan diusir dalam tempoh 48 jam.

Keputusan tersebut diumumkan selepas lelaki yang dikenali sebagai Qasim al-Hosseini yang bekhidmat di Kaherah, dibebaskan selepas ditahan kerana disyaki mengintip untuk perkhidmatan perisikan Tehran. - AFP

sumber

Sunday, May 29, 2011

259 Wanita Mengaku Dirogol Tentera Ghaddafi

BENGHAZI: Pada awalnya, maklum balas terhadap soalan trauma perang di Libya seperti yang dijangkakan, jika teruk, 10,000 orang menderita pasca traumatik stres (PTSD), 4,000 kanak-kanak dengan masalah psikologi.

Kemudian hasil yang tidak dijangkakan timbul, 259 wanita mendakwa dirogol tentera yang setia dengan Muamar Gaddafi.

Dr Seham Sergewa yang menguruskan kanak-kanak trauma akibat perang Libya didatangi wanita bermasalah yang menceritakan rahsia gelap mereka kepadanya.
Mangsa pertama tampil dua bulan lalu diikuti dua lagi. Kesemua adalah ibu kepada kanak-kanak yang dirawat pakar kanak-kanak yang mendapat latihan di London itu. Mereka membuka rahsia bagaimana mereka dirogol tentera Gaddafi.

Sergewa memutuskan untuk menambah soalan mengenai rogol dalam kertas soal selidik yang diagihkan kepada rakyat Libya yang tinggal di kem pelarian selepas dihalau dari rumah. Tujuan utama adalah untuk menentukan bagaimana kanak-kanak bergelut dengan perang dan beliau menjangkakan ramai yang menderita akibat PTSD.

Lebih mengejutkan, 259 wanita tampil mengakui pernah dirogol oleh tentera Gaddafi. - AP

sumber

PALESTIN - Hamas Lakukan Simulasi

Pemerintahan Hamas dan pasukan keamanan Gaza melakukan sebuah manuver pelatihan di pelabuhan Gaza Khamis lalu dalam persiapan untuk menyambut kedatangan armada bantuan kemanusiaan Turki bulan depan.

Puluhan orang ambil bahagian dalam latihan ini, termasuk penyelam dan tenaga perubatan yang melakukan pelatihan simulasi dalam beberapa senario.

Para peserta melakukan simulasi sebuah pengambilalihan sebuah kapal oleh pasukan Israel dan beberapa aktivis Hamas memainkan peranan komando Angkatan Laut Israel. Dalam senario lain, Hamas melakukan simulasi operasi penyelamatan yang melibatkan orang yang dibuang ke laut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam pemerintahan Hamas Kamil Abu Madi yang menghadiri simulasi pelatihan itu menyatakan pujiannya terhadap solidariti rakyat Turki terhadap Gaza. "Darah orang-orang Turki bercampur dengan darah rakyat Palestin," katanya menegaskan.

Armada Kebebasan kedua dari IHH yang rancangannya berangkat minggu depan namun ditunda akhir/pertengahan bulan Jun, disebabkan kerana adanya pilihan raya Turki yang ditetapkan berlangsung pada awal Jun.

Minggu lalu, ketua IHH Bulent Yildirim menyatakan bahawa sekitar 1.500 aktivis dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam armada yang akan mencakup 15 kapal yang akan berlayar menuju Gaza.(fq/ynet)

SUMBER

MESIR - Mubarak Didenda AS90 Juta

Pengadilan Mesir mendenda mantan Presiden Hosni Mubarak dan dua anggota rejimnya lebih dari 90 juta dollar kerana telah memutuskan perkhidmatan jaringan ponsel dan internet selama revolusi bulan Januari.

Mubarak, mantan Perdana Menteri Ahmad Nazif dan mantan Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly dihukum kerana dianggap merosak perekonomian nasional.

Ini adalah keputusan pengadilan pertama melawan Mubarak sejak kejatuhannya pada 11 Februari lalu.

Dia juga menghadapi tuduhan serius, termasuk memerintahkan pembunuhan terhadap para penunjuk perasaan.

Ratusan orang terbunuh dalam pemberontakan di negara itu yang akhirnya menyebabkan jatuhnya Mubarak pada bulan Februari.

Selama persidangan, Adly bersaksi bahawa mantan presiden memerintahkan dia untuk menggunakan kekerasan terhadap para pendemo.

Mubarak (82 tahun) saat ini sedang dalam tahanan polis di hospital Mesir. Dia dilaporkan menderita serangan jantung yang terjadi selama interogasi.

Kedua-dua anak Mubarak juga ditahan atas tuduhan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Menteri kehakiman Mesir mengatakan Mubarak boleh dihukum mati jika terbukti bersalah memerintahkan pembunuhan terhadap pendemo anti rejim.(fq/prtv)

sumber

Raja-raja Terkaya di Dunia

Sultan Brunai adalah tergolong diantara Raja-raja terkaya di dunia. Dimanakah kedudukan baginda? Ikuti paparan ini



Swaziland’s King Mswati III, worth $100 million

The Netherland’s Queen Beatrix, worth $200 million
Kuwait’s Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Ahmad Al Jaber Al-Sabah, worth $350 million
Britain’s Queen Elizabeth, worth $450 million
Oman’s Sultan Qaboos bin Said, worth $700 million

His Highness the Aga Khan, worth $800 million
Prince Albert II of Monaco, worth $1 billion
Qatar’s Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, worth $2.4 billion
Morocco’s King Mohammed VI, worth $2.5 billion
Liechtenstein’s Prince Hans-Adam II, worth $3.5 billion
Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, worth $4.5 billion

UAE’s President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan, $15 billion

Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, worth $18 billion

Brunei’s Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kekayaan $20 billion

Thailand’s King Bhumibol Adulyadej, kekayaan $30 billion

sumber

Game Hina Islam Berleluasa



writes "
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.


Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan. (Lihat Gambar)


Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana. (Lihat Gambar)

Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.


Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.


Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.


Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

sumber

Saturday, May 28, 2011

PALESTIN - Perlu AS1 Billion untuk Bangunkan Semula Gaza

Presiden dari Dana Investasi Palestin (PIF), Muhammad Mustafa, Khamis lalu (26/5) mengumumkan keperluan dana investasi sebesar 1 billion dolar untuk melakukan rekonstruksi di Jalur Gaza.

Mustafa mengatakan dalam pertemuan dengan sekelompok pengusaha di Gaza bahawa membangun kembali Gaza mestilah atas prioriti dari pemerintah persatuan akan datang.

"Rancangan kami untuk membangun kembali Gaza adalah dimulai dengan 200 juta dolar dari anggaran PIF dan menuba untuk mendapatkan baki wang melalui sumbangan dari masyarakat internasional dan investor asing," kata Mustafa.

"Tujuannya adalah untuk mulai membangun perekonomian Gaza sebagai sebahagian dari ekonomi negara yang berdasarkan kemandirian," ujar Mustafa.

Mustafa mengatakan juga Gaza memerlukan lapangan terbang baharu, pelabuhan, pabrik desalinasi air dan perluasan stesen elektrik untuk menjangkau setiap rumah di Gaza. "Kekuatan Palestin bergantung pada persatuan rakyatnya, yang merupakan aset lebih berharga dari modal pelaburan," tegasnya.

sumber

SYRIA - Rejim Terus Bunuh Rakyat

Diberitakan sekurang-kurangnya tiga orang telah terbunuh di Qatana, kota di pinggiran ibukota Damsyik, setelah pasukan keamanan Syria menggunakan senjata api untuk membubarkan ratusan pendemo anti-pemerintah, ujar seorang aktivis.

Menurut laporan Zeina wartawan Al Jazeera yang melaporkan dari negara Lebanon, ada juga laporan lima pendemo yang ditembak mati di Deal, sebuah kota yang terletak 10 km dari selatan Deraa, dan satu di Zabadani, sebuah kota tidak jauh dari perbatasan Lebanon.

Penembakan terjadi terhadap demonstrasi setelah solat Jumaat, yang mereka juluki "hari untuk Penjaga Tanah Air" oleh para pendukung pro-demokrasi. Mereka terus melakukan perlawanan terhadap rjzim yang berkuasa, dan gerakan yang mereka lakukan itu sudah berlangsung selama 10 minggu.

Aksi itu tamat setelah mereka melakukan doa bersama, para pendemo dilaporkan mengambil tempat di Idlib, di barat laut negara itu, di Deir al-Zur di utara timur, dan di Qamishli, Amouda dan Ain Ras al di daerah Kurdi di utara Syria.

Seorang saksi mata mengatakan kepada Aljazeera, serangan pagi hari di Deal bahawa polis rahsia menembak kerumunan massa yang berjumlah sekitar 3.000 rakyat setempat yang kembali ke kota dari perarakan damai yang melintasi tentera.

sumber

INDONESIA - Kelawar Misteri Curi Wang

SITUBONDO, Jawa Timur - Warga Landangan, daerah Kapongan di sini baru-baru ini dikejutkan dengan cerita mengenai seekor kelawar jadian yang dituduh mencuri wang penduduk.

Haiwan itu berjaya ditangkap dan penduduk mendapati warnanya berbeza dengan warna kelawar biasa.

Seorang penduduk, Ahmad Untung, 40, memberitahu Detik.com, beliau berjaya menangkap kelawar itu yang 'tersesat' masuk ke dalam rumahnya.

"Saya merasa curiga melihat kelawar ini dan terus menutup tingkap dan pintu rumah supaya haiwan ini tak dapat keluar.

"Dengan dibantu oleh isteri, saya berjaya menangkapnya," ujarnya. Dengan tertangkapnya kelawar tersebut, penduduk kini tidak lagi mengadu kehilangan wang.

Sebelum itu, Ahmad berkata, jiran tetangganya sering kehilangan wang dengan cara yang tidak wajar.

"Tiga hari lalu saya kehilangan wang sebanyak Rp100,000 (RM35.65), padahal di rumahnya ketika itu tiada orang dan wang itu saya ikat dengan tali," ujarnya.

Hal serupa juga diutarakan oleh Badrus yang memberitahu, beliau juga sering kehilangan wang di kedainya, sejak beberapa minggu terakhir ini.

Sejumlah warga mengaku kehilangan wang dengan cara yang tidak wajar ini antara Rp50,000 (RM17.80) hingga Rp2 juta (RM713). - AGENSI

sumber

Air 'Mukjizat' di Sulawesi


SEORANG wanita meminum air yang diambilnya dari paip pecah di bahagian tengah Masjid Al Mubaraq di Ampi Permai, Polewali Mandar, Sulawesi Barat.


SULAWESI - Kewujudan pancutan air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia tiba-tiba menggemparkan penduduk ekoran ia dipercayai mempunyai 'mukjizat' atau sakti untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kejadian yang berlaku di Masjid al-Mubaraq Polewali Mandar, Sulawesi Barat itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang ke masjid berkenaan untuk mendapatkan air tersebut.

Menurut penduduk tempatan, air yang keluar di tengah-tengah masjid itu boleh menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal-gatal, kurap serta banyak lagi jenis penyakit lain.

Selain didakwa bersih untuk diminum, ia juga dikatakan boleh mempermudahkan jodoh seseorang.

Selepas tersebarnya berita itu, penduduk luar turut datang untuk mendapatkan air sakti itu, sehingga menyebabkan ruang solat yang dilimpahi air pancutan dikerumuni orang ramai dan menjadi tempat mandi kanak-kanak.

Kompas.com melaporkan, kepercayaan penduduk tentang kemujaraban air itu semakin menebal selepas ketua mukim dan daerah sendiri turut mengesahkannya.

Pihak masjid yang bimbang orang ramai akan terpengaruh dengan hal-hal mistik ekoran kejadian ini segera melekatkan peringatan di masjid itu, malangnya tidak diendahkan oleh pengunjung yang semakin ramai.

Bagaimanapun, selepas empat hari kejadian itu berlaku, punca sebenar air pancutan itu akhirnya terbongkar apabila petugas Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) mendapati ia sebenarnya dari paip yang bocor.

Perkara itu disahkan lagi apabila pekerja PDAM menggali paip besar yang bocor di sekitar masjid itu, sekali gus menyebabkan penduduk kawasan itu yang sebelum ini berebut-rebut untuk mendapatkannya bertindak membuang air yang mereka telah kumpulkan sebelum ini. - AGENSI

SUMBER

Obama Dilarang Hantar Tentera ke LIBYA

WASHINGTON 27 Mei - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan bajet untuk Pentagon berjumlah AS$690 bilion (RM2.7 trilion) tetapi menghalang penghantaran tentera darat ke Libya dan mengehadkan kuasa pentadbiran Presiden, Barack Obama ke atas pengendalian tahanan di Teluk Guantanamo.

Ahli dewan itu mengundi 322-96 menyokong bajet tersebut yang memenuhi permohonan perbelanjaan Jabatan Pertahanan sebanyak AS$119 bilion (RM357 bilion) untuk perang di Iraq dan Afghanistan.

Ia juga meletakkan sekatan ke atas kuasa Obama dalam mengurangkan simpanan senjata nuklear AS di bawah perjanjian senjata nuklear baru dengan Rusia, Perjanjian Strategik Pengurangan Senjata (START).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Bersenjata, Buck McKeon berkata, rang undang-undang itu memberi tanggungjawab fiskal dalam Jabatan Pertahanan ketika AS berusaha untuk pulih daripada kemelesetan ekonomi dengan mengurangkan program yang membazir dan menggunakan dana untuk program yang lebih penting.

Dalam undian 416-5, ahli dewan itu menghalang tentera darat AS atau pasukan kontrak keselamatan swasta daripada beroperasi di Libya kecuali untuk menyelamatkan anggota pasukan keselamatan daripada bahaya.

Ahli Kongres antiperang, Dennis Kucinich berkata, undian itu menunjukkan peningkatan penentangan terhadap serangan udara diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya di mana Pentagon menyatakan memerlukan perbelanjaan kira-kira AS$750 juta (RM2.25 bilion) menjelang September.

''Kongres tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan ini yang menulis satu cek kosong untuk melancarkan perang Libya,'' kata Kucinich yang mencadangkan satu resolusi dan akan didebatkan pada minggu depan, yang mengarahkan Obama mengundurkan semua tentera AS dari pertempuran itu,

Ahli perwakilan juga menyokong cadangan mengekalkan suspek keganasan di Teluk Guantanamo, Cuba di mana mereka akan didakwa oleh tribunal khas tentera dan menyekat mereka daripada dibicarakan di AS.

Pendekatan itu juga akan menyukarkan pentadbiran Obama untuk memindahkan 171 tahanan yang masih berada di pusat tahanan itu ke negara-negara ketiga. - AFP

SUMBER

Gencatan Senjata di YAMAN

SANAA 28 Mei - Satu gencatan senjata dilaksanakan antara kumpulan kabilah Yemen dengan pegawai keselamatan Presiden Ali Abdullah Saleh di Sanaa.

Pertempuran yang berlaku di ibu negara itu telah mengorbankan hampir 100 nyawa minggu ini sahaja dan mendesak rakyat untuk melakukan perang saudara.

“Kami kini menjadi pengantara dan berlaku gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak. Namun jika Ali Abdullah Saleh kembali bertempur, kami juga sudah bersedia,” Saddeq Al-ahmar. - Reuters

sumber

Friday, May 27, 2011

YAMAN Makin Huru-hara

 KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran  antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah  Sadeq.
KEPULAN asap dilihat di Sanaa selepas pertempuran antara puak bersenjata dengan polis berhampiran rumah Sadeq.

Perang saudara mungkin meletus

SANAA: Perang saudara mungkin meletus di Yaman selepas pertempuran besar berlaku antara puak bersenjata dengan Pengawal Republikan yang memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ditutup dan semua penerbangan dialihkan ke Aden di selatan negara itu, kelmarin.
Puak Arhab diketuai Abdul Majid Al-Zindani terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu. Majid dikategorikan sebagai penyumbang kewangan pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekatan dikenakan ke atasnya.

Akhbar Arab News turut melaporkan bahawa pertempuran turut meletus antara pasukan keselamatan dengan puak pembangkang yang setia kepada Sadeq Al-Ahmer sejak tiga hari lalu.

Saksi berkata, puluhan puak bersenjata itu terbunuh semalam dalam pertempuran dengan angkatan Pengawal Republikan yang terlatih di kawasan Al-Hasbah, berdekatan rumah Sadeq.

Kelmarin, penyokong Sadeq menawan bangunan Kementerian Perdagangan dan Pelancongan serta bangunan agensi berita kerajaan, Saba.

Beberapa ketua puak turut diserang ketika menguruskan gencatan senjata antara pasukan Sadeq dan kerajaan.
Pengawal Republikan bertindak menutup ibu negara itu dalam usaha menghalang puak bersenjata memasuki bandar itu.

Presiden Ali Abdullah Saleh berdepan desakan antarabangsa supaya berundur. Tetapi, pemimpin itu enggan bertolak ansur mahupun menerima sebarang tawaran.

“Kami akan berdepan dengan pihak menimbulkan kekacauan dengan apa saja cara,” katanya kepada wartawan asing. – Agens

sumber

BELGIUM Bakal Haramkan Burqa

BRUSSELS: Belgium bakal menjadi negara kedua di Eropah yang akan mengharamkan pemakaian burqa di tempat awam, selepas parlimen meluluskan undang-undang melarang warga negaranya menggunakan penutup muka secara penuh.
Undang-undang itu diluluskan Senat minggu lalu selepas menerima sokongan kebanyakan anggota Dewan Rakyat pada sidang April lalu dengan hanya seorang anggota dewan menentang dan dua berkecuali.
Undang-undang baru itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 10 hari selepas ia diwartakan dalam jurnal rasmi dalam tempoh sebulan. Perancis adalah negara Eropah pertama mengharamkan pemakaian burqa mulai 11 April lalu.

Undang-undang Belgium yang dirangka ahli parlimen, Daniel Bacquelaine, mengharamkan pakaian yang menyembunyikan muka.

“Ia adalah undang -undang yang mementingkan prinsip asas dan hak sama rata antara lelaki dan wanita. Jika kita mahu masyarakat yang terbuka, bahagian muka adalah penting untuk dilihat,” kata Bacquelaine.

Anggota parlimen mengundi kali pertama pada April 2010 tetapi ditangguhkan selepas kerajaan tumbang dalam pilihan raya dua bulan kemudian.
Dewan Senat mempunyai tempoh 15 hari untuk menyatakan tentangan terhadap kelulusan undang-undang itu tetapi ahlinya enggan berbuat demikian, lapor agensi berita Belga yang memetik anggota parlimen.

“Undang-undang itu pasti akan berkuat kuasa selepas ini,” kata agensi berita itu lagi.

Hanya beberapa ratus wanita di Belgium dipercayai memakai burqa yang menutup keseluruhan bahagian muka.

Mengikut undang-undang berkenaan, sesiapa yang ditahan menutup muka sebahagian atau sepenuhnya di tempat awam menyebabkan orang lain tidak dapat mengenali mereka, boleh didenda 15 hingga 20 euro (RM63 hingga RM105) atau dipenjara sehingga tujuh hari.

Pertubuhan hak asasi manusia termasuk Amnesty International mengkritik undang-undang itu atas alasan ia mencabul hak kepada kebebasan dan agama wanita terbabit. – AFP

sumber

PAKISTAN Nasihat Rakyatnya Waspada Ejen Mafia

KUALA LUMPUR 27 Mei - Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini hari ini, menasihatkan rakyatnya yang bercadang mencari pekerjaan di Malaysia agar berwaspada dengan ”ejen mafia” bagi mengelakkan diri daripada dieksploitasi.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Masood Khalid turut mengingatkan mereka agar menghubungi pihak berkuasa kedua-dua negara, selain melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan sebelum datang ke Malaysia.

"Bahagian Kebajikan Komuniti juga mengingatkan promoter luar negara Pakistan agar tidak melayan permintaan daripada mana-mana pihak di Malaysia yang tidak disokong Kementerian Luar, atau Kementerian Dalam Negeri Malaysia serta tidak melalui Suruhanjaya ini bagi mengelakkan eksploitasi pekerja oleh ejen atau majikan palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Buat masa ini terdapat kira-kira 39,000 rakyat Pakistan di Malaysia, meliputi 28,000 pekerja, 3,000 pelajar dan 8,000 ekspatriat.

Selain itu, seramai 171 rakyat Pakistan berada dalam tahanan di Malaysia atas pelbagai kesalahan berkaitan undang-undang imigresen. - Bernama

SUMBER

Tentera SAUDI Dilatih Tentera BRITAIN

Pemerintah Britain pernah mengatakan "sangat prihatin" mendengar laporan pelanggaran hak asasi manusia di Bahrain, di mana keluarga kerajaan negeri itu menggunakan pasukan Arab Saudi untuk menyingkirkan para penunjuk perasaan antipemerintah.

Kerajaan Saudi mengirimkan pasukannya untuk membantu Bahrain menghadapi aksi protes rakyatnya yang didominasi muslim Syiah, yang menuntut reformasi di Bahrain. Saudi yang sejak lama ketakutan akan meluasnya pengaruh Syiah di Timur Tengah, berusaha membantu penguasa Bahrain yang berlatar belakang Sunni agar tetap berkuasa.

Setelah menyatakan prihatin atas pelanggaran kemanusiaan yang dilakukan pemerintah Bahrain, Kementerian Pertahanan Inggris baru mengakui bahawa anggota pasukan Garda Nasional Saudi yang dikirim ke Bahrain, kemungkinan adalah pasukan yang pernah dilatih oleh Angkatan Bersenjata Britain di Saudi.

Selain itu, alih-alih mengecam Bahrain, Perdana Menteri Inggris David Cameron minggu lalu menerima kunjungan putera mahkota Bahrain di Downing Street, yang menuai kecaman dari organsiasi-organisasi hak asasi manusia internasional.

Britain selama ini merahasiakan pelatihan militer yang diberikannya pada pasukan Arab Saudi. Personel militer Britain juga memberikan masukkan serta melatih angkatan bersenjata Saudi dalam menghadapi aksi massa. Dalam surat jawapan tertulis yang disampaikan Menteri Angkatan Bersenjata Britain, Nick Harvey pada parlimen, disebutkan bahawa pemerintah tidak mengabaikan kemungkinan bahawa pasukan Saudi yang pernah dilatih Britain terlibat dalam operasi menyingkirkan para penunjuk perasaan di Bahrain. (ln/TheTelegraph)

sumber

PALESTIN - Israel Akui Gagal Kesan Shalit

Mantan ketua militer Israel mengakui bahawa rejim Israel telah gagal untuk mengambil tentera Israel Gilad Shalit yang ditahan Hamas kerana kurangnya kemampuan intelijen mengetahui kedudukannya.

"Saya telah gagal. Mesti diakui bahwa kita tidak mampu menggunakan kekuatan militer untuk membebaskan Shalit. Hamas menyembunyikan dia sedemikian rupa sehingga kita tidak dapat menemukan Shalit. Kami tidak tahu di mana dia berada," kata Gabi Ashkenazi dalam ucapannya di Universiti Bar-Ilan Tel Aviv.

Shalit ditangkap pada bulan Jun 2006 oleh pejuang Palestin setelah dia menyusup ke Jalur Gaza. Dia berada dalam tahanan Hamas sejak saat itu.

Mantan Ketua IDF tersebut mengatakan bahawa operasi militer tidak dapat membantu dalam mencari tentera Israel yang ditawan, Israel terpaksa membayar "harga yang sesuai" untuk pembebasannya, Reuters melaporkan pada hari Rabu lalu.

Hamas menuntut pembebasan sekitar 1.400 orang Palestin yang ditahan tanpa tuduhan di penjara-penjara Israel, sebagai pertukaran bagi tentera Israel.

sumber

Thursday, May 26, 2011

Hollywood Bakal Keluarkan Filem Tentang Osama

LOS ANGELES: Gergasi filem Amerika Syarikat Columbia Pictures memenangi hak pengedaran filem mengenai pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, yang bakal diarah pemenang Oscar, Kathryn Bigelow.

Bigelow dan penulis skrip yang juga bekas wartawan, Mark Boal, yang memenangi Oscar untuk filem skuad bom Iraq The Hurt Locker pada 2010, sudah memulakan projek mengenai penangkapan atau pembunuhan pengasas al-Qaeda itu, sebelum kematiannya 2 Mei lalu.
Ada laporan mereka sukar memutuskan langkah seterusnya selepas kematian Osama namun Amy Pascal dari syarikat induk Columbia, Sony Pictures Entertainment mengesahkan rancangan itu.

“Bigelow dan Boal sudah memulakan projek itu sejak 2008 dan mahu memasukkan insiden terbaru dalam filem itu,” menurut kenyataannya serta memberitahu ia akan memberi tumpuan kepada ‘misi operasi menangkap atau membunuh Osama.’– AFP

sumber

YAMAN - Syeikh Zindani Pimpin Pejuang

SANA’A (Arrahmah.com) – Pertempuran bersenjata di ibukota Yaman, San’a pada Rabu (25/5/2011) menyebar hingga ke lingkungan berhampiran lapangan terbang antarabangsaSana’a yang menyebabkan penutupan. Al Jazeera melaporkan semua pesawat yang tiba dialihkan ke selatan, di Aden.

Pertempuran sengit antara tentera yang setia kepada Presiden Saleh dan unit yang berpengaruh kepala klan Yaman, Syeikh Sadeq al-ahmar, meletus pada Isnin (23/5) setelah presiden Saleh sebelumnya kembali menolak menandatangani inisiatif damai dari monarki Arab untuk mengakhiri krisis politik internal di negara itu.

Puluhan orang dilaporkan terbunuh sepanjang konflik.

Pejuang klan Hashed, yang mendukung pembangkang, menyita beberapa pejabat pemerintah di ibukota dan masih mempertahankan mereka. Menurut pihak berkuasa, korban pertempuran menjacapai 17 orang dan 20 tentera dilaporkan masih hilang.

Pada Rabu (25/5) penduduk setempat ditarik dari ibukota yang melarikan diri dari pertempuran jalanan. Penembakan sporadis terus berlanjut sepanjang hari terakhir. Selain senjata kecil, dan RPG, senapang mesin berat juga digunakan dalam pertempuran.

Menurut beberapa laporan, anggota klan Arhab juga bergabung dalam pertempuran di lapangan terbang San’a. Mereka dipimpin oleh ulama terkenal di dunia Islam, Syeikh Abdul-Majid al-Zindani, penulis banyak karya ilmiah, yang dituduh Washington mendukung apa yang mereka sebut dengan terorisme.

SUMBER

6 Polis Terbunuh di Peshawar, PAKISTAN


PASUKAN keselamatan Pakistan memeriksa kawasan balai polis yang ranap dalam serangan bom berani mati militan Taliban di Peshawar, Pakistan, semalam. - AFP


PESHAWAR 25 Mei - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan sebuah balai polis ranap apabila seorang pengebom berani mati yang memandu trak dipenuhi bahan letupan merempuh bangunan balai polis tiga tingkat itu di barat laut Pakistan, hari ini.

Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut, serangan keempat oleh kumpulan militan itu bagi membalas dendam terhadap pembunuhan ketua al-Qaeda, Osama bin Laden oleh komando Amerika Syarikat (AS) di bandar garison Abbottabad, ke utara Islamabad pada 2 Mei lalu.

"Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk enam anggota polis dan seorang anggota tentera berpakaian awam terbunuh dalam serangan itu," kata ketua polis Peshawar, Liaqat Ali Khan.

Antara 10 hingga 15 orang selalunya berada di bangunan tiga tingkat tersebut pada waktu itu.

Polis berkata, 28 orang lagi termasuk sembilan anggota polis cedera dalam letupan yang berlaku pada kira-kira pukul 4.38 pagi (7.38 pagi waktu Malaysia) di satu zon tentera di Peshawar, bandar yang menjadi laluan ke kawasan kabilah Pakistan bersempadan dengan Afghanistan.

Bangunan yang ranap itu menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan terletak di kawasan Kantonmen Peshawar, hanya 150 meter dari Konsulat AS, yang didiami keluarga anggota tentera yang biasanya dikawal ketat.

Menurut polis, serangan itu dilancarkan menggunakan sebuah trak kecil membawa sekurang-kurangnya 200-250 kilogram bahan letupan dan kekuatan ledakan menyebabkan serpihan anggota badan manusia tercampak lebih 300 meter dari lokasi kejadian.

"Kami akan memperhebatkan serangan untuk membalas dendam terhadap kematian Osama bin Laden," kata jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehsan dari satu lokasi rahsia.

Katanya, serangan sedemikian akan diteruskan sehinggalah serangan pesawat tanpa juruterbang AS dan operasi tentera Pakistan di kawasan kabilah dihentikan.

Jumaat lalu juga di Peshawar, Taliban melancarkan serangan bom ke atas satu konvoi konsulat AS menggunakan alat kawalan jauh, menyebabkan seorang penduduk awam Pakistan terbunuh dan 11 lagi cedera dalam serangan pertama ke atas warga AS sejak pembunuhan Osama. - AFP

sumber