Thursday, June 30, 2011

SAUDI Tahan 5 Wanita Kerana Memandu Kereta

Sekurang-kurangnya lima wanita Saudi ditahan kerana dituduh menentang larangan memandu kereta di dalam kerajaan Arab yang ultrakonservatif, seorang aktivis mengatakan Rabu lalu (29/6).

Penahanan ini menandakan reaksi besar pertama yang dilakukan oleh pemerintah sejak kempen dilancarkan oleh para wanita Saudi hampir dua minggu lalu untuk menentang larangan memandu

Puluhan wanita melakuan aksi penentangan mereka dengan memandu sendiri melalui ibukota Riyadh dan kota-kota lainnya.

Aktivis HAM Saudi Eman al-Nafjan mengatakan kepada Associated Press bahawa polis menahan seorang wanita pada hari Selasa lalu saat memandu di Jeddah di pantai Laut Merah. Empat perempuan lain yang dituduh memandu kemudian ditahan di kota, al-Nafjan menambahkan bahawa belum ada informasi baru mengenai status para tahanan.

"Ini tampaknya adalah tekanan besar pertama dari pemerintah," kata al-Nafjan. "Kami tidak yakin apa erti semua ini dan apakah ini adalah awal dari tindakan keras yang dilakukan oleh pemerintah terhadap kempen menentang larangan memandu."

Arab Saudi tidak memiliki undang-undang tertulis yang melarang wanita memandu - pelarangan berdasarkan dari fatwa agama yang diputuskan oleh ulama besar (Salafi Wahhabi).(fq/ap)

sumber


MESIR - Rakyat Bantah Konsert Shakira

KAHERAH: Sekumpulan penduduk Mesir melancarkan kempen melalui internet bagi menghalang penyanyi kelahiran Colombia, Shakira, daripada memasuki negara itu dan membatalkan konsertnya di Kaherah pada November, sebagai reaksi balas berikutan kunjungannya ke Israel seminggu lalu.
Sebilangan besar peminatnya di negara itu mengecam kunjungan Shakira ke Israel dan melawat kanak-kanak Yahudi di sebuah sekolah di Baitulmaqdis, tetapi tidak mempedulikan kanak-kanak Palestin yang menderita akibat penjajahan rejim Zionis.
Shakira juga ditegur berikutan lawatannya, kerana dia mempunyai darah kacukan Lubnan, sedangkan wujud permusuhan yang kuat di antara Lubnan dan Israel.

Laman web yang dihasilkan bagi kempen itu menyatakan serangan tidak ditujukan kepada Shakira sebagai seorang individu, sebaliknya bagi menunjukkan penolakan keras terhadap apa juga bentuk hubungan dengan Israel.

“Konsert Shakira tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada Mesir, sebaliknya adalah lebih baik jika dia tidak mengadakan konsert itu,” kata seorang anggota penganjur kempen.

Penganjur kempen turut melahirkan kemarahan berikutan kesediaan Shakira menerima undangan daripada Presiden Israel Shimon Peres dan kenyataannya untuk membuka ‘lembaran baru’ dengan penduduk Israel.
“Kenyataan Shakira adalah mengejutkan dan kami menuntut agar dia diharamkan daripada memasuki Mesir untuk selama-lamanya,” kata anggota kumpulan penganjur itu.

Shakira melawat Israel bersama teman lelakinya, bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique dan menginap di sebuah hotel di Baitulmaqdis. – Agensi

MESIR - Medan Tahrir Bermandi Darah Lagi

KAHERAH: Pertempuran berdarah berlaku di antara penunjuk perasaan dan polis antirusuhan Medan Tahrir di sini, berikutan kehampaan memuncak berhubung kelewatan pemerintah tentera memperkenalkan pembaharuan yang dijanjikan.

“Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di depan Kementerian Dalam Negeri di tengah-tengah Kaherah, membakar tayar dan membaling batu ke arah polis,” kata pegawai keselamatan.
Saksi berkata, kira-kira 80 cedera dalam pertempuran itu antara perhimpunan paling ganas dilihat sejak bantahan rakyat yang menggulingkan presiden kuku besi, Hosni Mubarak, Februari lalu.
Kementerian Kesihatan pula melaporkan sehingga 590 orang cedera dalam pertempuran itu dan 75 pula dimasukkan ke hospital.

Kumpulan 6 April yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan berkenaan mendesak agar rakyat Mesir menuju ke Medan Tahrir pada 8 Julai bagi mempercepatkan pembaharuan ke arah demokrasi. – AFP

sumber

AFGHANISTAN - 90 Tentera Penjajah Maut Diserang


KABUL (Arrahmah.com) – Pegawai tinggi Mujahidin mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai operasi syahid yang dilancarkan oleh Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) di sebuah hotel mewah di pinggiran kota Kabul, Hotel Intercontinental pada Selasa (28/6/2011) lalu.

Dalam operasi yang mendapat kejayaan tersebut sejumlah pegawai tinggi dan penasihat militer dari kalangan tentera salib serta puluhan pegawai tinggi militer rejim boneka telah terbunuh.

Operasi yang sangat terancang dan dilancarkan pada malam hari sekitar pukul 22.00 waktu setempat, dilakukan oleh 8 Mujahid berani IIA, iaitu Omar, penduduk provinsi Kunar, Karimullah dari provinsi Zabul, anas dari provinsi Logar, Qari Roohullah dari Wardag, Qaru Fakhrudin dan Musal Rahmanullah dari provinsi Khost, Qari Sadiq dari provinsi Kunduz dan Ahmad dari provinsi Paktia yang setelah membersihkan seluruh hambatan keamanan, mengambil posisi di dalam bangunan dan melepaskan tembakan pada sasaran yang tepat.

sumber

SAUDI Ampunkan 325 Warga INDONESIA

RIYADH 29 Jun - Kira-kira 325 banduan Indonesia termasuk pembantu rumah diberi pengampunan diraja oleh kerajaan Arab Saudi, kata seorang pegawai Indonesia di Riyadh semalam.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa siri rundingan antara Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dengan Duta Arab Saudi ke Indonesia, M. Amen Al-Khayyat di Jakarta.

"Senarai nama rakyat Indonesia yang diberi pengampunan itu telah dihantar kepada Indonesia oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi.

"Ia melibatkan banduan yang melakukan kesalahan ringan serta yang berkaitan serangan seksual," kata pegawai di Bahagian Perlindungan Warganegara Kedutaan Indonesia, Hendrar Pramutyo.

Katanya, Susilo juga telah merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama Arab Saudi itu.

Jelas Pramutyo, kebanyakan yang diberi pengampunan adalah banduan yang sedang menjalani hukuman di 13 penjara seluruh negara dengan sebahagian daripadanya telah dipenjara dua hingga lima tahun.

Katanya, 325 banduan itu dipilih daripada 1,719 pendatang Indonesia ke Arab Saudi termasuk yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Ditanya tentang butiran pertemuan antara Susilo dengan Al-Khayyat semalam, Pramutyo berkata, beliau tidak tahu tentang perkara yang dibincangkan, namun beliau mengesahkan pertemuan di Istana Presiden itu.

Pertemuan tersebut dibuat berikutan kes hukuman pancung yang dikenakan Arab Saudi ke atas seorang amah Indonesia di negara itu, Ruyati binti Satubi kerana membunuh isteri majikannya.

Berikutan kes itu, Indonesia giat menyelamatkan rakyatnya yang dijatuhi hukuman sama di Arab Saudi dan berjaya menyelamatkan seorang lagi amahnya, Darsem binti Dawud dengan membayar 2 juta riyal (RM1.6 juta) wang pampasan kepada Arab Saudi. - Agensi

sumber

Flotilla Tidak Bawa Senjata ke PALESTIN


Seorang aktivis memegang poster 'Biarkan Kami Belayar ke Gaza' semasa sidang akhbar pengumuman persediaan 'Flotila Pembebasan II' oleh aktivis antarabangsa ke Gaza dari Greece, di Athens pada 27 Jun lalu. - REUTERS


ATHENS 29 Jun - Penganjur flotila ke Genting Gaza semalam menyelar dakwaan Israel yang menyatakan mereka membawa bahan berbahaya yang akan digunakan untuk menyerang tentera rejim Zionis sekiranya ia cuba menghentikan pelayaran mencabar sekatan Israel di perairan antarabangsa.

Aktivis Huwaida Arraf dari pergerakan Bebaskan Gaza berkata, dakwaan itu 'sama sekali mengarut' dan flotila tersebut 'bukanlah bermaksud menimbulkan keganasan'.

Beliau memberitahu agensi berita dpa, semua penumpang dan aktivis yang menyertai konvoi itu juga telah menandatangani satu perjanjian sebagai jaminan tidak melakukan keganasan.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Avital Leibovich semalam mendakwa, pihaknya menerima maklumat menyatakan flotila itu membawa baja sulfur.

Dakwanya, baja sulfur itu akan dilemparkan ke arah tentera rejim Yahudi ketika mereka cuba menghalang konvoi tersebut daripada sampai ke Genting Gaza.

Israel kelmarin berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalang flotila 10 kapal tersebut daripada mencabar sekatan ke atas Genting Gaza, dengan janji kononnya tidak akan melibatkan sebarang pertumpahan darah seperti tahun lalu.

Beratus-ratus aktivis pro Palestin dari Greece, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain bakal menyertai konvoi 10 kapal termasuk dua kapal kargo dengan muatan hampir 3,000 tan bekalan bantuan bagi pelayaran merentasi Laut Mediterranean ke Genting Gaza.

Masih belum jelas bilakah kapal-kapal itu akan memulakan pelayaran dari pelabuhan Piraeus di Greece.

Aktivis Skandinavia yang mahu menyertai flotila antarabangsa ke Genting Gaza itu kelmarin berkata, kipas kapal mereka telah disabotaj oleh orang yang tidak bertanggungjawab semasa berlabuh di sebuah pelabuhan di Greece.

Kata aktivis Sweden, tali kipas kapal 'Juliano' dikerat di pelabuhan Piraeus dan kerja membaiki kerosakan itu akan mengambil masa beberapa hari. - dpa

sumber

YAMAN - 48 Maut Dalam Pertempuran

ADEN, Yemen 30 Jun – Kira-kira 48 orang terbunuh termasuk 30 anggota tentera dan empat penduduk awam dalam satu pertempuran sengit dengan kumpulan militan rangkaian al-Qaeda di selatan Yemen, semalam.

Pertempuran itu berlaku di sekitar stadium Al-Wahda di pinggir bandar Zinjibar yang dikuasai golongan Islamis sejak sebulan lalu.

Menurut sumber, insiden keganasan itu tercetus apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang stadium berkenaan ketika pasukan tentera dari Briged Jentera ke-25 ditempatkan.

“Seramai 30 tentera dan 14 anggota militan terbunuh dalam pertempuran tersebut,” kata sumber ketenteraan. – AFP

sumber

Isu PALESTIN - MALAYSIA Bantah AS

Parlimen Malaysia membantah kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton baru-baru ini yang menyifatkan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai tidak berfaedah dan provokatif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kenyataan tersebut dilihat memberi lampu hijau kepada Israel untuk terus menindas rakyat Gaza dan akan menyukarkan misi bantuan untuk sampai ke kawasan bergolak itu.

"Saya sebagai mewakili Kesatuan Antara Parlimen (IPU) Malaysia, kita tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat walaupun kita ada hubungan baik (dengan negara itu) dalam hal kezaliman terhadap Palestin oleh Israel kita tetap tidak setuju.

"Ini merupakan usaha kemanusiaan, yang kita perlu beri bantuan dan sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu, Mohamed Nazri menerima memorandum yang mengandungi empat resolusi untuk diusulkan ke Kesatuan Antara Parlimen, dari "Life Line for Gaza" yang disampaikan oleh wakil badan bukan kerajaan itu Muhammad Ridhwan Sulaiman.

Resolusi tersebut termasuk mengemukakan bantahan terhadap kenyataan Hillary yang membidas misi flotilla kemanusiaan ke Gaza dan mendesak Israel untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap delegasi Freedom Flotilla 2 yang akan belayar ke Gaza.

Resolusi lain ialah menggesa rejim Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan membenarkan misi kemanusiaan freedom flotilla untuk masuk ke Gaza.

Mohamed Nazri berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota IPU Malaysia bagi mengenalpasti prosedur tertentu sebelum membawa memorandum tersebut ke IPU yang akan bersidang pada awal Oktober depan di Berne, Switzerland.

"Selaku Presiden IPU Malaysian Chapter saya menerima memorandum ini dan juga atas kesedaran betapa pentingnya usaha yang dilakukan oleh NGO-NGO ke arah membantu rakyat tidak berdosa di Gaza yang berhak mendapat bantuan yang diberikan masyarakat dunia," katanya.

sumber

Pelekat Palsu Sabotaj Himpunan BERSIH

PAS mendakwa, pelekat palsu sedang dicetak dalam "kuantiti yang besar di seluruh negara" untuk mensabotaj perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

walkout suhakam 120606 salahuddin ayobNaib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, parti itu menerima
maklumat bahawa pelekat tersebut sedang dicetak dalam kuantiti besar di Johor dan juga, dipercayainya di seluruh Malaysia.

"Kami percaya pelekat itu akan diedarkan kepada rakyat," katanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pelekat palsu itu, kata Salahuddin, sedang dicetak dengan perkataan "Bersama Kita tumbangkan kerajaan sekarang. Buktikan kita mampu seperti Libya."

(Kerajaan Libya pimpinan Muammar Gaddafi masih berkuasa di negara itu).

Salahuddin berkata, ia adalah satu rancangan yang teliti dan teratur untuk mensabotaj BERSIH.

Menurutnya, PAS sedang berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis apabila ia memperolehi sekurang-kurangnya satu pelekat palsu tersebut.

"Saya rasa, mereka ingin menyamakan kita (BERSIH) dengan apa yang berlaku di Timur Tengah," kata ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.

sumber

Wardina Belum Tahu Status Kontraknya dengan TV3

Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.

"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.

NONEDifahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Persoalan itu dimuatkan dalam beberapa laman blog pro-BN, antaranya melalui anwaraidc.com dalam tulisan bertajuk 'Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar.'

Tulisan yang disiarkan pada Isnin itu antara lainnya menyebut, Wardina sebelum ini telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Beliau turut ditanya mengapakah sesetengah pihak mempertikai kehadirannya di program berkenaan, semata-mata kerana beliau berkhidmat dengan stesen milik kumpulan Media Prima itu.

Dengan pantas Wardina menjawab, itulah juga soalan yang ingin dikemukakannya.

"Saya sebelum ini pernah berjumpa (menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka (penulis blog) timbulkan isu besar juga mengenai itu. Tapi kemudiannya (isu berkenaan) surut.

"Mereka faham tujuan saya berada di sana (berjumpa Nik Abdul Aziz), tiada cakap-cakap politik (berlaku)," katanya yang berharap isu yang kini panas diperkatakan itu akan kembali sejuk.

Wardina yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang apolitikal berkata, beliau turut menjadi sasaran mudah untuk dilabelkan sebagai pro-Pakatan kerana secara umumnya masyarakat Malaysia amat suka meletakkan label kepada seseorang.

"Kita juga menekan mereka jika mereka tidak bersetuju dengan kita, tapi semua orang ada hak untuk hidup di negara ini.

"Saya cuma ingin menghulurkan tangan dan menghubungkan jurang ini. Ianya OK jika kita ada perbezaan pendapat, ianya satu perkara yang baik.

"Tapi ianya menjadi isu yang sangat serius, dengan menakutkan mereka, tidak membenarkan mereka bercakap dengan orang lain, ramai rakyat yang akan ketinggalan," katanya lagi yang turut meminta maaf sekiranya kehadirannya di majlis berkenaan menimbulkan kekeliruan kepada stesen TV berkenaan.

Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.

sumber

Wednesday, June 29, 2011

Manusia Bakal Termui Makhluk Asing?

LONDON: Manusia akan menemui makhluk asing 20 tahun lagi. kata pakar astronomi terkemuka Russia, Andrei Finkelstein, kelmarin.

“Kehidupan wujud di planet lain dan kita akan menemuinya dalam tempoh 20 tahun," kata Finkelstein yang juga Pengarah Akademi Russia Sains Gunaan Institut Astronomi Bersekutu yang dipetik agensi berita Interfax.
Bercakap dalam forum antarabangsa mengenai pencarian kehidupan makhluk asing, Finkelstein berkata 10 peratus planet yang diketahui mengelilingi matahari dalam galaksi, menyerupai Bumi.
“Jika air boleh ditemui di sana, begitu juga kehidupan,” katanya yang percaya makhluk asing mungkin seperti manusia dengan dua tangan, dua kaki dan kepala.
“Mereka mungkin mempunyai warna kulit berlainan, tetapi kita juga seperti itu,” katanya.

Institut Finkelstein menjalankan program yang dilancarkan pada 1960 an ketika kemuncak perang dingin, mengejar untuk melihat dan menyalur keluar isyarat radio ke ruang angkasa lepas.

“Sepanjang masa kita mencari tamadun makhluk asing, kita menunggu mesej dari angkasa lepas dan bukan sebaliknya,” katanya. – Agensi

sumber

BELANDA Haramkan Sembelihan Cara Islam

AMSTERDAM 29 Jun - Parlimen Belanda telah mengundi bersetuju untuk mengharamkan penyembelihan haiwan hari ini, langkah yang ditentang kuat oleh orang Islam dan Yahudi negara itu.

Rang undang-undang yang dikemukakan oleh Parti Hak Asasi Haiwan, parti sedemikian yang pertama di Eropah memenangi kerusi dalam Parlimen, menyatakan mereka perlu memastikan haiwan itu tidak sedar diri sebelum disembelih, berbeza dengan cara Islam dan Yahudi yang memerlukan haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Menurut ketua Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme, cara penyembelihan itu memberi kesakitan yang tidak patut kepada haiwan dan ia perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama. - Reuters

sumber

Tuesday, June 28, 2011

PALESTIN - Mossad Sabotaj Kapal Flotilla



Athena – PIP: Sejumlah orang tak dikenal diSYAKI punya hubungan dengan dinas intelijen Zionis Mossad, Senin (27/6) merosakkan salah satu kapal milik Flotilla2 di salah satu pelabuhan Greece, sebelum kapal ini bertolak ke Gaza.

Romi Abduh, anggota Eropa Campaign dalam sidang medianya semalam mengatakan, beberapa orang tak dikenal merosakkan mesin penggerak salah satu kapal yang akan digunakan Flotilla 2 menuju Gaza. Namun pasukan juruteknik sudah bergerak untuk mengadakan perbaikan pada mesin tersebut dan diperkirakan memerlukan dua hari.

Dengan kejadian ini, Abduh mengecam tindakan provokativ Zionis yang semakin represif terhadap Flotilla. Ia menegaskan, anggota Flotilla akan tetap berangkat menuju Gaza walau rintangan apapun yang menghadang. Ia minta masyarakat antarabangsa untuk bersikap menanggapi pembajakan yang dilakukan Zionis akhir-akhir ini.

sumber

PALESTIN - Aktivis Flotilla Diajar Hadapi Tentera Zionis

KUMPULAN aktivis Afrika Selatan melambai ke arah orang ramai yang melancarkan perjalanan ke Gaza menggunakan jalan darat.
KUMPULAN aktivis Afrika Selatan melambai ke arah orang ramai yang melancarkan perjalanan ke Gaza menggunakan jalan darat.
Sukarelawan ke Gaza diminta tidak serang tentera, elak terjun laut

ATHENS: Tidak berada dalam kabin adalah langkah yang perlu diambil jika diserbu tentera Israel ketika berlayar dengan kapal Kanada, Tahrir yang mengambil bahagian dalam flotila bantuan ke Gaza.
Itu adalah antara taklimat yang diberi kepada aktivis Kanada yang menyertai flotila kedua ke Gaza.
Laporan akhbar Haaretz, berdasarkan pengalaman serbuan bot Gaza yang berbeza dengan Mavi Marmara, aktivis dinasihat berada di atas dek, penumpang akan terdedah kepada keganasan fizikal beberapa minit daripada tentera yang dirasakan seperti berjam-jam.

“Berdasarkan pengalaman, tentera akan menuju ke kabin kapten, memijak kepala. Anda tidak perlu bergerak kerana mereka akan lihat anda sebagai penyerang.

“Komander mengetahui yang kita tidak bersenjata. Tetapi, tentera diberitahu sebaliknya,” katanya kepada bakal penumpang flotila ke Gaza itu.

Aktivis perlu membuat ikrar bertulis untuk mengelak keganasan dan semua peserta perlu menandatanganinya.
Peraturan itu termasuk tidak memulakan sentuhan fizikal dengan askar, tidak terjun ke laut, tidak membaling objek ke arah tentera, tidak memulakan kebakaran, tidak menggunakan alat pemadam kebakaran melawan askar, tidak mempamerkan objek yang boleh dianggap sebagai senjata seperti kamera dan sebagainya.

Orang paling tua yang bercadang berlayar dengan kapal Kanada itu ialah wanita Amerika berusia 77 tahun. Malah, ada juga wanita dan lelaki berusia lebih 70 tahun. Sembilan lagi penumpang berusia 60-an dan kebanyakannya antara 40 hingga 60 tahun.

“Saya terpanggil dengan keadaan di Gaza dan komuniti antarabangsa yang berdiam diri terhadap sekatan berterusan,” kata Lyn Adamson.

“Oleh kerana tiada langkah efektif daripada masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel dan Mesir untuk mengubah dasar, kami pada peringkat akar umbi perlu ambil tindakan,” kata Adamson, 59, anggota pergerakan Quaker dari Toronto.

Aktivis turut dinasihat berada di dek kapal kerana gas pemedih mata lebih cepat hilang. – Agensi

sumber

Ihwanul Muslimin Berpecah

KAHERAH: Beberapa anggota pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin keluar daripada kumpulan itu bagi membentuk parti politik baru dinamakan al-Riyada, langkah melemahkan pertubuhan itu yang dianggap berpeluang besar untuk menang dalam pilihan raya umum, September depan.
Langkah itu diketuai anggota ‘pembaharuan’ Ikhwan yang mengumumkan kelmarin mengenai pembentukan parti berkenaan yang bermaksud ‘Pengasas.’
Parti baru itu memandang Islam sebagai asas budaya Mesir tetapi bukan politiknya, kata Khaled Dawoud, pemimpin al-Riyada.

“Islam adalah budaya Mesir, mengapa kita perlu menjelaskannya?” kata Khaled.
Ini berbeza dengan Ikhwan yang menggunakan slogan ‘Islam adalah penyelesaian’ serta menetapkan Syariah sebagai asas masyarakat.

Bagaimanapun, Khaled mengkritik Ikhwan kerana tidak memisahkan dengan jelas misi mereka sebagai pertubuhan pendakwah serentak dengan parti politik.
Beliau juga mengkiritik apa yang dianggap sebagai amalan tidak demokratik dalam kumpulan berkenaan.

“Bagaimanakah kamu boleh namakan seseorang ke jawatan pemimpin parti sebelum pilihan raya dalaman diadakan,” katanya yang merujuk kepada pemimpin Ikhwan.

Khaled asalnya menyertai Ikhwan sejak 1970-an sebagai sebagai sebahagian generasi muda gerakan itu yang sudah lemah ditindas Presiden Gamal Abdel Nasser yang menghantar beribu-ribu anggotanya ke penjara dan menghukum bunuh pemimpin utamanya.

Seorang lagi anggota kanan Ikhwan, Abdel-Moneim Abul-Fottouh, mengumumkan rancangannya bertanding dalam pilihan raya itu, mencabul keputusan awal untuk tidak menghantar calon.

Abdel Moneim dipecat kerana langkahnya itu mencabul undang-undang Ikhwan. Beliau dianggap pemimpin paling sederhana Ikhwan.

Dalam kebanyakan kes, beliau mentafsirkan tudung bukan cara berpakaian Islam tetapi pakaian tradisi seperti sari dalam budaya India serta lebih menunjukkan identiti penduduk daripada tanggungjawab agama.

Pakar Mesir, Hossam Tamam, menganggap perpecahan Ikhwan hanya melemahkannya.
“Al-Riyada satu perkembangan penting. Mereka adalah golongan pembaharuan yang sudah lama dipinggirkan. Buat kali pertama, kita lihat satu kumpulan yang tidak mengaitkan diri mereka dengan Syariah,” katanya. – AP

libya - 100 Hari Serangan NATO


WANITA Libya yang juga penyokong Muammar Gaddafi memakai pakaian tentera dan senjata api semasa menghadiri forum wanita di Tripoli, Sabtu lalu. - AFP


BENGHAZI 27 Jun - Operasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya yang masuk hari ke-100 hari ini menyaksikan serangan udara semakin reda di bandar-bandar yang dikuasai pemberontak, namun pemimpinnya, Muammar Gaddafi masih kekal berkuasa.

Tiga bulan selepas jet-jet pejuang Perancis melancarkan misi pertamanya di timur negara ini, NATO masih terus melancarkan bedilan di seluruh Libya dalam satu peperangan melibatkan banyak pihak, namun tidak menyaksikan kemenangan yang jelas kepada sesiapa.

Ketika 'Operasi Penyatuan Pelindung' mendekati angka 5,000 serangan udara, NATO masih melancarkan kira-kira 50 serangan sehari kebanyakannya di Tripoli dan Misrata di barat Libya; Brega di timur negara; serta Pergunungan Nafusa di selatan ibu negara.

Namun, kejayaan awal tentera bersekutu dalam mendesak pengunduran tentera Gaddafi dari Benghazi dan Misrata nampaknya tidak memberikan kelebihan kepada pemberontak.

Ia sebaliknya diselubungi satu kebuntuan dengan pemberontak diminta terus mengukuhkan kedudukan di Misrata dan Ajdabiyah berhampiran Brega, walaupun bedilan roket atau mortar sering dilancarkan sehingga mengakibatkan kematian.

"Situasi hari ini agak tenang. Tentera kami masih berada di kedudukan masing-masing," kata pemberontak, Musa Maghrebi di Ajdabiyah semalam.

Di pergunungan Nafusa, pemberontak dilapor terus mara ke Tripoli.

Di sebalik 'kejayaan' NATO yang masih samar-samar dalam melemahkan tentera Gaddafi, kebanyakan rakyat Libya di bahagian timur negara terus yakin dengan misi tentera bersekutu.

Perkara itu dinyatakan Musa Mbarak Al-Okaili, 46, yang percaya NATO telah menghalang pembunuhan beramai-ramai di Libya walaupun abangnya, Mohammed maut 100 hari lalu selepas jet pejuang MiG-23 dipandunya ditembak jatuh tentera Gaddafi semasa satu pertempuran di Benghazi.

"Mereka membantu kami. Tanpa bantuan NATO, tentera Gaddafi mungkin telah menguasai Benghazi," katanya. - AFP

sumber

PALESTIN - Israel Akan Bertindak Terhadap Wartawan Flotilla

BAITULMAQDIS 27 Jun – Israel memberi amaran kepada wartawan asing yang ditangkap di dalam flotila kapal bantuan menuju ke Genting Gaza bahawa mereka akan diusir dan diharamkan memasuki negara itu selama 10 tahun.

Tindakan rejim Zionis itu boleh memburukkan lagi hubungan antara Israel dengan media antarabangsa.

Wartawan berkata, mereka patut dibenarkan membuat liputan mengenai kejadian yang wajar dilaporkan tetapi rejim Yahudi mendakwa, dengan menyertai flotila itu petugas media bersubahat dalam percubaan untuk melanggar sekatan tentera laut Israel ke atas Gaza, wilayah yang diperintah oleh Hamas.

Amaran Israel itu menggambarkan kebimbangannya terhadap flotila antarabangsa yang dirancang belayar semula ke Gaza tidak lama lagi, setahun lebih selepas misi serupa berakhir dengan pembunuhan sembilan aktivis Turki dalam pertempuran dengan komando tentera laut Israel yang memintas mereka.

Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Oren Helman dalam suratnya kepada wartawan asing semalam menyifatkan flotila itu sebagai ‘provokasi berbahaya yang dianjurkan oleh anasir pelampau Barat dan Islam untuk membantu Hamas’.

Helman memberi amaran kepada wartawan bahawa dengan menyertai flotila itu, mereka ‘sengaja melanggar undang-undang Israel dan boleh diharamkan daripada memasuki Israel selama 10 tahun, dirampas peralatan mereka selain dikenakan sekatan tambahan’.

Persatuan Media Asing (FPA) yang mewakili ratusan wartawan yang bertugas untuk pertubuhan berita antarabangsa di Israel dan wilayah Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menggesa arahan tersebut dibatalkan.

“Ugutan kerajaan untuk menghukum wartawan yang membuat liputan mengenai flotila ke Gaza memberi mesej menakutkan kepada media antarabangsa dan menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen Israel terhadap kebebasan akhbar,” menurut FPA dalam satu kenyataan. – Agensi

sumber

PALESTIN - Flotilla ke Gaza Khamis Ini

ATHENS 28 Jun – Aktivis pro-Palestin dari 22 negara merancang untuk memulakan pelayaran flotila antarabangsa ke Gaza dari perairan Creta pada Khamis atau Jumaat ini.

Menurut seorang daripada penganjur di Greece, Vaguelis Pissias, sembilan atau 10 kapal akan bertemu di Teluk Libya pada Khamis atau Jumaat ini.

“Kami berharap pihak berkuasa Greece tidak menghalang kami daripada berlayar walaupun menerima tekanan daripada Israel dan beberapa negara lain,” katanya. – AFP

sumber

RM17 Juta Biayai Kos Lawatan PM dan Isteri

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

azlanJawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan
rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.

Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.

Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.

sumber

Monday, June 27, 2011

IRAQ - Bom Berani Mati, 12 Cedera

BAGHDAD 27 Jun – Sekurang-kurangnya 12 cedera apabila seorang pengebom berani mati yang berkerusi roda meletupkan dirinya di sebuah balai polis di pinggir utara Baghdad, semalam.

Major Jeneral Qassim al-Moussawi berkata, kejadian berlaku di pejabat ketua polis di Tarmiya, 25 kilometer utara Baghdad.

“Jumlah kecederaan mungkin akan meningkat dan 12 yang cedera itu termasuk sembilan anggota polis,” katanya. – Reuters

sumber

Hamas : Hanya Tukaran Tahanan Dapat Bebaskan Shalit

Hamas menegaskan bahaw aaskar Israel Gilad Shalit yang ditangkap pejuang Palestin hanya akan dibebaskan dalam kesepakatan pertukaran tahanan, selain menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertanggung jawab atas kegagalan pertukaran tawanan yang sepatutnya dilakukan.

Pernyataan itu muncul pada saat beberapa demo berlangsung di selatan Israel dari wilayah pendudukan 1948 Palestin, untuk menandai lima tahun sejak penangkapan Shalit dan bersamaan dengan ancaman Netanyahu untuk mempersulit kondisi warga Palestin yang ditahan di penjara-penjara Israel.

Dalam pernyataan yang disiarkan Sabtu lalu (25/6), Hamas meminta organisasi hak asasi manusia untuk segera memobilisasi tindakan dalam melindungi para tahanan Palestin yang berada di dalam tahanan Israel dan melakukan tekanan terhadap pemerintah pendudukan untuk membebaskan mereka segera.

sumber

MESIR - Lagi Parti Baru oleh Ahli Ikhwan

Beberapa anggota jemaah Ikhwanul Muslimin Mesir, termasuk tokoh senior terkemuka, memutuskan untuk membentuk parti politik baru hari Ahad (26/6), yang langkah ini semakin memperlihatkan retakan lebih lanjut dalam kelompok Islam yang paling berpengaruh yang diharapkan menjadi pesaing paling tangguh dalam pilihanraya Mesir akan datang.

Ikhwanul Muslimin adalah kelompok pembangkang yang paling kuat dan terurus baik sebelum Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu dalam pemberontakan rakyat. Ikhwan diperkirakan akan menang besar dalam pemilihan parlimen yang ditetapkan berlangsung pada bulan September.

Tapi gerakan ini juga menghadapi tantangan baru pasca-revolusioner Mesir, dimana keterbukaan politik menjadi banyaknya perbezaan dalam kelompok Islam ini. Beberapa faksi - paling akhir beberapa anggota muda Ikhwan - telah memisahkan diri untuk membentuk parta baru yang akan menjadi saingan bagi Partai Kebebasan dan Keadilan, sayap politik reami Ikhwan.

Ikhwan sendiri cukup khuatir dengan maraknya gerakan-gerakan sempalan dan telah mengancam akan mengusir anggota yang bergabung dengan parti lain diluar bentukan Ikhwan dan telah memecat keluar seorang anggota terkemuka Ikhwan yang memutuskan untuk mencalonkan diri sebagai calon presiden Mesir.

Parti pecahan terbaru yang dipelopori oleh beberapa anggota yang disebut kem reformsi Ikhwan, diumumkan Minggu kemarin (26/6) di mana mereka membentuk sebuah blok terpisah yang disebut al-Riyada, Arab untuk Pionir.

Pandangan parti baru ini menganggap Islam sebagai dasar kebudayaan Mesir, tapi tidak dalam politiknya, kata Khalid Dawud, seorang tokoh senior Ikhwan yang sekarang menjadi hujung tombak al-Riyada. "Budaya Mesir adalah Islam, mengapa kita perlu bersusah payah?" kata Dawud kepada The Associated Press.

Ikhwan sendiri sebaliknya, berbaris di bawah bendera "Islam adalah solusi" dan memandang Syariah Islam dilihat sebagai dasar dari masyarakat.

Dawud mengkritik Ikhwan kerana tidak membuat pemisahan yang jelas antara misi jemaah sebagai organisasi dakwah Islam dan parti politik. Dia juga mengkritik apa yang disebut praktik tidak demokratik dalam jamaah.

"Bagaimana anda menunjuk nama pemimpin parti sebelum Anda melakukan pemilihan internal?" tanyanya, merujuk pada penunjukkan kepemimpinan parti.

Dawud awalnya bergabung dengan Ikhwan pada 1970-an sebagai sebahagian dari generasi muda Islam pada saat kelompok itu sangat lemah oleh tindakan keras pemerintah di bawah Presiden Gamal Abdel Nasser, yang mengirim ribuan anggota Ikhwan ke penjara dan mengeksekusi pemimpin puncaknya.

Seorang anggota terkemuka Ikhwan, Abdul-Munim Abul-Futtuh, telah mengumumkan rancangannya untuk mencalonkan diri untuk pemilihan presiden mendatang, melanggar keputusan Ikhwan yang tidak mencalonkan capres. Abul-Futuh sendiri telah dipecat kerana melanggar aturan jemaah.

Abul-Futtuh dianggap merupakan wajah yang paling moderat dari Ikhwan. Dalam banyak tulisannya, ia telah menyatakan bahawa purdah tidak sebagai pakaian Islami melainkan pakaian tradisional seperti Sari di India, lebih dari identiti nasional dari kewajiban agama. Dia juga mendukung hak-hak kelompok apapun di Mesir bahkan ateis.(fq/ap)

sumber

Israel Ancam Penjara Aktivis Flotilla

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Israel memberi amaran kepada aktivis antarabangsa rancangan mereka memecah sekatan Gaza akhir bulan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.
Satu laporan mendedahkan, rejim Zionis sudah menyiapkan penjara untuk aktivis terbabit selain memberi kata dua kepada media wartawan yang menyertai flotila kedua ke Gaza tidak akan dibenarkan masuk ke negara Yahudi itu selama bertahun-tahun.
“Kumpulan yang cuba memecahkan sekatan laut ke atas Gaza adalah tidak bertanggungjawab dan melakukan provokasi yang boleh memberi risiko keselamatan kepada pesertanya,” kata kenyataan jurucakap Jabatan Negara Amerika, Victoria Nuland.

“Kami ingin menekankan, penghantaran atau cubaan bersubahat untuk menghantar bahan sokongan atau sumber lain untuk pertubuhan pengganas asing seperti Hamas, boleh dianggap melanggar undang-undang sivil dan jenayah yang boleh dihukum denda dan penjara,” kata Nuland.

Akhbar Israel, Haaretz pula mendedahkan tentera Israel mengadakan latihan besar-besaran membabitkan komando khas dan anggota penembak tepat sebagai persediaan memintas flotila berkenaan.

Kenyataan beliau disifatkan ugutan ke atas aktivis oleh kerajaan Amerika, satu tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah membabitkan penghantaran bantuan kepada penduduk ditakluki di wilayah terbabit.
Flotila kedua disertai 10 kapal yang membawa 1,000 aktivis daripada 20 negara termasuk Amerika. Palestin berkata sekatan laut Israel adalah tidak sah dan ia menjejaskan pembangunan ekonomi Gaza.

Nuland pula berkata, Amerika prihatin mengenai keadaan di Gaza, tetapi mendakwa keadaan semakin baik sejak tahun lalu, apabila lebih banyak jenis barangan dibenar dibawa masuk ke wilayah itu.

Beliau berkata, rampasan senjata selain serangan roket dan mortar dari Gaza ke atas orang awam Israel baru-baru ini menunjukkan perlunya pemeriksaan ka atas kargo menuju Gaza.

Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton percaya ada cara lebih baik untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza.

“Kami percaya ada pendekatan lebih baik iaitu menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan penduduk Gaza memperoleh bahan dan bantuan kemanusiaan dengan cara selamat,” katanya.

Rabu lalu, Israel memberi amaran kepada PBB flotila bantuan baru yang dilapor akan bertolak dari pelabuhan di Eropah beberapa hari lagi akan menghadapi akibat buruk jika meneruskan misi.

Tel Aviv sudah menegaskan bahawa ia akan menghalang flotila baru itu daripada tiba di Gaza. Tahun lalu, sembilan aktivis Turki terbunuh dalam serbuan ke atas konvoi sama.

Tentera Israel dikritik hebat berikutan serangan pada Mei 2010 yang turut menyebabkan hubungannya dengan Turki terjejas teruk. – Agensi

sumber

Friday, June 24, 2011

MESIR Hukum Penjara 25 Tahun Informer Mossad

Seorang warga Mesir yang dituduh menjadi mata-mata untuk Israel dijatuhi hukuman pada hari Khami (23/6) dengan hukuman 25 tahun penjara oleh mahkamah khusus Mesir.

Pengadilan keamanan negara tertinggi Mesir menemukan bahawa Tarek Abdel Razek dan dua pekerjat Israel bersalah kerana melakukan "tindakan spionase" atas nama Israel.

Pengadilan menjatuhkan hukuman dua pekerja Israel itu dengan hukuman 25 tahun penjara secara in absentia. Menurut peradilan Mesir keduanya bekerja untuk ehen intelijen Israel, Mossad.

Razek, yang menjalankan sebuah perusahaan eksport-import, dituduh menyediakan informasi bagia dua warga Israel, dari Mei 2007 sampai Mei 2010, dengan informasi terkait tentang Mesir, Syria dan Lebanon yang bekerja di bidang telekomunikasi dan Mossad memilihnya kerana dianggap paling mungkin untuk diajak bekerja sama dengan Mossad.

Ia dilaporkan mengaku bahawa dua wakil Israel memintanya untuk melakukan perjalanan berkali-kali ke Syria dengan nama palsu dengan alasan pembelian produk lokal, sedangkan tujuan sesungguhnya dari perjalanan itu adalah untuk memberikan dana kepada petugas keamanan Syria yang bekerja di sebuah wilayah "sensitif".

Akhbar rasmi Mesir mengatakan pengakuannya telah menyebabkan tiga sel spionase terbongkar di Lebanon dan Syria.

Hubungan antara Israel dan Mesir, yang menjadi negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan negara pada tahun 1979, telah tegang sejak pemberontakan rakyat yang berhasil menggulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu.(fq/afp)

sumber

IRAQ - Letupan Bunuh 21, Cederakan 107 Orang

BAGHDAD 24 Jun - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan 107 orang lain cedera apabila bom yang diletakkan dalam tiga kereta sorong meletup di sebuah pasar di Baghdad, semalam.

Sumber Kementerian Dalam Negeri pula berkata, kejadian di pasar Shurt al-Raba itu berlaku kira-kira pukul 6.45 petang (11.45 malam waktu Malaysia).

Sumber itu memberitahu, kejadian berlaku ketika pasar itu penuh dengan pelanggan yang membeli keperluan harian. - AFP

sumber

Ikhwan MESIR Kecam Kezaliman SYRIA

Ikhwanul Muslimin dalam sebuah pernyataannya tentang situasi di Syria, mengutuk keras serangan brutal dan pelanggaran terhadap warga awam yang dilakukan oleh rejim Bashar al Assad, yang telah menyebabkan terjadinya pelarian warga Syria yang tidak bersalah.

Menggambarkan serangan itu sebagai tindakan mengecewakan, Ikhwan menuntut agar serangan tersebut dihentikan dan pemerintah Syria mesti memikul tanggung jawab yang benar dalam melayani rakyatnya.

Ikhwan juga menyerukan untuk meningkatkan perlindungan warga awam di samping menekankan sangat penting semua warga untuk bersatu dalam mendukung dan memberikan kontribusi bagi pemulihan kestabilan dan perdamaian di Syria, dan untuk mengambil langkah yang diperlukan demi memastikan bahawa militer menanggapi tuntutan rakyat untuk mengakhiri kekerasan dan menghormati hak baik sipil dan undang-undang kemanusiaan internasional.

Ikhwan menyerukan kepada semua pihak untuk berdiri dan bersiap untuk bekerja sama dengan Syria serta menuntut semua pelaku kehajatan untuk dimintai pertanggungjawaban.

Tuntutan Ikhwan lainnya termasuk:

Penarikan segera tentara dari kota dan desa dan perlindungan perbatasan.

Pembebasan segera dan tanpa syarat tahanan politik dan jaminan pengembalian secara aman warga awam yang jadi pelarian dan diasingkan.

Penghapusan langsung dari semua undang-undang yang tidak adil dan pengakuan hak rakyat Syria untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan, dan penghapusan ketentuan konstitusional dan undang-undang yang menganjurkan monopoli kekuasaan.

Pelaksana adanya undang-undang untuk pembentukan parti politik, dan pilihan raya yang adil dan transparan.

Penyusunan sebuah konstitusi baru sesuai dengan tuntutan rakyat dan pemulihan kekayaan bangsa.

Ikhwanul Muslimin akan terus meminta hak-hak warga Syria, dan dengan keras mengutuk tirani dan korupsi yang telah menghasilkan banyak pertumpahan darah dan kehancuran.(fq/ikhwanweb)

sumber

Demo Bantah Kebiadaban Utusan Lepas Jumaat

Seluruh umat Islam di Malaysia diharapkan turut sama hadir pada demonstrasi aman membantah kebiadapan akhbar pencacai Umno yang menghina hukum Islam melalui kartun yang disiarkannya minggu lalu.

Umat Islam mesti sensitif terhadap isu ini kerana ianya ternyata menghina bukan sahaja umat Islam tetapi agama Islam sendiri. Sekarang ini penghinaan terhadap Islam bukannya dilakukan oleh golongan bukan Islam tetapi umat islam sendiri sanggup menghina agama dan hukum Islam tanpa takut kepada Allah.

Di Melaka demonstrasi ini akan diadakan di beberapa masjid yang telah ditetapkan.

sumber

INDOENSIA Henti Hantar Pekerja ke SAUDI

SEKUMPULAN warga Indonesia menunggu pemeriksaan polis di Bekasi, Jawa Barat, untuk menaiki pesawat menjadi pekerja di Arab Saudi, semalam. - Foto REUTERS
SEKUMPULAN warga Indonesia menunggu pemeriksaan polis di Bekasi, Jawa Barat, untuk menaiki pesawat menjadi pekerja di Arab Saudi, semalam. - Foto REUTERS
Susilo mahu perjanjian jamin perlindungan rakyat di negara asing diwujudkan terlebih dulu

JAKARTA: Indonesia menghentikan sementara penghantaran pekerjanya ke Arab Saudi mulai 1 Ogos selepas seorang pembantu rumahnya dihukum pancung di Riyadh Sabtu lalu kerana kesalahan membunuh wanita majikannya.

Langkah sementara itu dikuatkuasakan sehingga kedua-dua negara itu mencapai kesepakatan melalui perjanjian yang menjamin perlindungan dan pemberian hak kepada tenaga kerja Indonesia.

Indonesia juga akan menetapkan satu dasar nasional mengenai penghantaran pekerjanya ke luar negara pada masa depan, selepas pasukan khas selesai membuat kajian mengenainya.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan keputusan itu ketika berucap kepada rakyat menerusi siaran langsung stesen televisyen semalam.

Beliau membantah keras tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap pembantu rumah bernama Ruyati itu tanpa memberitahu Jakarta, tindakan yang melanggar prosedur antarabangsa.

“Langkah memperketat penghantaran pekerja Indonesia mulai semalam. Saya meminta warga negara Indonesia patuh menyokong moratorium ini dan tidak berusaha sendiri ke sana,” katanya.

Ketika berucap, Susilo meminta Menteri Luar, Marty Natalegawa; Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Patrialis Akbar dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar, menjelaskan tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menyelamatkan Ruyati serta warga Indonesia lain di luar negara yang menunggu hukuman mati.

“Keputusan yang ketiga ialah saya akan mengutus surat kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz, yang berisi tiga hal, pertama hubungan Indonesia dan Arab Saudi sebenarnya dalam keadaan baik, kecuali kes dan persoalan tenaga kerja Indonesia,” kata Susilo.

Ketika ini, 23 warga Indonesia menghadapi hukuman mati di Arab Saudi.

Pelaksanaan hukuman pancung terhadap Ruyati oleh Arab Saudi itu mengundang kecaman dan kritikan pelbagai pihak di Indonesia, yang menuduh Jakarta gagal memberi perlindungan sewajarnya kepada warga di luar negara, yang menunggu pelaksanaan hukuman mati. Kini 1.2 juta pekerja Indonesia bekerja di Arab Saudi, kebanyakannya amah. – BERNAMA

SUMBER

Isteri ke-3 Osama Dibenar Pulang ke YAMAN

SANAA 23 Jun – Isteri ketiga Osama bin Laden, Amal Abdulfattah akan dibenarkan pulang ke Yemen dari Pakistan dalam tempoh beberapa hari lagi, kata abangnya semalam.

Menurut Zakariya Abdulfattah, keluarga Amal telah dimaklumkan oleh Kementerian Luar Yemen dan Pakistan mengenai rancangan untuk menghantar wanita itu dan lima anaknya pulang ke Yemen beberapa hari lagi.

“Terdapat pertemuan diplomatik antara kerajaan Yemen dan Pakistan untuk memastikan dia pulang dengan selamat ke negaranya dan berjanji untuk melaksanakan langkah itu secepat mungkin,” katanya.

Keluarga wanita itu pada bulan lepas telah menuntut supaya Amal dan anaknya dihantar pulang selepas ditahan di Pakistan.

Zakariya berkata, Kedutaan Yemen di Islamabad turut memberi jaminan Amal berada dalam keadaan baik, walaupun mengalami kecederaan di kaki akibat ditembak ketika komando Amerika Syarikat (AS) menyerang sebuah rumah di Abbotabad dalam operasi membunuh Osama.

Pihak perisikan AS dilaporkan telah menyoal siasat ketiga-tiga isteri Osama yang ditahan dalam serbuan komando AS di utara Islamabad itu sehingga membawa kepada ketua militan al-Qaeda itu dibunuh.

Menurutnya, Amal, 29, mengahwini Osama pada 1999 dan mengikut suaminya mengembara ke Afghanistan.

Osama sebelum itu mengahwini dua wanita lain dan isteri pertamanya merupakan sepupunya sendiri, Najwa al-Ghanem dari Syria. – AFP

sumber

BELANDA Haram Sembelih Cara Islam dan Yahudi

THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak menyebabkan kesakitan tambahan.

Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada pengundi Islam dan Yahudi.

Seperti di kebanyakan negara Barat, undang-undang Belanda menetapkan penyembelih haiwan mesti menggunakan kejutan elektrik, bagi memastikannya tidak sedar, sebelum binatang itu boleh disembelih, untuk mengurangkan kesakitan dan rasa takut.

Namun pengecualian diberikan selama ini untuk haiwan yang disembelih cara Islam dan Yahudi yang menghendaki haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Pemimpin Parti bagi Haiwan, Marianne Thieme yang mengemukakan rang undang-undang itu yakin pengharaman itu akan diluluskan.

Beliau tidak fikir penyembelih Yahudi dan Islam akan dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka menyebabkan kurang kesakitan berbanding jika haiwan dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu.

“Menjadi andaian semata-mata bahawa penyembelihan tanpa kejutan elektrik boleh dibuktikan lebih mesra haiwan berbanding penyembelihan dengan kejutan elektrik, tetapi pindaan ini memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan agama untuk mencari dan mengemukakan bukti itu,” kata Thieme.

Bagaimanapun kompromi itu tidak meredakan kemarahan kumpulan-kumpulan Islam dan Yahudi yang menyifatkan pengharaman yang diusulkan sebagai serangan ke atas kebebasan beragama.

“Ini cara gila untuk menggubal undang-undang, bahawa kami perlu membuktikan apa yang sudah lama kami yakini,” kata Ronnie Eisenmann daripada Komuniti Yahudi Amsterdam.

Wakil-wakil pertubuhan Islam pula berkata, jika penyembelihan cara Islam diharamkan oleh kerajaan Belanda, penduduk Islam akan terpaksa membeli daging halal dari negara jiran seperti Belgium dan Jerman. – Agensi

sumber

Thursday, June 23, 2011

YAMAN - 62 Banduan Al-Qaeda Melarikan Diri

ADEN 23 Jun - Sekurang-kurangnya 62 orang banduan Al-Qaeda melepaskan diri dari penjara selatan Yemen hari ini selepas mereka bertempur dengan pengawal, mengorbankan seorang pengawal serta dua lagi tercedera.

Banduan-banduan tersebut melarikan diri dari penjara di Al-Mukalla yang terletak di tenggara Hadramawt ke kawasan pergunungan berdekatan selepas mereka bertempur dengan pengawal penjara dan merampas senjata dari mereka.

Mereka dikatakan berjaya melarikan diri selepas sekumpulan militan Al-Qaeda menyerbu penjara tersebut dan membebaskan mereka. - AFP

sumber

Misy'al Temui Menteri Luar TURKI



Istanbul-PIP: Khalid Misy’al, Ketua Biro Politik Hamas dalam kunjungannya ke ibukota Turki, Istanbul, Rabu (22/6) bertemu dengan sejumlah pegawai Turki. Dalam pertemuan tersebut dibahas keadaan terkini di Palestin dan kesepakatan rekonsiliasi antara Hamas dan Fatah.

Diplomat Turki menyatakan kepada Perancis Pers bahawa Misy’al tiba di Istanbul pada Rabu ini dan bertemu dengan Menteri Luar Ahmad Daud Oghlo serta sejumlah pegawai di kementerian. Pertemuan mendiskusikan persoalan Palestin dan penyatuan barisan Palestin serta persoalan di kawasan.

Stasiun NTV menyebutkan, kunjungan Misy’al bertepatan dengan kunjungan Ketua Pemerintah Ramallah, Mahmud Abbas ke Ankara, namun pegawai Turki menegaskan tidak ada agenda pertemuan antara Misy’al dan Abbas.

Sejak sebulan lalu Turki berupaya membantu rekonsiliasi Hamas dan Fatah, terutama setelah Fatah berupaya menggagalkan realisasi kesepakatan rekonsiliasi yang telah disepakati di Kaherah, setelah menunda pertemuan yang dijadwalkan Selasa lalu antara Misy’al dan Abbas guna membentuk pemerintahan, juga setelah statmen Abbas yang menimbulkan perdebatan baru-baru ini. (qm)

sumber

NATO Gagal Jatuhkan Ghaddafi

ROME: Itali semalam mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menghentikan serangan udara terhadap Libya, dalam perkembangan dilihat menunjukkan tanda keretakan dalam pakatan 28 negara berkenaan selepas kematian orang awam meningkat dan Muammar Gaddafi tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk berundur.

“Kami sudah pun melihat kesan krisis ini dan juga kesan serangan Nato bukan saja di timur dan barat daya Libya, tetapi juga Tripoli,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini ketika berucap pada satu mesyuarat jawatankuasa Parlimen.
“Saya percaya penggantungan segera serangan di atas alasan kemanusiaan diperlukan bagi memberi peluang bantuan diberikan, manakala rundingan diteruskan untuk diadakan gencatan senjata ke arah mencari penyelesaian damai,” katanya.
“Saya berpendapat perkara ini perlu segera dilaksanakan,” kata Frattini.
“Saya berasa agak tepat untuk meminta Nato memberi penjelasan terperinci berhubung hasil serangannya.”

Beliau mengecam kesilapan menyerang orang awam sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan bukan matlamat Nato.

Perancis mengetuai operasi Nato itu yang dilaksanakan di bawah mandat resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membendung tentera setia kepada Gaddafi daripada menyerang orang awam.
Menjawab desakan Itali itu, jurucakap Menteri Luar Perancis, Bernard Valero pula berkata: “Pakatan dan negara yang terbabit dalam pertemuan di Abu Dhabi dua minggu lalu menyetujui sebulat suara berhubung strategi untuk terus mengenakan tekanan terhadap Gaddafi.”

“Sebarang penggantungan operasi mengundang risiko untuk memberi masa kepada Gaddafi mengukuhkan semula kedudukannya. Akhirnya, penduduk awam juga akan menjadi mangsa,” katanya.

Walaupun Nato meminta ahlinya bersatu dalam isu Libya, beberapa kejadian membayangkan keretakan sudah mula berlaku dengan Norway baru-baru ini memutuskan untuk menarik dari daripada operasi terhadap negara Arab-Afrika itu.

Nato mengaku melakukan kesilapan dalam serangannya minggu lalu apabila 24 orang awam terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dalam satu misi pengeboman terhadap Libya.

Pada 1 Jun lepas, Nato memutuskan untuk melanjutkan misinya terhadap Libya kepada tiga bulan lagi sehingga akhir September. – AFP

sumber

KANADA Dedah Dokumen Rahsia Perang AFGHANISTAN

OTTAWA: Kerajaan mendedahkan 4,000 muka surat dokumen rahsia berkaitan pemindahan banduan Afghanistan yang disimpan sebagai bukti bahawa tiada salah laku di kalangan tentera Kanada.

Fail itu dpercayai mengandungi bukti Kanada memindahkan banduan kepada jagaan Afghantistan dan mengetahui mereka (banduan) akan diseksa sekali gus melanggar undag-undnag antarabangsa.
"Dokument ini jelas menunjukkan tiada dakwaan berasas terhadap tentera Kanada dan pada sepanjang masa kita bertindak mengikut undang-undang antarabangsa ketika mengendalikan banduan Taliban," kata Menteri Pertahanan, Peter MacKay. -

sumber

Wednesday, June 22, 2011

Budak Baca Quran Selamat Dari Dirogol

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

SUMBER

Yahudi Seru Robohkan Masjid Muhammad Al-Fateh

Syaikh Ikrimah Shabri, ketua pentadbiran Islam tertinggi di Jerusalem, mengutuk keras seruan dari kelompok-kelompok fanatik Yahudi untuk menghancurkan masjid Muhammad Al-Fatih di Jerusalem yang diduduki.

Dia mengatakan dalam sebuah pernyataan Selasa lalu (21/6) bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) tidak menghormati agama, sehingga tidak peduli untuk melakukan aksi membakar atau menghancurkan masjid.

Dia juga menuduh IOA bertanggung jawab atas segala kerosakan yang dilakukan terhadap tempat suci umat beragama, menunjukkan bahawa Islam menghormati semua tempat ibadah dari semua agama.

Sumber-sumber Palestin mengatakan Israel Land Fund, yang mendanai kegiatan pemukiman Yahudi fanatik telah menghasut IOA untuk menghancurkan masjid di Ras Al-Amoud yang terletak di dekat pemakaman Yahudi dengan dalih bangunan masjid tersebut ilegal.(fq/pic)


sumber

Pemuda Ikhwan Bentuk Parti Sendiri

Sekelompok pemuda anggota Ikhwanul Muslimin mengumumkan pembentukan parti politik mereka sendiri pada Selas (21/6), terpisah dari parti bentukan Ikhwan - parti Kebebasan dan Keadilan, dalam suatu aksi menentang yang diharapkan musuh-musuh Ikhwan untuk memperdalam keretakan generasi dalam organisasi yang telah berusia 83-tahun tersebut.

Parti baru ini membezakan sifat sipil dan demokratik. Dan terbuka untuk yang warga lainnya. Moral, nilai-nilai dan prinsip-prinsip agama berperanan dalam mengatur penampilannya, tulis pernyataan yang dinyatakan di Facebook salah satu pendiri parti.

Tidak seperti kebanyakan parti-parti Islam lainnya, manifesto Hizb Al-Tayyar Al-Masry (ertinya Parti Mesir Saat Ini) tidak menyebutkan syariat Islam sebagai kerangka referensinya, hanya mengacu pada peradaban Islam Arab. "Kita tidak boleh mengacu pada syariah Islam, kerana ini bukan sebuah parti Islam, dan bukan parti untuk pemuda Ikhwanul Muslimin," kata Muhammad Syams, 24 tahun salah satu pendiri parti. "Tidak semua pendiri dari anggota Ikhwanul Muslimin."

Pernyataan parti itu juga membayangkan peranan yang lebih besar bagi kaum muda. "Kami ingin parti ini mengekspresikan semangat revolusi, yang bererti kami menginginkan pemuda menjadi pemimpin," kata Muhammad Affan, seorang anggota Ikhwan berusia 30-tahun dan salah satu pendiri parti.

Affan adalah salah satu dari banyak anggota pemuda Ikhwan yang baru-baru ini telah sangat vokal mengkritik kepemimpinan jemaah Ikhwan. Mereka, dalam beberapa kesempatan, mengungkapkan kekecewaan dengan adanya marginalisasi generasi mereka di dalam struktur tertinggi kekuasaan Ikhwan.

Mereka juga telah menyatakan pennetangan keras ke parti rasmi Ikhwan, dengan alasan bahawa parti gagal untuk memastikan pemisahan penuh antara kegiatan dakwah Ikhwanul Muslim dan politik.

Berbicara pada bulan lalu ke Al-Masry Al-Youm, Affan mengatakan: "perseteruan antara pemuda dan kepemimpinan Ikhwan hampir mencapai kebuntuan. Sekarang kita berpikir untuk menciptakan beberapa entiti independen dari kita sendiri. "

Sekurang-kurangnya 150 pendiri parti, sebahagian besar dari pemuda Ikhwanul Muslimin, berdiri di balik berdirinya parti baru ini, kata Affan. Adapun bakiya, mereka memiliki latar belakang yang berbeda.

Menurut Mahmud Hussain, sekretari jenderal Ikhwanul Muslimin, pemimpin kelompok itu menyedari adanya langkah ini sejak dua minggu lalu. Dia mengatakan bahawa para anggota muda yang terlibat pembentukan parti akan dipertanyakan oleh para pemimpin mereka langsung kerana melanggar dasar jemaah.

"Jemaah ini telah memutuskan bahawa tidak ada anggota yang dapat bergabung dengan parti yang lain dari partai rasmi jemaah," katanya.

Mereka yang terlibat pendirian partai baru ini kemungkinan awal akan mengalami pemecatan dari jemaah Ikhwan.

"Tidak ada yang boleh menghapus saya dari keanggotaan Ikhwanul Muslimin," kata Sameh al-Barqy, pemuda Ikhwan berusia 37 tahun. "Saya telah menjadi sebahagian dari jemaah ini selama 19 tahun dan saya harap saya masih anggota Ikhwan sampai saya mati."

Barky menambahkan bahawa tidak ada cara yang boleh membuat dia bergabung dengan parti Kebebasan dan Keadilan bentukan Ikhwan, yang secara rasmi diakui Mei lalu.

"Dengan hormat kepada Parti Kebebasan dan Keadilan, parti ini tidak memuaskan saya dan tidak memenuhi cita-cita saya," kata Barqy, mengutip kurangnya kebebasan yang ada di parti.

Ikhwanul Muslimin telah mengatakan berulang kali bahawa Parti Kebebasan dan Keadilan akan sepenuhnya independen dari badan lainnya yang ada di jemaah Ikhwan. Namun, banyak pengkritik telah menolak dakwaan ini, terutama sejak kelompok Dewan Syura dipilih menjadi presiden parti, wakil presiden dan sekretaris umum dan memutuskan jumlah maksimum kerusi parti yang akan mencalonkan diri dalam pemilihan parlimen mendatang.

Sementara itu, Barqy menyangkal bahawa pelancaran parti baru mereka adalah reaksi melawan praktik jemaah. "Kami telah bekerja di sana selama dua bulan terakhir. Kami merasa ada keperluan di masyarakat untuk seperti adanya parti," katanya, menambahkan bahawa tidak semua pendiri parti adalah anggota Ikhwanul Muslimin.(fq/amay)

sumber

28 Rakyat INDONESIA Dihukum Mati di SAUDI

RIYADH 21 Jun - Indonesia sedang berusaha menyelamatkan 28 rakyatnya yang dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi kerana pelbagai kesalahan, kata jurucakap Kedutaan Indonesia di Riyadh, Wishnu Krishnamurthi semalam.

"Satu usaha sedang dilakukan bagi mencapai penyelesaian dalam semua kes baik di mahkamah atau melalui kerjasama dengan Arab Saudi supaya kes-kes boleh diselesaikan di luar mahkamah," katanya seperti yang dilaporkan Arab News.

Menurutnya, misi diplomatik Indonesia juga sedang berusaha mendapatkan pengampunan daripada keluarga mangsa dalam kes-kes tertentu.

"Kami sangat berharap kedutaan dan konsulat boleh mendapatkan pengampunan dengan cara rundingan atau membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa supaya rakyat kami boleh dibebaskan," katanya.

Krishnamurthi berkata, Indonesia telah berjaya menyelesaikan tiga daripada 31 kes di Arab Saudi.

"Tiga rakyat Indonesia itu telah dihantar pulang selepas diberi pengampunan oleh keluarga mangsa," jelasnya.

Keputusan tersebut diambil Indonesia selepas aktivis hak kemanusiaan menggesa kerajaan mengambil langkah agresif menyelamatkan rakyatnya daripada tindakan undang-undang Arab Saudi berikutan hukuman mati yang dijalani seorang pembantu rumahnya, Ruyati Sapubi kerana membunuh isteri majikannya.

Krishnamurthi turut memetik satu laporan yang menyatakan, seramai 316 rakyat republik itu kini terlibat dalam kes perundangan di Arab Saudi termasuk mereka yang telah dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu, data Kementerian Luar Indonesia mendapati, seramai 233 rakyatnya berdepan hukuman mati di Malaysia di atas pelbagai kesalahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli-Ahli Parlimen Indonesia hari ini menggesa kerajaan menghentikan penghantaran pekerja asing ke Asia Barat terutamanya Arab Saudi ekoran hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Ruyati. - Agensi

sumber

Insentif kpd Suami Tak Sembunyikan Perkahwinan Kedua

Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui isteri dan anggota keluarga yang lain.

"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaccob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

"Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya.

- Bernama

sumber

Tuesday, June 21, 2011

Selepas Jantung, Mubarak Kena Kanser Pula?

Mantan Presiden Mesir Hosni Mubarak menderita kanser, kata jurcakapnya pada hari Isnin lalu (20/6), mengutip sebuah laporan medik untuk menilai apakah mantan pemimpin Mesir tersebut cukup sihat untuk diadili.

Mubarak, 83 tahun, terpaksa keluar dari pejabatnya pada bulan Februari dalam pemberontakan rakyat yang didorong oleh kemarahan tingginya tingkat korupsi dan kemiskinan yang meluas. Dia dijadualkan diadili pada tanggal 3 Ogos akan datang atas tuduhan membunuh pendemodan penyalahgunaan kekuasaan.

"Mubarak telah menderita kanser dan ini adalah termasuk dalam laporan medik terakhir," kata pengacaranya Farid el-Deeb kepada Reuters.

Dia menolak untuk mengatakan apakah ia mengacu pada sebuah laporan medis baru yang belum disiarkan. Laman saluran berita satelit Al-Jazeera mengutip pernyataan Deeb mengatakan Mubarak menderita "kanser perut dan tumbuhnya tumor."

sumber

TUNISA - Ben Ali dan Isteri Dipenjara 35 Tahun

Sebuah mahkamah in absentia di Tunisia telah menghukum Presiden yang diguling Zine El Abidine Ben Ali dan isterinya dengan hukuman 35 tahun penjara setelah mereka bersalah melakukan penggelapan dan dakwaan lainnya.

Pengadilan in absentia dari Zine El Abidine Ben Ali dan Leila Trabelsi datang setelah pemeriksaan panjang terhadap mereka sebelum akhirnya masuk ke pengadilan pidana Tunisia.

Pasangan itu melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari setelah revolusi panjang yang mencetuskan serangkaian pemberontakan lain di dunia Arab.

Ben Ali bagaimanapun membantah tuduhan terhadap dirinya dan mengatakan kepergiannya adalah sebahagian dari plot melawan dirinya. Dia mengatakan Isnin lalu (20/6) bahawad ia telah tertipu meninggalkan negara dan menyangkal memberikan perintah bagi pasukan keamanan untuk menembak penunjuk perasaan yang menuntut agar dia berundur.

Sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh pengacara di pengadilan Tunisia di mana dia diadili secara in absentia mengatakan dia telah setuju untuk naik pesawat ke Arab Saudi untuk membawa keluarganya demi keselamatan dan merancang untuk segera kembali. Pernyataan itu menambahkan bahawa pesawat meninggalkan Arab Saudi tanpa dirinya setelah kru mengabaikan instruksinya.

Pasangan tersebut juga mesti membayar lebih denda lebih dari 65 juta dolar.

keputusan atas tuduhan lainnya, termasuk memiliki ubat-ubatan terlarang dan senjata ilegal, akan diputuskan pada tanggal 30 Jun akandatang.

Ben Ali juga menghadapi persidangan terpisah di pengadilan militer atas tuduhan pembunuhan dan konspirasi melawan negara.(fq/prtv)

LIBYA - Pejuang Kehabisan Wang

BENGHAZI: Ketua pemberontak Libya berkata, pihaknya sudah kehabisan semua wang tunai dan kini ‘pokai’ selepas pertempuran dengan tentera kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi berlarutan selama beberapa bulan, sambil menuduh Barat gagal menunaikan janji untuk menghantar bantuan kewangan yang amat diperlukan.

Keadaan diburukkan lagi dengan pengakuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai bertanggungjawab terhadap kematian orang awam selepas pegawai kerajaan menunjukkan kepada wartawan lima mayat tiga daripadanya kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara di timur ibu negara Libya itu.
NATO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Brussels mengakui kematian orang awam dalam serangan yang menyasarkan sebuah lokasi peluru berpandu, kesilapan yang disifatkan sebagai memalukan pertubuhan itu.
“Kami dapati salah satu senjata yang dilancarkan tidak mengenai sasaran berikutan kegagalan sistem sehingga menyebabkan kematian sejumlah orang awam,” kata kenyataan itu.

Jurucakap kerajaan Libya, Mussa Ibrahim menuduh pakatan Barat sengaja menyasarkan orang awam dan menegaskan tiada kemudahan tentera di sekitar lokasi diserang.

Bagaimanapun, pegawai pemberontak menyalahkan Gaddafi berikutan kematian yang berlaku dan mendakwa pemimpin itu sengaja menggunakan sekolah dan masjid untuk menyembunyikan senjata.

Selain itu, Menteri Kewangan dan Minyak pemberontak, Ali Tarhouni berkata, pihaknya belum menerima sebarang bantuan kewangan sejak peperangan tercetus empat bulan lalu.
“Kami tidak lagi mempunyai wang tunai. Kami sudah kehabisan segala-galanya. Ia benar-benar suatu kegagalan. Mereka (negara Barat) sama ada tidak memahami perkara ini, atau tidak ambil peduli. Mereka tidak menunaikan janji dan setakat ini kami belum terima apa-apa.

“Kami menghargai semua perbincangan yang dibuat dengan negara berkenaan di semua persidangan dari sudut politik. Mereka menyampaikan ucapan yang hebat, tetapi dari segi kewangan, ia benar-benar satu kegagalan. Penyokong kami sedang menunggu ajal,” katanya dalam satu temuramah dengan agensi berita Reuters.

Tarhouni berkata keadaan ekonomi di timur Libya sedang menuju kehancuran. Pihak berkuasa terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan wang tunai bagi membiayai operasi tentera dan membayar gaji pekerja yang kebanyakannya berkhidmat di sektor kerajaan. – Reuters/AFP

sumber

NATO Mengaku Salah Bom


ORANG ramai dan wartawan berkumpul di hadapan bangunan rumah orang awam yang musnah dibedil oleh tentera NATO di daerah Arada, Tripoli, kelmarin. - AFP


BRUSSELS 20 Jun - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), semalam buat pertama kali mengaku bahawa serangan bom yang dilancarkannya di Tripoli kelmarin menyebabkan kematian penduduk awam.

Serangan itu juga berlaku dalam tempoh 24 jam selepas NATO mengumumkan pesawatnya tersilap membedil kedudukan pemberontak yang memerangi rejim Muammar Gaddafi.

NATO dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian orang awam dalam satu pengeboman di Tripoli yang meragut sembilan nyawa, termasuk dua kanak-kanak kecil.

"NATO kesal dengan kehilangan nyawa penduduk awam.

"Meskipun kami masih menyiasat punca kejadian ini, tanda-tanda menunjukkan kegagalan sistem senjata mungkin menyebabkan insiden ini," kata Komander NATO bagi misi di Libya, Leftenan Jeneral Charles Bouchard.

Kematian penduduk awam itu akibat serangan NATO, adalah yang pertama disahkan dan ia memalukan perikatan tersebut kerana kempen pengebomannya di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan melindungi orang awam daripada serangan tentera Gaddafi.

Insiden itu juga berlaku sehari selepas NATO mengaku pesawat perangnya tersilap membedil sepasukan tentera pemberontak di kawasan Brega pada Khamis lalu, antara beberapa serangan yang tersasar.

Selepas menyiasat dakwaan kerajaan Gaddafi mengenai kematian orang awam, NATO berkata, sistem senjatanya dipercayai gagal mengenai sasaran yang dimaksudkan.

Wartawan dibawa ke daerah Al-Arada di Tripoli sebelum pukul 1 pagi semalam (7 pagi semalam waktu Malaysia) untuk melihat pasukan penyelamat dan orang awam bertungkus-lumus mencari mangsa di celah-celah runtuhan sebuah blok rumah dua tingkat.

Media kemudian dibawa ke sebuah hospital di Tripoli dan mayat seorang wanita dan dua kanak-kanak kecil, dikatakan tiga beranak yang maut dalam serangan itu, ditunjukkan kepada mereka. - AFP

sumber

Monday, June 20, 2011

Kelab Isteri Taat di SINGAPURA

SINGAPURA 19 Jun - Sebuah kumpulan Islam kontroversi berkata, rancangan mereka untuk memperkenalkan Kelab Isteri Taat di Singapura akan menggalakkan sifat kepimpinan suami dalam keluarga, lapor The Sunday Times, hari ini.

Menurut wakil kumpulan tersebut, Darlan Zaini, 70, turut menyatakan kumpulan itu mungkin akan menukar nama kumpulan tersebut kepada nama yang lebih mudah difahami.

"Kita boleh menggunakan nama kumpulan yang lebih mudah seperti Keluarga Bahagia atau nama lain," katanya.

Dia mengkritik Majlis Agama Islam Singapura yang membuat kenyataan pada Jumaat lalu menggambarkan seolah-olah pandangan kelab itu berhubung kehidupan seks yang memuaskan merupakan kunci utama kepada penyelesaian masalah perkahwinan serta masalah sosial, sebagai pandangan sempit.

Menurut Darlan, hubungan intim bukanlah fokus utama falsafah kumpulan itu tetapi beliau menekankan tentang pentingnya isteri memberi perhatian kepada keperluan suami. - dpa

sumber

Netanyahu : Tiada Damai Jika Israel Tak Diiktiraf

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kembali menegaskan bahawa konflik Israel-Arab akan tetap berlanjut sampai Palestin mengakui Israel sebagai negara bagi orang Yahudi.

Dia mengatakan Israel tidak akan memperebutkan "beberapa kilometer dari tanah", namun apa yang penting adalah bahawa Palestin mahu mengakui Israel sebagai negara Yahudi.

Dia menambahkan, dalam sebuah pernyataan kepada akhabr Haaretz Israel, bahawa selama Abbas tidak mengakui Israel tidak akan ada cara untuk mencapai kesepakatan perdamaian.

Namun Tzipi Livni, yang memimpin parti pembangkang di Israel, menyerang Netanyahu selama sesi pertemuan Knesset dengan mengatakan bahawa Netanyahu telah mengubur kesempatan untuk perdamaian atau koeksistensi normal di Timur Tengah.(fq/pic)

sumber

Presiden Israel Seru Perdamaian

Presiden Israel Shimon Peres menyerukan kesepakatan perdamaian dengan Palestin, ujar Peres. Pemimpin Israel itu, "mendesak" semua pihak agar mencapai kesepakatan perdamaian, yang akan menjamin kelangsungan hidup semua rakyat dikawasan itu.

"Ini sangat mendesak," kata Presiden Shimon Peres dalam sebuah wawanca eksklusif dengan CNN Minggu. "Saya fikir tidak banyak waktu. Kita mesti bertindak secara dinamik.."

Pihak Berkuasa Palestin mengatakan bahawa, "vacuumnya" pembicaraan damai, secara unilateral (sepihak), akan meminta PBB untuk mengakui negara Palestin merdeka pada bulan September.

Tapi, pemimpin Israel yang sudah berumur 87 tahun memperingatkan pemimpin Palestin untuk tidak membuat "kesalahan" dengan melakukan tindakan secara sepihak menyatakan kemerdekaan di luar kesepakatan damai.

sumber

YAMAN - 13 Terbunuh Dalam Pertempuran

ADEN 20 Jun - Seramai 13 orang disyaki militan al-Qaeda serta dua tentera Yemen terbunuh dalam pertempuran berhampiran kawasan yang dikuasai puak bersenjata di Zinjibar, selatan Yemen, kata sumber tentera dan pasukan perubatan semalam.

"Kira-kira 13 orang pengganas dari kumpulan Ansar al-Sharia terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas pasukan Brigad Artileri ke-119 melancarkan serangan terhadap sekumpulan pengganas yang sedang memasang bom di jalan utama," katanya.

Dua askar kerajaan kemudiannya terbunuh manakala tiga yang lain cedera selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang pangkalan tentera pada lewat malam, kata pegawai tentera. - AFP

sumber

Serangan Nato di LIBYA, 9 Orang Awam Maut

TRIPOLI 20 Jun - Sembilan penduduk awam terbunuh manakala 18 yang lain cedera dalam satu serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di kawasan kediaman di Tripoli awal pagi semalam, kata jurucakap kerajaan Libya, Mussa Ibrahim.

"Jumlah kematian meningkat kepada sembilan orang, lima daripadanya merupakan satu keluarga," kata Ibrahim.

Awal semalam, pihak media menunjukkan lima mayat, satu daripadanya perempuan dan dua lagi mayat kanak-kanak.

"Empat lagi mangsa terbunuh ketika melintas di depan blok pangsapuri ketika serangan dilancarkan," jelasnya. - AFP

sumber

Kereta Kebal SYRIA Ceroboh TURKI

Tentera masuk kawasan kampung dalam usaha banteras pemberontak

DAMSYIK: Kereta kebal tentera Syria menceroboh masuk ke kawasan perkampungan di sempadan Turki yang menempatkan 10,000 pelarian dari negara Arab itu semalam, kata aktivis, ketika Washington memberi amaran kepada Damsyik berikutan tindakan kerasnya ke atas penunjuk perasaan.
Ketua kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, berkata sekurang-kurangnya enam kereta kebal dan 15 kenderaan membawa anggota tentera memasuki perkampungan Bdama di sempadan Turki dalam usaha membanteras pemberontak di wilayah Idlib di barat laut negara itu.
Beliau berkata pertempuran sengit berlaku di perkampungan yang terletak beberapa kilometer dari bandar Jisr al-Shughur yang menjadi tumpuan utama pemberontak.

Agensi berita Anatolia melaporkan, jumlah pelarian kini 10,000 orang dan kian meningkat apabila 421 orang lagi rakyat Syria tiba di khemah Pertubuhan Bulan Sabit Merah di wilayah Hatay.

Penduduk Bdama sebelum ini dilaporkan membantu pelarian Syria melarikan diri ke sempadan dari Jisr al-Shughur dan menyeberang masuk ke Turki.

“Sekurang-kurangnya 19 terbunuh dalam tunjuk perasaan di Damsyik kelmarin. Tunjuk perasaan turut berlaku di beberapa bandar lain termasuk di Jableh di barat dan Suweida di selatan Damsyik, tetapi ia berjaya disuraikan oleh anggota polis yang berkawal dengan menggunakan belantan,” katanya.

Abdel Rahman berkata kejadian terburuk akibat tunjuk perasaan berkenaan berlaku di bandar Homs apabila lima ditembak mati bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Beribu-ribu orang menghadiri upacara pengebumian mereka yang terbunuh sebelum mengadakan tunjuk perasaan di masjid utama di bandar itu.

“70,000 orang menghadiri upacara pengebumian terbabit sambil melaungkan slogan anti rejim pemerintah dengan penuh kemarahan,” katanya.

Sementara itu, pemimpin Liga Arab, Amr Mussa melahirkan kebimbangan dengan keadaan di Syria yang kian meruncing.

“Dunia Arab semakin gusar dengan perkembangan yang berlaku di Syria,” katanya kepada wartawan di Kaherah dan menegaskan isu itu menjadi tajuk utama dalam perbincangan antara pemimpin di wilayah berkenaan.

Sementara itu, di Washington, Amerika dilapor menimbang secara serius untuk mengenakan dakwaan melakukan jenayah perang ke atas Damsyik dalam usaha menekan Syria supaya menghentikan tindakan ganasnya.

Tindakan lain termasuk sekatan ke atas sektor minyak dan gasnya selain kempen diplomatik bagi meningkatkan tekanan ke atas Presiden Bashar al-Assad.

Aktivis berkata bantahan dan tunjuk perasaan di Syria yang memasuki bulan keempat, setakat ini meragut kira-kira 1,309 nyawa penduduk awam dan 341 anggota keselamatan. – AFP

sumber

Sunday, June 19, 2011

PALESTIN Baru Tetap Akan Guna Senjata Lawan Israel

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyah mengatakan bahawa penandatanganan kesepakatan persatuan nasional merupakan langkah pertama menuju "jalan panjang", sambil menekankan perlunya untuk melestarikan perjanjian terkait pengalaman masa lalu.

Perdana menteri itu berbicara Sabtu lalu (18/6) dalam sebuah peringatan menghormati salah seorang pendiri dan pemimpin Hamas yang baru saja wafat Muhammad Syam'a di Universiti Islam di Gaza.

Haniyah menekankan bahawa selama ada dukungan bangsa Arab, maka hal itu akan menjadi bencana bagi Rumah Putih.

"Kenyataannya pemerintah Palestin berhasil mendapatkan 25 juta dolar per bulan, hal itu bererti bahwa ada alternatif bantuan dari Arab yang nyata," kata Haniyah.

sumber

NATO Tersilap Serang Lagi

North Atlantic Treaty Organization (NATO) telah mengeluarkan permintaan maaf atas sebuah serangan udara di kota Libya timur Brega yang menghentam kubu pasukan penentang Libya.

"NATO sekarang dapat mengeshakan bahawa kenderaan yang terkena serangan udara NATO adalah sebahagian dari rondaan penentang," dikutip AFP atas pernyataan yang dikeluarkan oleh kontingen militer itu pada Sabtu lalu (18/6).

Pernyataan itu menambahkan, "Insiden ini terjadi di daerah konflik antara pasukan Gaddafi dan pasukan penentang."

"Kami menyesal atas hilangnya nyawa atau kemungkinan cedera yang disebabkan oleh insiden yang sangat disesali tersebut," pernyataan NATO menambahkan.

Puluhan orang kehilangan nyawa mereka pada tanggal 16 Jun lalu pada saat jet tempur NATO menyerang pasukan penentang di Brega.

Ini bukan pertama kalinya aliansi militer tersebut menyerang pasukan penentang di Libya. Para pejabat NATO mendakwa bahwa mereka kesulitan untuk membuat perbezaan antara pasukan revolusioner dan pro-Gaddafi di daerah gurun negara itu karena kedua pihak menggunakan kenderaan yang serupa.

sumber

19 Penunjuk perasaan Maut di SYRIA

BEIRUT 18 Jun - Tentera Syria menembak mati 19 penunjuk perasaan ketika protes terbesar menuntut pengunduran Presiden Bashar al-Assad diadakan semalam.

Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di wilayah Deraa, wilayah Deir al-Zor, bandar Hama dan di ibu negara Damsyik bagi menentang tindakan keras tentera Assad.

"Protes kali ini adalah yang terbesar, tetapi penunjuk perasaan masih belum menawan dataran di bandar utama seperti yang berlaku di Mesir.

"Namun kami kini semakin hampir untuk melakukannya," kata tokoh pembangkang, Walid al-Bunni kepada Reuters melalui panggilan telefon dari Damsyik.

Menurutnya, kawalan keselamatan kini semakin longgar kerana jumlah penunjuk perasaan semakin meningkat, selain lebih ramai lagi yang sanggup membahayakan nyawa untuk menyertai protes.

"Rakyat Syria kini sedar bahawa ini adalah peluang mendapatkan kebebasan yang hanya datang sekali dalam beratus-ratus tahun," ujarnya.

Insiden pertumpahan darah terburuk berlaku di bandar Homs di mana 10 penunjuk perasaan dibunuh, menurut Jawatankuasa Koordinasi Tempatan.

Seorang lagi penunjuk perasaan turut dilaporkan terbunuh di bandar Aleppo, manakala kumpulan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria memberitahu mereka hanya dapat mengesahkan 10 kematian di seluruh negara ini semalam. - REUTERS

sumber

Saturday, June 18, 2011

Yahudi Zionis INDONESIA Buat Perayaan Lagi!

JAKARTA (Arrahmah.com) – Tidak hairan dengan larangan dan ancaman terhadap rancangan komuniti yahudi di Indonesia untuk merayakan kemerdekaan Israel-laknatullah, Sabtu bulan lalu (14/05/2011), kini komuniti yang sama merancang mengadakan seminar akhir zaman “Persiapan Pembangunan Bait Allah” di Kelapa Gading Trade Center Hypermart Lt.2, Blok D “Quantum Hall”, Jalan Boulevard Barat Raya, Kalapa Gading, Jakarta Timur, Sabtu (25/06/2011). Nekad!

Siapa provokator kali ini?

Di sebuah laman Facebook berjudul Seminar Akhir Zaman “Persiapan Pembangunan Bait Allah” yang dibuat oleh Aristo Purboadji (yang ternyata seorang pendeta), diberitakan rancangan seminar akhir zaman bertajuk “Persiapan Pembangunan Bait Allah Israel”. Acara tersebut akan diadakan di Kelapa Gading Trade Center Hypermart Lt.2, Blok D “Quantum Hall”, Jalan Boulevard Barat Raya, Kalapa Gading, Jakarta Timur, Sabtu (25/06/2011), pukul 18.30 WIB.

Acara nekad tersebut juga akan mengundang Rabbi Yaakov Baruch dan Pendeta Aristo Purboadji. Acara tersebut gratis dan untuk kalangan sendiri. Mereka pun memberikan nombor info untuk dihubungi (021)44449950-60.

Mengapa mereka nekad mengadakan acara yang sangat menyinggung ummat Islam? Di laman tersebut mereka menjelaskan. Mengapa kita adakan seminar semacam ini? Ada beberapa alasan yang sangat penting, yaitu :

  • Kerana kita sudah berada di penghujung akhir zaman, di mana tanda-tanda digenapi.
  • Salah satu tanda terpenting adalah situasi politik Israel.
  • Banyak konsep akhir zaman yang sebenarnya adalah konsep Yahudi, seperti Kerajaan 1000 tahun, dll. Kita perlu belajar dari sumber Judaism untuk mempelajari konsep-konsep tersebut lebih mendalam.

Nampaknya, komuniti yahudi zionis Israel di Indonesia semakin nekad dan terbuka menjalankan misi dan tujuannya. Mereka juga tidak segan-segan untuk propaganda kebusukan zionis yahudi. Aristo Purboadji telah membuka sebuah grup terbuka di Face Book dengan nama Sion City Hebrew Center, yang visi dan misinya sebagai berikut :

Suatu divisi GBI GLOW Sion City dimana kita dapat belajar bahasa Ibrani untuk mendalami Alkitab dan memperkaya kualiti perkhidmatan khutbah. Dalam forum ini kita dapat membahas bahasa Ibrani kuno dalam Alkitab mahupun Ibrani modern. Instruktur: Pastor Aristo Purboadji, B.Sc, M.Th (dosen bahasa Yunani dan Ibrani di berbagai STT), Pastor Junianto Naibaho, Ir Frans Wuisang, Pastor Mozart Pardede, ST, Ev. Garry Tengker, S.Th, DR Spencer Hutapea, dan Pdp Alex Mamahit, S.Th. Pembina Center kami adalah Yaakov Baruch, seorang keturunan Yahudi yang memimpin suatu sinagoga Ohel Yaakov.

Bangkitlah wahai ummat Islam!

Ironis, di saat zionis yahudi Israel-laknatullah- mengebom saudara-saudara Muslim kita di Palestina, di saat Masjid Suci kaum Muslimin Al Aqsa ‘dikangkangi’ oleh keturunan kera dan babi yahudi, dan di saat anak-anak kecil dan para wanita Muslim Palestin dillucutkan kehormatannya, ternyata di negeri ini, di negeri majoriti kaum Muslimin, komuniti mereka nekad mengadakan seminar akhir zaman untuk melecehkan Islam. Tentu, ini adalah sebuah perbuatan yang nekad dan penghinaan kepada ummat Islam seluruh dunia!

Sedarlah wahai ummat Islam, kehormatan kalian saat ini sedang dikotori dan ghiroh Islam kalian sedang diuji. Apakah pembelaan kita kepada kaum Muslimin Palestin? Cukupkah kita berdiam diri saja? Bangkitlah wahai ummat Islam…!

Wallahu’alam bis showab!

(M Fachry/arrahmah.com)


sumber

Presiden YAMAN Tak Akan Pulang

RIYADH: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang kini dirawat akibat cedera terkena serpihan bom di sini, tidak akan kembali ke negara asalnya, kata seorang pegawai atasan Arab Saudi semalam, bercanggah dengan dakwaan Sanaa beliau akan kembali tidak lama lagi.
“Presiden Yaman itu tidak akan kembali ke Yaman. Belum diputuskan di mana beliau akan tinggal,” kata pegawai itu lagi, jelas memberi bayangan bahawa Saleh mungkin akan meninggalkan Arab Saudi ke negara lain.
Pegawai itu tidak menyatakan secara khusus sama ada keputusan untuk tidak kembali ke tanah airnya diambil oleh Saleh sendiri.

Pemimpin veteran itu diterbangkan ke sini 4 Jun lalu menaiki pesawat perubatan Arab Saudi, sehari selepas beliau cedera dalam satu letupan bom di dalam masjid dalam perkarangan kediaman presidennya di Sanaa dan tidak muncul di khalayak ramai sejak itu.

Laporan berhubung keadaan kesihatan Saleh agak samar-samar, namun Raja Bahrain, Hamad dilaporkan menelefonnya kelmarin, dua hari selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, berbual dengannya menerusi telefon.

Sejak ketiadaan Saleh, timbalannya, Abdrabuh Mansur Hadi ditekan hebat pihak tempatan dan antarabangsa supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan menubuhkan majlis pemerintahan sementara, langkah yang akan menghalang Saleh berkuasa semula.
Rabu lalu, Hadi bertemu wakil belia yang menuntut penggulingan Saleh sejak Januari lalu. Mereka mendesaknya memberi pendirian jelas berhubung tuntutan mereka dan memberinya tempoh dua minggu untuk memberi jawapan.

Pertemuan itu diikuti rundingan antara Hadi dan pembangkang Parlimen apabila mereka bersetuju menenangkan keadaan sebagai langkah pertama ke arah memulihkan proses politik.

Washington mengalu-alukan rundingan Hadi dengan pembangkang Saleh, yang menjadi sekutu utama Amerika Syarikat dalam perang ke atas al-Qaeda.

“Kami gembira dengan perkembangan bahawa Hadi sudah memulakan dialog dengan pembangkang dan mengadakan beberapa rundingan,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland.

“Seperti anda tahu, kami percaya tiada masa perlu dibazirkan untuk bergerak ke arah masa depan demokratik yang berhak dinikmati Yaman.”

Isnin lalu, penunjuk perasaan memberi Hadi tempoh 24 jam untuk mengisytiharkan pendiriannya berhubung gesaan mereka supaya beliau menyertai majlis dicadangkan bagi mengetuai negara itu secara maksimum sembilan bulan. – AFP

sumber

Friday, June 17, 2011

Anak Gaddafi Tawarkan Pilihanraya di LIBYA

Anak sulung penguasa Libya Muammar Gaddafi, Seif al-Islam, telah menyerukan pemilihan umum yang diawasi dunia sebagai salah satu cara untuk mengakhiri konflik di negara Afrika Utara tersebut.

Dalam sebuah wawancara dengan akhbar Itali Corriere della Sera di ibukota Tripoli pada Khamis lalu (16/6), Seif al-Islam mengatakan, "Pilihanraya adalah satu-satunya cara yang menyakitkan untuk keluar dari kebuntuan di Libya," lapor AFP.

"Kami dapat menahan mereka dalam waktu tiga bulan. Paling lama hanya sampai akhir tahun. Dan jaminan transparansi boleh menjadi kehadiran pemerhati antarabangsa," kata Seif al-Islam.

Dia menambahkan bahawa pilihan raya dapat diawasi oleh Uni Eropa atau Uni Afrika, PBB atau bahkan NATO.

Seif al-Islam mencatat bahawa dia yakin dengan kemenangan ayahnya di peti undi.

"Yang penting adalah bahwa kami memiliki suara yang bersih. Dunia akan menemukan bagaimana popularnya Gaddafi di negaranya," katanya menegaskan.

Puluhan pegawai Libya telah meninggalkan negara itu sejak Februari lalu ketika sebuah pemberontakan rakyat melawan kediktatoran Gaddafi di mulai.(fq/prtv)

sumber

Murtad di MALAYSIA, Mengapa PERKASA Senyap?

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu Islam dalam semua aspek dan hak pribumi tetapi mengapa senyap daripada memperkatakan isu murtad.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) walaupun presidennya juga adalah seorang ahli parlimen.

“Apakah pendirian Perkasa di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun lepas?

“Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?” tanya Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar).

Pemuda PAS, katanya curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh Perkasa jika isu murtad langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangannya yang wujud selama ini.

Baginya, hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, Perkasa sesuai menukar namanya kepada Perkasi.

“Bagi kami, perjuangan Perkasa hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. Perkasa langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini,” katanya.

Menurutnya, Perkasa akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno Barisan Nasional (BN) sahaja.

Beliau menambah, jelas rakyat perlu menolak perjuangan Perkasa yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanah air.

Dalam masa yang sama, ujarnya Perkasa dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan agama selama ini.

harakahdaily/-