Sunday, July 31, 2011

Pemancar TV LIBYA kena bedil

BRUSSELS: NATO melakukan serangan tepat ke atas tiga pemancar televisyen (TV) Libya untuk mendiamkan 'siaran pengganas' oleh rejim Muammar Gaddafi.

“Beberapa jam lalu, NATO menjalankan satu serangan udara tepat yang menggagalkan pemancar satelit televisyen Libya berpusat di darat di Tripoli, dengan hasrat melemahkan penggunaan televisyen satelit Gaddafi sebagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat Libya dan menghasut tindakan ganas ke atas mereka,” kata satu kenyataan.

Menurut kenyataan dikeluarkan jurucakap Pakatan, Kolonel Roland Lavoie, serangan itu dilakukan pesawat pejuang NATO menggunakan senjata tepat dan canggih.

“Kami kini dalam proses menilai kesannya.

“Campur tangan kami adalah perlu kerana TV digunakan sebagai satu komponen dalaman jentera rejim yang direka secara sistematik untuk menindas dan mengancam orang awam dan mencetuskan serangan ke atas mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, amalan Gaddafi meningkatkan siaran hasutan menggambarkan dasar rejimnya mencetuskan kebencian di kalangan rakyat Libya, bagi menggerakkan penyokongnya menentang orang awam dan mencetuskan pertumpahan darah.
“Dengan mandat melindungi nyawa orang awam, kami perlu bertindak. Selepas pertimbangan dan perancangan berhati-hati bagi meminimumkan risiko kematian atau kerosakan jangka panjang terhadap keupayaan pemancar televisyen, NATO melakukan serangan.

“Menyerang khusus piring satelit penting dalam mengurangkan keupayaan rejim untuk menindas orang awam, sementara pada masa sama melindungi infrastruktur siaran televisyen yang diperlukan selepas konflik,” kata kenyataan itu lagi.

Seorang wartawan AFP di Tripoli, berkata berbelas-belas letupan terbaru menggegarkan ibu kota Libya semalam, yang menjadi sasaran hampir setiap hari oleh serangan udara NATO.

Sejurus selepas jam 10 malam (waktu tempatan) Jumaat, sekurang-kurangnya 10 letupan kuatkedengaran di pusat bandar.

Awal pagi semalam, tiga letupan menggegarkan daerah berhampiran kediaman Gaddafi di tengah Tripoli dan menggegarkan hotel berhampiran yang didiami wartawan antarabangsa.

Televisyen Libya berkata, ibu kota itu ketika ini menjadi sasaran penyerang penjajah salib,” frasa ditujukan buat NATO.

Satu pengumuman dalam televisyen Al-Jamahiriya, berkata ibu pejabat televisyen Libya itu terkena serangan. Beliau tidak memberi perincian lanjut. – AFP

Sumber

LIBYA: Pembunuhan Abdel Fatah disiasat

BENGHAZI 30 Julai - Pemberontak Libya di Benghazi sedang menjalankan siasatan berhubung pembunuhan ketua tentera mereka, Jeneral Abdel Fatah Younis ketika rejim Muammar Gaddafi menuduh kumpulan al-Qaeda bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

"Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) telah melantik jawatankuasa siasatan dan kami akan menyiarkan semua fakta berhubung siasatan kes ini," kata Ali Tarhuni yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi NTC.

Younis merupakan orang kanan Gaddafi yang menyertai rampasan kuasa pada 1969, sebelum berpaling tadah menjadi ketua tentera pemberontak.

Tarhuni berkata, jenazah Younis yang dipenuhi kesan tembakan dan terbakar sepenuhnya telah ditemui awal semalam di pinggir bandar Benghazi, tetapi NTC hanya menerima berita kematiannya lewat kelmarin selepas ketua militia yang melakukan pembunuhan itu membuat pengakuan.

"Ketua militia itu kini ditahan," katanya sambil menambah beberapa lagi suspek yang dipercayai pengikut briged Jirah Ibn al-Obeidi masih belum diberkas dan motif pembunuhan masih tidak jelas. - AFP

Sumber

42 maut pertempuran sengit di YAMAN

ADEN 30 Julai – Sekurang-kurangnya 42 maut dalam pertempuran sengit berhampiran timur bandar Zinjibar yang kebanyakan kawasannya telah dikuasai kumpulan militan al-Qaeda.

Seramai 11 penduduk awam termasuk pegawai atasan terbunuh dalam pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan militan di Dofas, 15 kilometer selatan wilayah Abyan, ibu kota Zinjibar.

Semalam, kira-kira 29 anggota puak prokerajaan terbunuh akibat serangan udara dan pertempuran dengan kumpulan militan manakala berpuluh-puluh lagi cedera di timur Zinjibar. – AFP

Sumber

Saturday, July 30, 2011

LIBYA: Ketua pemberontak kena tembak, dibakar

Abdel Fattah Younes
Abdel Fattah Younes

Gaddafi disyaki dalang pembunuhan Abdel Fattah Younes

BENGHAZI/NALUT: Ketua pemberontak tentera Libya ditembak mati dalam kejadian yang disyaki berpunca daripada pertelagahan dalam pergerakan menyingkirkan Muammar Gaddafi atau dibunuh oleh penyokong Gaddafi.
Pembunuhan Abdel Fattah Younes yang dianggap misteri menjejaskan pergerakan anti Gaddafi ketika mereka semakin kukuh selepas diiktiraf negara Barat sebagai pemerintah baru Libya.

Fattah juga bertahun-tahun dekat dengan pentadbiran Gaddafi sebelum berpaling tadah bagi menjadi ketua tentera Majlis Pentadbiran Kebangsaan (TNC).

Penyokong yang berkabung kematiannya membawa mayat Fattah penuh dengan kesan tembakan dan dibakar ke medan utama di Benghazi, kubu kuat pemberontak di timur Libya.

“Kami bawa mayatnya ke sini semalam. Dia ditembak kemudian dibakar. Dia menelefon kami pada 10 pagi (Khamis) dan memberitahu dia dalam perjalanan ke sini,” kata anak saudara Fattah, Abdul Hakim.

Fakta pembunuhan Fattah juga masih kabur selepas dia diminta ke Benghazi ketika berada di medan tempur di bandar Brega.

“Pembunuhan ini nampaknya satu operasi anjuran penyokong Gaddafi. Anggota keselamatan Gaddafi memenuhi misi mereka untuk membunuh Fattah,” dakwa wartawan Libya dan aktivis berpejabat di London, Shamis Ashour.

“Mereka harap dapat cetuskan perbalahan di kalangan pemberontak. Nampaknya ada tali barut (Gaddafi) di kalangan pemberontak.

“Fattah berada di medan perang dan dipujuk kembali ke Benghazi dan dibunuh sebelum tiba di sana. Ini satu tamparan hebat kepada pemberontak,” katanya lagi.

Pembunuhan itu berlaku ketika pemberontak mula menyerang kawasan sebelah barat dan menerima lebih banyak daripada masyarakat antarabangsa yang diharapkan membolehkan mereka menerima aset berbilion dolar Libya yang dibekukan di negara asing.

Selepas khabar angin bertiup kencang, pemimpin politik pemberontak, Mustafa Abdel Jalil memberitahu Fattah dan dua pengawal peribadinya dibunuh sebelum menghadiri sesi soal siasat dengan jawatankuasa kehakiman pemberontak mengenai isu ketenteraan.

Tidak jelas di mana pembunuhan itu berlaku. Fattah tidak dipercayai ramai pemimpin kanan pemberontak kerana rekodnya sebelum ini menindas penentang Gaddafi.

Tetapi, kematiannya dianggap memberi tamparan hebat kepada mereka kerana 30 negara sudah memberi pengiktirafan kepada mereka ketika kemajuan di medan perang agak perlahan.

“Ramai ahli TNC adalah penyokong Gaddafi sejak lama dulu. Mereka adalah penasihat dan menyertai TNC selepas pemberontakan meletus beberapa lama,” kata Geoff Porter, perunding agensi North Africa Risk Consulting. – Reuters

Sumber

AFGHANISTAN: Dua bom meletup, 23 maut

KABUL 29 Julai - Seramai 23 orang awam di Afghanistan terbunuh hari ini dalam dua kejadian letupan bom membabitkan sebuah van mini dan sebuah traktor di wilayah Helmand yang bergolak di selatan Afghanistan.

Van mini tersebut sedang dalam perjalanan ke ibu negeri wilayah Lashkar Gah ketika letupan itu berlaku mengakibatkan kesemua 19 orang orang di dalamnya terbunuh.

Timbalan Ketua Polis, Kamaluddin Shirzai berkata, kesemua 19 orang di dalam kenderaan itu terbunuh termasuk seorang wanita.

Di daerah Garmsir di selatan Lashkar Gah pula, sebuah traktor terkena letupan di tepi jalan mengakibatkan empat orang terbunuh.

Kor Tentera Maiwand dari Helmand, Jeneral Sayed Malook berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) menggunakan alat letupan reka ganti (IED).

IED merupakan senjata kegemaran kumpulan Taliban yang telah menyebabkan ramai orang awam dan pasukan keselamatan terbunuh dalam tempoh 10 tahun ini. - AFP/Reuters

Sumber

Friday, July 29, 2011

PALESTIN - Pendatang Yahudi Serbu Makam Nabi Yusuf

Ratusan pendatang haram Yahudi menyerbu makam Nabi Yusuf di timur Nablus sebelum fajar Khamis semalam (28/7) di bawah perlindungan pasukan Israel untuk melakukan ritual yahudi.

Saksi mata mengatakan bahawa pemukim tiba dengan 16 bas dan pergi setelah fajar setelah bertempur dengan para pemuda Palestin dari kem pelaian Askar dan Balata.

Para pemuda Palestin menutup jalan di daerah tersebut, membakar ban, dan melemparkan batu ke arah pemukim Yahudi sementara pasukan pendudukan Israel menembakkan gas air mata kepada para pemuda Palestin.(fq/pic)

SUMBER

PALESTIN - Israel Mahu Usir 350 Pekerja Turki

Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman ingin mengusir sekitar 350 pekerja konstruksi Turki pada saat hubungan Israel dengan Turki semakin 'panas' setelah serangan armada Gaza tahun 2010.

Para pekerja Turki dibawa ke Israel untuk meng-upgrade kereta kebal buatan Industri Militer Israel melalui kontrak yang dilakukan di bawah perjanjian pertahanan.

Namun kementerian Perang Israel ingin memperpanjang visa pekerja Turki di tengah kekhuatiran bahawa mendepak para pekerja boleh mengurangi hubungan yang sudah suram dengan Turki.

Menteri Israel Ehud Barak dan Lieberman sendiri telah berselisih mengenai apakah harus memenuhi permintaan Turki untuk meminta maaf atas serangan pada Mei tahun 2010 lalu, sebelum memulihkan hubungan dengan Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelumnya mengadakan pertemuan kabinet pada hari Rabu lalu untuk memikirkan tuntutan Turki yang meminta adanya permintaan maaf, bayaran yang mesti dibayarkan kepada keluarga korban armada Gaza, dan mencabut sekatan yang ke atas di Jalur Gaza.(fq/pic)

sumber

LIBYA - Ghaddafi Berani Mati

pix_gal0
Pemimpin Libya tekad terus lawan pemberontak, NATO

TRIPOLI: Muammar Gaddafi menegaskan beliau bersedia berkorban bagi melawan pemberontak yang mengumumkan tarikh akhir bagi pemimpin itu meletak jawatan sudah berlalu.

“Kami tidak takut. Kami akan melawan mereka,” kata Gaddafi dalam satu mesej audio yang disiarkan lewat semalam merujuk kepada pakatan NATO dan kumpulan pemberontak. “Kami sanggup membayar dengan nyawa kami, wanita dan kanak-kanak.

Kami bersedia berkorban (diri sendiri) untuk melawan musuh,” katanya dalam satu mesej kepada penyokong setianya di bandar Zaltan berhampiran sempadan Tunisia. Gaddafi juga meminta penyokong beliau berarak ke wilayah pergunungan Nafusa, barat laut Tripoli dan menggesa penentang beliau menyerah diri.

“Pengancam serahkan senjata anda. Pilih, mati atau menyerah,” kata Gaddafi kepada pemberontak, sambil menambah bahawa tanpa sokongan NATO, musuhnya itu tidak boleh menawan wilayah pergunungan strategik berkenaan.

Pemberontak menggunakan Nafusa sebagai loncatan untuk maju ke ibu negara Libya bagi menyingkirkan regim Gaddafi.

Mesej Gaddafi dibuat selepas ketua pemberontak Majlis Pemberontak Kebangsaan berkata tawaran dibuat melalui Pertubuhan Bangsa-Bersatu yang akan membenarkan pemimpin itu kekal di Libya jika beliau meletak jawatan sudah berakhir.
Pengerusi NTC, Mustafa Mohamed Abdel Jalil berkata pemberontak menyerahkan kepada wakil khas PBB Abdul llah al-Khatin tawaran khusus bahawa Gaddafi boleh terus berada di Libya di bawah tiga syarat.

“Kami membuat satu cadangan. Tempoh sudah berakhir. Cadangan itu sudah tamat,” katanya kepada pemberita.

Di bawah tawaran itu, Gaddafi perlu mengenepikan dan melepaskan semua tanggungjawab, kediaman beliau akan menjadi pilihan kepada penduduk Libya dan beliau akan terus berada di bawah pemantauan, kata Abdel Jalil.

Sementara itu, Britain memberikan galakan kepada pemberontak dengan mengundang mereka untuk mengambil alih kedutaan Libya di London di mana rejim Gaddafi mengkritiknya manakala Washington berkata mereka sedang meneliti satu permintaan untuk mengiktiraf kumpulan pemberontak. – AFP

sumber

MESIR: Perbicaraan Mubarak akan diadakan di Kaherah

KAHERAH 29 Julai - Perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak di atas dakwaan membunuh pada 3 Ogos ini akan diadakan di Kaherah, lapor agensi berita MENA memetik pegawai Kementerian Kehakiman semalam.

“Mubarak dan dua anaknya, Alaa dan Gamal akan dibicarakan di bangunan Pihak Berkuasa Am Pelaburan dan Perdagangan Bebas di kawasan Ekspo Kaherah,’’ kata pegawai itu.

Mubarak yang digulingkan pada Februari lalu dalam pemberontakan rakyat kini ditahan di hospital Sharm el-Sheikh bagi membolehkannya menerima rawatan untuk penyakit jantungnya. - AFP

Sumber

AFGHANISTAN: 19 maut, kenderaan berisi bahan letupan meletup

KABUL 29 Julai - Sekurang-kurangnya 19 orang maut apabila tiga penyerang berani mati meletupkan kenderaan berisi bahan letupan di pintu pagar kawasan kompleks kerajaan di selatan Afghanistan.

Ketiga-tiga serangan itu berlaku pada waktu hampir sama di wilayah Uruzgan, kejadian keganasan terbaru di kawasan kubu jaringan pengganas, Taliban.

Taliban mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang menyasarkan rumah gabenor, ibu pejabat polis dan pejabat syarikat keselamatan swasta di bandar Tarin Kot. - Agensi

Sumber

Ketua pemberonak LIBYA Abdel Fatah Younes terbunuh

BENGHAZI: Jeneral Abdel Fatah Younes, bekas pegawai kanan rejim Muammar Gaddafi yang menjadi ketua pemberontak, dilaporkan terbunuh.

Pengumuman mengenai kematian Younes dibuat Pengerusi Majlis Pemberontak Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil, awal hari ini.
“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan bahawa ketua komander kita, Abdel Fatah Younes sudah meninggal dunia.

“Orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini sudah ditangkap," kata Abdel Jalil yang enggan mengulas lanjut..

Younes dilaporkan ditembak mati oleh sekumpulan bersenjata ketika dia dalam perjalanan ke Benghazi selepas dipanggil untuk menjelaskan kedudukan ketenteraan di barisan hadapan.

Kumpulan pemberontak mengumumkan tiga hari berkabung bagi memperingati pemergian Younes. - AFP

Sumber

Thursday, July 28, 2011

PALESTIN - Fatah Tangkap Puluhan Anggota Jihad Islam

Pasukan keamanan yang berafiliasi dengan Fatah telah menangkap puluhan anggota Jihad Islam pada subuh Rabu (27/7) dalam serangan di kem pelarian Al-Fawwar di kota Al-Khalil.

Sebuah sumber rasmi dari Gerakan Jihad Islam mengatakan pagi Rabu lalu terjadi kempen penangkapan dan menegaskan lima orang dari kem ditangkap, sementara tiga orang lainnya berhasil melarikan diri pada saat terakhir.

Pegawai Jihad Islam itu mengecam aksi penangkapan dan mengatakan insiden itu terjadi di bawah perintah langsung dari pasukan keamanan Israel.

Dia memperingatkan bahawa tindakan seperti itu mempengaruhi setiap kesempatan untuk mencapai rekonsiliasi nasional dan hanya melayani skema pendudukan Israel terhadap para pejuang Palestin.

Dalam insiden terkait, komite keluarga tahanan politik mengundang para Bankir Barat dan aktivis hak asasi manusia untuk berpartisipasi dalam perjalanan mingguan mereka yang akan berlangsung pada hari Khamis ini di Al-Khalil.

Panitia mengatakan dalam sidang media bahawa keluarga tahanan politik akan melakukan aksi protes atas penangkapan politik ilegal yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan pasukan keamanan di Tebing Barat.(fq/pic)

sumber

Perlis Undang Uthman El-Muhammady

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

NONEMenurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan 'terikat' pada siang hari ketika umat Islam berpuasa.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

NONEDikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai iman daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalam mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

azlanUsaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

sumber

Askar SYRIA ditembak mati 11 termasuk seorang kanak-kanak

NICOSIA 28 Julai - Pasukan keselamatan Syria menembak mati sekurang-kurangnya 11 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam serbuan 'balas dendam' di bandar Kanaker berhampiran Damsyik hari ini.

Menurut Ketua Pertubuhan Kebangsaan bagi Hak Asasi Manusia, Ammar Qurabi, pasukan keselamatan memasuki rumah-rumah pada waktu subuh dan menembak 11 orang dan lebih 250 orang ditangkap.

"Operasi yang dilakukan di bandar Kanaker yang mempunyai 25,000 penduduk itu menggunakan jentolak dan kereta kebal tentera. Sasaran mereka adalah penduduk yang berumur 15 hingga 40 tahun. - AFP

Sumber

Tiga cedera gempa bumi di tengah TURKI

ANKARA 28 Julai - Tiga cedera apabila terpaksa melompat keluar dari bangunan dalam keadaan panik selepas gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter melanda tengah Turki, lapor agensi berita Anatolia.

Menurut pegawai tempatan, berdasarkan Pusat Pemerhatian Kandilli yang berpengkalan di Istanbul, pusat gegaran adalah di daerah Ilgin di dalam Wilayah Konya.

Namun, kecederaan yang dialami mangsa tidak mengancam nyawa, kata Pentadbir Kanan Tempatan, Recep Kosal. - AFP

Sumber

Wednesday, July 27, 2011

Pesawat tentera MAGHRIBI terhempas, 78 maut

MAGHRIBI 26 Julai - Seramai 78 orang terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah, apabila pesawat Hercules C-130 milik tentera terhempas di kawasan pergunungan di selatan negara ini, hari ini.

Agensi berita MAP melaporkan, pesawat pengangkut milik Tentera Diraja Maghribi itu terhempas berhampiran bandar Guelmim, 600 kilometer ke barat daya bandar Rabat.

Pesawat itu dalam penerbangan dari selatan bandar Agadir ke Laayoune di Sahara Barat membawa sembilan anak kapal, 60 anggota tentera dan 12 orang awam.

Ketiga-tiga mangsa yang terselamat dan 42 mayat telah ditemui dan dibawa ke hospital tentera berdekatan.

Menurut kenyataan tentera, kemalangan tersebut dipercayai disebabkan keadaan cuaca buruk.

Sumber Kementerian Dalam Negeri berkata, pesawat tentera itu juga digunakan untuk mengangkut ahli keluarga tentera dan digunakan di sekitar Sahara.

Seorang saksi berkata, terdapat kabus tebal di kawasan tersebut ketika nahas itu berlaku pada pukul 9 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Ia merupakan nahas udara terburuk di Maghribi dalam tempoh beberapa dekad.

Kali terakhir ahas pesawat di Maghribi berlaku pada 1994 apabila 44 orang penumpang dan anak kapal pesawat Royal Air Maroc terhempas di barat daya bandar Agadir. - AFP

Sumber

PALESTIN - Hamas Hukum Mati 2 Ejen Israel

Pemerintahan Hamas Selasa pagi ini (26/7) menghukum mati dua warga Palestin kerana menjadi mata-mata untuk Israel.

Para pegawai Hamas mengatakan, kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku membekalkan pasukan Israel dengan informasi intelijen yang membantu mereka meneyrang warga Palestin termasuk pemimpin kelompok Hamas Abdul-Aziz al-Rantissi, yang syahid dalam serangan udara 2004 terhadap keretanya.

Gerakan Islam Hamas telah menguasai Jalur Gaza sejak mengusir faksi Fatah yang sekular dalam perang saudarl 2007.

Kelompok hak asasi manusia telah mengkritik hukum mati Hamas, yang diperbolehkan berdasarkan undang-undang Palestin, tetapi memerlukan persetujuan Abbas.

Tiga warga Gaza telah dihukum mati oleh pihak berkuasa Hamas tahun ini dan lima orang pada 2010.

Setelah eksekusi Selasa ini, keluarga mangsa membakar dan memprotes eksekusi tersebut di Gaza di tengah jalan sebelum dibubarkan oleh polis.(fq/ap)

sumber

MALAYSIA - Hasil Arak Tolak Rahmat Allah

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Merujuk kepada laporan Harakah dan turut disiarkan oleh akhbar The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil.

Juga dirujuk kepada berita laman web yahoo bertarikh 2 Jun 2011 Happy hours and other ways to get cheap(er) drinks in Kuala Lumpur ... It is often more expensive to get a drink in KL (http://www.thesocial.com.my/), dan tajuk laporan ‘Twenty One Kitchen and Bar, Travel Stories about Malaysia.

(Malaysia.travel.yahoo.com/inspirations/310-happy-hours-and-other-ways-to- get-cheaper-drinks-in-kuala-lumpur), Petikan ayat pertamanya, "It is often more expensive to get a drink in KL than in notoriously expensive cities like London and New York. Hefty government taxes are partly to blame, but many bars and restaurants contribute to the problem by having extremely high mark-ups.

Yang terbaharu laporan Harakahdaily bertarikh 26 Julai 2011, ‘Gesaan Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara’.

Berdasarkan rujukan di atas, adalah amat malang, zalim, mengaib dan amat memalukankan, kerajaan yang diterajui Umno/ BN dengan bangganya demi survival politik, mendakwa Malaysia sebuah negara Islam, telah mendedahkan kepada kemurkaan Allah di samping mengaib serta memalukan seluruh rakyat Malaysia dimata dunia atas sebab berikut;

1- Malaysia telah tersenarai 'top ten' peminum arak (termasuk bir) tertinggi dunia.

2- Amat banyaknya RM cukai yang dipungut dari hasil arak, maka hilanglah keberkatan dan rahmat dari Allah swt, bilamana punca pendapatan haram dibelanjakan untuk urus-tadbir dan bangun negara (negara kebajikan sebeginikah yang difahami oleh pentadbiran PM Najib?). Maka tidak hairan berbagai-bagai gejala akhlak buruk terjadi di Malaysia. Keburukan ini menjalar didalam hampir setiap bidang; politik, kepimpinan, pilihan raya, kehakiman, sosial dan adalah amat panjang untuk disenaraikan kesemuanya.

Jika sekiranya kerajaan Umno BN benar-benar ikhlas, iltizam serta ada keperihatinan serta secebis kataqwaan kepada Allah swt, langkah-langkah awal dan segera berikut sepatutnya boleh dilaksana dan kuat-kuasakan (termasuk minuman bir);

Pertama, diharamkan segala jenis media mengiklankan dan mempromosi minuman keras. (tidak terkecuali pada setiap kenderaan pengangkut arak)

Kedua, lebel pembungkusan/ pembotolan minuman keras hanya dibenarkan yang bersaiz kecil, misalnya, font yang tidak melebihi size-10.

Ketiga, dimestikan setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras mesti disertakan dengan amaran yang menunjukkan sebagai minuman menjijikkan dan memudaratkan kesihatan dan sosial serta juga bersalahan pada syarak serta juga lain-lain agama.

Kelima, dipamerkan gambar pada setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras akan kesan-kesan buruk dan menjijikkan akibat minum arak, seperti yang dipamirkan pada setiap kotak rokok.

Inilah beberapa langkah awal yang perlu dilaksanakan, jika kerajaan masih ada maruah Islam. Alangkah sesuai dan tepatnya jika desakan ini dipelopori oleh PAS, insya Allah, waLlahua'lam.

harakahdaily/-

sumber

Amidi Dipilih Sebagai Presiden ABIM 2011-13

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Amidi Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sesi 2011-2013 pada Muktamar Sanawi ke-40 yang diadakan pada 22 hingga 24 Julai lalu di tapak Expo Pertanian Maha (MAEP) Serdang.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, muktamar yang bertemakan ‘Memacu Wawasan Tamadun Khayra Ummah’ turut memilih Mohd Naim Mohd Noor sebagai timbalan presiden.

Naib-naib presiden terdiri daripada Ahmad Saparudin Yusup (kebangsaan), Jufitri Joha (antarabangsa) dan Fadhlina Datuk Dr. Siddiq (hal ehwal wanita).

Penolong setiausaha agung diamanahkan kepada Mohd Faisal Abdul Aziz dan setiausaha kewangan ialah P Aizan Tukirin.

Beliau juga memaklumkan, Abim akan melancarkan program "Semurni Kasih Ramadhan" di peringkat negeri serta daerah sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 1432H.

Katanya, antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), program Smart Solat, qiamullail dan beberapa program berkaitan.

“Segala makluman lanjut mengenai program ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

sumber

MALAYSIA - Blogger Yahudi?

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberikan penjelasan berhubung tindakannya menggunakan khidmat blogger Yahudi untuk kepentingan dirinya.

PAS Wilayah Persekutuan dalam desakannya meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan beliau menggunakan khidmat blogger Yahudi untuk mempromosikan dirinya di peringkat antarabangsa.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, laporan beberapa portal berita beberapa hari lalu dan hari ini menunjukkan Perdana Menteri membayar satu jumlah wang kepada bloger Yahudi itu.

Menurutnya, khidmat bloger Yahudi itu digunakan oleh Perdana Menteri bagi memperbaiki imej beliau dan juga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di peringkat antarabangsa.

"Kami mendesak Najib menjelaskan adakah benar dakwaan tersebut kerana kita difahamkan blogger yang dimaksudkan itu merupakan kumpulan Yahudi yang menyokong Israel menjajah bumi Palestin dan juga anti kepada agama Islam," katanya.

Jika benar dakwaan itu, menurut beliau, ia merupakan satu tindakan serius yang melukakan hati umat Islam seluruh dunia, apabila seorang Perdana Menteri negara majoriti beragama Islam menggunakan khidmat Yahudi yang jelas anti Islam.

"PAS Wilayah Persekutuan mendesak juga supaya dijelaskan dari manakah dana tersebut diperolehi untuk membayar blogger Yahudi tersebut?" katanya.

Adalah membimbangkan, katanya, jika sekali lagi wang rakyat digunakan untuk membayar pelobi Yahudi dan Perdana Menteri sendiri berhubung dengan Yahudi.

sumber

Tuesday, July 26, 2011

PALESTIN - Israel Bangunkan Lapangan Terbang Kedua

Sementara Palestin tidak punya satu pun lapangan terbang, sekarang Israel, yang sedang menjajah Palestin, akan segera membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa kedua, setelah lapangan terbang Ben Gurion.

Lapangan terbang kedua itu akan dibangun di utara Eilat dan diharapkan dapat 'mempromosikan kemajuan ekonomi Israel dengan membuka tanah untuk kawasan pelancongan, perdagangan dan perumahan.

Kabinet Israel, Knesset, menyetujui pembangunan lapangan terbang antarabangsa kedua ini Ahad lalu. Ia bakal di Timna, 18 kilometer utara Eilat, dan akan menggantikan lapangan terbang lama yang ada di kota itu. Pembangunan diperkirakan memakan waktu sekitar tiga tahun dan menelan biaya NIS 1.7 billion.

Pemerintah Israel merancang menamakannya dengan nama Ilan Ramon, seorang astronaut Israel yang terbunuh dalam bencana pesawat ulang-alik Columbia 2003 dan anaknya Asaf Ramon, yang meninggal enam tahun kemudian ketika jet tempur F-16-nya jatuh di Tebing Barat.

Lapangan terbang itu merupakan sebagian dari rancangan komprehensif untuk memperbaiki infrastruktur transportasi Eilat. Selain lapangan terbang, perkhidmantan kereta elektrik dan stesen bas yang akan dibangun dalam beberapa tahun akan datang, selain pelebaran jalan utama yang menghubungkan Eilat ke seluruh negeri.

Di Palestina? Tidak pernah terjadi hal itu. (sa/haaretz)

sumber

PALESTIN - Konvoi Scotland Dilarang Masuk Gaza

Seorang aktivis politik terkemuka mengatakan konvoi bantuan Scotland ke Gaza telah ditolak masuk meskipun menerima keizinan dari semua tempat untuk memasuki wilayah Rafah.

Dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Press TV, Dr. Hasan Nowarah, anggota konvoi bantuan Scotland, mengatakan bahawa tidak ada alasan untuk menolak masuk konvoi mereka.

"Sementara dia (seorang pegawai perbatasan) sedang mewawancarai saya, saya terkejut, dia membuka folder dan saya melihat dengan mata saya sendiri ... semua maklumat terperinci kami berada di sana ... mereka menyedari kedatangan kami di sana," kata Nowarah.

"Kami memperoleh semua informasi yang diperlukan dan visa untuk kenderaan kami, untuk konvoi bantuan kami, untuk kereta kami - semuanya untuk masuk ke Gaza," tambahnya.

Konvoi Scorland meninggalkan Britaian menuju ke Gaza, tetapi telah mengalami kelewatan di Itali dan pelabuhan Alexandria, Mesir, baru kemudian ditolak di penyeberangan Rafah.

Konvoi adalah reflektif dari Armada Kebebasan II, menyusul sebelumnya pada tahun 2010 ada misi seperti itu, di mana Israel menyerang armada pada tanggal 31 Mei 2010 di perairan antarabangsa, mengorbankan sembilan aktivis Turki dan mencedarakan sekitar 50 lainnya.

Pada tahun 2007, Israel memberlakukan sekatan atas wilayah Gaza yang mencetuskan krisis kemanusiaan.(fq/prtv)

sumber

PALESTIN - PBB Tunda Laporan Mavi Marmara Diserang

PBB pada hari Isnin lalu (25/7) menegaskan sebuah laporan PBB mengenai serangan maut Israel yang mengorbanan sembilan orang Turki di atas kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis pro-Palestin tahun lalu akan ditunda sampai akhir Ogos.

Jurucakap PBB Martin Nesirky tidak memberikan tarikh khusus untuk penundaan laporan, yang pegawai Israel mengatakan penundaan diperkirakan sampai pada 20 Ogos.

Para pegawai PBB awalnya menyatakan laporan oleh panel penyelidik yang berjumlah empat orang dapat diselesaikan pada bulan Februari, lalu April dan yang paling baru, pada akhir Julai.

Ditanya tentang pernyataan terbaru oleh para pegawai Israel, Nesirky mengatakan kepada wartawan: "Para anggota panel armada setuju untuk menunda menyelesaikan laporan sampai nanti di bulan Ogos." Dia tidak memberikan alasan penundaan itu.

Laporan PBB tentang serangan Israel pada Mei 2010 terhadap kapal Marmara Mavi yang cuba melanggar sekatan di Jalur Gaza telah menjadi sandungan bagi Israel, yang tetap menolak tuntutan Turki untuk meminta maaf.

sumber

PALESTIN: Israel pintas bot seludup senjata

BAITULMAQDIS 25 Julai – Pasukan tentera dan polis Israel hari ini memintas sebuah bot yang dipercayai membawa sejumlah senjata api untuk diseludup di Laut Mati dan menahan dua warga Palestin.

Menurut pasukan tenteranya, bot tersebut dipercayai digunakan untuk menyeludup senjata api dari Jordan ke Palestin dan menemui 10 pucuk raifel Kalashnikov serta 10 bekas peluru.

“Ia merupakan percubaan menyeludup yang berani,” katanya. – AFP

Sumber

Monday, July 25, 2011

PALESTIN - Israel Tak Akan Minta Maaf dari Turki

Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman mengatakan Israel tidak memiliki alasan untuk meminta maaf kepada Turki atas serangan armada tahun lalu yang mengorbankan sembilan aktivis Turki.

"Israel tidak memiliki alasan untuk meminta maaf kepada Turki. Meningkatkan hubungan dengan Turki dalam kepentingan kedua negara, tapi ini sebaiknya tidak datang hanya pada kepentingan Israel saja, "dipetik Jerusalem Post atas pernyataan Lieberman yang mengatakan pada hari Ahad (24/7).

Lieberman menambahkan bahawa partinya Beiteinu tidak akan mengundurkan diri dari pemerintah Israel, jika Tel Aviv memutuskan untuk meminta maaf kepada Turki.

Pernyataan Menteri Luar Negeri ini datang pada saat forum lapan menteri Israel diadakan pada Ahad lalu untuk membahas hubungan dengan Turki setelah Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik tindakan "tidak manusiawi" Israel di Konferens Duta Besar Palestin di Istanbul pada hari Sabtu sebelumnya.

"Sampai Israel secara rasmi meminta maaf, membayar kompensasi kepada keluarga orang yang meninggal dan mengangkat embargo di Gaza, normalisasi hubungan antara kedua negara tidak akan terjadi," kata Erdogan.

Perdana Menteri Turki menambahkan selama pertemuan itu bahawa "Jika kalangan antarabangsa, khususnya PBB dan AS, terus memberikan kredit kepada perlakuan sepihak Israel dan mengabaikan tindakan yang tidak manusiawi Israel, saya secara terbuka mengatakan, mereka tidak akan boleh mengelak daripada dilihat sebagai pelaku jenayah ini juga."

Sebuah panel PBB yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Ireland Utara Geoffrey Palmer diharapkan mengeluarkan sebuah laporan penyelidikan insiden maut di armada Gaza 2010 dalam seminggu akan datang, laporan mengatakan.(fq/prtv)

sumber

PALESTIN - Pertahanan Udara Israel Yang Canggih



Nazaret – PIP: Akhabr Israel "Yediot Aharonot" edisi Ahad (17/7), mengungkapkan bahawa selama empat tahun ke hadapan Israel dipastikan telah menempatkan sistem pertahanan roket udara terbesar, yang mencakup semua ruang udara Israel. Sistem ini menurut Israel sebagai sistem pertahanan terbesar di dunia. Beberapa bahagian dari sistem tersebut sudah ada sejak beberapa tahun dan sebahagian lainnya sedang dikerjakan dengan dukungan kewangan dan teknik dari AS secara langsung.

Akhbar Israel "Yediot Aharonot" mengatakan dalam beberapa hari akan datang militer Israel akan memaparkan sebuah rancangan komprehensif untuk melindungi ruang udara Israel dari serangan roket dan peluncur roket, yang dianggap Israel sebagai "ancaman utama" yang mengancamnya saat ini. Rancangan ini meliputi pengembangan dan produksi persenjataan dan sistem pertahanan aktif (roket anti roekt) yang paling maju di dunia.

Rancangan ini digambarkan sebagai "rancangan darurat nasional". Dalam tahun-tahun mendatang akan dicairkan antara dua billion dolar sampai 2,3 miliar dolar untuk pendanaannya. Mencakup empat tahap yang saling terkait, termasuk sistem senjata anti-roket balistik, anti-peluncur roket berat dan anti-peluncur roket jangka pendek. Tahap pertama ini bekerja berdasarkan rudal "Hits 3", yang fungsinya untuk mencegat peluru balistik jarak jauh di luar atmosfera. Pada tahap kedua bekerja berdasarkan "Hits 2", yang beroperasi di pinggiran atmosfera.

Tahap ketiga, yang merupakan tahap cetral, fungsinya adalah untuk menghadang peluncur roket berat, seperti "M 600" Syria, "Fajar", dan rudal jelajah. Jawaban terhadap peluncur roket ini akan disediakan oleh sistem-penangkal yang disebut "tongkat sihir". Projek ini akan akan melibatkan Amerika juga. Sistem "tongkat sihir" ini memungkinkan untuk dioperasikan sejak tahun 2015 nanti. Dan tugas tahap keempat adalah mencegat peluncur roket jarak pendek, yang kerjanya berdasarkan sistem pertahanan "Iron Dome" yang telah terbukti berhasil mengatasi roket Grad, yang diluncurkan dari Jalur Gaza.

Pemerintah AS baru-baru ini telah berjanji mentransfer dana ke Israel sebsar 205.000.000 dolar untuk melanjutkan pasukan dan pengembangan sistem anti rudal "Iron Dome". Keempat tahap ini beroperasi berdasarkan serangkaian radar dari jenis "Oren Yurok" dan "Oren Adair" yang membantu sistem "Hits", juga berdasar radar "X" jarak jauh yang dipasang Amerika di Negev dan berbagai radar perisai yang membantu sistem "Iron Dome" dan di masa mendatang akan membantu sistem "tongkat sihir" juga.

Semua sistem pertahanan ini akan bekerja di bawah rencana ini dengan koordinasi penuh dan akan dihubungkan ke satelit AS dan Israel yang memantau peluncuran peluru berpandu dan peluncur peluru berpandu di Timur Tengah. (asw)

sumber

Quran Syiah

Saif Al Battar

Ahad, 24 Juli 2011 21:52:49

Hits: 600

Salah satu perbedaan yang tajam antara akidah Islam dan doktrin Syi’ah adalah cara pandang terhadap kitab suci Al-Qur’anul Karim.

Pandangan Islam Terhadap Al-Qur’an

Al-Qur’an adalah kitab suci kaum muslimin dan rujukan pertama dalam memahami Islam. Keimanan kepada al-Qur’an merupakan salah satu rukun dari rukun iman yang enam. Ahlus Sunnah wal Jama’ah meyakini seyakin-yakinnya bahwa Al-Qur’an Al-Karim adalah Kalamullah yang terpelihara dari perubahan, penambahan atau pengurangan. Karena, Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” (Qs. Al-Hijr 9).

Ayat ini adalah jaminan dari Allah sendiri, bahwa kitab suci-Nya tidak akan mengalami pengurangan atau penambahan atau pun perubahan. Sebab, Allah sendiri-lah yang akan langsung menjaganya. Allah juga berfirman:

“Dan Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang padanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji” (Qs. Fushshilat 41-42).

Allah telah menegaskan bahwa kitab suci-Nya Al-Qur’an ini diturunkan dengan persaksian dan keilmuan Allah.

….Syi’ah meyakini bahwa Al-Qur’an yang ada sekarang bukanlah Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi karena telah dirubah dan dikurangi….

Pandangan Syi’ah Terhadap Al-Qur’an

Syi’ah berkeyakinan bahwa tidak ada yang mengumpulkan Al-Qur’an dengan lengkap selain Ali bin Abi Thalib dan para imam sesudahnya. Mereka meyakini bahwa Al-Qur’an yang ada sekarang bukanlah Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi karena telah dirubah dan dikurangi. Mereka meyakini adanya mushaf (kitab suci) yang disebut mushaf Fathimah. Mushaf ini adalah Al-Qur’an yang asli (belum mengalami perubahan) Yang tiga kali lebih tebal daripada Al-Qur’an yang ada di tangan kaum muslimin saat ini, dan mushaf tersebut akan kembali hadir ke dunia dengan dibawa oleh Imam yang ke-12 yaitu Imam Mahdi.

Al-Kulaini, seorang ulama Syi’ah, meriwayatkan dalam Ushuul al-Kaafi bab al-Hujjah, dari Abu Bashir dari Abu Abdillah ia berkata:

وَ إِنَّ عِنْدَنَا لَمُصْحَفَ فَاطِمَةَ (عليها السلام) وَ مَا يُدْرِيهِمْ مَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ (عليها السلام) قَالَ: قُلْتُ: وَ مَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ (عليها السلام) قَالَ مُصْحَفٌ فِيهِ مِثْلُ قُرْآنِكُمْ هَذَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَ اللَّهِ مَا فِيهِ مِنْ قُرْآنِكُمْ حَرْفٌ وَاحِدٌ

“Sesungguhnya di sisi kami terdapat Mushaf Fathimah-‘alaihas salam-. Tahukah mereka apakah Mushaf Fathimah-‘alaihas salam- itu ?” Saya menjawab, “Apakah Mushaf Fathimah itu?” Dia berkata, “Di dalamnya terdapat seperti al-Qur’an kalian ini sebanyak tiga kalinya. Demi Allah, tidak ada di dalamnya satu huruf pun dari al-Qur’an kalian”(Ushuul al-Kaafi bab al-Hujjah).

Kekufuran Syi’ah Terhadap Al-Qur’an

kaum muslimin sejak zaman Nabi hingga kini telah ber-ijma’ bahwa al-Qur’an yang ada di tengah-tengah umat ini adalah Al-Qur’an yang asli sebagaimana diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Tidak mengalami penambahan, pengurangan, ataupun perubahan. Tidak ada yang menyelisihi ijma’ ini kecuali Syi’ah.

Allah telah berfirman:

“Akan tetapi Allah bersaksi atas apa yang Dia turunkan kepadamu (yakni Al-Qur’an). Allah telah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan para malaikat-pun menjadi saksi (pula). Dan cukuplah Allah sebagai saksi” (QS. An-Nisa’ 166).

Allah telah menegaskan bahwa kitab suci-Nya Al-Qur’an ini diturunkan dengan persaksian dan keilmuan Allah . Maka tidak mungkin jika al-Qur’an yang telah disaksikan oleh Allah akan kebenarannya itu ternyata mengalami perubahan meskipun sedikit.

….Barangsiapa yang meyakini adanya perubahan dalam Al-Qur’an sepeninggal Rasulullah, maka ia telah kafir…

Para ulama juga telah ber-ijma’ bahwa barangsiapa yang meyakini adanya perubahan dalam Al-Qur’an sepeninggal Rasulullah, maka ia telah kafir. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam kitabnya, Ash-Sharimul Maslul:“Barangsiapa mengklaim bahwa Al-Qur’an telah dikurangi sebagian ayat-ayatnya, atau disembunyikan maka tidak ada perselisihan lagi tentang kekafirannya.”

[Sumber: Lajnah Ilmiah Hasmi, “Syiah Bukan Islam?” Bogor: Pustaka MIM].

sumber

Sunday, July 24, 2011

RUSIA - Pejuang Bunuh Kolonel Rusia

Pejuang Islam yang paling dikehendaki Rusia mendakwa bulan lalu di Moscow telah menembak seorang kolonel yang dinyatakan bersalah mencekik sampai mati seorang gadis 18-tahun di Chechnya yang dilanda perang.

Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pemimpin gerila Islam Doku Umarov mengatakan melalui video yang dihantar di laman Kavkazcenter pada Sabtu malam lepas(23/7) bahawa dia bertanggung jawab atas kematian kolonel Yuri Budanov.

"Saya berbicara kepada anda hari ini tentang peristiwa menyenangkan: kelmarin, pada tanggal 10 Jun, Allah dengan kehendak-Nya membawa kami ke perayaan besar, menghukum salah satu pembunuh sadis, terkutuk, Yuri Budanov," kata Umarov.

"Nasib yang sama, balas dendam yang sama menunggu yang lain," tambahnya.

"Biarkan ini terjadi lebih sering dan ini menjadi perayaan bagi umat Islam."

Dalam rakaman video Umarov tampilkan duduk di sebelah seorang lelaki berjanggut yang diidentifikasi sebagai komandan Brigade Riyadus-Salikhiyn - kelompok yang sama yang pada tahun 2004 melakukan penyanderaan di sekolah di Beslan yang mengorbankan 334 orang.

Budanov - seorang komandan perwira paling utama dihukum kerana jenayah perang di hampir dua dekade pertempuran di Chechnya - dipenjarakan tahun 2003 setelah percubaan kontroversial pembunuhan seorang remaja tempatan Kungayeva Elza.

Dia dibebaskan pada Januari 2009 setelah menjalani kurang dari enam tahun dari 10 tahun hukumannya dan tidak mendapat dakwaan kekerasan seksual meskipun adanya protes keluarga.

Budanov menjadi pahlawan nasionalis bahkan sebelum dihukum tetapi ia lebih suka untuk tetap keluar dari politik dan menjadi pusat perhatian awam setelah dia dibebaskan.

Penemuan tubuhnya yang penuh peluru ini menimbulkan kekhuatiran adanya serangan balasan dari nasionalis Rusia dan kekhutiran bahawa pembunuhan itu dimaksudkan untuk lebih membangkitkan ketegangan etnik.

Pemakaman Budanov dihadiri oleh para pemimpin kanan Rusia seperti Vladimir Zhirinovsky dan disertai penghormatan militer.

Tapi sumber polis yang tidak disebutkan namanya mengatakan kepada Interfax bahwa penyelidik kini mengkaji rakaman video Doku Umarov.(fq/afp)

sumber

Pendedahan Susulan Kes Cincin RM 74 Juta

Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.

Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.

Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


Sila klik gambar ini untuk melihat imej penuh borang K2

Antara maklumat yang tertera dan dapat dibaca mengikut turutan (dan juga 'case sensitive') ialah;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Ini menimbulkan keraguan pada borang kastam K2 yang digunakan untuk menyelamatkan Imelda Rosmah. Anda lihat betul-betul, seolah-olah ada cop yang bertindan dua kali. Tunggu siri pendedahan akan datang sedikit masa lagi. Pendedahan yang akan memperincikan segala kepincangan borang K2. Kita tinggalkan dulu keraguan ini, bak lagu nyanyian Vanessa William hasil nukilan Phil Galdston - "Save the Best for Last".

Berbalik kepada pegawai kastam di atas. Setelah diusul periksa dengan keterbatasan maklumat yang diperolehi, dapat dikenalpasti melalui laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang telah dikemaskini hingga bulan Julai 2011, bahawa Abd Najid sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan. Daripada maklumat online tersebut, 'Aras 9 Selatan' merujuk kepada alamat Putrajaya kerana maklumat nombor telifon pejabatnya yang berpangkal 03-888X XXXX.

Lihat printscreen di bawah, dan disertakan juga pautan-pautan dari mana datangnya printscreen tersebut;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/muat-turun/finish/5/533


Keratan di bawah ini pula maklumat yang juga menunjukkan Abd Najid bertugas di bawah Cawangan Perkhidmatan/Latihan yang juga tertera nombor sambungan sepertimana keratan di atas;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/qcontacts/233-cawangan-perkhidmatanlatihan-latihan/611-abd-najid-b-abdul-razak

Bukankah perkara berbangkit ini menimbulkan keraguan? Siapa sebenarnya Abd Najid ? Adakah Abd Najid merupakan pegawai yang sepatutnya menurunkan tandatangan le atas borang K2 tersebut, sedangkan beliau bukan dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang yang berpejabat di KLIA ?

Imej printscreen bersama pautan-pautan di laman rasmi KDRM (yang diupdate hingga bulan Julai 2011) seharusnya menjadi satu petunjuk betapa ragunya nama pegawai yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan pada borang K2. Tidakkah Cawangan Pemeriksaan Penumpang mempunyai pegawainya sendiri untuk meluluskan borang K2 tersebut? Atau adakah kerana suatu misi sulit, terpaksa mengimport pegawai dari cawangan lain dari Putrajaya untuk kelulusan borang kastam K2 ?

Untuk pengetahuan, perakuan K2 dilakukan di kargo KLIA untuk eksport berkapasiti kargo manakala untuk kapasiti 'hand carry'pula, terdapat kaunternya dalam lapangan terbang KLIA itu sendiri. Diyakini kaunter itu juga menempatkan pegawai bertugas untuk memberi pengesahan borang K2 dan seterusnya pelepasan eksport dengan menandatangan borang kastam K2 sepertimana yang dilakukan oleh Abd Najid.

Kita rakyat berhak merasa curiga di atas kepincangan demi kepincangan yang tidak dapat dielakkan ketika 'kemungkinan' cubaan menipu untuk menyelamatkan VVIP tertentu kerap berlaku. Cukup-cukuplah kita lebih 50 tahun ditipu, kini dengan teknologi maklumat, dengan adanya maklumat, dengan kekuatan maklumat, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

Sebagai penutup, ingin saya ulang pendirian dalam entry ini. Nama Abd Najid dilibatkan dalam entry ini kerana nama tersebut tertera dalam borang kastam K2 yang kita bincangkan. Tiada niat untuk mempersenda si penama, tetapi hanya menampilkan maklumat di atas keterbatasan maklumat. Ini kerana terdapat usaha untuk menghalang daripada maklumat diperolehi dengan mudah, sedangkan maklumat itu sepatutnya tiada masalah untuk didedahkan demi kepercayaan rakyat ke atas agensi-agensi terpenting kerajaan. Ia termasuklah agensi polis, imigresen, SPR dan juga termasuklah kastam.

Nilaikanlah setiap maklumat itu dengan kebijaksanaan yang telah dikurniaNya. Tok Kaduk sudah habis zamannya, Pak Pandir makin bijaksana, Lebai tidak lagi malang. Ayuh bersama ombak perubahan.


EDYES @ edyesdotcom
Tunggu siri pendedahan seterusnya...

sumber

Video Polis Sesuai Untuk Tv Hitam Putih

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

SUMBER

Aktivis Pro-PALESTIN Kutuk Serangan di NORWAY

Sayap pemuda Parti Buruh salah satu korban penembakan di pulau Utoeya adalah pendukung hak-hak Palestin dan sering menyerukan diakhirinya pengepungan Israel di Jalur Gaza.

Dalam pernyataan setelah serangan mengejutkan Jumaat lalu, kempen Eropah untuk mengakhiri pengepungan di Gaza (ECESG) mengatakan ''bahawa terlepas dari identiti mereka yang terlibat dalam serangan itu, pertumpahan darah dan intimidasi dari orang yang tidak bersalah adalah tindakan terkutuk."

"Serangan tidak pernah dibenarkan dan pelanggaran prinsip-prinsip kemanusiaan dan kewajiban moral'', pernyataan itu mengatakan.

Perdana Menteri Norwegia Jens Stoltenberg, yang bermarkas di pusat kota Oslo yang terkena serangan bom, pada hari Khamis sebelumnya membuka acara sayap pemuda parti Buruh di pulau Utoeya di mana penembakan terjadi. Salah satu topik yang dibahas pada acara di pulau itu adalah isu-isu tentang Palestin dan mengakhiri pengepungan di Jalur Gaza, ECESG mengatakan, menambahkan bahawa bendera Palestin dan sepanduk anti Israel berkibar di kem yang ada di pulau tersebut.

Tindakan luar negeri Pro-Palestin Norway telah menerima penolakan kuat dari Israel dan pendukungnya di dalam negeri.

Juga di antara mereka yang mengutuk serangan adalah Palestinian Non-Governmental Organizations Network (PNGO), yang memiliki 132 organisasi anggota yang bekerja di bidang pembangunan yang berbeza.

Dalam sebuah pernyataan, jaringan PNGO mengirim ucapan belasungkawa kepada keluarga yang terbunuh dalam serangan dan berharap cepat sembuh bagi mereka yang cedera.

PNGO juga berharap adanya kestabilan, keselamatan, dan kemakmuran bagi Norway dan rakyatnya.(fq/pic)

sumber

Kedegilan Israel paksa PALESTIN ke PBB

ISTANBUL 23 Julai - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menyatakan Palestin terpaksa mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk pembentukan sebuah negara baru berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan penjajahan.

"Ia bukan satu tindakan sebelah pihak. Kami terpaksa. Apa yang bersifat sebelah pihak adalah pembinaan penempatan haram Israel,'' katanya ketika berucap dalam pertemuan dengan diplomat Palestin dari seluruh dunia di sini.

Palestin akan mendapatkan sokongan PBB berhubung pembentukan sebuah negara baru pada Perhimpunan Agung PBB September ini.

Abbas berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak dapat diteruskan berikutan keengganan beliau mengenai perkara asas iaitu pembentukan sempadan 1967 dan menghentikan pembinaan penempatan haram.

"Pilihan pertama, kedua dan ketiga adalah untuk pulang ke meja rundingan,'' katanya.

Beliau menambah, keputusan untuk mendapatkan sokongan PBB telah mendapat persetujuan banyak pihak termasuk pergerakan Fatah dan Hamas. - AFP

Sumber

Saturday, July 23, 2011

LIBYA: Gaddafi enggan runding

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menolak rundingan dengan pemberontak yang berusaha mengakhiri pemerintahan 40 tahunnya.

Beliau sebaliknya menyuarakan keyakinan kumpulan yang setia kepadanya akan mencapai kemenangan meskipun pemberontak mendakwa mereka sudah berjaya menyusup masuk ke bandar Tripoli.


Dalam ucapannya yang disiarkan televisyen negara itu malam tadi, Gaddafi berkata perjuangan pemberontak yang bermula lima bulan lalu adalah sia-sia meskipun mereka mendakwa mencapai kejayaan.

“Keputusan pertempuran itu sudah ditentukan. Ia memihak kepada rakyat.


“Mereka tidak boleh mengalahkan kita. Mereka akan ditumpaskan dan mereka akan pulang dengan tangan kosong.


“Saya tidak akan berunding dengan mereka. Tidak akan ada perbincangan antara saya dengan mereka,” kata Gaddafi.

Dalam ucapan kedua, Gaddafi menggesa pemimpin suku kaum di Misrata, bandar ketiga terbesar Libya dan satu daripada dua wilayah yang dikuasai pemberontak supaya berarak ke pusat bandar itu untuk membebaskannya.


Sementara itu, kumpulan penentang Gaddafi berkata, anggotanya yang bersenjata dan terlatih sudah menyusup masuk ke Tripoli untuk melancarkan misi terhadap sasaran kerajaan.

“Mereka terdiri dari kumpulan kecil dan pejuang yang baik dan mendapat latihan di Benghazi,” kata pemerintah pasukan pemberontak, Fawzi Bukatif.


“Kami membekalkan mereka senjata dan bom tangan,” kata pemerintah kumpulan itu, Fawzi Bukatif.


Pemberontak juga berkata mereka berjaya mengusir sejumlah besar tentera yang setia dengan Gaddafi dari Brega dan kini bersiap sedia untuk mara ke Tripoli dari Misrata serta dari satu lagi kubu kuat mereka di pergunungan Nafusa. - AFP

Sumber

PM MESIR janji penuhi tuntutan penunjuk perasaan

KAHERAH: Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf semalam berjanji untuk memenuhi tuntutan penunjuk perasaan.

Bercakap kali pertama selepas penyusunan semula Kabinetnya, Essam berkata, matlamat revolusi menjadi keutamaannya.


Beliau berjanji demikian beberapa jam selepas Kabinet barunya mengangkat sumpah.

Essam juga berkata, kerajaannya akan mengutamakan perbicaraan bekas pegawai rejim Mubarak yang didakwa rasuah. - AP

Sumber

Tel Aviv ancam bubar perjanjian dengan PALESTIN

TEL AVIV: Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon semalam mengulangi amaran kepada Pihak Berkuasa Palestin berhubung usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa untuk sebuah negara Palestin merdeka.

Ayalon mendakwa keputusan itu boleh membawa kepada kekecewaan dan mungkin keganasan di wilayah yang dijajah Israel dan rejim itu mungkin membubarkan perjanjian yang sudah dicapai dengan Palestin.


Palestin bercadang mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September ini.

Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat menentang usaha berkenaan.


Untuk menjadi anggota PBB memerlukan usul daripada Majlis Keselamatan dan diluluskan oleh dua pertiga anggota Dewan Perhimpunan atau 128 negara.


Setakat ini lebih 100 negara mengesahkan perisytiharan kemerdekaan Palestin yang dibuat pada 1988 tetapi Amerika Syarikat mengancam akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang usaha mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. - Agensi

Sumber

PALESTIN: Israel akan rampas lebih banyak tanah

TEL AVIV: Laporan dalaman tentera Israel mendedahkan ia mengambil langkah untuk meningkatkan usaha rejim itu merampas tanah di Tebing Barat.

Dasar itu yang diterangkan secara terperinci dalam laporan berkenaan akan membolehkan lebih banyak pembinaan di sekitar kawasan penempatan serta kawasan strategik seperti di Lembah Jordan dan Laut Mati.


Jika pelan itu dilancar, ia akan menghalang penubuhan sebuah negara Palestin. - Agensi

Sumber

PALESTIN - 61 Rakyat Palestin dari Libya Tiba di Gaza

Pihak berkuasa Mesir mengatakan pada Jumaat lalu (22/7) bahawa 61 warga Palestin yang tersekat di Libya telah kembali ke Jalur Gaza melalui perbatasan penyeberangan Rafah.

Sebuah sumber yang bertanggung jawab mengatakan kelompok warga Palestin itu berkumpul di persimpangan Sallum antara Mesir dan Libya sebelum dibawa ke Rafah kemudian ke Gaza.

Sebelumnya sekitar 44 warga Palestin menyeberang ke Gaza beberapa hari lalu.

Statistik Mesir menunjukkan bahawa 48,825 warga Palestin menyeberangi perbatasan terminal Rafah sebanyak dua kali sejak Rafah kembali dibuka pada tanggal 28 Mei lalu.(fq/pic)

sumber

MESIR - Himpunan Tuntut Syariat Islam Dilaksanakan

Ratusan aktivis Islam berkumpul di pusat kota Ramses Square, setelah solat Jumaat semalam (22/7)untuk menuntut Mesir diatur sebagai negara Islam.

Jurucakap Jamaah al-Islamiyah Asim Abdul Majid mengatakan kelompok Islamis menolak penundaan pilihan raya parlimen dan dokumen prinsip-prinsip supra-konstitusional, di mana dewan militer yang berkuasa telah berjanji untuk membuat hal itu sebagai kerangka kerja untuk penyusunan konstitusi baru.

Para penunjuk perasaan meneriakkan "Islam, Islam" dan "Tidak untuk sekularisme". Mereka juga mengecam demonstrasi di Tahrir Square dan kekuatan-kekuatan politik sekular, kerana dianggap kelompok-kelompok ini membahayakan perekonomian Mesir. (fq/amay)

sumber

LIBYA - Pemberontak Masuk Tripoli

PENYOKONG Gaddafi menunjukkan tulisan yang menyatakan sokongannya terhadap pemimpin Libya itu.
PENYOKONG Gaddafi menunjukkan tulisan yang menyatakan sokongannya terhadap pemimpin Libya itu.

Gaddafi tolak sebarang kemungkinan rundingan dengan puak penentang

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menolak sebarang kemungkinan mengadakan rundingan dengan pemberontak yang berjuang untuk menamatkan pemerintahan beliau dan menyatakan keyakinannya bahawa rejim sekarang akan terus berkuasa.
Beliau berkata demikian dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan lewat kelmarin, ketika pemberontak mengumumkan pejuang mereka sudah menyusup masuk ke Tripoli.
Gaddafi berkata, kempen sejak lima bulan lalu yang dilancarkan pemberontak tidak akan berjaya.

“Perang ini sudah dimenangi rakyat Libya. Mereka tidak boleh menewaskan kita, mereka akan ditewaskan dan akan pulang dengan tangan kosong,” kata Gaddafi.
“Saya tidak akan berunding dengan mereka. Tidak akan ada rundingan di antara saya dan pemberontak,” katanya lagi.

Dalam ucapan berasingan, Gaddafi menggesa pemimpin puak di Misrata bandar ketiga terbesar Libya yang dikuasai pemberontak agar membebaskan bandar itu.
Sementara itu, wartawan asing yang dibawa untuk melihat perkembangan di Zliten, bandar di antara Misrata dan Tripoli dan yang terakhir dikuasai kerajaan, menyaksikan letupan kuat.

Di hospital bandar itu, berpuluh-puluh penduduk menerima rawatan akibat kecederaan yang dikatakan berpunca dari serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

NATO berkata pesawat pejuangnya membedil 11 sasaran di Zliten, termasuk pelancar misil darat ke udara dan kereta kebal.

Pemberontak berkata pasukannya sudah masuk ibu negara Libya dan akan melancarkan serangan terhadap sasaran kerajaan.

“Ia membabitkan pasukan kecil tetapi mereka adalah pejuang terlatih yang menerima latihan di Benghazi,” kata ketua tentera pemberontak Fawzi Bukatif. – AFP

sumber

Friday, July 22, 2011

Ikhwan MESIR : Buka Sempadan Rafah Sepenuhnya

Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir telah meminta kementerian luar negeri Mesir untuk bahu membahu bertanggung jawab mengenai masalah Palestin dan menyerukan membuka perbatasan Rafah tanpa halangan.

Ikhwan, unsur utama dari revolusi Mesir, mendesak ahli politik luar negeri Mesir untuk memimpin negara-negara Arab lainnya agar mendukung hak-hak PalestiN, dan sekurang-kurangnya membuka penyeberangan Rafah bagi orang-orang dan barang-barang keperluan.

Ikhwanul Muslimin mengatakan apa yang diperlukan saat ini adalah yang pertama rekonsiliasi Palestin dan kedua tanggung jawab negara Arab dan negara-negara muslim terkait tentang Palestin.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Askar Israel Serbu Sel Marwan Barghouti

Kementerian Urusan Tahanan di Jalur Gaza mengatakan Khamis lalu (21/7) bahawa pihak berkuasa Israel telah menyerbu ruang tahanan anggota parlimen Fatah Marwan Barghouti pada Rabu malam lalu.

"Askar Shin Bet Israel disertai oleh tentera dari unit penyamaran menyerbu penjara Hadarim untuk kedua kalinya pada hari Rabu lalu dan mensasarkan ruang tahanan Marwan," kata juru cakap Urusan Tahanan Riyadh Al-Ashqer.

"Mereka benar-benar menyelongkar isi tahanannya, dan setelah tiga jam pencarian, Marwan dibawa ke sel dengan tahanan lain yang diidentifikasi sebagai Ebeiyat Naser, yang dipenjara di ruangan yang sama dan ditempatkan dalam kurungan soliter."

Ashqer mengatakan, alasan untuk serangan itu karena Barghouti dicurigai menggunakan telefon selular dari penjara.

Barghouti baru-baru ini menyerukan aksi protes besar-besaran dalam mendukung usaha Palestin untuk keanggotaan PBB pada bulan September.

Seorang aktivis seumur hidup yang mendukung proses perdamaian Oslo pada 1990-an, Barghouti secara luas diyakini telah mendalangi intifada kedua, atau pemberontakan, yang meletus pada tahun 2000.

Dia ditangkap pada tahun 2002 dan dua tahun kemudian, dijatuhi hukuman lima tahun atas pembunuhan kerana perannya dalam beberapa serangan mematikan anti-Israel.

Ia sangat popular dalam kalangan masyarakat Palestin dan telah disebut-sebut sebagai kemungkinan pengganti Abbas.(fq/mna)

sumber

LEBANON - Komando Israel Masuki Lebanon

Pasukan Israel dilaporkan telah memasuki wilayah yang diduduki di Lebanon selatan, dalam langkah melakukan operasi sweeping di sana.

Pada hari Khamis (21/7), 20 pasukan merubah posisi mereka dari desa Ruweisat Alm ke Shebaa Farms, seorang koresponden Press TV melaporkan.

Tel Aviv mempertahankan suasana permusuhan dengan Beirut dengan menolak untuk mengembalikan wilayah pertanian, yang ditempati bersama di hamparan luas wilayah Arab lainnya pada tahun 1967.

Pasukan Israel melancarkan operasi militer di atas petak-petak besar tanah selama satu jam.

Militer Israel sendiri tidak menyeberangi Blue Line yang telah ditetapkan PBB.

Namun, pesawat peninjau tanpa pemandu Israel terbang selama lebih dari dua jam di atas area yang diduduki dan wilayah Lebanon.

sumber

PALESTIN kutuk tindakan Israel

GAZA CITY 21 Julai - Palestin mengutuk tindakan tentera Israel merampas bot layar Perancis, Dignite/Al Karama dan meminta campur tangan antarabangsa bagi menamatkan sekatan rejim Zionis Israel ke atas Genting Gaza sejak lebih empat tahun lalu.

Bot tersebut dirampas oleh tentera Zionis Israel, kelmarin ketika dalam pelayaran menuju Gaza dengan tujuan untuk melanggar sekatan maritim Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Pengarah biro media Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA), Ghassan al-Khatib berkata, PNA mengutuk tindakan Israel memintas dan merampas bot layar Perancis itu.

"Pendirian rasmi kami sejak awal lagi ialah mengutuk dasar Israel yang menyekat segala jenis bantuan kemanusiaan Gaza yang mahu dihantar oleh pergerakan pro-Palestin antarabangsa," kata al-Khatib.

PNA juga mengutuk kerjasama antara Israel dengan beberapa negara Eropah bagi menyekat flotila bantuan ke Gaza.

Awal kelmarin, tentera laut Israel memintas Dignite/Al Karama yang membawa bantuan kemanusiaan dan 16 aktivis pro-Palestin serta memaksa bot itu belayar ke pelabuhan Ashdod di Israel untuk pemeriksaan keselamatan.

Israel mengusir 15 aktivis asing di dalam bot itu semalam setelah menyoal siasat mereka.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan Hamas di Gaza, Ismail Radwan menyifatkan tindakan tentera Israel merampas bot itu sebagai 'tindakan lanun dan jenayah perang'.

Hamas yang memerintah Gaza menggesa masyarakat antarabangsa memilih antara undang-undang hak asasi manusia atau hukum lanun dan rimba yang diamalkan oleh rejim Zionis Israel.

Pergerakan Islam itu menggesa lebih banyak kapal bantuan dihantar ke Gaza dalam usaha untuk melanggar sekatan Israel. - Agensi

Sumber

Thursday, July 21, 2011

PALESTIN - Israel Dakwa Kapal Peranchis Ada Senjata

Hamas mengutuk keras tindakan dan tuduhan terhadap aktivis pro-Palestin yang berada di atas kapal Peranchis Dignite/Al-Karama, yang berangkat untuk menentang pengepungan Israel di Jalur Gaza.

Seorang jurucakap tentara Israel mengumumkan bahawa pasukan angkatan laut Israel telah menyekat kapal pesiar Peranchis pada hari Selasa lalu (197) saat mendekati pantai Gaza.

Militer Israel mendakwa kapal memiliki senjata namun para aktivis yang berada di atas kapal membantah sama sekali pernyataan militer Israel tersebut. Radio Israel mengatakan penangkapan aktivis berlangsung tanpa insiden.

sumber

LIBYA - NATO Gagal Lindungi Pejuang

Revolusioner Libya menuduh NATO telah gagal membela mereka melawan pasukan penguasa Muammar Gaddafi pada saat pertempuran merebak di dalam negara Afrika Utara tersebut antara pasukan penentang dan pasukan rejim.

Kubu revolusioner mengatakan kesabaran mereka semakin tipis bersamaan aliansi militer Barat telah mengabaikan wilayah depan di timur, di mana tentera Gaddafi terus membunuh warga awam, seorang koresponden Press TV melaporkan.

Laporan itu datang pada saat Gaddafi mengatakan pada Selasa lalu bahawa dia akan terus berjuang melawan NATO dan pasukan revolusi.

Gaddafi mengatakan kepada pendukungnya yang dia akan tetap berkuasa meskipun Barat memimpin usaha untuk mengusir dirinya, menambahkan tentera yang setia dengannya akan merebut kembali daerah yang hilang.

Tripoli dan beberapa wilayah bahagian barat tetap di bawah kekuasaan Gaddafi sementara kaum revolusioner terus menguasai Benghazi, sebahagian besar kota-kota barat dan timur.

sumber

AFGHANISTAN: Taliban terus yakin Mullah Omar masih hidup

KABUL 20 Julai – Taliban semalam menegaskan bahawa Mullah Omar masih hidup dan menuduh Amerika Syarikat (AS) menggodam telefon mereka untuk menghantar mesej yang menyatakan pemimpin itu telah mati.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid yang dikatakan telah menghantar mesej kepada media bagi mengumumkan mengenai kematian itu menafikan telah berbuat demikian.

“Kami dengan tegas menolak dakwaan ini. Kami tidak bimbang dengan berita seperti ini. AS telah menggodam telefon kami dengan teknologi hebat mereka dan menghantar mesej ini kepada media,” katanya.

‘Pemimpin Majlis Emiriah Islam Afghanistan (IEA) mengumumkan bahawa Ameer-ul-Mumineen atau lebih dikenali sebagai Mullah Omar telah meninggal dunia. Semoga Tuhan merahmati beliau’, menurut mesej yang dikatakan telah dihantar oleh Zabihullah.

Jurucakap kedua Taliban, Qari Yosuf Ahmadi turut mengesahkan bahawa telefon mereka telah digodam.

“Itu adalah mesej palsu. Pihak Barat telah menggodam telefon kami dan menghantar mesej tersebut menggunakan nombor telefon kami.

“Mereka mahu menipu rakyat Afghanistan, ia adalah tidak benar dan Mullah Omar masih hidup,” katanya.

Timbalan ketua perisikan bagi bandar Kandahar, Abdul Wahab Salih, bandar yang merupakan tempat kelahiran pergerakan Taliban serta menjadi pusat aktiviti pemberontak, berkata, Lembaga Kebangsaan bagi Keselamatan (NDS) tidak menerima laporan mengenai kematian Mullah Omar.

“Kami ada menerima mesej itu tetapi sumber perisikan kami tidak ada menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung kematian itu,” ujarnya. – AFP

Sumber

PALESTIN: Israel usir 15 aktivis pro-PALESTIN

BAITULMAQDIS 20 Julai - Seramai 15 aktivis yang ditahan tentera rejim Zionis selepas bot mereka dipintas semalam semasa belayar dalam cubaan mencabar sekatan ke atas Genting Gaza, diusir pulang hari ini.

Jurucakap perkhidmatan imigresen Israel, Sabine Hadad berkata, 11 daripada aktivis itu merupakan rakyat Perancis, sementara selebihnya dari Sweden, Kanada dan Greece.

"Semua 15 aktivis itu telah disoal siasat malam tadi oleh perkhidmatan kami dan secara sukarela bersetuju menandatangani satu dokumen yang meminta mereka meninggalkan Israel dalam tempoh 72 jam.

"Mereka akan menaiki penerbangan ke Athens, Paris, Toronto dan Stockholm hari ini," katanya.

Aktivis-aktivis itu termasuk seorang wartawan Israel ditahan petang semalam apabila kapal tentera laut Israel memintas kapal Dignite/Al Karama ketika ia menghampiri pantai Genting Gaza.

Tentera Yahudi menaiki kapal tersebut dan mengemudinya menuju pelabuhan Ashdod sebelum wartawan Israel, Amira Hass dari akhbar berhaluan kiri, Haaretz dibebaskan.

Aktivis-aktivis lain disoal siasat oleh perkhidmatan imigresen di Holon, berhampiran Tel Aviv.

Dignite/Al Karama merupakan satu-satunya kapal daripada 10 konvoi flotila yang berhasrat mencabar sekatan Israel ke atas Genting Gaza.

Kapal tersebut belayar dari pulau Kastellorizo di Greece pada pagi Sabtu lalu dengan memberitahu pengawal pantai ia akan berlabuh di pelabuhan Iskandariah, Mesir. - AFP

Sumber

14 terkorban akibat gempa bumi kuat di UZBEZKISTAN

TASHKENT 21 Julai – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 86 lagi cedera apabila gempa bumi sekuat 6.2 pada skala Richter melanda Uzbekistan dekat sempadan Kyrgyzstan semalam.

Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 1.35 pagi (5.35 petang waktu Malaysia) dan berpusat di Kyrgyzstan tetapi 42 kilometer dari barat daya Fergana, Uzbekistan.

“Beberapa buah bangunan runtuh di Fergana. Maklumat awal menyatakan 13 orang maut,’’ kata Kementeri Kecemasan Uzbekistan. - AFP

Sumber

Wednesday, July 20, 2011

PALESTIN - Israel Bina 350 Rumah Haram Lagi

Kementerian perumahan Israel telah menyetujui pembangunan puluhan unit rumah baru di blok permukiman di Tebing Barat yang diduduki, radio Ibrani melaporkan pada Isnin lalu (18/7).

Siaran radio tersebut mengatakan bahawa menteri mengundang adanya tender untuk pembangunan 350 unit rumah di pemukiman Beitar Illit barat daya dari Betlehem dan Karnei Shomron dekat Nablus.

Media Israel mengungkapkan awal bulan ini tentang rancangan untuk adanya gelombang baru pembangunan, mengatakan bahawa menteri perang Ehud Barak telah mengesahkan hal itu menyusul serangan di Itamar, di mana warga Palestin didakwa membunuh pemukim Yahudi, sehingga untuk menenangkan para pemukim maka diizinkan membangun unit baru rumah bagi para pemukim Yahudi.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - 800 Ditangkap Lempar Batu dlm 5 Tahun

Selama lima tahun terakhir, militer Israel telah menahan dan mengadili lebih dari 800 pemuda Palestin dan anak-anak kerana melemparkan batu ke arah tentera Israel, serta memenjarakan sebahagian besar dari mereka, sebuah kelompok HAM mengatakan dalam sebuah laporan yang disiarkan Isnin lalu (18/7).

Berdasarkan pada statistik militer dan laporan wawancara setebal 70-halaman, kelompok HAM Israel B'Tselem mencatat ada sekitar 835 anak-anak yang dituduh melempar batu dari tahun 2005 sampai awal 2011, termasuk 34 anak-anak yang masih berusia 13 tahun atau lebih muda dari itu.

B'Tselem mengutip sebuah kes seorang anak berusia 8 tahun yang ditangkap di Tebing Barat pada bulan Februari lalu.

Tentera akhirnya membebaskan anak tersebut setelah menyedari dia bukan anak yang mereka cari kerana mereka mencari saudara anak tersebut yang masih berusia 9 tahun. Tentera Israel kemudian memberkas budak yang masih berusia 9 tahun tersebut, ditutup matanya dan membawanya ke pusat penahanan di mana ia diinterogasi dan ditahan selama lima jam, menurut laporan tersebut. Pasukan Israel melepaskan anak itu setelah dinyatakan anak tersebut masih di bawah umur.

Jurucakap militer Letnan Col. Avital Leibovich mengatakan sekitar 160 warga awam dan tentera terluka dalam serangan kekerasan yang dilakukan oleh anak-anak Palestin sepanjang tempoh itu.

sumber

Empat tentera PAKISTAN maut dalam serangan bom mortar

MIRANSHAH, Pakistan 20 Julai – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Pakistan terkorban dalam serangan bom mortar yang dipercayai dilakukan oleh pasukan tentera Afghanistan di kawasan sempadan kedua-dua negara, semalam.

“Empat anggota tentera terbunuh dan dua cedera dalam serangan tersebut.

“Lebih dari 20 butir bom mortar dilancarkan dan pos keselamatan turut menjadi sasaran,” kata seorang pegawai keselamatan di Peshawar. – AFP

Sumber

PALESTIN: Israel rampas bot layar aktivis PERANCIS ke Gaza

ASHDOD, Israel 20 Julai – Tentera laut Israel mengiringi bot layar Perancis yang membawa 16 aktivis pro-Palestin menuju ke pelabuhan Asdod selepas ia dirampas oleh pihak berkuasa di sini, semalam.

Bot layar Dignite/Al Karama memasuki pelabuhan tersebut sambil diiringi tiga kapal peronda Israel selepas dipintas di perairan antarabangsa ketika mereka menghampiri pantai Genting Gaza dalam percubaan untuk melanggar sekatan rejim Zionis.

Sementara itu, pihak ketenteraan menyatakan kesemua aktivis termasuk tiga wartawan yang berada dalam bot tersebut akan disoal siasat oleh polis dan berkemungkinan diusir keluar dari Israel. – AFP

Sumber

PALESTIN - Askar Israel Tahan Kapal Peranchis

BAITULMAQDIS: Tentera laut Israel semalam menaiki sebuah kapal layar Perancis yang menghala ke Semenanjung Gaza sebagai membantah sekatan perairannya dan mula menarik kapal itu ke tepi pantai.

“Tentera laut Israel sudah menaiki kapal itu,” kata seorang jurucakap tentera dengan mengatakan operasi untuk menaiki MV Dignite/Al Karama dilakukan secara aman dan kapal itu ditunda menuju ke pelabuhan Ashdod Israel.
“Kapal itu yang membawa 16 orang kebanyakannya aktivis Perancis disita tentera laut sejurus selepas Ketua Turus Kakitangan tentera Israel, Jeneral Benny Gantz, meluluskan tindakan itu,” katanya.
Aktivis lain dalam kapal itu termasuk dari Kanada, Greece, Sweden dan Tunisia.

Israel sudah berazam untuk menyekat mana-mana kapal daripada sampai ke Gaza menggunakan jalan laut sebagai membantah sekatan perairannya yang kali pertama dikenakan pada 2006 selepas militan di sana menculik seorang askar Yahudi, Gilad Shalit.

“Selepas semua saluran diplomatik tidak berjaya dan gesaan berterusan terhadap kapal diabaikan, tentera laut IDF menaiki Al Karama dalam usaha menghalangnya daripada melanggar sekatan keselamatan marin ke atas Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan tentera.

Tentera laut Israel mula mendekati kapal berkenaan kira-kira lima jam sebelum itu dan memulakan dialog dengan aktivis terbabit yang menegaskan mereka meneruskan hasrat ke Gaza.
“Selepas memberitahu keengganan mereka menuju ke pelabuhan Ashdod, tanpa ragu-ragu kami menaiki kapal dan mengemudinya ke sana,” kata tentera Israel.

“Tentera beroperasi sejajar dengan prosedur dan mengambil setiap langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mengelak menyebabkan kecederaan terhadap aktivis di dalamnya sambil memastikan keselamatan tentera.”

“Kapal layar dengan bendera Perancis itu kali pertama didekati di perairan antarabangsa oleh sekurang-kurangnya tiga bot tentera laut Israel jam 0630 GMT ketika ia berada 40 batu nautika dari Gaza,” kata penganjur.

Sejurus selepas itu, semua komunikasi diputuskan, kata penganjur dalam satu kenyataan menggesa Kerajaan Perancis ‘mengambil tanggungjawab dan melindungi penumpang, selain menggesa Israel supaya tidak melakukan keganasan’. – AFP

sumber

Tuesday, July 19, 2011

AFGHANISTAN: Penasihat kanan Karzai dibunuh Taliban

KABUL 18 Julai – Sekumpulan militan Taliban membunuh seorang penasihat kanan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dalam serangan ke atas kediamannya di sini malam tadi.

Jan Mohammad Khan yang juga bekas Gabenor wilayah Uruzgan terbunuh dalam serangan tersebut bersama-sama tetamunya, ahli Parlimen bagi Uruzgan, Mohammad Hashem Watanwal, kata seorang jurucakap polis.

Bunyi tembakan kedengaran sehingga ke lewat malam tadi apabila berpuluh-puluh anggota polis Afghan yang dikerahkan ke kediaman dekat bangunan utama Parlimen itu berbalas-balas tembakan dengan seorang penyerang yang bersembunyi di dalam rumah tersebut.

Kejadian itu berlaku kurang seminggu selepas adik lelaki Karzai, Ahmed Wali Karzai dibunuh oleh pengawal peribadi di kediamannya di wilayah Kandahar, selatan negara ini.

Semalam juga menandakan permulaan proses penyerahan tanggungjawab menjaga keselamatan daripada tentera asing kepada pasukan keselamatan Afghan, dan hari terakhir bertugas bagi komander tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus.

Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzal berkata, sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata dalam serangan malam tadi turut terbunuh dan belum jelas sama ada anggota keluarga Khan yang lain dapat melarikan diri atau masih terperangkap di dalam rumah itu.

“Khan dan Watanwal serta seorang penyerang terbunuh dalam serangan yang bermula pada 8 malam tadi (11.30 malam tadi waktu Malaysia),” katanya.

Seorang pegawai keselamatan dekat rumah itu berkata, seorang lelaki bersenjata yang membawa bom tangan bersembunyi di dalam bilik air di rumah itu dan melepaskan tembakan dengan senjata automatik.

Tiga orang dipercayai menyerang kediaman Khan dan seorang lelaki yang bersenjatakan raifal AK-47 dan pelancar bom tangan berjaya ditangkap, kata satu sumber perisikan. – AFP

Sumber

PALESTIN - Kapal Peranchis Diancam Israel



Gaza-PIP: Sumber politik Israel menyebutkan tentera amrin Israel tidak akan mengizinkan kapal Perancis tiba di pantai Gaza. Aliansi organisasi lokal Palestin menuntut masyarakat internasional segera bergerak melindungi kapal tersebut.

Sumber menyatakan dalam siaran radio Israel, Isnin (18/7) “Penumpang kapal Karamah Perancis hendak menembus sekatan laut yang dilakukan Israel terhadap Gaza dan hendak melakukan konfrontasi dengan tentara kita, Israel akan mencegah kapal Perancis ini tiba di pantai Gaza,” ungkapnya.

Penyelenggara kapal Karamah mengumumkan kapal berlayar kelmarin dari salah satu pelabuhan Greece, dan akan tiba di Gaza pada Selasa siang, kapal ini membawa sejumlah aktifis Perancis dan sukarelawan asing.

Lembaga HAM Palestin menyerukan masyarakat antarabangsa untuk melindungi kapal ini dan menjaminnya tiba di Gaza.

Disebutkan bahawa kapal Karamah saat ini masih berlayar di perairan antarabangsa menuju Gaza. Kapal ini membawa 17 sukarelawan yang tergabung dalam Freedom Flotilla 2, yang saat ini masih cekal berlayar menuju Gaza.

Dalam keterangan yang disampaikan Lembaga HAM lokal Palestina, Isnin (18/7) kapal Karamah ini adalah suara Freedom Flotilla 2 yang saat ini ditahan pemerintah Greece, sebagai maklumbalas atas tekanan Israel. (qm)


sumber

Perompak Jadi Hamba Seks

MOSCOW: Seorang lelaki Russia yang cuba merompak sebuah salon dandanan rambut, menerima padah apabila pemiliknya, seorang wanita yang memiliki tali pinggang hitam karate, membelasahnya sehingga pengsan sebelum diikat dalam keadaan bogel dan dijadikan hamba seks selama tiga hari.

Akhbar Daily Mirror melaporkan, Viktor Jasinski, 32, pergi ke salon dandanan rambut di Meshchovsk, 218 kilometer dari Moscow itu sambil membawa pistol dengan tujuan untuk merompak.
Ketika cuba mendapatkan wang kutipan harian di salon terbabit pemiliknya, Olga Zajac, 28, menendang dan membelasah Jasinski sehingga pengsan.

Zajac mengheret Jasinski ke sebuah bilik di belakang salon itu dan mengikatnya pada tangki menyimpan air dengan menggunakan wayar pengering rambut.

Beliau kemudian membogelkan Jasinski dan menjadikan lelaki itu sebagai hamba seksnya selama tiga hari dengan tujuan ‘memberi pengajaran’.

Zajac bagaimanapun membebaskan Jasinski tiga hari kemudian dan mengusirnya. Jasinski pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada kemaluannya yang membengkak sebelum membuat laporan polis.

Jasinski berkata sepanjang tempoh dikurung dia tidak diberi makan atau minuman, sebaliknya hanya dipaksa menelan pil viagra.

Ketika disoal polis, Zajac mengakui mereka mengadakan hubungan seks beberapa kali tetapi menafikan tidak memberi Jasinski makan.

“Dia sungguh jahat. Ya kami melakukan hubungan seks beberapa kali. Saya membelikan dia seluar jeans baru, memberi dia makanan, malah saya juga memberinya 1,000 rouble (RM150),” katanya. – Agensi

sumber

Lebih 200,000 di FB Desak Najib Berundur

Desakan dizahirkan mereka pada laman peminat Facebook yang bertajuk ‘100,000 Rakyat meminta Najib Tun Razak meletak jawatan’ (100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation) yang kini sudah mencecah 202,020 peminat sehingga jam 2.07 petang tadi.

Ketika Harakahdaily membuat liputan perkara ini Julai 11 yang lalu, jumlah peminat telah pun mencecah angka 119,000.

Angka peminat Facebook terus meningkat apabila kerajaan Barisan Nasional meneruskan tindakan mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Selepas seminggu, hari ini peminat telah meningkat lebih daripada 80,000 kepada angka 202,020 seperti yang tertera di gambar.

Peminat Facebook yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama, menulis komen menyeru Najib untuk meletak jawatan ekoran tindakan tidak bertamadun polis dan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani perhimpunan aman rakyat itu.

Antara komen itu berbunyi :

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
Sembah Patik Harap DiAmpun,
Khabar Buruk Patik Sembahkan,
Harap Diteliti Dimurka Jangan.

Perdana Menteri menjadi kebencian,
Pasukan Diraja menjadi cacian,
Rakyat mahukan keharmonian dan keadilan,
Mohon Tuanku Terajui Pemerintahan.


Seorang lagi peminat pula berkata tujuan beliau menyokong laman Facebook tersebut adalah untuk memberitahu Najib bahawa rakyat yang tidak dapat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 bukan bermaksud mereka tidak menyokong agenda yang dibawa Bersih 2.0.

“Beliau (Najib) berkata ramai rakyat tidak menyertai Bersih 2.0 kerana mereka tidak menghiraukan Bersih 2.0. Sini untuk bagi tahu beliau, tak menyertai tidak bermaksud tidak menyokong,” tulis beliau.

Disebabkan populariti laman tersebut, ramai peminat juga mewujudkan laman-laman lain untuk menuntut perletakan jawatan pemimpin Barisan Nasional yang lain yang lantang mengutuk perhimpunan Bersih 2.0.

Di antaranya ialah laman peminat menuntuk perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang kesemuanya mengkritik Bersih 2.0 di samping membela polis yang menggunakan kekerasan melampau terhadap para peserta himpunan.

Namun begitu, ketiga-tiga laman tersebut hambar sambutannya jika dibandingkan dengan laman menuntut perletakan jawatan Najib.

Yang paling tinggi hanyalah laman menuntut perletakan jawatan Hishamuddin, itupun hanya dapat mencapai 8 peratus atau 16,244 peminat saja daripada apa yang diterima oleh sepupunya.

Sementara itu, ada pihak yang menamakan dirinya Patriot telah membuka satu laman Facebook menyokong Najib untuk melawan popularati Facebook mendesak peletakan jawatan Najib..

Akan tetapi, sambutannya amat hambar, dengan setakat ini hanya mendapat 9,590 peminat atau 5 peratus sahaja daripada lawan mereka.

sumber