Tuesday, August 30, 2011

Pendekar PALESTIN Mengamok, 7 Cedera

Seorang penyerang Palestin melukai tujuh warga Israel berhampiran sebuah kelab malam Tel Aviv Isnin pagi ini (29/8), merempuh sebuah pos pemeriksaan polis dengan teksi yang dicuri dan kemudian menikam warga Israel lainnya, kata polis.

Penyerang adalah warga Palestin berusia dua puluhan dari kota Nablus, menurut jurucakap polis Israel Luba Samri.

Tepat sebelum pukul 02:00 pagi waktu tempatan, penyerang mencuri teksi di selatan Tel Aviv dan kemudian melaju ke sebuah pos pemeriksaan polis kemudian mendekat sebuah kelab malam.

Dia kemudian keluar dari kereta dan menusuk orang yang lewat, sambil berteriak "Allahu Akbar".

Yang cedera termasuk empat polis dan tiga warga awam, kata Samri.

Penyerang ditangkap. Dia terluka dan dibawa ke rumah sakit. Belum ada perincian lebih lanjut yang segera tersedia terkait insiden ini.(fq/ap)

sumber

LIBYA - Keluarga Gaddafi Sah Lari ke Algeria

Mantan isteri pemimpin Libya Muammar Gaddafi dan kerabat lainnya melarikan diri ke Algeria Isnin (29/8) kelmarin , Kementerian Luar Negeri Algeria mengatakan.

Pemerintah Algeria mengatakan isteri Gaddafi, anak perempuan, dua lelaki dan anak-anak mereka memasuki negara tetangga itu pada hari Isnin. Namun tidak mengatakan apakah Gaddafi ikut juga ke Algeria.

Laporan ini datang pada saat pertempuran berkecamuk pada dua sisi Sirte, kota selatan yang adalah markas besar dari suku Gaddafi dan benteng besar terakhir rezimnya. Para pemberontak sendiri mengkonsolidasikan kontrol ibukota Tripoli.

Meskipun secara efektif mengakhiri pemerintahannya, para pemberontak belum menemukan Gaddafi atau anggota keluarganya.

Ahmad Jibril, seorang pegawai Dewan Transisi Nasional (NTC) mengatakan bahawa pimpinan NTC Mustafa Abdul-Jalil, mengatakan jika laporan kerabat Gaddafi berada di Algeria adalah benar, "kami akan menuntut bahwa pemerintah Algeria menyerahkannya kepada Libya untuk diadili di depan pengadilan Libya."

sumber

NEW ZEALAND - Mungkin Sambut Raya Rabu

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Umat Islam di New Zealand kemungkinan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, menurut Persatuan Gabungan Islam New Zealand (Fianz).

Jawatankuasa Hilal Fianz, Sheikh Mohammad Amir berkata, di New Zealand kemungkinan anak bulan Syawal tidak kelihatan di atas ufuk walaupun dengan menggunakan teleskop canggih atau peranti berasaskan teknologi optik.

"Tahun ini 29 Ramadan bersamaan 29 Ogos apabila anak bulan Syawal dijangka kelihatan pada pukul 3.04 petang, 29 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu diedarkan di kalangan warga Malaysia di New Zealand oleh Pengarah/Kaunselor Pendidikan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand. – Bernama

sumber

Monday, August 29, 2011

PALESTIN - Ramadhan Di Penjara Israel

Satu biji kurma mengawali buka puasa para tawanan di dalam penjara, ketika kebanyakan kaum muslimin berlumba menghidangkan makanan saat mereka berbuka puasa di bulan Ramadhan. Sejumlah orang menganggapnya hal tersebut adalah sangat sederhana, namun bagi tawanan Palestin semua itu hanyalah mimpi, di tengah-tengah kerasnya perlakuan warder penjara dan larangan masuknya makanan bagi para tawanan Palestin. Kalaupun ada makanan di kantin penjara, tapi harganya melambung tinggi dan dalambeberapa saat sahaja, kantin itu akan segera ditutup. Yang paling sulit adalah ketika para tawanan terpkasa menyantap makanan yang tak ada rasanya. Apalagi bagi seorang wanita. Selain itu, tawanan perempuan kerap kali diperiksa secara mendadak di tengah malam atau waktu-waktu solat dan buka puasa. Mereka terpaksa berbuka puasa tanpa kehadiran keluarga dan orang-orang yang dicintai.

Suasana Sepi

Suasana sepi mewarnai bulan Ramadhan. Seperti diungkapkan mantan tawanan Nahed Abdul Hadi Al-Suwaifiri, setelah ia dipindah-pindah dari satu penjara ke penjara lainya dan setelah ia ditahan selama 18 tahun di dalam gelapnya penjara Israel. Secara prinsip tawanan Palestin menyambut datangnya bulan Ramadhan dengan suka cita. Kerana Ramadhan adalah bulan puasa dan bulan Taqarrub pada Allah. Namun mereka kehilangan kesempatan untuk mendapatkan yang seharusnya mereka dapatkan, seperti makanan saat bersahur dan berbuka.

Satu biji kurma sangat sulit didapat bahkan mungkin telah habis pada bulan Ramadhan. Sepertinya para tawanan dilarang makan kurma sama sekali.

Sementara makanan yang disediakan pihak penjara sangat tidak cocok dengan lidah mereka, disamping yang menyediakannya adalah penjajah yang tentu sangat sulit bagi mereka menerimanya, juga kerana keadaan makanan tersebut sangat buruk.

Duduk Bersama

Sesuatu yang biasa dilakukan warder penjara adalah dengan tiba-tiba melakukan pemeriksaan ke setiap kamar tawanan, teruatama di waktu-waktu solat dan buka bersama. Mereka melarang tawanan Palestin melakukan solat secara berjema’ah bahkan untuk duduk bersama-sama dilarang. Zionis tidak pernah menghormati sedikitpun. Mereka berupaya menggerecoki kehidapan para tawanan, walau kebanyakan dari mereka sudah menderita dengan tekanan-tekanan terhadap masalah keagamaan mereka tanpa alasan.

Larangan Kunjungan

Diantara sikap yang paling menyedihkan adalah saat salah seorang tawanan dikunjungi pihak keluarga. Saat itu, waktunya hampir Maghrib. Tawanan sedang menikmati beberapa butir kurma bersama keluarganya dihalangi jeruji besi. Namun begitu, mereka merasa telah makan makanan bersama keluarganya di dalam penjara.

Ia mengatakan, saya telah tinggal di penjara selama 18 tahun. Tetapi yang paling berat bagiku adalah ketika pihak penjara melarang keluarganya berkunjung pada bulan Ramadhan. Sangat beza rasanya, ketika aku memakan satu butir kurma bersama tawanan lainya dengan memakan makan bersama keluarganya, walau dihalangi jeriji besi. Oleh kerana itu, sejumlah tawanan mengeluhkan tindakan penjara yang tidak memperbolehkan pihak keluarga, terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini. (asy)

sumber

LIBYA - Ke Mana Hilangnya Ghaddafi?

Spekulasi tentang pemimpin Libya Muammar Gaddafi dan anak-anaknya terus meningkat. Pejabat berita Mesir MENA melaporkan bahawa konvoi enam kendaraan berperisai yang mungkin membawa keluarga Gaddafi melintasi perbatasan Libya ke Algeria.

"Kami fikir kenderan-kenderaan itu membawa pegawai tinggi Libya, Gaddafi dan mungkin anak-anaknya," sumber oposisi dari kota Ghadamis, di perbatasan Algeria, mengatakan kepada pejabat Mesir pada Sabtu, 27 Ogos.

Menurut laporan itu, enam kenderaan berperisai Mercedes pada Jumaat pagi memasuki kota.

Rombongan itu dikawal oleh pasukan pro-pemerintah sampai masuk Algeria.

Sedangkan di sisi lain, pasukan anti-rejim Gaddafi diberitakan belum mampu mengejar kenderaan-kenderaan itu kerana mereka tidak memiliki amunisi dan peralatan.

Laporan ini sendiri masih lemah, kerana tidak dapat segera disahkan dari sumber Algeria atau Libya.

Sementara Algeria menolak untuk mengakui Dewan Nasional Transisi oposisi Libya, dan menegaskan akan mematuhi langkah "neutral" sejak awal konflik.

Sebuah sumber pemerintah di Algeria telah mengatakan kepada Reuters bahawa mereka tidak akan memberikan pengakuan kepada Dewan Nasional Transisi Libya. (sa/onislam)

Dituduh Murtad, Bekas Pengetua Buat Laporan Polis

Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di ibunegara dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.

"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.

Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.

- Bernama

Sunday, August 28, 2011

LIBYA - Pengkalan Tentera Terakhir Ghaddafi Ditawan

Althaf

Ahad, 28 Agustus 2011 10:19:54

Hits: 44

TRIPOLI (Arrahmah.com) – Pasukan pemberontak Libya berhasil merebut pangkalan militer terakhir milik pemimpin buron Muammar Gaddafi di Tripoli lima hari setelah mereka berhasil menduduki pejabatnya di ibukota.

Pemberontak menyatakan bahawa mereka merebut pangkalan pasukan elit Brigade 32 pimpinan Khamis Gaddafi -salah seorang putra diktator Gaddafi- pada hari Sabtu (27/8/2011) setelah salibis NATO melakukan serangan udara di kawasan tersebut.

Sejauh ini belum ada laporan mengenai jatuhnya korban jiwa.

sumber

PALESTIN - Ratusan Ribu Banjiri Masjid Al-Aqsa

Lebih dari 350 ribu jemaah Palestin menghadiri solat terawih pada Jumaat malam lalu (malam ke 27 Ramadhan), meskipun adanya pembatasan pendudukan Israel, terutama dalam kaitannya dengan jemaah dari Tebing Barat.

Plaza masjid penuh sesak dengan jemaah yang tiba setelah solat Maghrib dan mereka yang tetap berada di Masjid setelah solat Jumaat siangnya.

Imam Masjid Al-Aqsha bergantian dalam memimpin solat Terawih dan menyelesaikan pembacaan tilawah Quran, yang dimulai pada malam pertama Ramadhan.

sumber

AFGHANISTAN - 63 Askar Penjajah Maut

Pejuang Taliban menyatakan bahawa 64 pasukan asing pimpinan Amerika telah terbunuh dalam dua serangan bom yang mereka lancarkan di selatan kota Kandahar sebelumnya pada Sabtu (27/8).

Menurut laporan yang masuk, satu serangan bom pejuang Taliban berhasil mengorbankan 36 askar asing pimpinan AS dan serangan kedua mengorbankan 28 askar.

Sepanjang bulan Ramadhan kali ini, pejuang Taliban semakin meningkatkan serangan mereka kepada pasukan asing pimpinan AS yang berada di Afghanistan. Serangan paling spektakuler mereka terjadi ketika berhasil menembak jatuh helikopter Chinook yang mengangkut pasukan elit AS yang sebelumnya melakukan operasi militer membunuh Usamah bin Ladin di Pakistan beberapa bulan yang lalu.(fq/prtv)

sumber

MALAYSIA - Melaka Siasat Penyebar Ajaran Syiah

Kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat individu yang menjadi dalang kepada penyebaran fahaman Syiah di negeri ini bagi mengekang fahaman itu daripada menular kepada orang ramai.

rustam ali silat group bersih 4Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata individu itu yang dipercayai pengasas kepada sebuah produk minuman kesihatan yang dikeluarkan di negeri ini.

"Kita akan mengmbil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut yang mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk itu di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri ini.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjdi dan jabatan kerajaan.

"Buku dan risalah yang dirampas oleh JAIM dan enam remaja yang ditahan ketika serbuan itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan enakmen kerajaan negeri," katanya.

Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi menerimanya.

"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman Syiah," katanya.

Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China.

Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang menyebarkan fahaman Syiah.

- Bernama

Friday, August 26, 2011

Gaddafi mungkin jual simpanan emas LIBYA

MILAN 25 Ogos - Bekas Gabenor Bank Pusat Libya, Farhat Bengdara mendakwa Muammar Gaddafi akan cuba menjual sebahagian daripada simpanan emas Libya bagi membayar kos mendapatkan perlindungan dan menaja usaha menghuru-harakan hubungan antara puak di negara ini.

Bengdara yang menyokong gerakan pemberontak berkata, sekutu Gaddafi sebelum ini menawarkan 25 tan emas kepada seorang rakannya tidak lama dahulu.

''Rakan saya merujuk penjualan itu kepada saya dan saya mencadangkan mereka menolaknya. Tetapi ia merupakan petunjuk yang jelas,'' katanya kepada akhbar Itali, Corriere della Sera hari ini.

Beliau berkata, rakannya itu bukan seorang warga Libya, namun tidak memberikan maklumat lanjut.

''Simpanan emas bernilai AS$10 bilion (RM30 bilion) berada di Tripoli dan Gaddafi telah mengambil sejumlah daripadanya,'' ujarnya.

Bengdara percaya Gaddafi sudah meninggalkan Tripoli dan kini menuju ke sempadan Algeria.

''Kini, beliau akan membayar sejumlah puak dan kumpulan militan bagi mendapat perlindungan dan mewujudkan keadaan huru-hara,'' ujarnya.

Bekas Gabenor Bank Pusat yang kini Pengarah bank UniCredit Itali berkata, Libya memerlukan AS$5 hingga AS$7 bilion (RM15 hingga RM21 bilion) sebagai pinjaman berterusan untuk memulakan semula sistem bank dan membayar import.

''Libya tidak memerlukan peminjam kerana ia merupakan sebuah negara kaya. Aktiviti negara daripada Pihak Berkuasa Pelaburan, bank pusat dan simpanan emas bernilai AS$168 bilion. Tetapi semua itu telah dibekukan,'' ujarnya.

Beliau berkata, ia akan memakan masa berbulan-bulan dan satu resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencairkannya. - REUTERS

Sumber

LIBYA: 30 tentera Gaddafi ditemui mati bergelimpangan di Tripoli

TRIPOLI 25 Ogos - Lebih 30 orang dipercayai tentera setia kepada Muammar Gaddafi dibunuh di kem tentera di tengah Tripoli dan sekurang-kurangnya dua orang diikat dengan tali plastik, menunjukkan mereka telah 'dihukum mati' semasa ditawan.

Wartawan Reuters melaporkan terdapat 30 mayat yang dipenuhi kesan tembakan ditemui di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara tentera Gaddafi dengan pemberontak.

Lima daripada mayat ditemui di padang hospital, dan seorang daripadanya di dalam ambulans dengan lengannya masih terdapat jarum menyalurkan cecair.

Khemah tentera itu berselerak dengan barang-barang menyokong Gaddafi seperti topi, gambar dan bendera hijau.

Terdapat mayat yang terbujur itu memakai baju tentera manakala yang lain berpakaian awam. Terdapat juga warga Afrika yang dipercayai askar upahan dari negara jiran.

Dua daripada mayat itu hangus tanpa boleh dikenali.

Insiden tersebut berlaku di sebuah bulatan trafik di Tripoli yang telah menjadi kubu tentera yang setia kepada Gaddafi.

Khemah tersebut dipenuhi makanan yang berselerak dan kotak-kotak senjata. Selimut telah digunakan bagi menutup mayat dan bulatan trafik dipenuhi bangkai kenderaan yang musnah. - REUTERS

Sumber

LIBYA: Hampir kuasai seluruh Tripoli



TENTERA pemberontak mengambil gambar di atas sofa arca ikan duyung dengan wajah menyerupai Aisha Gaddafi di kediamannya di Tripoli, Libya, semalam. - AP


TRIPOLI 25 Ogos - Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan untuk menguasai keseluruhan Tripoli bagi menghapuskan saki-baki tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi dan memaksa pemimpin Libya itu keluar daripada lokasi persembunyiannya sama ada hidup atau mati.

Mengetuai kumpulan pemberontak adalah askar berpengalaman dari pasukan penggempur bandar Misrata yang membantu serangan hujung minggu lalu di ibu negara Libya ini, sekali gus menawan kubu kuat Gaddafi, Bab al-Aziziya kelmarin.

Komander pemberontak berkata, ketika mereka hampir menguasai keseluruhan Tfripoli, lokasi-lokasi panas di sekitar bandar masih menyaksikan kehadiran penembak tepat, letupan roket serta senjata berat yang mengancam nyawa.

Pemberontak juga berkeras untuk terus memburu Gaddafi supaya mereka boleh mengisytiharkan kejayaan operasi yang dimulakan enam bulan lalu, tetapi dipatahkan tentera rejim sebelum dibantu bedilan udara Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pemimpin pemberontak berkata, mereka mahu Gaddafi dibicarakan di Libya walaupun beliau berdepan dakwaan jenayah menentang kemanusiaan bersama-sama anaknya, Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Senussi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) semalam menawarkan AS$1.7 juta (RM5.1 juta) ganjaran bagi mana-mana pihak yang berjaya menangkap Gaddafi sama ada hidup atau mati.

Sementara itu, usaha diplomatik mula dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan di Qatar oleh penyokong-penyokong antikerajaan bagi menyalurkan berbilion dolar aset Libya kepada pemberontak.

Washington berkata, bekalan senjata pemusnah besar-besaran Libya kini telah disekat dan ia yakin NTC akan membentuk kerajaan selepas menguasai keseluruhan Tripoli.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox hari ini mengesahkan NATO turut menyediakan bantuan risikan, tinjauan dan kelengkapan kepada pemberontak bagi memburu Gaddafi. - AFP

Sumber

Lebih 20,000 terbunuh dalam pergolakan di LIBYA:

BENGHAZI 26 Ogos – Lebih 20,000 penduduk terbunuh sepanjang enam bulan pergolakan yang berlaku di Libya.

Pemimpin pemberontak, Abdel Jalil berkata, pihaknya tidak mempunyai jumlah sebenar penduduk yang terkorban namun ia melebihi angka 20,000.

“Saya tidak pasti dengan jumlah sebenar, tetapi berdasarkan pada pergolakan yang berlaku, ia melebihi angka 20,000,” katanya. – AFP

Sumber

LIBYA: Gaddafi bersembunyi dalam bangunan dekat kediamannya

TRIPOLI 26 Ogos – Kumpulan pemberontak percaya pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini sedang bersembunyi bersama anak-anaknya di dalam sebuah bangunan di kawasan yang dikepung.

Dalam pada itu, pemberontak dan pasukan tentera Gaddafi saling berbalas serangan di kawasan kepungan tersebut.

“Mereka bersembunyi bersama di dalam sebuah lubang kecil, kami akan tamatkannya (buru Gaddafi) hari ini, “ kata seorang daripada pemberontak. – Reuters

Sumber

Konflik LIBYA: Pemberontak pindah pentadbiran ke Tripoli

TRIPOLI 26 Ogos - Pemberontak Libya umumkan telah memindahkan pentadbiran mereka ke Tripoli dari Benghazi ekoran pengumuman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menghantar jutaan ringgit bantuan.

“Saya isytihar permulaan pelaksanaan jawatankuasa eksekutif di Tripoli,” kata Ali Tarhui, pegawai kanan pemberontak pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau menggesa tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi meletakkan senjata dan diberi jaminan keselamatan serta layanan mengikut undang-undang. - AFP

Sumber

LIBYA - Hamas Ucap Tahniah kepada Rakyat Libya

Gerakan Hamas memanjangkan ucapan selamat mereka kepada rakyat Libya atas keberhasilan revolusi mereka dalam mewujudkan mencari keadilan dan kebebasan.

Gerakan itu mengatakan dalam sidang media pada hari Rabu lalu (24/8), "Kami berharap rakyat Libya akan berhasil dalam membangun masyarakat moden di mana undang-undang, demokrasi, kebebasan, pengambilan keputusan yang independen secara nasional, dan penolakan intervensi asing yang akan menang".

Hamas mengungkapkan keyakinannya bahawa masalah Palestina dan perlawanannya melawan "musuh Zionis" akan terus menduduki perhatian utama dari rakyat Libya dan kekuatan nasional mereka.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Israel Bunuh 11 Palestin dalam 24 Jam

Kematian seorang warga Palestin selama putaran terbaru dari serangan Israel di Jalur Gaza telah menambah menjadi 11 jumlah kematian yang disebabkan oleh Tel Aviv di wilayah kontang yang terkepung itu selama 24 jam terakhir.

Pada hari Khamis kelmarin (25/8), serangan udara Israel terhadap wilayah pesisir mengorbankan penduduk Gaza, seorang koresponden Press TV melaporkan, tanpa menentukan lokasi kematian.

Laporan mencatat bahawa dua orang Palestin terbunuh dalam serangan pesawat militer Israel terhadap wilayah yang berbeza di Gaza, termasuk Toffah dan al-Zeytoon yang masing-masing terletak di timur dan tenggara kota Gaza.

Pada hari Rabu lalu, Israel melancarkan serangkaian serangan sebelum subuh di Jalur Gaza yang terus berlanjut hingga Kamis dini hari, mengorbankan enam orang dan mencederakan 30 lainnya.

Tel Aviv telah mengintensifkan serangan terhadap wilayah Gaza selama beberapa hari terakhir. Eskalasi penyerangan ini diikuti kematian lapan orang Israel di dekat Laut Merah Israel kota resor Eilat.

Serangan telah menyebabkan sekurang-kurangnyanya 22 warga Palestina terbunuh dan puluhan lainnya cedera.

sumber

MESIR - Syiah Dirikan Parti

Di Mesir, untuk pertama kalinya parai politik Syiah berdiri dengan membawa bersama wakil-wakil dari warga Syiah yang ada di negara tersebut, akhbar Al-Syuruk melaporkan Rabu kemarin (24/8). Partai Syiah ini diberi nama "Parti Persatuan dan kebebasan."

Pendiri Parti, Ahmad Rasimal-Nafis, mengatakan bahawa partinya akan mempromosikan nilai-nilai tradisional Mesir, misalnya, mengkempenkan hidup berdampingan secara damai meski memiliki keyakinan yang berbeza. Menurutnya, platform parti mesti mencerminkan pluralisme yang mencirikan masyarakat yang ada di Mesir.

Perlu dicatat bahawa Syiah pada abad pertengahan lalu adalah agama yang sempat menguasai Mesir , ketika negara itu diperintah oleh para khalifah dari dinasti Fatimiyah, yang berakar ke sekte Syiah Ismailiyah. Setelah jatuhnya rejim Fatimiyah, agama Syiah telah kehilangan posisi posisi terkemukanya di Mesir. Data yang tepat mengenai jumlah masyarakat Syiah Mesir tidak diketahui, tetapi menurut beberapa sumber, hanya ada beberapa ratus ribu orang - kurang dari 1% dari total populasi.

Pendiri parti Al-Nafis (57 tahun) lahir dari sebuah sebuah keluarga Sunni, namun pada tahun 1985 ia memutuskan untuk berpaling dan masuk ke agama Syiah. Pada tahun 2004, dia meminta pihak berkuasa untuk memberikan status rasmi dari minoriti agama Syiah di Mesir, tapi mendapat penolakan. Dalam sebuah wawancara tahun lalu al-Nafis mengatakan bahawa Syiah selalu teraniaya, dan setelah perang di Lebanon pada tahun 2006, pemerintah Mesir mulai lebih dekat memantau komuniti Syiah.(fq/newsru)

sumber

Thursday, August 25, 2011

LIBYA: Gaddafi berundur



Beberapa orang anggota kumpulan pemberontak mengangkat rakan mereka yang cedera dalam pertempuran di hadapan kompleks kediaman Gaddafi di Bab al Aziziya, Tripoli, kelmarin. - REUTERS


TRIPOLI 24 Ogos - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berundur dari kubu kuatnya di ibu negara ini dan berikrar akan berjuang habis-habisan selepas pemberontak menawan kompleks kediamannya di Bab al-Aziziya di Tripoli, semalam.

Pemberontak telah menggeledah kediaman rasmi Gaddafi di Bab al-Aziziya di sini dan merampas senjata serta memusnahkan lambang kerajaan rejim itu.

Gaddafi berkata, pengundurannya dari kubu kuatnya itu merupakan satu tindakan taktikal selepas ia diserang 64 kali oleh tentera udara Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

''Saya akan mati syahid atau saya berjaya dalam perjuangan itu,'' katanya kepada sebuah stesen radio di Tripoli, hari ini.

Bagaimanapun, kedudukan pemimpin Libya itu selepas meninggalkan kubu kuatnya masih menjadi misteri.

Jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim berkata, pemimpin veteran itu bersedia menentang pemberontak untuk satu jangka masa yang panjang.

''Kami akan jadikan Libya sebagai satu kawasan selepas gempa bumi yang penuh dengan lava dan kebakaran.

''Pemberontak tidak akan aman jika mereka meneruskan rancangan untuk memindahkan ibu pejabat mereka dari Benghazi ke Tripoli,'' katanya.

Dalam pada itu, pelbagai pendapat timbul berhubung kedudukan Gaddafi dengan wakil pemberontak, Kolonel Ahmed Bani memberitahu Al-Arabiya TV, pemberontak percaya pemimpin Libya itu berada di satu daripada tempat persembunyiannya di Tripoli.

''Ia akan memakan masa yang panjang untuk menemuinya,'' ujarnya. - REUTERS

Sumber

Pemberontak kuasai 90-95 peratus wilayah di LIBYA

DUBAI 25 Ogos – Rejim Muammar Gaddafi dilaporkan telah kehilangan penguasaan antara 90 hingga 95 peratus ke atas Libya.

Jurucakap tentera pemberontak, Kolonel Abu Afra berkata, mereka kini menguasai antara 90 hingga 95 peratus negara ini.

“Kejatuhan komplek kediaman Bab al-Aziziyah menjadi simbol kekalahan rejim Gaddafi di Tripoli dan Libya,” katanya. – AFP

Sumber

LIBYA - Hadiah RM 5 Juta untuk Tangkap Ghaddafi

PEMBERONTAK memijak patung kepala Gaddafi di  Bab al-Aziziya,   Tripoli, kelmarin.
PEMBERONTAK memijak patung kepala Gaddafi di Bab al-Aziziya, Tripoli, kelmarin.
Ahli perniagaan tawar RM5.34j tangkap pemimpin diguling

BENGHAZI: Sekumpulan ahli perniagaan Libya menawarkan ganjaran dua juta dinar (RM5.34 juta) kepada sesiapa yang dapat menangkap pemimpin negara itu Muammar Gaddafi, sama ada hidup atau mati, kata Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

“NTC menyokong inisiatif ahli perniagaan berkenaan yang sanggup menawarkan dua juta dinar sebagai ganjaran untuk menangkap Gaddafi hidup atau mati,” kata bekas menteri kehakiman Libya Mustafa Abdel Jalil yang berpaling tadah dan menyertai pemberontak.
Beliau berkata pihaknya juga menawarkan pengampunan kepada sekutu atau penyokong Gaddafi yang berjaya menangkap atau membunuh Gaddafi.
“Kami bimbang Gaddafi akan mencetuskan masalah besar berikutan kedegilannya,” kata beliau yang mengesahkan laporan bahawa pertempuran masih berterusan antara penyokong pemimpin itu dan pemberontak di Bab al-Aziziya.

Sementara itu, Gaddafi mengakui sudah meninggalkan kediaman utamanya di Tripoli iaitu Bab al-Aziziyah yang ditawan penentangnya semalam sambil menyifatkan tindakannya menghilangkan diri bertujuan memberikan peluang kepadanya mengatur strategi terhadap musuh.

“Bab al-Aziziyah tiada makna lagi kerana sudah musnah selepas menjadi sasaran 64 kali serangan peluru berpandu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

‘Kami berundur atas sebab taktikal,” katanya dalam ucapan yang disiarkan sebuah laman web stesen televisyen milik anak lelakinya, Saif al-Islam.
Ucapan itu turut dipetik saluran Al-Oruba yang pro-Gaddafi selepas pemberontak merempuh masuk kediaman berkenaan tetapi tidak menemui pemimpin itu atau mana-mana anggota keluarganya.

Tidak diketahui di mana Gaddafi mungkin berada. Tetapi, bagi sesetengah pihak, ada banyak tempat yang boleh melindungi Gaddafi termasuk di bawah tanah.

Lelaki yang memerintah Libya selama 42 tahun dikenali mempunyai banyak kubu bawah tanah di Bab al-Aziziyah di Tripoli.

Beberapa orang pernah melihat terowong itu dan masih tidak jelas ia wujud.
Sepanjang enam bulan pemberontakan, Gaddafi dilihat semakin kurus dan cengkung melakukan beberapa penampilan di khalayak kemudian menghilang.

Selepas pemberontak memasuki kediaman itu, Isnin lalu, pemimpin itu sekali lagi hilang. Ramai pemberontak yakin beliau berkurung di Bab al-Aziziyah, seorang pegawai kanan, Fathi al Baja memberitahu ada laporan mengatakan Gaddafi yang hampir 70 tahun mengalami serangan jantung dan terlantar di kediamannya. – AP/AFP

sumber

Wednesday, August 24, 2011

LIBYA: Pemberontak tawan kubu Bab al-Aziziya

TRIPOLI 23 Ogos – Kumpulan pemberontak berjaya menawan kubu kuat pemimpin Libya di Bab al-Aziziya dan ibu pejabatnya di Tripoli hari ini selepas melakukan serangan bertubi-tubi, kata koresponden AFP.

Tentera bertahan di dalam kubu tersebut telah melarikan diri dan setakat ini tiada berita lokasi Muammar Gaddafi setelah pemberontak memecahkan pertahanan Gaddafi.

“Kumpulan pemberontak berjaya memecah masuk kawasan yang dikelilingi pagar simen.

“Mereka telah berjaya menawam Bab al-Aziziya sepenuhnya. Semuanya telah tamat,” kata koresponden tersebut.

Sebelum itu, jurucakap pemberontak, Kolonel Ahmed Omar Bani berkata, mereka telah mengepung Bab al-Aziziya.

“Berlaku pertempuran hebat di dalam kawasan itu. Kami kini menguasai pintu masuk barat kubu tersebut,” katanya.

Selama beberapa jam pertempuran di kawasan tengah Tripoli itu berlangsung, ia merupakan yang paling sengit dengan bunyi letupan paling kuat sejak kumpulan pemberontak tiba di sana tiga hari lalu.

Terdahulu AGENSI melaporkan, pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus berlaku hari ini, kira-kira 80 kilometer di barat Tripoli, lapor pemberontak.

Ia tercetus di sekitar bandar al-Ajaylat, lokasi demonstrasi pro-Gaddafi diadakan baru-baru ini.

Tentera kerajaan terpaksa bertahan di beberapa kawasan di bandar ini, namun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus membedil kira-kira 40 sasaran di Tripoli dalam tempoh 48 jam, pengeboman paling dahsyat sejak kempen serangan udara bermula lebih lima bulan lalu.

Sumber

ARAB SAUDI: Ramai peluk Islam ketika Ramadan

RIYADH: Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam pada dua minggu awal Ramadan kali ini, lebih separuh daripadanya rakyat Filipina.

Seramai 113 ekspatriat di negara pengeluar minyak terbesar itu memeluk Islam di Ihsa yang terletak di timur Arab Saudi termasuk 68 rakyat Filipina, 13 Sri Lanka, 10 India dan bakinya dari Kenya, Nepal dan beberapa negara lain.
“Rakyat Filipina paling ramai memeluk Islam di Arab Saudi. Mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa campur tangan mana-mana pihak,” lapor akhbar berkenaan memetik pengarah Pusat Panduan Islam di Ihsa, Sheikh Abdul Rahman Al Gagmayan.
Turut memeluk Islam ialah gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang menetap bersama ibunya yang beragama Kristian di Amerika Syarikat, ketika bercuti di sini, kata pengarah laman web dakwah, www.edialogue.org, Majed Al-Osaimi.

Bercakap kepada akhbar Arab News, beliau berkata, remaja berkenaan memeluk Islam selepas berbual dengan pendakwah laman web itu.

“Gadis itu memperoleh maklumat mengenai Islam yang menghapuskan semua keraguannya dalam perbualan selama 20 minit dan mengucap syahadah. Laman web ini, yang ditubuhkan Mac lalu, menjadi saluran menunjukkan kebenaran Islam kepada warga berlainan negara.

“Setiap hari seorang atau dua orang memeluk Islam menerusi web kami,” katanya sambil menggesa penduduk negara itu dan umat Islam lain yang menetap di Barat mendidik anak mereka mengenai Islam pada usia muda.
Katanya, beliau turut menghubungi gadis itu dan mendapati dia memperoleh banyak maklumat mengenai Islam daripada sumber berlainan.

“Dia bertanya beberapa soalan penting mengenai Islam. Gadis itu juga belajar bahasa Arab untuk membaca dan memahami al-Quran,” katanya.

Majed berkata, majoriti rakyat India memeluk Islam menerusi laman web itu yang dikendalikan 11 sukarelawan dan pekerja sepenuh masa. Mereka yang memeluk Islam termasuk dari Britain, Perancis, Australia, Amerika Utara, Filipina, Romania, Nigeria dan Cameroon.

Setakat ini, lebih 90,000 pengguna internet mengambil bahagian dalam ruang sembang laman web berkenaan.

“Kami bercadang untuk meluaskan laman web ini termasuk menyediakan lebih banyak bahasa,” katanya.

Sementara itu, 680 individu pelbagai kerakyatan memeluk Islam setakat ini di Kuwait, kata Ketua Pengarah Jawatankuasa Penyampai Islam (IPC), Jamal Al Shatti.
Dibentuk pada tahun 1978, misi IPC adalah untuk mendidik umat Islam dan bukan Islam mengenai agama suci itu, kata Al Shatti.

Di Emiriah Arab Bersatu, rakyat Filipina dikenali sebagai Rodelito adalah antara 76 warga negara itu itu yang memeluk Islam dalam khemah besar di Al-Tawr sebagai sebahagian dForum Ramadan anjuran Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Dubai. – Agensi

Sumber

LIBYA: Gaddafi diburu



Beberapa orang anggota kumpulan pemberontak bersiap sedia di pinggir Tripoli, untuk memasuki ibu negara Libya itu, kelmarin. – AP


TRIPOLI 23 Ogos – Pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak bagi menguasai ibu negara ini hari ini bertukar menjadi pemburuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan kawasan yang dikuasai tentera kerajaan semakin berkurangan.

Lokasi pemimpin itu berada, masih tidak diketahui sehingga kini selepas beliau tidak lagi dilihat di khalayak ramai selama beberapa bulan.

Ucapannya kepada para penyokongnya, baru-baru ini juga dibuat hanya menggunakan panggilan telefon.

Seorang pegawai di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Feltman berkata, Washington tidak tahu lokasi sebenar Gaddafi, tetapi jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan berkata, pegawai-pegawai AS percaya pemimpin Libya itu masih berada di Libya.

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat yang menyatakan beliau telah meninggalkan negara itu,” kata Lapan. – AGENSI

Sumber

LIBYA - Rumah Ghaddafi Ditawan

TRIPOLI: Pemberontak memasuki kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, selepas 24 jam bertempur dengan tentera yang mengawal kawasan umpama kubu itu, semalam.

Wartawan di tempat kejadian berkata, pintu masuk berwarna hijau kediaman itu diletupkan dan beratus-ratus pemberontak membanjirinya dan melepaskan tembakan ke udara.
Belum ada berita sama ada Gaddafi, 69, berada di situ tetapi pertempuran sengit yang meletus sebelum kediaman itu dimasuki membayangkan kemungkinan beliau ada di dalam.
Pertempuran di Bab al-Aziziyah membabitkan penggunaan mortar, mesingan dan senapang antipesawat meletus beberapa jam selepas anak Gaddafi yang dikatakan penggantinya, Saif al-Islam, muncul di khalayak ramai bagi menafikan dia ditahan pemberontak.

Kemunculannya secara mengejut dikatakan bukti bahawa Gaddafi masih mampu bertindak balas sekalipun ramai menganggap pemerintahannya sudah berakhir.

Kediaman besar Gaddafi, bagaimanapun, rosak teruk kerana serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selain dianggap lambang utama pemerintahannya selama 42 tahun.

Tidak hairanlah seorang pemberontak, Abdel-Aziz Shafiya, 19, menyuarakan kegembiraan tidak terhingga ketika meronda kawasan dalamannya dengan membawa pelancar roket dan senapang Kalashnikov.
“Saya kehilangan rakan dan keluarga tetapi sudah masuk rumah Gaddafi. Ramai kawan saya terkorban. Semua itu memberi makna ketika ini,” katanya.

Bekas penasihat kanan Gaddafi, Abdel-Salam Jalloud yang berpaling tadah bulan ini, memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa dia berpendapat pemimpin itu berada di pinggir Tripoli dengan berlindung di rumah persendirian, hotel kecil dan masjid.

Ada juga laporan yang mendakwa Gaddafi bersembunyi dekat sempadan Algeria.

Pemberontak dilaporkan sudah memberi amaran kepada kerajaan Algeria supaya tidak campurtangan dalam hal ehwal mereka.

Tetapi, jurucakap pemberontak di Doha, Mahmoud Shammam, bersikap lebih berhati-hati.

“Kami tidak tahu siapa ada di dalam. Kami percaya ada orang menginap tempat itu dan dia mengetuai usaha melawan kami. Ini adalah istana terakhir Gaddafi,” katanya.

Pertempuran masih berlaku di beberapa tempat di Tripoli antara pemberontak dan penyokong Gaddafi.

Dua juta orang tinggal di ibu kota Libya itu. – AP/AFP

sumber

LIBYA - 400 Maut, 2000 Cedera dalam 3 Hari

BENGHAZI: Empat ratus orang terbunuh dan 2,000 lagi cedera dalam pertempuran tiga hari antara pemberontak dan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi di Tripoli, kata ketua majlis pemberontak.

Mustafa Abdel Jalil, Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan, memberitahu televisyen France-24 kira-kira 600 askar pro Gaddafi ditawan tetapi pertempuran tidak akan berakhir sehingga pemimpin Libya itu menjadi tawanan.

“Mengikut maklumat kami, bilangan yang terbunuh dalam opperasi tiga hari itu mencecah 400 dengan 2,000 lagi cedera. Kami menawan sehingga 600 askar Gaddafi," katanya tanpa menyatakan apakah angka itu membabitkan kedua-dua pihak. - AFP

sumber

PALESTIN - Seorang Lagi Pejuang Terbunuh

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel membunuh seorang pejuang Palestin dan mencederakan seorang lagi di Semenanjung Gaza, menurut saksi.

Serangan peluru berpandu ke atas sebuah kenderaan di Rafah berhampiran sempadan Mesir itu memberi ancaman baru ke atas gencata senjata yang diumumkan Ahad lalu susulan pertempuran empat hari antara tentera Israel dan pejuang Palestin.
Brigade Al-Qods menyatakan pejuang yang terbunuh adalah seorang pemimpinnya, Ismael al-Ismar, 34. - AFP

sumber

Tuesday, August 23, 2011

ARAB SAUDI: Ratusan ribu umat Islam banjiri Masjidilharam


PANDANGAN atas memperlihatkan Menara Jam Besar di Makkah ketika umat Islam mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan, 20 Ogos lalu.
PANDANGAN atas memperlihatkan Menara Jam Besar di Makkah ketika umat Islam mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan, 20 Ogos lalu.
Semua masjid dibuka sepanjang malam 10 Ramadan terakhir

MAKKAH: Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar.

Jabatan Pertahanan Awam di Makkah memberikan akhbar Arabnews peluang yang sangat jarang untuk merakamkan gambar Masjidilharam pada malam 21 Ramadan yang jatuh pada Sabtu melalui helikopter jabatan itu dengan inisiatif Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Muhammad al Harbi.
Helikopter Midel S92 yang tiba dari Jeddah dipandu juruterbang, Kapten Abdul Aziz Al-Dhufyan dan Leftenan Pertama Ziyad Al-Otaibi.
Jurugambar akhbar itu berjaya merakamkan imej keseluruhan Makkah dari pelbagai sudut termasuk Menara Wakaf Raja Abdul Aziz.

Helikopter juga melintasi kawasan Misfala, Kuday, Ajyad, Hafair, Hajoun dan Aziziya, kawasan yang sesak dengan kenderaan membawa jemaah dan orang ramai yang mahu beribadah.

Juruterbang membantu memaklumkan kepada kakitangan lapangan Jabatan Pertahanan Awam yang kesesakan berlaku di banyak tempat di bandar itu.

Kegunaan helikopter itu adalah untuk mencari, menyelamat, memadamkan kebakaran dan mengangkut pesakit. Ia boleh membawa 22 penumpang.
Sebaik saja Ramadan menghampiri fasa terakhir masjid di seluruh Arab Saudi mula menganjurkan ibadat qiamullail termasuk solat malam.

“Solat istimewa ini dilaksanakan pada malam 10 hari terakhir Ramadan mulai jam 1 pagi,” kata imam di Masjid Sheebani di daerah Nasseriyah, Riyadh.
Tempoh 10 malam terakhir Ramadan lebih penting kerana al-Quran kali pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW pada malam Lailatulqadar. Justeru, amalan baik umat Islam akan diberi ganjaran besar, kata imam itu.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Dakwah mengeluarkan arahan supaya semua masjid dibuka untuk jemaah sepanjang malam pada malam 10 Ramadan terakhir.
Imam berkata masjid dibuka kepada orang ramai pada waktu malam untuk mereka membaca al-Quran dan melaksanakan solat sunat. – Agensi

Sumber

LIBYA: Dunia sokong guling Gaddafi

pix_gal0
Pemimpin diktator digesa undur elak lebih banyak pertumpahan darah

NEW YORK: Pemimpin dunia memuji kejayaan pemberontak menamatkan pemerintahan rejim Muammar Gaddafi yang berkuasa sejak 42 tahun lalu, sambil menggesa beliau berundur bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah.

Walaupun kebanyakan mereka berpendapat masa depan Libya perlu ditentukan sendiri oleh rakyatnya, tekanan semakin meningkat mahukan diktator itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Di WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menggesa Gaddafi mengaku kalah dan memenuhi kehendak rakyat agar menyerah dan meletak jawatan.
“Malam ini kuasa Gaddafi sampai ke penghujung. Tripoli sudah terlepas daripada pemerintahan kuku besi. Rakyat Libya menunjukkan komitmen tidak berbelah bagi mengembalikan maruah dan kebebasan mereka,” katanya.

Beliau berkata, masa depan Libya kini berada di tangan rakyatnya dan berikrar bekerjasama serta meningkatkan hubungan baik dengan majlis pemberontak.

Di BEIJING, China berkata ia menghormati kehendak rakyat Libya yang mahukan perubahan dan berikrar meneruskan kerjasama dengan Libya untuk pembangunan dan pemulihan semula negara itu.

“China berharap keamanan di Libya akan dipulihkan segera. Negara itu sudah lama dalam keadaan huru-hara sehingga rakyatnya hidup sengsara. China bersedia bekerjasama dan membantu Libya untuk pembinaan semula negara itu,” kata jurucakap kementerian luar Ma Zhaoxu dalam kenyataan.
China sebelum ini mengambil pendirian tidak campur tangan dalam konflik di Libya, namun beberapa bulan kebelakangan ini negara itu semakin terbabit dengan pemberontak dan beberapa kali mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC)

Di LONDON, Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatan ke Cornwall untuk menghadiri satu mesyuarat keselamatan membabitkan Libya semalam, kata pegawai.

“Gaddafi melakukan jenayah terhadap rakyat Libya dan mesti berundur untuk mengelak lebih banyak pertumpahan darah. Anggota keselamatan yang masih setia kepada Gaddafi perlu meletak senjata dan menyerahkan kuasa kepada yang berhak,” katanya.

Di PARIS, pejabat Presiden Nicolas Sarkozy mengeluarkan kenyataan menggesa Gaddafi meletak jawatan dan mengakhiri penderitaan yang dihadapi rakyat Libya berikutan pertempuran yang berlarutan sejak lebih enam bulan lalu.

“Apa yang jelas, Gaddafi tidak lagi diterima rakyat. Beliau sudah digulingkan dan kini bukan lagi pemerintah yang sah untuk Libya,” kata kenyataan itu. – Agensi

Sumber

LIBYA: Dua anak Gaddafi ditangkap

TRIPOLI 22 Ogos - Dua anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam dan Mohammed Al-Gaddafi ditahan pemberontak hari ini, ketika rejim Muammar Gaddafi tumbang setelah pemberontak menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

Saif, anak bongsu pemimpin Libya itu ditangkap oleh pemberontak, sementara anak lelaki sulungnya, Mohammed dilaporkan menyerah diri selepas diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya.

Lokasi Gaddafi, bagaimanapun masih belum diketahui sehingga kini, namun sumber pemberontak menyatakan beliau masih berada di Tripoli, manakala sumber lain berkata, beliau telah melarikan diri ke tempat lahirnya, bandar Sirte.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan penahanan Saif dan kini sedang berbincang untuk urusan memindahkannya yang dikehendaki atas dakwaan jenayah kemanusiaan. - dpa

Sumber

LIBYA: Rejim Gaddafi tumbang



Beribu-ribu penduduk Libya meraikan kejayaan pemberontak menawan bandar Tripoli awal semalam. - AGENSI


TRIPOLI 22 Ogos - Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli, tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Anak lelaki bongsu Gaddafi, Saif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.

Gaddafi menyiarkan tiga mesej audio semalam, dengan berikrar tidak akan menyerah kalah dan menyeru penduduk Tripoli supaya 'membersihkan ibu negara' daripada pemberontak, tetapi beliau tidak muncul di khalayak sejak beberapa minggu lalu.

Satu sumber diplomatik berkata, pemimpin veteran Libya itu mungkin masih berada di kompleks kediamannya, Bab Al-Aziziyah di tengah Tripoli.

"Beliau masih berada di Tripoli dan mungkin berlindung di kediamannya di Bab Al-Aziziyah," kata sumber yang menemui Gaddafi dalam tempoh dua minggu lalu.

Pekarangan Bab Al-Aziziyah kerap dibedil sejak bermulanya campur tangan tentera antarabangsa di Libya pada 19 Mac lalu dan kebanyakan bangunan di kompleks itu sudah ranap.

Namun, Gaddafi boleh berlindung di dalam kubu bawah tanah yang banyak terdapat di kompleks itu, kata sumber tersebut. - AFP

Sumber

LIBYA - Pejuang Kuasai 95 Peratus Tripoli

Diplomat tinggi pemberontak Libya yang berada di London mengatakan pertempuran terus terjadi di ibukota Tripoli, namun pasukan pembangkang telah menguasai 95 peratus wilayah kota.

Mahmud Nacua mengatakan masih ada beberapa bahagian di ibukota yang memberi dukungan bagi Muammar Gaddafi, tetapi pemberontak menguatkan kawalan kota telah mereka kuasai.

Dia mengatakan mereka belum berjaya menemui Gaddafi, tetapi "para pejuang akan membalikkan setiap batu untuk menemukannya, menangkapnya, dan untuk menempatkan dia di pengadilan."(fq/ap)

sumber

PALESTIN - Hamas dan Mesir Bakal Hadapi Israel?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya membahas situasi keamanan Palestin dengan Ketua Intelijen Mesir Murad Muwafi. Haniyia dan Murad mencari cara yang paling efektif untuk mengakhiri agresi Israel di Jalur Gaza.

Israel terus melancarkan seranan militer ke dalam wilayah Gaza yang telah menimbulkan banyak korban. Hal ini, jika terus berlangsung akan menimbulkan baru di kawasan Palestin, dan dapt berimplikasi ke seluruh kawasan Timur Tengah.

Ismael Haneyya mengatakan bahawa dia mencapai kesepakatan dengan Muwafi melalui telefon pada hari Sabtu, dan Haniya memberikan penjelasan tentang perkembangan di Gaza. Mereka sepakat terus menjaga hubungan mengenai situasi krisis keamanan, yang dapat menjurus kepada perang baru antara Palestin - Israel.

sumber

Eropah Sambut Aidil Fitri Selasa 30 Ogos

Dewan Fatwa dan Riset Keislaman Eropah mengatakan bahawa Aidil Fitri 1432 H di benua tersebut diperkirakan bertepatan pada hari Selasa tanggal 30 Ogos akan datang. Demikian disiarkan pejabat berita Aljazeera (22/8).

Jurucakap Dewan Fatwa Eropah mengatakan, perkiraan tersebut berdasarkan hitungan hisab yang teliti dan dapat dipertanggungjawabkan. Dikatakan hilal bulan Syawal tahun ini akan keluar pada hari Selasa, 30 Ogos akan datang.

"Berdasarkan hitungan "hisab falaki", kami memastikan Aidil Fitri tahun ini akan jatuh pada Selasa 30 Ogos nanti. Hilal bulan Syawal akan "berhilal" pada waktu tersebut," kata sumber itu.

Melihat Hilal atau bulan sabit pertanda awal bulan hijriyah, tambah sumber tersebut, boleh dilihat secara terus atau boleh juga melalui alatan terkini.

Dewan Fatwa yang berpusat di ibu kota Ireland, Dublin, tersebut juga mengharapkan, umat Islam di seluruh dunia boleh berlebaran pada waktu yang bersamaan dan disepakati.

(ags/jzr)

sumber

Monday, August 22, 2011

PALESTIN - Kanak2 Dibelasah 15 Orang Yahudi

Seorang kanak-kanak 10 tahun Palestin menderita luka-luka ringan setelah ia diserang oleh 15 pemukim yahudi dengan jeriji besi berhampiran pos pemukiman Tebing Barat Ramat Migron.

Kanak-kanak itu akhirnya dibawa ke Hospital Ramallah setelah menerima beberapa pukulan di kepala dan bahagian lain dari tubuhnya yang menyebabkan luka dalam.

Media Israel mengatakan polis Israel telah menangkap 13 pemuda yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut. Mereka mengatakan para suspek belum bekerjasama dengan polis, menambahkan bahawa keadaan di sekitar kejadian masih belum jelas.

Sumber mengatakan pemukim Yahudi di daerah itu juga telah menyerang tiga petani sebelumnya, menyebabkan mereka mengalami kecederaan teruk.(fq/pic)

SUMBER

PALESTIN - Roket Bunuh 2 Warga Israel

Dua warga Israel terbunuh dan sepuluh lainnya cedera dalam serangan balasan pejuang Palestin pada Sabtu malam lalu dalam menanggapi serangan berdarah pasukan pendudukan Israel di Jalur Gaza.

Media Israel melaporkan bahawa roket pejuang Palestin jatuh di Bersyeba dan pemukiman Ofakim, salah satu rumah rusak parah ketika roket menghentam, melukai empat pemukim Yahudi.

Pihak berkuasa Israel menyerukan kepada semua warga untuk tetap tinggal di tempat penampungan.

Salah satu roket menghentam sebuah kilang di Ofakim menimbulkan kerosakan besar.

Brigade Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengumumkan untuk pertama kalinya pada Sabtu malam lalu bahawa mereka telah melakukan penembakan empat roket di Ofakim.(fq/pic)

sumber


LIBYA - Tentera Ghaddafi di Tripoli Menyerah?

Seorang pegawai tinggi pemberontak Libya mengatakan bahawa unit militer yang bertugas melindungi Muammar Gaddafi dan ibukota Tripoli telah menyerah.

Mahmoud Shammam, menteri informasi dari kubu pembangkang Libya, mengatakan kepada Associated Press pada hari Ahad (21/8), komandan unit militer pelindung Gaddafi telah bergabung dengan pasukan revolusi dan memerintahkan perajuritnya untuk menjatuhkan senjata mereka.

Saat unit militer tersebut meletakkan senjatanya, menjadi dasarnya terbukanya jalan bagi para pemberontak memasuki kota itu dengan sedikit perlawanan.(fq/ap)

SUMBER

LIBYA - Anak Sulung Ghaddafi Ditawan

Anak sulung pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Muhammad, mengatakan kepada Al-Jazeera pada dini hari Isnin ini (22/8) bahawa dia telah ditahan oleh pemberontak dan sedang "diamankan" di bawah tahanan rumah di Tripoli.

"Orang-orang bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih di rumah dan mereka berada di luar," katanya melalui telefon kepada Al-Jazeera dari Tripoli.

"Mereka mengatakan mereka akan menjamin keamanan saya. Mereka mengepung rumah saya," tambahnya. Suara tembakan terdengar sebagai latar belakang. "Ya, tembakan ada di dalam kompleks rumah saya," katanya sebelum sambungan telefonnya tiba-tiba terputus.(fq/reu)

sumber

LIBYA: Pemberontak serang Tripoli?


KEPULAN asap di ruang udara bandar Tajura, pinggir Tripoli ekoran serangan udara NATO pada 17 Ogos lalu. Pemberontak Libya mendakwa mereka telah mula melancarkan serangan ke atas ibu negara Libya itu, kelmarin. – AFP


TRIPOLI 21 Ogos – Pemberontak Libya mendakwa mereka sudah melancarkan serangan pertama ke atas Tripoli dengan bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Bunyi letupan dan tembakan meriam luar biasa mula kedengaran di ibu kota ini, kata ketua majlis pimpinan pemberontak, Mustafa Abdel-Jalil kepada stesen sateliti Arab, Al-Jazeera.

Pertempuran itu meletus hanya beberapa jam selepas pemberontak menawan bandar utama berdekatan, Zawiya.

Bunyi tembakan meriam dan pertempuran bersenjata jelas kedengaran malam tadi di hotel yang dihuni oleh wartawan asing di Tripoli.

Pesawat udara NATO melancarkan beberapa serangan bom selepas senja, dan bunyi letupan kuat bergema di seluruh ibu negara ini.

“Kami merancang operasi ini bersama-sama NATO, sekutu Arab kami dan pejuang kami di Tripoli dan komander di Benghazi,” kata Mustafa.

Katanya, mereka memilih untuk melancarkan serangan ke atas Tripoli pada bulan Ramadan, sempena Perang Badar yang juga berlaku pada bulan mulia ini.

Beberapa jam selepas pemberontak mendakwa telah menyerang Tripoli, televisyen kerajaan menyiarkan perutusan suara yang didakwa secara langsung daripada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Pemimpin Libya itu mengutuk pemberontak dan menyifatkan mereka sebagai pengkhianat dan ‘haiwan perosak’ yang menghancurkan Libya.

“Rakyat Libya mahu mengecapi Ramadan dengan aman, sebaliknya mereka terpaksa menjadi pelarian tidak ubah seperti rakyat Palestin,” kata Gaddafi.

Jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim muncul di televisyen untuk menafikan pemberontakan mula dilancarkan di Tripoli, tetapi beliau mengakui terdapat aktiviti luar biasa di ibu negara.

Dakwaan kedua-dua pihak tidak dapat disahkan, tetapi jika benar pemberontak menyerang Tripoli, serangan itu adalah yang pertama sejak pemberontakan dilancarkan enam bulan lalu. – Agensi

Sumber

LIBYA - Pejuang Berjaya Masuk Tripoli

NICOSIA: Pemberontak Libya tiba di Dataran Hijau di tengah Tripoli, menurut Sky News yang menunjukkan orang ramai berkumpul di situ.

Ramai pemuda mengibarkan bendera merah, hitam dan hijau milik pasukan antikerajaan dan bersorak dan menari sambil bertakbir dan melepaskan tembakan ke udara.
Ramai yang menunjuk isyarat jari keamanan sambil menjerit "beritahu Muammar dan anak lelakinya bahawa Libya mempunyai anak jantan". - AFP

sumber

Tujuh orang awam IRAQ terbunuh dalam serangan udara tentera TURKI

ARBIL (Iraq) 22 Ogos - Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Iraq terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Turki di wilayah semi autonomi di utara Kurdish, Iraq, semalam, kata datuk bandar dan saksi.

Kejadian tersebut merupakan yang kali pertama mencatatkan angka korban membabitkan orang awam sejak serangan dilancarkan pada malam Rabu lalu.

Serangan tersebut mengenai sebuah kenderaan awam yang sedang dalam perjalanan, kata Hassan Abdulla, Datuk Bandar Walat Dizah yang terletak di timur laut bandar Sulaimaniya.

"Hari ini (semalam) terdapat serangan roket daripada jet Turki yang menyerang sebuah lori pikap yang membawa enam orang awam dan kesemuanya terkorban.

"Serangan roket itu menyebabkan lori tersebut rosak teruk dan kami tidak dapat mengenal pasti identiti mayat, umur, serta jantina mereka," katanya. - REUTERS

Sumber

Sunday, August 21, 2011

MESIR - Perang Sinai Bakal Meletus?


TEL AVIV (Arrahmah.com) – Mantan ketua Dewan Keamanan Nasional Israel (NSC) mendesak dilakukannya aksi militer terhadap rejim di Semenanjung Sinai, menyusul ketegangan yang terus meningkat antara Israel dengan Mesir baru-baru ini.

Uzi Dayan mengatakan pada Channel 7 pada hari Jumaat (19/8/2011) bahawa militer dan pasukan Israel mesti mempersiapkan diri untuk berurusan dengan pemerintah Mesir yang baru.

Dia menyatakan bahawa militer ini akan ditujukan untuk mensasarkan siapapun yang menjadi ancaman bagi rejim Israel.

“Inilah waktu bagi tentera Israel untuk mendapatkan kawalan ke atas Sinai,” lanjut Dayan.

Pasukan Israel dilarang memasuki Semenanjung Sinai di bawah perjanjian perdamaian dengan Mesir 1979.

Ketegangan telah meningkat antara rejim Kaherah dan Tel Aviv setelah tentera Israel membunuh beberapa personal militer dan keamanan Mesir pada Khamis (18/8).

sumber

PALESTIN - Serangan Israel Rosakkan Banyak Bangunan

Serangan udara Israel pada Jumaat pagi kelmarin (19/8) telah mengakibatkan kerosakan besar dan kerosakan banyak bangunan pemerintah di Kota Gaza.

Serangan udara menyebabkan kerosakan terhadap pejabat pekerjaan umum, pejabat kehakiman dan pejabat informasi pemerintah, menurut pernyataan pemerintah Hamas.

Pejabat kominfo Hamas meminta wartawan untuk mendokumentasikan jenayah pendudukan Israel terhadap Gaza dan rakyat Palestin.

Sementara itu, pejabat pekerjaan umum mengatakan tidak akan dapat memberikan layanan kepada orang ramai untuk saat ini kerana kerosakan parah yang disebabkan serangan udara ke bangunan tersebut.

Pesawat Israel melakukan serangan udara Jumaat pagi kelmarin terhadap pelbagai sasaran di Gaza. Serangan udara mengakibatkan pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin dan melukai 18 orang lainnya.

Sekurang-kurangnya dalam dua hari serangal Israel ke Gaza, telah 16 warga Gaza syahid dan puluhan lainnya mengalami kecederaan.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Mesir Tarik Duta dari Israel

Hubungan antara Mesir - Israel terus memburuk, sampai ke tingkat yang paling rendah. Sejak rejim Hosni Mubarak roboh. Memburuknya hubungan Mesir - Israel, tak terlepas dengan perubahan politik di negara Spinx itu. Bahkan rakyat Mesir menuntut agar membatalkan perjanjian Camp David, yang ditandatangani pada tahun 1979.

Sekarang, Mesir mengatakan akan menarik duta besarnya dari Israel sebagai protes kematian pasukan keamanan Mesir, yang disebut sebagai pelanggaran dari perjanjian perdamaian 1979 antara kedua negara. Ketegangan meningkat tajam setelah serangan lintas-perbatasan yang mengorbankan lapan Israel. Pernyataan yang menegaskan penarikan duta besar Mesir dari Tel Aviv itu, disampaikan pegawai pemerintah Mesir, Sabtu ini.

Israel menyalahkan militan Palestin dari Jalur Gaza yang menyeberang perbatasan dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Kemudian melakukan serangan, dan mengorbankan 9 orang awam dan tentera Israel. Serangan itu meningkatkan ketegangan angara Mesir - Israel, dan puncaknya Mesir menarik duta besarnya dari Tel Aviv.

sumber

Saturday, August 20, 2011

Gadis Godam 23 Laman Web Hina Nabi

DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.
Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.
Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi

sumber

PALESTIN - 16 Terbunuh

Serangan udara Israel di Jalur Gaza yang terkepung telah mengorbankan tiga orang, sehingga meningkatkan jumlah korban menjadi 16 orang dalam dua hari serangan.

Dalam satu serangan udara, pesawat tempur Israel menyerang sasaran di kota Khan Yunis, namun belum ada korban yang dilaporkan dari serangan tersebut.

Sumber-sumber medik mengatakan kanak-kanak berusia lima tahun termasuk di antara korban serangan yang dilakukan pada akhir Jumaat lepas (19/8).

Serangan udara Israel ke jalur Gaza dimulakan pada Khamis lalu, sesaat setelah lapan warga Israel terbunuh berhampiran kota resor Laut Merah Eilat.

Puluhan warga Palestin juga cedera dalam serangan pesawat tempur Israel.

Para pegawai Israel menyalahkan kelompok pejuang yang berpusat di Gaza yang disebut Komite Perlawanan Rakyat (RRC) atas serangan Khamis lalu dan bersumpah akan menggunakan "kekuatan penuh" sebagai tindak balas kepada serangan pejuang Gaza.

Israel mengatakan para penyerang itu menyusup dari Jalur Gaza yang dikuasai Hamas -meskipun RRC tidak berafiliasi dengan Hamas - Hamas sendiri membantah terlibat dalam insiden tersebut.

Hamas mengatakan bahawa mereka tidak ada hubungannya dengan serangan itu dan memperingatkan akan ada akibat terhadap setiap tindakan agresi ke Jalur Gaza.(fq/prtv)

sumber

PALESTIN - 10 Warga Israel Cedera Akibat Roket

Pasukan pendudukan Israel (IOF) pada Jumaat pagi (19/8) telah mengumumkan bahawa sepuluh warga Israel cedera akibat roket yang jatuh di kota Asdod di wilayah pendudukan 1948.

Media Israel mengatakan sebuah roket menghentam sebuah bangunan di Asdod melukai sepuluh orang, salah satu dari mereka mengalami kecederaan serius.

Radio Israel mengatakan sepuluh roket jatuh di Askalan, Bersyeba dan Keryat Gat, dengan kebanyakannya jatuh di daerah terbuka dan menyebabkan kerosakan.

Pada hari Khamis lalu, Brigade Salahuddin, sayap bersenjata Komite Perlawanan Rakyat, mengatakan bahawa mereka menembakkan dua roket di Askalan sebagai pembalasan awal untuk pembunuhan pemimpin-pemimpin mereka pada Khamis lalu oleh pasukan pendudukan LinkIsrael.

Akhbar Yedot Ahronot, Kamis lalu, menegaskan bahawa tiga roket jatuh di Askalan tanpa mencederakan sesiapa.(fq/pic)

sumber

Thursday, August 18, 2011

PALESTIN - Serangan Udara Bunuh 1 Orang

Pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara di Jalur Gaza yang mengorbankan seorang warga Palestin dan melukai dua lainnya dalam keadaan kritis.

Serangan itu menargetkan bagian timur Jalur Gaza pada dini hari Selasa ini (16/8), seorang koresponden Press TV melaporkan.

Serangan udara itu terjadi sehari setelah sebuah kapal Angkatan Laut Israel menembaki pantai utara wilayah yang terkepung, melukai seorang nelayan Gaza.

sumber

IRAN - 10 Orang Bunuh Diri Setiap Hari

Sebuah kajian yang dilakukan oleh salah satu akhbar di Iran, Asna, pada Rabu (17/8) kelmarin berkaitan kes bunuh diri yang belakangan ini marak di Iran memperolehi data mengejutkan.

Dari kajian tersebut, didapati hasil angka bunuh diri di Iran mencapai 17 peratus. Tahun lalu, misalnya, angka bunuh diri mencapai 3649 orang, di mana majoriti laki-laki menjadi pelaku tindakan bunuh diri tersebut.

Ketua Urusan Kedoktoran Iran Ahmad Sojai mengatakan, angka bunuh diri diIran pada suku pertama tahun ini mencapai angka 952 orang, 678 di antaranya laki-laki dan bakinya wanita.

"Tiga bulan terakhir ini angka bunuh diri meningkat hebat. Sekitar 10 orang melakukan bunuh diri setiap harinya," kata Sojai.

Dari hasil kajian tersebut didapati pula cara bunuh diri yang berbeza yangdipilih kaum lelaki dan wanita. Kaum lelaki lebih memilih bunuh diri dengan jalan gantung diri atau menusuk-nusuk diri mereka dengan alat berbahaya, sementara kaum wanita lebih memilih cara bunuh diri meneguk bahan-bahan kimia berbahaya atau membakar diri mereka.

Meski demikian, keterangan kajian tersebut belum mampu memperinci dengan terperinci sebab utama tindakan bunuh diri itu. Para ahli piskologi menilai sebab utama tersebut lebih didorong oleh terpuruknya ekonomi, meningkatnya masalah sosial, dan dalam beberapa tempo masalah tekanan jiwa. (ags/isn)

sumber

Saya Dedah Paderi Melayu, Saya Kena ISA

TEMERLOH, 18 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sederap Menjana Kemenangan’.

Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.

Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung.

“Umno/BN diselamatkan di seluruh negara dengan 45 kerusi parlimen yang mempunyai undi Felda, 25 kerusi undi pos jadi mereka hanya perlu 50 kerusi lagi untuk terus berkuasa.

“Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang,” jelasnya.

Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.

Tambahnya, di beberapa tempat Umno telah meletakkan banner ‘Umno kalah DAP menang’ bagi menakutkan pengudi Melayu untuk berubah.

Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.

sumber

AMERIKA: Dunia kecam tindakan Israel

NEW YORK: Kuartet rundingan damai Asia Barat, Amerika Syarikat, Russia, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menyelar tindakan Israel untuk meluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan menyifatkannya mengancam usaha damai.
EU juga mendesak Israel menamatkan sekatan terhadap Ibu Pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), iaitu Orient House. Kecaman terbaru ke atas Israel dibuat ketika di tengah usaha hebat oleh wakil khas kuartet Tony Blair memperhebatkan usaha untuk membawa Palestin dan Israel kembali ke dalam rundingan secara bersemuka.
“Kuartet amat bimbang dengan pengumuman terbaru Israel untuk meneruskan rancangan membina unit perumahan di Ariel dan Baitulmaqdis Timur,” kata keempat-empat negara itu dalam satu kenyataan.

“Ia berlaku ketika keadaan yang semakin kritikal dengan usaha Kuartet untuk meneruskan rundingan menjadi satu-satunya cara untuk penyelesaian adil dalam konflik,” tambah kenyataan itu.

Israel Isnin lalu meluluskan pembinaan 277 rumah baru di Ariel, sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat, menjadikan lebih 2,700 penempatan baru diluluskan sejak dua minggu lalu.

Rancangan perluasan itu menimbulkan kemarahan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menghentikan rundingan langsung sejak Israel menamatkan perjanjian membekukan pembinaan penempatan Yahudi September tahun lalu.
Israel, bagaimanapun menolak kritikan antarabangsa dan menegaskan bahawa penempatan itu bukan satu halangan terhadap rundingan damai secara terus.

“Palestin berunding banyak kali bila penempatan itu wujud,” kata Duta Israel ke PBB , Ron Prosor.

“Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membekukan penempatan ketika Palestin menunggu sembilan bulan untuk kembali ke meja rundingan,” katanya.

Kedua-dua pihak terbabit dalam konfrontasi diplomatik terbaru apabila presiden Palestin Mahmud Abbas bersiap sedia untuk mendapatkan penyertaan penuh sebagai anggota penuh pada Perhimpunan Agung PBB September ini. – AFP

Sumber

11 anggota TURKI maut dalam serangan

DIYARBAKIR, Turki 18 Ogos – Sekurang-kurangnya tujuh anggota tentera Turki terbunuh dan 11 cedera apabila kumpulan konvoi mereka diserang beberapa siri letupan di tenggara wilayah Hakkari, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat gabenor Hakkari, Parti Buruh Kurdistan (PKK) berkemungkinan bertanggungjawab dalam serangan tersebut namun ia tidak disahkan sehingga kini.

“Ketika kejadian, seramai 11 anggota tentera kami terbunuh manakala 11 cedera dan sehubungan itu, pasukan keselamatan menjalankan operasi bagi menyiasat insiden yang berlaku,” katanya. – AFP

Sumber

Wednesday, August 17, 2011

IRAQ - Pertumpahan Darah Makin Meruncing

KUT: Letupan bom menggegarkan lebih 12 bandar raya di Iraq semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh, termasuk 40 orang daripadanya dalam dua letupan serentak di Kut, bandar raya di selatan negara itu, keganasan terbaru ketika umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa.

Laporan menyatakan keganasan berlaku di Kirkuk di utara hingga ke Baghdad dan merebak ke Najaf, Kut dan Karbala juga mencederakan lebih 300 orang mencetuskan persoalan terhadap keupayaan pasukan keselamatan Iraq selepas rundingan terbuka mengenai misi latihan ketenteraan yang dijadual berakhir dengan pengunduran Amerika.
Dalam serangan berdarah semalam, kereta yang dipenuhi bahan peledak meletup selang beberapa minit dengan bom yang diletupkan di tepi jalan pada jam 8 pagi di pusat Kut, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

“Sehingga kini kami sudah menerima 33 mayat dan merawat 53 mangsa cedera,” kata doktor di Hospital al Zahra, Kut, Ali Hussein.

Serangan berkenaan yang terburuk di bandar itu sejak 3 Ogos 2010 apabila dua kereta dipenuhi bom meletup membunuh 33 orang dan serangan seorang pengebom bunuh diri mengorbankan 35 orang di Taji, di pinggir Baghdad pada 5 Julai.

Di Baquba di utara Baghdad, empat tentera dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan senjata senyap yang menyasarkan tentera Iraq di pusat pemeriksaan awal pagi Isnin.
Tiga lagi letupan bom di Baquba dan pekan selatannya menyebabkan 31 cedera, kata pegawai yang menambah pejabat kerajaan wilayah turut dikosongkan.

Di Tikrit, tiga polis terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila dua pengebom bunuh diri meletupkan bom dalam biro anti pengganas di bandar, kata pegawai operasi di wilayah Salaheddin.

Dua bom kereta, satu daripadanya diletupkan pengebom bunuh diri turut membunuh dua orang dan mencederakan 17 lagi di Najaf.

sumber

Tuesday, August 16, 2011

MESIR: Perbicaraan Mubarak ditangguh September ini

KAHERAH 16 Ogos - Perbicaraan bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak telah ditunda semalam sehingga 5 September depan dan tidak lagi dibenarkan mendapat liputan siaran langsung di televisyen.

Hakim, Ahmed Refaat, turut mengarahkan perbicaraan Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, untuk digabungkan, seperti yang dituntut oleh peguam keluarga-keluarga mangsa yang terbunuh dalam demonstrasi pada Januari sehingga Februari lalu.

Refaat mengarahkan supaya liputan siaran langsung perbicaraan itu dihentikan. - AFP

Krisis IRAQ, SYRIA semakin buruk

KUT: Letupan bom menggegarkan lebih 12 bandar raya di Iraq semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh, termasuk 40 orang daripadanya dalam dua letupan serentak di Kut, bandar raya di selatan negara itu, keganasan terbaru ketika umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa.

Laporan menyatakan keganasan berlaku di Kirkuk di utara hingga ke Baghdad dan merebak ke Najaf, Kut dan Karbala juga mencederakan lebih 300 orang mencetuskan persoalan terhadap keupayaan pasukan keselamatan Iraq selepas rundingan terbuka mengenai misi latihan ketenteraan yang dijadual berakhir dengan pengunduran Amerika.

Dalam serangan berdarah semalam, kereta yang dipenuhi bahan peledak meletup selang beberapa minit dengan bom yang diletupkan di tepi jalan pada jam 8 pagi di pusat Kut, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

“Sehingga kini kami sudah menerima 33 mayat dan merawat 53 mangsa cedera,” kata doktor di Hospital al Zahra, Kut, Ali Hussein.

Serangan berkenaan yang terburuk di bandar itu sejak 3 Ogos 2010 apabila dua kereta dipenuhi bom meletup membunuh 33 orang dan serangan seorang pengebom bunuh diri mengorbankan 35 orang di Taji, di pinggir Baghdad pada 5 Julai.

Di Baquba di utara Baghdad, empat tentera dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan senjata senyap yang menyasarkan tentera Iraq di pusat pemeriksaan awal pagi Isnin.
Tiga lagi letupan bom di Baquba dan pekan selatannya menyebabkan 31 cedera, kata pegawai yang menambah pejabat kerajaan wilayah turut dikosongkan.

Di Tikrit, tiga polis terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila dua pengebom bunuh diri meletupkan bom dalam biro anti pengganas di bandar, kata pegawai operasi di wilayah Salaheddin.

Dua bom kereta, satu daripadanya diletupkan pengebom bunuh diri turut membunuh dua orang dan mencederakan 17 lagi di Najaf.

Sementara itu di Damsyik, Syria, bot tentera digunakan buat kali pertama di bandar Latakia di pesisir laut Mediterranean, apabila beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan perarakan bagi mendesak Presiden Bashar Assad meletak jawatan. Aktivis pula berkata, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Serangan tentera darat adalah tindakan keras terbaru dalam usaha kerajaan Presiden Assad menghalang tunjuk perasaan bulan ini yang memberi isyarat beliau tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan penentang. – AP/AFP

Sumber

Siri serangan di IRAQ, 66 maut


Pasukan polis Iraq memeriksa kawasan serangan bom di tengah bandar Kirkuk, 250 kilometer ke utara Baghdad, semalam. - REUTERS


KUT 15 Ogos - Sekurang-kurangnya 66 orang maut dan lebih 230 lagi cedera dalam beberapa serangan keganasan di Iraq hari ini, termasuk 40 mangsa yang maut dalam dua serangan hampir serentak di bandar Kut, tengah negara ini.

Lonjakan keganasan itu, yang berlaku hanya beberapa bulan sebelum tentera AS dijadual berundur, menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pasukan keselamatan Iraq untuk memelihara ketenteraman.

Sebelum itu para pemimpin Iraq bersetuju untuk memulakan rundingan dengan Washington mengenai misi latihan tentera yang hendak dilanjutkan selepas pengunduran askar AS pada akhir tahun ini.

Dalam serangan paling berdarah hari ini, sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan dan sebutir bom di tepi jalan meletup selang hanya beberapa minit pada pukul 8 pagi ini (1 petang waktu Malaysia) di tengah Kut, kata pegawai perubatan dan keselamatan.

"Setakat ini kami menerima 34 mayat dan merawat 52 mangsa yang cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata seorang doktor di hospital Al-Zahra di Kut, Ali Hussein.

Seorang pegawai keselamatan di Kut berkata, letupan itu berlaku di kawasan sesak di pusat bandar tersebut, 160 kilometer ke selatan Baghdad.

Di bandar Baquba, ke utara Baghdad, empat askar dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerang satu sekatan tentera Iraq pada awal hari ini.

Dua lagi letupan bom di Baquba mencederakan 14 orang, manakala pejabat kerajaan wilayah dikosongkan.

Di Tikrit, tiga anggota polis terbunuh sementara tujuh lagi cedera apabila dua pengebom berani mati meletupkan diri di pejabat sebuah biro antikeganasan di bandar kelahiran Saddam Hussein itu.

Seorang penduduk awam terbunuh dan 14 lagi cedera dalam dua letupan berasingan di bandar Kirkuk, utara Iraq.

Rentetan serangan itu berlaku selepas para pemimpin Iraq pada 3 Ogos lalu berkata, mereka akan mengadakan rundingan dengan AS berhubung misi latihan keselamatan yang dilanjutkan selepas akhir tahun ini, apabila kesemua 47,000 askar Amerika mesti berundur mengikut syarat perjanjian keselamatan dua hala 2008. - AFP

Sumber

SYRIA perhebat serang Homs


Kepulan asap kelihatan di ruang udara bandar Latakia selepas tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran menggunakan kereta kebal dan kapal laut untuk mematahkan pemberontakan di bandar pelabuhan itu, semalam. - REUTERS


AMMAN 15 Ogos - Bunyi tembakan terus kedengaran di Syria ketika kereta kebal memasuki beberapa bandar di wilayah tengah Homs, sehari selepas 26 maut dalam serangan besar-besaran pertama yang dilancarkan rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan kapal laut.

"Masyarakat Hula terkepung. Tentera melaksanakan serbuan dan menahan orang ramai ketika tembakan bertubi-tubi terus dilancarkan.

"Ejen keselamatan mengepung semua pintu masuk ke Hula dan mula melepaskan tembakan ke arah orang ramai," kata Pemantau Hak Kemanusiaan Syria.

Serangan di Homs dilancarkan sehari selepas tindakan kekerasan terbaru kerajaan Syria di Latakia dalam usaha menumpaskan protes pembaharuan politik yang dilancarkan penunjuk perasaan.

"Saya boleh nampak bayangan dua kapal berwarna kelabu yang melepaskan tembakan ke arah kawasan kediaman penduduk di al-Raml al-Filistini dan al-Shaab.

"Ini merupakan serangan paling dahsyat di Latakia sejak pemberontakan bermula. Sesiapa yang menjenguk keluar dari tingkap akan terkena tembakan," kata seorang saksi dari Latakia menerusi telefon.

Saksi berkata, kira-kira 20,000 penunjuk perasaan berarak di beberapa bahagian Latakia selepas solat Tarawih semalam bagi menuntut tentera kerajaan berundur.

"Selepas melepaskan tembakan bertubi-tubi, tentera dan anggota militia shabbiha menawan dataran utama di al-Raml al-Filistini, lokasi penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi secara aman," jelas badan tersebut.

Sabtu lalu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak kempen ketenteraan di Syria dihentikan segera, yang menyaksikan hampir 2,000 penduduk awam telah terbunuh sejak Mac lalu. - Reuters/AFP

Monday, August 15, 2011

PALESTIN - Abbas dan Perez Lakukan 4 Pertemuan Rahsia

Presiden Mahmud Abbas mengungkapkan dia mengadakan empat pertemuan rahsia dengan timpalan Israelnya Shimon Peres dalam usaha untuk menghidupkan kembali pembicaraan damai, kata seorang pegawai Palestin Sabtu lalu.

Dia mengutip pernyataan Abbas yang mengatakan pada pertemuan parti Fatah pada hari Jumaat lalu bahawa: "Saya bertemu Shimon Peres empat kali di Amman dan London dalam usaha untuk memulakan kembali negosiasi dan proses perdamaian di atas dasar yang benar."

Pegawai itu, yang berbicara dengan syarat anonim, menambahkan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggagalkan usaha-usaha perundingan.

sumber

MESIR - Mursyid Ikhwan Imami Solat Pemerintah

Dalam sebuah kejadian yang tidak pernah terjadi setidaknya selama setengah abad, Mursyid Jemaah al-Ikhwan al-Muslimun mengimami jemaat solat yang terdiri dari para pegawai pemerintahan Mesir. Padahal, lebih dari 50 tahun sebelumnya, Ikhwan tercatat sebagai organisasi keIslaman dan kemasyarakatan yang dilarang dan dimusuhi oleh pemerintahan Mesir.

Pemandangan langka tersebut terjadi pada Ahad (14/8) lalu, saat majlis buka puasa bersama di tempat Kedutaan Besar Kerajaan Saudi Arabia di Kaherah. Acara tersebut dihadiri oleh para tokoh Mesir, termasuk di dalamnya para pegawai pemerintahan masa kabinet transisi PM Isham Sharif dan juga beberapa pemimpin tinggi Ikhwan.

Ketika waktu solat magrib tiba, Mursyid Ikhwan, Dr. Muhammad Badi', didaulat untuk menjadi imam solat berjamaah, yang diikuti dan dimakmumi oleh para pegawai pemerintahan Mesir: sebuah pemandangan yang sebelum-sebelumnya mustahil terjadi.

Beberapa akhbar Mesir menyiarkan, Badi' mengimami PM Isham Sharif, dua wakil PM Dr. Ali el-Silmi dan Dr. Hazim el-Bablawi, Jenderal Militer Manshour Isawi, menteri dalam negeri dan perumahan Dr. Mohammad Fathy El-Baradei, Gabenorr Kaherah Abd el-Qawy Khalifa, Gabenor Giza Ali Abd el-Rahman, dan Duta Besar Saudi Arabia untuk Mesir Ahmed el-Qattan.

Pemandangan seperti ini pernah terjadi pada tahun 1952 , ketika Mursyid ke-II Ikhwan, Hasan el-Hodeibi, mengimami para tokoh revolusi 1952.

Setelah selesai solat, Badi dan Sharaf pun tampak bercakap-cakap perihal situasi Mesir pasca revolusi.

sumber

Larangan Pembesar Suara Bukan Fatwa

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

azan islam call to prayer"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

azan call for prayerBeliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama

Tentera MESIR mara ke Rafah

KAHERAH 14 Ogos - Tentera Mesir mara ke bandar Rafah di sempadan dengan Genting Gaza semalam menjelang operasi untuk memerangi puak militan yang menyerang balai-balai polis dan saluran paip gas ke Israel.

Pegawai berkata, kereta kebal dan lebih 1,000 askar dan anggota polis yang dikerahkan kelmarin dan semalam akan cuba memulihkan ketenteraman di satu kawasan di utara semenanjung Sinai.

Pasukan itu kemudian akan bergerak ke selatan ke kawasan pergunungan di mana penjenayah bersenjata bersembunyi.

Saksi berkata, beberapa kereta berperisai memasuki Rafah dan kereta-kereta kebal ditempatkan di El-Arish, 40 kilometer dari Genting Gaza, di mana puak militan menyerang sebuah balai polis dua minggu lalu dan membunuh seorang pegawai tentera dan tiga orang awam.

Operasi itu dilancarkan dua hari selepas puak militan mengedarkan risalah di Rafah dengan mengancam untuk melancarkan lebih banyak serangan ke atas polis.

Risalah itu ditandatangani 'al-Qaeda di Sinai'.

Seorang pegawai kanan tentera menafikan pertubuhan militan itu mempunyai cawangan di Mesir, tetapi kerajaan pernah menuduh sekutu al-Qaeda melancarkan serangan di negara ini.

"Pasukan keselamatan yang baru tiba akan menyertai beberapa serbuan untuk menangkap orang dikehendaki dan mereka yang terlibat dalam serangan ke atas balai polis," kata seorang pegawai keselamatan.

Mereka juga mencari kumpulan militan yang melancarkan lima serangan bom pada tahun ini ke atas sebatang saluran paip gas ke Israel.

Operasi itu akan bermula di El-Arish dan kemudian beralih ke kawasan kediaman Sheikh Zuweid di mana puak militan dipercayai bersembunyi, sebelum mara ke Rafah, kata pegawai. - AFP

Sumber

Serangan militan sempena sambutan kemerdekaan PAKISTAN, 18 maut


Orang ramai berkumpul di tempat kejadian sebuah restoran ranap selepas serengan bom di bandar Dera Allah Yar, semalam. - AFP


QUETTA 14 Ogos - Kumpulan militan melancarkan serangan bom dan roket membunuh 18 penduduk di kawasan bergolak di sempadan Pakistan-Afghanistan, tatkala Pakistan menyambut Hari Kemerdekaan ke-64, hari ini.

Menurut ketua polis wilayah berkenaan, Javed Gharshin, seramai 14 orang awam terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup di tepi jalan dekat sebuah restoran di pekan Dera Allah Yar.

Kebanyakan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bumbung bangunan telah dikeluarkan, katanya.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut yang berlaku kira-kira 400 kilometer di tenggara Quetta, semasa Pakistan menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 daripada jajahan Britain.

Dalam kejadian berasingan di wilayah yang sama, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki motosikal menembak mati seorang wartawan di pekan Khudzar, di barat daya wilayah Baluchistan, kata polis.

"Lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menembak mati wartawan agensi berita swasta, Munir Noor ketika mangsa pulang ke rumah selepas membeli-belah di pasar berdekatan,' kata ketua balai polis tempatan, Abdul Qadir Sheikh.

Di barat laut Pakistan yang didiami puak kabilah, sekurang-kurangnya tiga tentera separa terbunuh, manakala 25 yang lain cedera apabila puak militan melepaskan tembakan roket ke arah kem tentera semasa mereka sedang bersiap sedia untuk menyertai perhimpunan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Empat serangan roket disasarkan ke arah kem di Miranshah, pekan utama di kawasan kabilah Waziristan Utara, di mana Pakistan menghadapi tekanan Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda, Haggani. - AFP

Sumber

PALESTIN teruskan permohonan

RAMALLAH 14 Ogos - Palestin akan mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 September ini, tanpa mempedulikan tentangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki semalam berkata, Presiden Mahmoud Abbas sendiri akan mengemukakan permohonan itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada pembukaan sidang ke-66 Perhimpunan Agung PBB pada 20 September ini.

"Abbas akan bertegas dengan inisiatif bersejarah itu dan Ban Ki-moon akan mengemukakan permintaan tersebut kepada Majlis Keselamatan," katanya.

Seorang pegawai kanan Israel mengkritik keputusan Palestin itu.

"Abbas nampaknya sudah memutuskan untuk mengelak daripada menjalankan rundingan langsung, dan langkah ini sudah dijangka dan dikesali.

"Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu terus berpendirian proses damai hanya boleh dimajukan menerusi rundingan langsung," katanya.

Menurut Maliki, Pihak Berkuasa Palestin (PA) memilih bulan depan kerana Lebanon yang bakal mengambil giliran sebagai Presiden Majlis Keselamatan akan berada dalam kedudukan kukuh untuk memajukan permohonan tersebut.

"Lebanon akan menduduki kerusi Presiden Majlis Keselamatan pada bulan depan dan ini akan membantu kami kerana Presiden Majlis memiliki beberapa hak istimewa yang memainkan peranan penting," kata Maliki yang menjangka lebih 130 negara mengiktiraf negara Palestin.

Berikutan kegagalan rundingan damai langsung dengan Israel pada September lepas, Palestin mengambil strategi diplomatik untuk meminta PBB mengiktiraf sebuah negara Palestin berdasarkan garis sempadan yang wujud sebelum Perang Enam Hari 1967.

Abbas mendedahkan beliau mengadakan empat pertemuan sulit dengan Presiden Israel, Shimon Peres untuk cuba mencari kompromi tetapi Netanyahu menggagalkan usaha itu, kata seorang pegawai Palestin semalam. - AFP

Sumber