Friday, September 30, 2011

PALESTIN - Jet Tempur Israel Serang Gaza

Angkatan Udara Israel sekali lagi menyerang Jalur Gaza, kali ini mensasarkan kem pelarian di kawasan pusat wilayah pesisir tersebut.

Pada hari Khamis lalu (29/9), sebuah pesawat tempur Israel menembakkan roket di sebuah pos pemeriksaan keamanan di kem pelarian Maghazi, AFP melaporkan, mengutip laporan penduduk di kem itu.

Tidak ada laporan tentang jatuhnya korban akibat serangan pesawat tempur Israel.

Sebelumnya pada bulan lalu, 27 warga Palestin terbunuh oleh serangan udara Israel di jalur Gaza.

Serangan terus berlanjut pada saat Tel Aviv masih menerapkan sekatannya di wilayah Gaza sejak tahun 2007, yang telah merampas hak 1.5 juta warga Palestin terhadap makanan, ubat-ubatan, bahan bakar, dan keperluan lainnya. (fq/prtv)

sumber

PALESTIN - 8 Anggota Dewan Keselamatan PBB Sokong

Menteri Luar Negeri Palestin Riyad al-Maliki mengatakan kepada stesen radio Voice of Palestina pada hari Khamis lalu (29/9) bawa delapan anggota Dewan Keamanan PBB telah berjanji untuk mendukung aplikasi negara Palestin, dan ada langkah-langkah besar yang dilakukan untuk mengamankan pendukung kesembilan yang menentukan kenegaraan Palestin.

Keputusan Dewan Keamanan PBB memerlukan dukungan sembilan dari 15 anggota, dan tidak ada veto dari lima anggota tetap, dalam rangka untuk untuk lolos.

Amerika Syarikat telah berjanji untuk memveto permohonan kenegaraan Palestin, yang memerlukan persetujuan Dewan Keamanan untuk diserahkan kepada Majlis Umum PBB untuk disahkan.

Al-Maliki mengatakan Palestin memiliki dua pilihan untuk memilih negara kesembilan: Colombia dan Bosnia.

Palestin saat ini memfokuskan usaha mereka untuk memperoleh dukungan dari Bosnia.

Al-Maliki mengatakan bahawa Rusia, Cina, India, Afrika Selatan, Brazil, Lebanon, Nigeria dan Gabon akan mendukung tawaran kenegaraan mereka.

Perwakilan PBB dari Lebanon Nawaf Salam, yang menjadi presiden saat ini di Dewan Keamanan, mengatakan bahawa komite PBB akan mengkaji dan menilai tawaran negara Palestin dan akan bertemu untuk pertama kalinya di New York pada Jumaat pagi hari ini (30/9).(fq/hrzt)

sumber

LIBYA: Interpol buru Saadi Gaddafi

LYON 29 Sept. - Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mengeluarkan notis bagi menangkap anak Muammar Gaddafi, Saadi atas jenayah yang dilakukannya ketika mengetuai persekutuan bola sepak negara itu.

Pihak berkuasa baru Libya meminta notis itu dikeluarkan ke atas Saadi yang kini dipercayai berada di Niger atas dakwaan menggelapkan harta melalui ugutan menggunakan tentera ketika mengetuai Persekutuan Bola Sepak Libya, menurut Interpol dalam satu kenyataan.

''Saadi, 38, kali terakhir dilihat di Niger dan dia turut dikenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," kata Interpol. - AFP

PALESTIN: Majlis Keselamatan PBB bincang

NEW YORK 29 Sept. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengambil langkah rasmi yang pertama bagi menimbangkan permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota badan dunia itu.

Duta Lebanon ke PBB, Nawaf Salam yang memegang giliran sebagai Presiden Majlis Keselamatan bagi bulan ini berkata, beliau mengemukakan permohonan Palestin itu kepada jawatankuasa mengenai kemasukan anggota baru, langkah yang dikehendaki mengikut peraturan prosedur majlis.

Jawatankuasa tersebut, terdiri daripada kesemua 15 negara anggota Majlis Keselamatan, akan bersidang esok untuk menimbangkan permohonan Palestin itu.

Utusan Palestin ke PBB, Riyad Mansour mengucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan kerana segera mencapai kesepakatan untuk menimbangkan permohonan Palestin.

"Kami berharap proses ini tidak mengambil masa terlalu lama sebelum kami melihat tindakan positif," katanya.

Proses pertimbangan itu boleh memakan masa berminggu-minggu sebelum dibawa ke peringkat pengundian akhir dalam Majlis Keselamatan, di mana Amerika Syarikat (AS) sudah berikrar akan memveto usul keanggotaan Palestin sekiranya ia menerima sembilan undi sokongan yang diperlukan daripada anggota majlis.

Mansour tidak menyentuh mengenai tentangan AS, sebaliknya melahirkan rasa optimis tentang permohonan Palestin.

"Anda dapat melihat, proses ini berjalan selangkah demi selangkah dan kami berharap Majlis Keselamatan akan menunaikan tanggungjawabnya dan meluluskan permohonan kami," katanya. - Agensi

Sumber

Thursday, September 29, 2011

Banjir: PAKISTAN kerugian AS$2b

MIRPURKHAS 28 Sept. - Banjir musim monsun yang melanda kawasan pertanian di Pakistan buat tahun kedua berturut-turut mendatangkan penderitaan ekonomi kepada lapan juta penduduk yang ditimpa bencana kemanusiaan di selatan negara ini.

Di samping itu, lebih 300 orang dilaporkan terkorban dalam banjir musim monsun kali ini sebahagian besarnya di wilayah Sindh.

Kerugian ladang mencecah hampir AS$2 bilion (RM6 bilion) ekoran tanaman bijirin, kapas, tebu, buah-buahan dan sayur-sayuran ditenggelami air, dan pakar menjangka bencana itu boleh memburukkan lagi prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Pakistan.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menganggarkan hampir 75 peratus daripada tanaman di wilayah Sindh rosak atau musnah akibat banjir, manakala dua pertiga daripada stok makanan turut terjejas.

Setahun selepas Pakistan mengalami banjir terburuk dalam sejarahnya yang menjejaskan kehidupan 21 juta penduduknya, petani sekali lagi melihat keadaan ladang mereka dengan rasa kecewa.

Menurut jabatan pertanian Sindh, kerugian akibat kemusnahan tanaman dianggarkan 163 bilion rupee (RM5.61 bilion).

Sektor pertanian menyumbang 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pakistan dan kadar pertumbuhan ekonomi boleh merosot daripada 4.5 peratus kepada tiga peratus, kata seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Eksport juga dijangka terjejas kerana Pakistan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan makanan rakyatnya sendiri berikutan banjir itu. - AFP

Sumber

PALESTIN: Israel bina penempatan haram


Gambar merakamkan kerja-kerja pembinaan di sebuah penempatan haram Yahudi di Gilo, - REUTERS


BAITULMAQDIS 28 Sept. - Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Palestin mengutuk rancangan Israel untuk membina 1,100 buah lagi rumah di kawasan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Para pemimpin Palestin menyifatkan rancangan rejim Zionis Israel itu sebagai penghinaan terhadap cadangan Kuartet Asia Barat, baru-baru ini supaya rundingan damai Palestin-Israel disambung semula.

Kesemua pihak membidas pengumuman Kementerian Dalam Negeri Israel semalam bahawa rancangan telah diluluskan bagi membina unit perumahan baru di Gilo, tertakluk kepada tempoh 60 hari ini untuk bantahan awam.

"Dengan rancangan itu, Israel membalas cadangan Kuartet bagi rundingan damai disambung semula dengan 1,100 'tidak'," kata perunding damai Palestin, Saeb Erakat, sejurus selepas kelulusan itu diumumkan.

Pandangan sama dinyatakan oleh Richard Miron, jurucakap bagi utusan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat, Robert Serry.

"Keputusan hari ini tidak mempedulikan rayuan Kuartet pada Jumaat lepas kepada semua pihak terbabit supaya mengelakkan tindakan provokatif," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland menggambarkan rancangan Israel itu sebagai 'tidak produktif', manakala ketua dasar luar EU, Catherine Ashton turut mengutuk keputusan tersebut sambil menggesa pihak berkuasa Israel supaya menariknya balik cadangan itu.

Jumaat lalu, Kuartet Asia Barat yang terdiri daripada PBB, AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia menggesa Israel dan Palestin menyambung semula rundingan damai dalam masa sebulan, dengan matlamat untuk mencapai perjanjian dalam tempoh setahun.

Mereka membentangkan cadangan itu tidak lama selepas Palestin mengemukakan permohonan rasmi kepada PBB untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu, tanpa mengendahkan bantahan AS dan Israel. - AFP

Sumber

Taliban bunuh sembilan polis di AFGHANISTAN

KABUL 29 Sept. - Seramai sembilan orang polis termasuk seorang ketua polis daerah terbunuh dalam dua serangan berasingan militan Taliban hari ini di kawasan selatan yang bergolak.

Dalam sebuah serangan hendap yang dilakukan dengan bantuan seorang polis yang berpaling tadah di wilayah Helmand, lapan orang pegawai polis dilaporkan terbunuh.

Kemudian, seorang ketua polis daerah di wilayah Uruzgan terbunuh dan tiga orang lagi cedera parah apabila kenderaan mereka terkena letupan di bom tepi jalan. - AFP

Sumber

AS Diserang Wabak Listeria, 13 Maut

Setakat ini sudah 13 kematian akibat wabak jangkitan bakteria yang disebabkan oleh Listeria di lapan lokasi di AS, dan kematian dijangka akan meningkat.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan AS mengatakan bahawa sejak Juali lalu, dua orang telah meninggal kerana listeriosis di Colorado, empat di New Mexico, dua di Texas dan masing-masing di Kansas, Maryland, Missouri, Nebraska dan Oklahoma, Denver Post melaporkan pada hari Selasa lepas (27/9).

Food and Drug Administration (FDA) AS mengatakan mereka telah menemukan Listeria monocytogenes, dalam sampel melon yang diambil dari sebuah kawasanpertanian yang berpusat di Denver, yang bernama Jensen Farms.

Jensen Farms sendiri telah menarik semua melon Rocky Ford mereka sejak 14 September lalu sebagai respon terhadap wabah Listeria.

Setakat ini, sudah ada 72 orang yang terjangkit di 18 negara bahagian AS, termasuk 15 di Colorado.

FDA telah menyarankan konsumen untuk tidak mengkonsumsi melon sampai menjadi jelas apakah melon tersebut telah terinfeksi.

Listeria adalah jenis bakteria yang umum ditemukan di tanah, air, tanaman mati dan kotoran haiwan.

Bakteria ini dapat menyebabkan masalah demam, diare dan lainnya namun relatif kecil efeknya pada orang dewasa sihat, tetapi dapat berakibat fatal bagi wanita tua hamil dan orang dengan sistem imun tubuh yang lemah.

Pada tahun 1998 hingga 1999, listeria menyebabkan 14 kematian, dan empat keguguran atau bayi yang lahir mati.(fq/prtv)

sumber

PALESTIN - Hamas dan Fatah Dialog Lagi di Kaherah

Pegawai Fatah dan Hamas dijadualkan akan bertemu di Kaherah pada awal Oktober nanti untuk melakukan dialog lebih lanjut atas perundingan rekonsiliasi dan isu-isu politik, pegawai Fatah Azzam al-Ahmad mengatakan pada Isnin lalu (26/9).

Al-Ahmad, yang memimpin kumpulan dialog nasional Fatah, Presiden Mahmud Abbas mengatakan ingin melakukan usaha rekonsiliasi setelah kembali dari New York.

Larangan yang diterapkan oleh Hamas terhadap aksi tunjuk perasaan di Gaza untuk mendukung tawaran Palestia PBB tidak memiliki pengaruh pada usaha rekonsiliasi, al-Ahmad menambahkan.

Hamas sebelumnya mengatakan bahawa pihaknya tidak akan mendukung tawaran keanggotaan Palestin di PBB, dan memperingatkan bahawa tidak ada pemimpin Palestin yang memiliki mandat untuk mengorbankan hak-hak Palestin yang mendasar.

Hamas dan Fatah telah menandatangani kesepakatan rekonsiliasi di Kaherah pada tanggal 4 Mei lalu dan sepakat untuk membentuk pemerintah transisi untuk mengakhiri permusuhan yang telah membagi Palestin menjadi dua kubu sejak 2007.(fq/mna)

sumber

PALESTIN - 1,100 Rumah Baru Yahudi Dibina

Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, mengabaikan tekanan antarabangsa dan sikap Mahmud Abbas, yang menolak pembangunan pemukiman baru Yahudi di Tebing Barat dan Jerusalem. Netanyahu memberikan lampu hijau pembangunan 1.100 unit perumahan baru Yahudi di Jerusalem timur, Selasa.

Netanyahu menolak membekukan pembangunan perumahan Yahudi, dan terus melaksanakan pembangunan dan mendorong Yahudi di luar negeri kembali ke Israel. Ini tujuannya terus meningkatkan jumlah penduduk Yahudi di Israel. Ini pula yang menjadi tanda-tanda datangnya hari kiamat, di mana Yahudi di seluruh dunia berkumpul di Israel.

Kementerian Dalam Negeri Israel mengatakan akan dibangun pemukiman Yahudi di Gilo, sebuah daerah kantong Yahudi yang luas di tenggara Jerusalem. Dikatakan pembangunan setelah 60-hari dari pendapat publik, ujar jurucakap Roi Lachmanovich.

Kecaman dari Palestin, yang mendakwa Jerusalem timur sebagai ibukota masa depan mereka. Amerika Syarikat, Uni Eropa dan PBB semua menyatakan kekecewaan dengan keputusan Israel. Tidak ada yang menghalangi langkah Netanyahu yang terus membangun perumahan bagi imigran Yahudi, yang terus datang ke Israel.

Di Washington, Menlu AS Hillary Rodham Clinton mengatakan pengumuman Israel kontraproduktif terhadap usaha untuk melancarkan kembali pembicaraan damai Timur Tengah. Dia mengatakan baik Israel dan Palestin mesti menghindari tindakan provokatif, dan para mediator antarabangsa akan tetap fokus ke perundingan langsung. Satu tindakan yang sia-sia belaka. (mh/tm)

sumber

AS - Gambar Mayat Michael Jackson Ditayang

GAMBAR mayat Michael Jackson ditayangkan sebelum perbicaraan bermula.
GAMBAR mayat Michael Jackson ditayangkan sebelum perbicaraan bermula.
LOS ANGELES: Perbicaraan paling dinanti-nantikan berhubung kematian penyanyi pop terkenal, Michael Jackson, dimulakan dengan pendakwa memulakan ucapan pembukaan dan menayangkan gambar mayat bintang kulit hitam itu.

Ketika Dr Conrad Murray, yang didakwa membunuh penyanyi itu tanpa niat lebih dua tahun lalu muncul di depan juri, timbalan peguam daerah, David Walgren menayangkan gambar yang menampakkan wajah penyanyi itu.
Sesi perbicaraan itu kelihatan seperti sarkas, apabila peminat Jackson dan penyokong Dr Murray berkumpul di luar kamar mahkamah di Los Angeles menjulang sepanduk dan kain rentang ketika seluruh keluarga penyanyi itu memasuki mahkamah untuk mengikuti apa yang disifatkan sebagai perbicaraan abad ini.
Pendakwa kemudian menyiarkan rakaman menunjukkan Jackson yang sihat membuat persembahan terakhirnya, latihan lagu popular, Earth Song, yang dirakamkan sehari sebelum dia meninggal dunia.

Lampu dalam kamar mahkamah ditutup dan penyanyi itu ditunjuk di skrin sedang mempersembahkan lagu Earth Song pada sesi latihan di Pusat Staples di Los Angeles, beberapa jam sebelum meninggal dunia.

Ibu Jackson, Katherine, kelihatan menangis menonton klip itu.

“Kematian Michael Jackson adalah pembunuhan. Bukti menunjukkan dia meletakkan nyawanya di tangan Conrad Murray. Michael Jackson mempertaruhkan nyawa mempercayai skil perubatan Conrad Murray.
“Bukti menunjukkan kepercayaan yang tidak kena pada tempatnya adalah terlalu tinggi nilainya, iaitu nyawa Michael Jackson,” kata Walgren kepada juri dalam hujah pembukaan.

Bagaimanapun, peguam Dr Mur-ray, Ed Chernoff, memberitahu juri, kematian Jackson disebabkan dirinya sendiri.

Dr Murray kelihatan mengelap air mata ketika Chernoff berkata bukti akan menunjukkan penyanyi berkenaan menelan lapan butir pil Lorazepam dan menyuntik diri dengan satu dos propofol.

“Jumlah itu sudah lebih daripada cukup untuk membunuhnya dengan cepat,” kata Chernoff.

Beliau berkata, Jackson yang kecewa kerana tidak dapat tidur dan kerana doktornya enggan memberikan dia ubat yang dikehendaki, melakukan tindakan yang menyebabkan kematiannya.

Ketika Chernoff mempersembahkan hujah pembukaannya, dia menaikkan poster dengan nama Michael Jackson tersilap ejaan.

“Dia meninggal dunia begitu cepat sehingga tidak ada masa menutup matanya,” kata Chernoff.

Ibu bapa Jackson dan adik beradiknya, Janet, La Toya, Tito, Randy dan Jermaine berada di kamar mahkamah untuk mendengar hujah pembukaan dalam perbicaraan doktor peribadi penyanyi itu, yang juga orang terakhir melihat bintang pop itu masih hidup. – Agensi
sumber

MESIR - 35 Peratus Rakyat Sokong Ikhwan

Sebuah bancian yang diterbitkan oleh Kantor Berita Timur Tengah (MENA) mengungkapkan bahwa 35 peratus dari warga Mesir mendukung Ikhwanul Muslimin.

Bancian pendapatt, yang dilakukan oleh Pusat Informasi Kabinet, mengungkapkan sementara ini 35% dari warga Mesir mendukung Ikhwanul Muslimin, sedangkan 21% dari mereka yang mengambil bahagian dalambancian memiliki pandangan yang berbeza.

Ikhwan, yang didirikan pada tahun 1928, secara rasmi diharamkan pada tahun 1954. Meskipun agak ditoleransi oleh rejim Mubarak, anggotanya menjadi sasaran tindakan keras secara teratur oleh pasukan keselamatan Mubarak.

Menyusul jatuhnya Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu, Ikhwan dianggap sebagai kekuatan politik yang terbaik di negeri ini, dan membentuk sebuah parti politik yang sah yang memungkinkan Ikhwan bertanding dalam pilihan raya sebagai parti. Selama era Mubarak calon Ikhwan maju dalam pilihan raya sebagai calon bebas.

Bancian itu juga menunjukkan bahawa 75% dari warga Mesir memilih untuk menyatakan agama mereka pada kad pengenalan mereka. Selain itu, 78% dari mereka yang dibanci menyatakan mereka percaya ada hubungan damai antara Kristian dan Muslim di Mesir, sementara 50% percaya bahawa "unsur asing" berada di balik setiap hasutan dan perselisihan sektarian yang ada.(fq/ikhwanweb)

sumber

Wednesday, September 28, 2011

SAUDI - Wanita Dihukum Sebat kerana Memandu

Seorang wanita Saudi hari Selasa lalu (27/9) dijatuhkan hukuman akan dicambuk sebanyak 10 kali kerana menentang larangan memandu yang diterapkan kepada para wanita, dan hukuman tersebut merupakan pertama kalinya yang diputuskan dalam kes ini.

Biasanya, polis Saudi hanya menghentikan wanita yang memandu kereta mereka sendiri, menginterogasi mereka dan membiarkan mereka pergi setelah mereka menandatangani janji untuk tidak memandu lagi. Tapi puluhan wanita terus memandu kereta dijalanan sejak Jun lalu dalam kempen untuk memecahkan larangan tersebut.

Hasil keputusan pengadilan Selasa lalu telah membuat jengkel para aktivis wanita, yang datang hanya dua hari setelah Raja Abdullah berjanji untuk melindungi hak-hak wanita dan menetapkan bahawa wanita akan diizinkan untuk mengambil bahagian dalam piluhan raya pada 2015. Abdullah juga berjanji untuk membawa wanita ke badan penasehat (dewan syura) yang saat ini semuanya diisi oleh lelaki.

Raja Abdullah mengatakan dia mendapat dukungan dari dewan ulama rasmi. Tapi aktivis melihat hukuman Selasa lalu sebagai pembalasan dari ulama garis keras Saudi yang menguasai pengadilan dan mengawasi polis agama.(fq/ap)

sumber

MESIR - Menteri Luar Tetap Sokong Camp David

Menteri Luar Negeri Mesir, Muhammad Kamal Amr Isnin lalu (26/9) mengatakan negaranya akan terus menghargai perjanjian perdamaian dengan Israel dan juga mencari cara untuk memperkuat "hubungan strategis" dengan Amerika Syarikat.

Komentar Amr datang pada saat meningkatnya kekhuaatiran tentang memburuknya hubungan Israel-Mesir dan berkurangnya pengaruh Washington terhadap pemerintah Kaherah setelah penggulingan Hosni Mubarak pada bulan Februari lalu.

Amr tampaknya berusaha meneutralkan pernyataan Perdana Menteri Mesir Essam Sharaf minggu lalu, yang mengatakan perjanjian damai Camp David tahun 1979 dengan Israel bukanlah sesuatu yang sakral dan mungkin terbuka untuk direvisi pada masa depan.

Pernyataan PM Mesir tersebut mencetuskan lonceng alarm di dalam Israel, yang telah melihat kedutaan besar mereka di Kaherah diserbu oleh perusuh awal bulan ini menyusul aksi protes atas pembunuhan enam penjaga perbatasan Mesir oleh tentera Israel.

Amr mengatakan hubungan antara Mesir dan Israel ditengahi oleh AS dan Kaherah menghormati semua komitmen perjanjian asalkan pihak lain melakukan hal yang sama "dalam surat dan dalam semangatnya."

Dia menekankan bahawa Mesir akan sentiasa menghargai perjanjian tersebut, termasuk perjanjian perdamaian dengan Israel.(fq/ynet)

sumber

PALESTIN - PBB Mula Bincang Permohonan Palestin

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pertemuan tertutup kelmarin, untuk perbincangan buat kali pertama permohonan Palestin menjadi negara anggota.

Pertemuan itu membincangkan proses yang dijangka mengambil masa beberapa minggu. Presiden majlis itu, Duta Lubnan, Nawaf Salam, berkata badan 15 anggota itu akan mengadakan pertemuan rasmi hari ini untuk merujuk perkara berkenaan kepada jawatankuasa kemasukannya.
Proses sudah bermula dan kami harap Majlis Keselamatan meneliti permohonan ini. Ini langkah yang pasti menerima tekanan boleh beberapa negara tertentu ke atas negara anggota Majlis Keselamatan tetapi kami percaya kami mempunyai ramai rakan dalam majlis ini, kata wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour.

Dalam tindakan dramatik Jumaat lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyerahkan permohonan untuk Palestin yang merangkumi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjadi negara anggota PBB dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara di sebalik tentangan kuat Israel dan Amerika Syarikat, yang menyifatkan proses damai Asia barat cuma boleh dicapai menerusi rundingan.

Palestin yang kini memegang status pemerhati di badan dunia itu, berkata dua dekad rundingan damai menemui jalan buntu dan langkah awal menyertai PBB bertujuan menaikkan paras diplomatik menyamai Israel, anggota penuh PBB.

Sekutu kuat Israel, Amerika berikrar menggunakan kuasa pembatal untuk menolak permohonan itu tetapi jika Palestin boleh mengumpul sembilan undi yang memihak kepadanya (bilangan yang diperlukan untuk meluluskan resolusi kecuali jika dikenakan kuasa pembatal) mereka sudah memperoleh kemenangan moral.
Jika gagal berbuat demikian, Washington perlu mengelak menggunakan kuasa veto terhadap permohonan itu, yang akan mencalit keaiban kepada hubungan diplomatik dan kemungkinan mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Arab.

Cuma enam negara dalam majlis berkenaan mempunyai kuasa mengundi untuk keanggotaan Palestin. Empat negara Kesatuan Eropah dijangka sama ada mengambil sikap berkecuali atau menentang manakala Bosnia, Colombia, Gabon dan Nigeria tidak menyatakan pendirian muktamad. Reuters

sumber

Tuesday, September 27, 2011

PALESTIN masih perlukan 9 undi


Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melambai tangan kepada penduduk Palestin yang berhimpun di Ramallah, Tebing Barat bagi menyambut kepulangannya selepas berucap pada UNGA, kelmarin. - REUTERS


NEW YORK 26 Sept. - Permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB hari ini, tetapi dijangka menghadapi cabaran getir bagi memperoleh sembilan undi yang masih diperlukan untuk kelulusan.

Tanpa undi minimum tersebut dalam badan yang terdiri daripada 15 anggota itu, Amerika Syarikat (AS) akan terlepas daripada keperluan untuk menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan Palestin.

Ketika perbincangan formal bermula, diplomat berkata, Palestin hanya dapat memastikan enam undi sokongan dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan.

Tiga negara anggota bukan tetap, Gabon, Nigeria dan Bosnia belum mendedahkan sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin.

"Jika pengundian diadakan hari ini, Palestin tidak akan mendapat cukup undi yang diperlukan dan AS tidak perlu menggunakan kuasa vetonya," kata seorang diplomat Barat.

Lazimnya Majlis Keselamatan tidak mengambil masa melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan bagi menganggotai PBB.

Pada Julai lalu, permohonan Sudan Selatan, negara anggota PBB ke-193 dan terbaru menyertai badan dunia itu, diluluskan dalam masa beberapa hari sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan. - Reuters

Sumber

TURKI, ISRAEL tidak akan berbaik - Erdogan

WASHINGTON 26 Sept. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, hubungan 'retak' antara negaranya dengan Israel tidak akan pulih buat selama-lamanya selagi rejim Yahudi itu terus menghalang flotila bantuan dan mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza.

Erdogan berkata, Turki sangat bersabar dengan bekas sekutunya itu meskipun hubungan menjadi tegang selepas komando Israel menggempur flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Mei tahun lepas.

"Saya boleh menyatakan dengan jelas dan terus-terang hubungan antara Israel dengan Turki sudah retak disebabkan isu yang ditimbulkan oleh Israel apabila flotila yang membawa bantuan kemanusiaan cuba masuk ke Gaza (pada tahun lalu).

"Flotila itu membawa aktivis kemanusiaan dari 33 negara dan diserang dari laut dan udara (oleh komando Israel)," kata Erdogan kepada program GPS CNN, semalam.

Katanya, Turki menuntut Israel memohon maaf, membayar ganti rugi dan menghapuskan sama sekali sekatan ke atas Gaza.

"Jika tuntutan itu tidak dipenuhi, hubungan Turki dengan Israel tidak akan pulih untuk selama-lamanya," tegas beliau.

Erdogan mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kapal-kapal perang Turki boleh dikerahkan untuk melindungi kapal bantuan ke Gaza pada masa depan.

"Dalam situasi ini, demokrasi, hak-hak dan kebebasan hendaklah dipertahankan.

"Jika kamu terus berkeras untuk mewujudkan punca kekacauan, kamu sudah tentu akan menjadi semakin tersisih," katanya dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Israel. - AFP

Sumber

SAUDI - Wanita Dibenarkan Berpilihan Raya

RIYADH: Buat kali pertama dalam sejarah, wanita Arab Saudi akan diberi hak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya tempatan serta menganggotai Majlis Syura mulai 2015.

Pengumuman mengenai berita gembira itu dibuat pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang dianggap sebagai tokoh pembaharuan dalam kerajaan konservatif Asia Barat itu kelmarin, ketika ucapan perasmian tahun ketiga sesi kelima Majlis Syura.
Bagi dunia wanita, ia adalah kejayaan besar untuk masa depan walaupun mereka belum dibenarkan menyandang jawatan menteri Kabinet, memandu kenderaan atau keluar negara tanpa kebenaran mahram.
Wanita Arab Saudi berdepan peraturan paling ketat berikutan nilai konservatif yang sering menyebabkan mereka menjadi sasaran polis pencegah maksiat yang menguatkuasakan peraturan keras terhadap undang-undang syariah di jalan dan tempat awam seperti pusat beli-belah dan universiti.

Semua pihak tahu peranan wanita dalam sejarah Islam dan kedudukan mereka tidak boleh dipinggirkan.

Ramai wanita hebat yang menyumbang ke arah kemajuan Islam sejak zaman Rasulullah. Kita juga menolak daripada mengetepikan peranan wanita dan ini adalah seperti yang digariskan syariah.

Kami memutuskan bahawa wanita dibenarkan menyertai Majlis Syura sebagai anggota untuk sesi akan datang dan seterusnya mempunyai hak untuk mencalonkan diri mereka bagi keanggotaan majlis perbandaran dan menyertai proses pilihan raya, titah Raja Abdullah yang dipetik akhbar, Arabnews.
Menteri Kesihatan, Dr Abdullah Al-Rabeeah berkata, keputusan itu disambut baik kerana memberi peluang kepada wanita menyertai pembuat keputusan dan hal ehwal kerajaan.

Malah katanya, sejak permulaan Islam, wanita bekerjasama dengan lelaki dan memberi sumbangan dalam pelbagai perkembangan.

Bagaimanapun, keputusan yang memberikan wanita hak mengundi dan menyertai pilihan raya perbandaran tidak cukup memuaskan keinginan yang meningkat untuk mendapatkan kedudukan sama dengan lelaki.

Wanita di negara itu perlu menunggu empat tahun lagi untuk menyertai proses pilihan raya sedangkan pilihan raya tempatan bakal diadakan Khamis ini.

Mengapa bukan esok. Saya rasa pemerintah tidak mahu menggegarkan negara tetapi kita lihat dikeliling kita dan adalah sesuatu yang memalukan kerana kita masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan hak mudah bagi wanita, kata pejuang hak asasi terkemuka, Wajeha al-Hawaidar.

Pengumuman itu dilihat sebagai cubaan perubahan cara Saudi, langkah mengelak penentangan ulama berkuasa dan kumpulan konservatif dalam masyarakat.

Ia dilihat sebagai usaha pemerintah mempertahankan kerajaannya daripada menerima nasib serupa negara Arab lain yang dijatuhkan oleh kebangkitan popular.

Bimbang dengan kebangkitan di negara itu, Mac lalu, Raja Abdullah membuat pengumuman pakej insentif $93 bilion (RM294.1 bilion) untuk kerja dan perkhidmatan bagi mengurangkan bebanan rakyat. AP/Agensi.

SUMBER

MALAYSIA - Kartun Hina Hukum Islam?

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.

Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .

Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadisebutan ramai pihak akhir-akhir ini.

Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar)berkata, "sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar."

Tambahnya lagi, "hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah."

Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan." tambahnya lagi

Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.

INDONESIA - Perubatan Islam Menggugat Perubatan Barat

JAKARTA: Aliran perubatan secara Islam kini semakin meningkat di Indonesia apabila umat Islam beralih daripada perubatan Barat.

Malah, kosmetik dan peralatan dandanan Barat sering dikaitkan dengan bahan tidak dibenarkan seperti insulin dan ubat yang diperbuat daripada babi selain pihak fundamentalis sering mendakwa Barat cuba meracuni umat Islam menggunakan perubatan moden.
Seorang suri rumah berusia 47 tahun yang baru-baru ini menggunakan rawatan Islam untuk mengubati penyakit misterinya berkata dia berasa lebih sihat.
Suri rumah berkenaan, Suratmi, 47, yang menderita ketumbuhan di ovari berkata, selepas mencuba beberapa rawatan campuran herba yang diperkenalkan di klinik di Jakarta itu dia berasa lebih sihat.

Saya dengar ramai yang pulih, jadi saya berharap Allah dapat membantu saya. Saya mengikuti jalan-Nya di sini, kat Suratmi.

Di Indonesia, rawatan berasaskan Islam mula mendapat tempat selepas kerajaan mengadakan kempen pada 2009, kata Brury Machendra yang juga pemilik Klinik Herba Insani di Jakarta, tempat Suratmi dan lebih 400 pesakit mendapatkan rawatan setiap bulan. AP

sumber

LIBYA - Kubur Besar Diyakini Mangsa2 Gaddafi

TRIPOLI: Pihak berkuasa Libya mengumumkan kelmarin bahawa mereka menemui sebuah kubur besar dipercayai mengandungi mayat kira-kira 1,200 tahanan di luar tembok penjara Abu Salim di sini, tempat pemimpin yang disingkirkan Muammar Gaddafi dipercayai mengurung dan menyiksa penentangnya.

Jurucakap tentera, Khalid al-Sherif dalam satu sidang media berkata, tulang yang terikat dengan tali dan serpihan tengkorak berselerak di kawasan padang pasir itu adalah bukti ngeri membabitkan satu pembunuhan beramai-ramai pada 1996 ke atas lebih 1,200 tahanan rejim Gaddafi.
Penggalian masih belum dimulakan, namun beberapa serpihan tulang dan kepingan pakaian sudah ditemui di bahagian permukaan tanah, katanya.
Al-Sherif berkata tulang terbabit mungkin menjadi sebahagian bukti paling mengejutkan mengenai kekejaman pemerintahan Gaddafi selama hampir 42 tahun dan membenarkan saudara mara mangsa mengetahui kebenaran mengenai nasib mereka selepas bertahun dihalang rejim.

Ia juga menjadi simbol menggambarkan betapa pentingnya revolusi Libya yang tercetus pertengahan Februari lalu di bandar Benghazi bagi menuntut pembebasan seorang peguam terkenal mewakili keluarga tahanan yang dibunuh.

Kami menemui kebenaran yang dinanti rakyat Libya selama beberapa tahun dan ia adalah mayat dan tulang mangsa pembunuhan beramai-ramai tahanan di penjara Abu Salim, katanya.

Tentera dan saudara mara mangsa mengayak pasir ketika mengunjungi tapak penemuan itu. Sehelai seluar dan serpihan lain yang ditemui ditunjukkan kepada anggota media yang dibawa ke tapak. Satu tulang dililit tali di sekelilingnya, kemungkinan salah seorang tahanan turut ditemui.
Sekumpulan bekas pemberontak yang berada di kubur besar itu melaungkan Allahu Akbar ketika saudara mara berhimpun di kawasan itu.

Al-Sherif dan anggota sebuah jawatankuasa ditugaskan mencari kubur besar itu, berkata mereka yakin padang itu mengandungi mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai tahanan berdasarkan maklumat daripada saksi termasuk bekas pengawal keselamatan yang ditahan dalam pertempuran menentang pemimpin kuku besi itu.

Gaddafi berada dalam persembunyian sejak tentera revolusi menggempur Turkii akhir Ogos lalu, walaupun penyokongnya terus berperang di beberapa bahagian negara itu. Beliau, seorang anak lelakinya dan ketua perisikan berdepan dakwaan jenayah kemanusiaan berikutan tindakan berdarah rejim menghapuskan bantahan antikerajaan tahun ini.

Pembunuhan beramai-ramai Jun 1996 berlaku selepas tahanan merusuh dan membantah layanan ke atas mereka. Pengawal memberi reaksi balas dengan melepaskan tembakan ke arah mereka. Al-Sherif berkata pihak berkuasa percaya mayat itu disimpan di dalam penjara sebelum dikebumikan pada 2000.

Isu pembunuhan menjadi tumpuan utama penentang Gaddafi. Kebanyakannya adalah tahanan politik, termasuk ulama dan pelajar berani bersuara menentangnya. AP

sumber

Monday, September 26, 2011

PALESTIN - Hamas Mahu Negara Berdaulat

Perdana Menteri Palestin di Gaza Ismail Haniyyah mengatakan bahawa rakyat Palestin menginginkan negara Palestin berdaulat penuh yang tidak mengorbankan konstanta nasional dan hak-hak atasnya serta hak kembali bagi jutaan pelarian Palestin ke tanah air mereka.

Dia mengatakan kepada wartawan setelah solat Jumaat lalu bahawa ia menentang Palestin mengemis bagi terbentuknya sebuah negara, menambahkan bahawa pertimbangan-pertimbangan PBB tentang pemberian sebuah negara Palestin justru melanggar maruah rakyat Palestin.

Rakyat Palestin tidak mengemis sebuah negara, Haniyah mengatakan, menambahkan kenegaraan mesti direbut dan tidak dengan memohon. "Negara tidak diciptakan oleh resolusi PBB melainkan dibebaskan kemudian didirikan," jelasnya.

Perdana menteri Hamas ini juga mengkritik proposal dari Presiden Prancis Nicolas Sarkozy untuk memberikan status Palestin hanya sebagai pengamat di PBB selama satu tahun sebagai masa transisi, menggambarkan hal itu sebagai usaha untuk menghindari hak-hak rakyat Palestin.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Kepulangan Abbas Disambut

Ribuan penduduk menyambut Presiden Mahmud Abbas di Ramalah sekembalinya dari menghadiri Sidang Majlis Umum PBB, di New York. Mahmud Abbas disambut dengan sambutan yang luar biasa di kota Tebing Barat, Ramalah, seperti pahlawan. Pemimpin Palestin di Tebing Barat itu, menegaskan,"Kami tidak akan menerima (negosiasi) sampai Zionis-Israel menghentikan pembangunan pemukiman mereka sepenuhnya."

Presiden Mahmoud Abbas mengulang tuntutannya terhadap Zionis-Israel untuk membekukan pemukiman haram, dan baru melanjutkan pembicaraan dengan penengah antarabangsa, Minggu.

"Kami telah memastikan kepada semua yang kita inginkan untuk mencapai hak-hak kami melalui cara-cara damai, melalui negosiasi - tapi tidak sembarang negosiasi," kata Abbas antara ribuan kerumunan rakyatnya di Ramallah.

"Kami tidak akan menerima (negosiasi) sampai pemukiman mereka berhenti sepenuhnya," katanya, dua hari setelah menyampaikan permintaannya untuk negara Palestin dan menyikapi Majlis Umum PBB di New York.

Amerika Syarikat telah gagal menengahi konflik antara Palestin-Zionis Israel, kerana rejim Zionis itu, menolak mentah-mentah menghentikan pemukiman baru di Tebing Barat. Netanyahu menolak setiap usulan menghentikan pembanguna pemukiman, dan terus melanjutkan pembangunan ribuan pemukiman baru di Tebing Barat dan Jerusalem.

Netanyahu, yang menolak membekukan pemukiman, dan tidak memberikan indikasi dalam ucapan di PBB, yang menunjukkan posisinya. Rezim Zionis-Israel akan terus mempertahankan ekspansionis ke wilayah-wilayah yang didudukinya sejak perang tahun 1967. Sementara itu, Amerika Syarikat menutup mata terhadap penjajah Zionis-Israel. (mh/wb)

sumber

MESIR - Perkembangan Perbicaraan Mubarak

KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir yang mengendalikan perbicaraan Bekas Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk menangguhkan sesi perbicaraan sehingga 30 Oktober selepas peguam secara rasmi meminta hakim digantikan selepas dituduh berat sebelah.

Peguam plaintif mewakili keluarga penunjuk perasaan yang terkorban ketika kebangkitan popular ke atas Mubarak awal tahun ini menuduh mahkamah tidak memberi mereka masa mencukupi menyoal Ketua Majlis Pemerintah Tentera Mesir, Hussain Tantawi, ketika memberi keterangan dalam satu sesi tertutup.
Sebuah lagi mahkamah dijangka menentukan permohonan peguam hari ini. Jika ia menerima permohonan itu, mahkamah akan melantik sepasukan hakim baru bagi menguruskan perbicaraan sejak mula. Perbicaraan bermula 3 Ogos lalu di tengah perhatian besar-besaran orang awam dan media.
Mubarak didakwa mengarahkan penunjuk perasaan dan rasuah dibunuh. Tantawi yang berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan di bawah Mubarak sehingga penyingkirannya dalam pemberontakan popular Februari tahun ini, pada awalnya memberi keterangan, dua minggu lalu.

Dia dan penyandang ketua Turus Tentera Mesir, Samy Anan, gagal muncul dalam apa yang digambarkan media rasmi sebagai alasan keselamatan berikutan serangan ganas ke atas kedutaan Israel di sini.

Tantawi dan Anan diminta memberi keterangan secara tertutup mengikut arahan mahkamah bagi melindungi keselamatan nasional.

Ketika kemuncak kemunculannya, Tantawi berkata beliau akan hadir di mahkamah bagi menegakkan kedaulatan undang-undang.
Mengikut peraturannya, tentera perlu hadir di hadapan mahkamah tentera saja, Tantawi dipetik oleh Agensi Berita Asia Barat sebagai berkata.

Tetapi, saya memutuskan untuk pergi ke mahkamah jenayah awam untuk memberi keterangan saya bagi menegakkan kedaulatan undang-undang yang sepatutnya satu ruang kukuh buat Mesir selepas 25 Januari, katanya, merujuk kepada hari ketika pemberontakan anti-Mubarak bermula.

Mubarak, Bekas Menteri Dalam Negeri Habib Al Adly dan enam anggota polis kanan didakwa dengan pembabitan dalam pembunuhan sekurang-kurangnya 846 penunjuk perasaan ketika pemberontakan.

Turut dibicarakan sama adalah dua anak lelaki Mubarak, Alaa dan Jamal, yang dituduh melakukan rasuah.

Bagaimanapun semua defendan mengaku tidak bersalah. Mahkamah itu, didirikan di sebuah Akademi Polis di pinggir ibu kota ini, mengarahkan satu sekatan media supaya tidak membocorkan maklumat keterangan yang diberi secara tertutup. Agensi

sumber

Thursday, September 22, 2011

Rakyat PALESTIN pamerkan sokongan


KANAK-KANAK Palestin memegang bendera semasa menyaksikan perhimpunan ribuan rakyat Palestin sebagai menyokong usaha mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara di Gaza, semalam. - REUTERS


RAMALLAH 21 Sept. - Beribu-ribu penduduk Palestin berhimpun di seluruh Tebing Barat hari ini untuk menyokong kempen menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara yang ke-194.

Di Ramallah, beribu-ribu orang menuju ke pusat bandar itu sambil mengibarkan bendera dan melaungkan slogan.

Perhimpunan itu dijadual bermula lewat pagi ini, menurut responden AFP.

Perhimpunan besar lain dirancang diadakan di Nablus, Hebron dan Bethlehem.

Demonstrasi itu dilancarkan menjelang penyerahan secara rasmi permohonan menjadi negara anggota PBB kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon oleh Presiden Mahmud Abbas, Jumaat ini.

Pegawai Palestin berulang kali berjanji bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan kekal di kawasan yang dikuasai mereka, tetapi tentera Israel telah pun bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

"Di Ramallah, jalan-jalan utama ditutup kepada lalu lintas dan anggota polis kelihatan berkawal di pintu-pintu masuk ke bandar itu," kata responden AFP.

Dataran Manara di pusat bandar itu ditutupi dengan bendera putih besar yang memaparkan perkataan 'Kempen Kebangsaan untuk Palestin: Negara ke-194' ketika mereka yang berhimpun berteriak 'Kami mahu Palestin merdeka'.

Abbas akan menghantar permohonan rasmi kepada anggota PBB selepas beliau menghadiri Perhimpunan Agung Jumaat ini, tindakan yang ditentang keras oleh Israel dan Amerika Syarikat yang berjanji akan menyekatnya di Majlis Keselamatan. - AFP

Sumber

Pembunuhan Burhanuddin Rabbani burukkan lagi krisis di AFGHANISTAN

KABUL 21 Sept. – Rakyat Afghanistan hari ini memprotes bagi meluahkan kemarahan mereka terhadap pembunuhan bekas Presiden, Burhanuddin Rabbani (gambar), yang dianggap bakal menjerumuskan negara ini ke dalam pergolakan lebih buruk.

Rabbani, 71, Presiden Afghanistan semasa perang saudara 1992-96, dibunuh di kediamannya oleh seorang pengebom berani mati Taliban yang memakai serban mengandungi bahan letupan, kata polis.

Pegawai kanan Rabbani berkata, penyerang dan seorang rakannya dijemput ke vila itu sebagai utusan yang membawa ‘mesej khas’ daripada Taliban.

Pengebom memeluk Rabbani lalu meletupkan bahan letupan di dalam serbannya.

Walaupun belum ada pengakuan daripada Taliban, pembunuhan beliau memberi tamparan hebat kepada harapan untuk menamatkan perang sejak 10 tahun lalu antara Taliban dengan kerajaan Afghanistan yang dibantu oleh tentera Barat.

Presiden Hamid Karzai hari ini bergegas pulang ke Afghanistan, selepas memendekkan lawatannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dan menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, sementara persiapan dijalankan untuk pengebumian Rabbani.

Rabbani ialah tokoh politik paling berprofil tinggi yang mati dibunuh sejak rejim Taliban digulingkan dalam serangan tentera bersekutu pimpinan AS pada 2001, dan pembunuhannya berlaku dua bulan selepas adik lelaki Karzai sendiri dibunuh di kubu kuat Taliban di selatan negara ini. – AFP

Sumber

Operasi NATO di LIBYA dilanjut tiga bulan

BRUSSELS 21 Sept. - Operasi ketenteraan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya akan dilanjutkan untuk tiga bulan lagi, jelas para diplomat hari ini.

Sumber memberitahu, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dihadiri kalangan duta dari 28 negara yang menganggotai NATO di Brussels.

Mandat operasi yang ada ketika ini dijangka tamat 27 September ini. Lanjutan operasi terbaru untuk 90 hari lagi itu adalah untuk mengawasi keselamatan orang awam di Libya yang berhadapan dengan konflik antara pemberontak dan Rejim Muammar Gaddafi. - DPA/Reuters

Sumber

PALESTIN - Fatah Terus Tangkap Orang2 Hamas



Tebing Barat-PIP: Pasukan keselamatan Palestin (Fatah) terus melanggar kesepakatan rekonsiliasi, mereka menangkapa warga Palestina di Tebing Barat, tujuh kader Hamas ditangkap di beberapa kota: Hebron, Jenin dan Tulkarm.

Di Hebron, perisikan Fatah menangkap lima orang pemuda, mereka para mahasiswa, Ubadah Rasmi, Arif Dofas, Jihad dan Toriq Dovas. Juga Islam Muhammad Abu Rajab (22) yang pernah merengkok 6 bulan di penjara intelijen dan dua tahun di penjara Israel.

Di Jenin, mereka menangkap Ala Hamad dan menggeledah rumahnya. Ala merupakan bekas tawanan Israel dan juga pihak berkuasa Palestin (Fatah) beberapa kali.

Di Tulkarm, pihak keselamtan menangkap mahasiswa An-Najah, Ala A’raj yang beberapa kali pernah menjadi tawanan pihak keselamatan.

Pasukan keselamatan juga memecat empat pegawai pemerintah di kementerian pendidikan.

Di Qalqilia, pegawai keselmatan juga memecat seorang guru, Muadz Islim dari kota Azon Timur Qalqilia, dan memecat ustaz Usamah yang baru dilantik tahun lalu sebagai ketua pendidikan Islam.

Di distrik Nablus, pegawai keselmatan juga memecat Hasan Abbas dari pekerjaannya sebagai guru dan Ihab Mansur dari kamp Balathah, keduanya adalah pegawai pemerintah sejak dua tahun lalu.

Pasukan keselamatan juga mengincar pejuang Palestin, salah seorang dari mereka, Muhammad Hamzah (28) ditangkap di desanya di Qabatiah Selatan Jenin.

Gerakan Jihad Islam mendakwa Fatah melakukan penangkapan terhadap para kadernya di sejumlah wilayah Tebingi Barat. (qm)

sumber

Kempen PALESTIN bergantung kepada Israel

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 22 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, Palestin mampu memperoleh pengiktirafan sebagai sebuah negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, jelas beliau, ia akan hanya dicapai menerusi rundingan dengan Israel.

``Saya yakin tiada jalan pintas untuk menyelesaikan konflik berpanjangan antara Palestin dan Israel. Kedamaian tidak akan dicapai menerusi kenyataan demi kenyataan dan resolusi di PBB. Kesudahannya, ia bergantung kepada Israel dan Palestin. Bukannya kita (PBB),'' katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) hari ini.

Dalam perkembangan lain, Obama mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan sekatan terhadap Syria ekoran tindakan kejamnya terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi di negara itu.

Beliau turut memberi amaran kepada Iran dan Korea Utara bahawa negara terbabit akan berhadapan dengan pemulauan dunia jika mereka gagal membawa program nuklear masing-masing di bawah undang-undang antarabangsa. - AFP

Sumber

INDONESIA - Umat Islam Ambon Masih Ketakutan


AMBON – Kota Ambon masih terlarang bagi pendatang. Pasca rusuhan hari Ahad lalu (11/09/2011), polisi memantau setiap pendatang. Selasa lalu (20/09/2011) Densus 88 Polda Maluku menangkap tiga orang yang baru saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pattimura, Ambon, lalu langsung menghantar pulang mereka ke daerah asal. Sudah amankah kota Ambon?

Mengapa dilarang ke Ambon?

Pasca kerusuhan di Ambon, polis mengawal ketat kota tersebut bagi para pendatang. Pihak Lapangan Terbang Pattimura bahkan memberlakukan kawalan lebih ketat, di mana para pendatang yang tidak mempunyai Kad Tanda Penduduk (KTP) asli Ambon tidak diizinkan melalui lapangan terbang, kecuali ada tujuan jelas yang dapat dipertanggung jawabkan.

Hari Selasa lalu (20/09/2011), tiga orang yang baru saja mendarat di lapangan terbang Pattimura Ambon, menggunakan pesawat Sriwijaya Air, ditangkap Densus 88 Polda Maluku. Ketiga orang tersebut diketahui berangkat dari Lapangan terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta menuju Ambon. Belum diketahui secara terperinci sebab penangkapan dan identiti ketiga-tiganya.

Sementara itu, sebagaimana disirakn MuslimDaily, tiga lelaki yang ditangkap tersebut dikaitkan dengan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT), yakni Bagas Eko (43), warga asal Sumenep, Madura, Didin Rohidin (34), warga Sumedang, Jawa Barat, dan Kahyari (39), warga Sukamaju, Garut.

Koresponden Arrahmah.com di TKP mengesahkan adanya penangkapan ketiga orang tersebut, dan menurut maklumat terakhir, ketiga-tiga orang tersebut kini sudah dipulangkan ke daerahnya masing-masing.

Keamanan belum terjamin, pelarian enggan pulang

Sementara itu, keadaan pelarian Muslim Ambon masih bertahan di berbagai lokasi penempatan dan enggan kembali. Hal ini kerana pemerintah belum dapat menjamin keamanan mereka dan hanya memerintahkan untuk pulang ke kampungnya. Padahal jaminan keamanan adalah sesuatu yang sangat diperlukan para pelarian pasca kerusuhan kelmarin.

Jadi, dakwaan kondisi Ambon sudah kembali tenang hanya retorik belaka tanpa ada faktanya. Koresponden Arrahmah.com menyatakan bahawa pemerintah (Pemprov dan Pemkot-red) tidak berani datang sendiri ke TKP dan mengatakan kepada pelarian bahawa keselamatan mereka dijamin jika ingin pulang ke tempat asal mereka. Ironisnya, jika kaum Muslimin dari luar ingin datang ke Ambon dan melihat sendiri nasib saudaranya dan membantu mereka malah ditangkap dan dipulangkan. Jadi, sudah kembali tenangkah kota Ambon?

(M Fachry/arrahmah.com)

sumber

AFGHANISTAN - Taliban Nafi Bunuh Burhanuddin Rabbani

Taliban Afghanistan mengatakan mereka belum mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan mantan Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani, Press TV melaporkan.

Hal ini datang pada saat laporan-laporan sebelumnya telah menyebutkan bahawa Taliban mengaku bertanggung jawab atas serangan itu.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid pada hari Rabu lalu (21/9) mengatakan bahawa taliban telah meluncurkan penyelidikan atas serangan mematikan tersebut tetapi tidak siap untuk mengambil tanggung jawab untuk hal itu.

Rabbani, yang juga Ketua Dewan Perdamaian Afghanistan, terbunuh pada Selasa lalu ketika dia sedang dalam pertemuan dengan Taliban di rumahnya di ibukota Kabul.

Seorang militan yang dilaporkan menyembunyikan bahan peledak dalam serbannya meledakkan dirinya ketika pertemuan tersebut.

Lima orang lainnya, semuanya pegawai tinggi Afghanistan, juga terbunuh dalam insiden itu. Ketua sekretariat bersama Dewan Tinggi untuk Perdamaian Massum Stanikzai juga turut cedera.

Sebagai Ketua dewan perdamaian di Afghanistan, Rabbani bertugas untuk melakukan pembicaraan dengan Taliban yang bertujuan menyatukan kembali pejuang yang bersedia meletakkan senjata mereka.

Ratusan pengunjuk perasaan berkumpul di dekat rumah Rabbani di Kabul pada Rabu lalu untuk mengutuk pembunuhan itu.(fq/prtv)

SUMBER

LIBYA's NTC claims control of Sabha

Libya's interim rulers are claiming that their fighters have overrun the key southern city of Sabha, one of the last strongholds of forces loyal to Muammar Gaddafi.

"We are in complete control of the city of Sabha. Everybody, including [those who were] pro-Gaddafi, are now with the revolution," Abdelmajid Seif Ennasr, an official for the National Transitional Council (NTC) in Sabha, told the AFP news agency on Wednesday.

He added that the NTC fighters were only encountering "resistance from some individuals here and there".

Strategically vital

"Sabha is totally under the control of the revolutionaries," said Mohammed Wardugu, the Benghazi spokesman of the "Desert Shield Brigade" that is fighting in the region.

On Tuesday, Wardugu said the NTC forces had taken control of the airport and a garrison in Sabha and forced 300 pro-Gaddafi mercenaries to flee before capturing 150 of his loyalists.

NTC forces have faced stiffer resistance than expected in their efforts to take Bani Walid and Sirte, two other strongholds of the toppled Libyan leader, and have had several major assaults repulsed by heavy fire from pro-Gaddafi forces.

Many residents of Sabha fear reprisals from the NTC because of a belief that many fought as Gaddafi mercenaries during the civil war.

Sabha, the largest city in the Libyan desert, is home to 100,000 people and an important military base, making it strategically vital.

There were reports earlier that Gaddafi himself may be hiding in the town, along with Saif al-Islam, his most politically prominent son, but NTC fighters in Sabha have reported no signs of them.

Fight for Bani Walid

Meanwhile in Bani Walid, NTC forces moved tanks towards the frontline on Wednesday in an attempt to capture the town.

"Of course it will certainly help us a lot in the final battle. You have seen these tanks. There are also Grads and we will use them by putting them in the front," Abdul Salaam Ganuna, an NTC commander, said.

Almost a month after armed rebels, backed by a NATO bombing campaign, seized control of Tripoli, Libya's new leaders are still trying to assert their authority over the desert town 56km southeast of the capital.

Irregular militias have been pushing into Bani Walid in recent days to confront pro-Gaddafi fighters before pulling back, but forces for Libya's NTC say they are preparing for a co-ordinated military assault in the coming days.

Heavy losses

On Tuesday, NTC officials admitted heavy losses in an assault on Gaddafi's hometown of Sirte.

At least three NTC fighters, all in their 30s, were killed and 17 wounded around Sirte as they encountered fierce resistance, said medics.

"The offensive on Sirte has been high intensity in terms of casualties," Dr Suheib Abu Garza told AFP in Misrata, about 150km east of Sirte, where many of the casualties of battle are being brought.

NTC forces suspect Gaddafi enjoys a broad base of support in Sirte.

"The majority of residents are with Gaddafi," said Zuber al-Gadir, a spokesman of the Misrata military council, adding their persistent loyalty to the ousted leader was a legacy of his now defunct propaganda machine.


http://english.aljazeera.net//news/africa/2011/09/201192185259104254.html

AFGHANISTAN - Bom Serban Bunuh Burhanuddin Rabbani

Burhanuddin Rabbani
Burhanuddin Rabbani

KABUL: Penyerang yang membunuh bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani mendesak mahu bersemuka dengan bekas pemimpin itu dan menunggu di Kabul beberapa hari kononnya untuk berbincang bagi menjadi orang tengah dalam rundingan damai dengan Taliban.

Penasihat hubungan antarabangsa bagi Majlis Keamanan Mohammad Ismail Qasemyar, berkata penyerang dikenali sebagai Esmatullah menemui beberapa pegawai majlis dan mendakwa beliau adalah seorang tokoh penting pergerakan Taliban dan ingin bercakap terus dengan Rabbani.
“Beliau dakwa mahu bercakap dengan Rabbani mengenai rundingan damai,” kata Qasemyar. Penyerang itu menginap di rumah tetamu majlis berkenaan sementara menanti kepulangan Rabbani dari lawatan ke Iran.
Pada Selasa lalu, mereka bertemu dan penyerang berkenaan bersalaman dengan Rabbani di kediaman bekas pemimpin itu, menundukkan kepala dan meletupkan bom dalam serbannya, kata Qasemyar.

Seorang lagi penyerang didakwa turut terbabit tetapi tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa Afghanistan. Seorang pegawai Barat yang enggan dikenali kerana kes berkenaan masih disiasat berkata, seorang sudah ditahan berhubung dengan kejadian itu.

Pembunuhan Rabbani menjejaskan harapan perdamaian dengan Taliban dan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan di Afghanistan ketika tentera asing mulai berundur dari negara itu.

Sebahagian tentera Amerika Syarikat dan Kanada sudah meninggalkan Afghanistan sejak beberapa bulan lalu manakala rakan mereka yang masih bertugas juga bakal pulang atau bertindak sebagai membantu menjelang 2014, apabila tentera tempatan mengambil alih melindungi dan mempertahankan negara mereka.
“Hari ini adalah satu hari yang menyedihkan,” kata Mohammad Egris, pelajar Universiti Kabul berusia 25 tahun antara penduduk dan pegawai tertinggi Afghanistan yang memberi penghormatan terakhir kepada Rabbani di kediamannya semalam.

“Musuh Afghanistan, pengganas, terus membunuh pemimpin dan rakyat kami. Penduduk yang dibunuh adalah terbabit dalam proses memulihkan perdamaian dan kemakmuran.” – AP

sumber

MESIR - Calon Presiden Sokong Hamas dan Hizbullah

Kandidat presiden Mesir Hamdin Sabbahi mengatakan dirinya akan mendukung perjuangan di Lebanon dan Palestin melawan Israel jika dia menjadi presiden. "Saya akan mendukung Hamas dan Hizbullah dalam usaha mereka," katanya dengan tegas.

"Nasib perjanjian perdamaian akan ditentukan oleh rakyat Mesir dan tidak bukan orang lain," tambahnya. "Dan saya menentang eksport gas ke Israel."

Pada sebuah perarakan di Delta Nil kota Mehalla pada hari Isnin lalu, Sabbahi juga mengatakan ia akan memerangi kemiskinan dan korupsi.

Dia juga mengatakan bahawa rakyat Mesir berfaham keagamaan moderat dan dia akan melawan segala bentuk ekstremisme agama. "Mesir akan tetap menjadi negara awam," ujarnya.(fq/amay)

sumber

PALESTIN - Usaha ke PBB Dapat Sambutan Hangat

Warga Palestin berkumpul di pusat kota Tebing Barat Ramallah untuk menunjukkan dukungan mereka atas tawaran presiden Mahmuda Abbas untuk mendapatkan pengakuan negara Palestin di PBB.

Aksi yang berlangsung haru Rabu ini (21/9) diselenggarakan dengan sangat hati-hati, di mana pegawai negeri dan siswa sekolah diberikan waktu untuk ikut mengambil bahagian.

Presiden Mahmud Abbas sendiri akan berucap di Majlis Umum PBB akhir minggu ini dan meminta keanggotaan penuh Palestin di PBB.

Namun AS dan Israel menentang langkah tersebut, dan kesan yang mungkin terjadi untuk Palestin atas penolakan kedua negara itu masih belum jelas. Ada yang mengatakan Palestin khuatir tentang adanya pembalasan, seperti pengetatan pembatasan perjalanan oleh Israel atau pemotongan bantuan AS.

Namun, bancian pendapat minggu ini menunjukkan dukungan rakyat Palestina terhadap Abbas mendapat sambutan yang luar biasa untuk tawaran pengakuan negara Palestin di PBB. (fq/ap)

sumber

Wednesday, September 21, 2011

AFGHANISTAN - Burhanuddin Rabbani Terbunuh

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah di atas pemergian ke rahmatullah bekas Presiden Afghanistan, Dr Burhanuddin Rabbani semalam.

Allahyarham Dr Burhanuddin terbunuh dalam serangan di rumahnya di Kabul semalam.

"Mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan takziah.

"Secara kebetulan, saya baru sahaja bertemu dengan beliau di Tehran dua hari lalu dalam Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam yang berjalan selama dua hari di sana. Kami sempat bertanya khabar kesihatan masing masing, bertukar pandangan isu semasa mengenai kebangkitan Islam, di mana almarhum dan saya bersama-sama dengan pimpinan gerakan Islam yang lain telah menyampaikan ucap utama dalam persidangan itu," katanya.

Menurutnya, jasa Burhanuddin memimpin salah sebuah kumpulan mujahidin Afghanistan, Jamiat Islami menentang penjajahan Soviet Union di Afghanistan sekitar tahun 80-an dan 90-an tidak dapat dilupakan.

Malah Allahyarham juga pernah mengetuai kerajaan sementara mujahidin dihujung tahun 80-an dan menjadi Presiden Afghanistan pada tahun 1992 setelah berjaya menghalau Soviet Union sepenuhnya dari bumi Afghanistan.

"Kita mendoakan semoga Allah mengampunkan almarhum dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh," ujarnya.

sumber

Mengapa Islam?

Mengapa Islam http://mengapaislam.wordpress.com/ merupakan sebuah laman yang menghidangkan maklumat tentang perbandingan agama dan kebenaran agama Islam. Ia dimulakan sejak November 2007. Dengan melayari laman ini, pelayar dapat melihat bagaimana unggulnya agama Islam berbanding agama-agama lain. Ia membekalkan pengetahuan untuk berdakwah, berdialog, berdebat dan menjawab persoalan : "Mengapa kita mesti beragama Islam dan bukannya agama-agama lain?"

PALESTIN - Hamas dan Fatah Setuju Tidak Berdemo

Hamas dan Fatah di Jalur Gaza telah sepakat untuk tidak turun ke jalan dalam usaha untuk menghindari perpecahan pada saat Presiden Palestina Mahmud Abbas menuju ke New York untuk mencari pengakuan negara Palestin di PBB.

Satu sumber rasmi di Hamas mengatakan perjanjian untuk menghindari langkah-langkah yang dapat sekali lagi membahagi Palestin, datang dalam rangka menjaga kesepakatan rekonsiliasi Palestin yang telah mengakhiri perpecahan kedua faksi yang saling bersaing selama empat tahun tersebut.

Kedua faksi setuju tidak akan ada demonstrasi untuk atau terhadap tawaran Abbas untuk keanggotaan penuh Palestin di PBB bulan ini.

Pegawai Hamas itu juga tegas membantah laporan media yang berkaitan dengan pernyataan pegawia tinggi Hamas Shalah al-Bardawil bahawa Pemerintah di Gaza akan menggagalkan dukungan terhadap tawaran Palestin di PBB.

Sementara itu, wakil perdana menteri Hamas, Muhammad Awad telah meminta Abbas untuk memberikan penjelasan hukum untuk langkah yang ia lakukan dengan memperincikan bagaimana langkahnya di PBB tersebut akan mempengaruhi isu sentral seperti hak warga Palestin untuk kembali.(fq/pic)

sumber

TURKI - Letupan di Ankara, 2 Terbunuh

Sebuah ledakan terjadi di ibukota Turki, Ankara, Selasa (20/9), mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan tiga orang lainnya, kata laporan awal.

Penyebab ledakan belum jelas. Tidak ada maklumat lanjut yang segera tersedia. Asap tebal membubung dari kawasan di pusat kota Ankara.

Seorang penyiar NTV mengatakan ledakan terjadi di sebuah kereta di Jalan Kumrular di Kizilay dan akibat ledakan terjadi kebakaran sebagai kesan insiden tersebut.

NTV mengatakan sekurang-kurangnya enam kereta dan bangunan rosak teruk setelah ledakan dan dua orang dilaporkan telah meninggal. Ambulan telah dihantar ke tempat kejadian.(fq/todayzaman)

sumber

Tuesday, September 20, 2011

INDONESIA - Terkini dari Ambon


AMBON (Arrahmah.com) – Bagaimana suasana Ambon pasca kerusuhan 11/9 ? Banyak media, terutama media-media sekular memberitakan bahawa keadaan di Ambon sudah pulih dan aman kembali. Namun, pantauan koresponden Arrahmah.com di TKP,situasi di Ambon masih mecekam. Para pelarian Muslim lebih memilih bertahan di masjid dan tidur kedinginan tanpa selimut. Kaum Muslimin wajib membantu!

Ambon masih mencekam

Kalau saja situasi di Ambon sudah aman dan kondusif pasca kerusuhan 11/9, sudah tentu para pelarian Muslim, terutama dari wilayah yang hangus dibakar pengganas Kristian, yakni kampung Waringin, pulang kembali ke kampung asal mereka. Selain ketidak jelasan nasib mereka di kampung asalnya, kerana rumah mereka terbakar, para pelarian Muslim ini juga khuatir dan masih merasa takut.

Ratusan keluarga Muslim dari kampung Waringin hingga saat ini hidupsebagai pelarian dalam keadaan yang memprihatinkan. Mereka lebih memilih untuk tidur kedinginan tanpa selimut. Bahkan pagi tadi, Isnin (19/09/2011) ada seorang ibu yang terpaksa meminta wang kepada seorang ustaz kerana sudah tidak memiliki wang sama sekali, dan tidak mampu mendapatkan makanan.

Para pelarian tidur kedinginan di lantai masjid

Keadaan para pengungsi Muslim di Ambon juga sangat memprihatinkan. Koresponden Arrahmah.com melaporkan dari TKP bahawa mereka terpaksa tidur di ruangan terbuka di lantai serambi masjid, tanpa selimut. Padahal, di Ambon saat ini sering turun hujan sehingga membuat suasana dingin menusuk tulang. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak pelarian mudah jatuh sakit.

Sementara itu, kaum Muslimin di kampung-kampung masih tetap waspada dan bersiaga mengantisipasi segala kemungkinan yang akan terjadi. Mereka tidak ingin kaum Muslimin kembali menjadi korban kezaliman dan kebiadaban pihak Kristian tanpa ada perlawanan. Kaum Muslimin masih takut dan khuaatir akan kerusuhan berikutnya, untuk itu mereka tetap bersiaga penuh.

Sayangnya, hingga saat ini kepedulian pemerintah terhadap kerusuhan Ambon masihlah sangat kurang. Belum ada tanda-tanda tindakan tegas dari pasukan keselamatan untuk menangkap para pelaku penusukan kepada tukang ojek Muslim yang menjadi pencetus kerusuhan Ambon, 11/9. Selain itu, pemerintah juga tidak tanggap terhadap nasib para pelarian, dan hal itu sangat disesalkan, sebagaimana disampaikan para sukarelawan di TKP.

“Hal ini sangat disesalkan. Perhatian pemerintah terhadap pelarian sangat kurang,” ujarnya.

Begitulah nasih kaum Muslimin Ambon yang menjadi kaum minoriti di tengah-tengah kaum majoriti Kristian. Padahal, negeri ini adalah negeri dengan majoriti penduduk Islam terbesar di dunia. Ironis! Untuk itu, kaum Muslimin wajib membantu saudara Muslimnya di Ambon, dengan apapun yang mereka mampu, kerana mereka adalah bersaudara! Allahu Akbar!

(M Fachry/arrahmah.com)

sumber

PALESTIN - Satu Lagi Serangan Israel ke Gaza

Pasukan Israel telah melancarkan serangan di Jalur Gaza timur laut pada malam persembahan proposal Palestin untuk keanggotaan di PBB.

Serangan mensasarkan wilayah di timur laut Kota Gaza pada Isnin lalu (19/9), seorang koresponden Press TV melaporkan.

Bangunan perumahan yang diserang selama ofensif tersebut, namun tidak ada laporan korban sejauh ini.

Meskipun pasukan militer Israel rasmi menarik diri dari Jalur Gaza pada tahun 2005, namun mereka masih sering menyerang wilayah itu.

Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi akan mengajukan permintaan kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk persetujuan keanggotaan Palestin di badan dunia pada 20 September hari ini, selama sesi ke-66 pertemuan Majlis Umum PBB.(fq/prtv)

sumber

PALESTIN - Norway Bakal Iktiraf Palestin

Menteri Luar Negeri Norway mengatakan negara Skandinavia itu akan menyokong pegawai Palestin membuta permohonan mereka kepada PBB untuk pengakuan kenegaraan.

Dalam postingnya di Facebook Sabtu malam lalu, Jonas Gahr Stoere menulis "Palestin memiliki hak untuk pergi ke PBB dan Norway bersedia untuk mengakui negara Palestin."

Dia juga mendesak untuk memulai dilakukan pembicaraan antara Israel dan Palestin, mengatakan "negosiasi hanya dapat memecahkan permasalahan antara Israel dan Palestina."

Frustrasi oleh ketidakmampuan mereka untuk memenangkan konsesi dari Israel, Palestin (dalam hal ini ialah Pihak Berkuasa Palestin) telah mencuba untuk mendapatkan perhatian dunia dengan melakukan taruhan tinggi mengenai kenegaraan dan keanggotaan Palestin di PBB.

Pada bahagian lain, hari Ahad lalu (18/9), pegawia tinggi AS dan Eropah akan bertemu untuk mencuba menemukan cara untuk membawa Israel dan Palestin kembali ke perundingan.(fq/ap)

SUMBER

LIBYA - Pejuang Mara ke Bani Walid

PEJUANG revolusi  Libya menunjukkan peluru yang tidak meletup  dilepaskan oleh  tentera  pro-Gaddafi yang ditemui ketika  mengepung  bandar Bani Walid.
PEJUANG revolusi Libya menunjukkan peluru yang tidak meletup dilepaskan oleh tentera pro-Gaddafi yang ditemui ketika mengepung bandar Bani Walid.
Gaddafi, anak dipercayai bersembunyi di bandar padang pasir: Kenshil

BANI WALID: Pertempuran hebat berlaku di sini semalam ketika pejuang rejim baru menyerang bandar padang pasir di mana salah seorang anak lelaki Muammar Gaddafi Seif al-Islam, dipercayai bersembunyi, kemungkinan bersama bapanya, kata pemerintah Libya.
“Pejuang revolusi mara ke Bani Walid pagi ini dan bertempur dengan hebat,” kata seorang pegawai kanan dalam Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdullah Kenshil, kepada AFP.
Kenshil berkata, pertempuran dengan tentera upahan Gaddafi untuk menguasai bandar ini, satu daripada beberapa kubu pemimpin diktator itu di tenggara Tripoli, “sedang berlaku dan mungkin dapat diselesaikan dalam dua hari lagi.”

Pegawai NTC berkata, Seif al-Islam, anak lelaki paling berpengaruh pemimpin Libya yang digulingkan itu, dilihat di sini dan ada kemungkinan bapanya juga berada di bandar padang pasir itu.

“Seif al-Islam dilihat di Bani Walid, ia hampir 100 peratus pasti, manakala bapanya, berada di sana juga; kami 70 peratus pasti,” kata Kenshil kepada AFP, menambah mereka hanya dipertahankan tentera upahan.

“Mereka yang berjuang di Bani Walid tidak semestinya briged Gaddafi, yang mana anggotanya menyertai tentera NTC,” kata Kenshil, menambah “ada tentera upahan dari Chad, Niger dan Togo, menurut mayat yang kami temui.”
Gaddafi, anak lelakinya Seif al-Islam dan ketua perisikan Abdullah al-Senussi masih bebas sejak pemberontak menguasai Tripoli 23 Ogos lalu. Mereka dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah ke atas kemanusiaan.

Kelmarin, tentera NTC diserang selepas mara ke bandar ini. Anggota media melaporkan mereka mendengar letupan kuat dan tembakan bertalu-talu dari dalam
bandar dan roket meletup berhampiran kedudukan NTC di pinggirnya.

“Kami berundur kerana diserang dengan bom bertalu-talu oleh tentera yang setia dengan Gaddafi di kedudukan kami,” kata Kenshil, menambah rundingan sedang dilakukan untuk perpindahan kira-kira 50,000 orang awam di bandar itu.

Tentera pro-NTC turut meneruskan perjuangan mereka ke Sirte tengah hari semalam selepas berkumpul semalaman, kata seorang koresponden AFP yang menyertai tentera NTC di timur bandar ini di pantai tengah Mediterranean Libya. – AFP
Link
sumber

Monday, September 19, 2011

PALESTIN - Haneya Yakin Kemenangan Semakin Hampir



Gaza – PIP: Perdana menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, penjajah Zionis sedang goyah, rakyat Palestin yang paling beruntung dari revolusi Arab.

Dalam ucapannya kemarin, Ahad (18/9) di depan alumni Universiti Al-Aqsha di Khanyunis yang ke 17 Haneya mengatakan, Israel dalam keterpurukan ditinggalkan para koleganya yang selama beberapa dekad yang lalu, selalu melindunginya.

Masalah Palestin, rakyat, Al-Quds dan Al-Aqsha adalah yang paling beruntung dari revolusi yang terjadi di sejumlah Negara Arab. ia menambahkan, antara revolusi Arab terutama Mesir, kami melihat ada secercah kemenangan di ufuk sana dan kebaikan besar yang semakin dekat. angin kemenangan itu makin dekat bagi Palestin khususnya dan Timteng pada umumnya.

Di sisi lain, Haneya mengecam aksi kelompok radikal Zionis yang memasuki pelataran Masjid Al-Aqsha. Saat ini Al-Aqsha menjadi penodaan Zionis dalam usaha mereka mengubah status Al-Quds dan mengambilnya dari sekeliling Palestin, Arab dan Islam.

Ketua Pihak Berkuasa Ramallah, Haneya meminta agar melepaskan dana bernilai 3 juta dollar yang dibekukan atas nama Universiti Al-Aqsha demi kelangsungan pendidikan di universiti ini.(asy)


sumber

SYRIA - Rakyat Mesir Bantah Rusia Sokong Asad

Sejumlah warga Syria menggelar aksi protes di luar Kedutaan Besar Rusia di Kaherah pada hari Ahad (18/9), mengecam dukungan Rusia terhadap rejim Bashar al-Assad, termasuk pasukan senjata Rusia ke rejim tersebut yang akhirnya dipakai untuk membantai rakyatnya sendiri, menurut mereka.

Seorang wakil duta besar Rusia berjanji kepada penunjuk perasaan bahawa kedutaan akan menyampaikan tuntutan mereka kepada pemerintah Rusia.

Para penunjuk perasaan juga mengancam untuk melakukan aksi protes serupa di kedutaan besar Rusia di seluruh dunia sampai Rusia berhenti mendukung rejim Assad.

Mereka juga mengkritik posisi pemerintah Mesir, dan meminta untuk mendukung revolusi mereka dan mengusir duta besar Syria dari Mesir.(fq/amay)

sumber

MESIR - Pilihan Raya, Orang2 Mubarak Disekat

Kelompok Islamis dan kelompok politik lainnya berusaha melakukan perubahan aturan pilihan raya pada pertemuan hari Ahad (18/9) dengan militer yang berkuasa untuk memastikan mereka terkait dengan Hosni Mubarak atau parti Mubarak disekat dalam pilihan raya pertama parlimen Mesir yang bebas dalam beberapa dekad.

Ketua suruhanjaya pilihanraya, Abdulmuizz Ibrahim, mengatakan pilihan raya untuk majlis rendah akan di mulai pada tanggal 21 November dan pilihan raya presiden dimulai pada 22 Januari, dengan masing-masing pemilu diadakan dalam tiga tahap, akhbar pemerintah melaporkan pada hari Ahad.

Sebahagian parti menyambut panggilan militer untuk pemilihan umum yang dimulai pada bulan November, meskipun kelompok lainnya terutama kubu liberal mengatakan mereka ingin adanya lebih banyak waktu. Beberapa kubu liberal ketakutan dengan kekuatan kubu Islamik yang terurus dengan baik yang berada dalam posisi terbaik sekarang untuk mendominasi suara dalam pilihan raya.

Namun secara umum kelompok-kelompok di seluruh spektrum khuaatir peraturan pilihan raya yang ada memungkinkan penyokong Mubarak dari parti Demokratik Nasional (NDP)yang sekarang dibubarkan dapat muncul kembali dengan membiarkan mereka maju di bawah sistem yang membahagi suara antara daftar parti dan individu.

sumber

Pilihan Raya Parlimen MESIR 21 November ini

KAHERAH 18 Sept. - Pilihan Raya Parlimen Mesir akan bermula pada 21 November, pengundian pertama di negara ini sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan dalam pemberontakan rakyat pada Februari lalu.

Pengundian untuk dewan rendah Parlimen, Dewan Perhimpunan Rakyat akan diadakan dalam tiga peringkat mulai 21 November dan berakhir pada 3 Januari, lapor akhbar Al-Ahram semalam yang memetik kenyataan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, Abdel Moez Ibrahim.

Pengundian untuk dewan tertinggi Parlimen, Majlis Syura akan bermula pada 22 Januari dan berakhir pada 4 Mac.

Agensi berita rasmi, MENA pula memetik sumber Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai berkata, tarikh permulaan pilihan raya pada November dan Januari telah disyorkan kepada Majlis Pemerintah Tentera.

Bagaimanapun sumber tentera berkata, tarikh pilihan raya akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

"Majlis Tentera akan mengeluarkan perintah pada 26 September ini untuk menetapkan tarikh muktamad bagi pilihan raya Dewan Perhimpunan Rakyat dan Majlis Syura," lapor MENA memetik sumbernya di Suruhanjaya Pilihan Raya.

Majlis Tentera menghadapi tekanan rakyat untuk menetapkan tarikh bagi pilihan raya yang dijanjikan selepas penyingkiran Mubarak.

Tarikh belum ditetapkan untuk pilihan raya Presiden yang dijadual menyusuli pilihan raya Parlimen. - Reuters

Sumber

INDONESIA: 'Jangan keruhkan suasana di Ambon'

JAKARTA 18 Sept. - Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono menggesa semua pihak termasuk pendatang supaya tidak mengeruhkan lagi suasana di Ambon.

Keadaan di Ambon kini tegas beliau, semakin kondusif khususnya selepas keganasan yang tercetus sehingga menyebabkan lapan orang terbunuh dan puluhan orang cedera baru-baru ini.

"Sesiapa yang mahu menuju ke Ambon diharap dapat memelihara keamanan. Saya minta mereka yang mahu ke sana tidak mengeruhkan semula suasana yang sudah kembali tenang," kata panglima itu lagi.

Pihak berkuasa juga jelas beliau, tidak akan melarang sesiapa sahaja yang mahu ke Ambon.

Pada masa sama, pihak tentera dan polis akan sentiasa memantau aspek keselamatan selain mengawal kemungkinan adanya pengganas yang mahu mencetus kekacauan di sana.

"Kita akan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan adanya penyusup. Saat ini, persekitaran di Ambon berada dalam keadaan terkawal. Namun, jika tercetus hal yang mencurigakan kita akan mengetatkan lagi aspek keselamatan," kata Agus lagi.

Pada 10 September lalu, Kota Ambon di Maluku menjadi kecoh apabila seorang warga tempatan Darfin dijumpai maut yang dipercayai telah dibunuh.

Bagaimanapun, ada laporan yang menyebut dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Pertikaian yang tercetus kerana mencari punca Darfin meninggal dunia menyebabkan suasana menjadi tegang sehingga menyebabkan berlakunya kekacauan. - Utusan

Sumber

Mangsa banjir PAKISTAN merana

  • Foto

    MANGSA banjir melaungkan slogan bantahan dan membuat sekatan jalan raya akibat kelewatan kerajaan Pakistan menghulurkan bantuan di Badin, wilayah Sindh, semalam.

  • Foto

    AHLI Jamat-e-Islami Pakistan menurunkan bantuan dari lori untuk membantu mangsa banjir di Karachi.

Terpaksa jual harta, kanak-kanak mengemis, bantuan kerajaan belum tiba

PANGRIO, (Pakistan): Beribu-ribu mangsa banjir di Pakistan yang berjaya menyelamatkan diri berdepan masalah baru apabila bantuan yang lambat tiba memaksa ramai di antara mereka terpaksa menjual harta benda masing-masing untuk membeli makanan.
Pada masa sama, kanak-kanak berdepan risiko penyakit bawaan air tetapi terpaksa membantu ibu bapa dengan mengemis, manakala bantuan daripada kerajaan Pakistan belum menunjukkan tanda akan sampai.
“Kanak-kanak terpaksa mengemis di pasar dan daripada pemandu kereta yang lalu lalang. Tiada siapa datang membantu kami,” kata salah seorang daripada dua juta mangsa banjir di wilayah Sindh, Pakistan, Ahmed Junejo.

Sama seperti kebanyakan mangsa banjir, keluarga Junejo sedar bahawa mereka terpaksa berusaha sendiri untuk meneruskan kehidupan selepas bencana yang melanda.

“Saya hanya mahukan dua keperluan, makanan dan khemah untuk melindungi anak saya daripada panas dan hujan, itu saja. Tiada siapa datang melihat keadaan kami. Kami juga tidak tahu di mana letaknya kem bantuan, malah tiada siapa memberitahu kami mengenai bantuan kepada mangsa banjir. Kami masih menunggu,” katanya.

Kerajaan Pakistan yang berdepan masalah kewangan dilihat bertindak terlalu perlahan ketika membantu mangsa banjir yang setakat ini sudah menyebabkan lebih 300 orang terbunuh, manakala lebih 1.2 juta rumah musnah.
Sikap kerajaan Pakistan itu adalah sama seperti ketika banjir melanda negara itu tahun lalu, apabila pihak berkuasa gagal menghulurkan bantuan sewajarnya untuk mengurangkan kesengsaraan berjuta-juta penduduk, menyebabkan pihak tentera terpaksa campur tangan.

Lebih 800,000 keluarga yang terbabit dengan bencana alam itu terus tidak mempunyai tempat tinggal.

Tentera kembali aktif menghulur bantuan, melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer menggunakan bot untuk menyelamatkan penduduk yang tinggal sehelai sepinggang.

Namun ia tidak masih tidak dapat mengurangkan kesengsaraan keluarga Jonejo yang kini terpaksa berlindung di belakang sebuah stesen minyak.

Beliau kehilangan 20 ekor kambing, yang menjadi punca pendapatan dan membekalkan susu untuk keluarganya. Kini keluarganya tidak mempunyai sebarang pendapatan dan tidak tahu apa harus dilakukan.

Junejo terpaksa menjual telefon bimbitnya dengan harga AS$3 (RM10) untuk membeli makanan. Jumlah itu hanya cukup untuk membeli sedikit tepung dan biskut yang boleh tahan beberapa hari saja.

“Saya mahu menjaga keluarga saya tetapi tidak berdaya. Saya rasa amat sedih melihat keadaan anak saya. Di negara ini pertolongan hanya datang jika anda mempunyai kenalan politik. Orang miskin seperti saya sering kali tidak dipedulikan,” katanya. – Reuters

Sumber

MESIR Tak Akan Sentuh Perjanjian Camp David

Perjanjian perdamaian tahun 1979 antara Israel dan Mesir, Camp David, tak tersentuh/untouchables, kata calon presiden Mesir Amr Moussa.

Pada Sabtu llau (17/9) pejabat berita Mesir lMENA, mengutip pernyataan Moussa yang mengatakan kepada akhbar Kuwait Al-Jarida bahawa "perjanjian tersebut telah menjadi catatan sejarah."

Namun dalam laporan awal bulan ini, Moussa mengatakan perjanjian perdamaian Camp David dapat diamandemen keraa itu perjanjian tersebut "bukan kitab suci Al-Quran mahupun Alkitab."

Pernyataan ini datang di tengah seruan untuk mengamandemen perjanjian, yang beberapa pengamat percaya bahawa perjanjian tersebut tidak menguntungkan kepentingan Mesir.

Baru-baru ini, hubungan antara Mesir dan Israel menjadi tegang setelah enam petugas keamanan Mesir terbunuh dalam serangan Israel di dekat perbatasan pada tanggal 18 Ogos lalu.

Perjanjian Camp David mengakhiri keadaan perang antara kedua negara, tetapi sebahagian besar dari semenanjung Sinai tanpa keamanan yang memadai untuk menjaga kestabilan.

Menurut perjanjian tersebut, semenanjung dibahagi menjadi beberapa bagian yaitu A, B dan C. Hal ini memungkinkan hanya sejumlah polis bersenjata secara terbatas untuk melindungi bahagian C, yang berdekatan dengan Israel.(fq/amay)

sumber

PALESTIN - Zionis Buka Al-Aqsa untuk Yahudi Ortodoks

Ketegangan meningkat di Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad (18/9) setelah pihak berkuasa Israel (IOA) membuka laman suci tersebut untuk kelompok ultra-ortodoks Yahudi.

Polisi Israel berjaga-jaga untuk melindungi kaum Yahudi yang terus menerus memasuki kompleks masjid Al-Aqsha, sepanjang hari Ahad lalu, dalam rangka "program pelancongan untuk warga asing".

Pasukan pendudukan dikerahkan di gerbang kompleks serta di Kota Tua Jerusalem. Pasukan Israel mendirikan pos-pos pemeriksaan baru pada jalan menuju ke masjid dan menghentikan serta memeriksa bas Palestin.

Langkah pihak berkuasa haram Israel ini telah menarik kecaman dari rakyat Palestin.

Dalam pernyataan bersama, ahli politik Hamas di Tebing Barat mengatakan dibiarkannya yahudi memasuki kompleks masjid Al-Aqsha bertujuan menantang identiti Islam atas masjid suci tersebut dan mendakwa sebagai milik Yahudi, dan Hamas menyerukan massa dan pegawai Palestina untuk bertindak segera dalam usaha melindungi Masjid Al-Aqsha.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Netanyahu Yakin Palestin Gagal ke PBB

Perdana menteri Israel pada hari Ahad (18/9) memprediksi bahawa usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan di PBB akan gagal kerana mesti melalui rundingan dengan negara Yahudi, dan mengatakan dia bekerja dekat dengan Washington untuk memastikan tawaran kenegaraan Palestin di Dewan Keamanan PBB akan batal.

Benjamin Netanyahu menyalahkan Palestina atas terhentinya untuk rundingan, di mana dia menuduh Palestina skeptis dari komitmen untuk perdamaian dan menolak untuk kembali ke meja perundingan tanpa membekukan pembangunan permukiman Israel.

sumber

PALESTIN - Indonesia Sokong Palestin ke PBB


JAKARTA (Arrahmah.com) – Menjelang Sidang Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) tanggal 20 September 2011, Indonesia mesti mengambil peranan penting serta ikut memperjuangkan agar negara Palestin menjadi anggota PBB. Demikian yang diungkapkan Ketua Komisi I DPR RI Mahfudz Siddiq.

“Indonesia sebagai ketua ASEAN, pelopor Gerakan Non Blok (GNB) dan anggota negara-negara Islam (OKI) mesti berperanan penting dalam memastikan dukungan terhadap keanggotaan Palestin sebagai negara berdaulat,” kata Mahfudz di Jakarta, Sabtu (17/9/2011).

Mahfudz menambahkan, peranan Indonesia tersebut merupakan cermin dari tindakan politik luar negeri Indonesia yang bebas aktif, yang juga menunjukkan sikap Indonesia sejak era Soekarno yang jelas-jelas tegas mendukung Palestin.

“Ini amanat konstitusi yang anti kolonialisme,” tambah Mahfudz.

Dalam sidang Umum PBB 20 September 2011 nanti, Mahfudz mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak punya alasan lagi untuk tidak mendukung Palestin sebagai anggota PBB.

sumber

Sunday, September 18, 2011

PALESTIN - Hamas Kritik Cara Abbas Bergerak

Hamas mengatakan rancangan Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas untuk mencari pengakuan negara Palestin di PBB adalah langkah yang berisiko.

"Keputusan Abbas untuk pergi ke PBB tanpa berbincang dengan faksi-faksi Palestin lainnya tentang kesan negatif dan positif dari langkah tersebut dan dengan dukungan Arab, Islam, serta antarabangsa adalah sesuatu yang sangat berisiko," kata jurucakap Hamas Fawzi Barhoum, Khamis lalu.

Pada tanggal 15 September, perwakilan Fatah dan Hamas bertemu di Gaza untuk membahas langkah Pihak Berkuasa Palestina untuk mendapatkan pengakuan dari negara Palestina di PBB, Pejabat Berita Ma'an melaporkan.

Pegawai Hamas Ismail Radwan, yang menghadiri pertemuan itu, mengatakan bahawa kedua-dua belah pihak memiliki pendapat berbeza mengenai efektivitas dari proposal kenegaraan PBB tetapi setuju bahawa persatuan nasional adalah keutamaan.

sumber

Bah di PAKISTAN kian meruncing

KARACHI: Dunia didakwa mengabaikan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah Sindh, Pakistan apabila banjir tahun kedua itu memaksa lebih dua juta penduduk meninggalkan rumah masing-masing, memusnahkan tanaman dan menyebabkan berjuta-juta penduduk berisiko mendapat penyakit berjangkit, kata agensi bantuan dan pemimpin politik tempatan.

Dianggarkan 300 orang mati dalam tempoh tiga bulan berikutan musim hujan yang memusnahkan 400,000 kediaman, dan menyebabkan lebih dua juta penduduk mengalami malaria, hepatitis dan penyakit berjangkit lain.

Kira-kira 70 peratus daripada sejuta penduduk tinggal di kawasan perlindungan sementara tujuh ribu penduduk dilaporkan diancam ular air.
Sebanyak 22 daripada 24 daerah dilaporkan ditenggelami banjir dengan 10 daripadanya serius termasuk berjuta-juta penduduk mengalami nasib sama dan dipindahkan kira-kira setahun lalu.

Lebih 21 juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dalam kejadian banjir 2010 yang menyebabkan satu perlima kawasan di Pakistan dilanda banjir dan lebih 1,000 penduduk meninggal dunia.

Menurut agensi bantuan, kesan banjir tahun ini adalah lebih buruk berbanding tahun lalu kerana kebanyakan mangsa terpaksa meninggalkan kediaman mereka dua kali berturut-turut tetapi bantuan antarabangsa dilaporkan terlalu perlahan, mengancam penduduk.

Pendapat kami adalah ia sudah sedia buruk berbanding tahun lalu, bukan kerana bilangannya tetapi kesan terhadap penduduk yang sudah sedia terjejas berikutan banjir besar tahun lalu, kata Pengarah Oxfam Pakistan, Neva Khan.
Setakat ini usaha bantuan agensi antarabangsa di ketuai Pakistan belum dapat menyelaraskan sumbangan dan bantuan kerajaan.

Namun, beliau menggesa penyumbang individu dan kumpulan bantuan segera membantu sebelum keadaan lebih teruk. - Agensi