Sunday, October 30, 2011

AFGHANISTAN - 13 Askar AS Maut

KABUL 29 Okt. - Sebuah bom kereta Taliban yang meletup mengena konvoi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini membunuh 17 orang termasuk 13 orang tentera Amerika Syarikat (AS).

Penyerang meletupkan kereta sedan Toyota miliknya berhampiran sebuah bas yang dalam perjalanan ke Kabul pada pukul 11,20 pagi (2.50 petang) tadi.

Serangan pengeboman tersebut merupakan antara tiga insiden membawa maut yang melibatkan pasukan tentera luar. - AFP

sumber

INDONESIA - Gempa Bumi di Sumatera Selatan

KUALA LUMPUR 30 Okt. — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan di Indonesia pada pukul 7.52 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata, gempa bumi itu berpusat di 617 km barat daya Johor dan 120 km barat laut Bengkulu, Indonesia.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. — Bernama

sumber

Isu Elton John - Pemuda PAS Cabar Asri

GOMBAK, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.

Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.

"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini hari ini.

Jawapan tersebut dinyatakan beliau sebagai respon terhadap pandangan Dr Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Mengulas lanjut Nasruddin berkata, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut.

"Sebab itu saya cadang beliau (Dr Asri) ambik masa turun ke medan sekali dengan pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.

Tunjuk di mana salah

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyentuh teguran Dr Asri itu dan meminta bekas mufti itu membuktikan dimana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi yang terkenal sebagai ikon Gay di barat itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka 'dilihat salah' oleh Dr Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Dr Asri)...pendekatan ini perkara ijtihad.

"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam...kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan bantahan terhadap konsert Greatest Hits Tour itu yang menampilkan artis gay, Elton John yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Beliau mahu pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Daerah Bentong mengambil tindakan agar ianya dibatalkan.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.

sumber

SATU UMAT : Forum gay dan lesbian oleh tokoh2 tertentu bakal dilangsungkan... berkesinambungan dengan kehadiran Elton John. Bagaimana Dr. Asri boleh tidak nampak...???

PALESTIN - 9 Pejuang Jihad Islam Terbunuh









Gaza-PIP: Saraya Al-Quds, sayap militer gerakan Jihad Islam mengumumkan pada Ahad (30/10) pagi tentang gugurnya sejumlah pejuang mereka akibat serangan Israel ke Gaza bahagian Barat.

Pesawat-pesawat Israel menggempur kelompok pejuangn di dekat lapangan terbang di Gaza bahagian Barat, serangan ini menambah jumlah kematian di pihak Saraya sejak siang semalam menjadi 9 orang.

Serangan Israel Sabtu petang ke arah kota Rafah Selatan Gaza telah mengorbankan dua orang pejuang Saraya Al-Quds dan melukai empat lainnya, sehingga daftar jumlah korban meninggal sampai pagi ini mencapai 9 orang.

Komite Urusan Darurat di Gaza menyatakan, serangan Israel mengincar kumpulan warga di Rafah, menewaskan 2 orang gugur dan seorang lainnya mengalami kecederaan parah.

Koresponden Pusat Informasi Palestin menegaskan, serangan mentarget kelompok pejuang Saraya Al-Quds, yang mengorbann dua orang anggotanya, di samping 3 orang luka parah dan sejumlah pejalan kaki mengalami luka-luka.

Sumber-sumber medik menambahkan, dua orang yang gugur adalah komandan lapangan Saraya Al-Quds, Sami Abu Sabt dan ajudannya Salman Abu Fathimah.

Koresponden Pusat Informasi Palestina di Gaza menyebutkan, mereka yang meninggal adalah: Ahmad Syeikh Khalil, Basim Abul Atha, Muhammad Ashur Shatat, Imad Bakir, Basil Ghannam. Di sebutkan bahwa mereka gugur akibat ledakan keras di dalam arena Muhajir milik Saraya Al-Quds bertepatan dengan terbangnya helicopter tempur Israel di kawasan tersebut.

Petugas medis segera tiba di lokasi dan mengidentisikasi korban luka dan korban meninggal di tengah prediksi meningkatnya jumlah korban meninggal.

Sumber-sumber di Saraya Al-Quds menyatakan, pesawat tempur Israel menyerang sejumlah tempat latihan militer milik Saraya Al-Quds. Serangan ini menewaskan sejumlah pejuang dan melukai beberapa dari mereka, antara lain komandan “Ahmah Syeikh Khalil Abu Khidir” salah seorang tokoh di Saraya Al-Quds, serta saudara dari para syuhada, Muhammad, Ashraf, Sharf Mahmud Syeikh Khalil.

Saraya Al-Quds menyatakan, Israel akan membayar harga mahal atas serangannya ini.

Abu Ahmad, Jubir Saraya menegaskan dalam pernyataannya kepada Pusat Informasi Palestin, serangan Israel secara terbatas ini menggunakan dua buah roket yang mengorbankan sejumlah pejuang dan melukai lainnya, serangan ini yang terbesar sejak beberapa bulan lalu. Saraya berjanji akan melakukan serangan balasan atas kejahatan ini.

Pesawat-pesawat tempur Israel juga menyerang sejumlah kawasan di Beit Lahiya dan pinggiran Timur Gaza, namun tidak ada informasi jatuhnya korban. (qm)


sumber

Israeli Airstrikes Kill 9 Palestinian

Israel launched fresh raids in the Gaza Strip, after earlier airstrikes killed nine Palestinians and retaliatory rocket fire killed one Israeli, officials have said.

Palestinian groups in the Strip agreed early on Sunday to re-establish a ceasefire, sources close to the groups said.

The truce with Israel, which Egypt is said to have helped broker, was due to come into effect at 04:00 GMT, said sources close to Hamas and Islamic Jihad.

"The efforts and intensive contacts led by senior Egyptian intelligence service officials led to a national consensus to restore calm" with Israel, a leader of one of the Palestinian groups, who asked to remain anonymous, told the AFP news agency.

Residents of Gaza have reported hearing explosions in the area early Sunday morning.

Gaza fighters 'killed'

Adham Abu Selmiya, a spokesman for Gaza's emergency services, said on Saturday that five members of the Al-Quds Brigades, Islamic Jihad's armed wing, were killed and three wounded in a first Israeli attack on their camp.

As fighting continued into the night, Israeli aircraft struck four more targets in Gaza, witnesses and Palestinian officials said, killing two Palestinians and wounding two others allegedly preparing to fire a missile near Rafah, in the south of the strip.

An Israeli strike east of Gaza City and two in the area of Khan Yunis, in the south, caused no casualties, witnesses said.

As rockets and mortar shells were fired into Israel, police said they were raising their national alert to its second-highest level.

The Israeli military said the Rafah raid "targeted a terrorist squad in the southern Gaza strip responsible for the firing of military-use projectiles towards the Israeli home front".

Retaliatory rocket fire

The Al-Quds Brigades confirmed that five members, including a commander named as Ahmed al-Sheikh Khalil, were killed in the first strike on their training camp near Rafah.

The strikes were the bloodiest since a tacit ceasefire was agreed between Palestinian fighters and Israel in late August.

Within hours, at least 20 Palestinian rockets and mortar bombs hit different sites in southern Israel, wounding three
civilians, police said.

One rocket slammed into a community centre and another into a block of flats, setting parked cars and gas canisters alight.

Rockets hit the city of Ashdod, the nearby town of Gan Yavneh and the city of Ashkelon, to the south, police said.

'Martyrs' blood'

A statement from the Al-Quds Brigades claimed responsibility for the rocket fire and posted a video on its website which it said showed the launching of five of the the rockets.

A spokesman for Hamas' Ezzedine al-Qassam Brigades said other armed groups were mulling their response.

"The occupation is completely responsible for the crime in Rafah and all of the resistance factions cannot leave the shedding of our martyrs' blood unanswered," Abu Obeida, a spokesman for Hamas, said.

"We shall discuss the answer to this crime."

The air raid and earlier rocket attack were the first violent incidents since October 18 when Hamas repatriated Gilad Shalit, an Israeli soldier it seized in 2006, in exchange for the release of more than 1,000 jailed Palestinians.

http://english.aljazeera.net//news/middleeast/2011/10/2011103012854318377.html

Israeli Airstrikes Kill 9 Palestinian

Israel launched fresh raids in the Gaza Strip, after earlier airstrikes killed nine Palestinians and retaliatory rocket fire killed one Israeli, officials have said.

Palestinian groups in the Strip agreed early on Sunday to re-establish a ceasefire, sources close to the groups said.

The truce with Israel, which Egypt is said to have helped broker, was due to come into effect at 04:00 GMT, said sources close to Hamas and Islamic Jihad.

"The efforts and intensive contacts led by senior Egyptian intelligence service officials led to a national consensus to restore calm" with Israel, a leader of one of the Palestinian groups, who asked to remain anonymous, told the AFP news agency.

Residents of Gaza have reported hearing explosions in the area early Sunday morning.

Gaza fighters 'killed'

Adham Abu Selmiya, a spokesman for Gaza's emergency services, said on Saturday that five members of the Al-Quds Brigades, Islamic Jihad's armed wing, were killed and three wounded in a first Israeli attack on their camp.

As fighting continued into the night, Israeli aircraft struck four more targets in Gaza, witnesses and Palestinian officials said, killing two Palestinians and wounding two others allegedly preparing to fire a missile near Rafah, in the south of the strip.

An Israeli strike east of Gaza City and two in the area of Khan Yunis, in the south, caused no casualties, witnesses said.

As rockets and mortar shells were fired into Israel, police said they were raising their national alert to its second-highest level.

The Israeli military said the Rafah raid "targeted a terrorist squad in the southern Gaza strip responsible for the firing of military-use projectiles towards the Israeli home front".

Retaliatory rocket fire

The Al-Quds Brigades confirmed that five members, including a commander named as Ahmed al-Sheikh Khalil, were killed in the first strike on their training camp near Rafah.

The strikes were the bloodiest since a tacit ceasefire was agreed between Palestinian fighters and Israel in late August.

Within hours, at least 20 Palestinian rockets and mortar bombs hit different sites in southern Israel, wounding three
civilians, police said.

One rocket slammed into a community centre and another into a block of flats, setting parked cars and gas canisters alight.

Rockets hit the city of Ashdod, the nearby town of Gan Yavneh and the city of Ashkelon, to the south, police said.

'Martyrs' blood'

A statement from the Al-Quds Brigades claimed responsibility for the rocket fire and posted a video on its website which it said showed the launching of five of the the rockets.

A spokesman for Hamas' Ezzedine al-Qassam Brigades said other armed groups were mulling their response.

"The occupation is completely responsible for the crime in Rafah and all of the resistance factions cannot leave the shedding of our martyrs' blood unanswered," Abu Obeida, a spokesman for Hamas, said.

"We shall discuss the answer to this crime."

The air raid and earlier rocket attack were the first violent incidents since October 18 when Hamas repatriated Gilad Shalit, an Israeli soldier it seized in 2006, in exchange for the release of more than 1,000 jailed Palestinians.

http://english.aljazeera.net//news/middleeast/2011/10/2011103012854318377.html

PALESTIN - Israel Cuba Jadikan JORDAN Alternatif Palestin


JORDAN – Sumber-sumber media melaporkan bahAwa Raja Abdullah dari Jordan menyatakan bahwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang berusaha meruntuhkan Kerajaan Hashemit dengan mengubahnya menjadi negara alternatif untuk Palestin.

Raja menambahkan bahawa Netanyahu tidak percaya pada solusi dua negara dengan Palestin.

Pernyataan tersebut datang, dua hari lalu, dalam wawancara dengan Washington Post, di mana dia juga menyatakan Netanyahu dan pemerintahannya jelas-jelas menolak solusi dua-negara, dan tidak memiliki rancangan politik yang jelas untuk menyelesaikan konflik.

“Jelas bahwa pemerintah ini ingin menyebabkan runtuhnya proses perdamaian di kawasan itu. Kami percaya bahwa Netanyahu dan pemerintahannya berusaha mendorong Jordan menjadi tanah air alternatif bagi rakyat Palestin”, tambahnya.

sumber

PALESTIN - Israel Terus Hancurkan Ladang Palestin


AL WALAJA, PALESTINA – Dalam laporan mingguan Pelanggaran HAM yang dilakukan Israel di Wilayah Palestin Pendudukan selama 20 – 26 Oktober 2011, Pusat Hak Asasi Manusia untu Palestin mendapati pasukan Israel melakukan 58 serangan ke masyarakat Palestin, menculik 13 warga Palestin dan menghancurkan ladang pertanian untuk pembangunan tembok Aneksasi yang hingga kini masih berlangsung.

Sepanjang minggu lalu, pasukan Israel terus menggunakan kekuatan terhadap protes damai di Tebing Barat. Puluhan warga awam Palestin dan antarabangsa pembela hak asasi manusia menderita akibat tembakan gas air mata.

Dalam serangan terpisah, pasukan Israel menculik 13 warga Palestin. Salah satu dari mereka yang diculik minggu ini adalah aktivis penyelenggara kempen non-kekerasan menentang pembangunan tembok aneksasi di desa Bil’in, barat Ramallah. 4 warga sipil Palestin, termasuk seorang anak, diculik di berbagai pos pemeriksaan di Tebing Barat.

Israel melanjutkan tindakan yang bertujuan menciptakan ‘populasi’ majoriti Yahudi di Jerusalem Timur. Selama seminggu terakhir, rencana pemukiman baru di Jerusalem Timur dirasmikan.

Kotapraja Jerusalem Israel memutuskan untuk menghancurkan jembatan Bab al-Maghariba lingkungan. Dalam minggu yang sama, pasukan Israel menutup pejabat sejumlah LSM dan menangkap seorang anggota staf.

Selama minggu lalu, pasukan Israel menembaki pekerja Palestin yang mengumpulkan sisa-sisa bahan bangunan di Jalur Gaza utara.

Israel terus memaksakan penutupan total dan telah mengisolasi Jalur Gaza dari dunia luar. Sekitar 80% dari penduduk sipil Gaza terus bergantung pada bantuan yang disediakan oleh UNRWA dan lembaga bantuan lainnya untuk dapat bertahan hidup.

sumber

LIBYA - Saif Mengaku Tidak Bersalah

BEIJING 29 Okt. - Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Mahkamah yang beribu pejabat di The Hague itu berkata, pihaknya telah mengadakan hubungan tidak rasmi dengan Saif dan kini ingin menangkap serta membicarakannya atas dakwaan yang timbul ekoran perang saudara di Libya.

Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo berkata, hubungan berkenaan dibuat melalui orang tengah dan Saif membuat pengakuan tidak bersalah.

Beliau berkata, anak Gaddafi itu juga mahu mengetahui apakah nasibnya selepas didapati tidak bersalah di atas dakwaan berkenaan.

''Mereka yang mempunyai hubungan dengan Saif telah menghubungi orang hubungan kami, jadi kami tidak berhubung secara langsung, kedua-dua pihak menggunakan orang tengah.

''Kami mempunyai keyakinan dengan orang hubungan kami. Saif berkata, dia tidak bersalah dan akan menyediakan bukti-bukti dan dia ingin mengetahui nasibnya selepas itu,'' katanya selepas tiba di sini bagi menghadiri satu persidangan undang-undang.

Moreno-Ocampo berkata, Saif juga bimbang masa depannya jika didapati tidak bersalah. - Reuters

sumber

Dadah Dari MALAYSIA Bertambah

MEDAN 29 Okt. - Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia, Agung Kuswandono berkata, penyeludupan dadah dari Malaysia ke Indonesia semakin meningkat ekoran peningkatan jumlah tangkapan suspek ejen sindiket dadah.

Jakarta Post melaporkan bahawa Agung berkata, penangkapan penyeludup dadah dari Malaysia meningkat mendadak baru-baru ini.

''Beberapa tahun lalu, penangkapan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya di Jawa Timur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

''Bagaimanapun sekarang, penyeludup dadah ditangkap di beberapa lapangan terbang lain di Indonesia termasuk Medan, Aceh, Tarakan dan Lombok,'' katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, penyeludup menggunakan pelbagai kaedah untuk menyeludup dadah dari Malaysia.

''Hari ini (kelmarin) seorang suspek cuba menyeludup dengan memasukkan dadah dalam duburnya. Ini dianggap satu kes baru,'' katanya merujuk kepada satu kes yang ditangkap di Lapangan Terbang Polonia, Medan kelmarin.

Agung berkata, antara kaedah lain digunakan termasuk menelan, menyembunyikan dadah dalam beg dan kasut, selain al-Quran.

Ketua Divisyen Penguatkuasaan dan Pencegahan Pejabat Kastam dan Eksais Medan, Bobby Patigor berkata, sebanyak tujuh kes penangkapan penyeludup dari Malaysia dibuat di lapangan terbang di sini sehingga Oktober tahun ini berbanding enam kes pada tahun lepas. - Agensi

sumber

EPG Nafikan CHOGM Galakkan Homoseksual

PERTH 29 Okt. - Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Komanwel membidas laporan kononnya ia menggalakkan hubungan homoseksual dengan mencadangkan kepada mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) kali ini agar menghapuskan undang-undang yang menjadikan hubungan sejenis sebagai satu jenayah.

Pengerusi EPG, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan, kumpulan itu sebaliknya hanya mencadangkan supaya undang-undang yang berupa diskriminasi terhadap mereka yang mengidap AIDS dan HIV dihapuskan.

Menurut beliau, ini kerana masih terdapat banyak negara Komanwel yang mewarisi sistem perundangan British yang menghalang pengidap AIDS dan HIV daripada menerima rawatan kerana ia dianggap sebagai satu jenayah.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, pada masa ini, jumlah penghidap AIDS dan HIV di negara-negara anggota Komanwel adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada negara-negara bukan ahli pertubuhan itu.

Sehubungan itu, katanya, EPG menerima cadangan daripada negara-negara anggotanya yang berdepan dengan masalah ini dan mahu sesuatu dilakukan bagi membolehkan penghidap AIDS dan HIV menerima rawatan sewajarnya bagi membendung penularan wabak itu.

"Apa yang dikemukakan oleh EPG hanyalah satu syor dan ia terpulang kepada setiap negara anggota sama ada untuk menerimanya atau tidak. Laporan yang dikemukakan oleh EPG tidak mengikat mana-mana negara anggota untuk melaksanakannya,'' jelas beliau.

Syor EPG berhubung isu AIDS dan HIV dilaporkan telah mendapat tentangan kerana ia dikhuatiri akan dianggap homoseksual sebagai satu perlakuan yang boleh diterima.

Cadangan EPG itu bagaimanapun masih terbuka kepada pelbagai tafsiran sebelum ia diterima atau ditolak oleh para pemimpin CHOGM di akhir persidangan mereka esok.

Abdullah berkata, satu lagi cadangan yang mendapat tentangan ialah penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Demokrasi dan Kedaulatan Undang-undang.

Menurut beliau, cadangan itu sebenarnya ialah untuk membantu menteri-menteri luar negara Komanwel dan setiausaha agung badan tersebut menjalankan kerja masing-masing dengan lebih efisyen.

"Seorang Pesuruhjaya yang bebas dan tidak terikat dengan kepentingan politik boleh memainkan peranan untuk memaklum atau menghebahkan sesuatu masalah kepada umum jika ada.

"Pesuruhjaya ini juga boleh membantu dari segi membela negara yang dikecam secara tidak adil berhubung perlanggaran hak asasi manusia,'' jelas beliau.

Terdahulu Abdullah memberitahu, CHOGM harus menerima sebulat suara cadangan EPG demi survival pertubuhan 54 negara bekas tanah jajahan British itu yang kini didakwa lesu dan tidak relevan.

Ini kerana, katanya, 106 syor yang dikemukakan EPG kepada Mesyuarat CHOGM adalah suara negara-negara anggota yang mahu perubahan dilakukan ekoran ia didakwa tidak bersikap pro-aktif ketika sesuatu krisis berlaku, walaupun di kalangan negara anggota.

Katanya, dalam tempoh 16 bulan EPG diwujudkan, ia menerima 330 cadangan daripada pertubuhan dan individu dalam negara-negara Komanwel sebelum memutuskan untuk menyenarai pendekkan 106 daripadanya, dikumpul dan kemukakan untuk perbincangan Ketua-ketua Negara CHOGM.

Hari ini, para pemimpin CHOGM meneruskan perbincangan mereka dalam sesi pemukiman (retreat) yang diadakan di Kings Park tidak jauh dari sini.

Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN

sumber

MALAYSIA - TLDM Gagalkan Lanun

KUANTAN 29 Okt. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan lanun melarikan sebuah kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru yang membawa muatan minyak dan gas bernilai kira-kira RM12 juta, malam tadi.

Kapal yang dalam pelayaran dari Melaka ke Sibu, Sarawak itu dirampas di perairan Selat Singapura berhampiran Pulau Batu Putih pada pukul 5.30 pagi kelmarin oleh sekumpulan 10 perompak berkenaan.

Panglima Wilayah Laut Satu TLDM, Laksamana Pertama Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata, berikutan itu, kesemua anak kapal dan kapal tersebut dapat diselamatkan pukul 9.10 malam di lokasi kira-kira 17 batu nautika (30.6 kilometer) dari Pulau Jemaja, Indonesia.

“Tiada kecederaan dilaporkan bagaimanapun lanun bersenjatakan sepucuk pistol dan parang itu berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah bot laju.

“Perompak tersebut turut merampas beberapa barangan peribadi 19 krew kapal tersebut antaranya telefon bimbit, wang tunai dan komputer riba. Muatan kapal tersebut dilaporkan selamat,” katanya pada sidang akhbar di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, insiden rompakan itu disedari oleh pihak pengurusan kapal tersebut yang gagal menghubungi kapten kapal terbabit sebelum melaporkan kepada Maritim Malaysia semalam.

“Bertindak atas maklumat tersebut, Maritim Malaysia menugaskan pesawat Douphin M7 002 dan berjaya mengesan kedudukan kapal tersebut di lokasi kira-kira 85 batu nautika (153 kilometer) dari timur Pekan,” katanya.

sumber

Saturday, October 29, 2011

LIBYA - NATO Tamatkan Aktiviti 31 Oktober

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) secara rasmi memutuskan untuk menamatkan misi tujuh bulannya di Libya pada 31 Oktober ini, kata diplomat semalam, walaupun menerima desakan daripada kerajaan baru
negara itu supaya rondaan udara diteruskan sehingga akhir tahun ini.

Pesawat tempur NATO akan mengakhiri misi Isnin ini selepas terbang lebih 26,000 operasi tentera dan mengebom hampir 6,000 sasaran dalam operasi yang membantu pemberontak menumbangkan pemerintahan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi. Duta NATO yang mengadakan pertemuan di Brussels bersetuju sebulat suara untuk menamatkan Operasi Bersepadu (OUP) pada 31 Oktober, kata diplomat berkenaan yang enggan dikenali.

Pakatan itu membuat keputusan awal minggu lalu untuk menamatkan operasi pada 31 Oktober selepas menilai penduduk awam selamat daripada serangan berikutan kematian Gaddafi dan kejatuhan Sirte.

Keputusan rasmi semalam dibuat sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengundi menamatkan mandat yang membo-
lehkan tindakan ketenteraan dilakukan di Libya bermula jam 11.59
malam waktu Libya pada 31 Oktober.
Setiausaha Luar Britain, William Hague, berkata keputusan PBB menunjukkan negara itu memasuki era baru tetapi pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil, memberi amaran Rabu lalu golongan yang setia kepada Gaddafi masih memberikan ancaman.

Resolusi itu, kata Hague kelmarin, adalah satu lagi batu loncatan penting ke arah masa depan Libya yang aman dan demokratik.

Operasi itu menyebabkan PBB berdepan perbalahan, dengan Russia, China, Brazil, India dan Afrika Selatan menuduh NATO melanggar mandat.

Pakatan Barat kini melihat bagaimana mereka dapat membantu rejim baru Libya.
Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen, menawarkan untuk membantu pemimpin baru negara itu memperbaharui sektor keselamatan tetapi ia berulang kali mengenepikan hasrat menghantar tenteranya. – AFP

sumber

TUNISIA - Gambar2 Kemenangan Parti Islam

Alhamdulillah..Umat Islam Tunisia berasa puas sekarang setelah parti islam Tunisia telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini.Kita sudah ketahui bahawasanya Tunisia sebelum ini diperintah oleh seorang pemimpin korup dan sekular seperti Umno@apco.Kini rakyat Tunisia patut bersyukur kerana syiar islam akan tertegak dibumi mereka insyallah.



Parti Islam Tunisia iaitu Parti Nahdhoh dilaporkan telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini. Alhamdulillah dengan kemenangan ini,Ia akan membuka ruang kemenangan kepada parti-parti islam diseluruh dunia setelah selama ini dipadamkan kemenangan oleh penipuan-penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti sekular yang memerintah negara.

Dengan kemenangan parti islam ini mungkin akan memberi kemenangan kepada parti-parti islam di negara lain seperti parti ikhwanul muslimin mesir dan Parti Islam Semalaysia yang masing-masing akan menjalani pilihanraya dalam masa terdekat ini..Insyallah..

Allahuakbar..........







Tu.. celup dakwat.. SPR bila lagi??

sumber

AMERIKA - Paderi Bakara Quran Bertanding Presiden

MIAMI 28 Okt. - Seorang paderi Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertindak membakar kitab suci al-Quran sehingga menimbulkan keganasan di Afghanistan semalam mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden pada pilihan raya Presiden Amerika 2012.

Terry Jones menerusi manifesto kempennya berjudul 'Stand Up America!' menyatakan hasrat untuk memasuki dunia politik bagi menghalang kos perbelanjaan yang tinggi, membawa pulang semua tentera AS di luar negara dan mengusir semua pendatang tanpa izin di negara ini.

Hasrat paderi tersebut bagaimanapun mungkin dilihat sebagai satu angan- angan sahaja apabila beliau dan rakan subahatnya, Wayne Sapp dikecam kerana terlibat dalam upacara membakar al-Quran di sebuah gereja di Florida pada Mac tahun lalu. - AFP

sumber

TUNISIA - Parti Islam Menang Ternyata Menang

TUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.

Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.

Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi.

Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.

Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi.

Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan piihan raya itu dibuat.

Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakilla berkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru.

Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP

sumber

Friday, October 28, 2011

PALESTIN - Lagi Seruan Agar Tahanan Dibunuh

Anggota dewan dari pemukiman Yahudi Kiryat Arba, Bentzi Goffstein menyerukan pembunuhan seorang tahanan Palestin yang dibebaskan di Al-Khalil, yang baru-baru ini dibebaskan dalam kesepakatan pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel.

Pemukim Yahudi, dari pemukiman Kiryat Arba yang dibangun di kota Al-Khalil, baru-baru ini mengedarkan pernyataan di Al-Khalil dalam bahasa Arab dan Ibrani untuk menyerukan pembunuhan Hani Jabir, yang dibebaskan setelah 18 tahun di penjara, dengan mengedarkan fotonya dalam pernyataan yang disebarkan tersebut.

Goffstein mengatakan Jabir yang tidak akan menikmati kehidupan yang stabil dan dia mungkin akan diserang di masa depan dan hal itu waktunya sangat dekat.

Dia mengatakan bahawa tempat paling aman untuk Jabir adalah berada di belakang tembok.

Jabir dipenjara kerana membunuh seorang pemukim Yahudi yang sering mengganggu warga Palestin di Al-Khalil khususnya kanak-kanak dalam perjalanan mereka ke sekolah. Pemukim Yahudi itu dilaporkan sering memukul anak-anak, menarik rambut siswi, membuang sampah ke warga awam Palestin, menghina mereka, dan melemparkan batu ke rumah mereka.(fq/pic)

sumber

SAUDI - 20 Peratus Rakyatnya Miskin

Aktivis hak asasi manusia di Arab Saudi mengatakan satu dari lima penduduk Arab Saudi menderita dalam kemiskinan, lapor Press TV.

Para aktivis juga telah mengeluarkan sebuah filem dokumentari pendek tentang "Kemiskinan di Arab Saudi," yang memaparkan kehidupan jutaan orang miskin di kerajaan Arab yang kaya raya tersebut.

Menurut aktivis Saudi sekitar 70 peratus orang di negara ini tidak memiliki rumah sendiri.

Dalam video yang dibuat oleh para aktivis HAM menyertakan wawancara dengan warga yang tinggal di lingkungan al-Jaradiyah, sekitar 5 km dari pusat ibukota Saudi, Riyadh.

Salah satu yang diwawancara ialah seorang wanita yang tinggal bersama enam anaknya. Dia mengeluh tentang rumahnya yang usang dan meminta Raja Abdullah untuk membantunya.

Di antara mereka yang diwawancara ialah seorang imam masjid, yang mengatakan warga di daerahnya terlibat dalam perniagaan dadah dalam usaha untuk mencari nafkah.

Beberapa keluarga memaksa anak-anak mereka untuk menjual ubat untuk mengumpulkan wang, sementara beberapa memaksa anak perempuan mereka menjadi pelacur.

Aktivis di Arab Saudi telah berulang kali mengkritik Riyadh untuk pengeluaran sejumlah besar uang dengan membeli senjata dari Barat dan tidak membantu jutaan warga yang hidup dalam kemiskinan.(fq/prtv)

sumber

LIBYA - Saiful Islam Mahu Serah Diri

TRIPOLI 27 Okt. - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam yang pernah berikrar akan berjuang sampai mati di bumi Libya, kini mahu menyerah diri kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mengelak kemungkinan ditimpa nasib yang sama seperti bapanya.

Seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya semalam berkata, Saif yang merupakan satu-satunya anak Gaddafi yang masih bebas bercadang untuk menyerah diri kepada ICC di The Hague, yang telah mendakwanya atas tuduhan jenayah perang.

Tindakan Saif, 39, menyerah diri akan menutup satu lagi babak dalam sejarah empat dekad pemerintahan keluarga Gaddafi, sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan usul untuk menamatkan mandat Libya yang membolehkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara mengebom negara ini dan membantu pemberontak merampas kuasa.

Beliau dilihat oleh banyak pihak sebagai anak kesayangan Gaddafi dan bakal penggantinya.

Saif ingin menyerah diri kepada ICC bersama-sama bekas ketua agensi perisikan, Abdullah al-Senussi, kata pegawai NTC, Abdel Majid Mlegta.

ICC mendakwa Gaddafi, Saif dan Senussi atas peranan mereka menggunakan kekerasan untuk menghancurkan pemberontakan yang bermula pada Februari lalu.

Namun jurucakap ICC berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan sebarang rancangan Saif untuk menyerah diri.

Pegawai NTC berkata, Saif bersembunyi di gurun selatan Libya setelah gagal mencari perlindungan di negara jiran seperti Algeria atau Niger, yang telah menawarkan perlindungan kepada empat lagi anak Gaddafi yang terselamat dalam perang saudara selama lapan bulan itu. - Reuters

SUMBER

Bangkai Kapal Kublai Khan Ditemui

OKINAWA 27 Okt. - Ahli arkeologi marin percaya bangkai sebuah kapal purba yang ditemui di dasar kawasan perairan Nagasaki, Jepun adalah sebahagian daripada armada purba milik Raja Mongolia kurun ke-13, Kublai Khan yang hilang, lapor stesen CNN.

Bangkai tersebut ditemui kira-kira 25 meter dari pantai Nagasaki, menggunakan peralatan ultrabunyi.

Ahli arkeologi percaya kapal purba itu digunakan pada 1281 dan merupakan sebahagian daripada 4,400 armada Raja Mongolia yang ditugaskan sebagai pasukan penjajah ketika pemerintahan Dinasti Yuan.

‘‘Penemuan bangkai kapal dengan lunas sepanjang 12 meter dan masih dalam keadaan baik itu akan membantu pengkaji mengenal pasti ciri dan sifat kapal perang sepanjang 20 meter tersebut,’’ ujar CNN yang memetik ketua pasukan penyelidik yang menemui kapal itu, Yoshifumi Ikeda.

Ikeda berkata, pihaknya merancang memperluaskan usaha-usaha penerokaan kawasan itu dan mencari lebih banyak maklumat bagi membantu mengembalikan kapal purba itu ke bentuk asal.

CNN melaporkan berdasarkan legenda Jepun, dua taufan dikenali sebagai Kamikaze menyelamat Jepun sebanyak dua kali dalam tempoh tujuh tahun daripada dua penjajahan armada Mongolia dengan memusnahkan kapal-kapal berkenaan.

China bagaimanapun tidak terselamat apabila diperintah Dinasti Yuan Mongolia antara 1271 hingga 1368.

‘‘Menurut buku bertajuk Lost Fleet: In Search of a Legendary Armada oleh ahli arkeologi, James P. Delgado mengenai Kublai Khan, kemusnahan 4,000 kapal penjajahan Dinasti Yuan yang mewujudkan kuantiti besar serpihan bangkai, membolehkan seseorang berjalan dari satu lokasi di darat ke lokasi kemusnahan itu,’’ ujar CNN.

CNN melaporkan, kapal purba itu diperbuat dari papan kayu dan dipercayai dicat dengan warna kelabu cerah merupakan antara lebih 4,000 artifak termasuk serpihan seramik, bata, peluru meriam dan sauh diperbuat daripada batu, ditemui di lokasi berkenaan.

‘‘Penemuan artifak itu menimbulkan kaitannya kepada armada penjajahan Dinasti Yuan,’’ kata CNN. – Agensi

sumber

MESIR dan Israel Bertukar Tahanan

TABA 28 Okt. – Satu konvoi kenderaan termasuk kereta perisai dari Mesir melintasi Taba sebelum memasuki Israel, sebagai persediaan kedua-dua negara bertukar tahanan membabitkan seorang suspek perisik Israel dengan 25 rakyat Mesir yang dipenjarakan di Israel.

Namun, tiada maklumat lanjut sama ada rakyat Israel itu, Ilan Grapel yang juga memiliki kerakyatan Amerika Syarikat berada dalam konvoi tersebut.

Sementara itu, jurucakap penjara rejim Zionis, Sivan Wiezman berkata, kesemua 25 tahanan Mesir, yang masing-masing disabitkan kesalahan menyeludup dadah, senjata atau menyusup masuk Israel secara haram, telah dipindahkan ke Sinai. – AFP

sumber

Thursday, October 27, 2011

MESIR - Parti2 Islam Tekad Kalahkan Calon NDP

Parti-parti Islam Mesir bersumpah untuk menghentikan mantan anggota Parti Nasional Demokratik (NDP) yang telah dibubarkan untuk maju dalam pemilihan parlimen akan datang.

"Kami tidak akan memberikan mereka kesempatan untuk memenangi kerusi," kata Saad al-Husseiny, biro eksekutif Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwan. "Dan kita akan mengekspos mereka kepada awam."

Husseiny mengatakan bahawa kolaborasi partinya dengan Partai Wafd yang liberal masih berlangsung. "Kami memiliki aliansi politik seperti itu, meskipun kami adalah saingan dalam pilihan raya," katanya.

Hassan Hamad dari Jamaah Al-Islamiyah mengatakan kelompoknya telah memulakan sebuah kempen melawan sisa-sisa NDP di Mesir Atas. "Kami mendidik orang-orang agar mereka tidak memilih mereka," katanya.

Muhammad Alaa Abul Azayim, pendiri Parti sufi Tahrir, juga mengatakan pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk mengalahkan calon dari NDP. "Mereka telah merosakkan kehidupan politik negeri ini," katanya dengan tegas.

"Mereka memiliki keberanian untuk menggunakan hubungan masa lalu mereka dengan tariqat sufi dalam kempen mereka," kata Aly Zayid, koordinator Koalisi tarekat sufi. "Tapi kami akan memerangi mereka dalam pilihan raya."(fq/amay)

sumber

PALESTIN - Kanak-kanak 14 Tahun Ditembak


JERUSALEM (Arrahmah.com) – Sumber-sumber medik Palestin di wilayah pendudukan Jerusalem melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, ditembak di lehernya oleh tentera Israel selama pelatihan di pangkalan militer Anatot, yang dibangun utara Jerusalem.

Anak tersebut, yakni Aseel Ara’ra, menjadi lumpuh setelah tembakan mengenai lehernya, dan saat ini dalam keadaan serius, Maan News Agency melaporkan.

Peluru memasuki sisi kiri lehernya dan keluar di sebelah kanan, menghancurkan tulang belakangnya menyebabkan kelumpuhan dari leher ke bawah.

Sementara itu, sumber-sumber Israel melaporkan pada hari Rabu (26/10/2011) malam bahawa sebuah kendaraan militer Israel meledak akibat bom pinggir jalan, dekat pemukiman Efrat, selatan Betlehem. Kerosakan dilaporkan, tidak ada kecederaan.

Tentara melakukan penyisiran di daerah tersebut dalam upaya untuk menemukan warga yang menanam bom, namun dilaporkan tidak ada penangkapan yang dilakukan.

Tentera Israel juga menyerbu Rokba Um, selatan kota Al Khader di Distrik Betlehem.
Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa setidaknya 15 kenderaan militer, dan tiga ambulan militer menyerang Rokba Um.

Tentera menembakkan amunisi dan flare ketika memasuki daerah tersebut.

Dalam berita terkait, sumber-sumber Israel melaporkan bahawa sebuah roket Grad dilancarkan pada Rabu (26/10) malam, dari Jalur Gaza ke Asdod. Sumber-sumber menyatakan roket itu mendarat dan meledak di kawasan terbuka. (rasularasy/arrahmah.com)

sumber

MALAYSIA - Warga NEPAL Mengganas di Johor

JOHOR BAHRU, 27 Okt 2011 – Sekumpulan warga asing berketurunan Nepal mengganas dan memukul salah seorang penduduk Tanjung Puteri Apartmen Resort kerana menegur mereka yang berkelakuan tidak senonoh dan bising, semalam.

Mangsa Mohd Zamri Alias berumur 40 tahun cedera dibelasah lima warga Nepal dipercayai patah tangan, gigi dan bengkak di bahagian telinga.

Mohd Zamri berkata beliau menegur warga Nepal tersebut yang berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Beliau turut mendakwa ditolak jatuh dan dipukul beramai-ramai oleh kumpulan warga Nepal tersebut. Mohd Zamri turut menambah beliau diugut bunuh kerana mencampuri urusan mereka.

Penduduk setempat tampil membantu Mohd Zamri dan meleraikan pergaduhan tersebut setelah terdengar jeritan beliau meminta pertolongan.

sumber

MALAYSIA - Undang2 Murtad Masih Lemah

PASIR PUTEH: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengakui penguatkuasaan yang lemah sebagai punca undang-undang murtad negeri itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad sudah wujud sejak 1980 dan pihak terbabit boleh didakwa di mahkamah sivil, ia masih tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi kuatkuasa.
"Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini," katanya pada satu majlis di sini hari ini.
Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Dewan Rakyat bahawa orang bukan Islam boleh didakwa berhubung isu penyebaran fahaman agama.

Mohamad Shukri, enakmen berkenaan antara lain menetapkan 30 perkataan termasuk "Allah" atau "Muhammad Rasulullah" tidak boleh digunakan oleh pihak tertentu. - BERNAMA


sumber

PALESTIN - Jalan Akses ke Al-Aqsa Akan Dihancurkan

Dewan kota Jerusalem ada hari Selasa semalam (25/10) mengatakan pihaknya telah memerintahkan pembongkaran jalan akses ke kompleks Masjid Al-Aqsa, dalam sebuah langkah kontroversial yang dapat mencetuskan protes umat Muslim.

Jalan mengarah dari Tembok Barat, laman paling suci di mana orang Yahudi dapat berdoa, ke kompleks sebelah yang merupakan masjid Al-Aqsa, halaman paling suci ketiga bagi umat Islam, yang dikenal juga sebagai Haram al-Syarif.

Jalan didirikan pada tahun 2004 sebagai tindakan sementara setelah runtuhnya jalan sebelumnya, dan digunakan oleh pengunjung non-muslim kelaman bersejarah mahupun oleh pasukan keamanan Israel yang ingin memasuki medan halaman suci tersebut.

Perintah dari dewan kota ditujukan kepada Western Wall Heritage Foundation, yang mengelola plaza di pinggir jalan.

Dikatakan yayasan ini mesti menghancurkan struktur jalan dalam 30 hari dan membia yang baru.

Dalam suratnya kepada yayasan, tanggal 23 Oktober lalu, dewan mengutip temuan insinyur kota dan pihak perkhidmatan kecemasan yang menyatakan Jembatan Mughrabi, dalam keadaan "bahaya."

Yayasan kemudian diperintahkan untuk membongkar jalan akses sementara ke Gunung Bait Suci dan membangun dengan menggunakan bahan tidak mudah terbakar."(fq/afp)

SUMBER

KASHMIR - 3 Askar India Cedera


SRINAGAR (Arrahmah.com) – Di wilayah Kashmir yang diduduki musyrikin India, tiga tentera musyrik dari Indian Central Reserve Police (CRPF) cedera dalam sebuah serangan granat di Srinagar (25/10/2011).

Seperti yang dilaporkan Kashmir Media Service (KMS), orang tak dikenali melemparkan sebuah granat di daerah Maisuma, mengakibatkan tiga personil CRPF cedera.

Penyerang juga melemparkan granat di sebuah kubu di tempat pemberhentian bas Batamalo. Namun dalam serangan ini tidak ada laporan mengenai korban. (haninmazaya/arrahmah.com)

sumber

LIBYA - Konferens Pertama Libya di Qatar

Pemimpin sementara Libya saat ini berada di Qatar untuk perancangan penyelenggaraan konferens internasional pertama di negaranya sejak kematian Muammar Gaddafi.

Pejabat berita rasmi Qatar, Qatar News mengatakan Mustafa Abdul Jalil tiba di Doha untuk membahas hal tersebut Rabu ini (26/10), yang diharapkan menyertakan wakil-wakil dari negara-negara Teluk, kekuatan Barat dan NATO.

Qatar adalah salah satu negara Arab pendukung pemberontakan untuk menggulingkan Gaddafi. Qatar juga berkontribusi pesawat tempur untuk kempen serangan udara yang dipimpin NATO untuk melemahkan pasukan Gaddafi, dan membantu mengatur penjualan minyak untuk membiayai pemberontak Libya.

Gaddafi sendiri terbunuh minggu lalu setelah pasukan Libya menyerbu wilayah terakhir pengikut setianya di kota kelahirannya, Sirte. Gaddafi telah dimakamkan Selasa lalu di gurun di lokasi yang dirahsiakan.(fq/ap)

sumber

SOMALIA - Kumpulan Sufi Bersenjata Tentang Al-Shabaab


MOGADISHU (Arrahmah.com) – Pemimpin kelompok yang menamakan dirinya “Ahlu Sunnah wal Jamaah (ASWJ)”-kelompok sufi bersenjata yang memerangi Mujahidin Al-Shabaab-di provinsi Gedo, baratdaya Somalia, mendeklarasikan bahawa mereka bersedia untuk mendukung tentera Kenya dalam perangnya melawan Harakah Al-Shabaab al-Mujahidin.

Jurucakap organisasi tersebut menyatakan bahawa organisasinya menyambut operasi yang dilancarkan oleh pemerintah Kenya di wilayah selatan untuk memerangi Mujahidin Al Shabaab yang menurutnya “mengancam” seluruh negeri.

ASWJ menyatakan sedia mendukung dan membantu pasukan Kenya untuk mematahkan pengaruh Al Shabaab yang berjuang untuk menegakkan syariat Islam di seluruh daerah.

ASWJ juga menuduh Al Shabaab berada di balik penculikan yang terjadi di perbatasan akhir-akhir ini walaupun kelompok Al Shabaab telah mengeluarkan pernyataan rasmi yang menyangkal tuduhan tersebut. Mereka mengatakan bahwa Al Shabaab tidak terlibat dengan penculikan warga asing di perbatasan. Al Shabaab juga telah menyeru rakyat Kenya agar menuntut pemerintahnya untuk menarik pasukan dari wilayah Somalia, jika tidak maka pertumpahan darah dan pertempuran maut akan terjadi. (haninmazaya/arrahmah.com)

sumber

LIBYA - Saiful Islam Masih Gagal Dikesan

BANI WALID 26 Okt. - Seorang pemimpin tentera ketika pemerintahan Muammar Gaddafi, al-Senussi Sharif al-Senussi mendakwa, anak sulung Gaddafi, Saif al-Islam (gambar) dikatakan sering menghubungi bapanya itu dan melahirkan kebimbangan terhadap serangan bom mortar ketika cuba melarikan diri dari Bani Walid, minggu lalu.

''Dia (Saif) sangat takut dan banyak kali menghubungi Gaddafi menggunakan sistem telefon satelit Thuraya.

''Saif juga memberi amaran kepada kami supaya jangan beritahu sesiapa di mana dia berada dan jangan benarkan sesiapa pun berjaya menjejakinya.

''Dia sangat takut dengan serangan mortar,'' katanya kepada Reuters di pusat tahanan sementara di dalam bangunan lapangan terbang Bani Walid, semalam.

Al-Senussi Sharif yang berpangkat leftenan dan merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan Saif ditahan di pusat tahanan sementara itu selepas ditangkap tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) bersama beberapa tentera pro-Gaddafi, minggu lalu.

Penahanan beliau disahkan oleh komander tentera anti-Gaddafi di utara Bani Walid, Omar al Mukhtar yang bertanggungjawab mengawal lapangan terbang serta pusat tahanan berkenaan.

Saif yang mendapat pendidikan di London merupakan satu-satunya anak Gaddafi yang sehingga kini masih gagal dikesan.

Sementara itu, Al-Senussi Sharif mengaku berada di medan perang semasa pertempuran antara tentera pro-Gaddafi dan tentera NTC di Bani Walid.

''Saya berada di barisan hadapan tetapi ditangkap pada hari Bani Walid jatuh ke tangan tentera pemberontak pada 17 Oktober lalu.

''Kami juga diberitahu oleh beberapa komander tentera pro-Gaddafi yang pasukan tentera tambahan dalam perjalanan ke Bani Walid. Tetapi itu tidak berlaku,'' katanya.

Semalam, sumber NTC berkata, Saif dikatakan berada berhampiran sempadan antara Niger dan Algeria serta merancang untuk melarikan diri dari Libya menggunakan pasport palsu. - REUTERS

sumber

SYRIA - 9 Askar Maut dalam Serangan Roket

NICOSIA 27 Okt. – Sekurang-kurangnya sembilan anggota tentera Syria termasuk seorang pegawai terbunuh dalam satu serangan roket yang dipercayai dilancarkan pasukan tentera gurun di wilayah Hama, semalam.

“Sembilan anggota tentera maut termasuk seorang pegawai dalam serangan roket yang dilancarkan kumpulan bersenjata.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa berada di dalam sebuah kenderaan di perkampungan Al-Hamrat,” kata jurucakap Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria. – AFP

sumber

Wednesday, October 26, 2011

Hamas Ucapkan Takziah kepada Saudi

Pemerintah Palestin yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail Haniyah menyampaikan belasungkawa yang tulus kepada Raja Saudi Abdullah Al Saud atas kematian saudaranya Sultan Al Saud, putra mahkota Kerajaan Arab Saudi.

"Orang-orang Palestin dan pemerintah mereka telah mendengar berita memilukan atas meninggalnya Sultan bin Abdul Aziz, putra mahkota kerajaan Arab Saudi," siaran pers yang dikeluarkan oleh pemerintah Hamas pada Sabtu lalu.

"Dengan penuh keikhlasan, perdana menteri Ismail Haniyah, atas nama rakyat Palestin dan pemerintah mereka, menawarkan belasungkawa yang tulus untuk penjaga dua masjid suci Abdullah bin Abdul Aziz, dan meminta Allah SWT memberinya kesabaran, memberikan ampunan kepada yang meninggal dan memohon agar pintu surga terbuka lebar, dan membantu keluarganya dengan kesabaran, dan ketabahan," tambah pernyataan itu.(fq/pic)

sumber

BRITAIN - Pameran Sejarah Islam di Britaian

Sebuah pameran yang menampilkan sejarah Islam dari fesyen sampai ilmu pengetahuan, dan bahasa hingga arkitektur serta pengaruhnya terhadap masyarakat Inggeris saat ini sedang berlangsung di London.

Pameran berjudul "Islam in Britain," yang diadakan di Cafe global di RReading International Solidarity Centre (RISC) di London Street, Katesgrove, akan berlangsung sampai 30 November.

Pameran juga menampilkan perdagangan barang-barang mewah dari negara-negara Arab yang dibawa oleh para pedagang yang mempengaruhi kehidupan Anglo-Saxon.

"Projek ini telah menjadi perjalanan yang mempesona ke masa lalu. Sangat penting untuk menyedari bahwa sampai zaman Tudor, kerajaan Muslim membentang dari Afrika Utara ke India dan menjadi kekuatan adidaya dunia," kata pekerja RISC Dave Richards.

"Mereka [Muslim] didukung universiti-universiti besar membuat kemajuan luar biasa dalam ilmu pengetahuan dan teknologi serta memproduksi barang-barang mewah yang Britain dan Eropah dambakan," tambahnya.

"Perusahaan India Timur mulai beroperasi pada tahun 1602 untuk mendapatkan bahagian dari perniagaan yang menguntungkan ini. Banyak negara mereka melakukan perdagangan dengan umat Muslim dan mereka juga merekrut pelaut muslim," kata pekerja RISC.

"Ketika kapal kembali ke London dengan muatan mereka, beberapa pekerja muslim tetap tinggal dan membentuk komuniti Muslim pertama di Britain," kata Dave.(fq/prtv)

SUMBER

LIBYA - Gaddafi buried in secret grave

Libya's National Transitional Council has buried deposed leader Muammar Gaddafi, his son Mutassim and a former aide at a secret location in the desert, sources tell Al Jazeera.

One of the slain strongman's nephews read a prayer at the dawn ceremony outside the city of Misurata, where the bodies had been kept in a freezer for four days of public viewing, according to the Associated Press news agency.

Al Jazeera's Hoda Hamid, reporting from Misurata, said that Gaddafi's tribe had asked for the bodies to be delivered to them and to be buried in Sirte, the former leader's hometown, in accordance with his will. The NTC refused the request.


Fighters from Misurata, which endured the bloodiest urban fighting of the war while under siege by Gaddafi's troops between February and May, took Gaddafi's body with them after capturing and killing him in Sirte on October 20.

"The NTC did not want the grave to become a shrine, so tribe members were allowed to pray over the body before it was buried, and then NTC commanders took his body into the unknown location in the desert and buried it," Hamid said.

The burial is said to have taken place at 5am local time.

Our correspondent said that one of the reasons for the burial was that the body had started to decompose as a result of the door constantly being opened to allow visitors to view the body.

Son at large

While many Libyan civilians and NTC fighters welcomed Gaddafi's violent death under murky circumstances as a final moment of closure to their revolution, at least one prominent member of the former ruling family remains at large.

Saif al-Islam, Gaddafi's most prominent son, was reportedly poised to flee into Niger along with Gaddafi's former intelligence chief on Tuesday afternoon, according to a local Tuareg official from northern Niger's Agadez region who spoke with the AFP news agency.

"It appears he is being escorted by former Tuareg fighters, but I am not yet able to confirm this," the man said, on condition of anonymity. Tuareg tribesmen have previously fought as mercenaries for the Gaddafi regime.

Both Saif and Senussi are wanted for crimes against humanity by the International Criminal Court for orders they gave during the regime's crackdown against protesters beginning in February.

Ali Tarhouni, the NTC oil and finance minister, told reporters in Benghazi that Saif no longer threatened Libya.

"Saif al-Islam is not a threat. His father, his army, his mercenaries have been conquered," Tarhouni said. "I don't know where he is."

Saadi Gaddafi, another prominent son, has already fled into Niger along with three generals and Mansour Dao, Gaddafi's former chief of personal bodyguards. Niger officials say they are under surveillance.

NATO's waning role

Even as Gaddafi, the ultimate target of the Libyan revolution, was laid to rest, the fate of the crucial NATO air campaign that enabled the success of the uprising remained uncertain.

NATO has said it would like to wind down the surveillance and bombing missions by the end of October, but on Tuesday, Tarhouni asked the alliance to continue its mission for another month.

Leon Panetta, the US defence secretary, told reporters during a visit to Japan that the future US military role in Libya would hinge on NATO and the result of discussions within the alliance.

The United States' primary concerns in the country now were providing medical relief and controlling the spread of loose weapons, he said.

'Loyalists executed'

Libya's new leadership is also dogged by questions of abuse and due process.

New York-based Human Rights Watch on Tuesday warned of a "trend of killings, looting and other abuses" by those who had fought against Gaddafi.

The organisation said it had found 53 decomposing bodies, apparently Gaddafi loyalists, in Sirte, and that there were indications they may have been executed by revolutionary forces.

The announcement comes amid questions over the deaths of Gaddafi and his son Mutassim, who were filmed alive, though wounded, before they died.

Gaddafi appeared dazed and was bleeding from the head immediately after his capture, and an autopsy determined that his cause of death was a gunshot to the head. No autopsy was performed on Mutassi, who was filmed reclining with a bottle of water and smoking a cigarette.

Under international pressure, the NTC has said it will investigate the deaths, but the opposition has previously failed to investigate other apparent abuses, or the assassination of former rebel military chief Abdel Fattah Younis.

The 53 bodies were found on the lawn of the abandoned Mahari hotel, and some had their hands bound.

Peter Bouckaert, a researcher for HRW, said the hotel had been under the control of NTC fighters from Misrata before the killings took place.

The condition of the bodies suggested that the men had been killed between October 15 and 19, the group said.

The US state department termed the report "extremely disturbing".

Gene Cretz, the US ambassador to Libya, had "raised it with the National Transitional Council today and asked them to conduct a full investigation", according to a state department spokesperson.

http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/10/2011102573231228800.html

MESIR Akan Tukaran Tahanan dengan Israel

BAITULMAQDIS 25 Okt. - Israel mencapai perjanjian dengan Mesir untuk menyerahkan 25 rakyat Mesir yang dipenjarakan oleh Tel Aviv sebagai pertukaran dengan seorang warga Israel-Amerika Syarikat (AS) yang ditahan oleh Kaherah atas tuduhan mengintip.

Pertukaran tahanan tersebut dilihat sebagai langkah yang boleh meredakan ketegangan antara dua negara jiran itu.

Perjanjian tajaan AS itu dicapai tidak lam a selepas Israel dan pergerakan Hamas menerusi perantaraan Mesir melaksanakan pertukaran tahanan yang menyaksikan askar Yahudi, Gilad Shalit dibebaskan sebagai pertukaran dengan lebih 1,000 tahanan Palestin.

Menurut satu kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Kabinet keselamatan Israel dijadual bersidang hari ini untuk membincangkan perjanjian bagi membebaskan 25 rakyat Mesir, termasuk tiga tahanan bawah umur yang tidak didakwa dengan kesalahan berkaitan keselamatan, sebagai pertukaran untuk Ilan Grapel, 27.

Pertukaran itu dijangka dilaksanakan pada Khamis ini sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet, kata pegawai Israel di Baitulmaqdis dan sumber perisikan Mesir di Kaherah.

"Dalam kerangka usaha Israel dan Mesir dengan bantuan AS, Mesir bersetuju untuk membebaskan Ilan Grapel, manakala Israel bersetuju untuk membebaskan 25 tahanan Mesir atas permintaan Kaherah," menurut kenyataan pejabat Netanyahu. - Reuters

sumber

LIBYA - Mayat Gaddafi Dikebumikan di Gurun


MAYAT Gaddafi dan anaknya, Mutassim terbujur kaku dalam gambar yang dirakam 22 Oktober lalu. - AFP


MISRATA 25 Okt. - Jenazah Muammar Gaddafi dikebumikan awal pagi ini dalam satu upacara ringkas di kawasan gurun yang dirahsiakan di Libya.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengebumian bekas pemimpin Libya itu yang jenazahnya sebelum ini dijadikan 'bahan pameran' di sebuah bilik sejuk beku di Misrata.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, anak Gaddafi, Mutassim bersama bekas Menteri Pertahanan, Abu Bakr Yunis Jaber yang turut terkorban dalam serangan Khamis lalu juga dikebumikan di upacara sama.

''Jenazahnya (Gaddafi) mula mereput dan majlis pengebumian diadakan di satu lokasi yang dirahsiakan.

''Ia dijalankan selepas tiada kata sepakat diambil melibatkan puak-puak yang menyokong Gaddafi yang sebelum ini dikatakan mahu menuntut jenazah beliau,'' katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Islam dikatakan berada berhampiran sempadan antara Niger dan Algeria.

Sumber NTC berkata, Saif dipercayai merancang untuk melarikan diri dari Libya menggunakan pasport palsu.

''Dia kini di selatan Ghat, sempadan antara Niger dan Algeria. Dia telah diberikan pasport palsu untuk melarikan diri,'' katanya.

Menurut sumber itu, bekas ketua risikan, Abdullah Senussi turut berada di sempadan untuk membantu membawa keluar Saif.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil memberi jaminan pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat kematian Gaddafi.

Ini kerana sehingga kini, kematian Gaddafi masih menimbulkan persoalan tentang bagaimana beliau terbunuh dan siapa yang bertanggungjawab membunuhnya. - REUTERS

sumber

THAILAND - Letupan, 3 Maut di Yala

YALA 26 Okt. – Beberapa siri letupan yang menggegarkan seluruh bandar di selatan Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan berpuluh lagi cedera.

Pihak berkuasa melaporkan sebanyak 15 letupan kedengaran di sekitar Yala, sekali gus menimbulkan keadaan tegang di bandar tersebut.

“Siri letupan tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak Islam, sekurang-kurangnya tiga maut termasuk dua pemberontak dan lebih 50 cedera,” kata Gabenor Krisada Boonrach. – AFP

sumber

Tuesday, October 25, 2011

TURKI: Angka maut gempa meningkat


Orang ramai melihat pasukan penyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Van, timur Turki, semalam. - AFP


ERCIS, Turki 24 Okt. - Lebih 270 orang maut dan beratus orang lagi masih hilang serta dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi di timur negara ini semalam.

Pekerja perkhidmatan kecemasan dan mereka yang terselamat berusaha memindahkan runtuhan menggunakan penyodok dan tangan selepas bangunan-bangunan dan jalan raya runtuh dalam gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu, sejak kejadian berkenaan berlaku.

Di bandar Ercis, penyelamat cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit.

''Sabar, sabar,'' kata mereka kepada budak yang menangis itu.

Tangan seorang dewasa yang memakai cincin perkahwinan dapat dilihat beberapa sentimeter dari depan muka kanak-kanak itu.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata, seramai 120 orang maut di bandar ini dan 100 orang lagi terbunuh di bandar Van, kira-kira 100 kilometer selatan Ercis.

Jumlah kematian tersebut dijangka terus meningkat.

Idris kini menyelia usaha mencari dan menyelamat di Ercis berkata, 1,090 orang cedera manakala beratus-ratus lagi masih hilang.

Usaha menyelamat terganggu apabila bekalan elektrik terputus ekoran kabel elektrik ke bandar dan kampung di kawasan padang rumput Anatolia berdekatan sempadan Iran rosak dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, jumlah orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di bandar-bandar yang dilanda gempa bumi itu masih belum diketahui.

Beliau melahirkan kebimbangan keadaan lebih buruk akan berlaku ke atas penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

''Bangunan di sana diperbuat daripada bata jemur, ia lebih mudah runtuh ekoran gempa bumi. Kemungkinan semua bangunan di sana runtuh dan musnah,'' ujarnya di Van semalam. - Reuters

Sumber

MALAYSIA - Mahasiswa UIA Berhimpun Malam Ini

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memuji tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berani menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya.

SMM berpandangan, tindakan itu membuktikan UIA menghormati kehendak banyak pihak khususnya mahasiswa yang mahu isu ini diselesaikan segera.

Namun, menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab, mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan menyambut kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di UIA malam ini seperti yang dirancang.

Tegasnya, himpunan ini bagi memberi petunjuk kepada rakyat bahawa mahasiswa bukan sekadar mempertahankan Aziz namun mempertahankan kebebasan akademik.

"SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, SMM turut menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membatalkan lawatannya ke UIA malam ini.

"SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa," katanya sambil berkata memorandum akan tetap diserahkan keapda Hishammuddin.

Semalam, UIA menarik balik penggantungan Aziz dan meminta beliau melapor diri keapda Dekan Fakulti Undang-Undang hari ini.

Bagaimanapun, siasatan terhadap Aziz masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

sumber

MALAYSIA - Nasionalis Punca Murtad

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

"PAS orang pertama mempertahan Islam.

"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.

Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.

Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.

Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.


sumber

HIMPUN 1432 - Pengalaman yang Mendewasakan




























Limpahan puji kehadrat ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Mulia , Yang mengangkat jiwa dan sanubari insan untuk mencapai kemulian, DIAlah ALLAH Yang menyingkirkan segala sifat-sifat keji yang ada di dalam hati manusia sehingga tidak menjumpai cahaya keindahan kasih sayang ALLAH, bagi mereka yang tidak putus berdoa diberikan olehNYA rezeki merasai kelazatan doa dan munajat. Dirasakan oleh para hambaNYA yang tidak berputus asa meminta dengan cahaya hati yang tiada ganti, walau hajat sihamba tidak dipenuhi. Bukankah ALLAH lebih mengetahui keperluan hamba-hambaNYA. Doa yang tidak terkabul itu sengaja dihimpun bagi menjadikan hambaNYA terus memuji dan menyembah ALLAH sesungguhnya tanpa jemu dengan menjadikan kejemuan sebagai tipuan sehingga semakin dekat si hamba kepada Rabb nya. Selawat dan Salam keatas Junjungan Mulia Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم


تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً

Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap,

أَن دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَداً

Kerana mereka mendakwa mengatakan: (ALLAH) Ar-Rahman mempunyai anak.

[Surah al-Maryam:90-91]



alFaqir bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi jam 1100pagi, Sepang. Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH yang Maha Mulia mencampakkan kenikmatan dalam kehibaan bacaan Maulid adh-Dhiul’lami di dalam kenderaan yang bergerak lancar serta tiba di Stadium Shah Alam jam 1230tengahari. Cakera keras tersebut dihadiahkan oleh sahabat alfaqir yakni Tuan Hairi. Beberapa peristiwa yang cuba alfaqir kongsikan dalam HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH di Stadium Shah Alam, moga memiliki manfaat.



Peristiwa pertama :



Ketika melalui sekumpulan muslimin dan muslimat, tertera ke..perkasaan mereka. Salam dilafazkan kepada mereka. Salah seorang darinya dalam pertengahan usia berkata, “dik, PAS bagi ke awak datang sini...”. Tidak sempat nak mengucapkan salam, tersentak dibuatnya. Alfaqir menjawab ;..erm, macam mana pakcik tahu yang saya mewakili PAS ? Dijawabnya ; “...tu kupiah putih awak... [sambil beliau tersenyum]”



alfaqir : “uh, saya tidak mewakili PAS, had kupiah tutup kat ataih ni pun mengikut sunnah je Pakcik..” Pakcik :
“Habis tu, awak wakili siapa?”. alfaqir : “Uh, saya hadir atas nama Islam..”. Setelah bersalaman, kami terus ke tempat utama HIMPUN.



Peristiwa kedua :



Saya lalui gerai-gerai tersusun rapi diatapi khemah. Pelbagai barangan dijual. Makanan dan minuman, tertarik juga dengan beberapa jenis makanan. Tetapi, apabila melihat kepada jurujual, rasakan keinginan untuk makan dan minum tertutup erat kerana melihatkan ketidakpatuhan penjual kepada syariat. Berpakaian, ada yang tidak bertudung, bertudung tetapi tidak sempurna, menutup semua terbuka disana. Uh, bukan terhadap wanita sahaja ya, lelaki yang macho juga begitu. Terputus selera.



Saya dimaklumkan jam 2100 malam tadi Ustaz Azhar Idrus yang menjadi ikutan muda-mudi juga saya kagumi akan beraksi dalam Pelancaran Kelab Fotografi Anak Muda.



Saya singgah disebuah gerai buku. Ada dua orang pemilik atau pembantu gerai buku tersebut. Senyum saya tidak terbalas. Sangka baik saya dahulukan. Pertamanya saya melihat buku-buku yang tersusun kebanyakkannya terbitan daripada sebuah syarikat penerbit yang popular dengan seorang penceramah kontroversi yang pernah mengatakan Ibunda dan Ayahnda Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم kuffur. Naudzubillahi Minzaaliik. Sehingga kini tiada penarikan balik secara terbuka daripada beliau.



Saya membaca lebih separuh buku-buku tersebut dengan tajuk yang menghala kepada menolak akidah Asya’irah dan Matrudiyyah, menyamaratakan tasawuff sebagai sesat dan sebagainya. Hebat... Saya memegang sebuah buku berjudul Tareqat Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Malaysia: Satu Analisa Kritis Berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, penulisnya Dr. Rosdi Yusuf. Saya amati lagi ada kata-kata aluan daripada Dr. Radzi Othman. Alfaqir terperasan, uh dua sahabat baik Dr. MAZA. J



Saya bertanya kepada kedua pemilik atau pembantu gerai tadi, berapa harganya. Mereka memandang ke tempat lain dan tiba-tiba salah seorang pergi mendapatkan pelanggan yang lain. Sekali lagi hati saya berkata : “Takkan jauh kedudukan suara sehingga keduanya tidak dapat mendengar”. Manakala, saya menerima jelingan orang yang kedua, saya amati. Rupanya, saya mengenakan shawl. Sah, mereka cam saya. J Maka, saya tinggalkan keduanya dan berbual menerusi telefon bersama sahabat saya Ustaz JomFaham.blogspot sambil menuju ke perut Stadium Shah Alam.



Saya bertemu dengan Abang Azril . Mantan Pengerusi Islamik Outreach ABIM. Saya melihat beliau menjadi Ahli Jawatankuasa HIMPUN. ALLAHU ALLAH. Beliau yang saya kenali sebagai seorang yang pendiam. Aktif menulis juga sangat merendah diri, berhikmah dan ilmiah dengan pembacaan makalah-makalah yang hebat. Seorang yang sangat saya hormati dan kini bersingsing lengan mengangkat dan mengemas meja makanan. MASYAALLAH.



Usai menumpang solat di Surau orang kenamaan, dalam perjalanan menuju ke surau, sempat saya melihat Dr. Yusri Mohamad bersama para dif kehormat menikmati santapan tengahari, begitu juga ahli persatuan MUNSYID Malaysia. Saya terus berkawan dengan sahabat baharu bernama Naufal. Seorang pelajar jurusan perubatan dari al-Azhar. Muda, ceria dan penuh semangat hadir bersama bapanya yang juga sebagai orang kenamaan dari NGO IKRAM. Lontaran idea dan pandangannya yang mantap juga sempat menadah kalam hikmah daripada para pelajar senior seperti Ustaz Nazrul Nasir di Mesir.



Kemudian saya mengambil tempat di dalam Stadium Shah Alam, lebih tepat disebelah kiri tempat duduk dif-dif kehormat. Sengaja duduk dekat, dengan harapan boleh bersalam mengambil berkat di kalangan alim-ulama yang hadir. Ketika jam 1345, jumlah yang berhimpun beransur-ansur bertambah. Kelihatan rombongan Syed Suhaimi dari Terengganu turut hadir.



MUNSYID Malaysia memulakan persembahan dengan nasyid-nasyid yang menaikkan semangat. Nasyid medley didendangkan dengan penuh bertenaga. Paling menghibakan apabila Selawat Thola’al Badru Alaina didendangkan. Sungguh hiba. Terasa syahdu dan tenang rasa hati mendengar puji mengharap syafaat Saydina Musthofa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Tahniah MUNSYID.



Memadang dari jauh, kelibat MUNSYID Malaysia mengalunkan selawat, bagaikan gambaran kegembiraan para Ansar dan Muhajirin melihat kelibat Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan Saydina Abu Bakar As-Sidiq RA mendekati Madinah. Sayu dan hiba, melihat perpecahan di kalangan umat Islam khusus di Malaysia. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ketika mensyarahkan Kitab Tahzib Misykah karangan Imam Khatib at-Tibrizi, menjelaskan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan para sahabat akan saling menaikkan semangat dengan berqasidah sebelum turun ke medan perperangan.



Dr. Yusri Mohamad memulakan ucapan dengan penuh wibawa. Bagai seorang pendekar mengangkat suara agar sebarang niat merosakkan Islam jangan dicuba. Dr. Yusri Mohamad yang juga merupakan Yang Dipertua Yayasan Sofa dan Pengerusi PEMBELA lantang menegaskan HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH adalah himpunan selamat dan bermatlamat. Beliau contoh pejuang yang dihimpit kiri dan kanan. Disebelah sana dituduhnya opurtunis kerajaan. Disebelah sana dan sana dituduhnya suara rasmi NGO Pakatan Rakyat. Beliau seorang yang sangat tenang dan tidak gopoh dalam bicara juga tindakan. Amat istiqamah mempertahankan aqidah umat Islam dan tidak bertoleransi dengan ancaman terhadap akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.



Himpunan tanpa sebarang campurtangan politik dan bergerak sebagai penyatu umat Islam di Malaysia yang sekian lama ditimpa musibbah asabiyyah. Beliau, sesekali sebak apabila membicarakan perihal isu-isu yang menekan umat Islam, bahkan ia dilancarkan sendiri oleh mereka yang mengaku Muslim. Dr. Yusri Mohamad turut menempelak ahli-ahli politik yang cuba mengambil kesempatan dalam kapasiti “political millage” dengan menjadikan segala isu sebagai modal politik.



Beliau turut menjelaskan berhimpun adalah syariat. Sebagaimana saban minggu umat Islam diseluruh dunia tidak mengira bangsa berhimpun di masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lima hari sekali berhimpun di Surau dan Masjid solat berjamaah, terdekat himpunan agung manusia di Arafah dan Makkah. Berhimpun adalah syariat Islam menolak kata bebas “demokrasi” slogan barat.



Mengagungkan dan membesarkan syiar-syiar Islam adalah suatu suruhan dan ajaran yang jelas seperti yang termaktub pada firman ALLAH SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi dari hati yang bertakwa kepada ALLAH. [al-Hajj: 32]



Dr. Azhar Bin Yaakob yang menjalankan kajian mengenai murtad dalam tesis Phd beliau menegaskan perlunya penggantian undang-undang Islam dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. HUDUD. Beliau mengingatkan umat Islam di Malaysia wajib bersatu untuk menolak sebarang ancaman musuh Islam. Perlunya gesaan kepada kerajaan agar membawa suara rakyat undang-undang Hudud diwujud segera. Maka tersipu-sipulah mereka yang bersuara, kononya HIMPUN tidak lebih konvokesyen kanak-kanak tadika.



Pidato diteruskan pula oleh Ustaz Farhan Abdulullah @ Mantan Pastor Yohanes. Sahabat kepada Ustaz Subri Arshad, guru alfaqir ketika setahun di Pulau Pinang. Beliau mengisahkan perjalanan hidupnya sebagai paderi dan akhirnya kembali kepada agama fitrah.



Datin Sri Fatini Yaacob penulis sejarah Natrah 1950, menggesa umat Islam ketika itu juga terpecah dengan ideologi politik suku. Ada UMNO, Hizbul Muslim dan PKMM yang pada waktu ini diulang siar sejarahnya dengan kewujudan UMNO, PAS dan PKR. Namun, ketika itu mereka bersatu apabila Natrah hendak dinafikan hak Muslimnya. Orang Islam sewaktu itu masuk ke Singapura, ada yang berbasikal, menaiki bas dan berjalan kaki semata-mata untuk membela maruah Islam. Ada yang terkorban syahid. Beliau bertanya kepada audien : mahukah peristiwa ini berlaku kembali ? Jika berlaku, pasti umat Islam akan bersatu.



Tahniah diucapkan diatas kelantangan suara mahasiswa, suara belia yang diwakili oleh GAMIS, perlunya hukum Islam diperjuangkan dan media massa wajar bersifat sensitif. PEMBINA-GPMS, Tiba masa suara pemuda-pemudi jangan diabaikan. Wakil NGO Belia FELDA, Abdullah Abu Bakar, bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah, turut menyampaikan syarahan.



Presiden FORCARD, Ustaz Kamaruzzaman yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan secara terang menekankan agar hukum Islam dikembalikan melebihi Perlembagaan sedia ada. Al-Quran, Sunnah, Qiyas, Ijma’ Ulama wajib dijadikan sumber pengambilan hukum yang utama.



Tiba pula giliran Sohibus Samahah Tan Sri Dr. Harussani Zakaria. Hujan renyai mulai turun. Sebagaimana sayunya para hadirin mendengar ucapan beliau dengan nada yang lembut, tetapi sangat menusuk kalbu. Dalam tempoh 15 minit atau kurang dari itu, kelihatan ramai yang menitiskan air mata. Beliau mengulangi, wajib umat Islam bersau atas nama akidah yang benar bagi menyelamatkan jika tidak generasi kini, untuk generasi akan datang dengan keselamatan akidah yang benar. Alfaqir tidak mendengar dengan jelas mengenai dalil yang dipetik oleh Sohibus Samahah Dr. Harussani, cuma yang terdengar السِّلْمِ كَآفَّةً yang membuatkan airmata mengalir. ALLAHU ALLAH.... Barangkali yang mengingati boleh berkongsi dengan alfaqir. Beliau juga membacakan sepotong ayat al-Quran :



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [al-Baqarah : 208]



Cikgu Azmi yang dalam meneruskan perjuangan mempertahankan akidah umat Islam turut tidak terlepas daripada segala fitnah. Ada sahaja perkara yang diada-adakan oleh pentaksub asobiyyah dari “kedua-dua arah”. Beliau telah membacakan resolusi HIMPUN. Mengajak umat Islam terus menyatakan sokongan keapda bersatu menolak MURTAD. Kolumnis Harakah, ruang Catatan Hujung [23-25 Zulkaedah 1432H] Saudara Ahmad Lutfi Othman turut menyokong usaha HIMPUN setelah menerima emel balas daripada Cikgu Azmi.



Ketika giliran Y.B Dato’ Dr. Hassan Ali, beliau hadir sebagai umat Islam yang cintakan akidah yang saalim. Bukan atas nama POLITIK. Beliau hadir sebagai umat Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم yang mahu menjadi yang pertama mendahulukan jihad mempertahankan Islam tanpa menghiraukan sebarang tekanan-tekanan politik. Alunan zikir munajat dan doa beliau telah menyebabkan para peserta HIMPUN tidak dapat menahan sebak. Alfaqir merasakan umat Islam atau bukan Islam sangat memerlukan pemimpin yang berkarisma seperti beliau.



Kesimpulannya, tiada sebarang kesempatan diambil oleh ahli-ahli politik secara terang-terangan dalam HIMPUN. Majlis berlangsung dipenuhi TAKBIR, TASBIH, TAHMID memuji ILLAHI. Malah, tidak kira Cina, India, Melayu, Kadazan atau Iban melihat HIMPUNan ini sebagai titik pertemuan dalam perbezaan yang tercipta setelah sekian lamanya. Rata-rata ahli panel menyatakan umat Islam wajib bersatu. Tegakkan hukum ALLAH. Media massa perlu kedepankan isu murtad kerana ia bukan perkara picisan tetapi keutamaan. HIMPUN merupakan pertemuan bersejarah umat Islam untuk bermuhasabah diri akibat kebejatan gejala MURTAD.




قال رسول الله ِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
كُلُّ نَبِيٍّ سَأَلَ سُؤْلًا أَوْ قَالَ لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ قَدْ دَعَا بِهَا فَاسْتُجِيبَ فَجَعَلْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

(صحيح البخاري)



Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : “Semua Nabi memohon permohonan, atau semua nabi mempunyai doa yang ketika mereka berdoa dikabulkan, maka kujadikan doaku adalah syafaat untuk ummatku di hari kiamat” [Shohih Bukhari]



.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم



“Ya ALLAH.... Sinarilah mata hati kami, bukakanlah pendengaran hati kami, perlihatkanlah kebenaran itu kepada kami sebagai suatu kebenaran, dan jadikanlah kami mampu mengikutnya. Serta tunjukkanlah kami kebatilan itu sejelas-jelasnya dan kurniakanlah kami kemampuan menjauhinya.”



Alfaqir ilallah:

Almukminun

25 Zulkaedah 1432H/23102011

0227pagi

BBST Sepang


sumber