Wednesday, November 30, 2011

Haniyah Undang PM TUNISIA ke Gaza

Perdana Menteri Palestin di Gaza Ismail Haniyah telah menghubungi perdana menteri Tunisia Hamadi al-Jibali melalui telefon pada hari Ahad lalu dan mengundangnya untuk mengunjungi Gaza.

Haniyah dalam percakapan teleponnya mengucapkan selamat kepada rakan Tunisianya atas kemenangan parti Islam An-Nahdhah dan pembentukan pemerintahan koalisi.

Jibali, pada bahagiannya mengucapkan terima kasih kepada Haniyah untuk undangannya dan memuji ketabahan rakyat Palestin, yang katanya mengispirasi revolusi musim semi Arab.

Perdana menteri Tunisia ini juga mengucapkan selamat kepada Haniyah atas kesepakatan pertukaran tahanan dan mengundangnya untuk mengunjungi Tunisia.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - 18 Aktivis Hamas Ditangkap di Jerusalem

Pasukan keamanan dan polis Israel mendakwa bahawa 18 aktivis Hamas di wilayah pendudukan jerusalem ditangkap ketika mencuba untuk merekrut warga Palestin agar mahu bekerja untuk gerakan Islam tersebut.

Radio Israel mengatakan pada Selasa lepas (29/11) bahawa penangkapan telah berlangsung selama beberapa bulan terakhir dan menegaskan banyak para aktivis juga berusaha untuk mengumpulkan wang untuk gerakan Hamas.

Dikatakan bahwa para aktivis Hamas, yang semuanya ditangkap di timur Jerusalem, sedang diinterogasi oleh pasukan keselamatan.(fq/pic)

sumber

MESIR - Ikhwan Dapat 40 Peratus Undi

Ikhwanul Muslimin menduduki puncak hasil penghitungan suara dari putaran pertama pemilihan parlimen Mesir, dengan mendapatkan sekitar 40 peratus dari daftar suara, sumber parti mengatakan Rabu ini (30/11).

Pusingan pertama pemungutan suara berlangsung Isnin dan Selasa, merupakan yang pertama di Mesir sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan oleh pemberontakan rakyat pada bulan Februari.

Pemungutan suara berlangsung di berbagai bahagian negara itu dalam tiga tahap. Dari jumlah 498 kerusi di majlis rendah yang direbutkan, dua pertiga akan dialokasikan secara proporsional sesuai dengan daftar parti dan ketiga lainnya akan dialokasikan ke individu.

sumber

Kristian MESIR Cuba Halang Islam Menang Pilihanraya

Menjelang pilihan raya, Gereja Koptik Mesir diam-diam mengatakan kepada pengikutnya untuk memilih gabungan parti-parti kiri dan liberal yang dibiayai oleh konglomerat Kristian. Langkah yang dilakukan pihak Gereja ini menunjukkan seberapa dalam warga Kristian Mesir khuatir kelompok Islam akan merebut kekuasaan.

Minoriti Kristian di negara itu berbondong-bondong untuk ke TPS melakukan pemungutan suara pada hari Isnin dan Selasa lalu dalam pemilihan parlimen pertama sejak jatuhnya Hosni Mubarak pada Februari lalu.

Banyak dari mereka mengatakan mereka telah "memilih untuk mata" - referensi untuk Blok Mesir, koalisi yang Gereja tunjuk untuk dipilih. Setiap parti memiliki simbol kempen sehingga pemilih buta huruf dapat mengidentifikasi pilihan mereka pada surat suara, dan simbol Blok Mesir adalah mata.

sumber

LYNAS di AUSTRALIA Bocor

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) terkilan dengan pendedahan Rangkaian Toksik Nasional (NTN) dari Australia pada 28 November lalu bahawa sejak Mei 2011, tasik takungan Lynas di Mt Weld, Australia mengalami kebocoran sisa radioaktif sebanyak 14,000 liter sehari, ataupun kira-kira 5 juta liter setahun.

Pengerusi SLC Andansura berkata, peristiwa tersebut tidak munasabah sekali kerana Lynas telah memberikan jaminan berkali-kali bahawa bahan galian adalah begitu rendah tahap radioaktifnya sehingga boleh diangkut sebagai bahan tidak beradioaktif dari Mt Weld ke Pelabuhan Freemantle di Australia Barat berjarak 1,000 km.

Andansura menganggap jaminan yang dibuat oleh Lynas adalah lebih bersifat omong-mong kosong daripada berdasarkan fakta dan sains.

“Bahkan pihak pengurus Lynas di Malaysia juga berjanji bahawa sisa-sisa radioaktif yang ditinggalkan di Malaysia akan dikitar semula serta digunakan sebagai papan gipsum dan baja melalui kajian dan penyelidikan (R&D).

“Hakikatnya, R&D tersebut belum lagi dibuktikan berjaya di mana-mana bahagian di dunia ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan SLC, Lee Chean Chung juga membidas sikap Lynas yang seperti talam dua muka.

“Hakikatnya, Lynas telah mengambil kesempatan ke atas akta-akta Australia iaitu Peraturan Keselamatan Radiasi WA 2002 bahawa jika bahan yang diangkut tidak digunakan untuk proses kimia ataupun pengeluaran bahan radioaktif (uranium dan thorium), maka tahap radiaktiviti yang dibenarkan boleh mencapai 10 Bq/g,” katanya.

Menurut Chean Chung, tahap sebenar radioaktiviti bahan yang diangkut tersebut mencecah 3.5 and 8 Bq/g, jauh melebihi standard antarabangsa yang diikuti oleh Australia mahupun Malaysia, iaitu 1.0 Bq/g.

Sehubungan itu, Andansura mendesak kerajaan memberhentikan kerja pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan sementara menunggu hasil siasatan di Australia dan Malaysia.

“Antara siasatan bebas yang harus dijalankan harus merangkumi dakwaan New York Times pada hujung bulan Jun 2011 bahawa LAMP mengalami kecacatan struktur dan rekaan yang serius. Ini adalah perkara tersebut belum lagi diperjelaskan oleh Lynas sehingga hari ini dan mencetuskan kebimbangan dan keraguan orang ramai,” katanya.

SLC juga menyeru agar kerajaan membatalkan perjumpaan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Lynas.

Menurut Andansura, masa perjumpaan tersebut adalah terlalu sensitif kerana bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Syarikat Lynas di Sydney, Australia.

“Kita tidak mahu kerajaan dilihat sebagai diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberikan gambaran positif kepada pelabur-pelabur Lynas, terutamanya selepas insiden kebocoran sisa radioaktif yang berlaku di Mt Weld,” ujarnya.

sumber

IRAN - Rakyat Serbu Kedutaan British

TEHERAN 29 Nov. - Kira-kira 20 orang penunjuk perasaan rakyat Iran hari ini menceroboh Kedutaan Britain di Teheran, menggeledah pejabat-pejabat dan turut membakar bendera Union Jack.

Mereka juga dilihat di kaca televisyen tempatan membaling batu ke arah tingkap kedutaan itu, memecahkannya dan ada yang dilihat memanjat tembok bersama lukisan potret Ratu Elizabeth II yang dirampas.

Barisan polis Iran hanya berdiri saja tanpa melakukan apa-apa ketika pencerobohan itu berlaku.

Di luar tembok kedutaan itu, beratus-ratus penunjuk perasaan lain dilihat berkumpul, ada di antara mereka yang berteriak berulang-ulang "kematian untuk Britain" dan meminta duta Britain meninggalkan negara itu secepat mungkin.

Tunjuk perasaan itu berlangsung sehari selepas Iran meluluskan undang-undang menyingkirkan duta itu dalam tempoh dua minggu sebagai tindakan balas terhadap sekatan baru oleh Britain yang menamatkan segala perjanjian dengan sektor kewangan Iran.

Britain mengugut untuk bertindak tegas jika Kementerian Luar Negara Iran mengusir duta mereka, Dominick Chilcott yang baru saja memegang jawatan tersebut bulan lalu.

Semasa sesi Parlimen di Teheran pada Ahad lalu, seorang penggubal undang-undang memberi amaran rakyat Iran yang marah terhadap sekatan itu berkemungkinan akan menyerbu Kedutaan British seperti yang pernah dilakukan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat pada 1979.

Sejak itu, kerajaan AS tidak membuka pejabat perwakilan setelah kejadian 1979 itu menyaksikan 52 diplomat ditawan sebagai tebusan selama 444 hari.

Iran telah berulang-kali menafikan program nuklearnya memiliki tujuan ketenteraan dan menyifatkan laporan oleh pemantau nuklear PBB mengatakan Iran membina bom atom sebagai tidak berasas.

Iran sudah pun dikenakan empat bentuk sekatan oleh PBB yang direka untuk menekannya agar menghentikan kegiatan mengayakan uranium, selain sekatan unilateral oleh kuasa-kuasa Barat. - AFP

sumber

PELIK - 3 Beradik Sakit Jantung Pada Hari yang Sama

ROME 30 Nov. - Seramai tiga orang adik beradik mengalami serangan sakit jantung pada hari sama, membunuh dua daripadanya sementara seorang lagi sempat diselamatkan, lapor akhbar harian Corriere della Sera, hari ini.

Guido dan Alberto Garofalo sedang menyertai piknik keluarga Ahad lalu di kawasan hutan di Gunung Berapi Etna, Sicily apabila Guido, 45, diserang sakit jantung lalu meninggal di tempat kejadian.

Abangnya, Alberto, 54, berlari ke arah adik lelakinya itu dan turut menerima serangan jantung kerana terlampau sedih dengan kematian adiknya lalu meninggal dunia di tempat yang sama.

Adik lelaki mereka, Salvatore yang sedang melawat ibu mereka di hospital di bandar Catania, Sicily turut diserang sakit jantung secara tiba-tiba pada hari yang sama.

Dia yang tidak mengetahui malang yang menimpa abang-abangnya itu terus di bawa ke bilik rawatan kecemasan dan doktor berjaya memulihkannya. - AFP

sumber

Saturday, November 26, 2011

PALESTIN - Ancaman Israel Buktikan Kebenaran Pejuang

Ketua biro politik Hamas, Khalid Misyal, Jumaat lalu (25/11) mengatakan bahawa ancaman yang dikeluarkan oleh pemerintah Zionis setelah pengumuman kesepakatan antara Hamas dan Fatah membuktikan bahawa rekonsiliasi adalah jalan yang benar bagi rakyat Palestin.

Misyal menambahkan, menurut pejabat berita Safa, bahawa ancaman yang dibuat oleh pemerintah Netanyahu dan mengadakan pertemuan untuk kabinet keamanan "tidak akan dapat menakut-nakuti kita, tetapi membuktikan kepada kita dan meyakinkan kita bahawa kita berada di jalan yang benar, jalan rekonsiliasi. Rakyat Palestin tidak takut apapun terhadap kepentingan mereka. Dan kenapa kita mesti takut? Musuh Israel melakukan represi setiap hari kepada semua rakyat Palestin."

Misyal mengatakan akan ada pertemuan lain pada 22 Disember mendatang untuk komite peduli restrukturisasi Organisasi Pembebasan Palestin dan membahas pilihan raya akan datang, menambahkan bahawa terlalu awal untuk mengatakan apakah Hamas akan memberikan calon untuk pemilihan presiden.

Ia juga mengatakan bahawa setelah pertemuan dengan Abbas dia memerintahkan pemimpin Hamas di Palestin dan di pengasingan untuk mengikuti wacana yang tidak merosak suasana rekonsiliasi.(fq/pic)

sumber

MOROCCO - Parti Islam Dakwa Menang Pilihan Raya

Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) mengatakan pihaknya telah memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco pada hari Jumaat lalu (25/11).

"Berdasarkan laporan yang disampaikan oleh perwakilan kami di TPS di seluruh negeri, kami adalah pemenang. Kami memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya," Lahcen Daodi, orang kedua dalam jajaran tokoh utama parti IslamiK moderat Morocco mengatakan kepada Reuters.

"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.

Para pegawai pemerintah tidak dapat segera mengesahkan dakwaan kemenangan parti Keadilan dan pembangunan.

PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Daodi tidak dapat memberikan angka pasti untuk jumlah kerusi partinya yang telah dimenangi dari 395 kerusi parlimen.

Mustapha Al Khalfi, anggota politbiro PJD juga mengatakan partinya telah memenangi pilihan raya.

"Kami terpkasa menunggu hasil akhir kerana ada banyak penipuan, jadi kami berharap bahawa tidak akan ada penipuan sehingga kami memperoleh kemenangan yang gemilang," katanya menambahkan.(fq/reu)

sumber

MESIR - Bekas PM Pimpin Kerajaan Peralihan

KAHERAH 25 Nov. - Majlis Tentera Mesir melantik bekas Perdana Menteri, Kamal al-Ganzouri (gambar) untuk memimpin kerajaan peralihan.

Media rasmi, semalam melaporkan majlis itu turut mengumumkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada minggu depan seperti yang dijadualkan.

Kabinet sebelum ini meletakkan jawatan pada awal minggu ini ekoran demonstrasi yang mendesak peralihan kuasa kepada kerajaan awam disegerakan.

Kamal, 78, merupakan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Presiden, Hosni Mubarak dari 1996 hingga 1999.

Majlis Tentera Mesir yang berkuasa sejak Februari lalu selepas Mubarak digulingkan berkata, mereka akan menyerahkan kuasa sebaik-baik kerajaan awam dipilih melalui pilihan raya itu.

''Ia penting untuk melaksanakan pilihan raya Parlimen seperti yang dijadualkan dalam tiga fasa berakhir Januari ini,'' kata majlis itu pada sidang media yang turut dihadiri Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam.

Kamal dijangka membentuk satu kerajaan peralihan yang akan berkuasa selama beberapa bulan sehingga kerajaan awam baru dilantik.

Majlis Tentera Mesir dilaporkan mengalami kesukaran untuk mencari calon sesuai ekoran kebanyakan ahli politik memantau masa depan pasca-Kabinet dan pemilihan Presiden, serta enggan menerima sebarang peranan dalam kerajaan peralihan.

Kamal meletakkan jawatan pada 1999 ketika inisiatif penswastaan dan liberalisi kehilangan momentum dan krisis mata wang yang menghilangkan keyakinan pelabur asing.

Ahli-ahli Parlimen juga menuduhnya memimpin kerajaan secara autoritarian. - dpa

sumber

MOROCCO - Pilihan Raya Pertama

RABAT 25 Nov. - Lebih 13 juta rakyat Maghribi hari ini keluar mengundi pada pilihan raya umum pertama di bawah Perlembagaan baru.

Ia diadakan setahun lebih awal daripada perancangan asal, selepas Raja Mohammed VI mula melaksanakan Perlembagaan baru yang mengukuhkan kuasa Perdana Menteri untuk meredakan kemarahan rakyat sebelum diluluskan pada Julai lalu.

Tinjauan pendapat tidak diadakan di negara ini, namun ramai pemerhati menjangkakan Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD) bakal memenangi pilihan raya tersebut.

Parti terbesar di Maghribi merupakan Istiqlal, parti pimpinan Perdana Menteri, Abbas el-Fassi yang mengetuai kerajaan perpaduan terdiri daripada lima parti.

Parti Perpaduan untuk Demokrasi juga merupakan satu lagi pencabar utama PJD.

Parti tersebut merupakan gabungan lapan parti termasuk PAM, yang dikenali sebagai 'Parti Raja' kerana ia ditubuhkan oleh Fouad Ali Himma yang berkawan rapat dengan Raja Mohammed VI.

Pilihan raya Maghribi mendahului negara lain yang dilanda kebangkitan di dunia Arab seperti Tunisia, Mesir dan Libya.

Sebanyak 31 parti bertanding dengan mencalonkan lebih 7,000 calon untuk merebut 395 kerusi Parlimen.

Sebanyak 60 kerusi dikhaskan untuk calon wanita, manakala 30 kerusi lagi untuk golongan muda.

Kira-kira 4,000 pemerhati dari dalam dan luar negara ditugaskan untuk memastikan ketelusan pilihan raya tersebut. - dpa

sumber

Friday, November 25, 2011

PALESTIN - Berita Baik dari Misyal dan Abbas

Khalid Misyal, ketua biro politik Hamas, dan Mahmud Abbas, Presiden Palestina mengumumkan pada Khamis petang (24/11) bahawa telah ada awal dari sebuah "kemitraan baru Palestin" yang akan menamatkan perselisihan. Mereka juga mengatakan, dalam sebuah pernyataan kepada wartawan, bahwa mereka akan bekerja untuk melaksanakan kesepakatan rekonsiliasi.

Kedua pemimpin Palestin tersebut membahas cara-cara untuk menerapkan kesepakatan rekonsiliasi yang telah dicapai tujuh bulan lalu selama pertemuan mereka yang berakhir pada tengah hari Khamis semalam.

Khalid Misyal mengatakan dalam sebuah pernyataan singkat kepada wartawan setelah pertemuan, bahawa halaman perselisihan telah berubah, "Saya ingin meyakinkan rakyat kami dan umat, bahawa kami telah membuka halaman baru dari kemitraan nyata dalam segala hal yang berkaitan dengan Palestin.

Sementara itu, Mahmud Abbas mengatakan: "Kami sama sekali tidak ada ketidaksepakatan sekarang dan kami setuju untuk bekerja sebagai mitra dan dengan tanggung jawab yang sama."

Kedua belah pihak sepakat untuk mengakhiri penahanan politik dalam beberapa hari ke depan, dan ini disepakati pada pertemuan antara perwakilan Fatah dan Hamas, pada saat dua delegasi bergabung dengan pertemuan yang lebih luas antara Misyal dan Abbas.

sumber

PALESTIN - Israel Ancam Hancurkan Sekolah

Pihak berkuasa pendudukan Israel memberitahukan kepada dewan desa Yatta, selatan Al-Khalil pada hari Rabu lalu, bahawa sebuah sekolah rendah dan tiga rumah di dekatnya akan dihancurkan.

Pusat Penelitian tanah di Ramallah mengatakan bahawa unit militer Israel mengawal para pegawai pemerintahan sipil ke desa untuk menyampaikan pesan tersebut.

Dikatakan bahawa pasukan Israel melakukan pemberitahuan final penghancuran kepada sekolah dasar Khirbat Susiya, yang menyediakan pendidikan bagi 36 siswa dengan staf pengajar berjumlah tujuh orang.

Sekolah itu pernah dihancurkan oleh pasukan pendudukan Israel tahun lalu, namun dibangun kembali menggunakan bahan-bahan sederhana.(fq/pic)



sumber

THAILAND - 3 Muslim Maut

Tiga lelaki Muslim terbunug dalam sebuah penembakan dalam perjalanan mereka di wilayah perbatasan selatan Khamis pagi kemarin (24/11).

Penembakan itu terjadi pukul 9:30 pagi waktu setempat di Jalan Tanyongmus-Dusongyor di desa Pungo di Tambon Kalisa di daerah Rangae.

Polisi mengatakan Muesoh Ali, 44 tahun, adiknya, Masolae Ali, 37 tahun dan Mahama Waemamu, 19 tahun, ditembak mati di trak pick-up mereka.

Yaniya Ali, 29 tahun, saudara Muesoh dan Masolae, mengatakan Muesoh mengendarai trak pick-up untuk membeli karet di perkebunan ketika mereka diserang.

Yaniya mengatakan sebuah truk pick-up berhasil menyusul mereka dan melepaskan tembakan ke arah pemandu dan penumpang mengorbankan tiga orang.

Yaniya mengatakan dia duduk di bahagian belakang trak sehingga selamat dari penembakan dan ia sempat membalas tembakan para penyerang dengan pistolnya.

Polisi mengatakan penembakan tersebut mungkin didorong oleh konflik perniagaan namun polis tidak akan mengabaikan unsur pemberontakan dalam insiden tersebut.(fq/thenation)


sumber

LIBYA - Malaysia Setuju Jalin Hubungan

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia bekerjasama secara erat dengan kerajaan sementara Libya dalam usaha negara itu merealisasikan aspirasi rakyatnya.

Sambil mengalu-alukan pembentukan kabinet baru oleh Perdana Menteri Dr Abdul Rahim Al-Keeb, Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Kuala Lumpur berharap kerajaan sementara itu akan memacu Libya ke arah keamanan, kestabilan dan kerajaan yang demokratik.
Malaysia juga berharap dapat menjalin hubungan dua hala yang lebih kukuh, kata kenyataan itu.
Libya kini bergerak ke arah era baru selepas revolusi rakyat yang mengakhiri pemerintahan Muammar Gaddafi selama 42 tahun. - BERNAMA

sumber

IRAQ - 19 Maut dalam Serangan Bom

BASRA: Kira-kira 19 terbunuh apabila tiga bom meletup serentak di Basra, bandar pelabuhan di selatan Iraq, awal pagi tadi dengan yang maut termasuk pegawai tertinggi tentera dan pegawai polis.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 65 orang dilaporkan cedera.
Bom yang diletakkan di jalan dan dibawa penunggang motosikal itu meletup serentak jam 6.40 petang waktu tempatan di pasar harian Basra, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Pegawai tertinggi tentera yang terbunuh adalah seorang komander briged.

Ketua Direktorat Kesihatan Basra, Riyadh Abdelamir memberitahu, 19 maut manakala 65 cedera akibat letupan itu. - AFP

sumber

SYRIA - 50 Maut Dalam Pertempuran

NICOSIA: Sekurang-kurangnya 23 anggota keselamatan Syria dan 15 aktivis maut dalam pertempuran terbaru yang tercetus semalam yang kebanyakannya berlaku di Wilayah Homs.

Pertempuran itu turut membabitkan 13 orang awam terkorban.
“Seramai 11 askar dan anggota keselamatan lain terbunuh dalam pertempuran dengan puak penentang dari padang pasir di bandar Huleh," kata seorang akvitis pemerhati hak asasi.
Aktivis itu mendakwa anggota pasukan keselamatan membunuh sekurang-kurangnya 12 orang awam di wilayah tengah Syria itu termasuk tiga di Bayyada yang berhampiran bandar Homs. - AFP

sumber

FILIPINA - Artis Terkenal Peluk Islam

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.

“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayahnya antara orang yang paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau juga berkata “Dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, “Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat,” katanya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. “Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam,” tegasnya. Alhamdulillah.

harian metro/-

sumber

PALESTIN - Rundingan Perpaduan Hamas-Fatah

KAHERAH 24 Nov. - Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas dan ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal bertemu di ibu negara Mesir hari ini dalam usaha melaksanakan satu perjanjian perpaduan yang tertangguh sejak lebih enam bulan.

Pertemuan itu menimbulkan harapan baru dalam mewujudkan perpaduan antara pergerakan Fatah pimpinan Abbas dan Hamas.

''Abbas ingin menggunakan semua usaha dalam mencapai perjanjian itu dan penyatuan politik,'' kata pegawai kanan Fatah, Azzam al-Ahmed hari ini.

Beliau berkata, agenda pertemuan tersebut telah ditetapkan semalam dan tiada jangka waktu ditetapkan.

''Pertemuan ini akan memfokus kepada agenda politik dan prospek masa depan Palestin selepas Israel bersifat keras kepala dalam rundingan damai,'' katanya.

Beliau memberitahu, ia juga akan menangani beberapa isu seperti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), pembentukan kerajaan dan menghadapi cabaran pelaksanaan perjanjian penyatuan.

''Selepas pertemuan ini, mereka akan mengumumkan satu tarikh untuk pertemuan pusingan baru antara kumpulan Palestin di Kaherah pada bulan depan di mana semua isu akan dibincangkan termasuk pembentukan kerajaan,'' katanya.

Pemimpin nombor dua Hamas, Mussa Abu Marzuk berkata, pihaknya mahu membuka lembaran baru dan harapan kepada rakyat Palestin.

Fatah dan Hamas yang masing-masing mentadbir Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, menandatangani perjanjian penyatuan pada Mei lalu untuk menamatkan permusuhan antara mereka namun sehingga sekarang masih belum melaksanakan perjanjian tersebut. - AFP

sumber

Thursday, November 24, 2011

IRAN Tangkap 20 Ejen CIA

Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh mengatakan bahawa negara itu telah menangkap 12 agen dari Badan Intelijen Amerika (CIA), pejabat berita resmi negara IRNA melaporkan.

Parviz Sorouri, yang duduk di komite tindakan luar negeri dan keamanan nasional, menegaskan bahwa agen-agen CIA diduga telah beroperasi berkoordinasi dengan agen Israel Mossad dan badan-badan regional lainnya, dan mensasarkan militer dan program nuklear Iran.

"Agen AS dan mossad rejim Zionis berusaha untuk merusak Iran baik dari dalam dan luar dengan pukulan berat, menggunakan layanan intelijen tempatan," Sorouri mengatakan pada hari Rabu lalu (23/11).

"Untungnya, dengan reaksi cepat oleh bahagian intelijen Iran, tindakan tersebut dapat digagalkan," kata Sorouri.

Anggota parlimen itu tidak menentukan kewarganegaraan dari agen yang ditangkap, atau bila atau di mana mereka mereka telah ditangkap.

Iran secara berkala mengumumkan penangkapan atau menyidangkan mata-mata yang diduga agen Israel, dan sering tidak ada informasi lebih lanjut yang disiarkan terkait hal tersebut.

Pengumuman ini menyusul penjelasan dari Hizbullah Lebanon bahawa jaringan mata-mata CIA di negara itu telah ditangkap. Hizbullah dilaporkan bekerja sama dengan Iran.(fq/ap)

sumber

Fakta dan Sejarah Youtube

Beberapa keterangan ringkas mengenai youtube

Mungkin antara anda belum mengetahui tentang fakta dan sejarah mengenai youtube

YouTube adalah sebuah laman web perkongsian video yang paling popular saat ini.

Para pengguna boleh memuatkan, menonton, dan berkongsi klip video secara percuma. Secara amnya, video-video di YouTube adalah klip muzik, filem, TV, serta video yang dihasilkan oleh para pengguna sendiri. Format yang digunakan video-video di YouTube adalah .flv yang boleh dimainkan pada pelayar web yang mempunyai plugin Flash Player.

1. Youtube ditubuhkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di tingkat atas sebuah restoran Pizza dan Restoran Jepun di San Mateo, California.

3. Video awal yang pertama kali di muat naik di Youtube bertajuk Me at The Zoo, memaparkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Sehingga kini, video tersebut masih dapat disaksikan di youtube.

4. Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum pelancaran rasmi yang dibuat pada bulan November 2005.

5. Pada bulan Julai 2006 atau 8 bulan selepas dirasmikan, lebih 65,000 video baru di muat naik ke laman web Youtube setiap hari, dengan 100 juta penonton setiap hari.

6. Pemilihan nama www.youtube.com telah mengakibatkan masalah bagi sebuah laman yang miripnya iaitu www.utube.com. Pemilik laman web, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan tuntutan terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami lebihan bebanan secara teratur yang diakibatkan oleh pelawat yang tersalah masuk kerana mencari laman YouTube.

7. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube bernilai USD 1.65 bilion

8. Pada tahun 2007 Youtube telah menggunakan Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000.

9. Pada bulan Jun 2008 majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube pada tahun 2008 dianggarkan mencapai USD 200 juta.

10. Pada tahun 2008 Youtube mendapat penghargaan George Foster Peabody Award dan kerana telah menjadi Speakers Corners dan turut berjasa dalam pembangunan demokrasi dan kebebasan bersuara.

11. Sehingga kini Youtube menjadi penyedia laman talian Video paling dominan di Amerika Syarikat, malah mungkin di dunia, dengan menguasai 43 peratus daripada pasaran. Dianggarkan lebih 20 Jam tempoh video di upload ke Youtube setiap minit dengan 6 bilion penonton setiap hari

sumber

MESIR - Al-Azhar Desak Polis Jangan Tembak Pendemo

Imam besar Al-Azhar, Rabu (23/11) mendesak polis Mesir untuk tidak menembak penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokrasi di tengah kecaman dunia internasional atas situasi di Mesir.

"Al-Azhar menyerukan kepada kepemimpinan pasukan keselamatan untuk segera mengeluarkan perintah agar tidak menggunakan senjata mereka kepada pendemo, tidak peduli apa alasannya, "kata Syaikh Ahmad al-Thayyib dalam ucapan yang dirakam di televisyen negara.

Syaikh Thayyib juga meminta penunjuk perasaan untuk mempertahankan aksi damai demonstrasi mereka dan meminta militer untuk mencegah konfrontasi di antara masyarakat.

Kekerasan pertama pecah pada hari Sabtu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang, menurut kementerian kesehatan, sementara tiga orang terbunuh pada hari Rabu kemarin, televisi Al Arabiya melaporkan.

"Al-Azhar juga menyerukan kepada anak-anak kami di Tahrir Square dan semua lapangan di Mesir untuk mempertahankan sifat damai revolusi mereka, meskipun pengorbanan dan kesulitan yang mereka hadapi dalam usaha untuk melindungi semua barang milik pribadi dan publik."(fq/aby)

sumber

PALESTIN - Tokoh2 Hamas Tiba di Mesir

Sebuah delegasi dari Hamas tiba di ibukota Mesir Rabu semalam (23/11) sebagai persiapan untuk melakukan pertemuan dengan Presiden Abbas dalam usaha untuk melaksanakan kesepakatan rekonsiliasi yang telah ditandatangani pada Mei lalu.

Delegasi tersebut termasuk Khalid Misyal, Ketua biro politik Hamas, Musa Abu Marzuq, Muhammad Nasir, Izzat al-Rishq, Khalil al-Hayya, dan Nizar Awad.

Salah satu pemimpin Hamas Ismail Radwan mengatakan "kami berharap pertemuan akan berbuah hasil," dan menambahkan bahawa gerakan Islam Hamas diharapkan untuk setuju dengan Fatah dalam mendirikan suatu pemerintahan bersama di wilayah-wilayah pendudukan.

Dia juga menyatakan harapan mereka akan mengadopsi strategi nasional secara tunggal.(fq/mna)

sumber

Bendera PALESTIN Berkibar di UNESCO

Untuk pertama kalinya, bendera Palestin akan berkibar minggu ini di depan bangunan UNESCO di Paris sebagai sebahagian pengakuan masuknya Palestin sebagai anggota, Duta Besar Palestin untuk PBB mengatakan Rabu (23/11).

Riyad Mansour mengatakan Elias Sunbor, utusan Palestina di Paris, akan mengibarkan bendera Palestin di UNESCO Kamis ini (24/11).

Mansour mengatakan kepada Ma'an bahawa kepemimpinan di Ramallah sedang mempelajari beberapa pilihan tentang bagaimana melanjutkan inisiatif di PBB, termasuk permintaan untuk pemungutan suara di Dewan Keamanan.

Kemungkinan lain Palestin akan maju ke Majlis Umum dan meminta menaiktaraf status negara pengamat mereka, setelah adanya tekanan dari 160 suara yang dapat mempengaruhi keputusan di Dewan Keamanan.

Tidak ada keputusan yang telah dibuat, dan ada beberapa pilihan dalam pembahasan. Salah satunya adalah untuk menunggu sampai anggota non-permanen Dewan Keamanan keluar pada awal tahun baru.(fq/mna)

sumber

MESIR - Pemuda Ikhwan Tetap ke Medan Tahrir

Sejumlah pemuda Ikhwanul Muslimin bergabung dengan aksi demonstrasi di Tahrir Square di Kaherah yang bertujuan untuk mengakhiri kekuasaan militer, meskipun sikap rasmi dari kelompok Islam ini adalah mereka tidak bmengambil bahagian dalam aksi demonstrasi.

Sayap politik Ikhwan, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), mengumumkan penolakan mereka untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi, yang telah menjadi konfrontasi berdarah, sambil mengecam kebrutalan pasukan keamanan dalam usahaa mereka untuk membubarkan massa.

Sikap Ikhwanul Muslimin yang tidak mhau bergabung di Tahrir di tengah pertempuran dianggap bertentangan dengan semangat revolusioner, para aktivis mengatakan.

Di Tahrir Square dan lokasi lainnya di beberapa daerah, pendemo meneriakkan slogan-slogan menentang Ikhwan dan menuduh Ikhwan sebagai "pengkhianat" Revolusi 25 Januari.

Tokoh terkemuka FJP Muhammad El-Beltagi bahkan diusir dari Tahrir Square ketika ia pergi untuk mengekspresikan dukungan kepada para penunjuk perasaan. Ia dituduh berusaha untuk mempromosikan dirinya sendiri dan partinya menjelang pemilihan parlimen dengan berpura-pura mendukung pendemo Tahrir.

Pemuda Ikhwan, di sisi lain, memiliki status yang berbeda di antara pendemo kerana banyak dari mereka pergi ke garis depan pertempuran atas kemahuan mereka sendiri, bersama pemuda Mesir lainnya. Banyak di antara mereka juga bekerja sebagai sukarelawan doktor dan paramedik di hospital lapangan di Tahrir Square dan jalanan di sekitarnya.

Seperti pendemo lainnya dari aliran politik yang berbeza, para pemuda Ikhwan menolak untuk mengidentifikasi diri mereka sebagai anggota kelompok Ikhwan. "Kami di sini sebagai paramedik Mesir untuk membantu yang cedera dan kami tidak mewakili kelompok atau kekuatan politik," jawab beberapa lelaki muda berjanggut ketika ditanya apakah mereka adalah anggota dari ikhwan atau FJP.(fq/alahram)

sumber

LIBYA - Kabinet Baru Diumumkan

TRIPOLI 23 Nov. - Bekas pemberontak yang membantu menggulingkan pemimpin diktator Muammar Gaddafi dan peguam hak asasi manusia yang penahanannya mencetuskan revolusi, adalah antara mereka yang dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan baru Libya.

Perdana Menteri sementara, Abdel Rahim al-Kib (gambar) mengumumkan barisan Kabinet baru Libya dalam sidang akhbar semalam, sebulan selepas kematian Gaddafi yang memerintah negara ini selama 42 tahun.

"Semua rakyat Libya mempunyai wakil dalam kerajaan baru ini," kata al-Kib kepada wartawan ketika membuat pengumuman yang sepatutnya dibuat pada Ahad lalu.

Pengumuman ditangguhkan ekoran penangkapan anak lelaki Gaddafi, Saif al-Islam pada Sabtu lalu.

Osama al-Juwali yang merupakan komander di Zintan dan bertanggungjawab menahan Saif dilantik sebagai Menteri Pertahanan, manakala Fawai Abdelali dari bekas kumpulan pemberontak Misrata yang menangkap Gaddafi, dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri.

Wakil Libya ke Kanada di bawah pemerintahan rejim Gaddafi yang menyertai pembangkang pada pada 1990-an, Ashur bin Khayyal pula dilantik sebagai Menteri Luar, sementara Abdel Rahman Yazza, bekas pegawai di syarikat tenaga utama Itali menjadi Menteri Minyak dan Gas.

Peguam Fethi Tarbel yang ditahan pada 15 Februari lalu dan menyebabkan tercetusnya kebangkitan rakyat menentang Gaddafi di bandar Benghazi, dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Al-Kib akan mengetuai 24 barisan Kabinet kerajaan sementara Libya ini yang telah mendapat undi percaya daripada Majlis Peralihan Kebangsaan. - AFP

sumber

SINGAPURA - Kes Hina Islam Makin Menjadi-jadi

SINGAPURA - Polis Singapura sedang menyiasat seorang blogger selepas dia dilapor menyiarkan gambar menghina Islam di akaun Facebooknya, kes ketiga seumpamanya di Singapura dalam tempoh seminggu.

Donaldson Tan yang juga editor laman web komentar New Asia Republic dilapor menyiarkan gambar Kaabah bersama khinzir disertai kenyataan 'ini adalah mesej hasutan. Anda diberi amaran'.

Tan dalam reaksinya kepada Channel NewsAsia berkata, dia menyiarkan gambar tersebut bagi menyedarkan orang ramai tentang perbuatan hasutan yang kini berleluasa di Facebook.

Dia juga enggan menarik balik penyiaran gambar itu walaupun didesak rakan-rakan Facebooknya kerana percaya kepada kebebasan suara dan menurutnya Islam adalah agama yang boleh dipersoalkan.

Tan turut mengakui, sebagai seorang bukan Islam tindakannya itu bersifat anti Islam dan boleh menimbulkan kemarahan di Internet.

Ini merupakan kes ketiga bersifat perkauman dan menghina agama di Singapura dalam tempoh seminggu.

Kes pertama melibatkan bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo yang disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah.

Beberapa hari kemudian, anggota tentera kebangsaan (NSF), Christian Eliab Ratnam disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuat kuasakan secara paksa'.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata, polis sedang menyiasat beberapa aduan melibatkan kenyataan menghina agama di Internet dan meminta orang ramai bersabar sementara siasatan dijalankan.

MHA turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyiarkan ulasan tentang agama yang boleh menyakitkan hati di Internet kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. - Agensi

sumber

MESIR - Janji Tentera Ditolak Rakyat

KAHERAH 23 Nov. - Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir, Mohamed Hussein Tantawi yang berusaha menamatkan tunjuk perasaan jalanan yang mengorbankan 37 orang setakat ini, berjanji untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada rakyat secepat mungkin.

Namun kenyataan itu tetap tidak dapat menyakinkan beribu-ribu penunjuk perasaan tegar yang masih bertempur dengan polis sepanjang malam tadi dan seorang lagi lelaki dilaporkan terbunuh awal hari ini di bandar kedua terbesar, Iskandariah iaitu satu daripada beberapa bandar yang bergolak.

Polis rusuhan yang mengawal laluan ke Kementerian Dalam Negeri berhampiran Dataran Tahrir pula melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan peluruh getah untuk menyuraikan perusuh yang membalas dengan membaling batu ke arah polis, sepanjang malam tadi.

Tantawi yang mengetuai majlis tentera yang memerintah Mesir sejak tunjuk perasaan besar-besaran menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada Februari lalu, berjanji untuk melantik presiden pilihan rakyat pada Jun tahun depan, kira-kira enam bulan lebih awal daripada tarikh sebelum ini.

Beliau turut mengesahkan pilihan raya Parlimen bebas pertama dalam tempoh beberapa dekad akan bermula Isnin ini, selain mengumumkan majlis tentera telah menerima peletakan jawatan perdana menteri rakyat dan anggota Kabinetnya.

Tantawi bagaimanapun mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang kebanyakannya golongan muda di Dataran Tahrir dan beberapa bandar lain dengan mengusulkan satu pungutan suara sama ada pemerintah tentera perlu ditamatkan lebih awal.

Tindakan itu disifatkan ramai pihak sebagai helah untuk merayu sokongan rakyat Mesir yang bimbang pergolakan akan berterusan dan menjauhkan mereka dengan aktivis muda.

Pilihan raya Parlimen yang akan bermula Isnin ini adalah rancangan yang diputuskan pada mesyuarat antara tentera dan ahli politik, tetapi ia akan mengambil masa sehingga Januari depan untuk selesai.

Namun tidak jelas bagaimana pungutan suara mengenai pemerintah tentera akan dilaksanakan dan alternatif lain yang mungkin diusulkan sehinggalah pilihan raya presiden Jun depan. - REUTERS

sumber


Wednesday, November 23, 2011

PALESTIN - Konvoi TUNISIA Tiba di Gaza

Sebuah konvoi bantuan perubatan Tunisia tiba Selasa lalu (22/11) di Jalur Gaza.

Jalal Ayyad, ketua organisasi Amal untuk pembangunan sosial Tunisia, mengatakan kunjungan ini adalah sebahagian dari untuk menunjukkan sokongan dengan rakyat Gaza. Bantuan perubatan hanyalah simbolik, tujuan utamanya adalah untuk menamatkan pengepungan terhadap Jalur Gaza, katanya menegaskan.

Delegasi Tunisia membawa 1.5 tan ubat-ubatan dan bantuan perubatan, kata pegawai di Gaza. Delegasi tersebut akan tinggal di Gaza selama sekitar seminggu untuk melihat kesan langsung akibat serangan Israel beberapa waktu lalu ke Gaza.(fq/mna)

sumber

SYRIA - 28 Dibunuh dalam Sehari

Aktivis Syria mengatakan jumlah yang maut hanya satu hari saja akibat serangan serta kekerasan dari pasukan keselamatan telah meningkat menjadi sekurang-kurangnya 28 orang.

Pertumpahan darah terbaru ini datang pada saat komite kunci PBB dengan suara majoriti pada hari Selasa (22/11) mengutuk pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pemerintah Presiden Bashar Assad dan menyerukan segera diakhirinya semua bentuk kekerasan.

Kekerasan pihak berkuasa dilaporkan terjadi di kota Hama dan Homs, kota timur Deir el-Zour dan di tempat lainnya.

Hampir 4,000 orang dilaporkan telah terbunuh akibat tindakan keras militer terhadap Linkpemberontakan rakyat yang telah berlangsung selama delapan bulan di Syria.(fq/ap)

sumber

PALESTIN - Serangan Udara, Laut dan Darat ke Gaza

Pasukan pendudukan Israel meningkatkan agresi mereka terhadap Jalur Gaza pada Selasa (22/11) dengan serangan dari udara, laut dan darat. Namun tidak ada korban jiwa yang dilaporkan akibat serangan tersebut.

Koresponden PIC melaporkan bahawa kapal perang pendudukan Israel menembak kapal nelayan Palestin dengan senapan mesin di Khan Younis dan Rafah di pantai selatan Jalur Gaza, tanpa adanya korban maut.

Sementara itu, di bahagian selatan Jalur Gaza menyaksikan serangan terbatas pasukan IOF di sebelah timur Rafah.

Sumber-sumber tempatan mengatakan kepada koresponden PIC bahawa 3 kereta kebal pendudukan Israel dan dua jontolak militer, menyeberangi perbatasan Rafah timur dari gerbang Nahdah di selatan Jalur Gaza dan menembus area tersebut untuk jarak terbatas sementara pesawat tempur Israel terbang di langit selatan Gaza.

Serbuan ini didahului oleh serangan udara Israel yang mensasarkan posisi Brigade Nasir Salahuddin, sayap bersenjata Komite Perlawanan rakyat (PRC).

Sumber-sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat pendudukan menembakkan satu roket ke arah medan Abu Ataya di barat Rafah tanpa menimbulkan korban jiwa.(fq/pic)

sumber

MOROCCO - Parti Islam Mungkin Sokong Pemerintah

Setelah dipandang sebagai ancaman bagi kerajaan Afrika Utara, parti Islam Maroko sekarang mungkin menjadi kunci untuk kredibiliti pemerintah.

Parti pembangkang Islam, parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) siap untuk menunjukkan kekuatannya pada pilihan raya legislatif Jumat lusa - pemilihan umum kedua setelah pemberontakan dunia Arab tahun ini.

Menghadapi gerakan aksi protes yang menyerukan untuk memboikot pilihan raya, penguasa Morocco siap untuk merangkul PJD untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap sistem.

Sementara aksi protes musim Semi Arab di Morocco tampaknya tidak pernah benar-benar mengancam sistem pemerintahan, pendemo masih meminta Raja Muhammad VI untuk memperkenalkan reformasi konstitusi dan menyelenggarakan pilihan raya awal.

sumber

MESIR - Tentera Berjanjin Serah kepada Rakyat

Di bawah tekanan sengit dari aksi protes jalanan di mana 36 orang telah terbunuh, panglima militer Mesir berjanji untuk menyerahkan kekuasaan kepada rakyat pada bulan Julai mendatang dan membuat tawaran bersyarat untuk segera mengakhiri kekuasaan militer.

Muhammad Hussain Tantawi, kepala dewan militer (SCAF) yang telah memerintah Mesir sejak penggulingan Hosni Mubarak pada 11 Februari lalu, mengatakan militer tidak mencari atau ingin berkuasa.

"Militer siap untuk kembali ke berek segera jika rakyat menghendaki melalui referendum rakyat, jika diperlukan," kata Tantawi dalam pernyataan yang mengejutkan di ucapan televisyen Selasa lalu(22/11).

Namun pendemo di Lapangan Tahrir Kaherah, mencemuhkan tawaran itu, menyebut hal tersebut hanya taktik mengulur-ulur referendum sambil meneriakkan "Berundur, Berundur".

Tantawi mengatakan pemilihan parlimen akan dimulai tepat waktu, mulai Isnin depan, dan bahawa pemilihan presiden akan berlangsung pada bulan Jun, jauh lebih cepat dari rancangan sebelumnya.

Tantawi, mencuba untuk meredakan kemarahan rakyat dengan mengatakan dewan telah menerima pengunduran diri kabinet Perdana Menteri Essam Sharaf, yang akan digantikan dengan pemerintah nasional yang akan mengarahkan keselamatan Mesir untuk pemerintahan sipil.(fq/reu)

sumber

SYRIA - Erdogan Seru Assad Berundur

Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan Selasa lalu (22/11) menyeru Presiden Syria Bashar al-Assad untuk berundur demi perdamaian di wilayah tersebut dan mengatakan Turki tidak boleh berbalik untuk tidak mendukung pennetangan rakyat Syria.

Erdogan mengatakan Assad metsilah mengambil pelajaran dari nasib Muammar Gaddafi - pemimpin Libya yang digulingkan oleh pemberontak pada bulan Ogos dan dibunuh setelah ditangkap.

"Tanpa menumpahkan darah lagi, tanpa menyebabkan ketidakadilan lagi, demi perdamaian bagi rakyat, negara dan wilayah, saya serukan Assad untuk berundur," kata Erdogan dalam ucapan yang ditujukan langsung kepada Assad.

"Kami tidak memiliki keinginan untuk campur tangan dalam urusan internal negara lain.

SUMBER

Wang Kertas - Penipuan Terbesar Dalam Sejarah



"Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.





Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.


Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Artikel-artikel terhangat - Fakta yang tidak dapat disangkal

sumber

LEBANON - Hizbullah Tangkap Ejen CIA

WASHINGTON 22 Nov. - Pergerakan Hezbollah di Lebanon berjaya membongkar dan menahan pemberi-pemberi maklumat yang bekerja untuk Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) dalam kumpulannya, satu tamparan hebat kepada agensi risikan Amerika Syarikat (AS) itu.

Dalam kes berasingan, pegawai risikan Iran juga berjaya membongkar identiti beberapa pemberi maklumat CIA.

Menurut pegawai dan bekas pegawai, pemberi maklumat terdiri daripada rakyat tempatan dan bukan warga negara AS itu dapat dikenal pasti berikutan prosedur risikan yang lemah dikenali sebagai teknik 'tradecraft' yang digunakan CIA.

Bekas pegawai operasi CIA, Bob Baer berkata, kemampuan risikan Hezbollah amat mengagumkan dan tidak sepatutnya dipandang rendah.

"Aspek keselamatan Hezbollah adalah bagus dan sama seperti agensi risikan lain di dunia. Malah ia juga lebih baik berbanding bekas agensi risikan Soviet, KGB," katanya.

Hezbollah yang diasaskan dengan bantuan Iran semasa perang saudara Lebanon 1975-1990, berkembang daripada pergerakan militia yang memerangi Israel di selatan Lebanon kepada pasukan bersenjata berpengaruh dalam politik di negara ini.

Pergerakan itu dan sekutu-sekutunya turut mendominasi kerajaan Lebanon yang dibentuk Jun lalu.

Baer berkata, satu sebab mengapa Hezbollah berjaya menumpaskan kegiatan intipan adalah kerana ia berpengaruh sehingga boleh mendesak pasukan keselamatan kerajaan Lebanon menyerahkan peralatan komunikasi dan risikan yang dibekalkan AS kepada pergerakan itu.

Hezbollah kemudian akan menggunakan peralatan tersebut untuk mengenal pasti dan mengesan pemberi-pemberi maklumat CIA.

Pegawai-pegawai AS tidak memberikan banyak reaksi terhadap kejayaan musuh utamanya itu mengesan pemberi maklumatnya sebaliknya berkata, pembongkaran tersebut merupakan satu perkara serius dan ia akan dibincangkan dengan jawatankuasa pemantau Kongres. - Reuters

sumber

MESIR - Kabinet Letak Jawatan

KAHERAH 22 Nov. - Kabinet Mesir semalam meletak jawatan selepas tunjuk perasaan yang menuntut perubahan politik mengakibatkan 29 maut serta menyebabkan pemerintahan tentera terpaksa mengadakan rundingan krisis.

Empat hari selepas demonstrasi besar-besaran diadakan iaitu yang terburuk sejak kejatuhan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak, Kabinet mengumumkan peletakan jawatan semalam.

"Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pemerintahan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir," kata jurucakap Kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen memetik satu sumber majlis sebagai berkata, peletakan jawatan itu ditolak, tetapi Menteri Penerangan Osama Heikal memberitahu agensi berita MENA, sebarang keputusan berhubung perkara itu masih belum dibuat.

Peletakan jawatan Sharaf jika diterima, boleh menangguhkan pilihan raya Parlimen yang dijadual pada 28 November ini, yang pertama selepas kejatuhan Mubarak.

SCAF melalui satu kenyataan yang dilaporkan MENA menyatakan, pihaknya menjemput semua kumpulan politik dan kebangsaan untuk satu dialog tergempar bagi melihat punca krisis terbaru itu serta cara menyelesaikannya secepat mungkin.

Majlis itu juga telah meminta Kementerian Kehakiman membentuk satu jawatankuasa untuk menjelaskan tentang keganasan yang berlaku dan menyeru tentera serta rakyat supaya bertenang bagi meneruskan proses politik.

Menurut pasukan perubatan, dua lagi penunjuk perasaan dilaporkan maut pagi ini di bandar Ismailiya, di Laut Merah, menjadikan angka korban kini mencecah 26 orang.

Pertubuhan Amnesty International mendakwa, SCAF gagal mengotakan janji-janjinya dan telah melakukan penyalahgunaan hak yang lebih teruk berbanding semasa pemerintahan Mubarak. - AFP

sumber

MALAYSIA - Mangsa Banjir Terengganu 1,400 Orang

KUALA TERENGGANU 23 Nov. — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu meningkat pagi ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 1,439 orang berbanding 373 orang semalam.

Katanya, daerah Setiu agak teruk apabila seramai 671 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terenggaanu 208 orang.

Jurucakap itu berkata, dalam tempoh yang sama juga 21 pusat pemindahan telah dibuka iaitu tujuh di Setiu, sembilan di Besut dan lima di Hulu Terengganu yang melibatkan balai raya, dewan serbaguna, masjid dan sekolah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan, paras air di beberapa sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya pagi ini.

Di Besut, paras air di Kampung La mencecah 19.54 meter berbanding paras bahaya 19.20 meter dan di Jambatan Jertih pula bacaannya ialah 8.73 meter, melebihi paras amaran 8.10 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit di sini mencatat bacaan 13.56 meter (bahaya 12 meter) dan di Kampung Langkap, Setiu 21.95 meter (bahaya 21.50 meter).

Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. —Bernama

sumber

Tuesday, November 22, 2011

PALESTIN - Pendatang Yahudi Dizinkan Rampas Harta

Pengacara Palestin Ahmad Al-Ruwaidi mengatakan, menurut informasi yang diterima menegaskan bahawa pendatang Yahudi baru-baru ini mendapat lampu hijau dari pemerintah Israel untuk merampas lebih banyak harta warga Palestin dari penduduk asal di Jerusalem yang diduduki.

Ruwaidi, salah satu warga lokal Jerusalem, menambahkan bahwa pihak rasmi pemerintah Israel menetapkan skema untuk merebut properti Palestin dan mengalokasikan anggaran untuk itu.

Dia menjelaskan bahawa skema tersebut akan dimulai selama beberapa hari mendatang dengan menyita harta yang dimiliki oleh keluarga Samrin di daerah Silwan, beberapa meter selatan Masjid Al-Aqsha, dan rumah keluarga Zalloum di lingkungan Sa'diya kota tua.

sumber

MESIR - Ikhwan Tidak Mahu Berdemo Lagi

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Ikhwanul Muslimin mengeluarkan pernyataan pada hari Isnin (21/11) mengumumkan bahwa mereka tidak akan mengambil bahagian dalam setiap aksi protes yang dapat menyebabkan konfrontasi lebih besar dengan pasukan keselamatan dan menimbulkan kemudaratan," tulis FJP dalam sebuah pernyataan yang diberikan kepada wartawan.

"Sementara itu, kita akan berjuang bersama dengan parti-parti lain untuk menghentikan hasutan dari kementerian dalam negeri," kata pernyataan itu.

Parti ikhwan juga menuntut agar orang-orang yang bertanggung jawab atas pembunuhan pendemo dibawa ke pengadilan.

Sebelumnya, polis Kaherah pada hari Isnin kemarin kembali bertempur dengan pendemo yang menuntut diakhirinya kekuasaan militer untuk hari ketiga dan menyebabkan korban sekurang-kurangnya 33 orang, dengan banyak korban kerana ditembak, dalam sebuah aksi kekerasan terburuk sejak pemberontakan yang berhasil menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.(fq/amay)

sumber

INDONESIA - Bekas Penari Istana Saman Indonesia

JAKARTA 22 Nov. - Seorang wanita bekas penari Istana Presiden di era pemerintahan Presiden Soekarno menyaman Kerajaan Indonesia masa kini atas dakwaan negara telah melayani beliau secara diskriminatif selama puluhan tahun kesan daripada Gerakan 30 September Parti Komunis Indonesia (PKI) 1965, yang juga dikenali sebagai Gestapu.

Nona Nani Nurani, 70, yang menjadi penari di Istana Cipanas, Cianjur, Jawa Barat, pernah dipenjara tujuh tahun kerana dituduh menyokong PKI, setelah dia menari di satu acara ulang tahun PKI pada 1965.

Beliau mendakwa cuma menari di acara itu dan bukan kader PKI, namun telah dipenjarakan pada 23 Disember 1968 tanpa proses perbicaraan dan hanya dibebaskan pada 19 November 1975, harian Media Indonesia melaporkan, Selasa. Atas dasar perjuangan dan penderitaan selama puluhan tahun itu, Nani memberanikan diri untuk menyaman Kerajaan Indonesia, yang dianggap telah merugikan dan merendahkan harakat dan martabatnya.

Dalam samannya, Nani menuntut ganti rugi material sebanyak Rp7.46 bilion dan gantirugi bukan material sebanyak Rp30 juta, kata laporan itu.

(100 Rupiah Indonesia RM 0.0352)

Perbicaraan kes saman di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat itu, bermula Isnin.

Saman terhadap negara itu dibuat melalui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Peguam Nani, Andi Muttaqien dipetik sebagai berkata, bahawa anak guamnya telah diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan selama puluhan tahun, termasuk dipenjara tujuh tahun tanpa alasan jelas dan seumur hidup merasakan penderitaan akibat stigma negatif PKI.

Andi berkata, layanan diskriminatif oleh kerajaan itu merupakan pelanggaran hak asasi manusia, yang dilakukan tanpa alasan jelas.

Laporan itu menyebut bahawa Nani belum mendapat hak untuk menjalani kehidupan sebagaimana yang dinikmati warga lain, sejak dibebaskan dari penjara.

Selama puluhan tahun sejak era Order Baru hingga era reformasi, Nani telah berjuang mendapatkan status sebagai penduduk tetapi belum memiliki kad pengenalan (KTP) bagi mengesahkan status kependudukannya.

Beliau pernah menyaman Penghulu Mukim Koja, Jakarta Utara pada 2003 kerana tidak mahu mengeluarkan KTP atas nama dirinya dan mahkamah memberi kemenangan kepada beliau dalam kes saman itu. - Bernama

sumber

SUKAN SEA - 2 Maut Final Bola Sepak

JAKARTA: Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

“Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia," kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.
Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus.
“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri," kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu.

“Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal," katanya.

Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui.

Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. - AFP

sumber

GLOBAL - Pengodam Guna Angry Bird

BERLIN 21 Nov. - Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber.

Penggodam menggunakan kelalaian kebanyakan pengguna untuk memuat turun aplikasi ke telefon mereka tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.

Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.

Pencuri data dan penggodam 'menyerang' telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.

Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.

Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan 'tertutup' kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.

Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.

''Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.

''Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,'' katanya, - dpa

sumber

AS - Pengikut Al Awlaki Bina Bom?

NEW YORK 21 Nov. - Polis New York menahan seorang pengikut ulama kelahiran Amerika Syarikat (AS), Anwar al-Awlaki kerana disyaki sedang membina bom paip yang dirancang digunakan untuk menyerang tentera AS yang kembali dari Iraq dan Afghanistan, kata pegawai, semalam.

Menurut dokumen mahkamah, Jose Pimentel, 27, didakwa melakukan tiga jenayah berkaitan keganasan dan dua pertuduhan lain.

Pimentel yang merupakan rakyat AS kelahiran Republik Dominica ditahan Sabtu lalu, di sebuah apartmen di Manhatttan ketika dia sedang memasang bom, kata polis.

Dia yang memeluk agama Islam dan menjadi seorang yang radikal dikatakan bergerak secara sendirian.

Dalam percakapannya kepada polis New York, Pimentel mengaku dia sedang membina bom tersebut dan tinggal lagi sejam sahaja untuk menyiapkannya ketika ditahan polis.

Pimentel yang tidak didakwa secara di Mahkamah Persekutuan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Pesuruhjaya Polis Ray Kelly berkata, Pimentel yang berada di bawah pengawasan sejak Mei 2009 mempertimbangkan untuk mensasarkan serangannya ke atas kereta polis New York, balai polis di New Jersey dan pejabat pos AS. - Reuters

sumber

PALESTIN Harap PBB Cairkan Aset yg Dibekukan Israel

RAMALLAH 22 Nov. – Palestin semalam meminta campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencairkan aset miliknya yang dibekukan oleh Israel.

Tiga minggu lalu, Kabinet rejim Zionis menghentikan pemberian wang cukai dan tarif yang dikumpul bagi Pihak Berkuasa Palestin selepas negara Islam itu menjadi anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki berkata, Palestin meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya campur tangan dalam isu tersebut, sekali gus menjamin pemberian semula wang itu seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Israel menghentikan pemberian aset itu bermula awal bulan ini sebagai hukuman terhadap Palestin kerana menjadi anggota UNESCO.

Setiap bulan, rejim Zionis akan memindahkan berpuluh-puluh juta dolar duti kastam yang dikenakan terhadap barangan yang tiba di pelabuhan Israel untuk dihantar ke pasaran Palestin. – AFP


sumber

Monday, November 21, 2011

PALESTIN - Gaza Diancam Banjir Besar

Kementerian pertanian dan pertahanan awam Gaza memperingatkan akan ada banjir jika Israel melakukan ancaman mereka untuk membuka empangan Gaza di lembah.

Kolonel Yusuf Al-Zahhar, ketua pertahanan awam di Gaza, mengatakan kepada PIC pada hari Ahad (20/11) bahawa banjir yang dihasilkan akan merosakkan 100 rumah selain fakta bahawa 100 kilometer persegi tanah yang dibudidayakan akan mengalami kebanjiran di Mighraka di pusat Gaza.

Dia mengatakan bahawa ternak di daerah itu akan tenggelam, mencatat sebahagian besar suku Badwi di daerah tersebut mengais rezeki mereka dengan memelihara haiwan ternak.

Kementerian pertanian, pada bagiannya menyatakan pihak berkuasa pendudukan Israel bertanggung jawab atas konsekuensi dari langkah tersebut, mengingatkan bahawa tahun lalu empangan sengaja dibuka Israel tanpa pemberitahuan sebelumnya telah menyebabkan jutaan dollar kerosakan.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - 1 daripada 4 Kanak2 Hidup Miskin

Lebih dari seperempat kanak-kanak di Tebing Barat dan Gaza hidup dalam kemiskinan, badan statistik rasmi mengatakan dalam sebuah laporan yang menandai hari kanak-kanak Universal pada hari Ahad (20/11).

Menurut data yang dikumpulkan oleh PCB pada tahun 2010, 26.9 peratus kanak-kanak mengalami kemiskinan, dan proporsinya secara signifikan lebih tinggi di Gaza dengan kisaran 38.4 peratus, dibandingkan di Tebing Barat yang hanya 19 peratus.

Laporan ini menemukan bahawa hampir setengah dari penduduk Palestin pada tahun 2011 berada di bawah 18 tahun.

Dua juta kanak-kanak membuat 48.2 peratus dari seluruh warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza, laporan itu menambahkan.

Sekitar 65,000 kanak-kanak antara usia 5 dan 6 tahun, 14 peratus bekerja dibayar atau tidak dibayar, laporan itu menemukan.

Anak laki-laki lebih mungkin untuk bekerja, sedangkan anak perempuan lebih mungkin untuk menikah, kata laporan itu, mencatat bahwa 1.6 peratus dari perempuan dan 0.2 peratus laki-laki sudah menikah antara usia 12 hingga 17 tahun.

Hampir separuh dari kanak-kanak Palestin adalah pelarian (45 peratus) dan lebih dari dua pertiga, 68.8 peratus, kanak-kanak di Jalur Gaza adalah pelarian, kata laporan PCB.

Hari kanak-kanak Universal (universal Day) didirikan oleh PBB pada tahun 1954 untuk menyoroti kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia.(fq/mna)

sumber

PALESTIN - 64 Orang Ditangkap dalam 1 Minggu

Pasukan pendudukan Israel (IOF) menangkap 64 warga Palestin di Tebing Barat dalam seminggu terakhir termasuk 14 kanak-kanak, siaran media yang dikeluarkan oleh Hamas pada hari Sabtu lalu mengatakan.

Ini menunjukkan bahawa jumlah terbesar ditangkap di Al-Khalil sebanyak 17 orang diikuti oleh Bethlehem 12 orang, 10 orang di Qalqilia, masing 6 orang Nablus dan Ramallah, serta masing-masing 4 orang di Jenin dan Salfit, 3 orang di Jerusalem yang diduduki dan masing-masing satu Jericho dan Tulkarem.

Laporan itu mengatakan tiga dari mereka yang ditangkap adalah wartawan yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara keamanan Pihak Berkuasa Palestin.(fq/pic)

sumber

MESIR - 30 Dipercayai Maut di Tahrir Square

Lebih dari 30 orang dilaporkan telah terbunuh, termasuk 27 orang disahkan berada di salah satu bilik mayat Kaherah setelah apa yang aktivis dan pengamat menyebutnya sebagai "pembantaian" militer terhadap para penunjuk perasaan di dan sekitar Tahrir Square.

Di bilik mayat Zeinhom, gambar menunjukkan mayat berjajar di lantai. Ini hanyalah salah satu bilik mayat, dengan puluhan pendemo lainnya yang cedera parah diangkut ke hospital setempat setelah menderita cedera ditembak.

Doktor mengesahkankan bahawa militer mensasarkan pendemo di kepala dan leher.

Hospital lapangan, salah satu dari tiga di kawasan Tahrir, dievakuasi setelah tengah malam di tengah-tengah kekerasan militer, pada saat gas air mata menghujani kepada siapa pun yang mencuba untuk memberikan bantuan kepada yang cedera.

Aktivis di Tahrir mengatakan tentera dan polis anti-rusuhan memposisikan penembak jitu di atap bangunan sebelah kampus Universiti Amerika di pusat kota Kaherah. Mereka mengatakan penembak tepat menyinari para pendemo dengan lampu laser hijau untuk sasaran penembakan.(fq/bikyamasr)

sumber

MALAYSIA - Kerja Guru 9 Jam Sehari Dimansuhkan?

Oleh: mohdnoorawang

"Satu lagi kerja bodoh dari menteri UMNO, khas timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin ideanya ditong sampah oleh media maya. Seluruh media maya membalasah Muhyiddin Yassin cadangannya "guru berkerja 9 jam sehari (wajib). Malah ketua pengarah Pelajaran "menyokong dasar baru Muhyiddin. Cadangan kerja 9jam tidak dibincang dengan persatuan guru guru semenanjung.

Malah artikal yang lalu kami mengajak seluruh guru seramai 400,ribu orang memboikot kerajaan BN/UMNO dan jangan beri undi kepada BN/UMNO PRU13. Seluruh wakil rakyat Pakatan rakyat menentang cara kerja guru dalam dewan rakyat.

Selepas dibalasah oleh media maya dan wakil rakyat pakatan, MUHYIDDIN YASSIN PUN MEMBATAL KERJA GURU 9 JAM SEHARI.

Untuk rekod guru berada disekolahlebih lama dari berada dirumah. Melaikan guru guru yang menjadi pembodek UMNO, sering kali pulang awal dan ponteng sekolah.

BUKTI idea BN/UMNO tidak releven, hanya cakap pandai tapi hasilnya kosong. TPM Muhyiddin selalu tersasar cakapnya. Projek lembu gagal, (menteri asas tani) sebelum jadi TPM.

Yang paling ketara Muhyiddin gagal dalam isu guru lepasan UPSI seramai 5000 orang, masih belum dapat tempat dan surat tawaran dari Kementerian Pelajaran.

Syabas pada media maya, seperti TKO, Harakahdaily, Mkini dan blogers dan individu dan wakil rakyat pakatan dalam isu dan polimik guru kerja 9 jam. Dan BN/UMNO akur serta takut kalau kalau 400 ribu guru tidak memberi undi kepada BN/UMNO PRU13.

Kita mengharap jangan jadi lembu dan pemilik lembu, guru perlu fikiran terbuka dan jangan jadi guru dicucuk tali hidung. PRU13 gruru guru disarankan jangan undi BN/UMNO.

"


sumber

MALAYSIA - Laman Tarbiyyah ASWJ


Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam

Sila Baca Mengikut Urutan Untuk Kefahaman :


1. Mukaddimah

2. Mukaddimah Bab 2

3. Hadith-hadith Tentang Perpecahan Ummat

4. Al Jamaah Sebagai Golongan Yang Selamat (Firqah Najiah) Adalah Seluruh Kaum Muslimin

5. Anggapan Sebahagian Orang Bahawa Makna Al Jama'ah Itu Bukan Jama'ah Muslim

6. Dalil-dalil Yang Menguatkan Bahawa Firqah An Najiah Itu Adalah Seluruh Kaum Muslimin

7. Syarat-syarat Firqah Najiah
- Islam datang dalam keadaan asing
- Ciri-ciri Ghuroba' (orang-orang asing)
-Menuduh seorang Muslim dengan syirik bererti jatuh dalam kesyirikan
- Melaknat seorang Mukmin atau menuduhnya kafir sama dengan membunuhnya

8. Contoh-contoh Pengkafiran Yang Dilakukan Oleh Para Pengaku Firqah Najiah

9. Contoh-contoh Pengkafiran Yang Dilakukan Oleh Para Pengaku Firqah Najiah Bab 2

10. Pemikiran-pemikiran Syeikh Khajandi Yang Menyimpang

11. Pemikiran-pemikiran Syeikh Khajandi Yang Menyimpang Bab 2

12. Latar Belakang Pengkafiran Mereka Terhadap Penduduk Dubai Dan Abu Dhabi

13. Tambahan Keterangan Tentang Ciri-ciri Firqah Najiah
-Pengaku Firqah Najiah melarang membaca Kitab Yusof Al Qardhawi yang berjudul al Halal wal Haram

14. Pandangan Para Pengaku Firqah Najiah Tentang Halal dan Haram
-Beberapa perkara mubah bahkan masyru'ah yang diharamkan oleh para pengaku Firqah Najiah

15. Penjelasan Tentang Hadith Iftiroqul Ummah

16. Makna Hadith Nabi : "Semua Masuk Neraka Kecuali Satu"

17. Hadith Bitoqoh, Pembuka Harapan Bagi Mereka Yang Lalai Dan Berdosa
-Kaum Muslimin penghuni syurga terdiri dari 3 jenis : Zalimun linafsihi, Muqtashid dan Sabiqun bil khairat

18.Anggapan Mereka Bahawa Kebenaran Itu Hanya Ada Pada Golongan Minoriti (Yang Sedikit)

19. Kesimpulan Penting

20.Mereka Yang Dikategorikan Termasuk Dalam 72 Firqah Sesat

Jom Baca Psikologi Islam