Friday, January 6, 2012

MALAYSIA - Pelancongan Muslim Terbaik

Crescent Rating, Perusahaan penyedia informasi tempat-tempat pelancongan di seluruh dunia yang memberikan jaminan layanan halal, baru-baru ini mengumumkan 10 Tujuan Pelancongan Halal Paling Top untuk tahun 2012.

Tempat-tempat itu dibagi menjadi dua kategori, 10 tempat di negara-negara Arab anggota Organisasi Konferensi Islam (OKI) dan 10 tempat di luar anggota OKI.

Tempat-tempat itu dipilih berdasarkan perkhidmatannya yang dianggap sesuai dengan gaya hidup muslim terutama jaminan halalnya, mulai dari fasiliti, pelayanan dan makanan yang tersedia, termasuk kemudahan akses berupa tersedianya restoran-restoran yang memiliki sertifikasi halal, tersedianya masjid dan atraksi-atraksi pelancongan untuk keluarga.

Untuk kategori negara anggota OKI, negara Malaysia menduduki peringkat pertama tujuan pelancongan yang ramah bagi Muslim kerana jaminan halal di seluruh fasiliti dan perkhidmatan yang tersedia di banyak lokasi pelancongan di negara itu.

Setelah Malaysia, negara lainnya yang masuk dalam 10 besar negara tujuan pelancongan yang "halal friendly" adalah Mesir, Turki, Indonesia, Uni Emirat Arab, Maghribi, Tunisia, Jordan, Brunei dan Qatar.

Sedangkan untuk kategori negara di luar anggota OKI, Bosnia dan Herzegovina masuk peringkat atas negara tujuan pelancongan yang ramah bagi pelancong Muslim kerana ketersediaan fasiliti dan perkhidmatan yang memenuhi syarat halal.

Crescent Rating menyatakan, sebagai tujuan pelancongan, Bosnia dan Herzegovina mungkin tidak terlalu popular dibandingkan negara-negara anggota OKI. Tapi kedua negara tersebut, menurut perusahaan rating yang berpusat di Singapura itu, menawarkan beberapa tujuan pelancongan yang unik, dengan atmosfir dan atraksi yang menarik dan ramah bagi pelancong Muslim.

Di negara yang menjadi titik persimpangan antara Timur dan Barat ini, terdapat objek pelancongan mulai dari masjid-masjid tradisional sampai tempat bermain ski yang merupakan tempat ber-ski terbaik di dunia.

Setelah Bosnia dan Herzegovina, negara lainnya di luar anggota OKI yang masuk dalam 10 Tempat Tujuan Wisata Halal Paling Top untuk tahun 2012 adalah Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Gold Coast (Australia), Delhi (India), London, Bangkok, Munich (Jerman) dan Wina (Austria). (ln/Balkan.com)

sumber

No comments: