Saturday, February 11, 2012

Jenazah 30 Tahun Masih Elok dan Berbau Wangi

wangi


MAYAT wanita yang dikebumikan 30 tahun lalu masih berkeadaan baik di kampung Jangkar, Jawa Timur.


SITUBONDO - Walaupun telah 30 tahun dikebumikan, jenazah seorang wanita di kampung Jangkar, Jawa Timur didapati masih utuh dan berbau wangi.

Peristiwa aneh itu terjadi ketika ahli keluarganya mahu memindahkan kuburnya ke tempat lain supaya ia berdekatan dengan kubur suaminya.

Insiden itu turut menggemparkan penduduk setempat yang kemudian beramai-ramai datang untuk melihat sendiri mayat tersebut dan beramai-ramai membacakan doa.

Menurut ahli keluarga jenazah itu, Sukiyem ketika hidupnya dikenali sebagai seorang yang penyabar dan rajin mengerjakan ibadah.

"Dia juga seorang yang peramah dan baik dengan jirannya.

"Saya sendiri hairan bagaimana jasadnya masih lagi utuh dan berbau wangi walaupun telah 30 tahun dikebumikan," kata seorang daripada ahli keluarga jenazah itu, Ismail kepada Okezone.com.

Menurut Ismail, jenazah itu tetap akan dipindahkan ke makam lain yang berdekatan dengan kubur suaminya. - AGENSI


sumber

No comments: