Tuesday, April 24, 2012

MESIR Hentikan Bekalan Gas ke Israel

KAHERAH: Kontrak penghantaran gas ke Israel ditamatkan kerana perlanggaran syarat yang ditetapkan, kata ketua Syarikat Natural Gas Holding Mesir, Mohamed Shoeb satu keputusan yang disifatkan Israel sebagai mengeruhkan perjanjian perdamaian antara kedua-dua negara.

Beliau berkata keputusan untuk membatalkan perjanjian itu bukannya atas sebab politik.
“Ini tidak berkait dengan apa-apa di luar hubungan komersil,” kata Shoeb. Beliau berkata Israel tidak membayar bil gasnya empat bulan.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor bagaimanapun menafikannya.

Shoeb memberitahu TV Mesir yang keputusan membatalkan kontrak dibuat Khamis lalu kerana kedua-dua belah pihak mempunyai hak dan pihaknya mewakili hak mereka.

Kelmarin, Menteri Kewangan Israel Yuval Steinitz, berkata pengumuman sebelah pihak Mesir adalah ‘kebimbangan besar’ membabitkan politik dan ekonomi.
“Ini adalah langkah berbahaya yang mengeruhkan perjanjian perdamaian dan suasana damai Mesir dan Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian gas asli 2005 menjadi simbol ketegangan antara Mesir dan Israel sejak kebangkitan Arab.

Bagi ramai rakyat Mesir, ia melambangkan hubungan rapat dengan presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak dengan Israel dan bagaimana orang yang berkait dengannya mendapat manfaat daripada perjanjian perniagaan sebesar itu.

Pengkritik mendakwa Israel mendapat gas pada harga di bawah pasaran dan kroni Mubarak meraih jutaan dolar daripada perniagaan itu yang menyebabkan Mesir mengalami kerugian jutaan dolar.– AP

sumber

1 comment:

Muhd Hafizi Idris said...

semoga Israel akan musnah. Islam akan menang..