Monday, July 2, 2012

MESIR - Kuasa Morsi Disekat

Morsi menerima  pingat tertinggi tentera    daripada Tantawi  di pangkalan Hike Step di Kaherah. - Foto AFP Morsi menerima pingat tertinggi tentera daripada Tantawi di pangkalan Hike Step di Kaherah. - Foto AFP
 
Kaherah: Presiden Mesir, Mohamed Morsi, memulakan hari pertamanya di pejabat semalam, namun kuasanya disekat tentera memerintah sejak bekas presiden, Hosni Mubarak, disingkirkan dalam kebangkitan rakyat tahun lalu.

Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden awam pertama dipilih secara bebas kelmarin, Morsi secara rasmi menerima peralihan kuasa dan janji sokongan daripada tentera. Namun majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan.
Majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan.
Askar membubarkan Parlimen bulan lalu berikutan arahan mahkamah dalam apa disifatkan pergerakan Islam itu sebagai rampasan kuasa secara halus.

Dalam penyerahan kuasa kelmarin di pangkalan Hike Step di Kaherah, Ketua Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), Marshal Hussein Tantawi, berikrar untuk menyokong Morsi.

“Kami akan menyokong presiden baru, yang dipilih rakyat,” kata Tantawi. - AFP 
 
sumber

No comments: