Thursday, September 13, 2012

Video hina Islam: AFGHANISTAN sekat akses YouTube

KABUL 13 Sept. - Kerajaan Afghanistan semalam buat pertama kali menyekat akses laman YouTube daripada dilayari rakyat negara ini.
Ia ekoran arahan daripada Menteri Penerangan dan Kebudayaan yang mengarahkan semua penyedia perkhidmatan untuk menyekat akses laman itu sehingga YouTube membuang klip video kontroversi yang menghina Islam itu daripada senarai kandungan laman mereka.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. - AFP

Sumber

1 comment:

md b said...

assalam..muka ustaz sama mcm muka kawan saya masa kecik..nama dia mua'dzam bin abdul ghani..kwn di kem lapangan terbang s.p kedah...