Dua masjid di kota Kawkareik, Karen (Kayin) diserang
oleh tiga graned pada Ahad (28/10/2012) malam, berdasarkan laporan
seorang tokoh Muslim dari Karen, seperti disiarkan Kaladan Press pada Selasa (30/10).
"Sebuah ledakan terjadi di dekat Masjid Kyondo di jalan Bochouk,
Kyondo, sebuah sub kota Kawkareik setelah dua motosikal dengan empat
orang tak dikenal mendekati sekitar pukul 23:50, pada 28 Oktober," kata
sumber.
Tidak ada korban atau kecedaraan dalam insiden tersebut, tetapi nampaknya menyebabkan kerosakan.
Ledakan serupa juga terjadi di dekat Masjid Rayneseegone (Darga) di
kota Kawkareik pada Isnin (29/10) sekitar pukul 00:30 waktu setempat,
menurut seorang pedagang dari kota tersebut.
"Ada dua graned yang dilemparkan ke halaman masjid, satu graned tidak
mengenai sasaran dan satunya lagi menghantam dinding," katanya.
NEW YORK: Angka kematian susulan bencana Taufan Sandy meningkat kepada
43 orang setakat ini, dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat
berikutan beberapa individu dilaporkan masih hilang, kata pegawai
tempatan semalam.
Pegawai di negeri Connecticut, Maryland, New York, New Jersey, North
Carolina, Pennsylvania, Virginia dan Virginia Barat melaporkan mangsa
yang terkorban akibat ribut, manakala pihak berkuasa Toronto melaporkan,
seorang wanita Kanada maut selepas terkena serpihan objek yang
berterbangan.
Sandy sudah membunuh sekurang-kurangnya 67 orang termasuk seorang
warganegara AS di Puerto Rico apabila taufan itu membadai Caribbean
beberapa hari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban
di AS dan Kanada adalah 110 orang. - AFP
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 1,600 terpaksa
berpindah susulan pertempuran etnik di pulau Sumatera, Indonesia, kata
pihak polis tempatan hari ini.
"Pertempuran antara penduduk di dua kampung di wilayah Lampung
membunuh 12 orang dan seramai 1663 penduduk terpaksa berpindah ke
kawasan lebih selamat," kata jurucakap polis wilayah.
Lebih 2,000 pegawai polis dikerahkan untuk mengawal keganasan yang
tercetus di hujung selatan Sumatera selepas pertempuran bermula pada
Ahad lalu, katanya, sambil menambah bahawa keadaan kini semakin
terkawal.
Keganasan berlaku di antara komuniti masyarakat Hindu Bali di
kampung Balinuraga dan penduduk Islam di kampung Sidoreno, lapor media
tempatan.
Media tempatan melaporkan, keganasan tercetus selepas dua wanita
dari kampung seberang didakwa diganggu oleh lelaki dari kampung lain. -
AFP
Syeikh
Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah
diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk
memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.
Beliau
yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi
untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman
dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku
perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.
Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di
beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden
Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai
Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya
Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.
Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke
bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia
berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar
Al-Assad.
Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi
mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu
hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah
perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang
yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang
dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka
mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram,
memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan
beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita,
menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas
orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang,
manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap
tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.”
Beliau
menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada
penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa
Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama
32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini
memerintah selama 11 tahun.
Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh
Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982
yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk
Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi
rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian
dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan
Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di
Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah.
Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ,
menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah
masih menyokong rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah
pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena
tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka.
Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah
berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan
yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang
menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang
cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di
Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413
orang darinya mati dalam tahanan.
Dalam
tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat
menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid
dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada
wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut
Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab
Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan.
Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya.
Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar
berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan
memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang
tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Katanya,
pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi
dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau
menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka
ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya,
ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka
kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak
pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri.
Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa
diambil sebarang tindakan.
“Selama
43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad
dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi
mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam
kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara
Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat
mereka tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang
tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan
ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan
rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali
As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka
hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan
syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid;
barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid;
atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie
dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang
Sahih).
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan
politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan
kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan
Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu
penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara
Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding
dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu
ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang
daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak
mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka
telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami
isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak
kamu.”
Dari
situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya
dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah
mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar
berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id
Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara
lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang
menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu'
tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan
beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin.
Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru
peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa
prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang
kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk
menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di
Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan
ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan
mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat
Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara
se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang
yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi
musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan
pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.
Mudah-mudahan
Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam
yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan
menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.
New York: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bercadang menempatkan
pengaman di Syria jika gencatan senjata di negara itu dapat dilakukan
sementara menanti mandat Majlis Keselamatan PBB.
Pada masa sama, Setiausaha Agung Rendah bagi Operasi Pengaman, Herve
Ladsous, mengakui masih terlalu awal untuk menyatakan berapa ramai
anggota pengaman boleh dihantar ke sana.
“Kami banyak berfikir mengenai apa akan berlaku apabila penyelesaian
politik dicapai atau sekurang-kurangnya gencatan senjata bermula,” kata
Ladsous kepada wartawan dalam taklimat PBB.
Wakil PBB dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi, bertemu dengan
Presiden Bashar al-Assad di Damsyik Ahad lalu sebagai sebahagian usaha
memulakan gencatan senjata antara pejuang pembebasan dan tentera
kerajaan sempena cuti Aidiladha mulai 26 Oktober.
Tak henti serangan
Agensi berita Syria, SANA, melaporkan Damsyik menyokong cadangan itu
tetapi tidak akan menghentikan serangan ketika cuti empat hari itu
sehingga negara Barat dan sekutu mereka di Teluk berhenti menyokong
pemberontak dan berhenti membekalkan senjata kepada mereka.
Brahimi memberitahu wartawan selepas pertemuan tertutup itu, beliau
juga berunding dengan pembangkang di dalam dan luar negara serta
menerima janji tetapi bukan komitmen untuk menghormati gencatan senjata.
Usaha Kofi Annan gagal
Brahimi menggantikan Kofi Annan sebagai wakil ke Syria selepas bekas
Setiausaha Agung PBB itu meletak jawatan Ogos lalu, kerana kecewa
dengan tiada kemajuan dicapai.
Menurut pelan damai Annan, PBB akan menghantar misi pemerhati tanpa
senjata seramai 300 orang ke Syria untuk memantau keganasan tetapi
pasukan itu terpaksa berundur Ogos lalu kerana pertempuran yang
berterusan sehingga hari ini.
Sementara itu, di Washington, pegawai berkata, Amerika Syarikat akan
menghantar pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk membantu
Beirut menyiasat pengeboman yang mengorbankan ketua keselamatan dalam
negeri Lubnan.
Hormat kedaulatan Lubnan
Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, juga memberitahu,
Washington menghormati kedaulatan Lubnan, dalam perbualan telefon dengan
Perdana Menteri, Najib Mikati, kata jurucakap Jabatan Negara, Mark
Toner.
“Pasukan FBI akan menuju ke Lubnan untuk membantu siasatan mereka.
Namun, kami akan menanti keputusan siasatan sebelum memutuskan sebarang
tindakan balas,” kata Toner. - AP/AFP
Pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali oleh pengasas laman Satu Umat (Abu Zulfiqar Al-Amsyari) sudah melebihi 300 fail audio/video. Semoga orang ramai terus mendapat manfaat daripada kitab besar ini.
Kaherah: Seorang pengacara rancangan bual bicara Mesir berdepan hukuman
penjara empat bulan selepas didapati bersalah menghina Presiden Mohamed
Morsi, lapor media kelmarin. Tawfiq Okasha boleh merayu keputusan hakim
selepas membayar ikat jamin 100 pound Mesir (RM49.17), kata sumber
mahkamah.
“Morsi adalah presiden semua rakyat Mesir dan menghina beliau sama
seperti menghina seluruh negara,” kata Nasr El-Din Mahmoud Maghazy yang
memfailkan kes terhadap Okasha. Okasha dikenali mempunyai hubungan rapat
dengan pegawai keselamatan yang berkuasa ketika pemerintahan bekas
Presiden Hosni Mubarak. - Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama
(kanan) menyambut pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney (kiri)
dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi. -
Foto AP
Presiden AS menang ke atas Romney dalam debat ketiga
Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pencabarnya
dari Parti Republikan, Mitt Romney berusaha sedaya upaya menunjukkan
mereka adalah sahabat karib terbaik Israel dalam debat ketiga menjelang
pilihan raya presiden dua minggu lagi.
Ketika menekankan bahawa serangan untuk memusnahkan program nuklear Iran
adalah langkah terakhir, Obama dan Romney juga menegaskan bahawa
keselamatan Israel adalah perkara utama.
Tinjauan selepas debat menunjukkan Obama sebagai pemenang dengan
Cable News Network (CNN) menyatakan beliau meraih 48 peratus sokongan
manakala Romney, 40 peratus.
Pada masa sama, tinjauan CNN juga mendapati 60 peratus responden setuju
bahawa Romney berupaya menjadi pemimpin angkatan tentera jika menjadi
presiden.
Tinjauan CBS News pula menyatakan Obama menerima 53 peratus sokongan
berbanding 23 peratus untuk Romney dan 24 peratus menganggap debat itu
tiada pemenang,
Program nuklear Teheran yang disyaki Barat bertujuan menghasilkan
senjata atom adalah antara cabaran terhadap dasar luar presiden
seterusnya selepas sekatan gagal menyekat negara Teluk itu
memberhentikannya.
Dalam isu berkenaan, Obama dan Romney tidak banyak berbeza apabila
bersetuju perlunya terus mengenakan tekanan ekonomi terhadap Iran
selain melindungi Israel.
“Jika Israel diserang, kita akan lindungi mereka bukan saja dari
segi diplomatik tetapi juga kepada penduduk dan secara ketenteraan,”
kata Romney.
“Saya akan sokong Israel jika mereka diserang,” kata Obama pula.
Pemimpin Israel menganggap senjata nuklear Iran sebagai ancaman.
Pada masa sama, Israel turut mempunyai senjata nuklear yang tidak pernah
diisytiharkan.
“Kita perlu pertingkat tekanan ke atas Iran dari masa ke masa kerana
tanpa penyelesaian yang dapat memberhentikan usaha mereka, cita-cita
memiliki senjata nuklear tidak dapat diterima Amerika,” kata Romney. -
Reuters
Ratusan mujahidin dari Sudan dan wilayah gurun Barat telah tiba di
Mali Utara akhir MINGGU ini. Mereka siap berjihad bersama mujahidin
Ansar Dien jika Perancis dan Uni Afrika melancarkan invasi militer ke
wilayah yang telah dikuasai mujahidin. Demikian sejumlah saksi mata
melaporkan kepada AFP pada iSnin (22/10).
Sumber pada keamanan reJim sekuler Mali menyebutkan, "Ratusan aktivis
jihad, khususnya yang berasal dari Sudan dan wilayah gurun, sebagai
bala bantuan telah sampai ke wilayah Timbuktu dan Gao untuk menghadapi
serangan pasukan Mali dan sekutu-sekutunya."
Salah seorang penduduk kota Timbuktu mengatakan kepada wartawan AFP,
"Lebih dari 150 warga muslim Sudan telah tiba dalam waktu 48 jam ke kota
Timbuktu." Ia menambahkan, "Mereka bersenjata dan menyatakan kedatangan
mereka untuk membantu saudara-saudara muslim melawan orang-orang
kafir."
Kota Timbuktu dan Gao adalah wilayah Mali Utara yang telah dikuasai
oleh mujahidin Anshra Dien. Di kedua wilayah tersebut syariat Islam
telah diterapkan oleh pemerintahan mujahidin. sumber
Kelompok-kelompok Mujahidin Syria bertambah lagi, sebuah briged
baru yang dinamai Al-Masih 'Alaihissalam (Nabi Isa 'Alaihissalaam) rasmi
dibentuk di Damsyik dan sedang berperang bersama Mujahidin lainnya
dalam melawan pasukan rejim Bashar Assad dan sekutunya.
Perasmian briged tersebut disiarkankan melalui internet dalam sebuah video yang disiarkan di Youtubepada
Ahad (21/10/2012).Yang menarik adalah penamaan nama Al-Masih itu
sendiri. Mereka memilih nama Al-Masih berdasarkan keyakinan Aqidah Islam
bahwa Nabi Isa 'Alaihissalam akan turun kembali ke bumi menjelang hari
kiamat nanti di Damsyik, berdasarkan hadits dari Nabi Muhammad
Shalallahu 'alaihi wa sallam.
Dua brigade baru lainnya juga baru saja dirasmikan, iaitu briged
Ansar Al-Syariah yang berpusat di Aleppo dan briged Tauhid Al Islam yang
berpusat di timur Ghouta. Brigade Ansar al-Syariah Brigade Tuhid Al Islamsumber
BAGHDAD 19 Okt. - Iraq semalam bertindak menghalang lebih 120 buah
bas yang membawa jemaah haji dari Turki daripada menyeberangi Arab Saudi
kerana penumpangnya tidak mempunyai visa yang dikeluarkan oleh negara
ini.
"Kerajaan memutuskan untuk menghantar balik 128 buah bas Turki itu
kerana mereka memasuki negara ini tanpa prosedur yang ditetapkan, kata
penasihat kepada Perdana Menteri Nuri al-Maliki, Ali al-Mussawi.
Tanpa mendedahkan jumlah penumpang di kenderaan kenderaan tersebut,
beliau berkata, bas itu dipercayai memasuki negara ini daripada wilayah
autonomi Kurdish di utara Iraq dan akan memasuki Arab Saudi menerusi
pintu sempadan Arar. - AFP
MOSCOW 16 Okt. - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak
perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas
pihak sekolah melarang pemakaian tudung.
Mufti wilayah Stavropol, Muhammad Rakhimov semalam berkata, beliau
menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak
perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah.
Katanya, isu tersebut menemui gagal diselesaikan selepas ibu bapa
murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid
perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu.
"Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah
dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur
tangan," jelasnya. - AFP
Arab Saudi dengan tegas membantah khabar angin yang beredar di laman
jejaring sosial bahawa air zam-zam telah dicampur dengan air biasa (yang
tidak bersumber dari mata air zam-zam).
"Spekulasi tentang keaslian air zam-zam yang dikumpul oleh pejabat
zam-zam tidaklah benar," kata Sulaiman Abu Ghelya, ketua Syarikat Pejabat
Zam-zam, kepada Arab News, pada Senin (15/10/2012).
Khabar angin telah beredar di jejaring sosial tentang dicampurkannya air
biasa ke dalam air zam-zam yang dipasok untuk para jemaah haji.
Tetapi Abu Ghelya menekankan bahawa khabar angin demikian adalah hal yang
bodoh, menekankan bahawa zam-zam adalah sebuah sungai di Surga yang tidak
akan pernah kering.
Setiap tahun, para jamaah haji kembali ke tanah air mereka setelah
selesai menunaikan ibadah haji dengan dibekali air yang diberkahi,
zam-zam.
Tahun ini, Kantor Seriat Zam-zam merancang untuk memasok 32 juta
liter air zam-zam kepada para jaemaah haji yang akan melaksanakan ibadah
haji musim ini.
Para pegawai Saudi mengatakan bahawa botol-botol berisi air zam-zam
akan dibagikan kepada para jamaah haji pada hari pertama bulan
Dzulhijjah 1433 H (17 Oktober 2012). Mereka memastikan tidak akan
ada penjualan air zam-zam secara ilegal.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis.
Menteri
Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat kesal dengan tindakan
biadab itu yang menggambarkan agama Islam secara negatif dan turut
menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, terutama apabila
karikatur ini diterbitkan selepas penyiaran video anti-Islam.
"Malaysia
berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara
berhemah dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Anifah berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil
pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa
sama mengambil langkah-langkah untuk membendung perbuatan provokatif
dengan apa cara sekalipun.
"Dalam hal ini, Malaysia menggesa
kerjasama antarabangsa lebih erat dalam mempromosikan dialog dan
pemahaman agama dan budaya antara satu sama lain bagi membolehkan
masyarakat dunia hidup bersama dengan aman," katanya.
Karikatur
anti-Islam dan video yang dirujuk Anifah itu mempersenda dan memfitnah
Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada
masyarakat Islam di seluruh dunia.
Kelompok HAM Human Rights Watch (HRW) mengatakan ada bukti Syria
menggunakan bom cluster terhadap pemberontak dan daerah berpenduduk di
seluruh negeri itu.
Kota yang menjadi target serangan bom cluster termasuk Maarat,
Tamanea, Taftanaz dan al-Tah. Bom cluster juga digunakan di daerah lain
di Homs, Aleppo dan wilayah Lattakia serta dekat Damsyik, kata
kelompok HAM tersebut.
“Syria mengabaikan penduduk awam dalam melakukan serangan udara,
yang sekarang tampaknya termasuk menjatuhkan bom-bom cluster yang
mematikan ke daerah padat penduduk,” kata Steve Goose, direktur HRW.
Seorang
ayah di Saudi mengampuni pembunuh anaknya jika pembunuh anaknya itu
berhasil menghafal Al-Quran, sebuah akhbar tempatan melaporkan pada hari
Sabtu lalu.
Rabi’ah al-Dousary, ayah dari pemuda yang terbunuh bernama Abdullah,
berjanji untuk mengampuni pembunuh anaknya yang sedang dihukum, Faisal
al-Ameri, jika pembunuh anaknya itu berhasil menghafal semua Al-Qur’an
sebelum meninggalkan penjara, surat kabar Saudi al-Yawm melaporkan.
Ameri sendiri sudah dijauhkan hukuman mati kerana membunuh Abdullah selama pertengkaran yang terjadi sesama mereka.
Ribuan sami Buddha turun ke jalan di dua kota utama Myanmar pada Isnin hari ini (15/10) untuk memprotes usaha badan dunia Islam yang akan
membantu Muslim Rohingya dalam kerusuhan di negara bahagian Rakhine, kata
penyelenggara aksi.
Sekitar 3.000 biksu Buddha, sambil berteriak dan membawa spanduk
bertuliskan “Tidak untuk OKI”, berbaris melalui pusat kota Yangon,
menurut seorang fotografer AFP, dalam demonstrasi terbaru menentang
hadirnya Organisasi Konferensi Islam (OKI) di negara tersebut.
Ribuan sami lainnya melakukan aksi protes di kota terbesar kedua di
Mandalay dan dalam demonstrasi lebih lanjut di kota Pakokku di wilayah
Magway di pusat Myanmar, menurut penyelenggara.
Myanmar (juga dikenal sebagai Birma, disebut “Burma”
di dunia Barat) hari Isnin (15/10) mengumumkan bahawa Organisasi
Kerjasama Islam (OKI) tidak diizinkan membuka pejabat cawangan di negara
itu, atau mencabut kesepakatan yang telah dipersetujui dengan OKI bulan lalu.
Presiden Burma, Thein Sein, memutuskan untuk menghentikan rancangan pembukaan pejabat Organisasi Kerja Sama Islam, OKI, tersebut.
OKI sebelumnya merancang akan membuka pejabat di dua kota Burma untuk
membantu Muslim Rohingya yang terkena dampak kekerasan antara umat
beragama beberapa waktu lalu.
Zaw Htay dari kantor kepresidenan menjelaskan keputusan itu kepada
media dalam sebuah sidang media berbahasa Burma. Ia mengatakan khabar
bahawa pembukaan pejabat cawangan OKI telah menyebar di kalangan warga
Burma. Tetapi, katanya, sesuai kehendak rakyat maka presiden tidak akan
mengizinkan dibukanya pejabat cawangan OKI di Burma.
Sebelumnya ribuan biksu Budha melakukan serangkaian tunjuk perasaan untuk menentang rancangan pembukaan pejabat OKI.
Revolusi
rakyat Syria menentang rejim Nushairiyah Bashar Al-Assad telah
memasuki bulan ke 19, namun keadaan kaum muslimin yang hidup di sana
semakin memprihatinkan. Rejim thaghut Syria bahkan telah menggunakan
bom cluster yang mana bom tersebut setelah meledak akan menghamburkan
puluhan bom-bom yang lebih kecil, seperti yang terjadi di wilayah
Maarat, hal itu disampaikan oleh Syeikh Ghayyats Abdul Baqi dalam acara
diskusi bertajuk “Setangkup Janji untuk Syria” yang diselenggarakan
oleh Hilal Ahmar Society (HASI) di bangunan Dewan Dakwah (DDII) Isnin
(15/10).
Keadaan itu diperburuk lagi dengan mulai masuknya musim dingin, yang
membuat para pelarian Syria semakin sengsara dan menderita.
“Syria saat ini sedang memasuki musim dingin, yang adakalanya turun
salji,” ujar Syeikh Ghayyats, seorang aktivis dakwah asal Syria dari
lembaga Syrian Society for Humanitarian Relief and Development.
MAKKAH 14 Okt. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin jemaah
Malaysia mampu menjalani hari Wukuf dengan lancar pada 25 Oktober ini (9
Zulhijjah).
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman
berkata, walaupun terdapat beberapa perubahan di kawasan melontar jamrah
dan pembinaan terowong baru di Mina, namun Tabung Haji sentiasa
berhubung dengan kerajaan Arab Saudi untuk perkembangan terkini.
Beliau juga bertemu pihak berkuasa haji Arab Saudi bagi
membincangkan keperluan jemaah Malaysia pada hari Wukuf terutama
berkaitan kelancaran sistem pengangkutan dan perkhemahan.
"Dalam pertemuan itu, kita sudah mendapat waktu yang sesuai untuk
membuat lontaran jamrah. Kita diberikan kebenaran melontar pada waktu
malam selepas Isyak pada 10 Zulhijjah," katanya kepada pemberita di ibu
pejabat Tabung Haji di sini. - BERNAMA
Mayat pemimpin Salafis, Hisham
al-Saedini dihantar ke Hospital Shifa, Gaza City. Hisham terbunuh dalam
serangan tentera udara Israel di utara bandar Jabaliya, Gaza, kelmarin. -
AFP
GAZA CITY 14 Okt. - Seorang penduduk Palestin maut dan beberapa orang
lagi cedera dalam serangan tentera udara Israel di Genting Gaza, hari
ini.
Serangan itu dilancarkan beberapa jam selepas serangan di wilayah
yang sama, semalam yang menyebabkan seorang pemimpin kanan Salafi dan
seorang lagi aktivis maut, menurut sumber keselamatan Palestin.
Sheikh Hisham al-Saedini, 43, yang dikenali sebagai Abu Al-Waleed
Al-Maqdissi, yang juga anggota Majlis Syura Mujahidin, maut dalam
serangan di utara pekan Jabaliya, semalam.
Fayek Abu Jazar, 42, turut terbunuh dalam serangan itu, manakala
seorang budak lelaki berusia 12 tahun merupakan antara mereka yang
cedera, menurut pegawai perubatan Palestin.
ALEPPO 15 Okt. - Tentera Syria semalam merampas semula sebuah masjid
bersejarah di bandar ini selepas berlaku pertempuran dengan pemberontak.
Tentera telah diusir oleh kumpulan bersenjata dari Masjid Umayyah
daripada terus berada di kawasan tersebut," kata seorang pegawai.
Rejim telah berjaya merampas kembali kawalan di Masjid Besar Umayyah
yang terletak Aleppo, berikutan pertempuran sengit dengan pejuang
pemberontak," kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan yang
mengesahkan kejadian tersebut. - AFP
DAMSYIK 13 Okt. - Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)-Liga Arab, Lakhdar Brahimi tiba di Istanbul hari ini bagi
mengadakan rundingan dengan pegawai Turki ketika ketegangan antara
Damsyik dan Ankara semakin meningkat ekoran penahanan pesawat penumpang
Syria.
Lawatan Brahimi menyusul beberapa hari selepas Turki mendakwa mereka
menemukan kelengkapan tentera Rusia pada pesawat penumpang Syria yang
ditahan di Ankara, Rabu lalu.
Dua negara berjiran itu saling berbalas serangan melepasi sempadan
masing-masing sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa Turki akan
terjerumus dalam konflik antara kerajaan Syria dengan pemberontak.
Utusan khas PBB itu yang sebelum ini telah mengadakan perbincangan di
Arab Saudi awal minggu ini, dijadual bertemu Menteri Luar Turki, Ahmet
Davutoglu.
Malah, terdapat juga laporan yang mengatakan Brahimi akan melawat Syria minggu depan.
Buat masa ini, Brahimi masih belum mengemukakan pelan damai bagi menghentikan pertumpahan darah di Syria.
Lawatan Brahimi ke Turki dibuat selepas perikatan pembangkang, Majlis
Kebangsaan Syria (SNC) menangguhkan mesyuarat yang menyasarkan untuk
memasukkan satu lagi sayap baru pemberontak ke dalam blok mereka yang
dijadualkan diadakan 17 Oktober ini.
Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan,
sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di seluruh negara, hari
ini.
Menurut mereka, pesawat perang tentera kerajaan Syria mengebom kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah utara Idlib.
Semalam, pemberontak mendakwa mereka telah menawan pangkalan tentera udara tentera Syria berhampiran bandar timur Aleppo. - DPA
Penduduk memerhatikan rangka bas yang
dibakar dalam satu pertempuran antara penyokong Presiden Mesir,
Mohammed Mursi dengan penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir,
Kaherah, kelmarin. - AFP
KAHERAH 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 110 orang cedera apabila
penyokong Presiden Mesir, Mohammed Mursi dan penyokong parti pembangkang
bertempur di Dataran Tahrir di sini semalam.
Pegawai berkata, kejadian berlaku selepas penyokong pergerakan Ikhwan
Muslimin pimpinan Mursi meruntuhkan satu pentas di dataran berkenaan,
lokasi parti pembangkang mengadakan perhimpunan bagi mengkritik Presiden
Mesir itu.
Pertempuran berlaku ketika kedua-dua kumpulan itu mengadakan perhimpunan berasingan di Dataran Tahrir.
Satu perhimpunan terdiri daripada aktivis berfahaman liberal dan
sekular mengkritik kegagalan Mursi mengotakan janjinya dalam tempoh 100
hari sejak memegang jawatan Presiden, manakala satu lagi perhimpunan
diadakan oleh Ikhwan Muslimin.
BEIRUT 14 Okt. - Pertumpahan darah di Syria telah mengorbankan
sekurang-kurangnya 33,082 orang dengan kebanyakannya adalah orang
awam, kata Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, semalam.
Kira-kira 1,000 orang telah terbunuh dalam tempoh lima hari lalu sahaja, kata badan yang berpangkalan di Britain itu.
Ini adalah perang dan tidak ada cara lain untuk menggambarkan
kekejaman di Syria," kata pengarah pertubuhan, Rami Abdel Rahman.
Sekurang-kurangnya 23,630 orang awam telah dibunuh, diikuti 8,211
tentera dan 1,241 adalah tentera yang berpaling tadah yang menyertai
pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad. - AFP
KAHERAH 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 200 orang cedera dalam satu
tunjuk perasaan melibatkan beribu-ribu penyokong dan pembangkang
Presiden Mesir, Mohammed Mursi di Dataran Tahrir, di sini semalam.
Penunjuk perasaan membaling batu dan botol, sebagai tanda tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Mursi.
Kejadian itu merupakan yang pertama berlaku sejak Mursi menjawat jawatan sebagai Presiden. - REUTERS
Anggota pemberontak Syria berlindung
di balik benteng diperbuat daripada batu bata semasa bertempur di
bandar Aleppo, Syria, kelmarin. - Reuters
BEIRUT 12 Okt. - Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera Syria terbunuh
dalam satu serangan yang dilakukan kumpulan pemberontak di sebuah pos
kawalan di wilayah Daraa, hari ini.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, serangan
yang berlaku di pos kawalan di Khirbata itu turut meragut enam nyawa
pemberontak, selain pertempuran juga dilaporkan berlaku di utara wilayah
Idlib dan Aleppo.
Serangan itu berlaku sehari selepas kira-kira 240 orang terkorban
dalam beberapa siri serangan di Syria melibatkan 92 anggota tentera, 67
anggota pemberontak dan 81 penduduk awam.
Di Idlib, beberapa jet pejuang tentera Syria dilaporkan membedil dua
buah bangunan di bandar Maaret al-Numan, manakala di Aleppo, kumpulan
pemberontak melancarkan serangan ke atas pasukan tentera udara di sebuah
lebuh raya yang menghubungkan wilayah tersebut ke Raqa.
"Kumpulan pemberontak bertempur dengan pasukan tentera udara Syria
bermula tengah malam semalam sehingga subuh ini," kata ketua pertubuhan
tersebut, Rami Abdel Rahman.
Lapangan terbang ketenteraan sering dijadikan sasaran serangan
pemberontak ketika pasukan tentera meningkatkan penggunaan jet pejuang
dan helikopter bagi melancarkan serangan.
Di bandar raya Aleppo, pasukan tentera Syria melancarkan serangan di
beberapa daerah termasuk Haidariyah, Sukari dan Fardoss. - AFP
KAPAL terbang penumpang Syria yang
dipintas oleh pesawat tempur Turki sebelum dipaksa mendarat di lapangan
terbang Esenboga, Ankara, kelmarin. - REUTERS
ISTANBUL 11 Okt. - Pesawat pejuang Turki memintas pesawat penumpang
Syria dan memaksanya mendarat di lapangan terbang Ankara, dekat sini,
semalam kerana disyaki membawa senjata dan peralatan ketenteraan.
Tindakan itu dilihat turut meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-
dua negara itu serta mencetuskan kebimbangan terhadap konflik serantau.
Pesawat Airbus A320 Syrian Air itu dalam perjalanan dari Moscow ke
Damsyik membawa kira-kira 37 penumpang, sebelum dipintas oleh jet
pejuang F16 Turki, ketika ia berada di ruang angkasa Turki, menurut
laporan televisyen milik kerajaan, TRT.
Beberapa jam kemudian, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata,
pesawat penumpang tersebut dibenarkan berlepas pulang, tetapi kargo
pesawat itu dirampas.
''Terdapat beberapa kargo yang tidak mengikut peraturan penerbangan awam,'' kata Ahmet yang dipetik oleh Anadolu Agency.
Pesawat milik Syria itu dipintas selepas beberapa jam Ketua Turus
Tentera Turki memberi amaran bahawa tentera negaranya akan memberi
tentangan sengit sekiranya wilayah Turki terus dibedil tentera Presiden
Syria, Bashar al-Assad.
''Kami bertekad untuk mengawal aktiviti pemindahan senjata kepada
tentera Assad yang dipercayai telah melakukan pembunuhan beramai-ramai
ke atas rakyatnya,'' kata Ahmet.
''Kami tidak dapat menerima sekiranya ruang udara kami digunakan bagi tujuan itu," katanya.
Pihak berkuasa Turki, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran peralatan yang dirampas dari pesawat itu.
Akhbar Hurriyet di dalam laman webnya yang memetik pegawai perisik
melaprokan barangan kargo itu adalah peralatan telekomunikasi, set tanpa
wayar dan 'jammer'.
Televisyen NTV, pula melaporkan beberapa 'peralatan peluru berpandu' ditemui di dalam bahagian kargo pesawat itu.
Ekoran insiden tersebut, syarikat penerbangan Turkish Airlines turut
menggantung semua penerbangan yang menggunakan ruang udara Syria selama
empat hari sehingga ketegangan antara kedua-dua negara kembali reda. -
REUTERS/AGENSI
Anggota Tentera Pembebasan Syria
berkeliaran di bandar Marat al-Numan selepas berjaya menawan bandar itu
pada 9 Oktober lalu. - REUTERS
BEIRUT 11 Okt. - Sekurang-kurangnya 69 orang
terbunuh dalam pertempuran terbaru antara tentera Syria dan pemberontak
di beberapa bandar di utara negara itu, menurut Pemantau Syria bagi Hak
Asasi Manusia, hari ini.
Angka kematian itu termasuk 15 orang awam, 21 anggota tentera dan 33
pemberontak, dalam pertempuran di wilayah utara Idlib, termasuk di
kawasan Maaret al-Numan dan beberapa bandar sekitar lebuh raya yang
menghubungkan antara Damsyik dan Aleppo, semalam.
Pesawat pejuang tentera turut bertindak mengebom kubu kuat
pemberontak di bandar Homs dan meneruskan serangan awal pagi ini di
bandar Maaret al-Numan, yang ditawan pemberontak selepas pertempuran
selama 48 jam. - AFP
CHIANG MAI 8 Okt. - Hampir 75,000 pelarian Rohingya dan Rakhine
Buddha kini hidup dalam kedaifan di khemah perlindungan sementara
berikutan konflik berterusan di negeri di barat Myanmar itu sejak Jun
lalu, menurut pekerja bantuan dan penduduk tempatan.
Setiausaha Pertubuhan Hak Asasi Manusia (RHRA) yang berpangkalan di
Bangkok, Mohammad Nawsim berkata, keadaan kini bertambah buruk dan
pelarian di Rakhine berdepan dengan masalah kesihatan seperti
cirit-birit, demam dan selesema.
�Kebanyakan mereka tinggal bersama dalam satu tempat yang sempit. Keadaan mereka lebih buruk daripada haiwan," katanya.
Pada 25 September lalu, kerajaan menganggarkan sebanyak 72,000
daripada etnik Rohingya beragama Islam dan hampir 3,000 daripada etnik
Rakhine beragama Buddha menjadi pelarian.
Mereka tinggal dalam 40 buah khemah perlindungan sementara di bandar
Sittwe dan Kyauktaw, lokasi yang hampir dengan sekolah dan tempat kerja.
Selepas keganasan tercetus pada Jun lalu, agensi bantuan telah
melawat empat kawasan terjejas dan mengenal pasti keperluan asas seperti
kebersihan serta bekalan air minum.
Beberapa khemah didapati hanya menyediakan satu tandas yang perlu dikongsi sekitar 100 pelarian.
Kata Nawsim, tidak banyak yang berubah sehingga kini dan kebanyakan
pelarian tidak kira tua atau muda mula jatuh sakit disebabkan keadaan
persekitaran yang teruk. - AGENSI
Pada hari Sabtu lalu, Al Arabiya menyiarkan fail rahsia Syria yang
diperoleh dari sumber-sumber penentang. File itu mengungkapkan bahawa
Hizbullah telah mengirim 250 “individu dukungan” ke kota Aleppo Syria
pada Mei 2011. Pada saat itu, Aleppo belum bergabung dalam pemberontakan
dan masih relatif tenang dan terkawal, sehingga cukup masuk akal bagi
rezim Assad untuk mendapat dukungan pihak asing di sana.
Eman Eddin al-Rasheed, Kepala Biro Politik di Dewan Nasional Syria,
mengatakan, terlepas bahawa rejim telah membangun tentera dengan cara
yang menjamin kesetiaan mutlak di saat yang paling sulit, rejim masih
memendam ketakutan dan paranoid. Assad takut pasukannya mungkin gagal
membela dia suatu hari nanti, dan itulah sebabnya ia tidak ragu-ragu
untuk mencari bantuan dari “tentera upahan Hizbullah di bulan-bulan
awal revolusi.
Pada bulan Ogos 2012, Al Arabiya menayangkan sebuah video yang
menunjukkan seorang lelaki bernama Hassan al-Salim Megdad yang diyakini
menjadi salah satu komandan Hizbullah yang ditangkap oleh pejuang Syria.(fq/aby)
Kelompok Syiah Hizbullah beroperasi di dalam perbatasan Syria,
dengan sekitar 1.500 agen yang menyediakan “dukungan luas” bagi rejim
Syria, akhbar The Times melaporkan, laporan ini menguatkan laporan
sebelumnya yang diperoleh Al Arabiya dari dokumen rahsia Syria yang
bocor, di mana Hizbullah terlibat aktif dalam kerusuhan di Syria pada
awal-awal pemberontakan.
Hizbullah sudah lama diyakini memberikan dukungan penting bagi Rejim
Presiden Syria Bashar al-Assad dalam usaha untuk meredam pemberontakan
nasional yang dimulai pada bulan Mac 2011 lalu.
Sumber yang dekat dengan kelompok Hizbullah Syiah-Lebanon dan anggota pakatan pemberontak Syria – Tentera pembebasan Syria – serta diplomat
Barat, telah menyatakan keterlibatan Hizbullah dalam krisis di Syria.
Namun Hizbullah telah berulang kali membantah keterlibatan mereka dalam konflik di negara tersebut.
Apakah Dajjal itu? Manusiakah? Jin? Kumpulan? Ideologi?
Gergasi? Lain-lain? Ada pelbagai pandangan para ilmuwan dan pengkaji. Tulisan
ini akan membentangkan beberapa sandaran berupa hadis dan atsar yang menyokong
pendapat yang mengatakan Dajjal itu ialah manusia.
SANDARAN-SANDARAN
DAN ULASAN
Suatu hari Rasulullah saw bermimpi bertawaf di Baitullah
dan dia ternampak Nabi Isa dan Dajjal. Katanya : “Dia (Dajjal) itu seorang yang gemuk, berkulit merah, berambut
keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang
masak.” (Bukhari).
Mula-mula Rasulullah ternampak Nabi Isa dan kemudian dia
ternampak Dajjal. Nabi Isa seorang manusia, maka berkemungkinan besar Dajjal
itu juga seorang manusia. Tambahan lagi ciri-ciri seperti gemuk, berkulit
merah, berambut keriting dan buta sebelah mata ialah ciri-ciri manusia.
(Nabi berkata kepada Saiyidina Umar) : “Jika dia (Ibnu Sayyad, seorang lelaki yang
disangkakan Dajjal oleh sebahagian sahabat) ialah Dajjal, maka engkau tidak
dapat menguasainya. Tapi jika dia bukan, maka tidak ada kebaikan untuk engkau
membunuhnya.” (Bukhari). (1)
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah sendiri tidak pasti
sama ada Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan. Dalam artikel ini, perbahasannya
bukanlah Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan, tetapi Dajjal itu manusia ataupun
bukan manusia. Oleh itu kita terus kepada matlamat kita.
Nampaknya Rasulullah sendiri tidak menolak kemungkinan
Dajjal ialah seorang manusia. Kalau tidak, sudah tentu awal-awal lagi dia sudah
memberitahu kepada para sahabat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal.
Muhammad bin Al-Munkadir berkata, “Aku
menyaksikan Jabir bin Abdullah bersumpah dengan nama Allah bahawa Ibnu Sayyad
ialah Dajjal. Aku bertanya kepadanya, “Engkau bersumpah dengan nama Allah?” Dia
menjawab , “Aku mendengar Umar bersumpah begitu di sisi Nabi tetapi baginda
tidak mengengkarinya.” (Bukhari)
Jelasnya Rasulullah tidak menolak bahawa Dajjal itu
seorang manusia. Jika tidak, sudah tentu dia mengengkari sumpah Saiyidina Umar
yang mengatakan Ibnu Sayyad ialah Dajjal.
Abdullah bin Umar berkata : “Demi Allah, aku
tidak ragu-ragu bahawa Al-Masih Dajjal ialah Ibnu Sayyad.” (Abu Daud)
Memang terdapat beberapa orang sahabat yang percaya
Dajjal ialah manusia, kerana Ibnu Sayyad seorang manusia.
“Dajjal cacat mata
kirinya dan rambutnya keriting seperti buih kerana lebatnya.” (Muslim)
Sekali imbas nampaknya ini ciri-ciri seorang manusia.
“Sesungguhnya
Dajjal itu matanya terhapus dan di atasnya terdapat selaput mata yang tebal…….”
(Muslim)
“Dajjal itu buta
matanya sebelah kiri dan lebat rambutnya.” (Muslim)
Ini juga ciri-ciri seorang manusia.
Lagi bukti para sahabat tidak menolak bahawa Dajjal ialah
manusia :
Ibnu Sayyad (yang dianggap Dajjal) berkata kepada Abu Said, “Aku bertemu orang
ramai dan mereka menyangka aku ini Dajjal. Bukankah engkau pernah mendengar
Rasulullah saw bersabdabahawa Dajjal
tidak punya anak?” Abu Said menjawab , “Betul.” Kata Ibnu Sayyad lagi : “Padahal
aku mempunyai anak…….” (Muslim)
Seterusnya :
“Sesudah itu Allah
mengutus Isa ibnu Maryam, ia seperti ‘Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafi, lalu
muncullah, kemudian dia membunuh Dajjal.” (Muslim, Ahmad)
Nabi Isa membunuh Dajjal. Pernyataan sebegini memang
sesuai untuk manusia.
Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan Tamim Ad-Dari bertemu
dengan Dajjal di sebuah pulau. Lelaki itu badannya besar dan terbelenggu.
Rasulullah sendiri mengesahkan orang itu ialah Dajjal.
KESIMPULAN
Berdasarkan sandaran-sandaran yang dikumpulkan ini,
memang sukar untuk kita menafikan bahawa Dajjal bukan manusia. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
26 September 2012
(1)Ibnu Sayyadberagama Islam, salah seorang sahabat Nabi, tinggal di Madinah,
mengerjakan haji dan pernah berjihad. Masih kecil ketika Rasulullah tiba di
Madinah. Ada maklumat mengatakan dia seorang Ansar dan ada yang kata dia
asalnya Yahudi Madinah.
Tentera Turki mengambil kedudukan di
pintu sempadan Akcakale, wilayah Sanliurfa, yang bersempadan dengan
Syria, semalam. - Reuters
ISTANBUL 7 Okt. - Turki terus membedil Syria
selepas bom mortar dari negara jirannya itu mengenai wilayahnya semalam,
sehari selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberi amaran
negara ini tidak segan silu untuk berperang jika diprovokasi.
Serangan semalam dibuat Ankara untuk hari keempat berturut-turut bagi
membalas bedilan tentera Syria selepas insiden yang menyebabkan lima
rakyatnya maut dalam kejadian pada Rabu lalu.
Pertempuran merentasi sempadan antara kedua-dua negara itu adalah
yang paling serius sejak kebangkitan rakyat tercetus di Syria yang
kemudiannya bertukar menjadi perang saudara.
Turki yang pernah menjadi sekutu kepada Syria, mengubah haluan
menentang Presiden Bashar al-Assad selepas pemimpin Damsyik itu
melancarkan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan dengan lebih
30,000 orang telah dilaporkan maut, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Turki yang mengendalikan kira-kira 100,000 pelarian Syria di kem-kem
di wilayahnya telah memberi perlindungan kepada pemimpin pemberontak,
selain menggesa Assad meletak jawatan.
Erdogan pada Jumaat lalu menegaskan negara ini tidak mahu berperang
tetapi memberi amaran supaya Syria tidak membuat 'kesilapan membawa
maut' dengan menguji pendirian mereka.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam berkata, lampu hijau
diluluskan Parlimen untuk melancarkan serangan merentasi sempadan dibuat
sebagai langkah pencegahan.
Sementara itu di Syria, hampir 50 anggota tentera termasuk
pemberontak terkorban dalam satu pertempuran berhampiran sempadan utara
negara itu.
Menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, seramai 40
anggota tentera dan sembilan pemberontak maut selepas kumpulan
pemberontak menawan sebuah pekan di barat laut di wilayah Idlib, Syria. -
REUTERS
BEIRUT 5 Okt. - Sekurang-kurangnya 21 anggota unit elit Pengawal
Republikan Syria dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran dengan
pemberontak di Damsyik, semalam.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria pada mulanya melaporkan 18
anggota tentera elit itu terbunuh, namun kemudian angka korban itu
meningkat kepada 21 orang.
�Menurut sumber perubatan dan saksi, angka kematian dijangka
meningkat," kata kumpulan aktivis yang berpangkalan di Britain itu. -
AFP
Seorang tentera pemberontak membalas
tembakan tentera kerajaan sewaktu pertempuran di bandar lama Aleppo di
utara Syria kelmarin. - AFP
BEIRUT 1 Okt. - Satu serangan udara tentera ke
atas pekan Salqeen di wilayah Idlib, Syria yang dikuasai kumpulan
pemberontak, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh
termasuk lima kanak-kanak, lapor kumpulan hak asasi manusia.
Pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan
di Britain, Rami Abdel Rahman berkata, tujuh orang turut dilaporkan
terbunuh dalam serangan meriam tentera kerajaan di wilayah Daraa, Hama
dan Homs.
Katanya, serangan udara itu mengenai beberapa bangunan yang dihuni
kira-kira 30 penduduk dan ada mangsa dipercayai mengalami kecederaan
parah dan tertimbus dalam runtuhan bangunan.
"Sekurang-kurangnya 17 penduduk awam termasuk lima kanak-kanak
terbunuh dalam serangan udara di pekan Salqeen dan angka kematian
dijangka meningkat ekoran jumlah mangsa yang cedera dilaporkan dalam
keadaan kritikal.
"Tiga daripada kanak-kanak terbabit dipercayai berasal daripada keluarga yang sama," katanya.
Dalam satu rakaman video amatur yang disiarkan oleh kumpulan aktivis
di Salqeen yang terletak kira-kira lima kilometer dari sempadan Turki,
beberapa mayat mangsa dilihat dilonggokkan di atas sebuah trak dengan
kesan luka yang teruk.
Namun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan.
Rami berkata, ambulans dari Turki terpaksa menunggu di Bab al-Hawa
untuk mengambil mangsa yang cedera ekoran tiada perkhidmatan hospital di
kawasan serangan.
Katanya, serangan udara itu dilancarkan selepas kegagalan tentera
kerajaan untuk memasuki pekan berkenaan awal pagi ini apabila ditentang
hebat kumpulan pemberontak. - AFP
Seorang penduduk memerhatikan kuil
Buddha yang hangus terbakar di Ramu, kira-kira 350 kilometer dari Dhaka,
Bangladesh, semalam. - AFP
DHAKA 30 Sept. - Beribu-ribu penunjuk perasaan membakar beberapa buah
tokong Buddha dan rumah kediaman di tenggara Bangladesh, hari ini
ekoran penyiaran gambar yang mengutuk agama Islam di laman sosial
Facebook.
Menurut pihak berkuasa Bangladesh, kira-kira 25,000 penunjuk perasaan
merusuh dan membakar lima tokong termasuk berpuluh-puluh rumah kediaman
di pekan Ramu kira-kira 350 kilometer dari Dhaka.
Pegawai Pentadbir Daerah, Joinul bari berkata, rusuhan tersebut
tercetus selepas seorang lelaki beragama Buddha berasal dari pekan itu
memuat turun gambar yang menghina Al-Quran di dalam Facebook.
"Kesemua penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membakar tokong dan kediaman penduduk Buddha sejak semalam hingga pagi ini.
"Kira-kira 100 buah kediaman musnah dan pasukan tentera serta
pengawal sempadan dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan,"
katanya.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Penduduk beragama Buddha merupakan golongan minoriti berjumlah kurang satu peratus daripada 153 juta populasi Bangladesh.
Beberapa minggu lalu, beribu-ribu penduduk Islam di negara ini
mengadakan demonstrasi mengecam filem anti-Islam yang menghina Nabi
Muhammad SAW di YouTube. - AFP
KABUL 1 Okt. - Satu serangan berani mati dilancarkan di timur
Afghanistan hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk
tiga tentera NATO dan empat polis Afghanistan.
Tiga orang awam juga disahkan maut manakala 13 lagi cedera dalam
serangan ke atas pasukan peronda jalan kaki NATO-Afghan di bandar Khost,
kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najeeb Danish. = AFP