Monday, January 30, 2012

Pertama Kali SAUDI Benarkan Wanita Tonton Bolasepak

Sebuah laporan dari akhbar yang dikelola pemerintah Saudi Arabia menyatakan bahawa untuk pertama kalinya negara Muslim yang dianggap konservatif ini, wanita akan diizinkan untuk menghadiri pertandingan sepak bola di salah satu stadium di negara tersebut.

Akhbar Al-Sharq pada hari Sabtu lalu (28/1) memetik pegawai yang tidak disebutkan namanya yang mengatakan bahawa wanita akan dapat menonton pertandingan sepak bola di fasiliti baru yang akan selesai pada tahun 2014 di kota pelabuhan barat Jeddah.

Pegawai itu mengatakan bahawa stadium baru akan mencakup balkoni khusus keluarga dengan kabin peribadi dan balkoni khusus wanita yang ingin menghadiri pertandingan bolasepak.

Aturan yang ketat di Arab Saudi, melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram saling bercampur baur. (fq/aby)

sumber

Hamas Berpeluang Buka Pejabat di TURKI

Pada saat pegawai Hamas di Damsyik mulai berkemas untuk meninggalkan negara itu dalam usaha mencari lokasi markas baru mereka, presiden Turki menyatakan bahawa negara mereka terbuka lebar bagi sebuah pejabat Hamas di Turki.

"Turki telah menjadi salah satu pendukung terkuat dari masalah Palestin," kata Presiden Abdullah Gul seperti dikutip media saat berbicara kepada wartawan di Ankara Esenboga Lapangan Terbang Internasional sebelum keberangkatannya ke UEA.

"Hamas adalah sebuah lembaga politik yang masuk ke dalam pemilu di wilayah Palestin di Gaza dan berkuasa melalui suara rakyat," kata Gul.

"Kontak kami [dengan Hamas] telah berlangsung konstan, tetapi kami akan terpaksa menunggu dan melihat apa yang mungkin terjadi ke depannya," tambahnya, tanpa mengabaikan kemungkinan bahwa Hamas mungkin akan lebih banyak terlibat dengan Turki di masa depan.

SUMBER

Misyal ke JORDAN Selepas 10 Tahun Diusir

Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misyaal pada hari Ahad semalam (29/1) melakukan kunjungan rasmi pertamanya ke Jordan sejak kerajaan tersebut mengusirnya lebih dari satu dekad lalu dan mengadakan perincangan dengan Raja Abdullah.

Misyaal didampingi oleh Putera Mahkota Qatar Syaikh Tamim bin Hamad al-Thani selama kunjungannya ke negara itu. Kunjungan ke Qatar telah direncanakan sebelum pemberontakan meletus di Syria, di mana Hamas di Syria memiliki markas utama di luar Jalur Gaza.

Baik Hamas dan Jordan telah membantah bahawa gerakan Islam tersebut dapat memindahkan markas besarnya dari Damsyik, di mana banyak kepemimpinan Hamas di Jordan yang direlokasi setelah diusir dari kerajaan itu pada tahun 1999. Konflik Syria sendiri telah memaksa Hamas untuk memindahkan beberapa aktivis dan keluarga mereka ke luar negeri.

"Pembicaraan tentang kunjungan tersebut memang didahului peristiwa di Syria namun hal itu tidak terkait," kata Izzat Risheq, seorang pegawai tinggi Hamas,.

Pegawai Hamas dan Jordan mengatakan kedua belah pihak tidak membahas pembukaan kembali pejabat Hamas di Jordan.

Misyaal sendiri mengatakan dia berharap pertemuannya dengan raja Abdullah akan diikuti oleh bab-bab lain dalam hubungan yang kuat dengan negara itu.

"Hamas kuaatir tentang keamanan dan kestabilan Jordan dan kami respek akan hal ini," katanya.(fq/wb)

sumber

Kenyataan Anwar Tentang Israel Dikesali

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merakamkan sepenuh sokongan kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel adalah satu kenyataan yang menyedihkan dan memalukan serta patut dikesali dan dikecam, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

NONEBeliau berkata kenyataan PKR itu secara langsung jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan Anwar terhadap segala tindakan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Tindakan yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negaranya termasuklah serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, penangkapan dan pemenjaraan rakyat Palestin
sewenang-wenangnya, pembunuhan rakyat Palestin terutama para pemimpin melalui serangan bom dan peluru berpandu, pembinaan tembok haram yang merentas dan merampas kawasan kediaman orang Palestin.

Pengusiran rakyat Palestin dari kawasan kediaman mereka, pembinaan penempatan haram Israel di kawasan rakyat Palestin, sungguhpun dikecam oleh masyarakat antarabangsa serta pelbagai lagi pelaksanaan dasar yang menindas dan menganiayai rakyat Palestin, katanya.

"Saya ingin menegaskan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan Israel seperti dijelaskan, malah telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa," kata Anifah dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

NONEKetika ditemuramah akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.

Anifah berkata kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

"Malaysia menggesa supaya semua pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan saksama berdasarkan pelan damai dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan di mana kedua-dua buah negara dapat hidup bersebelahan dengan satu sama lain dalam keadaan aman dan selamat," katanya.

Katanya adalah jelas kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah semata-mata untuk meraih kembali sokongan masyarakat Yahudi dan penyokong Israel kepada beliau dalam usaha mendapatkan sokongan antarabangsa bagi menghadapi pilihan raya.

NONE"Seperti yang kita ketahui, kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac 2010 yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep regim Zionis Israel telah membawa kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

"Dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar di Wall Street Journal itu, jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian beliau berhubung isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata kenyataan Anwar yang disiarkan dalam Wall Street Journal itu juga jelas, kecuali jika beliau ingin mendakwa akhbar tersebut telah melakukan kesilapan.

- Bernama

sumber

Saturday, January 28, 2012

PALESTIN - Misyal Menyusup Keluar dari SYRIA

Pemimpin gerakan Islam Palestina Hamas, Khalid Misyaal, secara efektif telah meninggalkan markasnya di ibukota Syria, Damsyik, diplomatik dan sumber-sumber intelijen mengatakan pada Jumaat (27/1).

"Misyaal tidak tinggal di Syria saat dia boleh melakukannya,"kata seorang diplomat di wilayah itu yang berbicara dalam kondisi anonimiti.

Sebuah sumber intelijen regional, yang juga tidak ingin diidentifikasi, mengatakan: "Dia tidak akan kembali ke Syria. Itu keputusan yang dia buat. Masih ada kehadiran Hamas di sana, tapi itu tidak signifikan."

sumber

CHINA - 2 Muslim Uighur Dipenjara Seumur Hidup

BEIJING 27 Jan. - Mahkamah China hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua orang penduduk Islam Uighur yang diusir dari Kemboja, lapor Stesen Radio Free Asia.

Tindakan itu, sekali gus menunjukkan tiada tanda-tanda Beijing akan melonggarkan cengkaman terhadap wilayah autonomi Uighur di Xinjiang yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli.

Hukuman itu dilaksanakan ketika China mahu memastikan kestabilan diutamakan dan dicapai menjelang peralihan kepimpinan hujung tahun ini.

Namun, tiada butiran lanjut mengenai kesalahan kedua-dua penduduk terbabit.

Dua penduduk Islam Uighur itu merupakan antara 20 pencari suaka politik di Kemboja selepas rusuhan etnik meletus antara penduduk Uighur dengan penduduk China Han di ibu negeri Xinjiang, Urumqi pada Julai 2009 yang menyebabkan hampir 200 orang terbunuh.

Radio Free Asia yang memetik kenyataan kumpulan aktivis melaporkan, kumpulan suaka politik itu melarikan diri selepas menyaksikan pihak keselamatan menggunakan senjata serta menahan penunjuk perasaan Uighur semasa rusuhan tersebut.

Beberapa ahli kumpulan suaka politik itu turut dipenjarakan selama 17 tahun dan bakinya tidak diketahui memandangkan perbicaraan mahkamah dikendalikan secara rahsia.

Presiden Persatuan Uighur Amerika Syarikat, Alim Seytoff berkata, tindakan China itu sepatutnya mendapat perhatian dunia terhadap layanan Beijing kepada pencari suaka politik Uighur.

"Etnik Uighur di Kemboja dihantar semula ke China dan ditindas atas tindakan mereka melarikan diri ketika keganasan tercetus.

"Kita tidak boleh membiarkan kerajaan China menekan pencari suaka politik Uighur yang berada di negara lain," katanya. - REUTERS

sumber

PALESTIN - Budak 1 Tahun Gigit Kepala Ular

BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP


SUMBER

Friday, January 27, 2012

PALESTIN - Zionis Bakal Guna Bom Fosforus

Tentara Israel akan menggunakan bom fosforus putih yang dilarang dunia antarabangsa dalam agresi ke Jalur Gaza di masa depan, media Israel melaporkan.

Akhbar Israel edisi bahasa Inggeris, Jerusalem Post mengatakan pada laman webnya pada hari Khamis (26/1) bahwa seorang aktivis hak asasi manusia Israel, yang juga seorang pengacara telah mengajukan permintaan kepada pengadilan tinggi Israel menuntut larangan penggunaan bom fosforus putih dalam serangan militer terutama di front selatan, namun tentera Israel menolak permintaan tersebut, menambahkan bahawa mereka hanya akan "membatasi" penggunaan dari bom fosforus putih bukan menghapusnya.

Yair Naveh, Timbalan Ketua staf militer AS, mengatakan dia telah mengeluarkan perintah untuk membatasi penggunaan bom ini untuk serangan minimum dalam hal jika terjadi operasi militer di masa depan terhadap jalur Gaza.

Komando selatan tentara Israel baru-baru ini memerintahkan berbagai divisyen mereka untuk mempersiapkan serangan besar-besaran di Gaza dalam beberapa bulan mendatang.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Briged Al-Qassam Mahu Misyal Tidak Bersara

Kepala Politbiro Hamas Khalid Misyaal dilaporkan bertemu dengan delegasi sayap militer Hamas di Kairo pada hari Kamis kemarin (26/1).

Menurut akhbar berbahasa Arab yang berpusat di London Al-Hayat, pertemuan yang dipimpin oleh pimpinan Brigade Izzuddin Al-Qassam Ahmad Jabari dan wakilnya Marwan Issa, mendesak Misyaal tidak berundur dari jabatannya.

Ketua Biro Politik Hamas baru-baru ini mengumumkan dia tidak akan menduduki kembali posisinya, pada saat para pemimpin Hamas mulai membicarakan pengganti dirinya.

Namun, awal minggu ini, akhbar London berbahasa Arab Al-Sharq Al-Awsat melaporkan bahawa Misyaal merubah sikapnya dan dia akan terus berkhidmat sebagai ketua biro politik Hamas.

Laporan itu mengatakan bahawa pertemuan anggota dewan syura Hamas, yang diselenggarakan di Khartoum tiga minggu lalu, menolak permintaan Misyaal untuk berundur.(fq/ynet)

sumber

SYRIA - Tentera Bunuh 14 Orang

Askar yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad membunuh 14 anggota sebuah keluarga Sunni di kota Homs pada hari Khamis (26/1) dalam salah satu serangan sektarian, aktivis dan penduduk mengatakan.

Lapan kanak-kanak, berusia lapan bulan hingga sembilan tahun termasuk di antara 14 anggota keluarga Bahader ditembak atau diseksa sampai mati di sebuah bangunan di lingkungan Al-Zeitoun kota Homs, 140-km (88 mil) utara Damsyik, kata mereka.

sumber

Terbukti IRAN Bantu SYRIA Menzalimi Rakyatnya

Sebuah kelompok pembangkang Syria "Tentara Pembebasan Syria" telah mernyiarkan sebuah video yang menunjukkan apa yang mereka katakan tujuh warga Iran, termasuk lima anggota Pengawal Revolusi, yang ditangkap di kota Homs.

Video itu menunjukkan dokumen perjalanan dari tawanan, beberapa di antaranya tampak berbicara dalam bahasa Parsi.

Kelompok oposisi bersenjata Syria, yang menyebut dirinya "Brigade Al-Faruq Tentara Bebas Syria," juga menyiarkan pernyataan yang menyerukan pemimpin tertinggi Iran Ali Khamanei untuk mengakui dalam kata-kata secara eksplisit dan jelas bahawa adanya unsur Garda Revolusi Iran di Syria dalam rangka untuk membantu rejim Assad menindas keras rakyat Syria.

Kelompok ini juga mendesak Khamanei untuk menarik semua pejuang Garda Revolusi dari Syria, dan berjanji mereka akan membebaskan semua tawanan pejuang Iran.

Kelompok itu mengatakan lima dari mereka yang diculik adalah militer yang bekerja dengan pasukan intelijen udara Syria dan dua orang merupakan warga "berstatus awam" sebagai karyawan di sebuah penjana elektrik di Homs.

Mereka menambahkan bahawa semua tujuh tawanan memasuki Syria selama pemberontakan dan pasport dari lima orang militer tersebut tidak mengandung visa, menambahkan mereka akan segera membebeaskan dua warga sipil Iran.

Kelompok oposisi Syria sebelumnya telah menuduh Iran dan kelompok Hizbullah Liebanon membantu pasukan Presiden Bashar al-Assad dalam penumpasan berdarah terhadap para pendemo.

Uni Koordinasi Revolusi Syria melaporkan pada 17 Januari lalu, sekelompok pejuang Hizbullah telah menyerang pendemo awam di dekat Damsyik dengan roket BM-21Grad buatan Rusia.

"Serangan itu dikoordinasikan dengan pasukan Presiden Bashar Assad," kata kelompok oposisi Syria.

Sebuah sumber dari Garda Revolusi Iran (IRGC) mengatakan kepada Al Arabiya pada 16 Januari lalu bahwa "pemerintah Iran belum ikut campur dalam situasi di Syria," namun menekankan bahawa Theran berkomitmen untuk sebuah perjanjian pertahanan bersama dengan Damsyik.

"Kami dan saudara-saudara kami di Iraq serta Lebanon melindungi Syria," jelas sumber itu dalam referensi yang jelas kepada pemerintah Nouri al-Malikil dan Hizbullah, yang keduanya sekutu Iran(fq/aby)

sumber

Thursday, January 26, 2012

PALESTIN - Tokoh Agama Juga Ditangkap Zionis

Tentera Israel pada Selasa malam lepas (24/1), menculik Syeikh Muhammad Freihat, 46 tahun, seorang tokoh agama dan pemimpin politik gerakan Hamas, di Al-Yamoun, sebelah barat kota Tebing Barat utara, Jenin.

Sumber-sumber tempatanmelaporkan bahawa puluhan tentara Israel masuk ke rumah Freihat, memaksa dia dan keluarganya keluar, sebelum menyelongkar isi rumahnya.

Freihat kemudian diikat dan ditutup matanya sebelum dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan.

Tokoh agama yang diculik ini adalah mantan hakim pengadilan Islam di daerah Jenin, ia dilucutkan dari jabatannya empat tahun lalu di bawah keputusan politik yang langsung dibuat oleh Pihak Berkuasa Palestina di Tebing Barat.

sumber

PALESTIN - Zionis Tangkap Seorang Guru


Pasukan Zionis Israel pada hari Selasa (24/1/2012) menahan seorang guru setelah menyerbu rumahnya di cesa Arura, dekat Ramallah, salah satu organisasi HAM menyatakan.

Pasukan Israel menghancurkan kaca jendela di rumah Narmin Saleh dan menyita telefon dan komputernya sebelum menangkap Saleh, Mandela Institute for Human Rights menyatakan.

Narmin Saleh, yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab di sekolah Sanjal diperosokkan ke dalam Penjara Rusia, salah satu pusat introgasi Israel di Jerusalem.

Jurucakap militer Israel membenarkan aksi penangkapan tersebut tanpa memberikan rincian lebih lanjut. (althaf/arrahmah.com)

MESIR - Ulangtahun Revolusi di Tahrir Square

Ribuan warga Mesir mulai berkumpul di Kaherah Tahrir Square untuk memperingati ulang tahun pertama dimulainya pemberontakan rakyat yang menggulingkan pemimpin autotiter lama Hosni Mubarak.

Para sukarelawan terlihat melakukan pemeriksaan KTP dan melakukan pencarian dari ribuan pendemo yang mulai berbondong-bondong menuju dan memenuhi alun-alun kota pada hari Rabu ini (25/1).

Tidak ada pasukan tentera atau polis di tempat basis pemberontakan anti Mubarak yang berlangsung selama 18-hari tersebut.

Jenderal militer mengambil alih kekuasaan dari Mubarak ketika ia mengundurkan diri pada 11 Februari 2011. Presiden terguling itu sekarang diadili atas tuduhan keterlibatannya dalam pembunuhan ratusan demonstran selama pemberontakan. Dia dan dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal juga menghadapi tuduhan terpisah atas akorupsi dalam kes yang sama.(fq/ap)


sumber

Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam?

Setelah membuat kehebohan dengan menerbitkan buku kontroversi iaitu buku panduan hubungan suami isteri, Kelab Taat Suami Malaysia hari ini (25/1) melancarkan kempen terbaru mereka yang juga bakal mencetuskan kontroversi iaitu “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” dalam menyambut Maulid Nabi SAW pada tahun ini.

Kempen dijadualkan selama 12 hari itu (yang dimulai hari ini) bertujuan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Hijriah Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, kempen ini dilakukan untuk mengajak umat Islam terutama pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah SAW.

Dalam sambutannya beliau menyatakan bahwa banyak umat Islam saat ini sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.

“Sudah tentu Rasulullah SAW mesti menjadi panduan dalam segala hal, termasuk dalam aspek ibadah keluarga bahkan dalam kehidupan seksual. Masih banyak umat Islam yang tidak mengamalkan apa yang Rasulullah ajarkan tentang hubungan suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari."

“Dalam kehidupan biasa hal itu bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita ingin mengajak umat Islam mendukung melaksanakan kehidupan Islam yang sebenarnya," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara.

Fauziah menegaskan, jika umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandaskan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dihindari.

“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki menikah dengan sesama lelaki dan wanita menikah dengan sesama wanita,” tegasnya.

Dalam kata sambutannya, Fauziah mengatakan bahawa Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun hal itu mesti dalam ikatan “seks suci” antara suami isteri.

“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Allah.

“Kami merasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” ujarnya.

Sebelum ini Kelab Taat Suami Malaysia menerbitkan buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks tersebut.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai hubungan seks suami isteri secara terperinci.(fq/myinsdr)

sumber

Fenomena Ribut Matahari

WASHINGTON 25 Jan. - Radiasi solar daripada ribut matahari paling kencang dalam tempoh hampir sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi semalam, memaksa sebuah syarikat penerbangan mengubah laluan pesawatnya.

Fenomena alam itu juga mendorong pemerhati cakerawala menjejaki pertunjukan cahaya yang menakjubkan di langit.

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Delta Air Lines berkata, pihaknya telah mengubah laluan penerbangan merentas kutub di antara Asia dan AS bagi mengelakkan masalah berpunca daripada radiasi solar itu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan, radiasi yang disebut sebagai coronal mass ejection (CME) itu mula bertembung dengan medan magnet Bumi pada sekitar 10 pagi semalam (11 malam tadi waktu Malaysia).

Menurut NASA, ribut itu kini dianggap sebagai yang terbesar sejak Oktober 2003.

Ribut radiasi solar tidak memudaratkan manusia di Bumi tetapi boleh menjejaskan operasi satelit dan radio gelombang pendek.

Radiasi solar itu dijangka berterusan menghujani atmosfera Bumi sehingga hari ini, dan potensinya untuk mengganggu komunikasi satelit di kawasan kutub menjadi punca perubahan haluan penerbangan, kata pegawai syarikat penerbangan.

Delta yang merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar di dunia mengubah haluan sebilangan kecil penerbangannya kerana ribut solar itu berpotensi memberi kesan terhadap peralatan komunikasi, kata jurucakap, Anthony Black.

Penerbangan dari Hong Kong, Shanghai dan Seoul mengambil laluan yang lebih menghala ke selatan selepas ribut solar itu mula meletus pada Ahad lalu.

Disebabkan kekuatan luar biasa radiasi yang menghujani Bumi, pertunjukan aurora borealis atau 'Cahaya Utara' yang menakjubkan, selalunya dilihat hampir dengan Kutub Utara pada waktu ini, boleh dilihat lebih jauh ke selatan di Scotland dan utara England serta latitud lebih rendah di AS. - AFP

sumber

Calon Gabenor Acheh Lalui Ujian Baca Quran

JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.

Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.

Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN

sumber


SATU UMAT : Semua calon politik Malaysia sepatutnya melalui ujian ini juga.

AS Tekad Halang Nuklear IRAN

WASHINGTON 25 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, penyelesaian masih boleh dicapai secara aman dalam konfrontasi antarabangsa dengan Iran berhubung program nuklearnya tetapi beliau enggan menolak tindakan ketenteraan sebagai satu pilihan.

Kenyataan Obama itu membayangkan kesempatan untuk diplomasi semakin terhad, terutamanya ketika Iran sudah mengancam untuk menutup Selat Hormuz iaitu laluan utama bagi bekalan minyak dunia, ekoran sekatan antarabangsa yang semakin ketat dihadapinya.

Masyarakat antarabangsa sudah mengatasi perbalahan (berhubung isu Iran) dan kini bersepakat mengenai langkah untuk menyekat cita-cita nuklear Iran, kata Obama dalam ucapan tahunannya kepada anggota kedua-dua dewan Kongres AS, malam tadi.

Kesepakatan tersebut dicapai menerusi 'kekuatan diplomasi kita', kata Presiden itu, tanpa menyentuh kenyataan bahawa Rusia dan China terus berkeras menentang tindakan untuk memperketatkan sekatan ke atas Teheran.

"Amerika bertekad untuk menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear, dan saya tidak menolak sebarang tindakan untuk mencapai matlamat itu.

"Namun penyelesaian isu ini masih boleh dicapai secara aman, dan inilah yang jauh lebih baik," kata Obama.

Presiden daripada Parti Demokrat itu menyampaikan ucapan 'State of the Union' tersebut 10 bulan sebelum beliau dijadual bertanding semula untuk menduduki penggal kedua di White House.

Lawan Obama daripada Parti Republikan menggambarkan beliau sebagai tidak tegas terhadap Iran.

Pada November lalu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan, agensi itu mendapat gambaran keseluruhan bahawa Teheran 'menjalankan beberapa aktiviti yang ada kaitan dengan pembangunan sebuah bom nuklear'.

Teheran menolak laporan itu sebagai tidak berasas. - AFP

sumber

MESIR Tahan LIBYA Airlines

KAHERAH 26 Jan. – Penemuan satu objek yang disyaki bom mengakibatkan penerbangan sebuah pesawat Libya Airlines dibatalkan, semalam.

‘Objek besi’ itu ditemui beberapa minit sebelum pesawat 203 ke Tripoli berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir.

“Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, sepasukan pakar bom dan pengawal keselamatan di bawa ke dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan.

“Namun, tiada apa yang ditemui dan pihak berkuasa kini sedang menyoal siasat kesemua 75 penumpang pesawat tersebut,” kata pegawai lapangan terbang.

Menurut beliau, pesawat tersebut ketika ini ditahan di Kaherah sehingga siasatan selesai. – AFP

sumber

Wednesday, January 25, 2012

PALESTIN - 5 Serangan Udara Zionis


Militer Zionis Israel kembali melancarkan lima serangan udara di Jalur Gaza, sejumlah saksi mata menyatakan, namun sejauh ini belum dilaporkan adanya korban jiwa.

Angkatan udara Israel mendakwa pesawat tempurnya mensasarkan “kilang senjata” di pusat kota dan juga tiga terowong yang biasa digunakan oleh warga Palestin di Jalur Gaza untuk memperoleh barang-barang keperluannya.

Israel secara berterusan mensasarkan Jalur Gaza, membunuhi dan melukai warga Palestin. Sebagian besar korban adalah wanita dan kanak-kanak.

Warga Palestin di Jalur Gaza saat ini hidup di bawah kungkungan penjajahan Israel. Media menyebut Palestin sebagai penjara terbesar di dunia kerana Zionis menguasai penuh wilayah udara, perairan, dan perbatasan darat. (althaf/arrahmah.com)

PALESTIN - Zionis Culik 2 Lagi Pegawai Hamas


Pasukan zionis Israel telah menculik lagi dua pegawai tinggi Hamas dalam serangan terhadap pejabat-pejabat Palang Merah di timur al-Al-Quds (Jerusalem).

Menurut jurucakap Jawatankuasa Internasional Palang Merah (ICRC), pasukan zionis Israel memasuki kompleks pada hari Isnin (23/1/2012) dan menangkap mantan menteri Hamas untuk al-Quds, Khaled Abu Arafeh dan Mohammed Totah.

Sebuah sumber Hamas di Tepi Barat telah mengatakan bahwa penangkapan dua orang tersebut terjadi di dalam kompleks ICRC.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, telah menyatakan bahawa polis tidak menginjakkan kaki di dalam kompleks Palang Merah dan bahwa dua orang itu ditangkap di luar gedung Palang Merah di Sheikh Jarrah.

Dalam usaha untuk menghindari ditangkap dan dideportasi dari kampung halaman mereka, dua pegawai Hamas telah mengungsi di dalam kompleks Palang Merah sejak 1 Julai 2010 setelah Israel mencabut “Identiti al Quds” mereka..

Tuesday, January 24, 2012

SRI LANKA - Ratusan Ahli Jemaah Tabligh Diusir

Sri Lanka dilaporkan memerintahkan pengusiran 161 aktivis dakwah asing untuk meninggalkan negara itu atas tuduhan pelanggaran peraturan visa.

Seorang pegawai imigrasi dikutip media mengatakan bahawa para aktivis dakwah tersebut tidak memiliki hak untuk berkhutbah di masjid-masjid kerana mereka tiba di Sri Lanka dengan visa pelawat.

Ia juga mengatakan bahawa beberapa Muslim telah telah mengeluh bahawa para aktivis dakwah tersebut dianggap tidak mengajarkan bentuk moderat Islam.

Para pendakwah - dari Bangladesh, India, Pakistan, Maldives dan negara-negara Arab - sekarang mesti meninggalkan Sri Lanka pada tanggal 31 Januari.

"Mereka telah melanggar undang-undang imigrasi. Visa pelancong hanya boleh digunakan untuk liburan atau kunjungan keluarga, dan tidak untuk berdakwah," kata ketua imigrasi Sri Lanka Chulananda Perera kepada pejabat berita AFP.

sumber

Kolumnis Pertahan Dakwaan Rosmah Berbelanja Besar

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

sumber

Sunday, January 22, 2012

PALESTIN - Israel Tangkap Ahli Parlimen Hamas

Pasukan Israel telah menangkap Khalid Tafish Dweib, seorang anggota legislatif Palestin dari Hamas, setelah menyerbu rumahnya di Betlehem.

Penahanan Dweib disahkan oleh jurucakap militer Israel pada hari Khamis lalu, yang mengatakan bahawa ia dituduh "atas dakwaan keterlibatan dengan pengganas."

Menurut Addameer, kepala lembaga yang mendukung Tawanan Palestin dan hak-hak asasi manusia, ini adalah ketiga kalinya ia telah ditangkap oleh rejim Israel sejak tahun 2002.

sumber

Janda Pattani Maut Ditembak di Kubur Suaminya

Penyerang tak dikenal membunuh seorang janda, saat dia membaca Al-Quran di makam suaminya di wilayah selatan Thailand Pattani, laporan mengatakan Sabtu ini (21/1).

Joh Songsa, 49 tahun, ditemukan Jumaat lalu (20/1) terbunuh di depan makam suaminya, Bangkok Post melaporkan.

Polis mengatakan Joh ditembak di bahagian belakang kepalanya di Sai Buri distrik Pattani, 700 kilometer sebelah selatan kota Bangkok.

Janda, yang meninggal seketika setelah ditembak, sering mengunjungi kuburan suaminya dan membacakan al-Quran, kata polis. Pihak berkuasa menyalahkan kelompok pemisah sebagai pelaku penyerangan.

Sejak kematian suaminya, Joh dilaporkan telah memanfaatkan sebuah program pemerintah yang memberikan bantuan kepada keluarga yang terkena dampak kekerasan.

Empat provinsi selatan Narathiwat, Pattani, Satun dan Yala adalah provinsi majoriti Muslim di Thailand yang didominasi Buddha.

Wilayah ini telah melihat peningkatan aksi kekerasan sejak Januari 2004 yang telah mengorbankan lebih dari 5.200 jiwa.(fq/bikyamasr)

sumber

MESIR - Parti2 Islam Menang 75 Peratus

Hasil akhir pada hari Sabtu lalu (21/1) menunjukkan bahawa parti-parti Islam memenangi hampir tiga-perempat dari kerusi di parlimen dalam pilihan raya Mesir pertama sejak penggulingan Presiden Hosni Mubarak yang kuku besi, menurut para pegawai pilihanraya dan kelompok politik.

Dominasi kelompok Islam di parlimen Mesir telah mencemaskan kaum liberal dan bahkan beberapa kelompok konservatif mengusulkan adanya legislatif baru, yang akan bertugas membentuk sebuah komite untuk menulis sebuah konstitusi baru. Masih belum jelas apakah konstitusi akan ditulis sementara jenderal yang merebut kekuasaan setelah kejatuhan Mubarak masih berkuasa, atau setelah pemilihan presiden musim panas ini.

Dalam pemilihan untuk majlis rendah parlimen, koalisi yang dipimpin oleh Ikhwanul Muslimin menang 47 peratus, atau mendapat 235 kursi di parlimen dari total 498-kerusi. Parti salafi An-Nur di urutan kedua dengan 25 peratus, atau 125 kursi.

Para Salafi An-Nur, telah membuat kejutan terbesar dengan perolehan suara yang signifikan, dan dengan tegas ingin menerapkan undang-undang Islam di Mesir. Sementara itu Ikhwan lebih moderat, telah mengatakan secara terbuka bahawa mereka tidak berusaha memaksa pandangan Islam terkait tentang gaya hidup yang sesuai di Mesir. (fq/ap)

sumber

Rosmah Belanja RM 325,000 di Sdyney - Akhbar Australia

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).

Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.

Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju dan seluar diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

sumber

Saturday, January 21, 2012

PALESTIN - Perisik Israel Cederakan 3 Orang

Agen rahsia Israel menyerbu desa Aisawiya di Jerusalem yang diduduki dan menembak warga awam, melukai tiga pemuda serta menahan dua anak.

Syeikh Raid Abu Rayala, anggota komite koordinasi dan tindak lanjut di desa tersebut, mengatakan bahawa penduduk terkejut serangan yang terjadi pada larut malam pada hari Rabu lalu.

Dia mengatakan bahawa para perajurit Israel mengenakan pakaian biasa dalam memulai operasi pencarian di desa.

Para perisik termasuk seorang wanita, menculik dua kanak-kanak, sehingga mencetuskan bentrokan dan pasukan keamanan Israel kemudian menembakkan peluru getah, granat dan gas pemedih mata ke arah pendemo yang marah, mencederakan tiga orang dari mereka.(fq/pic)

sumber

Pemuda Ikhwan Kecewa dengan Ikhwan Online

Sekelompok pemuda Ikhwan telah memulakan sebuah kempen di Facebook dan YouTube untuk pendirian laman berita "Ikhwan Offline," laman web baru yang mereka harapkan sebagai alternatif laman rasmi jemaah "Ikhwanonline.com".

Meskipun sekelompok pemuda Ikhwan ini mengecam keras laman rasmi jemaah, namun mereka menyuarakan oposisi terhadap siapapun yang ingin menodai citra jemaah.

Seorang pendiri Ikhwan Offline menyatakan idea pendirian laman digambarkan sebagai "sebuah inisiatif yang dibuat oleh pemuda Ikhwan dalam usaha untuk meningkatkan Ikhwan Online, dengan cara kritik yang konstruktif."

"Kami berkomitmen untuk garis perjuangan, tapi kami memperhitungkan bahawa kelanjutan dari laman Ikhwan Online dalam bentuknya saat ini menyebabkan kerugian besar, dan itulah sebabnya kami mengadopsi inisiatif ini," tegas pendiri Ikhwan Offline, yang masih dalam tahap pembangunan.

Ikhwan Online menjadi sasaran kritik selama beberapa bulan terakhir, khususnya berkaitan dengan cakupan aksi protes dan demonstrasi massa, yang diboikot oleh Ikhwan.

Mei tahun lalu, Abdul Ghalili al-Sharnuby, pemred dari Ikhwan Online, mengajukan pengunduran dirinya sebagai aksi protes terhadap para pemimpin Ikhwan dalam meliput aksi Jumaat Kemarahan Kedua, sebuah demonstrasi yang berlangsung pada tanggal 27 Mei di Tahrir Square.

Pada hari aksi protes itu, Ikhwan Online melaporkan bahawa hanya 5.000 orang yang ikut berpartisipasi, bertentangan dengan outlet berita dan saksi mata, yang diperkirakan jumlah peserta mencapai puluhan ribu.

Menurut pendiri Ikhwan Offline, mereka terpaksa untuk menciptakan laman web lain setelah mereka kehilangan harapan terhadap laman rasmi jamaah.

Para pendiri Ikhwan Offline mengatakan bahawa mereka berusaha mendirikan outlet media profesional yang tidak terpengaruh oleh afiliasi politik.

Beberapa orang telah mengkritik inisiatif tersebut melalui Facebook dan meminta para pendiri Ikhwan Offline untuk mengirimkan saranan kepada para pemimpin Ikhwan daripada mengumbar masalah internal jemaah kepada awam.

Para pendiri menekankan bahawa mereka telah menyampaikan keluhan mereka lebih dari sekali, namun tidak menyaksikan perubahan yang signifikan, menambahkan bahawa mereka telah menghubungi komite media Ikhwan, namun tidak menerima respon yang memuaskan mereka.(fq/amay)

sumber

Friday, January 20, 2012

PALESTIN - Hamas dan Jihad Islam Berpadu Tenaga

Hamas dan Jihad Islam, dua gerakan Islam utama Palestin, mengadakan pembicaraan tentang penggabungan dua faksi mereka, sumber-sumber dari kedua gerakan mengatakan Selasa lalu (17/1).

Pada pertemuan dengan pegawai tinggi dari Jihad Islam, dan pegawai Hamas yang dengan berafiliasi perdana menteri Ismail Haniyah, menyerukan untuk membuka dialog serius untuk mencapai penggabungan dari dua gerakan, kata pejabat Haniyah dalam sebuah pernyataan.

Jihad Islam menegaskan bahawa pembicaraan untuk menggabungkan dua faksi sudah berlangsung.

sumber

PALESTIN - Hamas dan Fatah Bertemu lagi di MESIR

Faksi Palestin Hamas dan Fatah dilaporkan telah bertemu di ibukota Mesir Kaherah untuk menghilangkan hambatan terkait jalan proses rekonsiliasi di antara mereka.

Pertemuan diadakan antara Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misyal, dan kepala delegasi Fatah, Azzam al-Ahmad, pada hari Rabu lalu (18/1).

Dalam wawancara sebelumnya pada hari Rabu lalu, Ahmad mengatakan kepada Radio Suara Palestin bahawa kedua pihak akan membahas masalah dan rintangan yang dapat menghambat pelaksanaan rekonsiliasi.

Hamas dan Fatah telah berselisih sejak Hamas memenangi pemilihan parlimen Palestin pada Januari 2006. Sengketa ini membuat pemerintahan Hamas ke wilayah Palestin di Jalur Gaza. (fq/prtv)

sumber

Ikhwan Sokong Zon Larangan Terbang di SYRIA

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Syria mengatakan kekuatan dunia mesti memberikan tekanan diplomatik terhadap Presiden Bashar al-Assad. Dia juga menyerukan untuk dibuat sebuah zon larangan terbang dan "zon aman" yang akan dibentuk untuk membantu kubu pembangkang pemimpin Syria.

Muhammad Shaqfa mengatakan kepada Reuters bahawa Liga Arab, yang telah mengirim pemantau untuk menilai pelaksanaan Syria atas usaha untuk mengakhiri 10 bulan kekerasan, mesti menekan Dewan Keamanan PBB dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap Assad.

sumber

CHINA - Wanita Terkaya Dihukum Mati

SHANGHAI 19 Jan. - Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah tersenarai sebagai wanita terkaya di China selepas dia didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).

Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.

"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.

Wu disenaraikan sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006, menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.

Dalam kesnya, Wu mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.

Hukuman mati tersebut, bagaimanapun perlu diteliti Mahkamah Agung Rakyat.

Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan. - AFP

sumber

PALESTIN - Thailand Iktiraf Palestin

RAMALLAH 20 Jan. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berterima kasih kepada Thailand yang mengiktiraf Palestin sebagai negara yang sah.

Agensi berita WAFA yang memetik satu kenyataan berkata, Abbas mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Raja dan kerajaan Thailand kerana mengiktiraf secara rasmi penubuhan negara Palestin.

Katanya, langkah tersebut diumumkan oleh wakil Bangkok yang berada di New York untuk persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mula menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi. – AFP

sumber

Thursday, January 19, 2012

PALESTIN - Rayuan Palestin

NEW YORK 18 Jan. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini melancarkan rayuan bantuan kecemasan lebih AS$300 juta (RM900 juta) bagi membantu rakyat Palestin di Genting Gaza dan Tebing Barat yang masih bergelut meneruskan kehidupan berikutan serangan Israel tiga tahun lalu.

Rejim Israel melancarkan serangan besar-besaran selama tiga minggu ke atas Gaza pada Disember 2008 kononnya bertujuan menghentikan serangan roket Hamas dan kumpulan-kumpulan pejuang lain.

Sekurang-kurangnya 1,300 rakyat Palestin maut, sementara 5,300 yang lain cedera dalam serangan yang disasarkan ke atas kawasan penempatan di seluruh wilayah tersebut.

“Beratus-ratus buah rumah, sekolah, hospital dan pasar musnah sama sekali. Kesan perang itu masih wujud dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza amat diperlukan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Besar Agensi Bantuan dan Kerja Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Pelarian Palestin, Margot Ellis (gambar).

Rayuan terbaru itu merangkumi tiga bantuan strategik utama iaitu keselamatan makanan, perlindungan dan kemampuan respons kecemasan.

Sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan bantuan akan disalurkan untuk menggalakkan keselamatan makanan melalui program bantuan makanan, bantuan kewangan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Rayuan bantuan yang agak besar itu juga bertujuan melindungi hak pelarian serta meningkatkan akses rakyat Palestin ke atas bantuan kecemasan asas seperti air, kebersihan, pendidikan dan tempat perlindungan sementara.

Bercakap di ibu pejabat UNRWA di Gaza, Ellis berkata, walaupun sempadan Rafah telah dibuka, Gaza masih mengalami sekatan dan hak penduduknya terus diketepikan, satu tindakan yang salah di sisi undang-undang antarabangsa.

Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza kerana alasan keselamatan selepas Hamas yang tidak mengiktiraf Israel menyingkirkan Fatah di Gaza pada 2007.

Di sebalik sekatan tersebut, UNRWA masih meneruskan kerja-kerja pembinaan dan sehingga kini telah menyempurnakan 22 projek bernilai AS$22.5 juta (RM67.5 juta). - AGENSI

sumber

PALESTIN - Serangan Udara Israel

GAZA 19 Jan. - Seorang rakyat Palestin terbunuh dan dua lagi cedera dalam satu serangan udara oleh tentera Israel di utara Semenanjung Gaza, hari ini.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan di Hamas, Adham Abu Selmiya berkata, serangan itu berlaku di sebuah padang di timur bandar Beit Hanun.

“Kami menemui satu mayat dan dua orang dalam keadaan cedera selepas serangan tersebut,” katanya. - AFP

sumber

Wednesday, January 18, 2012

SYRIA - Kepala Bayi Dipenggal Tentera

Kebiadaban tentara rejim Suriah semakin menjadi-jadi, baru-baru ini tentara rejim Syria memenggal kepala bayi berusia tujuh bulan di depan ibunya setelah mendapati “pemberontak” tidak ada di rumahnya.

Tentera biadab itu mengambil anak tersebut, memenggal kepalanya dan mengancam akan membunuh anak-anak lainnya jika “pemberontak” tidak menyerahkan diri.

Jenayah perang yang dilakukan rezim Syria semakin parah, setelah penembakan dan penyeksaan yang dilakukan terhadap para pendemo, tentera rejim juga mensasarkan kanak-kanak tak berdosa.

Seorang wartawan menceritakan kejadian mengerikan tersebut, tentera rejim Syria memerintahkan untuk menangkap orang yang dipercayai pemberontak yang berlindung di sebuah rumah, namun tidak mendapatkannya, dan memotong kepala bayi berusia tujuh bulan di rumah tersebut.

Seorang perajurit dari Divisyen 11 tentera rejim Syria mendakwa, komandannya mengambil seorang anak dari ruang tamu ketika mereka menemukan orang yang mereka cari pergi keluar.

Tentera tersebut kemudian meletakkan anak di lantai, mengeluarkan pisau tentera dan memenggal anak kecil di depan ibunya, yang membuatnya sangat terkejut dan ketakutan.

Dia kemudian menggantung kepala anak di atas pintu depan dan berteriak bahawa dia akan melakukan hal yang sama kepada anak laki-laki lain kecuali jika menyerah, The Sunday Times melaporkan.

Insiden ini diduga terjadi minggu lalu di kota utara-barat Jisr al-Shughur selama operasi “keamanan” yang berat.

MALAYSIA - Bunyi Aneh dari Langit



Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya

bancuh.blogspot.com

sumber

MALAYSIA - Kontroversi 'Bogel'



"film

Terasa aneh dan pelik membaca kenyataan tiga suku Zul Suphian [Kosmo]. Kenyataan yang dibuat sesedap mulut nak bercakap.

“SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem).”

Tiada rasa sesal dan bersalah dalam kenyataan beliau dengan nama sebenar Nurzul Suphia’an Sa’ban, 38 @ Zul Handy Black. Kononnya mencipta jenama namun terpaksa telanjang untuk mendapat perhatian. Sebelum ini ada adegan bogelnya dalam filem Mantra dan kini adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

“Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai ‘teman wanita’ dalam setiap produk lakonan saya,”

Beruntung kerana mendapat isteri yang juga ‘sekufu’ dalam soal melanggar batas-batas agama. Dia berbangga mempunyai isteri yang memberi sokongan kuat sebegitu. Kedua-dua tak mampu mengimbangi antara keduanya.

Alasan dangkal dan lagi tiga suku “mengikut kehendak pengarah” dan “supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas”. Memang mengikut kehendak pengarah kerana diri yang senang diketuk. Kasihan juga kepada beliau kerana tak mampu berbuat apa-apa dan ‘patuh’.

Apakah dengan berbogel akan menjadikan penonton dapat gambaran lebih jelas. Lebih jelas tentang apa sebenarnya, tentang filem atau nak menjelaskan punggung supaya lebih jelas dilihat orang.

Dengan sanggup berbogel filemnya mendapat juta-juta dan menjadi box-office? Mungkin juga dapat menghiasi muka depan majalah bogel.

SENARAI KUTIPAN FILEM 2010

film 2010

Finas

Kutipan filem Mantra hanya RM2.74 juta. Tak kemana pun. Pelakon yang disuruh berbogel pun lingkup, pengarah yang mengarahkan berbogel pun lingkup. Dengan hanya RM2.74 juta bermakna gagal dan adegan ranjang dan berbogel tak menjadikan sesebuah filem itu baik dan lebih baik baik. Yang jelas hanya pengarah dan pelakon yang syok sendiri! EkELEH.com"





sumber

Keluarga Shahrizat Perlu Dedah Penyata Kad Kredit

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.

Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.

Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

“Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:

Tarikh

Memo

Credit

22/1/2009

Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh

RM 49,431.02

22/1/2009

Maybankard Center – Izmir Salleh

RM 47,763.06

22/1/2009

Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail

RM 6,910.34


JUMLAH

RM 104,104.42

Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:

NAMA

KAD KREDIT

JUMLAH SETAHUN (2009)

Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail

Maybank dan CIMB Bank

RM182,525

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

Maybank dan CIMB Bank

RM160,673

Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh

Maybank

RM127,900

Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh

Maybank

RM122,402

JUMLAH

RM593,500

Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.

“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya.

sumber

Tuesday, January 17, 2012

PALESTIN - Hamas Larang Pertandingan Nyanyian

Pemerintah Hamas di Gaza telah melarang penduduk daerah kantung pesisir tersebut dari mengambil bahagian dalam pertandingan reality show nyanyian yang bertajuk "New Star."

Episod pertama dari "New Star", yang mengikuti format yang sama seperti acara popular di AS seperti "American Idol" dan "The X-Factor," dirakam di Kota Gaza melalui video link pada bulan Disember lalu, dan sekitar 120 orang mendaftar untuk ujibakat.

Tapi peserta yang berhasil lulus ujibakat tidak akan dapat melanjutkan ke pertandingan kerana pejabat media pemerintah Gaza telah melarang realiti show pencarian bakat tersebut, yang diproduksi oleh jaringan TV dan disiarkan di Ma'an-Mix Satellite Channel.

Hasan Abu Hashish, yang mengetuai pejabat media dalam pemerintahan Hamas, mengatakan kepada direktur PR Ma'an Ala Al-Abid bahawa program itu "tidak senonoh."

Pertandingan menyanyi bertentangan dengan adat dan tradisi masyarakat Gaza, Abu Hashish mengatakan, menambahkan bahawa menyanyi adalah keinginan beberapa warga dan tidak dalam kepentingan majoriti masyarakat.(fq/mna)


sumber

PALESTIN - Tentera Israel Bersiap ke Gaza

Militer Israel dilaporkan bersiap-siap untuk melakukan serangan besar-besaran terhadap warga Palestin di Jalur Gaza yang terkepung dalam beberapa bulan mendatang.

Staf Umum Angkatan Darat Israel telah memerintahkan Komando Selatan untuk mempersiapkan untuk operasi Gaza yang kemungkinan besar yang bisa terjadi dalam beberapa bulan akan datang, The Jerusalem Post melaporkan.

Tentara Israel Divisi Gaza, di bawah komando Brigadir Jenderal Yossi Bachar, yang bertanggung jawab terhadap serangan potensial tersebut, mengatakan bahawa serangan secara signifikan dapat lebih besar dari operasi Cast Lead, perang Gaza sebelumnya.

Persiapan termasuk menyelesaikan rancangan operasional dan mendistribusikan pasukan di antara berbagai unit tentara Israel yang akan dikerahkan di Gaza, kata laporan itu.

sumber

PALESTIN - Israel Marah Hamas Diundang ke IPU

Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman pada hari Isnin lalu (16/1) mengecam keputusan Inter-Parliamentary Union (IPU) yang berpusat di Swiss untuk mengundang gerakan Islam Hamas Palestin untuk menghadiri pertemuan organisasi itu di tahun 2012.

"Ini hanyalah contoh lain dari kemunafikan internasional," kata Lieberman kepada radio awam Israel.

"Di semua organisasi internasional, 57 negara-negara Muslim dan negara-negara non-blok majoriti mereka dan secara konsisten mengambil posisi anti-Israel," tegas Lieberman.

Sebuah delegasi beranggotakan tiga orang anggota parlimen dari Hamas meninggalkan Gaza pada hari Khamis minggu lalu untuk pertemuan di Geneva, menandai pertama kali anggota parlemen dari gerakan Islam tersebut menghadiri sidang IPU.

sumber

AFGHANISTAN - Hikmatyar Bicara Soal Akhiri Perang

Pemimpin terbesar kedua dari kelompok pejuang Afghanistan mengatakan dalam sebuah wawancara yang disiarkan hari Ahad lalu bahawad ia siap untuk "melakukan pembicaraan yang bererti" dengan semua pihak untuk mengakhiri perang selama satu dekad di negara tersebut.

Pernyataan oleh Gulbuddin Hekmatyar, pimpinan Hizbul Islami, datang setelah adanya pengumuman yang disampaikan oleh kelompok penentang utama, Taliban, bahawa mereka akan membuka pejabat politik di Qatar menjelang kemungkinan adanya pembicaraan dengan AS.

Namun Hekmatyar, seorang mantan perdana menteri Afghanistan, tidak mengganggap hasil kontak yang dilakukan Hizbul Islami dengan Washington dan pemerintah Presiden Hamid Karzai.

"Kami mengadakan pembicaraan dengan pemerintah Kabul serta dengan Amerika pada kesempatan yang berbeza, tetapi kami tidak menerima rancangan yang jelas, yang boleh diterima dan realistik dari apa yang mereka bicarakan," katanya kepada pejabat berita Afghanistan Islam.

"Pemerintah Kabul tidak berdaya dan Amerika tidak memiliki rancangan yang dapat diterima bagi bangsa Afghanistan dan para mujahidin."

"Setiap perundingan mesti membuka jalan bagi rancangan yang disepakati untuk penarikan tanpa syarat dari pasukan asing, menjamin kemerdekaan Afghanistan, hak warga Afghan untuk menentukan nasib mereka sendiri dan integriti nasional mereka," katanya menegaskan.(fq/afp)

sumber

Monday, January 16, 2012

PALESTIN - Abbas Hilang Status VIP

Israel telah melucuti status VIP Presiden Palestin Mahmud Abbas dan memberinya izin perjalanan yang berlaku selama dua bulan, menurut para pegawai Palestin hari Ahad (15/1).

Pegawai Palestin mengatakan Abbas mengeluh susahnya dia mendapat izin pada pertemuan internal Parti Fatah minggu lalu.

Dalam ucapannya, Abbas mengatakan izin baru, mirip dengan yang diperlukan buruh Palestin memasuki Israel, adalah refleksi dari kontrol yang terus dilakukan Israel atas Palestin, dan menduga bahwa Israel berusaha untuk menghukum dia atas usahanya mengajukan keanggotaan Palestin di PBB.

sumber

PALESTIN - Penjara Israel Lebih Buruk daripada Nazi

Seorang pegawai Palestin mengatakan bahawa tahanan Palestin menjadi sasaran pelakuan yang paling tidak manusiawi dan diseksa di penjara-penjara Israel, yang bahkan lebih mengerikan daripada kem konsentrasi Nazi.
Dalam sebuah wawancara dengan Fars News Agency Iran pada hari Ahad lalu (15/1), Menteri Urusan Tawanan Palestin, Ataollah Abu Sabah mengatakan dari 44,000 tahanan Palestin yang saat ini merengkok di penjara-penjara Israel, tujuh di antaranya adalah wanita dan 23 lainnya anggota Dewan Legislatif Palestin.
Abu Sabah menggambarkan penjara gurun Naqab (Negev), di mana para tahanan ditahan di tenda-tenda, sebagai penjara rejim Israel terburuk.
Tahun lalu, sebuah stesenn TV Israel menyiarkan rakaman video tahanan Palestin diseksa oleh pasukan Israel di penjara Naqab pada tahun 2008.
Pegawai Palestin itu lebih lanjut mengesahkan laporan bahawa keluarga para tahanan dan kadang-kadang bahkan pengacara mereka dipaksa untuk diinterogasi juga oleh militer Israel.
Pada akhir Disember 2010, sebuah kelompok hak asasi manusia yang disebut Komite Publik Menentang Penyiksaan di Israel mengungkapkan tahanan Palestin secara sistematik ditolak hak untuk bertemu peguam mereka selama interogasi.
Abu Sabah melanjutkan dengan menambahkan bahawa tawanan ditahan di bawah suhu nol drajat pada musim dingin ini dan adalah salah satu metod penyeksaan yang paling umum dari rejim Israel.
Para tawanan sakit, katanya, tidak mendapatkan perawatan medik yang paling mendasar, menambahkan bahwa tahanan menderita keadaan medik yang tidak sedikit dalam jumlah dan menghadapi kematian bertahap di penjara rejim Israel.
Israel memiliki berapa penjara rahsia di mana penjara tersebut menjadi tempat pertama bagi aktivis Gerakan Perlawanan Palestin, Abu Sabah mengatakan, menambahkan bahawa rejim bahkan telah menculik aktivis dari negara-negara Arab lainnya, yang nasibnya sampai sekarang tidak diketahui.(fq/prtv)
sumber

MESIR - Ikhwan Akan Terus Majukan Pelancongan

Perwakilan dari Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Ikhwanul Muslimin Mesir mengirim pesan jaminan kepada para operator travel dan pekerja asing di sektor pelancongan, pada pertemuan hari Ahad lalu (15/1), berjanji tidak ada perubahan atau pembatasan terkait suasana pantai di periode mendatang.

Parti ini juga menegaskan kebebasan para pelancong untuk mengenakan pakaian apa pun, termasuk bikini, dan pelancong memiliki akses penuh terhadap semua jenis makanan dan minuman.

"Parti ini menyesalkan penurunan pelancong dan kegiatan ekonomi lainnya sebagai salah satu dampak dari revolusi 25 Januari," kata Ahmad Sulaiman, Ketua Komite Pelancongan parti, selama pertemuan yang diselenggarakan oleh Asosiasi Dagang dan dihadiri oleh wakil-wakil dari operator travel pealncong dengan FJP.

Dia menunjukkan bahawa parti akan memberikan kontribusi dengan kerja keras dan akan meningkatkan pelancongan di periode mendatang, dan situasi pelancong dan keadaan saat ini akan tetap sama seperti sebelum revolusi dan sektor ini tidak akan dikenakan perubahan apapun asalkan FJP diwakili di parlimen.

Sulaiman menekankan perlunya mengaktifkan pealncongan pantai kerana merupakan salah satu dari aspek paling populer dari pelancongan yang ada di Mesir.

sumber

Sunday, January 15, 2012

BANGLADESH - Ratusan Ribu Ahli Jemaah Tabligh Berkumpul

Ratusan ribu umat Muslim berkumpul di tepi sungai di luar ibukota Bangladesh untuk menyerukan perdamaian dan kebangkitan ajaran Islam.

Pertemuan tiga hari di tepi Sungai Turag, dekat Dhaka, adalah salah satu pertemuan terbesar umat Islam di dunia.

Kepala polis daerah tersebut, Abdul Batin mengatakan lebih dari setengah juta orang ikut ambil bahagian dalam solat Jumaat lalu. Penyelenggara acara mengatakan hampir 4 juta jamaah diharapkan akan hadir pada hari Ahad.

Pertemuan umat Islam ini diselenggarakan oleh Jemaah Tabligh, sebuah kelompok dakwah Islam yang menjauhi pembicaraan politik dalam dakwahnya. Pertemuan yang biasa disebut Ijtima' ini diadakan setiap tahun di Bangladesh sejak tahun 1966.

Dalam acara ini para jemaah membaca ayat-ayat Al-Quran dan mendengar bayan dari para ulama yang berbicara tentang ajaran Islam dan pentingnya Khuruj di jalan Allah atau Berdakwah.(fq/ap)

sumber

AS Suka Naikkan Kemarahan Orang Islam

VIDEO dari YouTube menunjukkan anggota marin Amerika kencing atas mayat tentera Taliban di Afghanistan.
VIDEO dari YouTube menunjukkan anggota marin Amerika kencing atas mayat tentera Taliban di Afghanistan.
Video askar kencing pejuang Taliban insiden terbaru hina Muslim

DUBAI: Video terbaru memaparkan tentera Amerika Syarikat kencing ke atas mayat pejuang Taliban menebalkan lagi tanggapan di kalangan masyarakat Arab bahawa tindakan askar penceroboh itu melancarkan perang di Iraq dan Afghanistan bukan hanya bertujuan memberi mesej memerangi orang Islam tetapi juga menghina serta memalukan mereka.

“Perbuatan kencing itu lebih baik daripada apa yang mereka lakukan terhadap kami di penjara. Askar Amerika menyerang, memukul dan mendera saya secara psikologi,” kata Abu Mostafa, 85, yang berada di penjara Abu Ghraib, Iraq selama enam bulan pada 2005.
“Membunuh seseorang di medan perang adalah satu perkara tetapi merendahkan nilai kemanusiaan seperti ini adalah lebih teruk lagi,” kata Presiden Pusat Pengajian Kristian Amman, Paderi Kanan Qais Sadiq.
Video dalam YouTube dan laman web lain, menunjukkan empat lelaki memakai pakaian seragam tentera laut Amerika membuang air kecil ke atas tiga mayat dan seorang daripada mereka berkata dan kemudian ketawa: “Harap hari anda bagus”.

Imej itu menguatkan wasangka dalam dunia Islam bahawa kempen ketenteraan Afghanistan mulai 2001 dan Iraq mulai 2003, bukanlah untuk membawa keamanan dan demokrasi.

“Banyak lagi jenayah buruk yang akan berlaku di negara yang dimasuki tentera Amerika dan tiada siapa boleh menghalang mereka,” kata petani Iraq, Raheem al -Zaidi, 37, yang turut ditahan di Abu Ghraib, tempat askar Amerika dirakam mendera tahanan tempatan.

Tidak hairanlah, pemimpin politik dan tentera Amerika mengutuk tindakan dalam video itu dan berjanji untuk menyiasat.
“Saya sudah lihat rakaman itu dan peri laku mereka benar-benar dikesali. Mereka akan dihukum dengan sewajarnya,” kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta.

Pada masa sama, pendedahan video itu dijangka mengukuhkan pandangan bahawa Presiden Barack Obama yang berjanji untuk memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, lebih kurang sama saja dengan pemimpin sebelum ini, George W Bush.

Pemimpin kumpulan pembangkang utama di Jordan iaitu Barisan Tindakan Islam Jordan, Zaki Bani Rushaid, berkata: “Obama sudah beri isyarat positif pada dunia Islam tetapi kenyataannya, seperti di Guantanamo, pentadbiran beliau tidak mengotakan janji dan gagal menang hati dan minda kami.

“Kesilapan yang dilakukan pentadbiran Amerika sebelum ini membuatkan orang Islam tidak lagi memberi sokongan, berulang.”

Sadiq juga berkata, walaupun Obama menjanjikan keterbukaan terhadap dunia Islam tetapi sikap Islamofobia dan amalan menuduh pihak lain sebagai pengganas semakin berkembang.

Seorang pengguna forum laman web Islam, Muaz, berkata: “Inilah moral akhlak buruk tentera Amerika. Mereka adalah anggota perang salib yang dibenci. Kumpulan mati syahid kami lebih mulia.”

Bagi aktivis di Yaman, Abdullah al-Haj, di mana penunjuk perasaan demokrasi menyalahkan Washington kerana melindungi Presiden Ali Abdullah Saleh, insiden itu menambahkan lagi kebencian terhadap Amerika.

“Apa yang dilakukan tentera Amerika tidak mengejutkan. Mereka sudah lakukan lebih teruk lagi di Iraq.

“Setiap hari mereka membuktikan apa yang kita dengar mengenai nilai tamadun hanya penipuan,” katanya. – Reuters

sumber

MALAYSIA - Lebih 50,000 Hadir Rapat Perdana Rakyat

ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.

Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi.

sumber

IRAQ - 53 Maut dalam Serangan Berani Mati

BASRA 14 Jan. - Seorang pengebom yang menyamar sebagai anggota polis meletupkan dirinya, mengakibatkan sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dalam satu serangan ke atas pengikut Syiah di bandar Basra, selatan Iraq, hari ini.

Serangan pada penghujung sambutan upacara keagamaan Arbain itu berlaku ketika krisis politik Iraq yang terus meruncing, memperbaharui kebimbangan tercetus perang saudara di negara ini.

Sumber polis dan hospital melaporkan, 11 anggota polis adalah antara mereka terbunuh, sementara 137 lagi cedera.

Pengebom meletupan dirinya ketika orang ramai sedang melalui pos pemeriksaan di situ untuk ke sebuah masjid Syiah di Basra. - Reuters

sumber

Saturday, January 14, 2012

AFGHANISTAN - Pengeluaran Candu Meningkat 133 Peratus

VIENNA: Pengeluaran candu dan harga hasil tanaman haram melambung 133 peratus di Afghanistan tahun lalu, menurut laporan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lalu.

Pegawai PBB mengenai Dadah dan Jenayah menyatakan, pendapatan petani daripada tanaman candu di Afghanistan pada 2011 mencecah AS$1.4 bilion (RM4.38 bilion), mewakili sembilan peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Oleh itu, candu menjadi sebahagian penting ekonomi Afghanistan yang menjadi sumber besar membiayai pemberontakan dan meningkatkan rasuah,” kata pengarah eksekutif pejabat PBB itu, Yury Fedotov, dalam satu kenyataan.
Afghanistan menanam kira-kira 90 peratus candu dunia.

PBB berkata, penanaman pokok popi meliputi lebih daripada 131,000 hektar pada 2011, hingga tujuh peratus dari tahun sebelum ini.

Secara keseluruhan, tanaman candu meningkat sehingga 61 peratus daripada 3,600 tan metrik pada 2010 ke 5,800 tan metrik pada 2011.

Nilai tuaian candu meningkat kepada 133 peratus pada 2010 apabila penyakit tanaman memusnahkan kebanyakan tanaman Afghan. Harga tinggi candu bermakna penanaman popi masih menjadi pilihan petani Afghan.
Menambahkan lagi masalah ialah kejatuhan harga gandum. Tahun lalu, candu menghasilkan 11 kali lebih pendapatan kepada petani Afghanistan berbanding gandum.

“Komitmen kukuh daripada rakan kongsi nasional dan antarabangsa amat diperlukan bagi mengurangkannya,” kata Fedetov.

Sebahagian besar candu dari Afghanistan diseludup menerusi Iran dan Pakistan.

Russia yang mempunyai dua juta penagih dadah dan heroin turut menjadi laluan utama narkotik ke rantau Eropah.

Moscow sering menggesa tentera Amerika Syarikat mengambil langkah lebih tegas terhadap makmal dadah di Afghanistan.

Selain itu, Russia juga melatih beratus-ratus ejen anti narkotik Afghanistan bagi menangani masalah penyeludupan itu.

“Kegiatan membanteras penyeludupan dadah bukan hanya ditangani unit khas tetapi menjadi tanggungjawab mereka yang gusar dengan keselamatan, kestabilan, pemerintahan dan pembangunan Afghanistan,” kata Fedotov lagi. – AFP/AP

sumber

Novel Tingkatan 4 yang Pelru Diteliti

Blog Nusajayakini

Kolumnis: Amni Jagat
Pada petang Selasa yang lalu, saya dikejutkan dengan berita dari seorang rakan kepimpinan PAS negeri Johor yang menelefon saya berkenaan sebuah novel yang dikatakan menghina PAS.

Saya agak terkejut dengan dakwaan itu kerana menurut rakan PAS tersebut mengatakan novel itu adalah silibus ‘wajib’ sastera di tingkatan 4 sekolah menengah di seluruh negeri selatan Malaysia.

Justeru, pemimpin PAS tersebut telah mengajak saya untuk mengkaji akan kesahihan maklumat yang diterima. Bergegas pula saya mencari seorang rakan yang berkerja di sebuah kedai buku tersohor di Johor ini untuk menempah akan novel yang dimaksudkan.

Ternyata benar! Memang novel itu adalah buku teks wajib silibus sastera di Tingkatan 4. Saya telah menghantar maklumat untuk beliau menyimpan novel itu untuk saya.

Pembacaan dimanifestasikan

Penulisnya Hartini Hamzah. Penerbitnya Utusan Publications & Distributors SDN BHD. Novel tempat pertama kategori novel remaja ‘Hadiah Sastera Utusan Melayu – Pubic Bank 1998’. Judulnya ‘Melunas rindu’ sembilan belas bab 209 muka surat.

Dari sehelai ke sehelai dan bab ke bab diamati halus. Setelah seharian menelaah novel tersebut yang khatamnya di bab sembilan, penulis masih tidak temui sebarang hinaan dan keraguan di dalam novel tersebut seperti yang dimaklumkan.

Hari kedua bacaan diteruskan berserta kajian, akhirnya penulis terhenti bacaan di bab tiga belas. Memang terang dan nyata wujud keraguan di bab tersebut. Saya amati dan renungi sedalam mungkin dan sepositif yang mungkin. Dan kenyataannya hampa. Memang boleh diukuri benar akan keraguan tersebut.

Penghinaan itu dimulakan dengan seorang watak yang bernama Cikgu Zamani. Beliau seorang yang malas dan hanya pandai berdebat di sekolah. Watak Cikgu Zamani dipopularkan dengan gambaran bangkangan di sekolah tersebut yang juga tempat bagi watak utama Fuad mengajar. Memang kalau disedari, watak Cikgu Zamani adalah watak ‘orang kuat membangkang’.

Ternyata keraguan mulai timbul. Watak Cikgu Zamani yang tidak habis-habis untuk merekrut ahli-ahli baru dalam jemaahnya ternyata wujud terang di bab yang ketiga belas. Perkara ini memang terlalu menyedihkan.

Namun penghinaan itu tidak terjelma secara kejam dan jahat. Penghinaan yang dilakukan oleh penulis novel tersebut bersekitarkan peribadi seorang ahli jemaah yang lolos dalam menjalankan kerja sebagai seorang guru dan lebih mengutamakan perempuan dan ahli jemaahnya sahaja.

Hal inilah yang membuatkan saya agak bersengkang mata memikirkan akan rasional menulis buku yang sedemikian rupa.

Rumusan kajian

Novel ini menarik untuk dibaca, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan 4 yang bermaksudkan novel ini adalah teks wajib bagi pelajar tingkatan 4 di negeri selatan Malaysia khusunya negeri Johor.

Murid tidak harus dibabitkan dengan isu politik tanah air. Ibarat kata seorang rakan kepada saya, kalau politik ‘Melunas rindu’ menjadi wajib kepada pelajar di negeri Johor maka jangan salahkan jika Kelantan atau Kedah mengajar murid di negeri tersebut dengan buku ‘Shit dan Tulang-tulang berselerakan’.

Dalam kajian saya, bab tiga belas itu jika tidak diwujudkan pasti novel ini akan dilihat lebih baik. Hanya bab tiga belas itu sahaja yang menjadi titik jahat untuk menerapkan minda membenci pembangkang dan mengelirukan masyarakat di Malaysia berkenaan PAS. Itulah kajian rasionalnya.

Memang terang perkataan ‘pemerintah di sebuah negeri pantai timur semenanjung Malaysia dan parti pembangkang di negara ini’ dalam novel tersebut khususnya di bab tiga belas. Kalau diamati kisah di dalam novel tersebut, dari awal hingga ke akhir kisah soal politik tidak ada kena mengena langsung dalam novel itu. Yang menjadi kemusykilannya ‘mengapa’ harus dimasukkan sifat orang malas seperti Cikgu Zamani (ahli PAS) di dalam novel tersebut.

Apa kaitan Cikgu Zamani dengan watak-watak utama dalam novel tersebut? Memang terang ia hanya sebuah provokasi jahat untuk diajarkan kepada pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah. Novel ini tidak sepatutnya diajarkan secara wajib di sekolah. Kalaupun ia adalah pemikiran asal dari penulisnya, maka cukup sekadar jualan buku biasa sahaja dan tidak perlu diajarkan secara wajib di sekolah.

Pengalaman telah membuktikan betapa novel ‘Interlok’ tulisan sasterawan negara Abdullah Hussein telah ditarik balik dari menjadi novel wajib di sekolah bermula tahun ini. Maka selaku respondan dari seorang yang bertanggungjawab, saya meminta dan mendesak agar novel ini ditarik semula sebagai novel wajib untuk pelajar tingkatan 4.

Penegasan ini harus dilakukan bagi mengimbangi keadaan di mana sekolah bukanlah tempat untuk mengajar fahaman politik atau perkauman seperti BTN (Biro Tata Negara). Atau, pihak Menteri dan badan yang terbabit perlu mengubah semula novel tersebut jika ingin mengekalkan novel tersebut sebagai komponen sastera Bahasa Malaysia di sekolah.

Pengubahan dengan membuang watak Cikgu Zamani dan bab tiga belas yang tidak ada kena mengena langsung dengan induk novel tersebut. Desakan ini perlu bagi menjaga keharmonian seluruh masyarakat di Malaysia. Soal politik adalah kerja selepas alam persekolahan.

Jika ia adalah pengalaman peribadi penulis novel ‘Melunas rindu’ itu bukanlah bermaksud ia perlu didoktrinkan kepada remaja sekolah. Biarlah ia sekadar sebuah minat dari pembaca yang ingin membaca atas dasar kesedaran membeli bukan atas dasar kewajipan pelajaran. Maklumlah novel itu adalah novel pemenang tempat pertama novel remaja hadiah sastera pasti ramai yang mungkin akan membelinya tanpa dipaksa membacanya.

sumber

Jennifer Lopez Sokong Program Nuklear IRAN?

LOS ANGELES 13 Jan. - Penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez tidak pernah menyangka penglibatannya dalam menjayakan sebuah iklan kereta Fiat menyebabkan dia dituduh menyokong program nuklear Iran.

Dalam satu surat yang dikemukakan oleh kumpulan Persatuan Menentang Nuklear Iran (UANI) kepada Lopez menyebut, 'dengan menyokong Fiat, anda secara tidak langsung menjadi jurucakap bagi syarikat tersebut yang menjalankan perniagaan bersama Iran yang membangunkan program senjata nuklear.

Menurut UANI, Fiat turut menyokong Iran dari segi kewangan dan membantu kumpulan pengganas termasuk al-Qaeda dalam melakukan serangan terhadap tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Anak syarikat Fiat yang dikenali sebagai Iveco terlibat dalam penjualan trak di Iran dan ia dilaporkan menjadi medium penghantaran peluru-peluru berpandu bagi melakukan 'pembunuhan terhadap orang awam'.

UANI dalam pada itu memberi tempoh kepada penyanyi dan pelakon tersebut sehingga 18 Januari ini untuk memberi jawapan sama ada akan menyambung kontrak dengan Fiat atau sebaliknya.

"Kempen ini akan diteruskan dan kami mempunyai perancangan untuk membawa kes ini ke peringkat yang lebih tinggi jika perlu" kata jurucakap UANI, Nathan Carleton kepada laman web Huffpost Celebrity.

UANI turut menghantar surat yang serupa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Fiat, Sergio Marchionne memohon agar syarikat tersebut memutuskan ikatan hubungan dengan Iran sambil menyatakan pembuat kereta seperti Kia dan Toyota telah melakukan perkara yang sama.

Dalam iklan yang dibintangi Lopez menunjukkan penyanyi itu memandu kereta Fiat melalui kawasan kejiranan Bronx, iaitu tempat di mana beliau membesar dan memberi inspirasi untuk menjadi seorang yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup.

Namun, lokasi penggambaran iklan tersebut yang sebenarnya dilakukan di Los Angeles telah menimbulkan kemarahan peminatnya malah kumpulan pelukis mural TATS Cru mendakwa lukisan 'I heart the Bronx' yang dihasilkannya digunakan tanpa kebenaran. - AGENSI

sumber

CIA dan Mossad Yang Bunuh Saintis IRAN

TEHERAN 13 Jan. – Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menuduh perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendalangi pembunuhan saintis nuklear Iran pada minggu ini.

Beliau berkata, pembunuhan Timbalan Pengarah loji pengayaan uranium Iran, Mostafa Ahmadi Roshan tiga hari lalu dilakukan dengan perancangan dan sokongan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad.

‘‘Program nuklear Iran tidak bergantung kepada seorang individu dan kami akan meneruskan usaha ke arah pelaksanaannya,’’ katanya dalam ucapan takziah dalam laman webnya. – AFP/DPA

sumber

Askar AS Kencingi Taliban Dikenalpasti

WASHINGTON 13 Jan. - Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) telah mengenal pasti identiti askar-askar yang dipercayai membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban di Afghanistan.

Seorang pegawai kanan tentera yang enggan dikenali itu berkata, Pentagon telah mengenal pasti identiti askar-askar terbabit dan pangkalan mana mereka ditempatkan.

Jurucakap tentera marin, Leftenan Kolonel Joseph Plenzler berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti unit berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

Saluran televisyen CNN yang memetik seorang pegawai marin berkata, tentera yakin askar-askar yang terlibat adalah dari Batalion Ketiga, Rejimen Marin Kedua yang berpangkalan di Kem Lejeune, North Carolina.

Unit berkenaan dikerahkan ke wilayah Helmand, Afghanistan pada awal 2011 dan pulang pada September atau Oktober lalu, lapor CNN.

Terdahulu, Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta mengutuk kejadian itu dan menyatakan bahawa siasatan penuh akan dijalankan oleh tentera marin dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang berpangkalan di Kabul.

Jurucakap White House, Jay Carney berkata, Panetta turut menghubungi Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang mengutuk kejadiaan itu sebagai tidak boleh diterima akal dan amat dikesali.

''Saya tidak tahu sama ada Karzai telah melihat video berkenaan.

''Namun, dia sedar akan kewujudannya dan melahirkan pandangan sama dengan Panetta,'' ujarnya. - AFP

sumber

NIGERIA - 2 Maut Masjid Dibakar

KANO, Nigeria 13 Jan. - Sekumpulan etnik Kristian membunuh dua orang penduduk Islam dan membakar beberapa masjid serta rumah dalam serangan di sebuah penempatan penduduk Islam di timur laut Nigeria, semalam.

Ia merupakan keganasan terbaru di negara ini ketika Nigeria dilanda mogok pekerja ekoran tindakan kerajaan menarik balik subsidi petrol untuk mengekalkan harga gasolin.

Seorang penduduk kampung terbabit, Abubakar Hussaini berkata, serangan berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam (6.30 pagi waktu Malaysia) apabila sekumpulan perusuh dari Imbur menyerang perkampungan Gwalam dengan membakar rumah-rumah dan masjid.

Katanya, penduduk kampung Imbur kebanyakannya beragama Kristian.

"Setakat ini, dua penduduk disahkan maut dan kami masih tidak mengetahui nasib penduduk yang melarikan diri ke dalam kawasan semak ketika serangan berlaku," katanya.

Keganasan itu berlaku di negeri Adamawa yang bakal mengadakan pilihan raya gabenor pada 21 Januari ini.

Insiden keganasan etnik dan agama sering berlaku di Nigeria menjelang pilihan raya, walaupun beberapa penduduk percaya serangan bermotifkan balas dendam ekoran pembunuhan penduduk Kristian oleh kumpulan militan Boko Haram, baru-baru ini. - AFP

sumber

SYRIA - Liga Arab Bimbang

KAHERAH 13 Jan. - Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby melahirkan kebimbangan akan berlaku perang saudara di Syria yang boleh memberi kesan kepada negara-negara jirannya, ketika kredibiliti misi pamantau badan tersebut dipersoalkan selepas anggotanya mula meninggalkan Syria.

Seorang bekas pemantau Algeria berkata, beberapa pemerhati telah meninggalkan Syria atau akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat kerana misi itu gagal menghentikan tindakan kekerasan oleh Presiden Syria, Bashar al-Assad terhadap kebangkitan rakyat.

''Saya bimbang akan berlaku perang saudara kerana berdasarkan apa yang kita lihat dan dengar sekarang ia boleh menyebabkan ia berlaku.

''Sebarang masalah di Syria akan membawa kesan kepada negara-negara jirannya,'' kata Nabil dalam satu temubual dengan televisyen Mesir, Al-Hayat.

Pemantau Liga Arab dihantar ke Syria pada 26 Disember lalu bagi memantau sama ada kerajaan Syria melaksanakan rancangan damai yang dicadangkan oleh negara-negara Arab.

Nabil menyifatkan laporan misi pemantau itu sebagai membimbangkan.

Namun, katanya, tindakan pembunuhan rakyat oleh askar kerajaan telah menurun sejak kehadiran pemantau berkenaan.

Kumpulan pembangkang Syria berkata, keputusan pemantauan oleh misi pemantau tersebut yang akan dibentangkan kepada menteri-menteri luar Liga Arab pada 19 dan 20 Januari ini, hanya akan memberikan Assad masa untuk membanteras demonstrasi rakyat yang bermula sejak Mac lalu.

''Menteri-menteri luar berkenaan akan membuat keputusan sama ada terdapat faedah untuk meneruskan proses pemantauan tersebut,'' kata Nabil. - Reuters

sumber

Friday, January 13, 2012

PALESTIN - 70 Serangan Yahudi ke atas Tempat Suci 2012

Yayasan Al Aqsa untuk sumbangan dan warisan (AFEH) mengatakan bahawa ada 70 serangan zionis Israel terhadap tempat suci Islam dan Kristian di Palestin yang tercatat pada tahun 2011.

AFEH mengatakan dalam laporan tahunan yang disiarkan pada hari Selasa lalu bahawa serangan Zionis termasuk membakar lapan masjid dan mencuba untuk membakar satu masjid yang lain dan menyerang tiga tempat suci Kristian serta menodai dan menghancurkan 120 kuburan Islam di pemakaman Mamanullah di Jerusalem yang diduduki.

Dikatakan bahawa serangan Zionis juga mencakup penyerbuan dan penutupan masjid dan perintah pengadilan untuk pembongkaran atau penutupan tempat ibadah tersebut.

Zionis Israel, apakah pemerintah, pengadilan, tentara, atau pemukim, mengambil bahagian dalam serangan tersebut, kata laporan itu, menambahkan bahawa serangan terhadap Masjid Al-Aqsa tidak dimasukkan dan akan diterbitkan dalam sebuah laporan terpisah.

AFEH mendesak semua pihak Palestin, Arab dan, Islam yang bersangkutan untuk melindungi tempat suci dan berdiri melawan kejahatan Zionis. (fq/pic)

sumber

UFO Banyak Dilihat Pada Awal 2012

COLORADO 12 Jan. - Dalam tempoh seminggu pertama tahun baru ini, lebih 200 laporan mengenai kelibat objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) disaksikan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Ia sama ada dalam bentuk gelembung-gelembung di udara, pesawat konvensional atau objek astronomi yang tidak dikenal pasti, jumlahnya meningkat setiap hari, tambahan pula proses rakaman menjadi lebih mudah dengan adanya kamera video digital dan telefon bimbit terkini.

Pertubuhan penyiasatan UFO terbesar di dunia, Mutual UFO Network (MUFON) yang berpangkalan di sini menerima banyak laporan tentang objek aneh di angkasa pada minggu pertama tahun baru ini daripada saksi di 36 buah negeri di negara ini.

"Januari tahun lalu, MUFON mencatat sekitar 500 laporan, namun untuk tahun ini kami menerima sehingga 233 laporan untuk tempoh minggu pertama sahaja," kata Pengarah Antarabangsa, Clifford Clift.

Begitu juga dengan catatan pada Disember lalu dengan 810 laporan berbanding 500 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

"Tahun lalu, terdapat lebih 6,000 objek aneh dilihat dan jika melihat kepada trend ini, angkanya akan meningkat hingga 50 peratus dengan kira-kira 10 peratus daripada laporan berakhir dengan keputusan buntu selepas penyiasatan dijalankan," katanya.

Merujuk kepada sebuah lagi badan penyiasat WeatherWatch.co.nz yang berpangkalan di New Zealand, dalam masa sehari pertama 2012 mereka menerima 80 laporan dan berterusan hingga kini dengan kira-kira 10 laporan setiap jam.

"Ramai yang keluar rumah pada sambutan tahun baru. Di Amerika Syarikat misalnya, cuaca kering dan sederhana di kebanyakan tempat menyebabkan ramai yang mengambil keputusan keluar rumah untuk melihat objek aneh," kata pakar analisis cuaca, Philip Duncan.

Menurut tolatestufosightings.net, sekumpulan cahaya berbentuk silinder berkilau-kilau dirakamkan di Campinas, Brazil pada 3 Jan. Seterusnya pada hari yang sama dua objek terbang berwarna cerah bergerak dalam keadaan perlahan dirakamkan di Sinaloa, Mexico.

Clift berkata, semakin ramai yang ingin tahu tentang UFO dan mereka akan keluar rumah untuk menyaksikan sebarang keganjilan di ruang angkasa, sekali gus menjadikan laporan tentang objek aneh tersebut meningkat. - AGENSI

sumber