Wednesday, February 29, 2012

SYRIA Takkan Tunduk Pada Ikhwan

Menteri Luar Syria Walid al-Muallem mengaku keterlambatan negaranya dalam melaksanakan reformasi, namun menekankan bahawa reformasi yang dipaksa tidak akan pernah diterima dan Presiden Assad tidak akan menyerah pada tekanan tentang Ikhwanul Muslimin.

"Kami juga menolak segala bentuk intervensi militer dan jika hal ini terjadi, kami akan melawan dan membela negara kami," Muallem seperti dikutip oleh akhbar Hurriyet Turki Selasa lalu (28/2). "Mereka ingin mendesak pemerintah Syria sampai menyerah tetapi ini tidak akan terjadi."

Muallem, bagaimanapun, mengatakan dia merasa tidak mungkin NATO akan menyerang Syria.

sumber

SYRIA - 135 Maut

BEIRUT 28 Feb. - Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan di kawasan pemberontak di bandar Homs dan Idlib, menyebabkan seramai 135 penduduk awam terbunuh.

Serangan tersebut dilancarkan ketika kerajaan memuji kelulusan Perlembagaan baru yang menerima 90 peratus undi, sekali gus menunjukkan kejayaan reformasi demokrasi yang cuba ditunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan aktivis Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) berkata, seramai 64 penduduk ditembak mati pasukan keselamatan Syria ketika meninggalkan daerah Baba Amr, di tengah bandar Homs.

Baba Amr dan daerah-daerah lain di tengah Homs seperti Inshaat dan al Bayada berada di bawah pengawasan tentera Syria sejak 4 Februari ini.

Sumber-sumber berita yang diperoleh, bagaimanapun tidak dapat disahkan kerana kerajaan Syria masih mengenakan larangan terhadap kumpulan wartawan bebas daripada melaporkan sebarang berita yang berlaku di kawasan-kawasan 'panas'.

Sebelum ini, kumpulan aktivis melaporkan serangan yang dilancarkan di Baba Amr dan Al Khalidiyeh menyebabkan 40 terbunuh manakala seramai 31 askar berpaling tadah maut di wilayah Idlib.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan proses pengundian draf Perlembagaan baru yang diadakan pada Ahad lalu memperoleh undian lebih 57 pratus.

"Proses demokrasi ini berlaku dalam suasana kebebasan, tulus dan adil," katanya.

Pihak pemberontak, bagaimanapun memboikot referendum tersebut dengan menyatakan Assad bakal menggunakan kelebihan itu untuk menguatkan barisan pertahanannya bagi melindungi rejimnya. - DPA

sumber

Tuesday, February 28, 2012

Injil Bertinta Emas Ditemui, Berisi Kedatangan Nabi Muhammad

TURKI - Sebuah Injil rahsia yang berisi pernyataan, Jesus (Isa 'alaihi salam) yakin tentang kedatangan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam (SAW) ke dunia ditemukan di Turki. Penemuan ini telah menjadi “perhatian serius” Vatican.

Paus Benedict XVI mengatakan ingin “melihat” Kitab yang telah berusia sekitar 1,500 tahun itu, yang banyak orang mendakwa bahawa itu adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh negara Turki selama 12 tahun, seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Kitab tersebut adalah salinan Injil yang ditulis dengan tinta emas, ditulis dalam bahasa yang diyakini bahasa asli Jesus, bahasa Aram (bahasa sekitar 3,000 tahun lalu yang mirip dengan bahasa Arab dan bahasa Ibrani –red), yang dilaporkan berisi ajaran-ajaran awal Jesus yang juga berisikan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Injil berbahasa Aram tersebut teksnya ditulis pada kulit haiwan, dibungkus oleh kulit haiwan, ditemukan oleh polis yang sedang melakukan operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.

Kitab Injil ini dijaga ketat hingga tahun 2010, ketika akhirnya diserahkan ke Muzium Etnografi, dan akan segera ditampilkan kembali kepada umum setelah sedikit perbaikan keamanan.

Satu lembar halaman fotocopi dari Injil tersebut berharga hingga 1.5 juta pound sterling.

Menteri Budaya dan Pelancongan Turki, Ertugul Gunay mengatakan bahawa Kitab itu boleh jadi adalah versi asli dari Injil, yang disembunyikan oleh Gerja-gereja Kristian kerana kuatnya dalil yang berhubungan dengan Islam mengenai Jesus (Nabi Isa ‘alaihi salam).

Gunay juga mengatakan bahawa Vatican telah membuat sebuah permohonan khusus untuk “melihat” naskah ayat dari Injil rahsia itu – sebuah ayat yang “kontroversial”, yang merupakan penguat dalil yang sejalan dengan keyakinan Islam, yang menyatakan dengan jelas dan terang memperlakukan JESUS SEBAGAI MANUSIA BUKAN TUHAN, yang tentu saja menolak keyakinan Triniti dan kisah palsu penyaliban Jesus dan naskah ayat dalam Injil tersebut juga menyatakan bahawa Jesus menyatakan khabar kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah versi Injil, Jesus dikatakan telah berkata kepada seorang pendeta: “Bagaimana Mesiah disebut? Muhamamad adalah nama yang diberkati”.

Namun penemuan Injil kuno berbahasa Aram ini menimbulkan banyak kontroversi tentang keaslian keseluruhan isi Injil tersebut. Belum ada yang dapat memastikan keaslian keseluruhan dari isi Injil ini, apakah seluruhnya memuat apa yang diajarkan Nabi Isa 'alaihi salam, atau telah ada perubahan padanya.

Sementara itu, Profesor teologi Turki Ă–mer Faruk Harman mengatakan kepada Daily Mail, bahawa mestilah melakukan penelitian ilmiah untuk mengklarifikasi apakah itu ditulis oleh Barnabas sendiri atau pengikutnya. Allahu A'lam. (siraaj/arrahmah.com)

sumber

Wikileaks Dakwa Stratfor Mirip CIA

LONDON 27 Feb. - Laman web WikiLeaks hari ini mula mendedahkan lebih lima juta e-mel daripada sebuah syarikat analisis keselamatan global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat yang digelar Stratfor atau nama rasminya, Strategic Forecasting Inc. dikaitkan mempunyai operasi yang hampir serupa dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Kesemua e-mel yang diperoleh daripada penggodam itu dilihat mampu mendedahkan isu-isu sensitif berhubung operasi perisikan yang dikumpul oleh Stratfor.

Stratfor dalam satu kenyataan berkata, pendedahan tersebut adalah satu daripada usaha untuk menutup mulut dan menakut-nakutkan sesetengah pihak.

"Sesetengah daripada e-mel yang didedahkan itu berkemungkinan palsu dan diubah dengan sengaja untuk mencipta keraguan.

"Kami tidak akan membuat sebarang pengesahan atau penjelasan berhubung perkara itu," kata kenyataan terbabit.

Namun, WikiLeaks tidak menyatakan bagaimana ia dapat mengakses maklumat daripada syarikat yang berpejabat di Austin, Texas itu.

Kumpulan penggodam Anonymous dalam pada itu berkata, pada awal tahun ini, mereka berjaya menggodam 100 e-mel daripada kira-kira 100 kakitangan Stratfor dan bercadang untuk mendedahkannya bagi membongkar operasi sebenar syarikat tersebut kepada umum.

Syarikat yang diasaskan oleh George Friedman itu menyifatkan operasinya sebagai menyediakan maklumat berhubung analisis geopolitik dan pendekatan perisikan.

WikiLeaks menjelaskan kini mereka sedang mengadakan kerjasama dengan kira-kira 20 organisasi media di seluruh dunia yang mempunyai akses kepada pangkalan data emel Stratfor termasuk syarikat penerbitan akhbar AS, McClatchy Co. - REUTERS

sumber

Tatu "Allah" di Dada Artis Wanita

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil akhbar harian Inggeris The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan "Allah" dalam akhbar itu.

NONETimbalan Menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong berkata KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang semalam untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisi Isnin akhbar milik MCA itu.

Beliau berkata akhbar itu juga akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.

"Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN)," katanya dalam satu kenyataan, malam semalam.

Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi "funk", "hip-hop" dan "soul", Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.

Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan "Allah", di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.

Artikel dan gambar yang disiarkan itu sempena konsert penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

NONESelain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Akhbar web PAS Harakahdaily, dengan memetik pandangan seorang pembacanya, hari ini mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam".

Lidah rasmi parti Islam itu juga mempersoalkan kehadiran penyanyi itu mengadakan konsert di negara ini dan menuntut pihak berkuasa memantaunya.

Badu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy.

sumber

Friday, February 24, 2012

PALESTIN - Haniyah Jumpa Pemimpin Jihad Islam di Kaherah

Perdana menteri Palestin Ismail Haniyah berunding dengan Setiausaha Agung Jihad Islam Dr Ramadhan Shallah dan wakilnya Ziyad Nakhil terkait perkembangan terbaru Palestin dan regional di Kaherah, Khamis kemarin (23/2).

Pejabat perdana menteri mengatakan bahawa diskusi juga membahas proses rekonsiliasi, mencatat bahawa kedua belah pihak menyepakati pentingnya kerjasama bersama untuk mencapai aspirasi kemerdekaan, kebebasan, dan kembalinya warga Palestin.

Haniyah, yang tiba di Kaherah pada SIsnin lalu untuk membahas masalah Gaza dan rekonsiliasi, juga bertemu dengan Dr Shalah Sultan, sekretaris komite Quds dari persatuan ulama muslim internasional.

sumber

SYRIA - Askar2 Diarahkan Membunuh dan Mencedera

Pasukan Syria telah menembak mati wanita tidak bersenjata dan kanak-kanak, menyerang daerah pemukiman serta menyeksa pengunjuk rasa yangcedera di hospital di bawah perintah dari pegawai tinggi militer dan pemerintah, kata laporan PBB Khamis lalu (23/2).

Penyelidik bebas PBB menyerukan pelaku jenayah terhadap kemanusiaan seperti itu mesti menghadapi tuntutan dan mengatakan mereka telah menyusun daftar rahsia dari nama-nama komandan dan pegawai yang diduga bertanggung jawab atas semua jenayah kemanusiaan di Syria.

"Suruhanjaya menerima bukti yang kredibel dan konsisten mengidentifikasi pegawai teras atas dan menengah dari angkatan bersenjata yang memerintahkan bawahannya untuk menembak penunjuk perasaan tidak bersenjata, membunuh tentera yang menolak untuk mematuhi perintah tersebut, melakukan penangkapan tanpa alasan, menganiaya orang yang ditahan dan menyerang lingkungan awam dengan kereta kebal," kata peneliti PBB dalam sebuah laporan kepada Dewan HAM PBB.

Komisi penyelidikan, yang dipimpin oleh Paulo Pinheiro dari Brazil, menemukan bahawa pasukan pemberontak yang dipimpin oleh Tentera Pembebasan Syria juga melakukan pelanggaran termasuk pembunuhan dan penculikan, meskipun tidak sebanding dengan yang dilakukan pasukan Assad.

sumber

PALESTIN - Rundingan Kerajaan Perpaduan Ditangguh

KAHERAH 24 Feb. - Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal semalam menangguhkan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan sementara, kata pegawai Fatah.

Katanya, rundingan itu ditangguhkan selepas Hamas berkeras mahu menghalang suruhanjaya pilihan raya daripada mendaftar nama pengundi di Gaza.

Jelasnya, Hamas masih belum memberi persetujuan rasmi untuk membentuk kerajaan yang mampu mengakhiri perbalahan dengan Fatah. - AFP

sumber

Wednesday, February 22, 2012

PALESTIN - Vaksin Israel Bawa Padah kpd MESIR

Vaksinasi yang diseludupkan dari Israel ke Mesir telah menginfeksi ayam dengan virus, sedangkan seuar jeans Israel menyebabkan kemandulan, pegawai dan media Mesir mengatakan.

Seorang pegawai Kementerian Kesehatan Mesir mengatakan bahawa bahan kimia yang diseludupkan dari Israel menginfeksi unggas di Mesir dengan virus berbahaya, Ynet melaporkan Isnin lau (20/2).

Osama Selim ketua autoriti veteriner Mesir, telah meminta Majlis Rakyat untuk menekan asosiasi petani unggas tempatan untuk melawan penggunaan vaksinasi import ilegal dan serum darah, yang didakwa membuat unggas Mesir terkena penyakit sehingga mengancam kesihatan masyarakat. Ia menambahkan bahawa ia tidak mengesampingkan kemungkinan perang biologis yang dilakukan oleh negara Yahudi.

Dr Suhair Hassan, seorang pegawai ubat pencegahan penyakithaiwan, mengatakan kepada Komite Kesihatan pada hari Minggu lalu bahawa kajian yang dilakukan pada sekitar 200 peternakan ditemukan bahwa 75% peratus dari unggas yang diubati dengan produk-produk Israel, banyak yang menderita penyakit virus flu burung. Dalam beberapa kes bahan kimia menurunkan produksi telur atau menyebabkan haiwan mati.

Tapi memberi penyakit terhadap unggas bukan hanya sekian banyak sabotaj yang dilakukan Israel, dakwa sumber-sumber di Mesir .

Bahkan panel "Kebenaran" menuduh Israel memasukkan barang-barang beracun ke Mesir.

sumber

MESIR Akan Bekal Elektrik ke Gaza

KAHERAH 22 Feb. – Mesir bakal menyalurkan bekalan 22 megawat tenaga elektrik ke Genting Gaza selepas pusat janakuasa wilayah itu ditutup akibat gangguan teknikal.

Menurut Menteri Tenaga, Hassan Yunes, bekalan tersebut akan disalurkan ke Genting Gaza pada minggu depan.

Pusat jana kuasa yang membekalkan satu pertiga tenaga elektrik di Genting Gaza sering mengalami gangguan teknikal sehingga akhirnya terpaksa ditutup. – AFP

sumber

MALAYSIA - Hassan Ali Akan Dedah Video 'Pembabtisan'

Presiden pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Hasan Ali berkata, badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

NONE"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.

Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.

NONE"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.

Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.

Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba.

Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor (atas).

sumber

MALAYSIA - Indeks Kebebasan Akhbar Tangga ke-122

Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Dalam indeks 2010, Malaysia menduduki tempat ke-141.

azlanIndeks terbaru ini menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Finland dan Norway bersama-sama menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar yang melibatkan 179 negara, diikuti Estonia dan Belanda yang terikat di tempat ketiga, manakala Austria di tempat kelima.

Lima lagi antara 10 negara teratas daripada segi kebebasan akhbar adalah Iceland dan Luxembourg di tempat keenam, Switzerland (lapan), Cape Verde (sembilan), serta Kanada dan Denmark yang terikat bersama di tempat ke-10.

azlanMenduduki tempat terbawah dalam senarai adalah Turkmenistan (177), Korea Utara (178) dan Eritrea (179).

Menurut laporan itu, Pakistan (151) merupakan negara paling bahaya bagi wartawan untuk tahun kedua berturut-turut.

"Somalia (164), yang masih dalam kancah perang saudara selama 20 tahun, tidak menunjukkan petanda akan keluar daripada pergolakan di mana wartawan menanggung risiko tinggi untuk bertugas di negara itu," menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan Amerika Syarikat, yang menduduki tempat ke-47, jatuh 27 tempat daripada tahun sebelumnya berikutan penahanan ramai wartawan semasa membuat liputan tunjuk perasaan bantahan "Occupy Wall Street".

NONEMengulas Indeks Kebebasan Akhbar tahun ke-10, Reporters Without Borders berkata: "Indeks pada tahun ini menyaksikan banyak perubahan kedudukan, perubahan yang menggambarkan perkembangan pesat dan drastik terutamanya di dunia Arab."

Ia menyatakan banyak media terpaksa menanggung risiko tinggi bagi membuat liputan aspirasi demokrasi.

"Tahun yang berlalu juga memperlihatkan peranan yang diterajui pengguna Internet dalam menghasilkan dan menyebarkan berita," menurut pertubuhan, yang turut memaklumi penyertaan Cape Verde dan Namibia dalam kalangan 20 negara teratas.

sumber

Tuesday, February 21, 2012

MESIR - Mubarak Layak Dihukum Mati

Jaksa utama dalam pengadilan pemimpin yang digulingkan Mesir Hosni Mubarak mengatakan Isnin alu (20/2) dalam ucapan penutupan persidangan bahawa mantan presiden msti diberikan hukuman mati atas pembunuhan pendemo terkait pemberontakan tahun lalu.

Mustafa Suleiman mengatakan Mubarak, yang memerintah negara di dunia Arab yang paling padat penduduknya selama hampir 30 tahun, jelas memberikan kebenaran penggunaan peluru hidup dan menembak para pendemo.

Menurut perkiraan pemerintah, sekitar 850 orang terbunu dalam tindakan keras dari 25 Januari - 11 Februari, 2011.

Untuk ini, Suleiman mengatakan kepada Ketua Hakim, Mubarak dan lima terdakwa, termasuk mantan Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly dan empat mantan pegawai keamanan tinggi lainnya, mesti menerima hukuman yang maksimum.

"Ini bukan kes tentang pembunuhan dari satu atau sepuluh atau 20 warga awam, tetapi kes seluruh bangsa," katanya dengan tegas.

sumber

MALAYSIA - Kehadiran 2 Kapal Israel



KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan Umno BN sebagai ‘mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ dengan dakwaan kononnya Malaysia benar-benar memperjuangkan Palestin dan menolak bersahabat dengan Israel.

Namun demikian, Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, dengan kehadiran dua buah kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel menunjukkan wajah sebenar kerajaan Umno BN dalam isu Israel.

Beliau merujuk kepada laporan yang dikemukakan oleh sebuah NGO Jingga 13, Kapal-kapal tersebut adalah Zim USA dan Zim Atlantic milik sepenuhnya syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd dan ia turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.

“Soalnya, mengapa dua buah kapal milik syarikat dari Israel boleh dibenarkan berlabuh di perairan negara?

“Bukankah ini menunjukkan bahawa wujud secara tidak langsung hubungan dagang antara negara ini dengan Israel?

“Adakah kerajaan tidak sedar atau pura-pura tidak sedar kehadiran dua buah kapal ini dari Israel?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dalam isu itu, katanya DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak konsisten dalam isu Israel.

Menurutnya, dari satu sudut kerajaan seolah bertegas bersama rakyat Palestin dan menolak kejahatan Israel, tetapi dalam masa yang sama entiti yang ada kepentingan dengan Israel dibenarkan masuk ke dalam negara ini dengan mudah.

“Lupakah kerajaan bagaimana rakyat Palestin bermandi darah dan air mata mempertahankan tanah mereka yang dijajah dengan zalim dan kejam?” tanya beliau.

Katanya, Datuk Seri Najib barangkali lupa bagaimana umat Islam di seluruh dunia dengan tegas dan lantang mempertahankan bumi Palestin dari dijarah oleh rejim zionis Israel.

DPPM, ujarnya mengingatkan kerajaan bagaimana tegasnya negara-negara umat Islam yang lain sehingga sanggup memutuskan sebarang hubungan dengan Israel sama ada hubugan politik, ekonomi dan lain-lain lagi.

Sebaliknya, tambah beliau yang dikesali apabila kehadiran dua buah kapal dagang Israel dibiarkan dengan mudah berlabuh di perairan negara.

Sepatutnya, kata beliau kerajaan bertegas tidak membenarkan walau seinci pun tanah di negara ini, malah di perairan negara ini dilalui oleh apa juga entiti dari rejim Zionis sebagai tanda protes kemarahan terhadap rejim Zionis serta kebersamaan terhadap rakyat Palestin.

“Sudah tentu umat Islam yang melihat isu ini secara dekat merasa kecewa kerana kerajaan bersikap hipokrit dalam isu Israel,” katanya lagi.

Katanya beliau, ketegasan kerajaan dalam isu ini hanya pada sesetengah pihak sahaja terutama pembangkang supaya mereka dilihat bersama umat Islam seluruh dunia, tetapi apabila ianya mengena tepat ke batang hidung mereka, sepatah perkataan pun tidak terpacul dari mulut pemimpin mereka bagi membantah kehadiran kapal Israel ke Malaysia.

Akhirnya, ujar beliau DPPM meminta umat Islam menilai kembali sikap kerajaan Umno BN dalam isu Palestin dan Israel.

“Jelaslah bahawa Umno bukanlah sebuah parti yang boleh diharap bagi membela umat Islam di negara ini malah di peringkat antarabangsa, mereka hanya layak ‘ditunjuk jalan keluar’ dalam PRU ke 13 nanti,” katanya.

sumber

Monday, February 20, 2012

Forum ASWJ - fahamislam.com


Semua dijemput untuk sama-sama memeriahkan dan memanfaatkan forum ini. http://fahamislam.com/forum/

Wednesday, February 15, 2012

MALAYSIA Sokong PALESTIN?

Haji Najib Razak berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada perjuangan Palestin dan pendirian negara terhadap isu-isu melibatkan perjuangan tersebut adalah konsisten.

Menurut Perdana Menteri, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, Palestin termasuk rakyatnya sedia maklum ia bukanlah pendirian Malaysia secara amnya.

‘‘Saya berpendapat Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) juga tahu bahawa itu (kenyataan Anwar) bukan pendirian kita (kerajaan).

‘‘Rakyat Palestin tahu kerajaan menyokong kuat perjuangan mereka dan akan terus memberikan sokongan padu. Kita sentiasa konsisten dalam menyokong perjuangan itu,’’ katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Benarkah kerajaan BN menyokong Palestin.?

Pernahkah Malaysia mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang pilihanraya Palestin?

Masih ingatkah anda bagaimana Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Menteri Luar Palestin dari Hamas yang menang Pilihanraya sebaliknya menyambut wakil fatah dalam satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu?

SUMBER

IRAN Nafi Dalangi Letupan

TEHERAN 14 Feb. - Iran hari ini menafikan tuduhan Israel bahawa negara ini mendalangi serangan ke atas kakitangan Kedutaan Israel di India dan Georgia.

"Kami sama sekali menyangkal tuduhan yang dilemparkan oleh rejim Zionis kerana itu hanya sebahagian perang propagandanya.

"Iran mengutuk segala tindakan keganasan," kata jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast, menurut siaran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menuduh Iran mendalangi serangan yang mencederakan dua orang, termasuk seorang diplomat wanita Israel yang cedera parah.

"Iran mendalangi serangan itu, ia pengeksport keganasan terbesar di dunia," kata Netanyahu kepada anggota parti Likud pimpinannya.

Beliau mendakwa, beberapa percubaan telah dilakukan untuk membunuh atau mencederakan rakyat Israel dan Yahudi sejak beberapa bulan lalu, di tempat seperti Thailand dan Azerbaijan, dalam siri serangan yang dirancang oleh Teheran dan sekutunya, pergerakan Syiah di Lebanon, Hizbullah.

Semalam sebuah kereta di luar Kedutaan Israel di New Delhi meletup, menyebabkan seorang diplomat wanita Israel dan pemandunya cedera.

Dalam kejadian berasingan, Kementerian Dalam Negeri Georgia mengesahkan, polis di ibu negara, Tbilisi mematikan sebutir bom yang ditemui di dalam kereta seorang kakitangan Kedutaan Israel.

Mehmanparast berkata, Iran turut menjadi mangsa tindakan keganasan dan rejim Zionis itu sendiri melakukan keganasan dan pendudukan di wilayah Palestin.

Empat saintis Iran termasuk tiga yang terlibat dalam program nuklear Teheran, terbunuh dalam serangan bom di Iran dalam tempoh dua tahun lalu..

Pihak berkuasa Iran menuduh agensi pengintipan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad mendalangi serangan itu. - AFP



sumber

MAJLIS ILMU Azhar Idrus

MAJLIS ILMU Abu Zulfiqar (pengasas Satu Umat)

MAJLIS Habib Naqimuddin dan Ustaz Akherid

MALAYSIA - 14 Februari Hari Tutup Aurat Sedunia

Sementara rakan non-Muslim mereka merayakan hari Valentine Selasa kelmarin, 10 NGO berbasis Muslim di Penang Malaysia Rabu ini (15/2), mengkempenkan gerakan tutup aurat dalam usahaa untuk melawan semakin kuatnya pengaruh seks bebas dan kerosakan moral di kalangan pemuda di masyarakat .

Kelompok ini, yang menamakan dirinya "Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa", melancarkan kempen tahunan dalam usaha untuk mendidik masyarakat tentang nilai-nilai Islamdi Bagan Ajam (Butterworth) dan Queensbay (pulau Pinang) Malaysia.

Dua daerah ini biasa dikunjungi oleh banyak anak muda Muslim, terutama pada malam hari dan sepanjang akhir minggu.

"Tutup aurat" mengharuskan umat Islam khususnya muslimah untuk tidak mengekspos bahagian tubuh mereka yang Islam perintahkan untuk ditutup dan tidak untuk dilihat umum.

Kempen ini, kata mereka, berangkat dari kebutuhan untuk menanamkan nilai-nilai Islam yang kuat kepada pemuda/pemudi Muslim yang saat ini menghadapi konflik identiti.

Pada sidang media pimpinan dari Masjid Al-Taqwa, Mardziah Zakaria, mengatakan kempen ini dilancarkan di negara lain juga, termasuk Indonesia, Thailand, Britain, Hong Kong dan Macau.

Mardziah mengatakan 14 Feb telah dipilih untuk kempen tahunan kerana adanya pergaulan Bebas di kalangan pemuda pada Hari Valentine.

sumber

IRAN - Anak Pengarah Filem Oscar Peluk Islam

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi.

Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.

Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.

Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.

Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran.


SUMBER

Tuesday, February 14, 2012

TUNISA Bongkar Jaringan Al-Qaidah

Tunisia telah membongkar sebuah jaringan "organisasi pengganas" yang berhubungan dengan Al-Qaidah dan menangkap 12 anggota kelompok tersebut, dan beberapa di antara anggota kelompok itu telah menerima pelatihan militer di Libya dan berusaha untuk mendirikan sebuah negara Islam, Menteri Dalam Negeri Tunisia Ali Larayed mengatakan Isnin lau (13/2).

Larayed, pemimpin parti An-Nahdhah yang kini memimpin pemerintah Tunisia, mengatakan bahawa sembilan anggota kelompok itu beroperasi di dalam Libya.

"Mereka yang dituduh dalam kes ini sebelumnya sebahagian besar berada di penjara (di Tunisia) dengan tuduhan terorisme dan sejumlah dari mereka menerima pelatihan di Libya selama revolusi Libya," katanya kepada wartawan.

"Kami telah menyita beberapa senjata termasuk 25 senapang Kalashnikov dan 2.500 peluru ... Mereka berniat untuk mendirikan negara Islam. "

"Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka memiliki hubungan dengan kelompok-kelompok yang dekat dengan al-Qaidah di Libya dan mungkin dengan anggota al-Qaidah di Algeria," katanya menambahkan.

Belum begitu jelas apakah kelompok tersebut merencanakan serangan-serangan khusus, namun Larayed mengatakan mereka terhubung ke beberapa pejuang yang bertempur dengan pasukan keamanan Tunisia di bagian timur kota pelabuhan Sfax bulan ini.(fq/reu)

sumber

SYRIA - Liga Arab Setuju Bantu Penentang

KAHERAH 13 Feb. - Liga Arab bersetuju untuk membuka hubungan dengan penentang Presiden Bashar al-Assad di Syria serta menawarkan segala bantuan politik dan kewangan kepada mereka.

Blok Arab itu juga bersetuju untuk meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan pasukan pengaman bersama PBB-Arab untuk dihantar ke Syria, bagi menggantikan misi pemerhati Arab yang dibubarkan.

"Diplomat Liga Arab akan membuka saluran komunikasi dengan penentang rejim di Syria dan menawarkan sokongan penuh politik dan kewangan, di samping menggesa penentang rejim supaya menyatukan barisan," menurut satu kenyataan Liga Arab.

Mereka (diplomat) juga akan 'meminta Majlis Keselamatan PBB membuat keputusan mengenai penubuhan sebuah pasukan tentera pengaman PBB-Arab untuk menyelia pelaksanaan gencatan senjata', tambah kenyataan itu.

Pada satu mesyuarat yang berlangsung sehingga larut malam di Kaherah semalam, blok 22 negara anggota itu mengumumkan berakhirnya secara rasmi misi pemantaunya ke Syria, yang digantung pada bulan lepas disebabkan keganasan yang menjadi-jadi.

Hanya Algeria dan Lebanon melahirkan kesangsian berhubung resolusi tersebut.

Duta Syria ke Kaherah, Yusef Ahmed mengutuk kedua-dua keputusan Liga Arab itu.

"Republikan Arab Syria menolak sama sekali keputusan Liga Arab yang mencerminkan histeria kerajaan-kerajaan terlibat selepas mereka gagal menarik campur tangan asing pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB," kata Ahmed dalam kenyataannya.

Burhan Ghalioun, pemimpin Majlis Kebangsaan Syria yang menjadi penaung bagi semua penentang rejim Assad, memberitahu televisyen Al-Jazeera, beliau menyambut baik keputusan Liga Arab itu dan menyifatkannya sebagai langkah pertama 'ke arah kejatuhan rejim'.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 39 lagi penduduk awam dilaporkan terbunuh semalam, ramai daripada mereka maut dalam serangan berterusan tentera rejim Assad ke atas bandar raya Homs, tengah Syria. - AFP

sumber

INDIA - Kereta Duta Israel Meletup

NEW DELHI 14 Feb. - Sekurang-kurangnya dua orang cedera apabila sebuah kereta kedutaan Israel meletup di ibu negara India semalam, dipercayai perbuatan kumpulan pengganas.

Jurucakap polis India, Rajan Bhagat berkata, kereta tersebut diletakkan berdekatan kedutaan Israel yang terletak di kawasan kediaman di tengah New Delhi.

Sementara itu, di Georgia, sebuah bom kawalan jauh dimatikan sepasukan polis negara ini selepas bahan letupan itu ditemui di dalam sebuah kereta pekerja kedutaan Israel di Tbilisi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Shota Utiashvii berkata, pekerja terbabit menemui bahan letupan tersebut di dalam kereta sebelum bertindak menghubungi polis.

"Bahan letupan itu dimatikan dan tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut," katanya. – AFP

sumber

Sunday, February 12, 2012

INDONESIA - 11 Pelajar Maaysia Nyaris Ditimpa Bumbung

JAKARTA 12 Feb. — Kira-kira 30 mahasiswa wanita termasuk 11 mahasiswa dari Malaysia terselamat daripada sebarang kecederaan apabila bumbung bahagian hadapan rumah sewa yang mereka diami di Grogol, Jakarta Utara, di sini tiba-tiba runtuh tengah malam tadi.

Kejadian di rumah dua tingkat di Jalan Tawakal 6, A-B, Grogol itu dipercayai berlaku kerana tiang penyangga kayu bahagian hadapan rumah itu yang reput tidak lagi mampu menampung beban sehingga mengakibatkan bumbung bahagian depan rumah itu runtuh.

Atase Pendidikan yang juga Setiausaha l (Pendidikan) Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Ludinata Misnun berkata, runtuhan bumbung itu telah menutup pintu keluar rumah berkenaan sehingga memaksa para penghuni memecah tingkap di salah sebuah bilik di tingkat bawah untuk keluar menyelamatkan diri.

Hanya bahagian hadapan bumbung rumah itu yang runtuh, katanya di sini pada Ahad.

Kira-kira 30 mahasiswa wanita Universiti Trisakti, termasuk 11 dari Malaysia menyewa bilik-bilik yang terdapat di rumah itu. Penghuni lain ialah mahasiswa dari Indonesia.

Ludinata berkata, berikutan kejadian itu, kesemua 11 pelajar Malaysia terbabit kini menumpang di rumah rakan-rakan pelajar Malaysia yang lain di sekitar kampus Universiti Trisakti.

Katanya, pihaknya dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia akan menempatkan sementara 11 pelajar terbabit di Malaysia Hall Jakarta agar mereka lebih selesa, lebih-lebih lagi sebahagian besar pelajar itu akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.

Beliau berkata pihaknya dan kedutaan akan terus memantau keadaan mahasiswa Malaysia di republik ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terus terpelihara. — BERNAMA

sumber

MAJLIS ILMU Ustaz Abdul Raof Al-Bahanji

1. Setiap Isnin malam Selasa
--Surau Madrasah Aliyah , Jalan Jelebu (belakang pam Petronas, sebelum Masjid Sidang Sendeng) Ampangan, Seremban N. Sembilan.
10 malam--11 malam--Kitab Siyarus Salikin ( juzuk 1 dan 2).

2. setiap Rabu awal bulan
--(Pondok) Madrasah Islamiah Pondok Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg. Bongek, Rembau, N. Sembilan.
9 pagi -- 11 pagi---Kitab al Hikam (Karangan Tok Pulau Manis) dan Ringkasan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Karangan al Ustaz sendiri).


3. setiap Selasa malam Rabu pada minggu kedua dan keempat -2 minggu sekali.
-- Surau Taman Jasmin, Senawang , Seremban, N. 9.
Lepas Maghrib--- Kitab Kifayatul Muhtadi (Karangan Sheikh Muhammad Nur bin Sheikh Muhammad bin Sheikh Ismail alFathoni)..ini diantara isi kandungan kitab kifayatul muhtadi . sila klik Untuk maklumat lanjut lokasi taman jasmin . insyalah pada akhir pengajian sesi soal jawab akan diadakan.


4. setiap pagi Ahad.
bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi- kitab Bughyatut Thullab (fekah) dan Durrus Thamin (tawhid),
-- pondok Tampin, jalan padang ragut. Repah, Tampin N.9.


5. sebulan sekali

a) tafaqquh. 9 pagi- 12 tghari- kitab kasyful litham (fekah) dan ad durrus thamin (tawhid). Kasful Litham an asilatil anam.


b) Pemantapan ilmu. 4-5 petang- kitab Hidayatus Shibyan (fekah).

-- di Dewan
kuliah pejabat agama Tampin.


6.setiap minggu , jumaat malam sabtu.
selepas sembahyang maghrib.
- kitab pedoman berjemaah.
-- disurau taman desa permai, jln tampin gemencheh, tampin n.9.

Muslimin-muslimat dijemput hadir, insyallah.

MAJLIS ILMU Ustaz Azhar Hasyim

PALESTIN - Hamas Tak Akan Sesekali Akui Israel

"Hamas tidak akan pernah mengakui Israel," kata Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah Sabtu ini (11/2) dalam sebuah ucapan di Iran.

"Mereka ingin kami mengakui pendudukan Israel dan menghentikan perlawanan tetapi, sebagai wakil dari rakyat Palestin dan atas nama semua pencari kebebasan di dunia, saya mengumumkan dari Azadi Square di Teheran bahawa kami tidak akan pernah mengakui Israel," kata Ismail Haniyah.

"Perlawanan akan terus belanjut sampai semua tanah Palestin, termasuk al-Quds (Jerusalem), dibebaskan dan semua pelarian telah kembali," tegasnya.

Pengulangan pernyataan Haniyah merupakan sikap lama Hamas yang dibuat pada kesempatan peringatan revolusi Syiah Iran. Pemimpin palestin itu berbicara kepada kerumunan orang yang diperkirakan berjumlah 30.000 bersama Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

sumber

SYRIA - Jeneral Ditembak Mati

Sejumlah lelaki bersenjata menembak mati seorang doktor militer senior Syria di luar rumahnya di utara Damsyik pada hari Sabtu kelmarin (11/2), pejabat berita SANA mengatakan.

Dikatakan kelompok bersenjata membunuh Brigadier Jeneral Issa al-Khouli, yang digambarkan sebagai seorang doktor dan direktur hospital, di distrik Rukneddine ibukota Syria.

Khouli adalah pegawai paling tinggi yang dilaporkan terbunuh di Damsyik sejak awal pemberontakan 11-bulan melawan Presiden Bashar al-Assad.

Sebahagian besar kekerasan terjadi di luar dua kota utama Damsyik dan Aleppo, pejuang pemberontak secara singkat sempat menguasai pinggiran kota Damsyik sebulan yang lalu dan dua bom keretal mengorbankan 28 orang di Aleppo pada hari Jumaat sebelumnya.(fq/reu)

sumber

SYRIA Arah TUNISIA dan LIBYA Tutup Kedutaan

Syria mengatakan kepada pemerintah Libya dan Tunisia untuk menutup kedutaan mereka di Damsyik dalam waktu 72 jam, jurucakap kementerian luar negeri mengatakan, Sabtu kelmarin 911/2), setelah kedua negara Afrika Utara tersebut mengumumkan langkah yang sama melawan rejim Syria.

Libya mengatakan pada hari Khamis lalu bahawa mereka mengusir para diplomat Syria dan stafnya dari Tripoli serta memberikan waktu tiga hari untuk meninggalkan negara itu.

Dan minggu lalu pemerintah Tunisia mengatakan telah memulai prosedur untuk mengusir Duta Besar Syria dan menarik pengakuan mereka atas kepemimpinan Syria di bawah Presiden Bashar al- Assad.(fq/reu)

sumber

Saturday, February 11, 2012

PALESTIN - Hacker Serang Internet

Penasihat bidang komunikasi Presiden Abbas mengatakan Rabu lalu (8/2) bahawa Palestin menghadapi gangguan internet yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang dilakukan oleh para hacker.

Sabri Saidam mengatakan kepada pejabat berita Ma'an bahawa sejumlah besar email yang dikirim telah menonaktifkan server Palestin.

Serangan ini mencapai puncaknya pada hari Rabu jam 6 petang kelmarin,dan meminta masyarakat untuk bersabar permasalahan sedang diselesaikan.

Sebelumnya masih pada hari Rabu, perusahaan telekomunikasi Palestina PalTel mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa perusahaan mereka menghadapi "gangguan" yang memperlambat talian internet.

Staf teknikal yang bekerja untuk menyelesaikan masalah dan PalTel telah meminta maaf atas ketidakselesaan yang terjadi, pernyataan tersebut menambahkan.

Hacker dilaporkan berhasil menutup dua laman berita Palestin di Tebing Barat yang diduduki Selasa minggu lalu.(fq/mna)

sumber

MALAYSIA Tahan Wartawan SAUDI Hina Rasulullah


Polisi Malaysia mengatakan mereka telah menahan seorang wartawan muda Saudi yang melarikan diri dari negaranya setelah komentar Twitter yang dibuatnya tentang Nabi Muhammad mencetuskan seruan agar dirinya dihukum mati.

Hamza Kashgari ditahan setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia pada Khamis llau (9/2), jurucakap polis Ramli Yoosuf mengatakan kepada AFP.

"Kashgari ditahan di lapangan terbang pada saat kedatangannya menyusul permintaan yang dibuat kepada kami oleh Interpol setelah pemerintah Saudi menganggap dia buruan," katanya menegaskan.

Pejabat berita negara Bernama mengatakan Kashgari telah ditahan oleh Malaysia atas tuduhan menghina Nabi Muhammad.

AFP tidak dapat segera mengesahkan di mana Kashgari ditahan dan pegawai di pejabat Interpol di Malaysia tidak dapat segera dihubungi untuk memberikan komentar.

Ahad lalu, pada hari Maulud nabi, dia menulis di twiternya dengan mengatakan: "Saya mengasihi hal-hal tentang anda dan saya membenci hal-hal tentang anda dan ada banyak hal yang saya tidak mengerti tentang anda. Saya tidak akan berdoa untuk anda."

Sebagai sesama negara-negara Muslim, Malaysia dan Arab Saudi memiliki hubungan dekat tetapi tidak memiliki perjanjian ekstradisi formal.

Namun, seorang pegawai kementerian dalam negeri Malaysia mengatakan Kashgari dapat diekstradisi di bawah perjanjian keamanan bilateral lainnya.(fq/afp)

sumber

Jenazah 30 Tahun Masih Elok dan Berbau Wangi

wangi


MAYAT wanita yang dikebumikan 30 tahun lalu masih berkeadaan baik di kampung Jangkar, Jawa Timur.


SITUBONDO - Walaupun telah 30 tahun dikebumikan, jenazah seorang wanita di kampung Jangkar, Jawa Timur didapati masih utuh dan berbau wangi.

Peristiwa aneh itu terjadi ketika ahli keluarganya mahu memindahkan kuburnya ke tempat lain supaya ia berdekatan dengan kubur suaminya.

Insiden itu turut menggemparkan penduduk setempat yang kemudian beramai-ramai datang untuk melihat sendiri mayat tersebut dan beramai-ramai membacakan doa.

Menurut ahli keluarga jenazah itu, Sukiyem ketika hidupnya dikenali sebagai seorang yang penyabar dan rajin mengerjakan ibadah.

"Dia juga seorang yang peramah dan baik dengan jirannya.

"Saya sendiri hairan bagaimana jasadnya masih lagi utuh dan berbau wangi walaupun telah 30 tahun dikebumikan," kata seorang daripada ahli keluarga jenazah itu, Ismail kepada Okezone.com.

Menurut Ismail, jenazah itu tetap akan dipindahkan ke makam lain yang berdekatan dengan kubur suaminya. - AGENSI


sumber

SYRIA - Pertempuran di Homs Makin Sengit

AMMAN 10 Feb. - Bandar Homs hari ini dipenuhi kereta-kereta kebal pasukan keselamatan Syria ketika puak Alawite melancarkan serangan berterusan buat lima hari berturut-turut ke atas bandar itu.

Penduduk Homs menjangkakan berlaku pertempuran besar-besaran antara kumpulan pemberontak dan pasukan keselamatan Syria dalam tempoh terdekat.

Presiden Bashar al-Assad yang disokong Rusia tidak mengendahkan rayuan daripada pemimpin dunia untuk menghentikan pergolakan yang telah berlarutan selama 11 bulan di Syria.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengutuk keganasan yang berlaku dalam operasi untuk menggulingkan Assad manakala Duta Turki ke Kesatuan Eropah memberi amaran berhubung risiko tercetusnya perang saudara yang boleh memburukkan lagi keadaan di Syria.

Kumpulan aktivis dalam pada itu menyatakan bantuan kereta kebal dihantar ke Homs sejak dua hari lepas meningkatkan kemungkinan pasukan keselamatan Syria akan menggempur kawasan Sunni.

Jurucakap bagi kumpulan pemberontak, Mejar Maher al-Naimi berkata, adalah sukar untuk menjangkakan bila akan berlakunya pertempuran terbesar namun mendakwa Assad tidak mempunyai pasukan tentera yang mencukupi untuk mengawal bandar Homs.

"Pasukan tentera Assad bergantung kepada kaedah serangan menggunakan bom kerana mereka tidak mempunyai anggota yang mencukupi berbanding jumlah penduduk Homs yang besar," ujarnya.

Katanya, pasukan Tentera Bebas Syria akan mempertahankan bandar itu sehingga ke titisan darah terakhir.

Sementara itu, aktivis Mohammad Hassan berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak berkemungkinan berlaku esok.

"Pelancar-pelancar meriam telah diarahkan ke beberapa daerah seperti Bab Amro, Inshaat, Khalidya dan pertempuran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja," katanya. - REUTERS

sumber

MESIR - Ikhwan Mahu Tentera Serah Kuasa

KAHERAH 10 Feb. - Ikhwan Muslimin semalam menggesa pemerintah tentera Mesir menyerahkan kuasa, dalam satu keadaan memperlihatkan konfrontasi yang sekian lama dijangka di antara jeneral pemerintah dan pergerakan Islam yang menguasai Parlimen itu.

Dalam satu kenyataan di laman webnya dan wawancara bersama pemimpin kanannya yang disiarkan di televisyen, pergerakan tersebut mendesak tentera membenarkan Perdana Menteri Kamal al-Ganzouri diganti serta pembentukan Kabinet dengan satu kerajaan campuran oleh Parlimen.

Pembentukan kerajaan campuran itu membolehkan peralihan kuasa dilakukan segera.

Kumpulan Islam yang pernah diharamkan di Mesir itu sebelum ini menyatakan, pihaknya akan menunggu tempoh peralihan kuasa yang dijanjikan tentera pada Jun ini selepas menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak tahun lalu.

Namun, pendirian pergerakan itu berubah selepas kerajaan dikawal tentera berdepan pelbagai kemelut termasuk rusuhan maut semasa satu perlawanan bola sepak minggu lalu diikuti protes ganas oleh penunjuk perasaan selama lima hari.

"Kita mesti mulakan pembentukan kerajaan campuran dengan segera bagi mengendalikan situasi ekonomi dan keadaan negara tanpa undang-undang di Mesir sekarang," kata Timbalan Pemimpin Tertingginya, Khairat el Shater seperti yang dipetik al-Jazeera.

Beliau dalam kenyataan di laman web pergerakan tersebut, turut merujuk kepada keganasan berulang kali yang digunakan pihak tentera terhadap penunjuk perasaan.

"Menggunakan kekerasan dan keganasan ke atas penunjuk perasaan adalah salah sama sekali, ia melambangkan kelemahan dan salah urus oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Sama seperti penunjuk perasaan dan parti liberal Mesir, Ikhwan Muslimin mahu tentera menyerahkan kuasa serta merta.

Bagaimanapun, dalam keadaan demokrasi mula diterima di negara ini, pemimpin parti liberal semalam menyatakan mereka masih enggan membentuk kerajaan campuran dengan parti Islam tersebut sebaliknya hanya mahu bertindak sebagai pembangkang. - Agensi

sumber

PM HAMAS Lawat IRAN

TEHRAN 11 Feb. - Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya tiba di Tehran semalam untuk lawatan tiga hari dan dijadualkan berucap pada perarakan ulang tahun ke-33 Revolusi Islam 1979 hari ini.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad serta beberapa pemimpin tertinggi negara ini.

Media tempatan turut melaporkan Haniya bakal menerima ijazah kehormat daripada Universiti Tehran. - AFP

SUMBER

SYRIA - Bom, 28 Maut 235 Cedera

DAMSYIK 11 Feb. - Dua serangan bom kereta di pos keselamatan Syria di bandar Allepo semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan mencederakan 235 yang lain.

Stesen televisyen negeri melaporkan, serangan di kawasan komersial itu dipercayai perbuatan kumpulan pengganas.

Katanya, seorang pengebom berani mati menaiki sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan melancarkan serangan di sebuah balai polis yang terletak berdekatan pusat pengedaran makanan.

Serangan kedua dilancarkan ke sebuah pangkalan pusat perisikan. - AFP

sumber

Friday, February 10, 2012

PALESTIN - Ahli Parlimen Hamas Tolak Kesepakatan

Blok parlimen Hamas di Jalur Gaza menentang kesepakatan rekonsiliasi terbaru gerakan itu dengan Fatah, yang dipimpin oleh Presiden Palestin Mahmud Abbas.

Hamas dilaporkan berisiko kehilangan pengaruh di Gaza di bawah kesepakatan tersebut, yang ditandatangani di Qatar minggu ini oleh Abbas dan pemimpin Hamas di pengasingan, Khalid Misyaal.

Dalam sebuah pernyataan hari Rabu lalu (8/2), 31 anggota parlimen Gaza dari Hamas mengatakan kesepakatan itu adalah tidak sah. Sembari mengatakan Abbas tidak boleh menjadi presiden dan perdana menteri sekaligus.

Namun seorang jurucakap Hamas di Gaza mengatakan perjanjian tersebut akan tetap dilakukan, meskipun adanya kritik tersebut.(fq/ap)

sumber

GLOBAL - 30 Negara Hadiri Pertemuan Salam World

Pertemuan puncak pertama dari projek "Salam World" akan berlangsung pada tanggal 13 Februari akan datang di kota Istanbul, Turki.

Projek laman Salam World dianggap sebagai laman jejaring sosial pertama murni Islam yang berasaskan umat Islam, dan merupakan projek teknik yang unik secara internasional serta mengadopsi prinsip-prinsip Islam. Selain itu, laman Salam World sendiri akan sangat ketat dalam hal-hal yang dianggap melanggar ajaran Islam.

Diharapkan laman jejaring sosial berpusat multikultural multibahasa ini, dapat memenuhi persyaratan untuk melakukan penyebaran pemikiran Islam dan warisan Islam di seluruh dunia, serta menjadi alat komunikasi di kalangan umat Islam.

Lebih dari 200 tokoh Islam dari lebih dari 30 negara akan mengambil bahagian dalam KTT pembukaan Salam World di hadapan para pegawai pemerintah dan para tamu penting lainnya. Konferens ini diharapkan akan diadakan setiap tahun dalam rangka menciptakan interaksi antara ilmuwan negara Islam dan pemimpin masyarakat Islam, selain pakar teknologi untuk mendukung projek besar Islam.

Seperti yang diharapkan, laman "Salam World" (salamworld.com) akan rasmi dilaunching Ramadhan tahun ini dalam 8 bahasa rasmi, dan diharapkan mampu mensasarkan 50 juta pengguna dalam 3 tahun akan datang.(fq/iqraa)

sumber

MESIR - Badwi Culik 19 Pengawal Sempadan

Pegawai keamanan Mesir mengatakan suku Badwi menculik 19 penjaga perbatasan di utara Semenanjung Sinai setelah anggota suku terbunuh dalam tembak-menembak dengan polis.

Para pegawai keamanan mengatakan sekelompok suku Badwi bersenjata tak dikenal menculik penjaga perbatasan dengan todongan senjata ketika mereka menyerang pos penjaga di perbatasan Mesir-Israel pada hari Khamis kelmarin (9/2).

Mereka mengatakan para penculik membawa para petugas ke lokasi gurun tidak jauh dari pos. Dilaporkan, negosiasi dengan para pemimpin suku sedang dilakukan untuk membebaskan penjara perbatasan.

Awal bulan ini, suku Badwi bersenjata menculik dua wanita Amerika dan Mesir sewaktu mereka melakukan lawatan di selatan Sinai, menuntut kebebasan kerabat dengan imbalan pembebasan mereka.

Para pelancong itu akhirnya dibebaskan tanpa cedera.

sumber

MALAYSIA - Eksport Minyak Sawit ke Iran Dihentikan?

Reuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan.



Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?

Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel.

Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.

Dalam hal minyak masak ini.. jelas demi Israel, Malaysia telah menyekat penghantaran minyak masak tersebut kepada Iran..

Ini kerana menurut Chegu Bard .. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. Beliau yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini beliau cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

Kenyataan media sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.

Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030
sepenuhnya sila baca di ( SINI )

*******************************************

Exclusive: Malaysian exporters halt palm oil supply to Iran

(Reuters) - Malaysian palm oil exporters have stopped supplying Iran with most of the 30,000 tonnes of the food staple the Middle Eastern country buys each month, or about half its demand, as Western financial curbs on Tehran stymie payments, two trading sources said.

The halt in Malaysia's palm oil exports to Iran, which the traders said started late last year, is the latest sign that sanctions aimed at persuading Tehran to abandon a suspected nuclear weapons program have started to bite.

The sanctions, spearheaded by the United States and European Union, have made it difficult for Iranian palm oil buyers to use letters of credit and make payments via middlemen in the United Arab Emirates (UAE) to Malaysian exporters.

Malaysia is the world No.2 producer of palm oil, used to make products from bio-diesel to cooking oil. It is a key supplier of Iran's palm oil, along with Indonesia, the world's top producer.

"Most of the companies selling palm oil to Iran have stopped since the end of last year," one trader with direct knowledge of the deals told Reuters on Wednesday.

"Payments are not coming through and no palm oil shipper wants to risk sending the cargoes to Iran with such a tense political situation," added the trader, who declined to be identified due to the sensitivity of the issue.

Malaysia's Commodities Ministry and the Malaysian Palm Oil Council (MPOC) -- the country's key marketing agency for the tropical oil -- were not immediately available for comment.

Source : Reuters US Edition

sumber

Thursday, February 9, 2012


Para aktivis di Homs melaporkan bahawa sekurang-kurangnyanya 18 bayi pramatang meninggal pada hari Rabu kemarin (8/2) di sebuah hospital tempatan setelah elektrik diputuskan, menyebabkan inkubator para bayi pramatang itu mati.

"Bayi-bayi itu berada di Hospital Al-Walid di lingkungan al-Waar dari Bab Amr," kata aktivis lembaga media kepada pegawai berita Jerman DPA.

Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh pada hari Rabu pagi di negara yang sedang bergejolak ini.

"Pihak keamanan mulai menyerbu al-Khalidiyeh, al-Inshaat, Bab Amr, mensasarkan daerah pemukiman dan hospital," kata Omar Idibi, jurucakap Komite lokal Koordinasi pembangkang Syria kepada DPA di Beirut.

"Laporan awal dari Homs mengatakan 47 terbunuh dan puluhan orang terluka dan tidak dapat mencapai rumah sakit," tambahnya.

Pasukan pemerintah telah menangkap beberapa orang yang cedera di hospital tempat mereka dirawat, katanya menambahkan.(fq/bikyamasr)


sumber

RM800,000 Tiada Dalam Laporan MAIWP?

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dakwaan penyalahgunaan wang zakat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kini semakin menimbulkan tanda tanya, apabila perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, perbelanjaan pergurusan Yayasan Taqwa turut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak apabila didapati terlalu besar dan tidak munasabah sehingga mencecah RM2 juta.

Pengarah Task Force Zakat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pendapatan Yayasan Taqwa sebanyak RM7.78 juta.

Menurutnya, perbelanjaan yayasan itu pula sebanyak RM6.98 juta yang jelas menunjukkan sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan MAIWP bagi tahun 2010 yang lalu.

Katanya, pihaknya juga mendapati belanja pengurusan Yayasan Taqwa sehingga RM2 juta adalah sangat tinggi, tambahan pula yayasan tersebut hanyalah mempunyai seorang pengurus besar dan 17 orang kakitangan sahaja.

"Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf didapati agihannya sebanyak RM4.98 juta atau 64 peratus, manakala pengurusan sebanyak RM2 juta atau 36 peratus.

"Kenapa peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64 peratus sahaja, sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Di samping itu, menurutnya, pihaknya turut mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama di dalam laporan tahunan MAIWP.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menjelaskan, Yayasan Taqwa adalah agensi yang berada di bawah MAIWP yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan dipengerusikan oleh Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.

"Dengan ini, kami mendesak Datuk Seri Jamil Khir menjawab ke manakah wang sebanyak RM800,000 yang tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?" katanya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, tegasnya, mendesak Jamil menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa terlalu tinggi sehingga mencecah RM2 juta.

"Kesemua perkara itu perlu dijelaskan dengan segera dan terperinci oleh Datuk Seri Jamil Khir. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu pula bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, di samping itu beliau dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat MAIWP untuk tujuan kos guaman kes qazaf.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sehubungan itu turut mendesak pihak terbabit melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.

sumber

MESIR - Ikhwan Tak Benarkan Wahhabi Bikin Kecoh

KAHERAH 8 Feb. - Sidang Dewan Parlimen Mesir menjadi gamat apabila seorang ahli Parlimen dari parti Salafi, Mamduh Ismail bertindak bangun dan melaungkan azan.

Speaker, Saad al-Katatni yang merupakan anggota Ikhwan Muslimin berkata, beliau tidak memberikan kebenaran untuk Mamduh berbuat demikian.

Mamduh yang tidak menghiraukan arahan Saad kemudian bertindak menadah tangan dan berdoa.

''Mamduh Ismail melanggar peraturan dan melaungkan azan tanpa kebenaran Yang Dipertua Dewan. Kita ada masjid untuk berbuat demikian.

''Dewan ini untuk kita berdebat... Ia tidak menunjukkan anda lebih alim dan lebih mahu sembahyang berbanding orang lain,'' kata Saad sambil menerima senyuman daripada timbalan-timbalannya.

Mamduh yang merupakan anggota parti Islam kedua paling berpengaruh dalam pilihan raya umum baru-baru ini, bulan lepas diarahkan menjaga tingkah laku selepas beliau menyatakan tidak mahu melanggar peraturan Allah dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. - AFP


sumber

CIA Kekal di IRAQ dan AFGHANISTAN

WASHINGTON 8 Feb. - Agensi Perisikan Pusat (CIA) akan terus memainkan peranan besar secara sulit di Iraq dan Afghanistan selepas askar konvensional Amerika Syarikat (AS) berundur dari kedua-dua negara itu.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk bergantung kepada pengintip dan pasukan tentera Operasi Khas bagi melindungi kepentingan AS di dua zon perang tersebut, kata pegawai AS, semalam.

Kata mereka, stesen CIA di Kabul dan Baghdad akan terus menjadi pos terbesar agensi itu di luar negara selama beberapa tahun lagi, meskipun bilangan kakitangannya tidak sebanyak dahulu ketika usaha AS untuk menumpaskan pemberontak dan menubuhkan kerajaan berwibawa mencapai kemuncak di kedua-dua negara itu.

Pengunduran tentera AS dari Iraq pada Disember ini bermakna penekanan CIA di negara itu beralih kepada kegiatan pengintipan lebih tradisional iaitu memantau perkembangan dalam kerajaan Baghdad yang semakin berpecah-belah, berusaha untuk membendung aktiviti sekutu al-Qaeda dan menangkis pengaruh Iran.

Di Afghanistan, CIA dijangka memainkan peranan operasi yang lebih agresif.

Pegawai AS berkata, keupayaan separa tentera CIA dilihat sebagai alat untuk menggoyahkan kedudukan Taliban, melindungi kerajaan di Kabul dan memastikan lapangan terbang di Afghanistan dapat terus digunakan oleh pesawat tanpa juruterbang (drone) CIA untuk memburu saki-baki anggota al-Qaeda di Pakistan.

Sewaktu Obama berusaha untuk menamatkan konflik besar-besaran selama sedekad, tugas baru CIA itu membayangkan agensi tersebut akan memainkan peranan penting dalam usaha pentadbiran beliau untuk menggunakan kuasa AS dengan lebih tersusun dan lebih fokus.

Ekoran strategi tersebut, stesen CIA di Kabul, yang suatu masa dahulu mempunyai 1,000 kakitangan, dijangka meluaskan kerjasama dengan tentera Operasi Khas apabila pengunduran askar konvensional bermula.

Komander Operasi Khas yang mengarahkan serangan untuk membunuh Osama bin Laden pada tahun lepas, Laksamana William McRaven membayangkan peralihan itu dalam kenyataannya di Washington, semalam.

"Saya tidak ragu-ragu askar Operasi Khas adalah pasukan terakhir yang akan meninggalkan Afghanistan," kata McRaven. - AGENSI

sumber

Wednesday, February 8, 2012

MAJLIS 14 Februari

SYRIA - Sudah 5 Hari Homs Dibedil

Pasukan Syria mengebom lingkungan perumahan di pusat kota Homs Rabu ini (8/2) untuk hari kelima berturut-turut, mengorbankan puluhan orang menurut apa yang aktivis katakan sebagai langkah terakhir rejim untuk merebut kembali kawasan yang dikendalikan oleh para pemberontak.

Kekerasan terjadi di Homs pada saat rejim Presiden Bashar Assad menjadi semakin terisolasi selama tindakan keras berdarahnya terhadap perbezaan pendapat. Lima negara Eropah dan enam negara Arab Teluk telah menarik duta besar mereka dari Damsyiq, dan Amerika Syarikat telah menutup kedutaannya di Syria.

Namun Assad Selasa lalu mendapat dukungan dengan adanya kunjungan dari Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Lavrov dan ketua intelijen negara itu, Mikhail Fradkov. Dalam pembicaraan di Damsyik, Rusia mendorong solusi untuk krisis Syria yang akan mencakup reformasi oleh rejim dan dialog dengan oposisi - tetapi tidak untuk Assad berundur.

SUMBER

Syarikat Johor Dagang Sawit dengan Israel

Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

NONEMenurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa
mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.


sumber

SYRIA - Bandar Homs Terus Dibedil, 25 Maut

BEIRUT 7 Feb. - Sekurang-kurangnya 21 orang awam dan empat askar terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di bandar Homs, tengah Syria, hari ini, ketika serangan meriam tentera kerajaan ke atas bandar itu berterusan untuk hari keempat.

Kematian terbaru itu berlaku sehari selepas hampir 100 orang awam terbunuh di beberapa bandar di negara ini, jumlah kematian paling banyak sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad bermula kira-kira 11 bulan yang lalu.

Bunyi letupan roket dan tembakan mesingan turut kedengaran sekali-sekala di kawasan kediaman, Baba Amro.

Seorang aktivis, Abu Rami yang dihubungi melalui telefon berkata, bunyi letupan masih kedengaran pada waktu malam.

"Kedengaran empat letupan setiap lima minit dan sejak pagi tadi, serangan meriam ditumpukan di kawasan Baba Amro, Inshaat dan Jubar.

"Situasi krisis kemanusiaan di sini semakin teruk. Setiap orang tidak boleh bergerak sesuka hati kerana terdapat penembak curi di merata-rata tempat," katanya.

Seorang lagi aktivis berkata, bekalan makanan dan perubatan semakin berkurangan.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, sekurang- kurangnya 69 orang awam terbunuh di Homs, semalam dan kawasan sekitarnya selepas tentera kerajaan melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas bandar itu.

Katanya, 13 orang lagi terbunuh dalam pertempuran di wilayah barat laut Idlib, seorang di Aleppo, dan 15 lagi di Damsyik.

Menurut laporan kumpulan hak asasi manusia, lebih 6,000 orang maut sejak revolusi di Syria meletus pada pertengahan Mac tahun lalu. - AFP

sumber

MAJLIS Habib Tahir dan TG Hafiz Selamat

MAJLIS Habib Ali Zainal Abidin & Ustaz Azhar Hashim

Majlis Ilmu Sekitar Kedah

Monday, February 6, 2012

TUNISIA Desak Dunia Putus Hubungan dengan SYRIA

Perdana Menteri Tunisia Hamadi Jebali hari Ahad lalu (5/1) menyerukan semua negara untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria selama masih ada kekerasan di sana.

"Kita terpaksa mengusir duta besar Syria dari negara-negara Arab dan lainnya," kata Jebali selama diskusi panel tentang Timur Tengah di sebuah konferens keamanan di kota Jerman selatan Munich.

"Orang-orang Syria tidak mengharapkan adanya laporan yang panjang ... mereka mengharapkan tindakan, mereka mengharapkan langkah konkret ... Paling tidak yang boleh kita lakukan adalah untuk memotong semua hubungan dengan rejim Syria," tambah Jebali.

Dia mengatakan, veto Rusia dan Cina pada hari Sabtu kelmarin melawan resolusi PBB yang bertujuan menghentikan kekerasan, menunjukkan bahawa sistem di Dewan Keamanan telah rusak.

sumber

LIBYA - Maulidurrasul Meriah Sekalipun Salafi Wahhabi Membantah

Sufi Libya mengadakan perarakan gembira melalui jantung kotaTripoli pada Sabtu lalu (4/1) untuk mengenang maulid Nabi Muhammad SAW, menentang kelompok yang mereka anggap radikal, Salfi Wahhabi Muslim, yang dianggap menekan mereka melarang melaksanakan tradisi yang sudah berabad-abad dilakukan.

Nyanyian himne dengan ketukan dram dan simbal, memenuhi lorong-lorong sempit kota tua di Tripoli untuk merayakan hari Maulid, acara kegemaran bagi para Sufi di benua Afrika Utara tersebut.

Perayaan maulid adalah yang pertama sejak jatuhnya Muammar Gaddafi Ogos tahun lalu, meskipun ada kekhuatiran bahawa kelompok "garis keras" Salafi Wahhabi mungkin akan menyerang kelompok sufi sebagai pelaku bidah.

Ketegangan antara para Sufi tradisional dan Salafi Wahhabi, telah menjadi kesenjangan kunci dalam politik Libya pada saat kedua belah pihak mulai terbentuk untuk mengikuti pemilihan umum yang bebas pada bulan Jun akan datang.

"Kami bertempur melawan tiran (Gaddafi) kerana dia seorang diktator dan kami tidak ingin orang seperti dia memerintah kami lagi," kata guru biologi Muhammad Arif. "Kami majoriti."

Emhemed Elashhab, seorang syeikh di salah satu sekolah Islam di mana kelompok sufi berkumpul, mengatakan ada kurang dari 2,000 Islamis yang suka kekerasan di Libya. "Semua orang normal menentang idea-idea mereka," katanya.

Bahkan jika hari kebesaran Maulid berlalu tanpa insiden, pemimpin sufi mengatakan mereka tetap prihatin kerana pegawai keagamaan pasca-Gaddafi memiliki kecenderungan Salafi Wahhabi dan telah menunjuk para imam ke masjid-masjid di seluruh negeri.

Khutbah Salafi juga meluas di televisyen dan radio Libya, kata mereka, yang meningkatkan kekhuatiran di kalangan sufi bahwa mereka sedang terkepung oleh kelompok Islam yang keras.(fq/reu)

sumber

Sunday, February 5, 2012

TUNISIA - Aset Mewah Ben Ali Disita

Pemerintah Tunisia telah menyita puluhan kapal pesiaran serta kereta, saham perusahaan dan rumah milik mantan pemimpin terguling Zine El Abidine Ben Ali dan keluarganya, pejabat berita TAP melaporkan Khamis lalu (2/1).

Beberapa item barang yang disita meliputi 34 kenderaan, saham di 117 perusahaan, 233 properti dan 48 kapal pesiaran dan dua rumah, menurut seorang pegawai kementerian yang dikutip oleh pejabat berita TAP.

Presiden yang digulingkan, yang melarikan diri ke pengasingan di Arab Saudi setelah dia digulingkan pada Januari tahun lalu, merancang untuk menantang pengadilan, peguamnya Akram Azoury mengatakan bulan lalu.

"Presiden Ben Ali merancang untuk mengajukan banding melawan pemerintah Tunisia kepada Komite Hak Asasi Manusia di Geneva," kata pengacara itu, mengacu pada badan PBB yang terdiri dari pakar independen.

"Hal ini tidak mungkin untuk menyita aset seseorang sebelum keputusan dibuat menghormati standar pengadilan yang adil dan hak pembelaan telah diterbitkan," kata peguamnya.

Ben Ali telah dihukum kerana jenayah ekonomi oleh pengadilan Tunisia, dan juga menghadapi tuntutan undang-undang termasuk 18 tuduhan pembunuhan, konspirasi melawan negara dan penggunaan ubat terlarang.

Dia digulingkan setelah pemberontakan rakyat tahun lalu yang mencetuskan serangkaian revolusi lainnya di seluruh dunia Arab, termasuk Libya dan Mesir.

(fq/afp)

sumber

MESIR - Kedutaan Syria Diserang

KAHERAH 4 Feb. - Rakyat Syria di luar negara bertindak menyerang pejabat-pejabat kedutaan negara itu di beberapa negara sebagai tindak balas ke atas serangan tentera rejim Bashar al-Assad yang mengorban lebih 200 orang di bandar Homs, awal hari ini.

Di Mesir, sejumlah rakyat Syria bertindak memecahkan dan membakar perabot dan peralatan di pejabat kedutaan negara itu di Kaherah.

Kedutaan Syria di Britain, Jerman dan Amerika Syarikat turut menjadi sasaran selepas aktivis hak asasi manusia melaporkan tentera kerajaan membedil daerah Khalidiya di bandar Holms menyebabkan sekurang-kurangnya 217 orang terkorban.

Tunjuk perasaan turut berlaku di kedutaan Syria di beberapa bandar raya lain termasuk di London dan Kuwait.

Pegawai Kedutaan Syria di Mesir, Ammar Mohamed berkata, mereka telah diserang awal pagi tadi tetapi keadaan kini terkawal. - REUTERS

sumber

Iklan Israel Hina Pakaian Wanita Muslim

Ratusan ribu pengguna internet Muslim marah oleh iklan komersial yang melecehkan jilbab.

Iklan, yang diproduksi oleh Israel, menyebar dengan cepat di situs jejaring sosial Facebook dan situs berbagi video YouTube. Iklan ini menggambarkan empat agen pria Mossad yang menyamar sebagai perempuan muslim yang mengenakan jilbab.

Dalam iklan, empat agen Mossad berjalan berhampiran gambar dari pemimpin revolusi Syiah Iran 1979, Ayatollah Khomein. Mereka berjalan menuju lelaki lain yang duduk di kafe di seberang jalan dari sebuah reaktor nuklear.

Lelaki itu, yang ternyata merupakan agen Mossad juga, menekan tombol dan reaktor kelihatan meledak.

Iklan video, yang mempromosikan serangan terhadap penjana nukear Iran, telah membuat marah banyak pemirsa Muslim.

Perusahaan yang memproduksi iklan, menurut netter Muslim yang berkomentar secara online, telah menghina Islam dengan menghubungkan busana Muslim dengan jenis aktiviti yang melibatkan pemboman dan mata-mata Israel. Mereka menuduh Israel melakukan semua hal yang dapat dilakukan untuk menghina Islam.(fq/aby)

MESIR - Pertempuran Masuk Hari ke-3

KAHERAH 4 Feb. - Pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis antirusuhan di Mesir berlarutan masuk hari ketiga hari ini, ketika aktivis berdebat bagaimana meningkatkan momentum untuk menggulingkan pemerintah tentera.

Setakat ini, enam orang terkorban di Kaherah dan Suez dalam pertempuran antara polis antirusuhan dengan beribu-ribu pemuda yang berang ekoran insiden rusuhan ketika satu perlawanan bola sepak yang mengorbankan 74 orang, Rabu lalu.

Ramai menyalahkan kerajaan atas insiden di Port Said itu dengan sesetengah daripada mereka menyifatkannya sebagai cubaan yang disengajakan oleh saki-baki pengikut yang setia kepada bekas Presiden Hosni Mubarak untuk menghuru-harakan Mesir.

Penunjuk perasaan berhimpun di bangunan Kementerian Dalam Negeri di tengah Kaherah disertai kumpulan muda revolusi untuk menyerang tentera yang mempertahankan bangunan tersebut menggunakan gas pemedih mata, belantan dan peluru hidup.

Menurut beberapa penunjuk perasaan, mereka bukan mahu menakluki kementerian itu tetapi membuat provokasi kepada pihak berkuasa bagi menggalakkan lebih ramai lagi menyertai mereka. - REUTERS


sumber

SYRIA - Tentera Bedil Homs, 200 Maut

BEIRUT 4 Feb. - Lebih 200 orang terbunuh akibat bedilan tentera Syria di bandar Homs, menurut aktivis hari ini, ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia untuk mengundi satu draf baru resolusi yang menyokong gesaan negara Arab yang mahukan Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.

Angka korban itu dilaporkan oleh dua kumpulan aktivis besar di Syria, menjadikan serangan ke atas Homs yang terburuk sejak tercetusnya kebangkitan rakyat di Syria 11 bulan lalu.

Penduduk berkata, tentera Syria mula membedil kawasan kediaman Khalidiya pada kira-kira pukul 8 malam (2 pagi waktu Malaysia) menggunakan mortar dan meriam.

Menurut mereka, sekurang-kurangnya 36 rumah musnah teruk.

"Ketika serangan, kami berada di dalam rumah. Kami bergegas berlindung sejurus mendengar bunyi bedilan," kata seorang penduduk di Khalidiya, Waleed.

Punca serangan masih tidak jelas, tetapi beberapa aktivis percaya ia disebabkan gelombang tentera yang belot di Homs, kubu kuat penunjuk perasaan dan pemberontak bersenjata semakin meningkat.

"Angka kematian berjumlah sekurang-kurangnya 217 orang di bandar Homs dengan 138 daripada mereka di daerah Khalidiya,"

"Tentera Syria membedil daerah itu dengan mortar dari beberapa lokasi. Beberapa bangunan turut terbakar dan musnah," kata ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdulrahman.

Menurut aktivis Syria, serangan ke atas Khalidiya, kubu kuat anti-Assad, dilancarkan bagi menakut-nakutkan kawasan kediaman pemberontak lain.

Serangan dilancarkan menjelang rundingan diplomat-diplomat Majlis Keselamatan mengenai draf baru resolusi bagi menyokong gesaan Liga Arab yang menuntut Assad meletak jawatan, lewat hari ini. - REUTERS

sumber

Saturday, February 4, 2012

PALESTIN - Masjid Al-Aqsa Dikelilingi Pokok Talmud

Israel (IOA) telah memulakan mengelilingi Masjid Al-Aqsa dengan apa yang mereka sebut taman Taurat dan jalan Talmud, Yayasan Al-Aqsha untuk sumbangan dan warisan memperingatkan .

Dalam laporannya, yayasan Al-Aqsha menjelaskan bahawa IOA baru-baru ini mulai membangun jalan yang disebut Talmud dan menanam pohon yang berbeza di wilayah tersebut yang akan berubah menjadi kebun Yahudi.

Semua kerja pembinaan sedang berlangsung di sepanjang kawasan Masjid Al-Aqsha. Puluhan pekerja, alat berat dan kendaraan digunakan oleh IOA untuk menyelesaikan rancagannya, yang juga melibatkan penggalian arkeologi di wilayah yang sama.

Yayasan Al-Aqsha juga mengatakan IOA beberapa hari yang lalu telah selesai memasang ubin dan membuat terminal bas berhampiran gerbang Al-Amoud, salah satu pintu masuk ke kota tua Jerusalem.

IOA membangun stesen bas setelah meratakan semua peninggalan bersejarah Islam di daerah tersebut dan berniat untuk menggunakannya untuk mengangkut pelancong dan pemukim Yahudi menuju ke Magharat Al-Kattan (gua Zedekia).

Menurut dokumen dan peta yang diperoleh yayasan Al-Aqsa, IOA merancang membangun sembilan taman Talmud di atas lahan seluas sekitar 3.000 dunum yang membentang dari daerah Silwan di selatan ke kota Issawiya di utara Jerusalem.

"Pendudukan Israel sedang mencuba membangun taman dan jalan ini berdasarkan Talmud yang palsu secara sejarah, geografi dan arkeologi, melenyapkan peninggalan autentik Arab dan Islam," tegas yayasan.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - 2 Cedera dalam Serangan Udara

Pasukan Israel melakukan serangan udara di wilayah Jalur Gaza Jumaat pagi ini (3/1), mencederakan seorang pemuda dan seorang kanak-kanak di Beit Lahiya, seorang koresponden Ma'an dan pegawai medik mengatakan.

Para pegawai medik mengatakan korban serangan seorang kanak-kanak menderita luka parah pada kepala dan tangannya. Seorang pemuda juga terluka, dan ia telah dibawa ke hospitalKamal Adwan, kata pegawai kesihatan Gaza Adham Abu Salmiya.

Setidak-tidaknya salah satu serangan udara mensasarkan terowongan di Rafah, kata saksi mata.(fq/mna)

sumber

MESIR - Polis Tembak Mati 2 Penunjuk Perasaan

Pasukan keamanan Mesir menembak mati sekurang-kurangnya dua pendemo selama demonstrasi anti-junta di timur laut kota Suez.

Polis menggunakan peluru tajam Jumaat ini (3/1) untuk membubarkan pendemo yang mencuba masuk ke sebuah pejabat polis di kota Suez, menyebabkan dua orang terbunuh, sumber medik dan saksi mata mengatakan.

"Kami menerima dua mayat penunjuk perasaan yang ditembak mati oleh peluru tajam," kata seorang doktor di kamar mayat di mana mayat-mayat itu disimpan.

sumber

Hina Islam - Aktor Komedi Arab Dipenjara

KAHERAH 3 Feb. – Aktor komedi terkenal Arab, Adel Imam, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina Islam dalam filem-filem serta dramanya, menurut satu dokumen mahkamah, semalam.

Imam yang juga Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), dijatuhi hukuman tersebut tanpa kehadirannya selepas kesnya dikemukakan Asran Mansour, seorang peguam yang mempunyai hubungan dengan parti-parti Islam Mesir.

“Saya akan mengemukakan rayuan. Segelintir pihak yang mahu mencari publisiti telah memfailkan dakwaan itu ke atas saya, kononnya menuduh saya menghina Islam. Ia tidak benar sama sekali,” katanya.

Selebriti berusia 71 tahun yang digelar Charlie Chaplin dunia Arab itu, sering berselisih dengan parti Islam yang menyifatkan filem serta dramanya sebagai menghina Islam.

Dalam kes terbaru, Imam berkata, dia dikritik kerana membawakan watak seorang fundamentalis Islam dalam filem Al-Irhabi (The Terrorist) pada 1994 serta drama Al-Zaeem (The Leader) yang mempersendakan pemimpin autokrat rantau Arab.

“Semua hasil filem saya telah melalui proses tapisan. Jika ia didapati boleh mendatangkan penghinaan, sudah tentu ia tidak boleh ditayangkan,” katanya.

Sepanjang 40 tahun kariernya, Imam telah berlakon dalam lebih 100 filem termasuk filem The Yacoubian Building yang memenangi anugerah.

Selain hukuman penjara, Imam turut didenda sebanyak 1,000 pound Mesir (RM510). – AFP

sumber

Friday, February 3, 2012

MESIR - Ikhwan Kecam Aktivis Sekular dan Liberal

Ikhwanul Muslimin Mesir mengeluarkan kecaman keras terhadap aktivis liberal dan sekular, dengan mendukung tuntutan oleh penguasa militer yang menuduh para aktivis menerima dana asing untuk menciptakan kekacauan di Mesir.

Pernyataan Rabu lalu (1/2) datang sehari setelah terjadinya pergaduhan antara anggota Ikhwan dengan pendemo yang menuntut diakhirinya kekuasaan militer di luar bangunan parlimen. Setidak-tidaknya 75 orang cedra dalam konfrontasi tersebut.

Ikhwan juga mengeluarkan pernyataan yang menyerukan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) dan Departemen Dalam Negeri untuk melindungi Majlis Rakyat dan lembaga negara lainnya.

sumber