Monday, March 26, 2012

Rancangan Ikhwanul Muslimin di SYRIA

Kelompok Ikhwanul Muslimin Syria pada hari Ahad (25/3) mengatakan pihaknya berkomitmen untuk negara awam yang menghormati hak asasi manusia dan melihat partisipasi dari semua warga, dalam upaya untuk menghilangkan kekhuatiran bahawa kelompok ini memiliki rancangan untuk mengambil alih kekuasaan di Syria setelah runtuhnya rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pemimpin Ikhwan Syria, Ali Sadreddine Bayanouni, mengatakan dalamsidang media di Istanbul bahawa Ikhwan Syria berkomitmen untuk sebuah negara republik awam dan demokrasi dengan sistem parlementer, di mana semua orang diperlakukan sama apapun agama atau etnik mereka.

Bayanouni menambahkan bahawa kelompoknya juga berkomitmen untuk sebuah negara yang menghormati hak asasi manusia, termasuk kebebasan berkeyakinan, berpikir, dan berekspresi.


sumber

Tanggungjawab Kita Bela PALESTIN

KOTA BHARU, 25 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru umat Islam mengambil tanggungjawab bersama untuk membela nasib umat Islam Palestin kerana ianya bukan masaalah bangsa, sebaliknya Islam.

Katanya, akibat fahaman kebangsaan yang telah lama tersebar di kalangan masyarakat, menyebabkan umat Islam tidak sentisitif terhadap nasib sesama mereka, apa lagi di Palestin jauh di Timur Tengah.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan 50 anggota motosikal superbike termasuk Zon Timur sempena misi Global Marc To Jerusalem di kediamannya, Pulau Melaka.

Program itu dianjurkan Aqsasyarif Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim dan lain-lain jemputan.

Kata Tuan Guru lagi, fahaman bangsa disebar Yahudi beratus tahun dahulu dan ianya berjaya mempengaruhi minda masyarakat Melayu di negara ini sehingga mereka tidak begitu sensitif terhadap nasib rakyat Palestin.

“Kita orang Melayu dan bukannya orang Arab, inilah antara kecelakaan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri.

“Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” ujarnya.

Sambung, akibat fahaman salah berhubung bangsa dan agama ini telah berlaku kecelaruan dikalangan umat Islam Arab, apa lagi orang Melayu Malaysia.

Tambahnya yang juga Menteri Besar Kelantan, ia hasil racun yang berjaya disebar oleh Yahudi sejak sekian lama hingga memberi kesan pada umat Islam hari ini.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana adanya gerakan Islam yang bersungguh-sungguh dalam membela nasib Palestin telah membuka mata masyarakat Islam termasuk di negara ini.

“Membela nasib umat Islam Palestin adalah menjadi hak dan tanggungjawab Melayu Islam, Arab Islam dan lain-lain bangsa di dunia ini,” ujarnya.