Thursday, April 26, 2012

Ikhwan Tak Akan Gunakan Slogan "Islam Adalah Penyelesaian"

Ikhwanul Muslimin tidak akan menggunakan slogan konvensional mereka, "Islam adalah Solusi" (Islam Huwal Hal) selama kempen presiden di Mesir, direktur kempen calon presiden Ikhwan menyatakan.
Ikhwanul Muslimin maju dengan slogan lama mereka selama pilihan raya tahun 2010 dan sepanjang pilihan raya tahun 2005, ketika kelompok ini mengambil 20 peratus kerusi di Parlemen Mesir dengan memajukan calonnya sebagai calon bebas
.
Direktur kempen calon presiden Ikhwan Ahmad Abdul Aaty mengatakan calon Parti Kebebasan dan Keadilan Muhammad Mursyi akan berkempen dengan slogan baru yaitu "Perubahan adalah kehendak bangsa" bukan "Islam adalah Solusi," kata laporan berita independen Mesir.

sumber

Israel Rayakan Kematian Hacker Saudi


Seorang hacker Saudi yang sering mensasarkan Israel dan yahudi telah meninggal dunia pada usia 28 tahun, media Saudi melaporkan hari Ahad lalu. lelaki yang tidak disebutkan namanya ini, meninggal dunia kerana serangan asma yang disebabkan oleh ributi pasir musim panas.

Hacker Saudi yang menyebut dirinya "Cyber Terrorist" dikenal kerana kepiawaiannya menghack banyak laman yang memiliki tingkat keamanan yang tinggi termasuk Microsoft. Dia juga mensasarkan laman Yahudi dan Israel, serta laman milik kartunis Denmark yang menggambar kartun Nabi Muhammad.

Seorang sesama hacker Saudi yang menyebut dirinya "Hell Cyber" mengatakan kepada media bahawa "Cyber Terrorist" telah berjuang membela Islam dan Nabi Muhammad sebagai prioriti utamanya.
Satu perusahaan telah meminta sang "Cyber terrorist" bekerja di perusahaan mereka dengan gaji yang sangat besar, namun ia menolak tawaran tersebut karena berasal dari sebuah perusahaan Yahudi," ujar rakannya "hell cyber".

Namun kematian pejuang Cyber ini justru menyenangkan Israel, media-media besar Israel sepertinya merayakan kematiannya dengan ramai-ramai memberitakan kematian hacker Saudi tersebut. Tidak kurang akhbar terkemuka Israel seperti Jerusalem Post menjadikan salah satu headline berita mereka terkait matinya sang "Cyber Terrorist" dengan memuat judul "Kematian hacker Saudi dalam usia 28 tahun yang sering mensasarkan Yahudi".

Selain itu stesen televisyen Israel Channel 7 juga memuat berita kematian hacker Saudi dengan tajuk yang tidak berbeza jauh dengan Jerusalem Post.(fq/imo)

sumber

SYRIA - Pemimpin Pejuang Lebanon Terbunuh


 
 Seorang pemimpin dari kelompok Fatah Al-Islam Lebanon, Abdul Ghani Jawhar, meninggal dunia di Syria ketika mencuba untuk menanam bom dalam usaha memerangi Presiden Bashar al-Assad, sumber keamanan Lebanon mengatakan Rabu kelmarin (25/4).

Sumber keamanan mengatakan bahawa Jawhar meninggal pada hari Jumaat  lalu di kota Qusair, beberapa mil dari perbatasan Lebanon-Syria dan menjadi basis kelompok anti-Assad.

Jawhar sebelumnya menjadi anggota Ikhwanul Muslimin, tapi bergabung dengan Fatah Al-Islam dua tahun lalu.

Pada tahun 2007, pejuang Fatah al-Islam bertempur dengan tentera Lebanon selama 15 minggu di kem pelarian Palestin Nahr al-Bared di Lebanon utara, setelah pasukan keamanan Lebanon mengepung kem untuk mencari pejuang dari kelompok tersebut.

Sekurang-kurangnya 430 orang terbunuh dalam pertempuran itu, termasuk 170 tentera dan 220 pejuang. Kelompok ini dibentuk pada tahun 2006 di Nahr al-Bared.(fq/reu)

sumber

Tuesday, April 24, 2012

MESIR Hentikan Bekalan Gas ke Israel

KAHERAH: Kontrak penghantaran gas ke Israel ditamatkan kerana perlanggaran syarat yang ditetapkan, kata ketua Syarikat Natural Gas Holding Mesir, Mohamed Shoeb satu keputusan yang disifatkan Israel sebagai mengeruhkan perjanjian perdamaian antara kedua-dua negara.

Beliau berkata keputusan untuk membatalkan perjanjian itu bukannya atas sebab politik.
“Ini tidak berkait dengan apa-apa di luar hubungan komersil,” kata Shoeb. Beliau berkata Israel tidak membayar bil gasnya empat bulan.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor bagaimanapun menafikannya.

Shoeb memberitahu TV Mesir yang keputusan membatalkan kontrak dibuat Khamis lalu kerana kedua-dua belah pihak mempunyai hak dan pihaknya mewakili hak mereka.

Kelmarin, Menteri Kewangan Israel Yuval Steinitz, berkata pengumuman sebelah pihak Mesir adalah ‘kebimbangan besar’ membabitkan politik dan ekonomi.
“Ini adalah langkah berbahaya yang mengeruhkan perjanjian perdamaian dan suasana damai Mesir dan Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian gas asli 2005 menjadi simbol ketegangan antara Mesir dan Israel sejak kebangkitan Arab.

Bagi ramai rakyat Mesir, ia melambangkan hubungan rapat dengan presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak dengan Israel dan bagaimana orang yang berkait dengannya mendapat manfaat daripada perjanjian perniagaan sebesar itu.

Pengkritik mendakwa Israel mendapat gas pada harga di bawah pasaran dan kroni Mubarak meraih jutaan dolar daripada perniagaan itu yang menyebabkan Mesir mengalami kerugian jutaan dolar.– AP

sumber

Hamas Tidak Setuju Kunjungan Mufti Mesir


 
 Wakil ketua biro politik Hamas Dr Musa Abu Marzuk menggambarkan kunjungan Mufti Mesir Syeikh Ali Juma'ah ke Jerusalem yang masih di bawah Israel sebagai pengakuan terhadap pendudukan negara zionis terhadap kota tersebut.

Dia mengatakan pada halaman Facebook-nya pada hari Khamis lalu (19/4) bahawa kunjungan itu boleh bererti normalisasi hubungan dengan pendudukan dan pengakuan atas pendudukan itu sendiri.

Abu Marzuk meminta para ulama Mesir untuk menolak kunjungan Mufti Mesir keraa langkah itu merupakan suatu pengakuan praktis atas kota suci di bawah pendudukan Israel.

Pemimpin Hamas tersebut juga mengatakan bahawa kunjungan Mufti Mesir ke Jerusalem dan Masjid Al-Aqsha memberikan kesan keliru bahawa Israel memungkinkan umat Islam melakukan kebebasan beribadah.(fq/pic)

sumber

PALESTIN - Pesta Tari-Menari 20 Hari!





Musthafa Sawaf, wakil dari Kementerian Kebudayaan di Gaza, mengutuk keras dalam sidang media pada hari Sabtu lalu (21/4), festival tarian di Ramallah yang bertepatan dengan aksi mogok makan para Tahanan.
Dia mengatakan bahawa festival ini mengabaikan penderitaan para tahanan dan bertentangan dengan budaya serta ideologi rakyat Palestin.

Sawaf menegaskan bahawa festival tersebut benar-benar tidak dapat diterima di masa sulit pada saat para tawanan memulai "pertempuran perut kosong" mereka.

Dia menambahkan bahawa Kementerian Kebudayaan Palestina mendukung seni yang mencerminkan penderitaan rakyat Palestina dan merangsang budaya perlawanan serta warisan yang tidak bertentangan dengan budaya Palestin.

Sebelumnya dilaporkan bahwa Kementerian Kebudayaan di Ramallah telah menyelenggarakan sebuah pesta tari-menari yang serupa pada April tahun lalu yang berlangsung selama 20 hari. Festival ini dikutuk oleh sebagian besar faksi Palestin di Gaza dan Tebing Barat.(fq/pic)

sumber

SRI LANKA - Penganut Buddha Serang Masjid





Kelompok penaung utama Muslim Sri Lanka mengatakan umat Buddha radikal berusaha merosakkan ko-eksistensi damai di antara komuniti-komuniti etnik utama di negara itu.

Pernyataan itu datang tiga hari setelah kelompok Buddha garis keras berusaha menyerbu sebuah masjid, setelah pemerintah mengatakan akan membongkar dan merelokasi masjid.
Kelompok Buddha di pusat kota Dambulla mempertahankan tindakan mereka.

Namun masalah ini telah menimbulkan kemarahan di antara beberapa Muslim terkemuka Sri Lanka.
Dewan Muslim Sri Lanka mengatakan pihaknya "sangat prihatin" usaha menghancurkan masjid di Dambulla Jumat minggu lalu.

Dikatakan bangunan masjid itu secara sah terdaftar dan sudah berusia 50 tahun.
Dewan Muslim Sri Lanka mengatakan bahawa elemen Buddha radikal - melawan keinginan majpriti - secara konsisten merosak etnis co-eksistensi. Dan mendesak para pemimpin majoriti Buddha Sri Lanka untuk membangun kembali hubungan baik di antara warga.

Mohamed Saleemdeen, anggota dewan masjid, membantah bahawa bangunan masjid di  pusat kota Dambulla adalah bangunan ilegal.
Dia mengatakan kepada pejabat berita AP bahawa masjid sudah ada jauh sebelum kawasan itu dinyatakan sebagai zon suci umat Budha sekitar 20 tahun yang lalu.
Namun sami terkemuka di Dambulla mengatakan masjid tersebut dibangun secara ilegal di tanah suci bagi agama mereka.

Pada hari Jumaat minggu lalu bangunan masjid itu diserang dengan bom molotov.
Pemimpin Buddha di Dambulla mengatakan mereka sekarang berniat untuk menghancurkan 72 bangunan di daerah sakral yang mereka katakan dibangun secara ilegal, termasuk masjid dan kuil Hindu Tamil.
Seorang sami Dambulla mengatakan kepada BBC bahawa tindakan itu diperlukan kerana Sri Lanka adalah "satu-satunya negara yang melindungi agama Buddha".

Sementara sebahagian besar majoriti Sinhala di Sri Lanka beragama Buddha, umat Islam dianggap sebagai kelompok etnik ketiga, setelah Hindu Tamil.(fq/bbc)

sumber

Tuesday, April 17, 2012

Ikhwanul Muslimin SYRIA Sokong Annan


Ikhwanul Muslimin Syria memberikan dukungan terhadap rancangan Kofi Annan, Isnin kelmarin (16/4).

Jurucakap dari Ikhwan, Zuhair Salim, mengatakan dalam sebuah pernyataan bahwa pemerintah Syria, yang telah mendakwa bahwa mereka telah menerima rancangan Annan, telah melanggar rancangan dan mengorbankan lebih dari 60 orang dalam empat hari terakhir.

Salim menyambut rancangan Annan, dan keputusan PBB untuk mengirim pengamat antarabangsa ke Syria, tapi mengatakan bahawa mereka tidak akan memperpanjang dukungan tanpa syarat untuk kekosongan gencatan senjata.

Jurucakap Ikhwan mengatakan rakyat Syria yang terpaksa membayar harga atas lambatnya tindakan dari komuniti internasional terhadap darah mereka, dan pemerintah Syria menggunakannya sebagai kesempatan dan memanfaatkan proses tersebut.


sumber

SYRIA - Kubu Penentang terus Dibedil


DAMSYIK 16 April - Tentera Syria terus bertempur dengan pemberontak dan membedil kubu kuat mereka hari ini, hanya beberapa jam selepas pasukan pertama tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di sini untuk memantau gencatan senjata bagi menghentikan pertumpahan darah sejak setahun lalu.

Askar Presiden Bashar al-Assad membunuh dua penduduk awam di bandar Huma, tengah Syria, dan bertempur dengan pemberontak di Idlib di barat laut, sambil membedil bandar Homs, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.


sumber

SYRIA - Lebih 11,000 Maut dalam 13 Bulan

BEIRUT 17 April – Lebih 11,100 orang telah terbunuh dalam tempoh 13 bulan pergolakan di Syria, termasuk 55 orang sepanjang gencatan senjata yang bermula empat hari lalu.

Menurut Pemantau Hak Asasi Syria, daripada 11,117 yang terbunuh, 7,972 daripadanya merupakan orang awam, 3,145 adalah tentera manakal baki 600 yang maut adalah pejuang pemberontak. – AFP

sumber

Thursday, April 12, 2012

PALESTIN - Wanita Parah Diserang Pemukim Yahudi

Kamis, 12/04/2012 08:10 WIB | Arsip | Cetak

Seorang wanita Palestin dirawat di hospital dengan luka serius di kepalanya setelah sekelompok pemukim Yahudi menyerang desa berhampiran Yatta, sebelah selatan Al-Khalil.

Seorang saksi mata mengatakan bahawa Samiha Nawaja (40 tahun) diserang oleh sekelompok pemukim Yahudi bertopeng dari pemukiman Susiya.

Dia mengatakan tentera pendudukan Israel mengawal para pemukim menjauh dari lokasi kejadian ke bahagian belakang pemukiman setelah warga Palestin datang berusaha menolong wanita tersebut.

sumber

AMERIKA - 700 Kes Gangguan Seksual Para Pastor


Sekitar 700 orang melakukan dakwaan terbaru terkait pelecehan seksual yang dilakukan para pastor Katolik kepada mereka di Amerika Syarikat pada tahun lalu, termasuk 21 orang yang masih belum dewasa, menurut sebuah laporan terbaru yang dikeluarkan oleh para uskup AS.

Persidangan Uskup Katolik Amerika Syarikat mengatakan hal tersebut dalam laporan yang disiarkan pada hari Selasa lalu bahawa dari 683 orang dewasa yang melaporkan pelecehan seksual yang mereka alami untuk pertama kalinya, menyatakan bahawa "laporkan pelecehan seksual hari ini adalah insiden dari satu dekad sebelumnya."

Enam puluh lapan peratus dari pengaduan adanya pelecehan seksual berhubungan dengan peristiwa yang terjadi antara tahun 1960 hingga 1984 - sebahagian besar pada tahun 1975-1979, kata laporan tersebut.

Banyak anggota pastor yang dituduh melakukan tindak pelecehan seksual telah meninggal, atau telah dibebaskan dari tugas mereka di gereja. Lebih dari 280 dari mereka telah didakwa di masa lalu, laporan tersebut menambahkan.

sumber

MESIR - Ini Dia Erdogan Mesir


Khairat al-Syatir, calon presiden Mesir dari Ikhwanul Muslimin, telah disebut-sebut dalam kempen yang diteriakkan selama kempen pilihan raya sebagai "Erdogan Mesir," mengacu kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

"Dia Erdogan baru Mesir, dyia datang untuk mengembalikan surga bagi hidup kita, untuk menyeka air mata dari mata kita ... Erdogan baru Mesir adalah Khairat al-Syatir," petik pejabat berita Anatolia dari teriakan para peserta selama rapat umum untuk calon presiden Ikhwan.

sumber

SAUDI - Ulama Mahu Runtuhkan Kaabah Dipenjara 5 Tahun


Mahkamah Saudi pada Rabu lalu (11/4) menghukum seorang ulama yang sangat tegas mendukung pemisahan jenis kelamin dengan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan "penghasutan" melawan penguasa kerajaan, media Saudi melaporkan.

Syeikh Yussuf al-Ahmad juga dijatuhi hukuman larangan melakukan perjalanan selama lima tahun dan denda 100.000 riyal ($ 26.600 / 20.235 €) lapor laman aleqt.com dan laman Al-Eqtesadiya.

Ulama, yang ditahan pada Julai tahun lalu, telah didakwa dengan tuduhan melakukan penghasutan, laman tersebut mengatakan.

Tindakan penghasutannya yang dianggap kontroversial adalah dia menyerukan untuk menghancurkan Masjidil Haram, tempat berdirinya Ka'bah dan membangun kembali Masjidil Haram dengan cara yang akan membuat tidak mungkin lagi bagi kedua jenis kelamin berbeda bercampur baur selama ibadah haji.(fq/afp)

sumber

MESIR - Ikhwan Seru Demo Esok


Laman rasmi Ikhwanul Muslimin (Ikhwanonline.com) pada Rabu kelmarin (11/4) mengutip pernyataan SU Agung Ikhwan Mahmud Hussain yang mengatakan bahawa Ikhwan akan mengambil bahagian dalam demonstrasi besar-besaran di Cairo Tahrir Square pada Jumaat esok yang bertujuan "Melindungi Revolusi."

Menurut Hussain, demonstrasi yang direncanakan dimaksudkan untuk memprotes adanya usaha saki-baki pendukung Mubarak untuk menggagalkan revolusi Mesir dan mengembalikan rejim sebelumnya berkuasa.

Hussain melanjutkan dengan menekankan bahawa demonstrasi hari Jumaat esok hanya salah satu dari tindakan yang dijadualkan dari beberapa rancangan Ikhwan yang mengambil bahagian dalam aksi bersama dengan kelompok politik dan gerakan lainnya.(fq/alahram

sumber

KUWAIT - Dipenjara 7 Tahun Hina Syiah di Twitter

Mahkamah Kuwait menghukum seorang penulis Sunni Muslim tempatan dengan hukuman jenayah tujuh tahun penjara dan memerintahkan beliau untuk membayar denda sebanyak $ 18,000 sebagai pampasan kerana ia dianggap telah menghina minoriti Syiah di Twitter, demikian dilaporkan Al Arabiya, pada Selasa (10/04/2012) yang lalu.


Mahkamah mengatakan warga Kuwait bernama Mohammad al-Mulaifi memposting penipuan tentang perpecahan mazhab di negara Arab Teluk dan menghina kepercayaan Syiah dan para ulamanya dengan komen-komen yang dianggap merosakkan imej negara Kuwait.

Beliau ditangkap pada Februari lalu kerana twit-nya telah mencetuskan protes sejumlah kalangan kaum Syiah, kata sebuah media Kuwait. Pengacara al Mulaifi belum memberikan penjelasan berkaitan hal itu.

Twitter sangat popular di Kuwait, di mana tokoh masyarakat banyak menggunakan laman web ini untuk membantah kejadian terkini, gosip dan bahkan berita saham. Tapi beberapa pengguna bermasalah ternyata harus berhadapan dengan kerajaan Kuwait.

Bulan lalu, Polis menangkap seorang Syiah Kuwait yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di akaun Twitter-nya. Dia tidak mengaku telah melakukan penghinaan dengan alasan account-nya di-hacked, kata peguamnya.

Selanjutnya www.halimislam.com

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13613

Bayi Diisytihar Mati Ditemui Hidup di Rumah Mayat

UENOS AIRES 12 April - Seorang bayi pra matang yang telah diisytiharkan mati, ditemui masih hidup selepas 12 jam dihantar ke sebuah rumah mayat di timur laut Argentina, kelmarin.

Menurut pegawai kesihatan Hospital Perrando di bandar Resistencia, keadaan bayi perempuan itu hanya disedari selepas ibunya bertegas mahu melihat mayatnya.

Kejadian tersebut mendorong ibu bapa Abigail Luciana menamakan semula anak mereka itu dengan nama Milagros Luz yang bermaksud ‘ajaib’ dalam bahasa Sepanyol.

Wakil setia usaha kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli berkata, berikutan kejadian tersebut mendorong satu kertas siasatan dibuka.

Lima orang termasuk doktor dan jururawat telah digantung sementara menunggu keputusan siasatan itu selesai. - AFP

sumber

Sunday, April 8, 2012

YAMAN Huru Hara, Askar Belot

ASKAR  kerajaan Yaman yang belot menguasai protes menuntut penstrukturan semula unit keselamatan negara  itu di Sanaa.
ASKAR kerajaan Yaman yang belot menguasai protes menuntut penstrukturan semula unit keselamatan negara itu di Sanaa.

Askar sokong jeneral yang dipecat paksa lapangan terbang ditutup

SANAA: Lapangan terbang di ibu negara Yaman ditutup semalam selepas tentera yang setia kepada jeneral yang dipecat dan rapat dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh mengepung dan mengancam menembak jatuh pesawat. Lapangan terbang itu dikepung tentera setia kepada Ketua Tentera Udara Jeneral Mohammed Saleh al-Ahmar, adik tiri Saleh yang enggan berundur selepas dipecat Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, kata sumber.

Tiada pesawat berlepas atau mendarat sejak anggota pasukan itu membuat ancaman Jumaat lalu. - Sumber tentera

“Tiada pesawat berlepas atau mendarat sejak anggota pasukan itu membuat ancaman malam Jumaat lalu,” kata sumber dan menambah tentera yang mengepung lapangan terbang disokong anggota puak Hamdan yang menyokong bekas pemimpin Yaman, Saleh.

Pasukan tentera yang belot itu diketuai ketua puak Hamdan, Naji Jamaan, tambah sumber.

Pada Khamis lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melahirkan kebimbangan mengenai kejadian terbaru di Yaman selepas penyokong Saleh didakwa mengganggu proses peralihan politik.

Ahmar enggan berganjak kecuali beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan termasuk menteri sendiri turut berundur, kata sumber tentera.
Ketika memberi mesej kepada pasukan tentera itu, Ahmar berkata perintah presiden tidak akan dilaksanakan sehingga Menteri Pertahanan Mohammed Nasser Ahmed, Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar dan Ketua Staf Ali al-Ashwal turut melepaskan jawatan.

Beliau juga menuntut beberapa anggota puak berpengaruh Hashed supaya dibuang negeri kerana menyokong pemimpin berpaling tadah seperti Jeneral Ali Mohsen semasa protes anti rejim tahun lalu.

Ramai rakan Saleh masih berkuasa dalam badan keselamatan di Yaman dan sudah ada gesaan dalam pasukan tentera udara supaya Ahmar berundur.

Kelmarin, Hadi memecat ketua tentera udara dan ketua pengawal presiden serta anak saudara Saleh, Jeneral Tareq Mohammed Abdullah Saleh.

Sumber tentera berkata, Saleh sudah menolak untuk memimpin batalion ke-37 Pengawal Republikan berpangkalan di tenggara wilayah Hadramawt.

Hadi mengambil alih pemerintahan daripada Saleh pada Februari lalu selepas pemimpin veteran yang sudah memerintah selama 33 tahun, menyerahkan kuasa sebagai sebahagian penyelesaian yang ditaja negara Teluk bagi mengakhiri kekerasan pemerintah terhadap bantahan awam. – AFP

sumber

HAMAS Hukum Mati Pengkhianat Palestin

Penguasa di jalur Gaza, Hamas, Sabtu ini (7/4) mengeksekusi mati seorang warga Palestin yang kerana bekerja sama dengan Israel dan dua orang lainnya yang dianggap terlibat dalam pembunuhan, kata kementerian dalam negeri Hamas.

Kementerian itu mengatakan dalam sebuah pernyataan bahwa tiga orang lelaki dikenakan hukum gantung di sebuah "pusat keamanan" di Gaza City.

Peristiwa ini adalah pertama kalinya terjadi pada tahun ini di mana Hamas melakukan eksekusi mati terhadap seseorang yang dituduh "berkolaborasi" dengan Israel.

sumber

SYRIA - Bantuan 70 Juta Dollar untuk Mangsa

Organisasi Kerjasama Islam (OKI), Sabtu lalu (7/4) menegaskan mereka saat ini sedang menyiapkan bantuan kemanusiaan bernilai 70 juta dollar untuk membantu sekitar 1 juta warga yang terkena dampak kekerasan selama pemberontakan melawan Presiden Syria Bashar al-Assad.

Organisasi Kerjasama Islam (OKI), yang memiliki 57 anggota termasuk Syria yang dilanda konflik, mengatakan bulan lalu pihaknya telah menerima izin dari Damsyik untuk mengirimkan bantuan ke Syria dan akan mengirim pasukan untuk menilai keperluan rakyat.

sumber

Thursday, April 5, 2012

PALESTIN - Pendiri Ikhwan Meninggal Dunia

Syeikh Hamid Al-Baitawi yang juga anggota parlimen dari Hamas meninggal dunia di Hospital Makased di wilayah pendudukan Jerusalem pada hari Rabu kelmarin (4/4) setelah pihak berkuasapendudukan Israel (IOA) menolak untuk mengizinkan dia mendapatkan rawatan di Jordan.

Syeikh Baitawi, yang merupakan ketua asosiasi ulama Palestin, telah menderita masalah jantung selama beberapa minggu terakhir dan memerlukan pembedahan jantung terbuka yang sulit di lakukan di Tebing Barat mengingatkan keadaan diabetesnya.

Syeikh Baitawi, 70 tahun, telah menderita diabetes selama 20 tahun terakhir, anak bongsunya mengatakan, menambahkan bahawa keadaannya semakin buruk selama penahanan administratif di penjara Israel tanpa perawatan medik. Dia mesti mengamputasi beberapa jari-jari kakinya setelah pembebasannya.

IOA menolak untuk mengizinkan anak-anaknya ke Jerusalem untuk mempersiapkan pemakaman ayah mereka.

sumber

RUSIA : Assad Tidak Akan Dapat Ditumbangkan

Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov hari Rabu lalu (4/4) memperingatkan negara-negara Barat dan Arab yang mempersenjatai penentang Presiden Syria Bashar al-Assad dengan mengatakan bahawa pembangkang Syria tidak akan dapat mengalahkan tentera Assad sekalipun jika mereka bersenjata lengkap.

"Bahkan jika mereka bersenjata lengkap, tidak akan mampu mengalahkan tenteera pemerintah," kata Lavrov seperti dikutip oleh Interfax yang mengatakan saat kunjungannya ke negara bekas Soviet Azerbaijan.

Lavrov mengatakan "Sahabat Syria" kelompok Barat dan negara-negara Arab telah merusak usaha internasional dari utusan PBB Kofi Annan untuk mengakhiri pertumpahan darah di Syria.

sumber

Bazar Tok Guru terima urusniaga dinar, dirham

KOTA BHARU, 5 April: Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, rakyat serta pelancong yang berkunjung ke negeri itu boleh merasai pengalaman membeli belah di Bazar Tok Guru (BTG) dengan menggunakan matawang syariah dinar dan dirham.

Atas inisiatif anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade (KGT), kedai-kedai di BTG kini menerima urusniaga menggunakan mata wang syariah itu sejak pertengahan bulan Mac lalu.


(Gambar: Seorang peniaga Bazar Tok Guru menunjukkan logo 'Kami Terima Dinar dan Dirham')

Untuk kemudahan pengunjung dan pembeli, kedai-kedai yang menerima dinar dan dirham boleh dikenalpasti dengan dengan melihat kertas penanda bercetak 'Kami Terima Dinar dan Dirham' yang ditampal di dalam kedai atau bertanyakan terus kepada peniaga.

"Sebanyak 50 peratus peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu sudah menerima dinar dan dirham dalam jualan harian mereka dan ini adalah satu perkembangan positif ke arah mengembalikan matawang syariah kepada ummah.

"ini satu usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sementara itu, KGT juga katanya akan menganjurkan Souq Dinar Dirham bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai membeli belah dengan menggunakan dinar dan dirham.

Beberapa program diluar Kelantan juga turut diadakan termasuk penganjuran pasar terbuka yang menjalankan jual beli menggunakan dinar dirham yang telah diadakan di Shah Alam dan Bangi baru-baru ini.

Terbaru katanya, ianya akan diadakan di Masjid Bandar Sunway, berdekatan dengan Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 7 April ini.

"KGT menjemput peniaga barangan halal untuk menyertai Pasar Terbuka Dinar Dirham tanpa yuran penyertaan dan sewaan tapak hanya perlu bawa kerusi meja sahaja," katanya.

sumber

Sunday, April 1, 2012

PALESTIN - Puluhan Ribu Sertai GMJ

Siraaj

Ahad, 1 April 2012 09:00:13

JALUR GAZA (Arrahmah.com) - Puluhan ribu rakyat Palestin ikut serta dalam Global March to Jerusalem (GMJ) dari beberapa bahagian Jalur Gaza pada hari Jumaat (30/3/2012) menuju penyeberangan Beit Hanoun di utara Jalur Gaza.

Komite Hamas mengatakan bahwa puluhan bas membawa para demonstran dari beberapa bahagian Jalur Gaza di tengah-tengah partisipasi para demonstran yang lain yang juga ikut dalam protes internasional GMJ tersebut.

Perdana Menteri pemerintah Gaza, Ismail Haneyya, juga ikut berpartisipasi dalam long march itu bersama dengan delegasi parlimen Mesir yang sedang mengunjungi Gaza.

sumber

PERANCHIS - Qardhawi dan 4 ulama Dilarang Masuk


Perancis mengatakan pihaknya telah melarang empat ulama Muslim memasuki negara itu untuk menghadiri sebuah konferensi Islam, mengatakan mereka sering menyerukan pesan kebencian dan kekerasan yang hal itu boleh merosak prinsip-prinsip republik Perancis.

Perancis juga menyesalkan intelektual muslim Tariq Ramadan telah diundang untuk pertemuan Uni Organisasi Islam di Perancis (UOIF), sebuah pernyataan dari Menteri Luar Negeri Alain Juppe dan Menteri Dalam Negeri Claude Gueant mengatakan.

Akrima Sabri, Ayed Bin Abdullah al-Qarni, Safwat al-Hijazi dan Abdullah Basfar dilarang memasuki Perancis, sementara Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan Mahmud al-Masri "memutuskan untuk tidak datang", laporan mengatakan.

Presiden Nicolas Sarkozy meminta untuk melarang para ulama tersebut menghadiri konferensi Islam yang berlangsung pada 6-9 April di Le Bourget di luar Paris, di latar belakangi pembunuhan di Toulouse yang dilakukan Mohammed Merah yang mengejutkan Perancis.

sumber

Ikhwan MESIR Usaha Gulingkan Kebinet Ganzouri

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) kembali melancarkan serangan tajam terhadap kabinet Perdana Menteri Kamal al-Ganzouri, menuntut pengunduran diri kabinet maupun Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata, atau akan dipaksa untuk berundur jika gagal untuk melakukannya secara sukarela.

"Kamal al-Ganzouri membahas anggota parlimen dengan dua pernyataan - yang pertama adalah pernyataan improvisasi sebelum Majlis Rakyat, dan beberapa hari kemudian dia mengirimkan pernyataan tertulis kepada DPR," kata pemimpin blok parlimen parti, Hussein Ibrahim, saat sidang media Khamis kelmarin (29/3) di markas FJP.

"Kami menolak kedua pernyataan itu. Sembilan belas komite Majlis Rakyat menolak mereka," katanya dengan tegas.

Ibrahim mengatakan semua opsi ada di meja untuk FJP, termasuk turun ke jalan jika kabinet Ganzouri tidak mengundurkan diri. Ia mengatakan ia mengharapkan SCAF untuk menanggapi panggilan untuk demokrasi dan membubarkan kabinet saat ini, dan jika gagal untuk melakukannya, FJP berencana untuk memanggil para menteri untuk ditanyai di Parlimen.

sumber

Latihan Air dalam PLKN Digantung

30 Mac 2012, KUALA LUMPUR, (Bernama) - Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.

sumber

Letupan di Haadyai - 11 Rakyat MALAYSIA Cedera

Sebanyak 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel
terkemuka di bandar Haadyai semalam.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.

Beliau berkata butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

Mohd Aini berkata pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan semalam manakala lebih 300 lagi cedera.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand.

- Bernama

sumber

MALAYSIA - 'Tokoh' Dunia Jenayah dan Kenaikan Pangkat Polis?

Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

sumber