Thursday, May 31, 2012

PALESTIN - Hamas Ada Kekuatan Sebuah Negara



 
Gaza – PIP: Ketua Badan Keamanan Dalam Negeri Israel “Shinbet” Yuram Cohen mendakwa bahawa Gerakan Perlawanan Islam Hamas memiliki sekitar 8 ribu roket jarak dekat dan menengah dan 15 ribu  askar di Jalur Gaza. Ia mengisyaratkan bahawa Hamas memiliki kemampuan (pasukan) militer mirip dengan yang dimiliki oleh negara. 

Ia mengisyaratkan bahawa tahun lalu telah ditangkap sebanyak 2000 warga Palestin dan dibubarkan 28 sel militer yang kebanyakan terkait dengan Hamas yang merencakan serangan menculik pasukan Israel. 

Soal serangan elektronik, Cohen menegaskan bahawa ada kompetinsi mempersenjatai diri dalam bidang elektronik sejak bertahun-tahun di level internasional. Setiap negara berusaha membangun kemampuannya dalam bidang ini. (bsyr)


MALAYSIA - Isu Jualan Rahsia Negara?

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memfailkan usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang berhubung dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.

Menurut Nurul Izzah lagi, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

NONE"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nuruk Izzah.

Dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.

sumber

Wednesday, May 30, 2012

Bendera Israel Dikibar di Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Tentera Israel sengaja menimbulkan kemarahan penduduk Palestin dan umat Islam semalam apabila bertindak mengibar bendera kebangsaan negara Zionis itu dalam masjid al-Aqsa di timur Baitulmaqdis.

Provokasi terbaru askar Yahudi itu didedahkan oleh organisasi yang memantau kawasan itu, Yayasan Wakaf Islam. Agensi berita Barat, bagaimanapun, melaporkan tindakan askar Israel berlaku di luar masjid berkenaan.
“Lebih daripada 180 anggota tentera unit khas Israel hari ini mengibarkan bendera besar Israel bertentangan dengan Masjid Kubah Emas yang juga satu provokasi besar,” kata Sheikh Azzam al-Khatib yang dipetik agensi berita Agence France Presse (AFP). Agensi berita Palestin pula melaporkan, anggota tentera Israel itu mengibarkan bendera yang panjangnya tiga meter sebelum mengambil gambar dalam masjidil Aqsa.

Sheikh Azzam berkata, seorang pengawal masjid itu menyuruh askar Yahudi menurunkan bendera negara mereka dan keluar dari situ tetapi mereka enggan dan sebaliknya memarahinya.

Ini kali pertama askar Israel bertindak mengibarkan benderanya dalam masjid al-Aqsa sejak menawan Baitulmaqdis lebih enam dekad lalu.

Kawasan bersiar-siar yang luas merangkumi Masjid al Aqsa yang bersebelahan masjid Kubah Emas di Kota Lama, Kota Suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah di Arab Saudi.
Ia turut menjadi kota suci bagi Yahudi yang merujuknya sebagai ‘Temple Mount’ atau Haram al-Sharif bagi penduduk Palestin, atas dakwaan ia terletak di Kuil Kedua yang dimusnahkan oleh tentera Rome pada 70 Selepas Masehi.

Sheikh Azzam memberitahu, tentera Yahudi memasuki al-Aqsa ketika melakukan lawatan di situ atas tujuan bersiar-siar yang dilulus dan dianjurkan polis Israel.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuat laporan kepada polis Israel dan pihak berkuasa Jordan. Jordan yang mempunyai perjanjian perdamaian dengan Israel pada 1994, adalah penjaga Kota Suci Muslim di Baitulmaqdis.

Jurucakap polis, Luba Samri mengesahkan kejadian itu tetapi berkata ia hanya membabitkan bendera kecil dan pegawai kanan di tempat kejadian segera campur tangan untuk mengusir tentera dari kawasan itu.

Beliau juga memberitahu, anggota tentera berkenaan akan berdepan dengan tindakan disiplin. Israel menakluk di timur Baitulmaqdis ketika Perang Enam Hari 1967 sebelum mengisytihar wilayahnya, langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Bagi warga Israel, Baitulmaqdis adalah ibu negara mereka tetapi rakyat Palestin mendakwa bahagian timur Baitulmaqdis sebagai ibu kota masa depan negara Palestin. – AFP/Agensi

sumber

Wednesday, May 23, 2012

Letupan di YEMEN, 96 maut


Anggota polis forensik mengutip cebisan mayat di lokasi kejadian pengebom berani mati meletupkan diri di Sanaa, semalam. - REUTERS
SANAA 21 Mei - Sekurang-kurangnya 96 orang maut dan 300 lagi cedera apabila seorang penyerang berani mati yang berpakaian seragam tentera meletupkan dirinya di tengah-tengah satu batalion askar, di sini hari ini.
Seorang pegawai tentera yang enggan dikenali berkata, angka korban dijangka meningkat.
Pegawai itu berkata, pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika askar-askar tersebut melakukan latihan perarakan sempena sambutan ulang tahun penyatuan utara dan selatan Yemen, esok.

Sumber tentera berkata, Menteri Pertahanan dan Ketua Turus Tentera turut hadir ketika latihan tersebut tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi berkata, anggota badan mangsa dapat dilihat bertaburan di sekitar kawasan kejadian di Dataran Sabeen di sini berdekatan Istana Presiden di mana kerajaan Yemen sering mengadakan perarakan tentera.
Ambulans dapat dilihat dikejarkan ke tempat kejadian bagi membawa mangsa-mangsa dan mayat ke hospital.

Ahli perubatan berkata, mayat dan mereka yang cedera dibawa ke tujuh buah hospital berdekatan.
Kejadian itu merupakan yang paling buruk selepas Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi mengambil alih kerajaan pada Februari lalu dengan ikrar untuk membanteras kehadiran pengganas al-Qaeda di negara ini.
Serangan itu berlaku kira-kira 10 hari selepas serangan besar-besaran ke atas kubu al-Qaeda di wilayah Abyan. - AFP/Reuters

Tuesday, May 15, 2012

Pengaruh Ikhwanul Muslimin di SYRIA


Para pemimpin Ikhwanul Muslimin mengatakan mereka tidak memposisikan diri untuk merebut kekuasaan di Syria di mana rejim Presiden Bashar Assad saat ini sedang diperangi.

Setelah 30 tahun mengalami penganiayaan di Syria, Ikhwanul Muslimin kini telah kembali menjadi salah satu parti politik paling berpengaruh dalam 14-bulan revolusi di negara itu, The Washington Post melaporkan Sabtu lalu.

Anggota Ikhwan memegang kerusi terbanyak di Dewan Nasional Syria, kelompok oposisi utama yang menentang Assad, dan memimpin komite bantuan, yang mendistribusikan bantuan dan wang untuk warga Syria yang mengambil bahagian dalam pemberontakan.

Kelompok ini hampir hancur selama revolusi terakhir di Syria, di mana pasukan pemerintah mengorbankan sebanyak 25.000 orang di Hama pada tahun 1982.

Kembalinya Ikhwan di Syria telah menciptakan kekhuatiran di negara-negara tetangga dan masyarakat internasional yang lebih luas, kata Washington Post. Negara-negara lain takut jika minoriti Syiah alawi dari rejim di Damsyik jatuh, akan diikuti dengan munculnya sebuah pemerintahan Islam Sunni.

Namun pegawai Ikhwan telah mengulurkan tangan kepada negara tetangga Syria, termasuk Jordan, Iraq dan Lebanon, serta para diplomat AS dan Eropah, untuk meyakinkan mereka bahwa Ikhwan tidak punya niat untuk mengambil alih sistem politik di masa depan Syria atau mendirikan pemerintahan Islam.