Tuesday, June 26, 2012

SYRIA - Lagi Pegawai Tentera Berpaling Tadah

ANKARA: Seorang panglima tentera Syria dan 38 askar lain berpaling tadah kepada Turki malam kelmarin, lapor televisyen tempatan beberapa hari selepas Syria menembak jatuh sebuah pesawat perang Turki, mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Turki memanggil satu mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Selasa untuk memberi maklum balas berikutan kejadian tembakan sebuah pesawat tentera dalam apa yang disifatkan sebagai satu serangan tanpa amaran di ruang udara antarabangsa.
Kabinet Turki bermesyuarat semalam untuk membincangkan serangan Jumaat lalu yang meningkatkan lagi ketegangan hubungan kedua-dua negara ketika penduduk meneruskan penentangan ke atas Presiden Bashar al-Assad.
Britain berkata ia boleh mengenakan tindakan lebih tegas pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tindakan terbaru berpaling tadah tentera bersenjata Assad boleh menggalakkan lebih ramai berbuat demikian. Tetapi sebarang tindakan menderhaka di kalangan pegawai tinggi pasukan bersenjata sering terikat dengan Assad berikutan latar belakang fahaman Alawiyin mereka.

“Seorang panglima tentera Syria, dua kolonel, dua mejar, seorang leftenan dan keluarga mereka semuanya 199 orang menyeberang sempadan Turki malam kelmarin,” lapor CNN Turki.

Seramai 13 panglima Syria berada di Turki memberikan bantuan logistik kepada Tentera Pembebasan Syria, walaupun Ankara menafikan menyasarkan pemberontak.
Akhbar Turki menyambut baik keputusan Perdana Menteri Yayyip Erdogan dalam satu artikel perjanjian diasaskan NATO yang menyediakan perbincangan segera jika ada ahli dianggap mengancam kepentingan keselamatannya.

“Turki sudah mengambil tindakan,” kata akhbar Milliyet dan Vatan dalam tajuk utamanya di bawah bendera NATO. Akhbar Liberal Radikal pula melaporkan ‘Bukan kemalangan, satu serangan’.

Operasi mencari pesawat dan dua juruterbang diteruskan di timur Mediterranean, berhampiran sempadan maritim kedua-dua negara.

Namun penganalisis berkata ia bukan sesuatu yang mudah walaupun negara itu memiliki kekuatan tentera kedua terbesar dalam NATO, dengan setengah juta adalah bersenjata, memilih sekurang-kurangnya untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.

sumber

NATO Kutuk SYRIA Tembak Pesawat TURKI

BRUSSELS: NATO mengutuk tindakan Syria menembak pesawat Turki sebagai "tidak boleh diterima" dan menyatakan "sokongan dan solidariti" kepada Turki selepas mesyuarat tergempar hari ini.

“Kami menganggap tindakan itu sebagai tidak boleh diterima dan mengutuknya sekeras-kerasnya," kata Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.
Rasmussen berkata demikian selepas Majlis Atlantik Utara bersidang atas permintaan Turki susulan pesawat pejuang Phantom 4 ditembak jatuh oleh Syria Jumaat lalu.
Juruterbang dan pembantu pesawat berkenaan masih hilang. - AFP

sumber

Monday, June 25, 2012

SYRIA - 116 Kematian Lagi

PENENTANG kerajaan Syria membawa sepanduk tertulis perkataan bermaksud ‘Wahai Bashar kamu akan hancur’
PENENTANG kerajaan Syria membawa sepanduk tertulis perkataan bermaksud ‘Wahai Bashar kamu akan hancur’
Tentera Damsyik terus bedil kubu penentang Presiden Bashar al-Assad

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 116 orang terbunuh semalam dalam konflik di seluruh Syria selepas tentera membedil kubu penentang Damsyik manakala Turki mengakui pesawatnya menceroboh ruang udara negara jirannya menyebabkan ia ditembak jatuh.
Pada masa sama, Presiden Syria, Bashar al-Assad, membentuk kabinet baru tetapi portfolio penting terus dipegang orang yang sama.
Pertubuhan Syrian Observatory for Human Rights mendedahkan, 116 orang, 77 adalah orang awam terbunuh dalam keganasan di seluruh negara itu selepas penyokong pemerintah memperhebat serangan.

Kumpulan berpejabat di Britain itu berkata, orang awam maut selepas kubu penentang dibedil pesawat tempur.

Ia termasuk keluarga enam sekeluarga di Deir Ezzor, timur Syria, membabitkan seorang lelaki dan tiga anaknya di Kfaraaya, di tengah wilayah Homs dan empat anggota keluarga lain termasuk dia kanak-kanak di Hama, tengah Syria.

Seramai 19 askar maut dalam pertempuran dengan pemberontak dan 10 lagi cedera manakala 10 lagi anggota tentera ditembak mati kerana cuba belot.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pula mengutuk pembunuhan seorang pekerjanya, Bashar al-Youssef, 23, di Deir Ezzor, Jumaat lalu.

Sementara itu, di MANILA, Filipina berkata sekurang-kurangnya 14 pegawai imigresen negara itu kini disiasat berikutan satu dakwaan kerana dituduh terbabit dalam penyeludupan manusia membabitkan penduduk miskin negara itu ke Syria yang dilanda keganasan.

Pesuruhjaya Imigresen, Ricardo David berkata bahawa pihaknya sedang bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan oleh sepasukan petugas khas kerajaan mengenai penyeludupan yang boleh membawa kepada pertuduhan jenayah atau pemecatan pegawai terbabit.

“Kami mahu memberitahu orang ramai bahawa biro ini dalam pemantauan saya tidak akan ada tolak ansur dalam perbuatan jenayah,” kata David.

Seramai 19 pegawai imigresen yang didapati membantu agensi merekrut pembantu rumah haram ditamatkan tugas mereka tahun lalu, kata David.

Kementerian Buruh pula berkata penduduk Filipina dari wilayah miskin sering kali mudah tertipu untuk ke Syria. Kebanyakan mereka ialah golongan wanita akhirnya menjadi pembantu rumah dalam keadaan kerja yang amat susah.

Katanya, secara purata seramai 100 penduduk Filipina memasuki Syria setiap bulan.

Kerajaan Filipina melarang rakyatnya daripada bekerja di Syria dan mengarahkan perpindahan mandatori semua rakyatnya di sana pada Disember, kira-kira 10 bulan selepas kebangkitan menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Daripada sejumlah 7,000 rakyat Filipina yang diketahui berada di Syria, seramai 1,500 sudah berjaya dibawa pulang, kata Kementerian Buruh. – AFP

sumber

MESIR - Sah Morsi Presiden Mesir


2012/06/25

Mohamed Morsi
Mohamed Morsi
Calon Ikhwanul Muslimin kalahkan bekas PM, Ahmed Shafiq

KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih mengikut proses demokrasi semalam selepas meraih sokongan 51.7 peratus undi bagi mengalahkan pencabarnya, Ahmed Shafiq dalam pusingan kedua pilihan raya presiden, minggu lalu.
Morsi menggantikan Hosni Mubarak yang digulingkan 16 bulan lalu dan pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh penyokong Ikhwan di Dataran Tahrir.Mereka menjerit ‘Allahu Akbar’ sambil bertepuk tangan, mengibarkan bendera kebangsaan dan membakar bunga api.
Morsi menang tipis pengundian pusingan pertama Mei lalu apabila meraih hampir suku undi dan berikrar membentuk kerajaan untuk semua ketika minoriti Kristian meluahkan rasa gusar terhadap pentadbiran parti agama.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan Shafiq meraih 48.3 peratus undi manakala sebanyak 51 peratus pengundi yang layak mengambil bahagian dalam pengundian pusingan kedua.

Jurucakap Morsi, Ahmed Abdel-Attie berkata tiada kata-kata yang dapat menceritakan rasa gembira ketika detik bersejarah ini.

“Kami mencapai kejayaan ini kerana darah mereka yang syahid ketika revolusi meletus. Mesir akan memulakan fasa baru dalam sejarah,” katanya.
Shafik yang juga Perdana Menteri terakhir era Mubarak tidak memberi ulasan tetapi menawarkan khidmatnya untuk bertugas di bawah pentadbiran Morsi, 60.

Morsi menang tipis pengundian pusingan pertama Mei lalu apabila meraih hampir suku undi dan berikrar membentuk kerajaan untuk semua ketika minoriti Kristian meluahkan rasa gusar terhadap pentadbiran parti agama.

Majlis Tentera yang memerintah akan kekal memegang kuasa terhadap tentera terbesar Asia Barat yang juga sekutu rapat Amerika Syarikat.

Morsi sudah berkata bahawa beliau akan terus menghormati perjanjian antarabangsa khususnya perdamaian dimeterai dengan Israel di bawah Anwar Sadat pada 1979 yang menjadi sumber bantuan tahunan oleh Amerika.

Apa yang pasti, Morsi tidak akan mendapat kuasa yang mutlak seperti ketika pemerintahan Mubarak kerana ia sudah dihadkan oleh pemimpin tentera.

Sama ada perkara itu akan membawa kepada sengketa baru dengan tentera berkemungkinan kerana Ikhwan sudah membantah keputusan Majlis Tentera dalam hal itu.

Pun begitu, kemenangannya memecah tradisi Mesir kerana biasanya dikuasai pemimpin tentera yang menjadi pemimpin negara itu sejak sistem monarki tamat 60 tahun lalu. – Reuters/AP

sumber

Friday, June 22, 2012

SYRIA - 100 Lagi Dibunuh

Muhib Al-Majdi
Jum'at, 22 Juni 2012 14:11:53
Rejim Nushairiyah Syria kembali mempertontonkan kebiadabannya kepada dunia internasional. Sekurang-kurangya 100 warga awam muslim gugur oleh bom militer rejim Syria pada Khamis (21/6/2012) di beberapa wilayah Syria.

Bom juga menghujani wilayah Inkhal, daerah Dara'a. Di kota itu, militer rejim Syria membunuh habis empat keluarga berhampiran masjid Al-Umari.

Sementara itu Aliansi Revolusi Lokal Syria melaporkan kepada stesen TV Al-Arabiya bahawa mereka tidak tega menampilkan video pembantaian biadab yang dilakukan oleh pihak militer di wilayah Dauma, pada Kamis (21/6/2012). Menurut Aliansi, pembantaian tersebut merupakan kebiadaban paling keji melampaui sejumlah pembantaian biadab sebelumnya.

sumber

Tentera Dilatih Makan Kera dan katak?



"


sumber 

Thursday, June 21, 2012

BRITAIN - Pemain Kelab Fulham Masuk Islam

Althaf
Kamis, 21 Juni 2012 08:09:30
LONDON - Philipe Sanderos, lelaki kelahiran Swiss yang bermain sebagai punggawa kelab Fulham Liga Premier Inggeris, telah masuk Islam.

Dia mendeklarasikan keyakinannya di sebuah Islamic Center di kota Manchester.
Senderos sebelumnya bermain untuk raksasa bolasepak Inggeris, Arsenal, dan sekarang bermain untuk pasukan nasional negaranya, Swiss.

Philippe, lulusan teologi, menunjukkan banyak minat dalam agama-agama dunia dan menghabiskan sebagian besar waktunya di luar bola sepak untuk membaca segala hal mengenai agama sebelum dia memeluk Islam.
"Saya sangat tertarik pada agama-agama dunia dan membaca banyak buku tentang itu", Senderos berkata dalam sebuah wawancara dengan majalah Arsenal.
"Jika saya tidak bermain sepakbola, saya mungkin akan menjadi seorang imam", tambahnya.
Senderos akhirnya mencari pengetahuan untuk manfaat dan menemukan petunjuk dalam agama Islam.
sumber

MYANMAR - 80 Muslimah Diperkosa!


MAUNGDAW (Arrahmah.com) - Seorang ahli politik Maungdaw mengatakan pihak berkuasa Burma/Myanmar menggunakan taktik baru iaitu pemerkosaan terhadap masyakarat Muslim Rohingya yang membuat tidak ada tempat selamat bagi wanita Rohingya di Maungdaw.

"Pemerintah menggunakan taktik pemerkosaan sebagai senjata negara Shan (Burma/Myanmar). Ini dimulai dari sekarang hingga mengeluarkan warga Rohingya dari tanah mereka," kata ahli politik Maungdaw yang tak disebut namanya, disiarkan Kaladan News pada Rabu (20/6/2012).

"Sejak 8 Jun hingga sekarang, lebih dari 60 wanita diperkosa di Maungdaw oleh anggota keamanan -polis, Hluntin, Nasaka dan tentera- dan bersama dengan warga Rakhine (etnik Buddha) dan pemukim baru (Natala)," tambahnya.

"Sebahagian besar wanita Rohingya diperkosa oleh pasukan 'keamanan' bersama dengan warga Rakhine dan Natala sementara semua lelaki dipanggil oleh pihak 'keamanan', yang kelompok 'keamanan' lainnya memasuki rumah-rumah desa dengan menghancurkan segala barang yang ada di dalam rumah, hanya menjarah barang berharga- emas dan wang. Pada saat itu, semua wanita di dalam rumah, di mana Natala dan etnis Rakhine memperkosa wanita Rohingya," kata seorang mangsa dari Asheeka para (Paungzarr).

"Pasukan keselamatan memasuki desa pada malam hari untuk memeriksa daftar keluarga yang mana pasukan itu memperkosa para wanita Rohingya di rumah kerana tidak ada lelaki yang tinggal di dalam rumah," tambahnya.
 siraaj/arrahmah.com)

Wednesday, June 20, 2012

PALESTIN - Pejuang Balas Serangan Israel

 Pasukan zionis memulakan serangan udara dan serangan artileri terhadap kota Gaza pada hari Isnin (18/6) yang telah membunuh tujuh warga Muslim Palestin.
.
Sebagai pembalasan, Brigade Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, melancarkan serangan yang mensasarkan Israel pada hari Selasa (19/6).

Dalam sebuah sidang media, Al-Qassam mengatakan bahawa mereka menembakkan 43 roket dan rudal terhadap pasukan Israel sebagai balasan atas peningkatan serangan militer dan pembunuhan warga awam Palestin.

Terkait hal tersebut, akhbar Israel Yedioth Ahronoth menyatakan sebuah roket Palestin menyerang sebuah bangunan militer Israel di barat Negef yang menyebabkan empat tentera Israel mengalami kecederaan, salah satu daripada mereka dalam keadaan kritikal dan tiga lainnya dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika roket lainnya menghentam sebuah bangunan di sekitar Dewan Hof Ashkelon. (siraaj/arrahmah.com)

sumber

PALESTIN - Serangan Udara ke atas Gaza


GAZA (Arrahmah.com) - Pasukan zionis Israel memulai lagi serangan udaranya pada hari Selasa (19/6/2012) malam di Jalur Gaza, menyebabkan sejumlah korban dari kalangan warga awam Palestin dan anggota pejuang Palestin.

Berdasarkan laporan Quds Press, dua roket mendarat mensasarkan sekelompok mujahidin di timur Az Zaytun, di daerah selatan kota Gaza tanpa menyebabkan kecederaan.

Serangan lainnya juga dilancarkan di daerah timur Khan Yunis yang menyebabkan seorang warga Palestin mengalami luka-luka.

Sebuah helikopter Israel, yang terlihat terbang rendah di Gaza, mngebom sebuah kereta warga Palestin di dalam sebuah rumah di Az Zaytun di dekat showroom kereta dan menghancurkannya. Roket yang ditembakkan mencederakan seorang warga sawam yang sedang mellaui jalan berhampiran rumah itu.

Serangan serupa juga telah mensasarkan sebuah ruangan di dekat pusat polis di barat laut kota Gaza tanpa ada yang cedera.


Dewan Rakyat Tolak Usul Rohingya



"19 Jun 2012: PAS melahirkan kekecewaan berikutan penolakan Dewan Rakyat untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing.

Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar itu ditolak dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Kamarudin, yang ditemui di lobi parlimen berkata adalah penting bagi Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan keganasan etnik yang berlaku sekarang dan menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu tersebut.

"Isu berkaitan warga Rohingya ini perlu dibincangkan, sekaligus Malaysia perlu menyatakan pendirian atau menghantar nota bantahan," tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata PAS mendesak Malaysia sebagai anggota Asean dan PBB untuk membuat tindakan segera berhubung isu tersebut.

Katanya, sebagai anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi pihak lain.

Isu ini berbangkit berhubung isu pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 yang cedera dalam perbalahan etnik di negara itu, beberapa hari lalu.

harakahdaily.net"

Tuesday, June 19, 2012

Israel Kerah Kereta Kebal ke Sempadan MESIR


TEL AVIV (Arrahmah.com) - Pasukan zionis Israel mengerahkan kereta-kereta kebalnya ke arah perbatasan Mesir pada hari Isnin (18/6/2012), setelah sebelumnya membunuh seorang pekerja perbatasan, berdasarkan laporan media Israel.

Laman Israel Ynet mengatakan pergerakan tak biasa untuk mengerahkan kereta-kereta kebal ke perbatasan, melanggar perjanjian keamanan Kamp David antara kedua negara.

Akhbar Israel Haaretz mendakwa  kereta-kereta kebal itu kemudian ditarik kembali dari daerah tersebut, militer Israel mengatakan bahawa langkah itu adalah sebagai respon dari serangan baru-baru ini pada Isnin, dan tidak merancang untuk meninggalkan semua kenderaan itu di perbatasan.

Israel dan Mesir sebelumnya telah bersepakat pada beberapa bulan terakhir bahawa Kaherah dapat mengerahkan 20 kereta kebal ke dekat perbatasan untuk menangkis serangan 'badwi', meskipun klausa demiliterisasi perjanjian damai kedua pihak.

Kamp David 1978 memimpin perjanjian damai Mesir 1979 dengan Israel, yang pertama oleh negara Arab.
Israel mendakwa bahwa pada hari Isnin, 'militan' menembak pekerja Israel yang sedang membangun tembok di perbatasan Mesir. Insiden itu terjadi beberapa jam setelah Ikhwanul Muslimin mendakwa menang atas pemilihan presiden Mesir. (siraaj/arrahmah.com)

Pengurus Kedai Edar Buku Irshad Manji Didakwa

Seorang pengurus kedai buku Borders di pusat membeli belah Midvalley hari ini didakwa atas tuduhan mengedar buku Irshad Manji bertajuk Allah, Liberty and Love yang diharamkan di Malaysia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nik Raina Nik Abdul Aziz, selepas satu permohonan dibuat oleh peguam kedai buku Borders, Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua pendakwa syariah Kuala Lumpur, Ibrahim Deris mengetuai pasukan pendakwaan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 14 Jun lalu mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Allah, Liberty And Love dan Allah, Kebebasan dan Cinta karya penulis berkenaan.
Kandungan buku berkenaan, menurut KDN, mengandungi unsur mengelirukan orang awam yang menyeru kepada logik akal semata-mata dan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bukunya terdahulu, The Trouble With Islam Today turut diharamkan KDN kerana didapati mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang turut bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

sumber

Wednesday, June 6, 2012

SYRIA Haram Diplomat Asing

pix_gal0
Balas tindakan Barat, Turki usir duta, kakitangan kanan diplomatik

DAMSYIK: Syria mengisytiharkan diplomat dari negara Barat dan Turki sebagai orang yang dilarang masuk ke negara itu atau digelar 'persona non grata.'
Kementerian Luar Syria berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap duta Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Turki, sebagai membalas pengusiran diplomatnya daripada negara berkenaan.
Negara Barat mengusir diplomat Syria berikutan pembunuhan beramai-ramai akhir Mei lalu yang menyaksikan 108 orang terbunuh di tengah pekan Houla, satu daripada perbuatan kejam paling buruk di negara itu sejak kebangkitan penduduk meletus mulai Mac 2011.
“Ada negara baru-baru ini memaklumkan ketua misi dan kakitangan kedutaan kami tidak dialu-alukan di negara mereka,” menurut satu kenyataan.

Malah, kenyataan itu juga memaklumkan tindakan sama ke atas duta Kanada, Itali, Sepanyol dan kakitangan kedutaan dari Belgium, Bulgaria dan Jerman.

Ia menekankan, Syria masih percaya kepada dialog berdasarkan dasar kesaksamaan dan hormat menghormati dan diplomat adalah alat sesuai untuk negara menyelesaikan sengketa.

“Kami berharap negara itu akan memegang kepada prinsip yang sama dengan membenarkan hubungan kembali normal,” katanya.
Negara Barat mengusir diplomat Syria berikutan pembunuhan beramai-ramai akhir Mei lalu yang menyaksikan 108 orang terbunuh di tengah pekan Houla, satu daripada perbuatan kejam paling buruk di negara itu sejak kebangkitan penduduk meletus mulai Mac 2011.

Di medan konflik, anggota tentera dan militia pro pemerintah dibantu kereta perisai melakukan serangan terhadap pemberontak, merampas pekan tengah Kfar Zita selepas mengebom tiga hari, kata agensi Hak Asasi Pemantauan Syria, sambil menambah pemberontak sudah berundur.

Kumpulan militia pro kerajaan juga merompak rumah dan kedai selepas penduduk melarikan diri, dakwa pemerhati.

Difahamkan, empat orang awam terbunuh semalam dalam operasi ketenteraan besar-besaran di kawasan Kfar Oweid, Idlib, wilayah yang bersempadan dengan Turki yang juga kubu kuat pasukan pemberontak.

Pemberontak dan militia berkenaan turut bertempur di beberapa kawasan di wilayah barat laut Syria, kata pertubuhan hak asasi Observatory yang berpejabat di Britain.

Ia berkata beberapa daerah bandar Homs, juga di utara Damsyik, diserang bedilan artileri, sebahagian taktik askar kerajaan menghancurkan penentang.

Di Latakia, satu kawasan dekat rantau Mediterranean, dua pemberontak terbunuh kerana serangan tentera kerajaan terhadap pekan al Hafa.

Salah seorang yang terbunuh itu adalah pegawai yang belot daripada pasukan tentera dan menyertai pemberontak. – AFP

sumber

MALAYSIA - Strategi Musuh Islam

KOTA BHARU: Kenyataan Senator John McCain dari Amerika Syarikat kononnya Malaysia negara Islam contoh di mata dunia, disifatkan seumpama membiar harimau menjadi gembala kambing.

“Semua orang tahu Amerika Syarikat bermusuh dengan umat Islam sejak sekian lama, bagaimanapun pula mereka boleh mengatakan Malaysia negara Islam contoh.

“Samalah seperti membiarkan harimau menjadi gembala kambing. Kita malu dengan kenyataan seperti itu,” kata Mursyidul Am PAS pada reaksinya terhadap kenyataan McCain seperti disiarkan media hari ini.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sejak dahulu lagi masyarakat dunia sudah kenal negara terbabit yang memusuhi orang Islam, tiba-tiba pula menganggap Malaysia negara Islam contoh.

McCain yang juga bekas calon Presiden Amerika dilapor mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia yang mengamalkan sistem demokrasi dan kemajuan ekonomi menakjudkan.

Kenyataan itu dikatakan dibuat selepas tokoh terbabit dan Senator Joseph Lieberman mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya bulan lepas.

Berucap pada perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di Jalan Dato Pati Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, ada pihak sekarang sibuk mempamerkan sikap rasis seumpama seperti budak tadika.

“Sekarang mereka sibuk memperjuangkan bangsa sehingga pandangan Islam yang lebih jauh tidak dipakai.

“Mengapa mereka tidak menjadikan al Quran sebagai panduan dan mengikut segala suruhan Nabi Muhammad saw. Sedangkan baginda menjadi pengantara antara manusia dengan pencipta-Nya.

“Kalau kita tolak Islam bermakna kita tolak Rasul dan dengan sendirinya juga tolak Allah Taala,” katanya.

sumber

Tuesday, June 5, 2012

INDONESIA - Tasikmalaya Akan Laksanakan Perintah Bertudung

JAKARTA: Semua wanita Islam di Tasikmalaya, Jawa Barat, termasuk pengunjung ke bandar itu akan diwajibkan memakai tudung di bawah peraturan yang dirangka kerajaan tempatan tidak lama lagi.

Majlis Bandaraya Tasikmalaya sedang merangka peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Kecil Nilai Hidup Masyarakat Berlandaskan Islam yang diluluskan pada 2009, dan dijangka selesai bulan ini.
Setiausaha Bandar Tasikmalaya, Tio Indra Setiadi, berkata pasukan khas akan ditubuhkan seperti polis syariah Aceh untuk menguatkuasakan ordinan itu kerana kesalahan syariah tidak boleh dikendalikan polis nasional.
"Penduduk yang bercadang membuat laporan berhubung pencabulan ordinan itu akan menghadapi kesukaran sekiranya kita tidak mempunyai sistem untuk menguatkuasakannya," katanya, memetik laporan akhbar harian bahasa Inggeris, The Jakarta Post, hari ini.

Beliau berkata, ordinan Tasikmalaya bagaimanapun berbeza daripada undang-undang Syariah di Aceh kerana hukuman akan diputuskan oleh sistem mahkamah sedia ada dan tiada hukuman sebat seperti di Aceh.

"Undang-undang kecil ini bertujuan mendidik orang ramai supaya hidup dengan tatacara Islam," katanya.

Ordinan itu yang diluluskan Datuk Bandar Tasikmalaya Syarif Hidayat pada 24 September 2009, digubal susulan kebimbangan penduduk setempat berhubung kesan globalisasi yang boleh memudaratkan mereka.
Ordinan itu juga menyenaraikan 15 kesalahan tambahan termasuk rasuah, pelacuran, zina, homoseksual, penyalahgunaan dan pengedaran dadah, minum arak, pornografi, kegiatan samseng, menyebarkan kultus dan pengguguran janin.

Speaker Majlis Bandaraya Tasikmalaya, Ruhimat, berkata peraturan itu digubal bukan kerana desakan pertubuhan Islam tetapi berdasarkan 99 peratus penduduk Tasikmalaya adalah Islam.

Ruhimat, bagaimanapun, percaya polis khas syariah tidak perlu ditubuhkan untuk menguatkuasakan ordinan itu kerana polis nasional berupaya menanganinya. - BERNAMA

sumber

INDONESIA - Buku Bergambar Nabi Muhammad

Bilal
Selasa, 5 Juni 2012 15:01:13
BANJARNEGARA (Arrahmah.com) - Buku berjudul "Kisah Menarik Masa Kecil Para Nabi" yang memuatkan gambar Nabi Muhammad SAW kembali ditemui di dua sekolah di Banjarnegara.
Kedua sekolah tersebut adalah Madrasah Ibtidaiyah Muhammadiyah (MIM) Sampang dan MIM Karanggondang, Kecamatan Kalibening, Banjarnegara.

"Buku ini merupakan bantuan Kementerian Agama pada awal tahun ajaran 2010-2011. Kami hanya menerima dua contoh," kata Kepala MIM Sampang, Supriyandono dipetik antaranews, di Banjarnegara, Isnin.
Sebenarnya  dia tidak mengetahui jika di dalam buku karangan N Khasanah RA ini memuat gambar karikatur Nabi Muhammad SAW.

sumber