"Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow
lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak
acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang
lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan
serius.
Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp,
ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak
menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun
terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik,
watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama
Islam.
Yusuf
Reis dilahirkan sebagai Jack Ward, gelarannya Jack Birdy (lebih dikenali
sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England.
Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung
halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan
beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.
Pada
tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk
England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan
oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal
musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen
Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai
privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Walaubagaimanapun,
sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama
ini disokong oleh Kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I
memeterai perjanjian perdamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya,
ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan
kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun
tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.
Jack
Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya
merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara
dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara
‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.
Berbekal
kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain.
Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa
harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.
Dengan
kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut
Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali
The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal
kargo selama lebih dua tahun.
Pada
Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah
Tunisia ketika itu, Sultan Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia
sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan
Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di
tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang
berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara
Osman daripada Turki Uthmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan
Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan
Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah
kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya
dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack
Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece
sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim
Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita
ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada
Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan
daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah
diburu untuk dihukum.
Akhirnya
beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip
amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka
politik kepada beliau.
Kemurahan
hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam.
Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada
detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack
Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia.
Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz
kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf
Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal
daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.
Pada
1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada
kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel
bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Dahulunya,
beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas
menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya
untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam
bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat
Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik
Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana
orang Turki berpakaian.
Beliau
dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak
lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau
turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau
agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini
kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the
Carribean.
Pada
1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena
tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak
sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.