Thursday, September 27, 2012

Abdul Hadi Awang Saman Massitah


 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

pas seminar 071109 hadi awangMenurut laporan Harakahdaily, saman tersebut telah difailkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Harakahdaily
melaporkan Ahmad Samsuri memberitahu pemberita bahawa sebelum ini pihaknya sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi mereka gagal berbuat demikian

"Maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.
 

Dajjal Itu Seorang Manusia?

PENDAHULUAN
Apakah Dajjal itu? Manusiakah? Jin? Kumpulan? Ideologi? Gergasi? Lain-lain? Ada pelbagai pandangan para ilmuwan dan pengkaji. Tulisan ini akan membentangkan beberapa sandaran berupa hadis dan atsar yang menyokong pendapat yang mengatakan Dajjal itu ialah manusia.
SANDARAN-SANDARAN DAN ULASAN
Suatu hari Rasulullah saw bermimpi bertawaf di Baitullah dan dia ternampak Nabi Isa dan Dajjal. Katanya : “Dia (Dajjal) itu seorang yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak.” (Bukhari).
Mula-mula Rasulullah ternampak Nabi Isa dan kemudian dia ternampak Dajjal. Nabi Isa seorang manusia, maka berkemungkinan besar Dajjal itu juga seorang manusia. Tambahan lagi ciri-ciri seperti gemuk, berkulit merah, berambut keriting dan buta sebelah mata ialah ciri-ciri manusia.
(Nabi berkata kepada Saiyidina Umar) : “Jika dia (Ibnu Sayyad, seorang lelaki yang disangkakan Dajjal oleh sebahagian sahabat) ialah Dajjal, maka engkau tidak dapat menguasainya. Tapi jika dia bukan, maka tidak ada kebaikan untuk engkau membunuhnya.” (Bukhari). (1)
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah sendiri tidak pasti sama ada Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan. Dalam artikel ini, perbahasannya bukanlah Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan, tetapi Dajjal itu manusia ataupun bukan manusia. Oleh itu kita terus kepada matlamat kita.
Nampaknya Rasulullah sendiri tidak menolak kemungkinan Dajjal ialah seorang manusia. Kalau tidak, sudah tentu awal-awal lagi dia sudah memberitahu kepada para sahabat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal.
Muhammad bin Al-Munkadir berkata, “Aku menyaksikan Jabir bin Abdullah bersumpah dengan nama Allah bahawa Ibnu Sayyad ialah Dajjal. Aku bertanya kepadanya, “Engkau bersumpah dengan nama Allah?” Dia menjawab , “Aku mendengar Umar bersumpah begitu di sisi Nabi tetapi baginda tidak mengengkarinya.” (Bukhari)
Jelasnya Rasulullah tidak menolak bahawa Dajjal itu seorang manusia. Jika tidak, sudah tentu dia mengengkari sumpah Saiyidina Umar yang mengatakan Ibnu Sayyad ialah Dajjal.
Abdullah bin Umar berkata : “Demi Allah, aku tidak ragu-ragu bahawa Al-Masih Dajjal ialah Ibnu Sayyad.” (Abu Daud)
Memang terdapat beberapa orang sahabat yang percaya Dajjal ialah manusia, kerana Ibnu Sayyad seorang manusia.
“Dajjal cacat mata kirinya dan rambutnya keriting seperti buih kerana lebatnya.” (Muslim)
Sekali imbas nampaknya ini ciri-ciri seorang manusia.
“Sesungguhnya Dajjal itu matanya terhapus dan di atasnya terdapat selaput mata yang tebal…….” (Muslim)
“Dajjal itu buta matanya sebelah kiri dan lebat rambutnya.” (Muslim)
Ini juga ciri-ciri seorang manusia.
Lagi bukti para sahabat tidak menolak bahawa Dajjal ialah manusia :
Ibnu Sayyad (yang dianggap Dajjal)  berkata kepada Abu Said, “Aku bertemu orang ramai dan mereka menyangka aku ini Dajjal. Bukankah engkau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda  bahawa Dajjal tidak punya anak?” Abu Said menjawab , “Betul.” Kata Ibnu Sayyad lagi : “Padahal aku mempunyai anak…….” (Muslim)
Seterusnya :
“Sesudah itu Allah mengutus Isa ibnu Maryam, ia seperti ‘Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafi, lalu muncullah, kemudian dia membunuh Dajjal.” (Muslim, Ahmad)
Nabi Isa membunuh Dajjal. Pernyataan sebegini memang sesuai untuk manusia.
Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan Tamim Ad-Dari bertemu dengan Dajjal di sebuah pulau. Lelaki itu badannya besar dan terbelenggu. Rasulullah sendiri mengesahkan orang itu ialah Dajjal.
KESIMPULAN
Berdasarkan sandaran-sandaran yang dikumpulkan ini, memang sukar untuk kita menafikan bahawa Dajjal bukan manusia. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
26 September 2012
(1)   Ibnu Sayyad  beragama Islam, salah seorang sahabat Nabi, tinggal di Madinah, mengerjakan haji dan pernah berjihad. Masih kecil ketika Rasulullah tiba di Madinah. Ada maklumat mengatakan dia seorang Ansar dan ada yang kata dia asalnya Yahudi Madinah.
 

Wednesday, September 26, 2012

1.5 juta perlu bantuan makanan di SYRIA


BEIRUT 25 Sept. - Jumlah penduduk Syria yang memerlukan bantuan makanan meningkat daripada 250,000 pada April lalu kepada 1.5 juta ketika ini.
Menurut Ketua Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP), Ertharin Cousin, agensinya memerlukan lagi AS$60 juta (RM180 juta) bagi menampung keperluan bajet tahunan makanan.
Katanya, krisis berlarutan di Syria semakin buruk apabila beratus-ratus ribu penduduknya melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran.
Beliau turut menyarankan negara-negara yang memberi sumbangan mengenakan tekanan diplomatik bagi memastikan kerajaan Syria membenarkan pekerja badan itu sampai ke kawasan yang memerlukan.
Menurut beliau, WFP sukar untuk sampai ke kawasan konflik terutama di Damsyik, Aleppo dan Homs, menyebabkan bantuan sukar diagihkan. - AGENSI

Sumber

SYRIA: Amaran keras Obama


WASHINGTON 25 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini menuntut 'hukuman dan akibat' atas kekejaman di Syria dan mahu pentadbiran Presiden, Bashar al-Assad sampai ke penghujungnya.
Masa depan seharusnya tidak terletak pada seorang diktator yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai rakyatnya.
Sekiranya ada sebab yang mengakibatkan masyarakat sehingga menangis untuk berdemonstrasi, ia adalah sebuah 'rejim' yang menyeksa kanak-kanak dan mengebom kediaman penduduknya,'' kata Obama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Obama dalam pada masa sama, menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak bagi menghentikan krisis yang telah berlanjutan selama 18 bulan sekali gus menamatkan kekejaman Assad.
Katanya, AS mahu Syria menjadi sebuah negara yang bersatu dan inklusif yang mana kanak-kanak tidak perlu takut akan kerajaan dan rakyat mempunyai suara dalam kerajaan.
Dalam pada itu, konflik di Syria semakin buruk selepas badan hak asasi melaporkan seramai 85 orang terbunuh di seluruh negara itu hari ini.
Dalam perkembangan berlainan, Obama berikrar akan memburu mereka yang terlibat dalam pembunuhan Duta AS di Libya, Christopher Stevens dan tiga lagi rakyat negara itu dalam serangan dua minggu lalu di Benghazi.
''Serangan ke atas rakyat kita di Benghazi adalah merupakan serangan ke atas AS.
Sementara itu, Obama sekali lagi mengutuk penyiaran filem anti-Islam itu dan walaupun mengatakan ia keji, namun tiada kebebasan bersuara dilindungi oleh Perlembagaan AS yang mewajarkan pembunuhan dan keganasan. - AFP

Sumber

Tuesday, September 25, 2012

Lebih 2,000 askar SYRIA berpaling tadah ke JORDAN


AMMAN 24 Sept. - Lebih 2,000 tentera Syria berpaling tadah ke Jordan sejak konflik melanda negara itu pada tahun lalu, kata komander pengawal sempadan dalam satu kenyataan, hari ini.
"Bilangan pelarian Syria yang memasuki sempadan Jordan sehingga Rabu lalu melebihi 74,000 orang dan daripada jumlah itu 2,053 orang adalah tentera pelbagai pangkat,'' kata Brigadier Jeneral, Hussein al-Ziyud yang memberitahu akhbar al-Dustour.
Ziyud berkata, askar tersebut telah dibawa ke tempat khas dengan kawalan istimewa.
Katanya, kebanyakan mereka ditembak ketika cuba memasuki negara ini.
"Keadaan ini mendorong tentera Jordan mengambil langkah berhati-hati menguruskan situasi yang berlaku di Syria,'' katanya.
Menteri Luar, Nasser Judeh berkata, awal bulan ini lebih 200,000 orang pelarian Syria memasuki sempadan Jordan sejak berlaku pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad, 18 bulan lalu.
Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan seramai 85,197 pelarian berdaftar kini berada di Jordan, manakala 35,961 orang lagi sedang menunggu proses kemasukan.
Syria dan Jordan berkongsi sempadan sepanjang 370 kilometer, yang menjadi pintu masuk penduduk Syria ke negara ini dengan berjalan kaki bagi mengelakkan keganasan di negara mereka.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 29,000 orang terbunuh sejak konflik tercetus, manakala PBB pula meletakkan jumlah kematian seramai 20,000. - AFP

Sumber

Monday, September 24, 2012

PAKISTAN: Menteri tawar ganjaran bunuh Nakoula




ISLAMABAD 23 Sept. - Menteri Perkhidmatan Landasan Kereta Api Persekutuan Pakistan, Ghulam Ahmed Bilour menawarkan ganjaran berjumlah AS$100,000 (RM310,000) kepada sesiapa yang membunuh penerbit filem, anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di dunia Islam, Nakoula Basseley Nakoula.
Ghulam juga mengajak anggota militan Taliban dan al-Qaeda untuk mengambil bahagian dalam tindakan itu yang disifatkannya sebagai 'perbuatan bermaruah'.
''Saya umumkan hari ini (semalam) jika ada sesiapa yang membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad, saya akan memberinya hadiah sebanyak AS$100,000,'' katanya.
Wartawan saluran televisyen Al-Jazeera, Kamal Hyder melaporkan bahawa Ghulam mungkin mengambil tindakan itu secara bersendirian dan tidak mewakili kerajaan Pakistan.
Nakoula, 55, seorang penganut Kristian Qibti dari Mesir kini dilaporkan tinggal di Los Angeles.
Dalam pada itu, kerajaan Pakistan mengkritik tindakan Ghulam menawarkan ganjaran tersebut. - AGENSI

Sumber

FSA dakwa kuasai kebanyakan kawasan SYRIA


Imej video daripada YouTube, kelmarin merakamkan ketua FSA, Riad al-Asaad (tengah) membacakan kenyataan dari lokasi yang dirahsiakan di Syria mengumumkan ibu pejabat tentera pemberontak di Turki telah dipindahkan ke 'kawasan bebas' di Syria. - AFP 
 
ATMA, Syria 23 Sept. - Kumpulan pemberontak bersenjata, Tentera Pembebasan Syria (FSA), hari ini mendakwa mereka telah berjaya menguasai kebanyakan kawasan di Syria.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas ketua FSA, Riad al-Asaad mengumumkan ibu pejabat tentera pemberontak di Turki dipindahkan ke 'kawasan bebas' di Syria.
Seorang komander FSA, Kolonel Ahmed Abdel Wahab berkata, hanya penguasaan udara oleh tentera kerajaan merupakan satu-satunya faktor yang menghalang mereka daripada menguasai kawasan ibu negara Damsyik.
''Kami mengawal hampir seluruh kawasan di negara ini dengan kebanyakan tempat, tentera kerajaan 'berkubu' dalam berek mereka sahaja dan hanya sedikit tentera yang keluar, sekali gus membolehkan FSA bergerak bebas kecuali di Damsyik,'' katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Utusan Khas badan itu ke Syria, Lakhdar Brahimi yang mengadakan perbincangan, semalam bersetuju krisis di negara ini adalah 'satu ancaman yang semakin meningkat bagi keamanan dan kestabilan serantau'.
Brahimi yang dilantik awal bulan ini dijangka memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB esok, tentang pusingan pertama rundingannya dengan kerajaan Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang.
Dalam pada itu, pemerhati berkata, tentera kerajaan mengebom banyak kawasan yang dikuasai pemberontak termasuk di Damsyik, Aleppo di utara, Idlib, pusat bandar Hamna dan Homs serta Daraa di selatan.
Seorang wartawan AFP di Aleppo, medan pertempuran utama sejak dua bulan lalu melaporkan tentera kerajaan berbalas-balas tembakan dengan tentera pemberontak di Bustan al-Qasr dan kawasan kediaman Bustan al-Zahraa.
Menurut pemerhati pula, sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh di seluruh Syria, semalam termasuk 88 orang awam, 30 tentera pemberontak dan 32 lagi tentera kerajaan. - AFP

Sumber

Saturday, September 22, 2012

Konflik SYRIA ragut lebih 29,000 nyawa

BEIRUT 21 Sept. - Lebih 29,000 orang dilaporkan terbunuh dalam konflik di Syria sejak pemberontakan menentang kerajaan tercetus pada Mac tahun lalu, lapor sebuah pertubuhan hak asasi manusia di sini semalam.
Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, setakat kelmarin (19 September), sekurang-kurangnya 20,755 orang awam, 1,148 pemberontak dan 7,095 tentera kerajaan terbunuh di seluruh negara sepanjang tempoh pemberontak.
Dalam laporan berasingan, sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh di seluruh Syria semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut melebihi 29,000. - AFP

Sumber

Friday, September 14, 2012

AS hantar dua kapal perang ke LIBYA

BENGHAZI 13 Sept. - Amerika Syarikat (AS), hari ini menghantar puluhan anggota marin dan dua kapal perang ke Libya setelah kematian dutanya di sini, Christopher Stevens dan tiga lagi rakat AS dilaporkan diserang sekutu rangkaian al-Qaeda dan bukannya oleh kumpulan perusuh yang membantah penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad.
Jurucakap kanan AS berkata, penghantaran kira-kira 50 tentera marin itu adalah bagi memastikan keselamatan Kedutaan AS di Tripoli yang mana jumlah kakitangannya kini dikurangkan kepada tahap kecemasan.
Amerika juga mula memindahkan kesemua kakitangannya daripada menjalankan misi di Benghazi ekoran pembunuhan Stevens dan tiga lagi rakyat negara itu dalam rusuhan itu Selasa lalu.
Pada masa sama, dua kapal perang pemusnah dihantar ke 'kawasan sekitar Libya' sebagai langkah berjaga-jaga.
''Jangan buat kesilapan, kita akan bekerjasama dengan kerajaan Libya untuk membawa keadilan kepada pembunuh yang menyerang rakyat kita,'' kata Presiden AS, Barack Obama yang turut mengarahkan kawalan keselamatan ke atas misi diplomatik Amerika di seluruh dunia ditingkatkan.
Obama dan Presiden Parlimen Libya, Mohammed Magarief bersetuju bekerjasama menjalankan siasatan berhubung insiden itu dalam satu perbualan telefon, semalam.
Serangan ke atas konsulat AS di Benghazi berlaku ekoran tunjuk perasaan di konsulat AS itu bagi membantah penerbitan filem terbabit yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Tunjuk perasaan serupa turut diadakan di Kaherah. - AFP

Sumber

Demo bantahan di seluruh dunia


Penduduk Yemen membakar bendera AS semasa mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan Amerika di Sanaa, semalam sebagai bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad di Amerika. - AFP 
KAHERAH 13 Sept. - Demonstrasi membantah filem anti-Islam di YouTube yang menghina Nabi Muhammad terus merebak dengan rusuhan di Mesir memasuki hari ketiga, hari ini.
Seramai 13 orang cedera apabila polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak melempar batu dan botol ke arah pasukan keselamatan di luar Kedutaan Amerika, di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengutuk penerbitan filem itu dan mengecam tindakan keganasan oleh penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah.
"Rakyat Mesir menolak sebarang penghinaan terhadap Nabi kita. Saya mengutuk perbuatan mengutuk Nabi kami," kata Mursi yang disiarkan melalui televisyen negara berhubung filem kontroversi itu.
"(Tetapi) menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi tetamu kita dari luar negara," katanya semasa lawatan di Brussels.
"Saya menyeru semua orang jangan melanggar undang-undang Mesir... jangan menyerang kedutaan-kedutaan," katanya, merujuk kepada tindakan penduduk Mesir menyerang Kedutaan AS di Kaherah, kelmarin dan menurunkan bendera AS dan menggantikan dengan bendera Islam.
Mursi turut mengutuk pembunuhan Duta AS dan tiga warga AS di Benghazi, Libya, kelmarin berhubung insiden yang sama.
Di Yemen, beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu Kedutaan AS di Sanaa menyebabkan pengawal keselamatan terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan keadaan, kata saksi.
Saksi berkata, seorang penunjuk perasaan terbunuh selepas terkena tembakan pasukan keselamatan dan 15 lagi dilaporkan cedera.
Saksi berkata, penunjuk perasaan memecahkan tingkap pejabat keselamatan di luar kedutaan itu sebelum memecah masuk ke dalam bangunan tersebut.
Sementara itu, Presiden Yemen, Abed Rabbo Mansour Hadi memohon maaf kepada Presiden Barack Obama ekoran serangan ke atas Kedutaan AS di Sanaa, ibu negara Yemen, oleh penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah filem tersebut.
Mansour juga mengarahkan penyiasatan dijalankan berhubung serangan ke atas Kedutaan AS itu.
Di Bangladesh, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar Islam mengadakan bantahan di Dhaka dengan membakar bendera AS.
Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan anti AS serta memukul bendera AS menggunakan kasut sebelum membakarnya dihadapan Masjid Baitul Mokarram.
Dalam pada itu, berpuluh-puluh rakyat Palestin membakar bendera AS dan melaungkan 'Amerika Pergi Mampus' dalam demonstrasi di Genting Gaza, semalam.
Penunjuk perasaan turut dilihat membawa pedang dan bendera berwarna hitam.
Di LIBYA, pihak berkuasa Libya telah menahan beberapa orang berhubung serangan ke atas bangunan konsulat AS di Benghazi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, hari ini.
"Kementerian Dalam Negeri dan Kehakiman telah memulakan siasatan dan mengumpul bukti dan beberapa orang telahpun ditahan," kata Wanis al-Sharif.
Namun, beliau enggan menyatakan identiti dan jumlah mereka yang ditahan. - AP/Reuters/AFP

Sumber

Wakil PBB tiba di SYRIA untuk lawatan pertama

DAMSYIK 14 Sept. - Wakil misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi tiba di sini semalam untuk lawatan pertamanya sejak dilantik mengetuai misi terbabit dua minggu lalu.
Jurucakap Brahimi, Ahmad Fawzi berkata, wakil PBB itu akan mengadakan rundingan dengan kerajaan dan wakil pembangkang serta masyarakat awam Syria sepanjang lawatannya.
Dalam pada itu, sebaik tiba di lapangan terbang Damsyik, Brahimi menyuarakan kebimbangannya terhadap konflik di Syria yang semakin meruncing.
"Saya akan mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil Syria untuk menyelesaikan krisis di negara ini dan saya merasakan konflik di sini semakin buruk," katanya. - AFP

Sumber

Thursday, September 13, 2012

Video hina Islam: AFGHANISTAN sekat akses YouTube

KABUL 13 Sept. - Kerajaan Afghanistan semalam buat pertama kali menyekat akses laman YouTube daripada dilayari rakyat negara ini.
Ia ekoran arahan daripada Menteri Penerangan dan Kebudayaan yang mengarahkan semua penyedia perkhidmatan untuk menyekat akses laman itu sehingga YouTube membuang klip video kontroversi yang menghina Islam itu daripada senarai kandungan laman mereka.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. - AFP

Sumber

MESIR: Ikhwan Muslimin anjur bantahan aman Jumaat ini

KAHERAH 13 Sept. - Kumpulan Ikhwan Muslimin yang berpengaruh di Mesir semalam menyeru satu bantahan diadakan di seluruh negara pada Jumaat ini bagi membantah filem yang menyinggung perasaan umat Islam sehingga mencetuskan serangan berdarah di Libya dan kemarahan rakyat negara ini.
"Ikhwan Muslimin menyeru supaya `bantahan secara aman� diadakan di luar masjid utama seluruh Mesir pada Jumaat ini bagi mengutuk kesalahan kepada agama Islam dan Nabi Muhammad," kata Setiausaha Agungnya, Mahmud Hussein dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil menyifatkan kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh dipersalahkan dalam penerbitan filem itu namun beliau menggesa Washington mengambil tindakan terhadap penerbit filem tersebut. - AFP/REUTERS

Sumber













Hina Nabi, Duta AS mati ditembak


Penduduk Mesir yang mengadakan tunjuk perasaan mengoyakkan bendera Amerika dari Kedutaan Amerika di Kaherah, kelmarin sebagai membantah filem Innocence of Islam yang menghina Nabi Muhammad. -AP 
 
 
KAHERAH 12 Sept. - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad.
Tiga lagi rakyat AS turut terbunuh akibat terkena tembakan.
Di Kaherah hampir 3,000 penunjuk perasaan, kebanyakan mereka penyokong pergerakan Salafis, berkumpul di Kedutaan AS di Kaherah untuk menyuarakan bantahan yang sama.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan memanjat bangunan Kedutaan AS dan menggantikan bendera negara kuasa besar itu dengan kain rentang yang tertulis 'Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah' dan membakar bangunan konsulat berkenaan.
Polis Mesir terpaksa campur tangan untuk memujuk penunjuk perasaan beredar dan kini masih terdapat beratus-ratus orang berkumpul di luar kedutaan berkenaan.
Di timur Benghazi, pegawai Kementerian Dalam Negeri Libya, Wanis al-Sharef berkata, Stevens maut bersama tiga pegawai AS lain ketika sekumpulan besar penunjuk perasaan menyerbu pejabat konsulat AS di Benghazi, dengan lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan.
Katanya, pasukan keselamatan Libya tidak mampu berbuat apa-apa ekoran jumlah penunjuk perasaan yang terlalu ramai.
Timbalan Perdana Menteri Libya, Mustafa Abu Shagur mengesahkan kematian Stevens dalam akaun laman web Twitternya.
Seorang saksi berkata, terdapat penunjuk perasaan yang melepaskan tembakan senjata automatik dan roket pelancar grenad ke arah bangunan terbabit ketika mereka bertempur dengan pengawal Libya yang ditugaskan mengawal kedutaan tersebut.
Kejadian itu merupakan yang pertama terhadap bangunan diplomatik AS di kedua-dua negara sejak bekas pemimpin, Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan di kedua-dua negara itu pada tahun lalu.
Tunjuk perasaan itu tercetus ekoran sedutan filem, Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Bacile yang berketurunan Yahudi Israel berkata, Islam merupakan 'kanser' dan dia berharap filemnya itu dapat menunjukkan kepada dunia mengenai kelemahan Islam. - AP/AFP

Sumber

Monday, September 10, 2012

IRAQ: 7 calon pekerja maut serangan bom kereta


KIRKUK 10 Sept. - Sekurang-kurangnya tujuh terkorban manakala 17 yang lain mengalami kecederaan dalam satu kejadian serangan bom kereta di ibu pejabat sebuah syarikat minyak di Iraq, semalam.
Menurut pihak berkuasa, bom tersebut meletup kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan) berdekatan tempat letak kereta di pintu belakang syarikat minyak tersebut kira-kira 15 kilometer daripada utara bandar Kirkuk.
Letupan tersebut mengorbankan tujuh individu yang sedang memohon pekerjaan sebagai pengawal di syarikat berkenaan serta menyebabkan 17 yang lain cedera. - AFP

Sumber

INDONESIA - Mengapa AlMahdi Lombok Sudah Lari?

PENDAHULUAN
Abdul Aziz bin Muhammad Nasir dari Lombok mengakui Allah masuk ke dalam dadanya dan berkata-kata. Kononnya Allah mengangkat diri Aziz Lombok itu sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim (merangkap Pemuda Bani Tamim), dan Ka’abah itu sendiri didirikan oleh Nabi Ibrahim adalah untuk Aziz Lombok.  

Di Yaman pula, seorang lelaki bernama Nasser Mohamed mengaku sebagai Al-Mahdi. Nasser Yaman mendakwa semua mazhab adalah tersesat dan memecah-belahkan umat Islam. Maksudnya imam mazhab yang empat dan ribuan tokoh ulama ASWJ adalah tersesat dan pemecah-belah umat Islamlah. Oleh itu Nasser Yaman membawa ajaran baharu yang kononnya bakal menyatukan seluruh umat Islam.

Aziz Lombok terus mengakui Nasser sebagai Imam Mahdinya. Dia juga mendakwa Allah memberitahunya bahawa Nasser Yaman ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Muhammad, manakala dirinya sendiri ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim merangkap Pemuda Bani Tamim kepada Nasser Yaman. Konsep ‘2 Al-Mahdi’ ini memang membingungkan, tapi masih ada juga segelintir orang yang percaya.

Selepas lebih kurang satu bulan berbalas dialog dengan para pejuang dari Malaysia dan Indonesia bermula sejak pertengahan Ramadhan lepas, ajaran mereka semakin tergugat. Jika dibiar lama, tidak mustahil akan runtuh terus. Dari sehari ke sehari hujah-hujah para pejuang semakin membanjiri Aziz Lombok dan orang-orangnya, dan kebanyakannya tidak mampu dibalas dengan ilmiah, melainkan dengan sentimen dan hal-hal ghaib. Akhirnya mereka ‘memutuskan hubungan’ di Facebook dengan mana-mana individu yang banyak menggugat dan membuka tembelang mereka.

“Yang benar sudah datang dan yang batil sudah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap.” (Al-Isra’ : 81)

MENGAPA MEREKA TAKUT?
Tidak lain kerana penyokong Abdul Aziz Lombok sudah berpecah. Kalau dulunya mereka semua yakin 100% bahawa Aziz Lombok ialah Pemuda Bani Tamim yang juga Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim, kini sudah ada yang kurang percaya malah ada yang sudah tidak percaya lagi.

Daripada tulisan-tulisan mereka di serata Facebook, sudah nampak sokongan terhadap Aziz Lombok semakin longgar. Hal ini kerana mereka sudah mula membaca artikel demi artikel yang kita hasilkan, yang di dalamnya membongkar apa yang lemah dan apa yang salah dalam ajaran Aziz Lombok. Artikel-artikel kita sarat dengan sandaran Al-Quran, As-Sunnah dan ilmiah, manakala pihak Aziz Lombok lebih banyak menggunakan sentimen dan bersandarkan hal-hal ghaib. Sesiapa yang bijak membuat pertimbangan, insyaAllah akan selamat. Sesiapa yang beriman kepada ajaran Aziz Lombok secara bertaqlid buta tanpa berani membuat pertimbangan, di situlah mereka selamanya.

Hasilnya, mereka yang mendapat pencerahan daripada tulisan-tulisan kita sudah mula berani mengkritis Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya, walaupun cara mereka nampak lunak dalam mengkritis, kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai orang yang tiba-tiba menolak. Sebahagiannya pula sudah mendiamkan diri, maksudnya tidak lagi mempromosikan Aziz Lombok sebagaimana ketika mereka mula-mula mendapat ajaran itu. Ertinya, mereka sudah kurang atau tidak mahu tetapi tidak ditunjukkan secara terang-terangan.

Alhamdulillah syukur, sudah ada juga antara mereka yang sebelum ini percaya akan Aziz Lombok, sudah menolaknya, tapi mereka masih teguh berpegang kepada ajaran Nasser Mohamed yang mengaku sebagai Al-Mahdi. Mereka tidak lagi percaya Aziz Lombok itu Pemuda Bani Tamin, Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim dan tidak percaya lagi dakwaan Aziz Lombok kononnya Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk diri Aziz Lombok. Mereka juga tidak percaya yang Allah boleh masuk ke dalam dada Aziz Lombok dan berbual di dalamnya. Pada mereka, Aziz Lombok hanyalah perosak dan membawa imej yang tidak baik kepada ajaran Nasser Mohamed. Mereka tidak mahu lagi dikaitkan dengan Aziz Lombok, walaupun mereka mahu terus dikaitkan dengan Nasser Mohamed.

Selama hari ini, pengikut Aziz Lombok percaya yang Aziz Lombok mengiktiraf Nasser Yaman sebagai Al-Mahdinya, dan Nasser Yaaman juga mengiktiraf Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamimnya. Tapi selepas kita minta Aziz Lombok tunjukkan bukti yang Nasser Yaman mengakui Aziz Lombok sebagai Pemuda Bani Tamim, sehingga sekarang  (31 OGOS 2012) dia gagal memberikannya. Sudah lama hal ini, dan dialog bertulis kami itu dibaca oleh para pengikutnya. Apabila diminta bukti, dia berhelah dengan menyuruh kita cari sendiri dalam laman Nasser Yaman.  Cari punya cari, memang tak ada. Akhirnya Aziz Lombok lari begitu sahaja. Tapi dialog ini disaksikan oleh para pengikutnya. Sebab itulah kini sebahagiannya sudah mula meragui ajaran Aziz Lombok.

Kita minta beberapa bukti yang mengatakan Nasser Yamani mengakui :
1.       Aziz Lombok ialah Pemuda Bani Tamimnya.
2.       Aziz Lombok ialah Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim.
3.       Yang masuk ke dalam dada Aziz Lombok dan berbual-bual itu memang betul Allah SWT.
4.       Ka’abah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk Aziz Lombok.

Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya sangat tergugat dengan permintaan ini. Jelaslah bahawa Nasser Mohamed tak tahu menahu pun tentang dakwaan-dakwaan Aziz Lombok ini. Oleh kerana tidak mahu terus kehilangan penyokong demi penyokong, mereka mengambil langkah ‘unfriend’ dan menyingkirkan kami daripada laman Al-Mahdi mereka.

Apabila orang ramai bersuara mahukan bukti-bukti, Aziz Lombok dan pengikut tegarnya akan mengalihkan jawapan mereka dengan menyuruh orang ramai membaca sahaja risalah-risalah dan bayan-bayan Nasser Mohamed. Maksudnya mereka memang tidak ada bukti dan berharap orang ramai akan terpesona dengan tafsir-tafsir hebat (kononnya) oleh Nasser Mohamed. Strateginya, apabila orang ramai terpaut hati dengan tafsir-tafsir Nasser, orang ramai secara tidak langsung tentunya akan menyokong Aziz Lombok. Mereka tidak suka kalau orang ramai bertanya itu ini kepada mereka, melainkan hendaklah percaya bulat-bulat tanpa sebarang ruang mengkritis atau membuat pertimbangan.

“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah : 269)

Hal di atas sangat merunsingkan Aziz Lombok dan orang-orang kuatnya, hinggakan mereka terpaksa menghantar ‘posting’ bernada pujukan dan kata-kata pemulih semangat kepada orang-orang yang mereka lihat sudah menurun sokongannya pada ‘Wall’ Facebook masing-masing. Namun usaha itu tidak banyak membuahkan hasil. Maka mereka terpaksa menjauhkan diri dari pejuang-pejuang yang boleh menggugat ajaran mereka.

PENUTUP
Kesimpulannya, Ajaran Aziz Lombok ialah ajaran yang salah. Lagi banyak mereka berdakwah, lagi banyak kelemahan dan kesalahan mereka akan terbongkar, percayalah. Kepada Aziz Lombok dan para pengikutnya, kami peringatkan agar kembalilah kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya, bukannya mengimani sesuatu secara bertaqlid buta. Tinggalkanlah Syahadah yang direkacipta oleh Aziz Lombok, yang menjadi 3 Kalimah Syahadah itu. Tinggalkan juga pegangan yang mengatakan “tidak ada yang mustahil bagi Allah”. Kembalilah kepada ajaran ASWJ yang mengatakan “ada yang mustahil bagi Allah, dan ada yang tidak mustahil”.

“Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyat : 55)

Langkah kita seterusnya? Dengan melemahnya ajaran Aziz Lombok, kita akan punya lebih ruang untuk menghuraikan tafsir-tafsir Quran oleh Nasser Mohamed. Nasser Yaman mendakwa kononnya segala tafsirannya datang daripada Allah, maka tafsirannya kebal daripada kesalahan. Benarkah begitu?  InsyaAllah, kita akan bongkar pula kelemahan dan kesalahan pada Ajaran Nasser Yaman.

Abu Zulfiqar
31 OGOS 2012
Abdul Aziz Muhammad Nasir
Abdul Aziz Muhammad Nashir
Abdul Aziz Lombok
Aziz Lombok
Pemuda Bani Tamim Lombok
Nasser Mohamed
Nasser Mohammed
Imam Nasser
Nasser El-Yamani
Nasser Mohamed El-Yamani
Nasser Yaman
Juniyati Abdul Hamid
Juniyati Puchong
Al-Mahdi Palsu

IRAQ - 73 Maut


Kelompok bersenjata di Iraq telah melancarkan berbagai serangan bom yang mengorbankan 73 orang dalam gelombang serangan terakhir di Iraq yang juga mensasarkan tentara di pos militer dan  calon polis yang sedang mencari pekerjaan.

Serangan pada Ahad (9/9/2012) yang melanda sekurang-kurangnya 11 kota juga mencederakan sekitar 200 orang.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab atas serangan ini, namun pasukan keamanan selalu menjadi sasaran utama Mujahidin Iraq.

sumber

IRAQ - Naib Presiden Dihukum Gantung

PIHAK keselamatan persendirian Iraq menyiasat bangkai bom kereta di luar bangunan konsular Perancis di Nassiriya, semalam. PIHAK keselamatan persendirian Iraq menyiasat bangkai bom kereta di luar bangunan konsular Perancis di Nassiriya, semalam.
Baghdad: Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dalam letupan bom dan serangan di 11 kota seluruh Iraq semalam termasuk satu bom kereta di luar bangunan konsular Perancis.

Memburukkan keadaan, mahkamah Iraq menghukum gantung Naib Presiden, Tareq al-Hashemi atas kesalahan membunuh.
Hashemi menghadapi 150 tuduhan termasuk membunuh seorang brigadier jeneral dan peguam, tidak hadir ketika hakim mengumumkan keputusan.

Penyerang yang tidak diketahui identiti mereka menembak askar yang berkawal di pos tentera selain rekrut polis yang sedang berbaris memohon kerja.

Keganasan itu menyebabkan hampir 250 orang cedera.

Pemisah Sunnah dan al-Qaeda melancarkan beberapa serangan besar tahun ini dalam cubaan untuk meningkatkan ketegangan politik dan perkauman yang membawa negara itu hampir kepada perang saudara pada 2006-2007.

Serangan paling serius
Serangan paling serius berlaku tengah malam di Dujail, 50 kilometer ke utara Baghdad apabila lelaki bersenjata dan seorang pengebom memandu kereta serta menyerang sebuah pangkalan tentera membunuh 11 askar dan mencederakan tujuh lain, kata sumber polis.

Sebutir bom kereta meletup di luar bangunan konsular Perancis di bandar raya yang biasanya stabil, Sassiriya, 300 kilometer ke selatan Baghdad, mencederakan dua orang.

Bom kereta yang lain juga diletupkan di bandar raya terbabit membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain.

Lebih ramai yang terbunuh dalam beberapa letupan di seluruh negara di bandar Kirkuk, Samarra, Basra dan Tuz Khurmato.

Militan Islam dan al-Qaeda

Kerajaan Iraq masih berhadapan dengan militan Islam dan al-Qaeda, sembilan bulan selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara itu.

Sayap tempatan al-Qaeda Iraq, Islamic State of Iraq mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan besar membabitkan pasukan keselamatan dan kejiranan Syiah.

Tetapi, bekas ahli parti Baathist Saddam Hussein dan kumpulan Islam Sunnah lain juga menentang kerajaan.

Tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan Ahad.

Ketegangan di Iraq menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan kembali merebak terutama ketika Iraq berhadapan dengan konflik yang meningkat di negara jiran, Syria.
Reuters/AFP

sumber

SYRIA - 17 Terbunuh dlm Serangan Bom Kereta

AMMAN (Jordan): Letupan bom kereta memusnahkan bandar terbesar Syria, Aleppo dengan meragut sekurang-kurangnya 17 nyawa dan mencederakan 40 yang lain dalam pertempuran perang saudara di negara itu, pagi tadi.

Siaran televisyen Syria menyiarkan kenderaan pasukan bomba negara itu bertungkus lumus memadamkan api yang sedang marak, manakala pasukan penyelamat menggali kawasan runtuhan bagi mencari mangsa yang terselamat.
Gabenor Aleppo, Mohammed Wahid Akkad ketika dipetik agensi berita rasmi Syria, SANA, berkata 17 yang terbunuh terdiri daripada orang awam. - AP

MALI - 16 Penceramah Muslim Ditembak Mati

BAMAKO (Mali): 16 penceramah daripada sebuah kumpulan yang mengamalkan ajaran Islam sederhana ditembak mati di tengah-tengah ibu kota Mali, hari ini.

Kerajaan Mali dan Mauritania, berkata anggota tentera Mali terkeliru dengan kumpulan itu yang dalam perjalanan menghadiri persidangan Islam sehingga menimbulkan syak wasangka.
Katanya, laporan awal menunjukkan kumpulan lelaki yang berjanggut panjang menimbulkan syak wasangka sebelum anggota tentera Mali melepaskan tembakan yang meragut nyawa mereka.

Kumpulan penceramah terbabit ditembak mati di Diabaly, 430 kilometer utara ibu kota Mali, di mana sekurang-kurangnya 12 yang terbunuh adalah warga negara Mauritania.

Sementara itu, kerajaan Mauritania menyalahkan anggota keselamatan Mali susulan kematian penceramah Islam yang juga rakyat negara itu. - AP

sumber

Sunday, September 9, 2012

Sokong pelan damai SYRIA


Seorang penduduk Syria melihat mayat rakannya yang didakwa aktivis pembangkang dibunuh oleh tentera Syria sebelum majlis pengkebumian mereka di Qusseer dekat Homs pada 2 September lalu. - REUTERS
VLADIVOSTOK, Rusia 8 Sept. - Rusia hari ini berkata, negara itu akan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan menamatkan konflik di Syria yang dipersetujui oleh negara-negara kuasa besar di Geneva pada 30 Jun lalu.
Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang menemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton dalam satu pertemuan berasingan ketika Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di sini, hari ini.
Lavrov berkata, Rusia akan memberi tekanan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menyokong pelan damai itu.
Beliau, bagaimanapun menolak gesaan AS yang mahu sekatan ekonomi lebih keras dikenakan ke atas Syria dan menyatakan tindakan itu tidak akan membawa apa-apa kesan.
Menurut Lavrov, cubaan baru itu akan dibuat pada bulan depan iaitu ketika Menteri-Menteri Luar mengadakan pertemuan sempena Perhimpunan Agung PBB di New York.
Kremlin menyokong pelan damai Geneva yang mahu semua pihak di Syria melaksanakan gencatan senjata dan membentuk kerajaan peralihan serta menilai semula Perlembagaan.
Pelan damai itu, bagaimanapun mencetuskan perbalahan antara negara kuasa dunia dengan AS serta sekutu Eropahnya menolak sebarang penglibatan Presiden Bashar al-Assad dalam kerajaan baru tetapi Rusia bertegas rakyat Syria yang berhak memutuskannya. - AFP

Sumber

Apple iPhone 5 Muncul Minggu Depan



SAN FRANCISCO: Dunia teknologi menantikan kemunculan produk terbaru Apple Inc, iPhone 5, Rabu depan selepas ia dijangka menampilkan papan sesentuh yang lebih besar dan anggun buat penggunanya.

Apple yang berdiam diri berhubung kemunculannya sejak sekian lama bakal memasarkan model terbaru iPhone 5 itu pada penghujung bulan ini. - AFP
http://www.bharian.com.my/articles/iPhone5diperkenalkanRabudepan/Article/

Guru Jumpa 3 Halaman Quran Terbakar

Seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di sini hari ini menjumpai tiga helaian muka surat daripada senaskhah al-Quran terbakar di dalam sebuah kelas di sekolah itu.

Sumber polis berkata pada kejadian pukul 9.50 pagi, guru berkenaan masuk ke dalam kelas itu untuk membuat persediaan mengajar bagi sesi persekolahan gantian.

"Al-Quran itu berada di lantai kelas dan guru berkenaan turut menemui tiga batang anak mancis berdekatan al-Quran tersebut," katanya kepada pemberita.

Difahamkan pelajar tingkatan lima menggunakan kelas itu sebagai dewan untuk peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 3 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang ditemui pada satu majlis di Butterworth berkata beliau belum menerima laporan lengkap berhubung kejadian berkenaan.

"Kita akan tunggu laporan lengkap daripada pihak sekolah dan hasil siasatan polis sebelum mengambil sebarang tindakan susulan," katanya.

Beliau berkata al-Quran itu berada di dalam kelas berkenaan kerana beberapa hari lepas pihak sekolah ada mengadakan satu majlis keagamaan di situ.

"Saya ada tanya pihak sekolah mengapa al-Quran itu berada di kelas berkenaan dan mereka maklumkan terlupa untuk simpan semula di perpustakaan selepas digunakan untuk satu majlis pada minggu lepas," katanya yang enggan mengulas lanjut.

- Bernama
sumber

Thursday, September 6, 2012

Jumlah pelarian SYRIA meningkat 234,368 orang


Pelarian kanak-kanak Syria menikmati makan tengah hari di kem pelarian Za'atri di bandar Mafraq, Jordan, kelmarin. - REUTERS 
BEIRUT 5 Sept. - Lebih 100,000 rakyat Syria melarikan diri dari negara itu pada bulan lalu, jumlah tertinggi dalam tempoh sebulan sejak konflik di negara itu bermula pada Mac 2011, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Agensi itu berkata, jumlah tersebut menjadikan angka pelarian Syria kini meningkat kepada 234,368 orang dalam tempoh 17 bulan.
Namun, angka itu hanya mengambil kira mereka yang mendaftar atau menunggu untuk didaftarkan, menjadikan kemungkinan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.
Laporan agensi itu dan aktivis menyatakan, jumlah kematian pada bulan lalu juga adalah yang tertinggi dengan 5,000 orang terkorban.
Ia sekali gus menjadi petanda kepada kesengsaraan hidup di Syria ketika pertempuran antara askar pimpinan Presiden Bashar al-Assad dengan pemberontak semakin buruk.
"Jika anda melihatnya secara mendalam, ia merupakan satu angka yang menghairankan.
"Ia merujuk kepada peningkatan mendadak jumlah pelarian dan pencari suaka politik yang kemungkinan juga merujuk kepada situasi ganas serta berbahaya di negara itu,'' kata juruckap UNHCR, Melissa Fleming di Geneva, semalam.
Para pegawai berkata, jumlah sebenar pelarian Syria mungkin melebihi 200,000 orang kerana berpuluh ribu dipercayai masih belum menghubungi pihak berkuasa.
Pemberontakan bermula dengan demonstrasi aman membantah pentadbiran Assad, tetapi akhirnya menjadi konflik yang menyaksikan lebih 23,000 orang maut setakat ini. - AGENSI

Sumber

PALESTIN - 3 Terbunuh dalam Serangan Udara

Sekurang-kurangnyanya tiga warga Palestin terbunuh dan satu lainnya terluka dalam serangan udara Israel di Jalur Gaza yang terkepung, sumber medik tempatan mengatakan.

"Tiga warga awam maut dan lainnya luka parah dalam serangan udara Israel di sebelah timur kem pelarianal-Maghazi," di tengah Jalur Gaza, AFP mengutip seorang juru cakap kementerian kesehatan Gaza, Achraf al-Qudra, yang mengatakan Rabu lepas (5/9).

Al-Qudra mengatakan dua dari mereka yang terbunuh diidentifikasi sebagai Khalil al-Jerba, berusia 27 tahun dan Khaled al-Qerem, berusia 25 tahun.


sumber

BURMA - Penganut Kristian Pun Dipaksa Masuk Buddha

Tidak hanya kaum muslim dari etnis Rohingya yang ada di Myanmar yang dipaksa untuk pindah agama ke agama mayoritas negara itu Buddha, namun etnis yang beragama Kristen pun diperlakukan sama.

Warga Kristen, yang dianggap sebagai etnis minoritas di Myanmar, dipaksa untuk pindah agama Buddha, sebuah kelompok hak asasi mengatakan.

Menurut Organisasi Hak Asasi Manusia Chin (CHRO), siswa dari minoritas etnis Chin Kristen Myanmar telah dipaksa untuk pindah agama ke agama Buddha, dipaksa mencukur kepala mereka, dan memakai jubah monastik.


sumber

CHINA - Bangunan Bentuk Seluar Dikritik



Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur (kiri) di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang, sementara Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing (kanan), dikatakan menyamai bentuk puding dan donut. - AGENSI
BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.
Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).
Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.
Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.
Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.
Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.
Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.
Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI

INDONESIA - Habib H Mesti Dipancung Jika Bersalah


Terkait isu jenayah seksual oleh seorang Habib "H" terhadap belasan pemuda, menurut Ketua Dewan Pembina Daerah (DPD) FPI Jakarta, Habib Salim Alatas, yang bersangkutan mesti dihukum pancung, jika terbukti bersalah.

Salim menegaskan, Front Pembela Islam (FPI) tidak bertolak asur akan tindakan gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pemuka agama.

"Kalau terbukti, mesti dipancung, dihukum mati sekalian," tegas Habib Salim di Mapolda Metro Jaya, Jakarta, kepada wartawan pada hari Jumaat (17/2/2012), dilansir Gatra.

Ustadz Salim mendukung usaha penegakan undang-undang polis terhadap Habib H. "Siapa pun, tak peduli Habib, ulama, kyai, kalau berbuat melanggar hukum mesti diproses," ujar Salim. Namun, bila Habib H tidak terbukti melakukan tindakan yang dituduhkan oleh pihak mangsa, maka pelapor mesti meminta maaf kepada Habib H dan pelapor mesti membersihkan namanya.

sumber

AFGHANISTAN - 2 Helikopter AS Dijatuhkan


Dua helikopter besar milik salibis AS ditembak jatuh oleh Mujahidin Imarah Islam Afghanistan di wilayah Logar, Allahu Akbar.

Helikopter musuh itu ditembak oleh Mujahidin di tengah-tengah pertempuran sengit berdarah yang menyebabkan puluhan salibis terbunuh.

Satu Chinook besar jatuh ke tanah setelah ditembak dan mengorbankan seluruh tentera AS yang berada di dalamnnya. Tak lama kemudian, Mujahidin menembak jatuh helikopter lainnya hingga jatuh terbakar.
Menurut Mujahidin, lebih dari 21 tentera teroris AS maut dalam penembakan tersebut. Sementara itu dua Mujahidin syahid insya Allah dalam serangan drone selepas penembakan kedua helikopter tersebut.

sumber

Saturday, September 1, 2012

Pemisah THAILAND Buat Kejutan

Pattani: Pemisah di selatan Thailand dituduh cuba melaga-lagakan negara itu dengan Malaysia apabila mengibarkan bendera negara jiran semalam ketika serangan dilakukan terhadap sasaran di wilayah bergolak berkenaan menyebabkan enam askar cedera.

Penolong jurucakap agensi keselamatan serantau Thailand, Kolonel Pramote Prom-in, memberitahu wartawan di sini bahawa pemisah mahu hubungan Malaysia dan Thailand terjejas dengan mengibarkan bendera negara jiran selain membakar bendera negara sendiri. - AP/AFP

sumber

Tehran - Mursi Hentam SYRIA, Sindir IRAN



(Morsi bertemu Ahmedinajed di sidang kemuncak NAM)

TEHRAN: Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata ia merupakan "satu tanggungjawab etika" untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas rakyatnya".

Ucapannya pada sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) di Tehran Khamis lalu menyebabkan wakil Syria keluar dari dewan persidangan sebagai tanda protes.

"Sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Syria yang menentang rejim yang menindas yang telah hilang kesahan memerintah adalah satu tanggungjawab etika kerana ia adalah  keperluan politik dan keperluan strategik," kata Morsi.

"Kita semua perlu menyuarakan sokongan padu kita terhadap perjuangan mereka yang menuntut kebebasan dan keadilan di Syria, dan menterjemahkan rasa simpati ini ke dalam wawasan politik yang jelas yang mendokong peralihan pemerintahan secara damai kepada sistem demokrasi yang mencerminkan tuntutan rakyat Syria yang inginkan kebebasan."

Ucapan beliau mencetuskan protes oleh delegasi Syria dengan keluar dari dewan persidangan.

Menteri Luar Syria Walid Muallem berkata ucapan Morsi "menyokong pertumpahan darah yang berterusan di Syria".

Wartawan Al Jazeera, Imran Imran yang melaporkan dari sidang kemuncak NAM berkata: "Komen Morsi telah menyebabkan perasaan yang tidak menyenangkan, terutama bagi Iran yang rapat dengan Syria."

Lawatan Morsi ke Iran adalah lawatan yang pertama oleh pemimpin Mesir sejak 1979.

NAM ditubuhkan pada tahun 1961 oleh negara-negara yang mahu mengimbangi dominasi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin.

Ia bermesyuarat sekali setiap tiga tahun tetapi kerelevanan NAM di peringkat antarabangsa telah makin berkurangan dengan begitu ketara setelah berakhirnya Perang Dingin dan kejatuhan Kesatuan Soviet.

Krisis di Syria adalah salah satu agenda untuk sidang kemuncak dua hari tersebut, di samping isu hak asasi manusia dan senjata nuklear.

sumber

Israel Miliki 300 Peledak Nuklear

Ahli fizik Jerman Sechlegel Karl menegaskan baahwa reaktor nuklear Israel telah memproduksi bahan bakar nuklear mencapai lebih 300 hulu ledak nuklear sekaliber/seukuran bom Hirohima. Dia menambahkan bahawa faktor tepenting yang menentukan besar dan kuatnya persenjataan nuklear Israel adalah kemampuan mendapatkan bahan bakar pemecahan murni untuk membuat senjata nuklear.

Dia menegaskan bahawa semua bom Israel atau sejumlah besar darinya menggunakan plutanium sebagai bahan bakar. Jumlah dan kekuatan senjata nukler Israel bergantung secara mendasar pada jumlah plutanium 239 yang tersedia pada Israel untuk membuat bom-bom tersebut.

Mata Dajjal dan Pihak Berkuasa SAUDI?

Lencana ini DIKATAKAN milik pihak berkuasa (polis) sebuah negara Arab.

 

Tertera pada lencana itu lambang "Mata Satu" yang biasanya dikaitkan dengan Dajjal dan pejuang-pejuangnya. Di atas gambar mata itu ada sebuah mahkota. Jika hendak ditafsirkan lambang ini, ia mungkin membawa maksud Dajjal menjadi raja atau Raja Dajjal, iaitu raja yang dinanti oleh kaum Yahudi. Kemudian, sesuaikah bentuk mahkota itu dengan mahkota raja-raja Arab? Entahlah.



DIKATAKAN inilah contoh seorang anggota keselamatan negara Arab Saudi. WaAllahua'lam. Perhatikan lencana di bahu kirinya.



Ini satu lagi contoh lencana dan seragam pihak keselamatan negara itu. Boleh nampak "Mata Dajjal" dan mahkota?




Ini pula DIKATAKAN salah satu 'button'/butang pada pakaian seragam pihak keselamatan negara itu, iaitu pada bahagian kolar baju. WaAllahua'lam. Pada butang itu terdapat "Mata Satu" dan di atasnya mahkota.




Satu butang lagi. Gambar peralatan di tengah-tengah itu kita tahu sinonim dengan Masonic, kongsi gelap Dajjal juga. Di atasnya tetap ada mahkota. Siapa raja kepada para Mason? Tentunya Dajjal, raja yang dinanti-nanti khususnya oleh para Yahudi.






Bagaimana dengan yang ini? Bentuk segitiga berwarna hitam yang biasanya boleh kita kaitkan dengan 'piramid' (salah satu simbol yang sering digunakan oleh kongsi-kongsi gelap Dajjal) di tengah-tengah peta negara Arab Saudi?

Namun begitu, gambar ini perlukan sandaran yang lebih kukuh kerana tompok hitam segitiga itu boleh ditambah melalui suntingan gambar. Ada maklumat tambahan? Sila tinggalkan pesan di ruang komen.



Gambar ini pula DIKATAKAN diambil di Masjidil Haram. Lantai dan orang ramai dalam gambar ini memungkinkan ia memang di Masjidil Haram. WaAllahua'lam. Perhatikan gambar peta Arab Saudi di bawah Mata Satu. Mata Satu pula di bawah mahkota.

WaAllahua'lam.

Tulisan ini sekadar pencetus bicara. Semoga ada pihak-pihak yang dapat meneruskan kajian lanjut.


Abu Zulfiqar
30 OGOS 2012

*Sekiranya semua ini benar, rasa-rasa ada kaitan tak Mata Satu dengan fahaman Salafi Wahhabi dan Gerakan Wahhabi?

sumber