Wednesday, October 31, 2012

BURMA - 2 Masjid Lagi Dibom

Dua masjid di kota Kawkareik,  Karen (Kayin) diserang oleh tiga graned pada Ahad (28/10/2012) malam, berdasarkan laporan seorang tokoh Muslim dari Karen, seperti disiarkan Kaladan Press pada Selasa (30/10).

"Sebuah ledakan terjadi di dekat Masjid Kyondo di jalan Bochouk, Kyondo, sebuah sub kota Kawkareik setelah dua motosikal dengan empat orang tak dikenal mendekati sekitar pukul 23:50, pada 28 Oktober," kata sumber.

Tidak ada korban atau kecedaraan dalam insiden tersebut, tetapi nampaknya menyebabkan kerosakan.
Ledakan serupa juga terjadi di dekat Masjid Rayneseegone (Darga) di kota Kawkareik pada Isnin (29/10) sekitar pukul 00:30 waktu setempat, menurut seorang pedagang dari kota tersebut.

"Ada dua graned yang dilemparkan ke halaman masjid, satu graned tidak mengenai sasaran dan satunya lagi menghantam dinding," katanya.

sumber

US - Taufan Sandy Ragut 43 Nyawa

NEW YORK: Angka kematian susulan bencana Taufan Sandy meningkat kepada 43 orang setakat ini, dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat berikutan beberapa individu dilaporkan masih hilang, kata pegawai tempatan semalam.

Pegawai di negeri Connecticut, Maryland, New York, New Jersey, North Carolina, Pennsylvania, Virginia dan Virginia Barat melaporkan mangsa yang terkorban akibat ribut, manakala pihak berkuasa Toronto melaporkan, seorang wanita Kanada maut selepas terkena serpihan objek yang berterbangan.
Sandy sudah membunuh sekurang-kurangnya 67 orang termasuk seorang warganegara AS di Puerto Rico apabila taufan itu membadai Caribbean beberapa hari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban di AS dan Kanada adalah 110 orang. - AFP

sumber

Perang di INDONESIA - 12 Maut, 1600 Berpindah

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 1,600 terpaksa berpindah susulan pertempuran etnik di pulau Sumatera, Indonesia, kata pihak polis tempatan hari ini.

"Pertempuran antara penduduk di dua kampung di wilayah Lampung membunuh 12 orang dan seramai 1663 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat," kata jurucakap polis wilayah.
Lebih 2,000 pegawai polis dikerahkan untuk mengawal keganasan yang tercetus di hujung selatan Sumatera selepas pertempuran bermula pada Ahad lalu, katanya, sambil menambah bahawa keadaan kini semakin terkawal.


Keganasan berlaku di antara komuniti masyarakat Hindu Bali di kampung Balinuraga dan penduduk Islam di kampung Sidoreno, lapor media tempatan.

Media tempatan melaporkan, keganasan tercetus selepas dua wanita dari kampung seberang didakwa diganggu oleh lelaki dari kampung lain. - AFP

sumber

Wednesday, October 24, 2012

SYRIA - Apa Sebenarnya yang Berlaku/

Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria. 
 
Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam. Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria. 

Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad. 

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.” 

Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak. 

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.” 

Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. 

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini. 

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya. 

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan. 

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong. 

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka. 

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.
Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan. 

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.” 

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau. 

Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim. 

Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia. 

Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.” 

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya. 

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah. 

Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana. 

Sumber: http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534

SYRIA - PBB Bakal Hantar Pengaman

New York: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bercadang menempatkan pengaman di Syria jika gencatan senjata di negara itu dapat dilakukan sementara menanti mandat Majlis Keselamatan PBB.

Pada masa sama, Setiausaha Agung Rendah bagi Operasi Pengaman, Herve Ladsous, mengakui masih terlalu awal untuk menyatakan berapa ramai anggota pengaman boleh dihantar ke sana.
“Kami banyak berfikir mengenai apa akan berlaku apabila penyelesaian politik dicapai atau sekurang-kurangnya gencatan senjata bermula,” kata Ladsous kepada wartawan dalam taklimat PBB.

Wakil PBB dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi, bertemu dengan Presiden Bashar al-Assad di Damsyik Ahad lalu sebagai sebahagian usaha memulakan gencatan senjata antara pejuang pembebasan dan tentera kerajaan sempena cuti Aidiladha mulai 26 Oktober.

Tak henti serangan

Agensi berita Syria, SANA, melaporkan Damsyik menyokong cadangan itu tetapi tidak akan menghentikan serangan ketika cuti empat hari itu sehingga negara Barat dan sekutu mereka di Teluk berhenti menyokong pemberontak dan berhenti membekalkan senjata kepada mereka.

Brahimi memberitahu wartawan selepas pertemuan tertutup itu, beliau juga berunding dengan pembangkang di dalam dan luar negara serta menerima janji tetapi bukan komitmen untuk menghormati gencatan senjata.
Usaha Kofi Annan gagal

Brahimi menggantikan Kofi Annan sebagai wakil ke Syria selepas bekas Setiausaha Agung PBB itu meletak jawatan Ogos lalu, kerana kecewa dengan tiada kemajuan dicapai.

Menurut pelan damai Annan, PBB akan menghantar misi pemerhati tanpa senjata seramai 300 orang ke Syria untuk memantau keganasan tetapi pasukan itu terpaksa berundur Ogos lalu kerana pertempuran yang berterusan sehingga hari ini.

Sementara itu, di Washington, pegawai berkata, Amerika Syarikat akan menghantar pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk membantu Beirut menyiasat pengeboman yang mengorbankan ketua keselamatan dalam negeri Lubnan.

Hormat kedaulatan Lubnan

Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, juga memberitahu, Washington menghormati kedaulatan Lubnan, dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri, Najib Mikati, kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner.

“Pasukan FBI akan menuju ke Lubnan untuk membantu siasatan mereka. Namun, kami akan menanti keputusan siasatan sebelum memutuskan sebarang tindakan balas,” kata Toner. - AP/AFP

sumber

MALAYSIA - Karya Imam Al-Ghazali Terus Subur


 http://syarahihya.blogspot.com/

Pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali oleh pengasas laman Satu Umat (Abu Zulfiqar Al-Amsyari) sudah melebihi 300 fail audio/video. Semoga orang ramai terus mendapat manfaat daripada kitab besar ini.

MESIR - Dipenjara 4 Bulan kerana Hina Mursi

Kaherah: Seorang pengacara rancangan bual bicara Mesir berdepan hukuman penjara empat bulan selepas didapati bersalah menghina Presiden Mohamed Morsi, lapor media kelmarin. Tawfiq Okasha boleh merayu keputusan hakim selepas membayar ikat jamin 100 pound Mesir (RM49.17), kata sumber mahkamah.

“Morsi adalah presiden semua rakyat Mesir dan menghina beliau sama seperti menghina seluruh negara,” kata Nasr El-Din Mahmoud Maghazy yang memfailkan kes terhadap Okasha. Okasha dikenali mempunyai hubungan rapat dengan pegawai keselamatan yang berkuasa ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak. - Reuters

sumber

Obama, Romney Ikrar Melindungi Israel

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama (kanan) menyambut pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney (kiri) dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi. - Foto AP
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama (kanan) menyambut pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney (kiri) dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi. - Foto AP
Presiden AS menang ke atas Romney dalam debat ketiga

Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney berusaha sedaya upaya menunjukkan mereka adalah sahabat karib terbaik Israel dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi.
Ketika menekankan bahawa serangan untuk memusnahkan program nuklear Iran adalah langkah terakhir, Obama dan Romney juga menegaskan bahawa keselamatan Israel adalah perkara utama.

Tinjauan selepas debat menunjukkan Obama sebagai pemenang dengan Cable News Network (CNN) menyatakan beliau meraih 48 peratus sokongan manakala Romney, 40 peratus.


Pada masa sama, tinjauan CNN juga mendapati 60 peratus responden setuju bahawa Romney berupaya menjadi pemimpin angkatan tentera jika menjadi presiden.

Tinjauan CBS News pula menyatakan Obama menerima 53 peratus sokongan berbanding 23 peratus untuk Romney dan 24 peratus menganggap debat itu tiada pemenang,
Program nuklear Teheran yang disyaki Barat bertujuan menghasilkan senjata atom adalah antara cabaran terhadap dasar luar presiden seterusnya selepas sekatan gagal menyekat negara Teluk itu memberhentikannya.
Dalam isu berkenaan, Obama dan Romney tidak banyak berbeza apabila bersetuju perlunya terus mengenakan tekanan ekonomi terhadap Iran selain melindungi Israel.

“Jika Israel diserang, kita akan lindungi mereka bukan saja dari segi diplomatik tetapi juga kepada penduduk dan secara ketenteraan,” kata Romney.
“Saya akan sokong Israel jika mereka diserang,” kata Obama pula.

Pemimpin Israel menganggap senjata nuklear Iran sebagai ancaman. Pada masa sama, Israel turut mempunyai senjata nuklear yang tidak pernah diisytiharkan.

“Kita perlu pertingkat tekanan ke atas Iran dari masa ke masa kerana tanpa penyelesaian yang dapat memberhentikan usaha mereka, cita-cita memiliki senjata nuklear tidak dapat diterima Amerika,” kata Romney. - Reuters

sumber

MALI - Mujahiddin SUDAN Sudah Tiba


Ratusan mujahidin dari Sudan dan wilayah gurun Barat telah tiba di Mali Utara akhir MINGGU ini. Mereka siap berjihad bersama mujahidin Ansar Dien jika Perancis dan Uni Afrika melancarkan invasi militer ke wilayah yang telah dikuasai mujahidin. Demikian sejumlah saksi mata melaporkan kepada AFP pada iSnin (22/10).

Sumber pada keamanan reJim sekuler Mali menyebutkan, "Ratusan aktivis jihad, khususnya yang berasal dari Sudan dan wilayah gurun, sebagai bala bantuan telah sampai ke wilayah Timbuktu dan Gao untuk menghadapi serangan pasukan Mali dan sekutu-sekutunya."

Salah seorang penduduk kota Timbuktu mengatakan kepada wartawan AFP, "Lebih dari 150 warga muslim Sudan telah tiba dalam waktu 48 jam ke kota Timbuktu." Ia menambahkan, "Mereka bersenjata dan menyatakan kedatangan mereka untuk membantu saudara-saudara muslim melawan orang-orang kafir."
Kota Timbuktu dan Gao adalah wilayah Mali Utara yang telah dikuasai oleh mujahidin Anshra Dien. Di kedua wilayah tersebut syariat Islam telah diterapkan oleh pemerintahan mujahidin. sumber

SYRIA - 3 Lagi Kumpulan Mujahiddin Dibentuk

Kelompok-kelompok Mujahidin Syria bertambah lagi, sebuah briged baru yang dinamai Al-Masih 'Alaihissalam (Nabi Isa 'Alaihissalaam) rasmi dibentuk di Damsyik dan sedang berperang bersama Mujahidin lainnya dalam melawan pasukan rejim Bashar Assad dan sekutunya.

Perasmian briged tersebut disiarkankan melalui internet dalam sebuah video yang disiarkan di Youtube pada Ahad (21/10/2012).Yang menarik adalah penamaan nama Al-Masih itu sendiri. Mereka memilih nama Al-Masih berdasarkan keyakinan Aqidah Islam bahwa Nabi Isa 'Alaihissalam akan turun kembali ke bumi menjelang hari kiamat nanti di Damsyik, berdasarkan hadits dari Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wa sallam.

Dua brigade baru lainnya juga baru saja dirasmikan, iaitu briged Ansar Al-Syariah yang berpusat di Aleppo dan briged Tauhid Al Islam yang berpusat di timur Ghouta.
Brigade Ansar al-Syariah

Brigade Tuhid Al Islam
sumber

Friday, October 19, 2012

IRAQ tahan 120 buah bas bawa jemaah haji TURKI


BAGHDAD 19 Okt. - Iraq semalam bertindak menghalang lebih 120 buah bas yang membawa jemaah haji dari Turki daripada menyeberangi Arab Saudi kerana penumpangnya tidak mempunyai visa yang dikeluarkan oleh negara ini.
"Kerajaan memutuskan untuk menghantar balik 128 buah bas Turki itu kerana mereka memasuki negara ini tanpa prosedur yang ditetapkan,’’ kata penasihat kepada Perdana Menteri Nuri al-Maliki, Ali al-Mussawi.
Tanpa mendedahkan jumlah penumpang di kenderaan kenderaan tersebut, beliau berkata, bas itu dipercayai memasuki negara ini daripada wilayah autonomi Kurdish di utara Iraq dan akan memasuki Arab Saudi menerusi pintu sempadan Arar. - AFP

Tuesday, October 16, 2012

Sekolah RUSIA larang murid perempuan Islam pakai tudung


MOSCOW 16 Okt. - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung.
Mufti wilayah Stavropol, Muhammad Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah.
Katanya, isu tersebut menemui gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu.
"Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan," jelasnya. - AFP

SAUDI - Khabar Angin Tentang Air Zamzam Dinafikan


Arab Saudi dengan tegas membantah khabar angin yang beredar di laman jejaring sosial bahawa air zam-zam telah dicampur dengan air biasa (yang tidak bersumber dari mata air zam-zam).

"Spekulasi tentang keaslian air zam-zam yang dikumpul oleh pejabat zam-zam tidaklah benar," kata Sulaiman Abu Ghelya, ketua Syarikat Pejabat Zam-zam, kepada Arab News, pada Senin (15/10/2012).
Khabar angin telah beredar di jejaring sosial tentang dicampurkannya air biasa ke dalam air zam-zam yang dipasok untuk para jemaah haji.

Tetapi Abu Ghelya menekankan bahawa khabar angin demikian adalah hal yang bodoh, menekankan bahawa zam-zam adalah sebuah sungai di Surga yang tidak akan pernah kering.

Setiap tahun, para jamaah haji kembali ke tanah air mereka setelah selesai menunaikan ibadah haji dengan dibekali air yang diberkahi, zam-zam.

Tahun ini, Kantor Seriat Zam-zam merancang untuk memasok 32 juta liter air zam-zam kepada para jaemaah haji yang akan melaksanakan ibadah haji musim ini.

Para pegawai Saudi mengatakan bahawa botol-botol berisi air zam-zam akan dibagikan kepada para jamaah haji pada hari pertama bulan Dzulhijjah 1433 H (17 Oktober 2012). Mereka memastikan tidak akan ada penjualan air zam-zam secara ilegal.


sumber

PERANCHIS - Isu Karikatur Anti Islam

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis.
  
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat kesal dengan tindakan biadab itu yang menggambarkan agama Islam secara negatif dan turut menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, terutama apabila karikatur ini diterbitkan selepas penyiaran video anti-Islam.
  
NONE"Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Anifah berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa sama mengambil langkah-langkah untuk membendung perbuatan provokatif dengan apa cara sekalipun.
  
"Dalam hal ini, Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa lebih erat dalam mempromosikan dialog dan pemahaman agama dan budaya antara satu sama lain bagi membolehkan masyarakat dunia hidup bersama dengan aman," katanya.
  
Karikatur anti-Islam dan video yang dirujuk Anifah itu mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia.

- Bernama

sumber

SYRIA Guna Bom Cluster

Kelompok HAM Human Rights Watch (HRW) mengatakan ada bukti Syria menggunakan bom cluster terhadap pemberontak dan daerah berpenduduk di seluruh negeri itu.

Kota yang menjadi target serangan bom cluster termasuk Maarat, Tamanea, Taftanaz dan al-Tah. Bom cluster juga digunakan di daerah lain di Homs, Aleppo dan wilayah Lattakia serta dekat Damsyik, kata kelompok HAM tersebut.

“Syria mengabaikan penduduk awam dalam melakukan serangan udara, yang sekarang tampaknya termasuk menjatuhkan bom-bom cluster yang mematikan ke daerah padat penduduk,” kata Steve Goose, direktur HRW.

sumber

Pembunuh Anak Diampun Jika Hafal Quran

Seorang ayah di Saudi mengampuni pembunuh anaknya jika pembunuh anaknya itu berhasil menghafal Al-Quran, sebuah akhbar tempatan melaporkan pada hari Sabtu lalu.
Rabi’ah al-Dousary, ayah dari pemuda yang terbunuh bernama Abdullah, berjanji untuk mengampuni pembunuh anaknya yang sedang dihukum, Faisal al-Ameri, jika pembunuh anaknya itu berhasil menghafal semua Al-Qur’an sebelum meninggalkan penjara, surat kabar Saudi al-Yawm melaporkan.

Ameri sendiri sudah dijauhkan hukuman mati kerana membunuh Abdullah selama pertengkaran yang terjadi sesama mereka.

sumber

Buddha BURMA Langsung Tiada Toleransi

Ribuan sami Buddha turun ke jalan di dua kota utama Myanmar pada Isnin hari ini (15/10) untuk memprotes usaha badan dunia Islam yang akan membantu Muslim Rohingya dalam kerusuhan di negara bahagian Rakhine, kata penyelenggara aksi.

Sekitar 3.000 biksu Buddha, sambil berteriak dan membawa spanduk bertuliskan “Tidak untuk OKI”, berbaris melalui pusat kota Yangon, menurut seorang fotografer AFP, dalam demonstrasi terbaru menentang hadirnya Organisasi Konferensi Islam (OKI) di negara tersebut.

Ribuan sami lainnya melakukan aksi protes di kota terbesar kedua di Mandalay dan dalam demonstrasi lebih lanjut di kota Pakokku di wilayah Magway di pusat Myanmar, menurut penyelenggara.

sumber

Buddha BURMA Terus Menekan Umat Islam

Myanmar (juga dikenal sebagai Birma, disebut “Burma” di dunia Barat) hari Isnin (15/10) mengumumkan bahawa Organisasi Kerjasama Islam (OKI) tidak diizinkan membuka pejabat cawangan di negara itu, atau mencabut kesepakatan  yang telah dipersetujui dengan OKI bulan lalu.
Presiden Burma, Thein Sein, memutuskan untuk menghentikan rancangan pembukaan pejabat Organisasi Kerja Sama Islam, OKI, tersebut.

OKI sebelumnya merancang akan membuka pejabat di dua kota Burma untuk membantu Muslim Rohingya yang terkena dampak kekerasan antara umat beragama beberapa waktu lalu.

Zaw Htay dari kantor kepresidenan menjelaskan keputusan itu kepada media dalam sebuah sidang media berbahasa Burma. Ia mengatakan khabar bahawa pembukaan pejabat cawangan OKI telah menyebar di kalangan warga Burma. Tetapi, katanya, sesuai kehendak rakyat maka presiden tidak akan mengizinkan dibukanya pejabat cawangan OKI di Burma.

Sebelumnya ribuan biksu Budha melakukan serangkaian tunjuk perasaan untuk menentang rancangan pembukaan pejabat OKI.

sumber

SYRIA - Padah Bom Cluster dan Musim Dingin


Revolusi rakyat Syria menentang rejim Nushairiyah Bashar Al-Assad telah memasuki bulan ke 19, namun keadaan kaum muslimin yang hidup di sana semakin memprihatinkan. Rejim thaghut Syria bahkan telah menggunakan bom cluster yang mana bom tersebut setelah meledak akan menghamburkan puluhan bom-bom yang lebih kecil, seperti yang terjadi di wilayah Maarat, hal itu disampaikan oleh Syeikh Ghayyats Abdul Baqi dalam acara diskusi bertajuk “Setangkup Janji untuk Syria” yang diselenggarakan oleh Hilal Ahmar Society (HASI) di bangunan Dewan Dakwah (DDII) Isnin (15/10).

Keadaan itu diperburuk lagi dengan mulai masuknya musim dingin, yang membuat para pelarian Syria semakin sengsara dan menderita.
“Syria saat ini sedang memasuki musim dingin, yang adakalanya turun salji,” ujar Syeikh Ghayyats, seorang aktivis dakwah asal Syria dari lembaga Syrian Society for Humanitarian Relief and Development.

sumber

Monday, October 15, 2012

ARAB SAUDI: Tabung Haji bersedia untuk hari Wukuf pada 25 okt ini


MAKKAH 14 Okt. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin jemaah Malaysia mampu menjalani hari Wukuf dengan lancar pada 25 Oktober ini (9 Zulhijjah).
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, walaupun terdapat beberapa perubahan di kawasan melontar jamrah dan pembinaan terowong baru di Mina, namun Tabung Haji sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi untuk perkembangan terkini.
Beliau juga bertemu pihak berkuasa haji Arab Saudi bagi membincangkan keperluan jemaah Malaysia pada hari Wukuf terutama berkaitan kelancaran sistem pengangkutan dan perkhemahan.
"Dalam pertemuan itu, kita sudah mendapat waktu yang sesuai untuk membuat lontaran jamrah. Kita diberikan kebenaran melontar pada waktu malam selepas Isyak pada 10 Zulhijjah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Tabung Haji di sini. - BERNAMA

PALESTIN: Seorang lagi maut serangan Israel


Mayat pemimpin Salafis, Hisham al-Saedini dihantar ke Hospital Shifa, Gaza City. Hisham terbunuh dalam serangan tentera udara Israel di utara bandar Jabaliya, Gaza, kelmarin. - AFP 
GAZA CITY 14 Okt. - Seorang penduduk Palestin maut dan beberapa orang lagi cedera dalam serangan tentera udara Israel di Genting Gaza, hari ini.
Serangan itu dilancarkan beberapa jam selepas serangan di wilayah yang sama, semalam yang menyebabkan seorang pemimpin kanan Salafi dan seorang lagi aktivis maut, menurut sumber keselamatan Palestin.
Sheikh Hisham al-Saedini, 43, yang dikenali sebagai Abu Al-Waleed Al-Maqdissi, yang juga anggota Majlis Syura Mujahidin, maut dalam serangan di utara pekan Jabaliya, semalam.
Fayek Abu Jazar, 42, turut terbunuh dalam serangan itu, manakala seorang budak lelaki berusia 12 tahun merupakan antara mereka yang cedera, menurut pegawai perubatan Palestin.

SYRIA: Masjid Umayyah di Aleppo dirampas selepas pertempuran


ALEPPO 15 Okt. - Tentera Syria semalam merampas semula sebuah masjid bersejarah di bandar ini selepas berlaku pertempuran dengan pemberontak.
“Tentera telah diusir oleh kumpulan bersenjata dari Masjid Umayyah daripada terus berada di kawasan tersebut," kata seorang pegawai.
“Rejim telah berjaya merampas kembali kawalan di Masjid Besar Umayyah yang terletak Aleppo, berikutan pertempuran sengit dengan pejuang pemberontak," kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan yang mengesahkan kejadian tersebut. - AFP

Sunday, October 14, 2012

Isu SYRIA-TURKI, utusan PBB ke Istanbul


DAMSYIK 13 Okt. - Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Lakhdar Brahimi tiba di Istanbul hari ini bagi mengadakan rundingan dengan pegawai Turki ketika ketegangan antara Damsyik dan Ankara semakin meningkat ekoran penahanan pesawat penumpang Syria.
Lawatan Brahimi menyusul beberapa hari selepas Turki mendakwa mereka menemukan kelengkapan tentera Rusia pada pesawat penumpang Syria yang ditahan di Ankara, Rabu lalu.
Dua negara berjiran itu saling berbalas serangan melepasi sempadan masing-masing sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa Turki akan terjerumus dalam konflik antara kerajaan Syria dengan pemberontak.
Utusan khas PBB itu yang sebelum ini telah mengadakan perbincangan di Arab Saudi awal minggu ini, dijadual bertemu Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu.
Malah, terdapat juga laporan yang mengatakan Brahimi akan melawat Syria minggu depan.
Buat masa ini, Brahimi masih belum mengemukakan pelan damai bagi menghentikan pertumpahan darah di Syria.
Lawatan Brahimi ke Turki dibuat selepas perikatan pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) menangguhkan mesyuarat yang menyasarkan untuk memasukkan satu lagi sayap baru pemberontak ke dalam blok mereka yang dijadualkan diadakan 17 Oktober ini.
Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di seluruh negara, hari ini.
Menurut mereka, pesawat perang tentera kerajaan Syria mengebom kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah utara Idlib.
Semalam, pemberontak mendakwa mereka telah menawan pangkalan tentera udara tentera Syria berhampiran bandar timur Aleppo. - DPA

MESIR: 10 cedera pertempuran di Kaherah


Penduduk memerhatikan rangka bas yang dibakar dalam satu pertempuran antara penyokong Presiden Mesir, Mohammed Mursi dengan penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin. - AFP 
 
 
KAHERAH 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 110 orang cedera apabila penyokong Presiden Mesir, Mohammed Mursi dan penyokong parti pembangkang bertempur di Dataran Tahrir di sini semalam.
Pegawai berkata, kejadian berlaku selepas penyokong pergerakan Ikhwan Muslimin pimpinan Mursi meruntuhkan satu pentas di dataran berkenaan, lokasi parti pembangkang mengadakan perhimpunan bagi mengkritik Presiden Mesir itu.
Pertempuran berlaku ketika kedua-dua kumpulan itu mengadakan perhimpunan berasingan di Dataran Tahrir.
Satu perhimpunan terdiri daripada aktivis berfahaman liberal dan sekular mengkritik kegagalan Mursi mengotakan janjinya dalam tempoh 100 hari sejak memegang jawatan Presiden, manakala satu lagi perhimpunan diadakan oleh Ikhwan Muslimin.

Konflik SYRIA: 33,082 terkorban


BEIRUT 14 Okt. - Pertumpahan darah di Syria telah mengorbankan sekurang-kurangnya 33,082 orang dengan kebanyakannya adalah orang awam, kata Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, semalam.
Kira-kira 1,000 orang telah terbunuh dalam tempoh lima hari lalu sahaja, kata badan yang berpangkalan di Britain itu.
“Ini adalah perang dan tidak ada cara lain untuk menggambarkan kekejaman di Syria," kata pengarah pertubuhan, Rami Abdel Rahman.
Sekurang-kurangnya 23,630 orang awam telah dibunuh, diikuti 8,211 tentera dan 1,241 adalah tentera yang berpaling tadah yang menyertai pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad. - AFP

Saturday, October 13, 2012

200 cedera dalam tunjuk perasaan di MESIR


KAHERAH 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 200 orang cedera dalam satu tunjuk perasaan melibatkan beribu-ribu penyokong dan pembangkang Presiden Mesir, Mohammed Mursi di Dataran Tahrir, di sini semalam.
Penunjuk perasaan membaling batu dan botol, sebagai tanda tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Mursi.
Kejadian itu merupakan yang pertama berlaku sejak Mursi menjawat jawatan sebagai Presiden. - REUTERS

14 tentera SYRIA maut serangan pemberontak


Anggota pemberontak Syria berlindung di balik benteng diperbuat daripada batu bata semasa bertempur di bandar Aleppo, Syria, kelmarin. - Reuters 
 
 
BEIRUT 12 Okt. - Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera Syria terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan kumpulan pemberontak di sebuah pos kawalan di wilayah Daraa, hari ini.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, serangan yang berlaku di pos kawalan di Khirbata itu turut meragut enam nyawa pemberontak, selain pertempuran juga dilaporkan berlaku di utara wilayah Idlib dan Aleppo.
Serangan itu berlaku sehari selepas kira-kira 240 orang terkorban dalam beberapa siri serangan di Syria melibatkan 92 anggota tentera, 67 anggota pemberontak dan 81 penduduk awam.
Di Idlib, beberapa jet pejuang tentera Syria dilaporkan membedil dua buah bangunan di bandar Maaret al-Numan, manakala di Aleppo, kumpulan pemberontak melancarkan serangan ke atas pasukan tentera udara di sebuah lebuh raya yang menghubungkan wilayah tersebut ke Raqa.
"Kumpulan pemberontak bertempur dengan pasukan tentera udara Syria bermula tengah malam semalam sehingga subuh ini," kata ketua pertubuhan tersebut, Rami Abdel Rahman.
Lapangan terbang ketenteraan sering dijadikan sasaran serangan pemberontak ketika pasukan tentera meningkatkan penggunaan jet pejuang dan helikopter bagi melancarkan serangan.
Di bandar raya Aleppo, pasukan tentera Syria melancarkan serangan di beberapa daerah termasuk Haidariyah, Sukari dan Fardoss. - AFP

Friday, October 12, 2012

TURKI tahan pesawat SYRIA


KAPAL terbang penumpang Syria yang dipintas oleh pesawat tempur Turki sebelum dipaksa mendarat di lapangan terbang Esenboga, Ankara, kelmarin. - REUTERS 
 
 
ISTANBUL 11 Okt. - Pesawat pejuang Turki memintas pesawat penumpang Syria dan memaksanya mendarat di lapangan terbang Ankara, dekat sini, semalam kerana disyaki membawa senjata dan peralatan ketenteraan.
Tindakan itu dilihat turut meningkatkan lagi ketegangan antara kedua- dua negara itu serta mencetuskan kebimbangan terhadap konflik serantau.
Pesawat Airbus A320 Syrian Air itu dalam perjalanan dari Moscow ke Damsyik membawa kira-kira 37 penumpang, sebelum dipintas oleh jet pejuang F16 Turki, ketika ia berada di ruang angkasa Turki, menurut laporan televisyen milik kerajaan, TRT.
Beberapa jam kemudian, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berkata, pesawat penumpang tersebut dibenarkan berlepas pulang, tetapi kargo pesawat itu dirampas.
''Terdapat beberapa kargo yang tidak mengikut peraturan penerbangan awam,'' kata Ahmet yang dipetik oleh Anadolu Agency.
Pesawat milik Syria itu dipintas selepas beberapa jam Ketua Turus Tentera Turki memberi amaran bahawa tentera negaranya akan memberi tentangan sengit sekiranya wilayah Turki terus dibedil tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad.
''Kami bertekad untuk mengawal aktiviti pemindahan senjata kepada tentera Assad yang dipercayai telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya,'' kata Ahmet.
''Kami tidak dapat menerima sekiranya ruang udara kami digunakan bagi tujuan itu," katanya.
Pihak berkuasa Turki, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran peralatan yang dirampas dari pesawat itu.
Akhbar Hurriyet di dalam laman webnya yang memetik pegawai perisik melaprokan barangan kargo itu adalah peralatan telekomunikasi, set tanpa wayar dan 'jammer'.
Televisyen NTV, pula melaporkan beberapa 'peralatan peluru berpandu' ditemui di dalam bahagian kargo pesawat itu.
Ekoran insiden tersebut, syarikat penerbangan Turkish Airlines turut menggantung semua penerbangan yang menggunakan ruang udara Syria selama empat hari sehingga ketegangan antara kedua-dua negara kembali reda. - REUTERS/AGENSI

Pertempuran di SYRIA, 69 lagi terbunuh


Anggota Tentera Pembebasan Syria berkeliaran di bandar Marat al-Numan selepas berjaya menawan bandar itu pada 9 Oktober lalu. - REUTERS 
 
 
BEIRUT 11 Okt. - Sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam pertempuran terbaru antara tentera Syria dan pemberontak di beberapa bandar di utara negara itu, menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, hari ini.
Angka kematian itu termasuk 15 orang awam, 21 anggota tentera dan 33 pemberontak, dalam pertempuran di wilayah utara Idlib, termasuk di kawasan Maaret al-Numan dan beberapa bandar sekitar lebuh raya yang menghubungkan antara Damsyik dan Aleppo, semalam.
Pesawat pejuang tentera turut bertindak mengebom kubu kuat pemberontak di bandar Homs dan meneruskan serangan awal pagi ini di bandar Maaret al-Numan, yang ditawan pemberontak selepas pertempuran selama 48 jam. - AFP

Tuesday, October 9, 2012

MYANMAR: Pelarian melarat di Rakhine

CHIANG MAI 8 Okt. - Hampir 75,000 pelarian Rohingya dan Rakhine Buddha kini hidup dalam kedaifan di khemah perlindungan sementara berikutan konflik berterusan di negeri di barat Myanmar itu sejak Jun lalu, menurut pekerja bantuan dan penduduk tempatan.
Setiausaha Pertubuhan Hak Asasi Manusia (RHRA) yang berpangkalan di Bangkok, Mohammad Nawsim berkata, keadaan kini bertambah buruk dan pelarian di Rakhine berdepan dengan masalah kesihatan seperti cirit-birit, demam dan selesema.

�Kebanyakan mereka tinggal bersama dalam satu tempat yang sempit. Keadaan mereka lebih buruk daripada haiwan," katanya.
Pada 25 September lalu, kerajaan menganggarkan sebanyak 72,000 daripada etnik Rohingya beragama Islam dan hampir 3,000 daripada etnik Rakhine beragama Buddha menjadi pelarian.
Mereka tinggal dalam 40 buah khemah perlindungan sementara di bandar Sittwe dan Kyauktaw, lokasi yang hampir dengan sekolah dan tempat kerja.
Selepas keganasan tercetus pada Jun lalu, agensi bantuan telah melawat empat kawasan terjejas dan mengenal pasti keperluan asas seperti kebersihan serta bekalan air minum.
Beberapa khemah didapati hanya menyediakan satu tandas yang perlu dikongsi sekitar 100 pelarian.
Kata Nawsim, tidak banyak yang berubah sehingga kini dan kebanyakan pelarian tidak kira tua atau muda mula jatuh sakit disebabkan keadaan persekitaran yang teruk. - AGENSI

SYRIA - Assad Mohon Bantuan Hizbullah?

Pada hari Sabtu lalu, Al Arabiya menyiarkan fail rahsia Syria yang diperoleh dari sumber-sumber penentang. File itu mengungkapkan bahawa Hizbullah telah mengirim 250 “individu dukungan” ke kota Aleppo Syria pada Mei 2011. Pada saat itu, Aleppo belum bergabung dalam pemberontakan dan masih relatif tenang dan terkawal, sehingga cukup masuk akal bagi rezim Assad untuk mendapat dukungan pihak asing di sana.

Eman Eddin al-Rasheed, Kepala Biro Politik di Dewan Nasional Syria, mengatakan, terlepas bahawa rejim telah membangun tentera dengan cara yang menjamin kesetiaan mutlak di saat yang paling sulit, rejim masih memendam ketakutan dan paranoid. Assad takut pasukannya mungkin gagal membela dia suatu hari nanti, dan itulah sebabnya ia tidak ragu-ragu untuk mencari bantuan dari “tentera upahan Hizbullah di bulan-bulan awal revolusi.

Pada bulan Ogos 2012, Al Arabiya menayangkan sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki bernama Hassan al-Salim Megdad yang diyakini menjadi salah satu komandan Hizbullah yang ditangkap oleh pejuang Syria.(fq/aby)

sumber

SYRIA - Hizbullah Makin Aktif Mengganas

Kelompok Syiah Hizbullah beroperasi di dalam perbatasan Syria, dengan sekitar 1.500 agen yang menyediakan “dukungan luas” bagi rejim Syria, akhbar The Times melaporkan, laporan ini menguatkan laporan sebelumnya yang diperoleh Al Arabiya dari dokumen rahsia Syria yang bocor, di mana Hizbullah terlibat aktif dalam kerusuhan di Syria pada awal-awal pemberontakan.

Hizbullah sudah lama diyakini memberikan dukungan penting bagi Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad dalam usaha untuk meredam pemberontakan nasional yang dimulai pada bulan Mac 2011 lalu.
Sumber yang dekat dengan kelompok Hizbullah Syiah-Lebanon dan anggota pakatan pemberontak Syria – Tentera pembebasan Syria – serta diplomat Barat, telah menyatakan keterlibatan Hizbullah dalam krisis di Syria.

Namun Hizbullah telah berulang kali membantah keterlibatan mereka dalam konflik di negara tersebut.

sumber

Dajjal Seorang Manusia?

PENDAHULUAN
Apakah Dajjal itu? Manusiakah? Jin? Kumpulan? Ideologi? Gergasi? Lain-lain? Ada pelbagai pandangan para ilmuwan dan pengkaji. Tulisan ini akan membentangkan beberapa sandaran berupa hadis dan atsar yang menyokong pendapat yang mengatakan Dajjal itu ialah manusia.
SANDARAN-SANDARAN DAN ULASAN
Suatu hari Rasulullah saw bermimpi bertawaf di Baitullah dan dia ternampak Nabi Isa dan Dajjal. Katanya : “Dia (Dajjal) itu seorang yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak.” (Bukhari).
Mula-mula Rasulullah ternampak Nabi Isa dan kemudian dia ternampak Dajjal. Nabi Isa seorang manusia, maka berkemungkinan besar Dajjal itu juga seorang manusia. Tambahan lagi ciri-ciri seperti gemuk, berkulit merah, berambut keriting dan buta sebelah mata ialah ciri-ciri manusia.
(Nabi berkata kepada Saiyidina Umar) : “Jika dia (Ibnu Sayyad, seorang lelaki yang disangkakan Dajjal oleh sebahagian sahabat) ialah Dajjal, maka engkau tidak dapat menguasainya. Tapi jika dia bukan, maka tidak ada kebaikan untuk engkau membunuhnya.” (Bukhari). (1)
Berdasarkan hadis ini, Rasulullah sendiri tidak pasti sama ada Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan. Dalam artikel ini, perbahasannya bukanlah Ibnu Sayyad itu Dajjal ataupun bukan, tetapi Dajjal itu manusia ataupun bukan manusia. Oleh itu kita terus kepada matlamat kita.
Nampaknya Rasulullah sendiri tidak menolak kemungkinan Dajjal ialah seorang manusia. Kalau tidak, sudah tentu awal-awal lagi dia sudah memberitahu kepada para sahabat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal.
Muhammad bin Al-Munkadir berkata, “Aku menyaksikan Jabir bin Abdullah bersumpah dengan nama Allah bahawa Ibnu Sayyad ialah Dajjal. Aku bertanya kepadanya, “Engkau bersumpah dengan nama Allah?” Dia menjawab , “Aku mendengar Umar bersumpah begitu di sisi Nabi tetapi baginda tidak mengengkarinya.” (Bukhari)
Jelasnya Rasulullah tidak menolak bahawa Dajjal itu seorang manusia. Jika tidak, sudah tentu dia mengengkari sumpah Saiyidina Umar yang mengatakan Ibnu Sayyad ialah Dajjal.
Abdullah bin Umar berkata : “Demi Allah, aku tidak ragu-ragu bahawa Al-Masih Dajjal ialah Ibnu Sayyad.” (Abu Daud)
Memang terdapat beberapa orang sahabat yang percaya Dajjal ialah manusia, kerana Ibnu Sayyad seorang manusia.
“Dajjal cacat mata kirinya dan rambutnya keriting seperti buih kerana lebatnya.” (Muslim)
Sekali imbas nampaknya ini ciri-ciri seorang manusia.
“Sesungguhnya Dajjal itu matanya terhapus dan di atasnya terdapat selaput mata yang tebal…….” (Muslim)
“Dajjal itu buta matanya sebelah kiri dan lebat rambutnya.” (Muslim)
Ini juga ciri-ciri seorang manusia.
Lagi bukti para sahabat tidak menolak bahawa Dajjal ialah manusia :
Ibnu Sayyad (yang dianggap Dajjal)  berkata kepada Abu Said, “Aku bertemu orang ramai dan mereka menyangka aku ini Dajjal. Bukankah engkau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda  bahawa Dajjal tidak punya anak?” Abu Said menjawab , “Betul.” Kata Ibnu Sayyad lagi : “Padahal aku mempunyai anak…….” (Muslim)
Seterusnya :
“Sesudah itu Allah mengutus Isa ibnu Maryam, ia seperti ‘Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafi, lalu muncullah, kemudian dia membunuh Dajjal.” (Muslim, Ahmad)
Nabi Isa membunuh Dajjal. Pernyataan sebegini memang sesuai untuk manusia.
Dalam Sahih Muslim, diriwayatkan Tamim Ad-Dari bertemu dengan Dajjal di sebuah pulau. Lelaki itu badannya besar dan terbelenggu. Rasulullah sendiri mengesahkan orang itu ialah Dajjal.
KESIMPULAN
Berdasarkan sandaran-sandaran yang dikumpulkan ini, memang sukar untuk kita menafikan bahawa Dajjal bukan manusia. Wallahua’lam.
Abu Zulfiqar
26 September 2012
(1)   Ibnu Sayyad  beragama Islam, salah seorang sahabat Nabi, tinggal di Madinah, mengerjakan haji dan pernah berjihad. Masih kecil ketika Rasulullah tiba di Madinah. Ada maklumat mengatakan dia seorang Ansar dan ada yang kata dia asalnya Yahudi Madinah.
 

Monday, October 8, 2012

TURKI, SYRIA terus berbalas serangan


Tentera Turki mengambil kedudukan di pintu sempadan Akcakale, wilayah Sanliurfa, yang bersempadan dengan Syria, semalam. - Reuters 
ISTANBUL 7 Okt. - Turki terus membedil Syria selepas bom mortar dari negara jirannya itu mengenai wilayahnya semalam, sehari selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberi amaran negara ini tidak segan silu untuk berperang jika diprovokasi.
Serangan semalam dibuat Ankara untuk hari keempat berturut-turut bagi membalas bedilan tentera Syria selepas insiden yang menyebabkan lima rakyatnya maut dalam kejadian pada Rabu lalu.
Pertempuran merentasi sempadan antara kedua-dua negara itu adalah yang paling serius sejak kebangkitan rakyat tercetus di Syria yang kemudiannya bertukar menjadi perang saudara.
Turki yang pernah menjadi sekutu kepada Syria, mengubah haluan menentang Presiden Bashar al-Assad selepas pemimpin Damsyik itu melancarkan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan dengan lebih 30,000 orang telah dilaporkan maut, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Turki yang mengendalikan kira-kira 100,000 pelarian Syria di kem-kem di wilayahnya telah memberi perlindungan kepada pemimpin pemberontak, selain menggesa Assad meletak jawatan.
Erdogan pada Jumaat lalu menegaskan negara ini tidak mahu berperang tetapi memberi amaran supaya Syria tidak membuat 'kesilapan membawa maut' dengan menguji pendirian mereka.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam berkata, lampu hijau diluluskan Parlimen untuk melancarkan serangan merentasi sempadan dibuat sebagai langkah pencegahan.
Sementara itu di Syria, hampir 50 anggota tentera termasuk pemberontak terkorban dalam satu pertempuran berhampiran sempadan utara negara itu.
Menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, seramai 40 anggota tentera dan sembilan pemberontak maut selepas kumpulan pemberontak menawan sebuah pekan di barat laut di wilayah Idlib, Syria. - REUTERS

Friday, October 5, 2012

21 tentera elit SYRIA maut bertempur dengan pemberontak

BEIRUT 5 Okt. - Sekurang-kurangnya 21 anggota unit elit Pengawal Republikan Syria dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran dengan pemberontak di Damsyik, semalam. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria pada mulanya melaporkan 18 anggota tentera elit itu terbunuh, namun kemudian angka korban itu meningkat kepada 21 orang.
�Menurut sumber perubatan dan saksi, angka kematian dijangka meningkat," kata kumpulan aktivis yang berpangkalan di Britain itu. - AFP

Tuesday, October 2, 2012

SYRIA: Serangan udara ragut 17 nyawa


Seorang tentera pemberontak membalas tembakan tentera kerajaan sewaktu pertempuran di bandar lama Aleppo di utara Syria kelmarin. - AFP 
 
BEIRUT 1 Okt. - Satu serangan udara tentera ke atas pekan Salqeen di wilayah Idlib, Syria yang dikuasai kumpulan pemberontak, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh termasuk lima kanak-kanak, lapor kumpulan hak asasi manusia.
Pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman berkata, tujuh orang turut dilaporkan terbunuh dalam serangan meriam tentera kerajaan di wilayah Daraa, Hama dan Homs.
Katanya, serangan udara itu mengenai beberapa bangunan yang dihuni kira-kira 30 penduduk dan ada mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dan tertimbus dalam runtuhan bangunan.
"Sekurang-kurangnya 17 penduduk awam termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara di pekan Salqeen dan angka kematian dijangka meningkat ekoran jumlah mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
"Tiga daripada kanak-kanak terbabit dipercayai berasal daripada keluarga yang sama," katanya.
Dalam satu rakaman video amatur yang disiarkan oleh kumpulan aktivis di Salqeen yang terletak kira-kira lima kilometer dari sempadan Turki, beberapa mayat mangsa dilihat dilonggokkan di atas sebuah trak dengan kesan luka yang teruk.
Namun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan.
Rami berkata, ambulans dari Turki terpaksa menunggu di Bab al-Hawa untuk mengambil mangsa yang cedera ekoran tiada perkhidmatan hospital di kawasan serangan.
Katanya, serangan udara itu dilancarkan selepas kegagalan tentera kerajaan untuk memasuki pekan berkenaan awal pagi ini apabila ditentang hebat kumpulan pemberontak. - AFP

Monday, October 1, 2012

Penduduk BANGLADESH protes hina al-Quran



Seorang penduduk memerhatikan kuil Buddha yang hangus terbakar di Ramu, kira-kira 350 kilometer dari Dhaka, Bangladesh, semalam. - AFP
DHAKA 30 Sept. - Beribu-ribu penunjuk perasaan membakar beberapa buah tokong Buddha dan rumah kediaman di tenggara Bangladesh, hari ini ekoran penyiaran gambar yang mengutuk agama Islam di laman sosial Facebook.
Menurut pihak berkuasa Bangladesh, kira-kira 25,000 penunjuk perasaan merusuh dan membakar lima tokong termasuk berpuluh-puluh rumah kediaman di pekan Ramu kira-kira 350 kilometer dari Dhaka.
Pegawai Pentadbir Daerah, Joinul bari berkata, rusuhan tersebut tercetus selepas seorang lelaki beragama Buddha berasal dari pekan itu memuat turun gambar yang menghina Al-Quran di dalam Facebook.
"Kesemua penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membakar tokong dan kediaman penduduk Buddha sejak semalam hingga pagi ini.
"Kira-kira 100 buah kediaman musnah dan pasukan tentera serta pengawal sempadan dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan," katanya.
Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Penduduk beragama Buddha merupakan golongan minoriti berjumlah kurang satu peratus daripada 153 juta populasi Bangladesh.
Beberapa minggu lalu, beribu-ribu penduduk Islam di negara ini mengadakan demonstrasi mengecam filem anti-Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW di YouTube. - AFP

10 terbunuh serangan berani mati di AFGHANISTAN


KABUL 1 Okt. - Satu serangan berani mati dilancarkan di timur Afghanistan hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk tiga tentera NATO dan empat polis Afghanistan.
Tiga orang awam juga disahkan maut manakala 13 lagi cedera dalam serangan ke atas pasukan peronda jalan kaki NATO-Afghan di bandar Khost, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najeeb Danish. = AFP