Thursday, November 29, 2012

Warga MESIR hina Islam dijatuhkan hukuman mati

29 Nov. - Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas tujuh warga Mesir beragama Kristian Koptik dan pengarah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Bagaimanapun, perbicaraan itu diadakan tanpa kehadiran defendan kerana mereka kini berada di Amerika Syarikat.
Semasa perbicaraan itu, filem bajet rendah tersebut, `Innocence of Muslims’ dipertontonkan kepada hakim termasuk klip penunjuk perasaan di Libya yang berang dengan penyiaran video berkenaan.
Bagaimanapun sekiranya defendan kembali ke Mesir, mereka akan menghadapi perbicaraan baharu. - DPA


Sumber

INDONESIA - FPI : Semua Partai Ada Ejen Yahudi


JAKARTA  - Partai Gerindra akan ditinggalkan pendukungnya, jika menerima kader Yahudi, Israel Benjamin Ketang yang maju menjadi calon legislatif.

Demikian dikatakan Ketua Bidang Dakwah dan Hubungan Lintas Agama DPP Front Pembela Islam  (FPI) Habib Muchsin Ahmad Alatas seperti disiarkan itoday, Rabu (14/11).

"Gerindra akan ditinggalkan para pendukungnya jika menerima kader Yahudi Israel. Kader tersebut akan memperjuangkan agar Indonesia membuka hubungan dengan Israel. Ini sangat berbahaya bagi Indonesia," kata Habib Muhsin.

Habib Muhsin mengatakan bukan hanya Partai Gerindra yang disusupi kader Yahudi Israel. "Semua partai di Indonesia sudah ada kader-kader orang Yahudi. Yahudi selalu menyusupkan orang-orangnya di semua lini termasuk di partai politik," paparnya.

Kata Habib Muhsin, FPI akan menolak semua kader Yahudi Israel yang masuk di beberapa partai politik. "Kita sangat tegas, menolak kader Yahudi Israel yang masuk di setiap partai politik," jelas Habib Muhsin.

Ia juga mengatakan, salah satu ciri-ciri kader Yahudi Israel itu berfikiran liberal. "Saat ini, orang-orang liberal di berbagai partai politik di Indonesia. Mereka ini mempunyai sasaran membuat hancur bangsa Indonesia," pungkasnya.

sumber

PALESTIN - 7 Warga Ditembak Zionis


GAZA  Tentara Zionis terus melanggar kesepakatan gencatan senjata yang mensyaratkan untuk menghentikan serangan dari udara, darat, dan laut di Jalur Gaza termasuk penyerangan secaara individual.

Pada Rabu (28/11/2012) malam, tujuh warga Palestin tercedera akibat tembakan askar Zionis.

Sumber medik melaporkan, dikutip IMEMC, bahawa semua mangsa tersebut dibawa ke Hospital Syuhada Al-Aqsa, salah satu dari mereka dalam keadaan kritikal.

Para mangsa dikatakan berasa dari kem pelarian Al-Maghazi dan kem Al-Bureij yang terletak di pusat Gaza.

sumber

MALAYSIA - Kenyataan Shahrizat Boleh Cetus Huru-hara


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

sumber

MALAYSIA - Seminar Mendepani Kesesatan Syiah

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) akan meneruskan penganjuran siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah:

Seminar Mendepani Kesesatan Syiah
 Peringkat Alam Melayu:
Tarikh:
12 – 13 Janurari 2013 (Sabtu & Ahad)
Masa:
8:00 pagi – 5:30 petang (dua hari berturut)
Tempat: Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur
Penyertaan dibuka kepada semua umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah
Pendaftaran adalah PERCUMA
Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/
atau hubungi kami melalui:
emel: muafakat_malaysia@yahoo.com
Tel: +603 4107-1025

MALAYSIA - Kempen Bebas Tahanan ISA Diteruskan


KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan kempen bagi membebaskan semua tahanan ISA, biarpun akta itu diumumkan akan dimansuhkan, Sept tahun lalu.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata antara kempen yang akan dilakukan mereka ialah menyerahkan kad ucapan untuk tahanan ISA kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, sehingga hari ini, pihaknya telah berjaya mengumpulkan 10,000 kad ucapan daripada orang awam bagi menuntut pembebasan tahanan.

Kad ucapan tersebut, katanya akan diserahkan kepada KDN pada penghujung Disember ini.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, hari ini.

Selain kempen kad ucapan tersebut, peguam GMI juga akan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), esok bagi mendapatkan maklumat terkini tahanan ISA.

"Para peguam kami akan bertemu dengan seorang tahanan warga Iraq, Sammi Hammood yang telah melancarkan mogok lapar sejak lawatan peguam pada 29 Okt lepas," kata beliau.

Dalam masa sama, kata beliau pihaknya mengambil berat nasib keluarga-keluarga tahanan ISA yang menderita apabila ahli keluarga mereka ditahan.

Sehubungan itu, pihaknya telah menubuhkan GMI Tawau selepas mengadakan lawatan ke sana bagi menemui lapan keluarga tahanan akta kejam itu.

"GMI Tawau ini akan bertindak sebagai penghubung dan pemudahcara bagi membolehkan segala aktiviti GMI dapat dilaksanakan dalam kalangan masyarakat setempat, selain tujuan utama untuk menjaga kebajikan keluarga tahanan," tegas Syed Ibrahim.

Katanya, hasil dari lawatan tersebut, GMI mendapati kebanyakan keluarga mangsa menghadapi kesukaran kerana ketiadaan ketua keluarga.

Bagi memastikan kebajikan keluarga ini terbela, GMI bertindak melancarkan kutipan dana bagi membantu keluarga tahanan ISA, termasuk pembiayaan pendidikan anak-anak mangsa.

Bagi sesiapa yang prihatin dan ingin memberikan sumbangan, ia boleh disalurkan atas nama Bendahari GMI, Nashita Md Nor di nombor akaun 1622-0993-9776 (Maybank).
 
sumber

Wednesday, November 28, 2012

Pemberontak SYRIA tembak jatuh helikopter tentera

28 Nov. - Pemberontak Syria dilapor menembak jatuh sebuah helikopter tentera kerajaan menggunakan peluru berpandu tanah ke udara buat pertama kali, semalam.
Pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kejadian itu merupakan kali pertama buat kumpulan pemberontak menembak jatuh helikopter kerajaan menggunakan senjata berkenaan.
Kejadian helikopter tentera Syria itu berlaku ketika kumpulan pemberontak dilapor menawan sebuah pangkalan tentera di barat Aleppo pada hari yang sama. - AFP


Sumber

PERANCIS sokong PALESTIN sebagai sebuah negara

28 Nov. - Perancis dilapor akan menyokong permohonan Palestin untuk mendapatkan status negara bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada persidangan agung pertubuhan itu minggu ini.
Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius yang menyuarakan sokongan itu semalam berkata, kerajaan Paris akan mengundi Palestin sebagai tanda sokongan terhadap pembentukan sebuah negara Palestin yang sah.
Tahun lalu Perancis turut mengundi Palestin untuk menjadi anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - DPA


Sumber

Tuesday, November 27, 2012

PALESTIN - Barak Jadi Kambing Hitam

Gaza-PIP: Pengunduran diri Menteri Perang Israel, Ehud Barak menjadi perhatian rakyat dan pimpinan politik, pengamat dan pemerhati Palestin. Semuanya menduga kerana kuatnya respon perlawanan Palestin atas operasi militer yang dilakukan Israel ke Gaza selama 8 hari lalu, di mana pihak perlawanan meraih kemenangan, usai Israel tunduk kepada syarat perlawanan dalam gencatan senjata. 

Pengamat politik Wasam Afifah menyatakan kepada Pusat Informasi Palestin, “Sangat jelas pengunduran diri Ehud Barak berkaitan dengan kemenangan perlawanan Gaza dalam operasi militer Israel terakhir, Barak akan menanggung kesan terbesar dalam kegagalan operasi militer di Gaza.” 

Menurut Wasam, perlawanan Palestin selama beberapa bulan kedepan akan terus menjadi goncangan di internal Israel.
Barak adalah orang pertama dari tripatrit operasi ini, bersama Netanyahu dan Avegdor Libermen, pengunduran diri ini banyak terjadi di Israel, sebab mesti ada kembing hitam yang menjadi korban. 

PALESTIN - Jumlah Korban Perang Gaza



Gaza – PIP: Pusat Informasi Perubatan Palestin di Kementerian Kesihatan Palestin, Isnin (26/11) menerbitkan sebuah laporan akhir yang menjelaskan data berkaitan dengan korban pencerobohan Zionis Israel terhadap warga awam yang terisolasi di Jalur Gaza, yang berlangsung selama 8 hari sejak Rabu (14/11).

Laporan ini menyebutkan,  jumlah kematian yang terdata secara rasmi di kementerian kesihatan Palestin mencapai 174, di antaranya adalah 34 anak-anak, 11 wanita dan 19 warga emas, serta 16 korban meninggal di bawah usia lima tahun.
Sementara itu jumlah korban luka-luka sebanyak 1399 jiwa, di antaranya 465 anak-anak, 254 wanita di atas usia 18 tahun, 91 usia lanjut dan sebanyak 141 korban di bawah usia lima tahun. 

SYRIA - 10 Kanak-kanak Maut dlm Serangan Tentera

Amman: Serangan udara kerajaan Syria ke atas perkampungan dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik mengorbankan 10 kanak-kanak yang bermain di luar rumah, kelmarin kata aktivis pembangkang.

Kumpulan kanak-kanak terbabit keluar selepas keadaan pertempuran reda di Deir al-Asafir, sebuah perkampungan di timur Damsyik, apabila jet pejuang menyerang, kata aktivis dan penduduk.

Rakaman video diambil aktivis menunjukkan mayat dua kanak-kanak perempuan, seorang memakai baju ungu, seorang lagi merah, di atas jalan di perkampungan itu dengan kecederaan pada leher dan kepala. Seorang wanita yang menangis mengangkat seorang daripada kanak-kanak itu dan memeluknya tubuh anaknya yang terkulai itu.


Dua lagi budak lelaki yang maut, terkena tembakan di kepala dan muka, ditunjukkan di tempat duduk belakang sebuah kereta. Lelaki mengangkat mayat dua kanak-kanak lain sementara satu lagi mayat terbaring berhampiran roda hadapan sebuah kenderaan. - Reuters

sumber

TURKI - PM Selar Siri TV Nodai Sejarah Uthmaniyyah


ANKARA - Sebuah serial TV telah menodai sejarah Kesultanan Utsmaniyah atau yang juga dikenal sebagai Kerajaan Turki Utsmani, menurut Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, sebagaimana dipetik akhbar Turki pada Isnin (26/11/2012).

"The Magnificent Century", filem yang menceritakan tentang kehidupan Sultan Sulaiman, yang memimpin Kerajaan Turki Utsmani pada zaman keemasannya, telah popular di Dunia Arab, tetapi menurut Erdogan serial tersebut telah mencoreng citra sang Khalifah di abad ke-16 itu, Anadolu melaporkan.

Menurut laporan, siri TV tersebut menayangkan adegan yang tak layak yang menunjukkan seorang sultan muda dan gagah sedang bersenang-senang di kerajaannya dan meminum anggur (khamar).

"Ini bukanlah nenek moyang kami yang telah digambarkan dalam siri TV ini," katanya dalam acara perasmian sebuah lapangan terbang di wilayah Kutahya, 190 mil dari barat ibukota Ankara.

"Kami pergi ke setiap tempat yang mana nenek moyang kami mencapainya dengan kuda-kuda mereka, dan kami memperhatikan wilayah-wilayah ini," tambahnya.

Selama masa masa kekaisaran, Kerajaan Utsmani mencapai puncaknya, katanya. Beliau menghabiskan waktu 30 tahun dalam hidupnya di atas kuda, bertempur dan menaklukkan kota-kota, tambahnya.
Erdogan mengatakan bahwa dia sedang berusaha agar sutradara drama Turki itu menghadapi proses hukum.

sumber

Sejarah - Kehebatan Ulama Nusantara





Koleksi tulisan :  ALLAHYARHAM USTAZ WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

PERBICARAAN mengenai isu ini pernah dibentangkan penulis dalam satu seminar, yang mana penulis petik sedikit kalimat-kalimat dalam undangan tersebut yang ternyata sungguh mencabar dan prihatin, di antaranya,

"Seminar ini dianjurkan antara lain untuk menangani gejala kekeliruan umat Islam yang terjadi akibat penyusupan masuk pelbagai fahaman yang menyeleweng daripada pegangan yang berasas kepada al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama yang muktabar dan Al-Qiyas as-shahih.
Kekeliruan ini ditambah lagi dengan kecetekan ilmu setengah umat Islam sendiri yang akhirnya menjadi kehairanan tidak tahu untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan dan akhirnya terpengaruh dengan slogan-slogan indah yang dibawa oleh pelbagai puak yang berkepentingan."

Mengenai istilah al-Quran, as-sunnah, Ijmak ulama yang muktabar dan al-Qiyas as-Shahih yang tersebut dalam kalimat secara umum di dunia Melayu, termasuk di Malaysia, pernah penulis bicarakan dalam ruangan ini dan juga diungkapkan dalam satu kertas kerja yang panjang yang dibentang dalam "SEMINAR baHAN RUJUKAN ISLAM NUSANTARA" yang dibentang di Brunei Darussalam.

Petikan ringkas dapat penulis rakamkan di sini,

"Ulama silam Nusantara, termasuk ulama silam Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran dan hadis. Namun mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam.
Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan iaitu al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata."

Sebenarnya ulama-ulama besar kita di dunia Melayu sejak lama sudah mempersiapkan benteng yang kukuh, membendung umat Islam kawasan ini daripada pelbagai penyelewengan.Ia dapat dibuktikan dengan karya-karya mereka dalam pelbagai keilmuan.

Ulama-ulama dunia Melayu yang dianggap menguasai banyak bidang ilmu di antaranya orang Banjar meriwayatkan bahawa Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (1122 H/1710 M - 1227 H/1812 M) menguasai sekurang-kurangnya 35 bidang ilmu.

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M) pula dirakamkan dalam majalah Pengasuh sanggup mengarang dan mengajar sekurang-kurangnya 47 bidang ilmu. Dalam majalah Pengasuh terbitan yang sama juga disebutkan bahawa Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali, 1287 H/1871 M -1352 H/1933 M) memperoleh 24 bidang ilmu daripada gurunya, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Sungguhpun demikian yang sangat-sangat diberatkan atau ditekankan sebagai fardu ain adalah tiga bidang ilmu, ialah akidah, fiqh dan tasawuf. Ketiga-tiga jenis ilmu di atas inilah dianggap benteng pertahanan golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah di dunia Melayu.

Walau bagaimanapun, yang benar-benar bernama Ahlus Sunnah wal Jamaah itu menurut kebanyakan ulama ialah pegangan pada akidah, yang dalam hal ini terdapat dua tokoh imam besar. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari (260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M).

Imam dalam fiqh pula sekurang-kurangnya banyak dibicaranya empat orang ialah: Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Imam dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910 M).

Karya-karya ulama Melayu sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah

Ilmu akidah di kalangan ulama dunia Melayu, bahkan secara keseluruhan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di seluruh dunia Islam dinamakan juga dengan ilmu tauhid, ilmu kalam, ilmu ushuliddin, dan lain-lain. Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Jumanatut Tauhid menyebut bahawa ilmu tauhid itu seumpama matahari, ilmu-ilmu selainnya ibarat seperti bintang-bintang saja.

Di dunia Melayu, termasuk Malaysia, disiplin ilmu tauhid adalah termasuk ilmu yang paling diutamakan. Ini dapat dibuktikan dengan sangat banyak kitab ataupun risalah mengenai ilmu itu ditulis oleh ulama-ulama kita.
Untuk menyenaraikan keseluruhan ulama-ulama yang mengarang ilmu ini adalah terlalu banyak.

Karya ilmu tauhid/ akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang lengkap nama pengarang serta dengan tahunnya yang paling awal dihasilkan adalah ulama yang berasal dari Kedah. Beliau ialah Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah) dengan karya Ilmu Tauhid yang ditulis tahun 1032 H/1622 M.

Kitab ilmu tauhid yang paling tebal pula ialah Warduz Zawahir (1245 H/1829 M) susunan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Diikuti kitab berjudul Aqidatun Najin fi Ushulid Din wa Tashauwufis Shaaffin (1308 H/1891 M) karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan Fat-hul 'Alim (1324 H/1906 M) karya Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.

Karya ilmu tauhid/akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang dikarang ulama dunia Melayu dalam bahasa Arab ialah Jumanatut Tauhid (1293 H/1876 M), Munjiyatul 'Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam (1293 H/1876 M) dan Sabilus Salam fi Syarhi Hidayatil 'Awam (1306 H/1888 M) yang ketiga-tiganya karangan Sheikh Ahmad al-Fathani.

Antara kitab lain dalam bahasa Arab juga iaitu Fat-hul Majid fi Syarhid Duraril Farid fi 'Ilmit Tauhid (1294 H/1877 M), Tijanud Darari fi Syarhi Risalatil Bajuri (1297 H/1880 M) dan Zari'atul Yaqin fi Syarhi Ummil Barahin atau Ad-Durratun Nadhra 'alal 'Aqidatish Shughra (1302 H/1885 M), ketiga-tiga karangan Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani.

Kitab ilmu tauhid/akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang besar pengaruhnya di dunia Melayu pula ialah: Ad-Durrus Tsamin (1232 H/1816 M) karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid (1313 H/1895 M) karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Sirajul Huda (tanpa tarikh) karya Sheikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi dan 'Aqidatun Najin (1308 H/1891 M) karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani.

Perhatian raja-raja Melayu

Jauh sebelum kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945), hampir semua kerajaan dalam jajahan Belanda di dunia Melayu, termasuk di Semenanjung yang dijajah oleh Inggeris berpegang teguh dengan Mazhab Syafie dalam fiqh dan Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam akidah.

Perhatian raja-raja Melayu mengenai perkara yang tersebut sangat jelas, sebagai contoh tokoh Johor, bernama Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar dalam karya akidahnya berjudul Matnur Risalatit Tauhidiyah pada pendahuluan dicatatkan,

"Dan lagi inilah satu daripada beberapa risalah dan kitab-kitab pelajaran yang dibawa balik ke Johor oleh Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Johor, iaitu pada masa Al-Marhum itu melawat negeri Mesir di dalam bulan Mac tahun 1893 [Masihi]."

Dimaksudkan ialah sebuah risalah tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berjudul Al-'Uqudud Durriyah karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah, pemeriksa sekolah-sekolah Arab di Mesir. Karya tersebut diterjemahkan oleh Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar ke dalam bahasa Melayu. Setelah menterjemahkan matan, Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar menulis pula syarah risalah itu yang diberi judul Syarhur Risalatit Tauhidiyah.

Haji Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani adalah seorang ulama Patani yang menjadi guru Sultan Pahang, dalam karya akidahnya berjudul Najatul Ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman (1337 H/1919 M).

Pada halaman muka dinyatakan, "Diterjemahkan ini kitab dengan titah Yang Maha Mulia al-Mu'tashim Billah as-Sulthan Abdullah al-Muzhaffar Syah ibni al-Marhum as-Sulthan Ahmad al-Mu'azhzham Syah Pahang ...".

Daripada kedua-dua maklumat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa raja-raja Melayu silam mengambil perhatian berat tentang membentengi negeri-negeri di bawah naungan baginda dengan pegangan yang betul, itulah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

PETIKAN KANDUNGAN BEBERAPA KITAB ULAMA MELAYU

Terlalu banyak pegangan keislaman yang tepat dan betul telah diamalkan oleh para ulama dunia Melayu dan para ulama seluruh dunia yang pada zaman kita menjadi sebaliknya. Bagi yang betul dikatakan salah dan yang salah dikukuhkan sebagai betul.

Pada zaman ini, kita banyak kali terlihat tulisan atau orang bercakap yang menghina ulama. Di antara tulisan itu seperti dikatakan, "Ulama pembohong" dan lain-lain. Siapakah yang bertanggungjawab menulis demikian, dan ulama yang bagaimanakah yang dimaksudkan sebagai pembohong itu, adalah tidak jelas.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam karyanya Ad-Durruts Tsamin (1232 H/1816 M) pernah mengungkapkan bahawa manusia ada jenis yang dinamakan hubbul ulama, iaitu "kasih kepada ulama", dan sejenis lagi dinamakan bughdhul ulama, iaitu "benci kepada ulama".

Penulis tidak hairan jika mencaci, menyalahkan dan memperkecil-kecilkan ulama itu dilakukan oleh orang-orang yang jahil, tetapi adalah sangat menghairankan jika perbuatan seperti itu dilakukan golongan terpelajar Islam sendiri.

Dalam beberapa seminar yang pernah penulis ikuti yang bermotifkan untuk mengangkat martabat seseorang ulama silam yang terkenal misalnya, sekian ramai yang memuji ulama, namun segelintir ada pula yang memperkecil-kecilkan dan memandang sinis kepada ulama silam yang sedang difokuskan.

Bahkan ada yang memandang sesat terhadap ulama silam itu. Ada yang berani menyalahkan Imam Abu Hasan al-Asy'ari, Imam Al-Ghazali dan lain-lain, yang telah demikian terkenal dan menjadi ikutan dan rujukan ulama Islam sedunia berzaman-zaman.

Ulama silam dunia Melayu sama juga nasibnya, segelintir golongan terpelajar Islam dengan tulisan tajam dan suara lantang berani menyalahkan ulama-ulama seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan ramai lagi.
Sedangkan mereka itu telah dianggap sebagai ulama yang tsiqah dan turas dunia Melayu oleh ulama rantau ini, sejak antara seratus hingga dua ratus tahun yang lalu.

Bahkan di antara mereka diakui keulamaan dan benar ilmunya oleh ulama-ulama antarabangsa pada zamannya. Umat Islam yang jahil kehilangan pedoman kerana ulama silam yang terkenal dengan kitab-kitab karangannya yang telah diajarkan sekian lama, lalu dipersalahkan oleh tokoh-tokoh Islam masa kini. Tokoh-tokoh Islam masa kini pula sering menyalahkan antara seorang terhadap orang lain yang hidup sezamannya.
Dari hal-hal yang tersebut, kewibawaan ulama dan tokoh Islam zaman kita telah sirna/hilang, akibatnya orang berani menggelar mereka sebagai "Ulama pembohong" seperti yang telah disebutkan di atas.

Isu Jihad

Isu semasa yang terjadi pada zaman kita ini terlalu banyak untuk disentuh. Namun kerana kekurangan ruangan, penulis masuk saja peristiwa terhangat dibicarakan setelah kejadian 11 September 2001, iaitu istilah "JIHAD" yang terjadi pelbagai pentafsiran dan kebersimpangsiuran pendapat antara satu dengan yang lainnya.

Penulis berpendapat bahawa "JIHAD" jika ditinjau dari kitab-kitab fiqh Mazhab Syafie adalah satu istilah yang kadang-kadang digunakan perkataan Kitab al-Jihad, kadang-kadang digunakan perkataan Bab al-Jihad.

Ulama-ulama dunia Melayu menterjemahkan istilah jihad itu dengan "perang sabil", "perang fi sabilillah" dan "perang orang Islam melawan kafir".

Sama ada kita menyetujui atau pun tidak, kerana mempertimbangkan keadaan di pemerintahan mana kita berada atau zaman bila kita hidup, kita mesti mengakui dan berkata benar bahawa dalam fiqh Mazhab Syafie perkataan jihad adalah satu istilah yang ditakrifkan seperti di atas telah ijmak dan muktamad.

Jika kita sebagai seorang ulama, mentakrif pengertian jihad lain dari demikian itu, maka pasti akan dicap dengan perkataan "Ulama pembohong" seperti tersebut di atas oleh orang-orang yang mempelajari fiqh Mazhab Syafie secara teliti, mendalam dan saksama.

Oleh itu kenal pastilah supaya kita tetap amanah dengan ilmu pengetahuan. Katakanlah yang sebenar walau pahit sekali pun.

Mengenai jihad, seperti tersebut di atas, penulis sentuh sehabis-habis ringkas, teliti dan berhati-hati, adalah sebagai catatan penulis mengenai peristiwa besar zaman tersebut (1422 H/ 2001 M).

Namun penulis tiada bermaksud menuding pendapat orang-orang yang tidak menyetujuinya. Selain itu, penulis juga tiada bermaksud mempengaruhi siapapun jua, kerana penulis sedar bahawa kepentingan jasmani dan nafsu peribadi yang cenderung ke arah kebendaan dan seluruh aspek duniawi seseorang adalah berbeza dengan kepentingan rohani yang lebih menekankan seluruh aspek ukhrawi.

Selagi kadar kepentingan jasmani dan nafsu lebih dari kadar kepentingan rohani selagi itulah konsep jihad akan ditolak walaupun telah disepakati oleh para ulama berdasarkan hujah-hujah yang teguh dan kukuh dari al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Jika kita benar-benar sebagai seorang Muslim dan Mukmin, kita mesti berpihak dan menerima kebenaran. Pada yang benar itu ialah secara pasti mengikut al-Quran, as-sunah, dan para ulama yang benar, yang beramal soleh. Itulah para ulama yang secara pasti meletakkan kepentingan Islam lebih tinggi dari segala kepentingan lainnya, termasuk kepentingan peribadi sendiri.

Ciri-ciri Muslim dan Mukmin yang benar, seperti tersebut, terdapat pada ulama-ulama silam dunia Melayu. Oleh itu mereka adalah layak kita ikuti jejak perjuangan mereka.
 
sumber

Monday, November 26, 2012

Penduduk PALESTIN jadi bahan kempen pilihan raya Israel

TIDAK sampai dua bulan menjelang pilihan raya umum ke-19 Israel yang dijadual berlangsung pada 22 Januari ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sudah mencongak-congak strategi untuk menyambung penggal pentadbirannya selama empat tahun lagi.

Netanyahu akan melakukan apa sahaja strategi, termasuk perang dan menghalalkan nyawa penduduk Palestin untuk memastikan beliau terus berkuasa.
Setiap kali pilihan raya Israel akan diadakan, pemimpin Zionis Israel akan menunjukkan 'taring’ sebenarnya dengan melancarkan operasi ketenteraan ke atas penduduk Palestin demi menarik sokongan penduduk Israel terutama mendapatkan sokongan pengundi.

Kebanyakan penganalisis melihat faktor dasar luar dan keselamatan Israel menjadi penentu sokongan pengundi kepada mana-mana calon dan Netanyahu memahami perkara itu bagi mengekalkan jawatannya.
Terbaharu, operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza selama lapan hari, baru-baru ini merupakan sebahagian daripada kempen utama pilihan raya Netanyahu cuba meraih sokongan pengundi.

Tindakan Netanyahu itu tidak menghairankan kerana kebanyakan Perdana Menteri Israel sebelum ini yang mempunyai latar belakang ketenteraan seperti David Ben-Gurion, Yigal Allon, Yitzhak Rabin, Yitzhak Shamir, Ehud Barak, Ariel Sharon dan Ehud Olmert juga pernah menggunakan strategi yang sama.
Jika diimbas kembali pada 2006, pejuang Palestin, kumpulan Hezbollah di Lebanon, yang dilabel sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menerima nasib yang sama seperti Hamas apabila operasi ketenteraan secara besar-besaran dilancarkan oleh pasukan pertahanan Israel (IDF) yang ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Ehud Olmert ke atas Hezbollah.

Alasan yang sering diguna oleh pemimpin Israel adalah untuk mempertahankan kedaulatan 'wilayah Israel' daripada serangan roket pejuang Palestin yang didakwa disasarkan ke arah penempatan Yahudi.
Kali ini Netanyahu, turut menggunakan dasar sama untuk meyakinkan rakyatnya bahawa operasi ketenteraan itu dilancarkan demi memastikan wilayah Israel dan penduduknya selamat daripada ancaman musuh.
Lebih-lebih lagi memandangkan sokongan terhadap Netanyahu dilihat sedikit merosot menjelang pilihan raya kali ini berdasarkan tinjauan terbaharu oleh akhbar tempatan, Maariv.

Tinjauan itu menunjukkan, parti gabungan Netanyahu dan Menteri Luar, Avigdor Lieberman, Likud Beitenu dijangka hanya memenangi 37 kerusi daripada 120 kerusi Parlimen yang dipertandingkan berbanding 47 kerusi yang dijangka dimenangi sebelum konflik terbaharu membabitkan Palestin-Israel tercetus.
Penurunan sokongan tersebut dikaitkan dengan 'kelembutan' Netanyahu menerima perjanjian gencatan senjata anjuran Mesir dengan kumpulan Hamas, sekali gus mengakhiri Operasi Pillar of Defense, yang menyaksikan 167 penduduk Palestin terbunuh dan lima penduduk Israel terkorban.

Penganalisis politik berkata, kumpulan-kumpulan berhaluan kanan dan pengundi dalam kalangan fanatik agama lebih menyokong operasi ketenteraan itu diteruskan. Malahan 49 peratus undian dalam tinjauan berkenaan menentang gencatan senjata antara Palestin-Israel.
‘Kegagalan’ Netanyahu dalam operasi Pillar of Defense itu, mendapat kritikan daripada seteru politiknya daripada Parti Kadima yang mendakwa keselamatan Israel tidak terjamin dan kumpulan Hamas meraikan kejayaan gencatan senjata yang dilaksanakan.

Namun, Netanyahu mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian kerana beliau lebih gemar menjadikan isu serangan ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi.
Ada penganalisis berkata, operasi ketenteraan IDF di selatan Lebanon ke atas kumpulan Hezbollah dan di Gaza menentang kumpulan Hamas, mempunyai kaitan dengan proses permulaan Israel untuk menyerang Iran.
Teori berkenaan mungkin ada kebenarannya memandangkan penduduk Israel melihat Iran sebagai ancaman terbesar mereka, ditambah dengan dakwaan Netanyahu tentang keupayaan nuklear Teheran yang sudah mencapai Tahap Merah iaitu tahap paling bahaya.

Netanyahu mempunyai dua sebab mengapa menerima gencatan senjata di Gaza, walaupun kehilangan sedikit sokongan daripada penduduk Israel, kerana Netanyahu sedar beliau berpeluang tinggi untuk memenangi pilihan raya umum Israel pada tahun depan memandangkan parti-parti pembangkang yang lemah, selain boleh menumpukan kepada rancangan untuk menyerang Iran, yang boleh menarik sokongan lebih besar daripada pengundi.

Sumber

PALESTIN: Hamas tempatkan polis di sempadan Gaza



Beberapa orang anggota polis Hamas memantau keadaan ketika tentera Israel dilihat berada berhampiran di kawasan sempadan selatan Genting Gaza-Israel, kelmarin. - Reuters
GAZA CITY 25 Nov. - Hamas, semalam menempatkan pasukan polis di sempadan Gaza dan Israel, buat sementara waktu untuk menghalang insiden yang mungkin menggugat gencatan senjata antara kedua-dua pihak, sehari selepas Israel menembak mati seorang penduduk lelaki Palestin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Islam Shahwan berkata, pasukan keselamatan telah ditempatkan di sepanjang sempadan Genting Gaza untuk mengekalkan pelaksanaan gencatan senjata itu.
"Polis ditempatkan di timur Khan Younis di selatan Genting Gaza bagi melindungi orang awam daripada menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel," katanya.

Shahwan merujuk kepada insiden tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang menghampiri sempadan di Khouzaa, berhampiran Khan Younis, kelmarin, menyebabkan seorang penduduk Palestin maut dan 19 lagi cedera.

Hamas mengecam tindakan itu sebagai 'pelanggaran perjanjian pertama oleh Israel' yang dipersetujui pada Rabu lalu dan menamatkan lapan hari serangan merentasi sempadan yang mengorbankan 166 penduduk Palestin dan enam penduduk Is satu sumber. - AFP


Sumber

Nasrallah beri amaran jika serang LUBNAN

26 Nov. - Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada Israel dengan menyatakan ribuan roket akan membanjiri Tel Aviv dan bandar-bandar di Israel sekiranya menyerang Lebanon.

Bercakap selepas empat hari gencatan senjata berkata, Nasrallah berkata, pihaknya akan memberi tindak balas terhadap sebarang serangan.

“Israel akan digoncangkan dengan roket Fajr-5 selama lapan hari di Tel Aviv dan bandar-bandar lain sekiranya dia menyerang Lebanon,’’ katanya. - AFP


Sumber

Sunday, November 25, 2012

SYRIA - Kenderaan Tentera Dimusnahkan

Jabhah Nushrah - Penjelasan no. 154

Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam. Shalawat dan salam senantiasa dilimpahkan pemimpin mujahidin, Muhammad, juga kepada keluarga dan seluruh sahabatnya. Amma ba'du.

Allah Ta'ala telah memudahkan bagi putra-putra kalian mujahidin untuk meledakkan sebuah mobil pick up yang mengangkut milisi Syiah Shabihah dengan jerangkap samar, di dekat desa Taqsish, antara kota Hamah dan Homs, pada tanggal 16 September 2012 M.

sumber

SYRIA - 3 Askar Maut Ditembak Sniper


Sniper mujahidin Jabhah Nushrah kembali beraksi di wilayah Homs. Sekurang-kurangnya tiga askar rejim Syria maut oleh tembakan sniper mujahidin pada pertengahan bulan September lalu. Keadaan Homs yang dikepung rapat dan dibom selama lebih dari lima bulan terakhir membuat penyebaran informasi tentang aksi-aksi mujahidin sulit atau terlambat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Jabhah Nushrah - Penjelasan no. 153
Sebahagian operasi sniper mujahidin di Homs

Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam. Selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada Muhammad, sebaik-baik rasul, juga kepada keluarga dan seluruh sahabatnya. Amma ba'du.

Allah Ta'ala telah memudahkan bagi saudara-saudara anda sniper mujahidin untuk melakukan sejumlah operasi. Di antaranya adalah:
1. Menembak mati dua askar rejim di pos militer Muluk, dekat kota Talbisah pada tanggal 16 September 2012 M.
2. Menembak mati seorang askar rejim di posko militer dekat desa Nushairiyah, Jaburin, pada tanggal 17 September 2012 M.
Allah Maha Melaksanakan urusan-Nya akan tetapi kebanyakan manusia tidak memahaminya.
Jabhah Nuhsrah li-Ahli Syam
Dari Mujahidin Syam di Medan jihad
Bidang Media
Janganlah Anda melupakan kami dalam doa Anda

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam
4 Muharram 1433 H / 18 November 2012 M

MALAYSIA - 20,000 Sertai Anti Lynas

KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi  Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

green march reaching dataran 251112 crowd 02Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan.

SUMBER

Saturday, November 24, 2012

MALAYSIA - Anti Lynas ke Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka, pagi esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.

Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang.  Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Seruan sama turut dinyatakan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan kumpulan pejalan kaki itu sebagai pejuang rakyat.

"Kita amat mengharga usaha dan jerit perih mereka dalam menentang isu Lynas hingga sanggup berjalan kaki, tanpa mengira hujan dan panas.  Maka, kita perlu menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan bersama mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Kumpulan pejalan kaki yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack tiba di Tol Gombak, jam 3 petang tadi sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Selain PAS, turut bersama mereka berarak ke Taman Melewar ialah Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua turut bersama menyambut ketibaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas, di Taman Melewar.

Malam ini, kumpulan tersebut akan bermalam di KUIZM, sebelum memulakan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka esok.

sumber

PALESTIN - Qardhawi Puji Peranan Mursi

Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi, juga merupakan anggota Tertinggi Cendekiawan Al Azhar dan memegang jawatan sebagai Federasi Muslim Dunia berkhutbah Jumaat di Masjid Al Azhar diikuti oleh puluhan ribu kemaah. Ia memuji peranan aktif presiden Mursi dalam mengecam serta memperingatkan Israel atas serangannya di Gaza.

Selanjutnya Syeikh Yusuf Qaradhawi memuji posisi Presiden Dr Mohamed Mursi. Kerana sebagai presiden ia mampu mengambil sebuah tindakan nyata, yang mempunyai implikasi besar bagi sebuah pertentang sebuah negara, iaitu menarik duta besar Mesir dan malah mengirim Perdana Menteri Dr Hisham Qandil untuk pergi ke Gaza. “Ini adalah sebuah langkah positif yang jelas menghina Israel, hal ini menjadikan penekanan bahawa bangsa Arab dan Islam harus menjadi inti dari persatuan yang melebihi dari berbagai krisis hingga nantinya mendatangkan kemenangan dari musuhnya. Sangat tidak mengherankan, karena Dia telah menjadi lulusan Al Azhar yang terbaik. Menarik duta besar pada suatu negara, itu sama dengan menentang perang negara lain,” jelas Syeikh Yusuf Qaradhawi .

sumber

PALESTIN - Israel Tak Puas Hati

Baitulmaqdis: Satu kajian pendapat menunjukkan bahawa hampir separuh penduduk Israel berpendapat bahawa kerajaan mereka perlu meneruskan serangan tentera terhadap militan Palestin di Gaza yang diperintah Hamas.

Kajian bebas institut penyelidikan Maagar Mohot disiarkan semalam menunjukkan bahawa 49 peratus respondan berpendapat bahawa Israel perlu meneruskan serangan balas selepas bedilan roket terhadap Israel.
“Bagaimanapun, kajian mendapati sebanyak 31 peratus rakyat Israel menyokong keputusan kerajaan untuk menghentikan tindakan ketenteraan manakala 20 peratus lagi tidak menyatakan pendapat mereka,” kata institut itu dalam satu kenyataan.


503 respondan terbabit

Sebanyak 29 peratus responden berpendapat Israel perlu menghantar tentera darat untuk menyerang Gaza. Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata dua hari lalu.

Kajian terhadap 503 respondan itu memiliki 4.5 peratusan mata margin kesalahan.

Netanyahu hilang sokongan
Kajian sama juga menunjukkan bahawa parti Likud Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan rakan mereka dalam pilihan raya Israel, Beiteinu kehilangan sokongan tetapi sekutu mereka masih mampu untuk membentuk kerajaan seterusnya pada pilihan raya 22 Januari.

Rasa tidak puas hati terhadap gencatan senjata yang dipersetujui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Hamas di Gaza menyebabkan beliau hilang sokongan sebelum pilihan raya Januari ini tetapi dilihat masih mampu untuk menang, kata kajian semalam.

Kajian akhbar Israel

Kajian oleh akhbar Maariv Israel yang pertama sejak gencatan senjata dipersetujui kelmarin mengatakan bahawa parti Netanyahu dan Menteri Luar, Avigdor Lieberman, Likud Beitenu akan meraih 37 daripada 120 kerusi Parlimen pada pilihan raya 20 Januari.

Satu kajian pendapat dibuat sebelum konflik lapan hari menunjukkan bahawa mereka bakal memenangi 43 kerusi. - AP/Reuters

sumber

MESIR - Mursi Semakin Berani

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Mursi (gambar) mencetuskan kontroversi semalam apabila beliau mengeluarkan satu perintah berkemungkinan besar akan menyebabkan perbicaraan semula Bekas Presiden, Hosni Mubarak dan pembantunya.

Selain perintah mengarahkan perbicaraan pegawai era Mubarak yang bertanggungjawab terhadap keganasan ketika kebangkitan menentang pemerintahan beliau, perintah terbabit dilindungi daripada tindakan perundangan perhimpunan dikuasai puak Islamis yang menulis perlembagaan baru Mesir.
Ia memberikan perlindungan yang sama terhadap dewan tinggi parlimen yang dikuasai sekutu Mursi dan memberikan kuasa baru presiden yang membenarkan beliau memecat ketua pendakwa era Mubarak dan melantik pendakwa baru.


Ia menyebut bahawa semua keputusan diambil Mursi sehingga pemilihan presiden baru dikecualikan daripada tindakan perundangan.

Melindungi revolusi

Perintah berkenaan yang dikeluarkan sebagai langkah untuk melindungi revolusi, mendapat pujian daripada sekutu Mursi tetapi menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk Mesir berfikiran sekular Ikhwanul Muslimin dan sekutunya bertujuan mendominasi Mesir baru.

Ia dilihat akan menyebabkan perpecahan besar sama seperti yang berlaku ketika era Mubarak.
“Keputusan ini akan menyemarakkan perpecahan di dalam politik Mesir dan akan lebih menyukarkan memulihkan pertumbuhan ekonomi,” kata seorang profesor sains politik di Universiti Kaherah, Mustapha Kamal Al-Sayyid.

Ahli politik liberal, Mohamed ElBaradei di dalam akaun Twitter beliau berkata bahawa Mursi merampas semua kuasa negara dan melantik dirinya sebagai firaun Mesir yang baru.”

Bagaimanapun, jurucakap bagi Ikhwan Muslimin, Mahmoud Ghozlan menyifatkan langkah terbabit sebagai satu revolusi dan popular.

Hapus ketidakpastian

Perintah berkenaan akan menghapuskan sebarang ketidakpastian yang masih menjadi tanda tanya mengenai nasib dewan perhimpunan yang menulis perlembagaan.

Badan berkenaan berhadapan dengan cabaran daripada plaintif yang mempertikaikan kesahihannya. - Reuters

sumber

PALESTIN - Israel Cemari Gencatan Senjata

GAZA CITY: Tentera Israel dilaporkan melepaskan tembakan ke atas penduduk Gaza yang menghampiri pagar sempadan menyebabkan seorang terbunuh, awal hari ini.

Kejadian itu sekali gus menyaksikan gencatan senjata yang berlangsung dua hari lalu antara Hamas dan Israel dianggap kini dicemari Israel.
Dalam satu surat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wakil pemerhati Palestin, Riyad Mansour berkata, keadaan di Gaza amat tidak menentu dan mendakwa Israel mencemari gencatan senjata berkenaan.


Ratusan penduduk Palestin dilaporkan berkumpul di pagar sempadan di beberapa kawasan di selatan Gaza bagi memastikan Israel tidak mengenakan penguat kuasaan di kawasan 300 meter yang dijadikan 'zon halangan' di sebelah sempadan Palestin.

Sebelum ini, askar Israel sering melepaskan tembakan kepada sesiapa yang cuba menyeberangi zon berkenaan. - AFP

sumber

Friday, November 23, 2012

SYRIA - 60 Askar Maut dlm Serangan Berani Mati

Muhib Al-Majdi
Jum'at, 23 November 2012 07:00:49
Sebagai pembalasan atas kebiadaban rejim Syria yang membunuh ratusan warga muslim di kota Bushra Syam, wilayah Dara'a mujahidin Jabhah Nushrah melakukan serangan bom kereta berani mati terhadap bangunan markas militer Bard di kota tersebut. Akibat serangan tersebut, bangunan markas militer Bard dan dua tank hancur, sekurang-kurangnya  60 askar rejim maut.

Gambar-gambar bersiri bermula penyerang memandu kereta ke arah musuh lalu meletup boleh dilihat di sini http://arrahmah.com/read/2012/11/23/24957-lagi-bom-syahid-jabhah-nushrah-tewaskan-60-tentara-rezim-suriah-di-daraa.html

PALESTIN - 1 Pemuda Ditembak Hari Ini (Jumaat)


Tentera Zionis Yahudi pada Khamis (22/11/2012) menembak seorang pemuda Palestin mengakibatkan kecederaan berhampiran pagar pembatas di timur Khan Younis, selatan Jalur Gaza, di tengah-tengah gencatan senjata yang telah berlaku mulai Rabu (21/11) malam.

IMEMC mengutip sumber tempatan yang melaporkan bahawa Abu Doqqa (23) cedara akibat ditembak, ketika dia dan dua warga lainnya mendekati pagar pembatas tersebut di timur daerah al-Farahin.

Beberapa pemuda Palestina mendekati daerah perbatasan itu untuk mengumpulkan sisa-sisa kenderaan militer Israel yang disasarkan oleh pejuang Palestin di Gaza lebih dari seminggu lalu.

Beberapa pemuda berusaha untuk mengibarkan bendera Palestin di pagar pembatas itu sebelum tentera menembaki mereka.
sumber

PALESTIN - Isi Kandungan Genjatan Senjata


Israel dan Hamas telah sepakat untuk gencatan senjata pada Rabu (21/11/2012) malam ditengahi oleh Mesir untuk mengakhiri agresi militer selama lapan hari yang telah memakan banyak korban jiwa di Jalur Gaza.

Inilah isi kesepakatan gencatan senjata itu, yang mulai berlaku pada Rabu malam pukul 21:00 waktu tempatan
:
1. (tidak ada judul di sesi ini)

A. Israel mesti menghentikan peperangan di darat, laut, dan udara Jalur Gaza, termasuk penyerangan dan sasaran secara individual.

B. Semua faksi Palestin akan menghentikan peperangan terhadap Israel dari Jalur Gaza, termasuk serangan-serangan roket dan seluruh serangan di sepanjang perbatasan.

C. Pembukaan perbatasan-perbatasan dan memfasilitasi pergerakan orang-orang serta pengiriman barang-barang dan menahan diri dari memperketat kebebasan gerak penduduk dan menargetkan para penduduk di daerah-daerah perbatasan, dan pelaksanaan prosedur akan berlaku setelah 24 jam dimulainya gencatan senjata ini.

D. Hal-hal lainnya yang mungkin diminta akan akan diurus


2. Mekanisme pelaksanaan:

A. Menetapkan jam 0:00 untuk pemberlakuan kesepakatan

B. Mesir akan menerima jaminan dari setiap pihak bahawa pihak tersebut melakukan apa yang telah disepakati.

C. Masing-masing pihak akan berkomitmen untuk tidak melakukan tidakan apapun yang akan melanggar kesepakatan ini. Jika ada kes dari setiap pengamatan,  Mesir sebagai penaja kesepakatan ini mesti diberitahu untuk tindakan lanjut.

sumber

SYRIA - Seluruh Sempadan Iraq Dikuasai Penentang

Pejuang Syria berhasil menguasai markas militer di wilayah Deir Azzor, membuat presiden Assad kian terpukul dan terus melemahkan kekuasaannya di wilayah strategik yang berbatasan dengan Iraq.

Pendudukan markas militer yang terjadi pada Khamis (22/11/2012) di pinggiran Mayadeen, kota di sungai Efrat dan dekat dengan beberapa ladang minyak utama Syria, mengikuti pengambilalihan instalasi militer di utara dan tengah negara itu pada minggu ini.

"Pangkalan militer Mayadeen jatuh pada pukul 8.30," ujar Abu Laila, seorang pegawai Dewan Militer Revolusi di wilayah Deir Azzor kepada Reuters.

Ia mengatakan 44 pejuang gugur dalam pengepungan pangkalan militer tersebut.

"Seluruh desa, dari perbatasan Iraq dan sepanjang Efrat kini telah berada di bawah kendali pejuang."

PALESTIN - 55 Pemuda Paqlestin Ditangkap Israel


Pasukan penjajah Yahudi menangkap 55 pemuda yang mereka dakwa sebagai "militan" di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis (22/11/2012), meskipun gencatan senjata diumumkan setelah lapan hari serangan brutal pasukan Zionis di Jalur Gaza.

Reuters melaporkan memetik dakwaan militer penjajah Yahudi bahwa penangkapan mensasarkan anggota dari berbagai faksi perlawanan termasuk para pemimpin.

Tebing Barat berada di bawah kepemimpinan presiden boneka yang mendapat dukungan AS, Mahmoud Abbas, namun banyak warga Palestina yang berada di sana menolak perdamaian apapun dengan negara penjajah Yahudi yang telah merampas tanah milik mereka.

sumber

Presiden PALESTIN puji kejayaan Hamas

GAZA 22 Nov. - Selepas lapan hari pertempuran, akhirnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin dilaksanakan hari ini, walaupun terdapat keraguan berapa lama perjanjian anjuran Mesir itu dapat .Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa malam tadi, namun kedua-dua pihak saling curiga-mencurigai apabila kira-kira 12 serangan roket dilaporkan dilancarkan dari Gaza ke Israel, kata polis.Di Gaza pula, saksi melaporkan letupan berlaku sejurus gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 9 malam tadi (3 pagi waktu Malaysia), namun jumlah kematian dan kecederaan tidak dapat dipastikan.Di Baitulmaqdis, tentera Israel menahan 55 suspek anggota pejuang Palestin di Tebing Barat hari ini.Perjanjian itu sekurang-kurangnya ketika ini menghalang tentera Israel daripada melancarkan serangan darat.Serangan selama lapan hari itu telah meragut nyawa lima rakyat Israel dan 164 penduduk Gaza termasuk 38 kanak-kanak.Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal berkata, pergerakan itu akan menghormati gencatan senjata jika Israel mengambil tindakan yang sama."Jika Israel tidak mematuhi perjanjian itu, kami sedia berperang,'' katanya yang kini hidup dalam buangan, dalam satu sidang media di Kaherah.Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau bersetuju 'mengambil semua peluang untuk melaksanakan gencatan senjata'.Namun, beliau berkata, tindakan tegas mungkin diperlukan pada masa depan. - Sumber

Thursday, November 22, 2012

26 lagi penduduk PALESTIN maut

GAZA CITY 21 Nov. - Sekurang-kurangnya 26 lagi penduduk Palestin di Genting Gaza maut, semalam akibat serangan udara terbaharu Israel, sekali gus menjadikan angka korban kini meningkat kepada lebih 140 orang.Serangan roket dari Gaza pula menyebabkan dua penduduk Israel terbunuh, menjadikan angka korban di pihak rejim Zionis itu sejak serangan pada Rabu lalu meningkat kepada lima orang.Menurut perkhidmatan kecemasan Palestin, dua adik beradik maut di selatan bandar Rafah apabila motosikal yang mereka naiki terkena bedilan jet pejuang Israel, semalam.Empat lagi maut dalam serangan di tengah bandar Deir al-Balah, tambah perkhidmatan kecemasan itu. Israel turut mengesahkan pihaknya melancarkan serangan ke atas bangunan yang menempatkan pejabat organisasi media, serangan ketiga dalam tempoh tiga hari ke atas tempat yang sama, kerana mendakwa bangunan itu merupakan pusat operasi Hamas.Tentera Israel telah melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 1,450 sasaran di Gaza sejak Rabu lalu, manakala 760 roket Hamas dilancarkan ke Israel dengan hampir 400 daripadanya berjaya dipintas.Usaha diplomatik untuk menghentikan serangan tersebut sehingga kini melibatkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS); Hillary Clinton, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Ban Ki-moon dan Presiden Mesir; Mohammed Mursi, tetapi gencatan senjata antara kedua-dua pihak masih sukar dicapai. Sementara itu, AS semalam bertindak menyekat Majlis Keselamatan PBB daripada mengeluarkan kenyataan mengutuk konflik berterusan antara Israel dan Palestin di Genting Gaza.AS menolak kenyataan itu yang perlu mendapat kelulusan sebulat suara daripada semua ahli majlis kerana tidak menyebut mengenai serangan roket Hamas ke atas Israel yang menjadi punca rejim Zionis Israel itu melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menurut jurucakap Duta AS ke PBB, Erin Pelton. - Sumber

PALESTIN: Gencatan senjata konflik Israel-Hamas bermula

GAZA CITY, Wilayah Palestin 22 Nov. - Satu gencatan senjata di antara Israel dan Hamas tercapai secara rasmi bermula pukul 9 malam (waktu tempatan) di atas persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir.Koresponden AFP berkata, jalan raya di Gaza City masih bergelap dan tidak dipenuhi oleh orang ramai, sama seperti sejak lapan hari lalu ketika konflik antara kedua-dua pihak itu bermula.Malah katanya, beberapa minit selepas persetujuan gencatan senjata itu bermula, bunyi pesawat pejuang Israel masih lagi kedengaran berlegar-legar di ruang udara Gaza. Dalam pada itu, laporan terbaharu turut mengatakan, penduduk di sekitar Gaza City mula keluar ke jalanan untuk meraikan gencatan senjata tersebut.Satu laporan yang diperoleh AFP turut menyatakan Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu.Manakala pihak di Palestin pula diarahkan untuk menghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan.Jika gencatan senjata berjaya dilakukan sehingga 24 jam, Israel akan diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan menurut laporan itu lagi. - Sumber

Tuesday, November 20, 2012

PALESTIN: Eu gesa gencatan senjata atasi konflik Israel-Gaza

BRUSSELA 20 Nov. - Para Menteri Luar dan Pertahanan Kesatuan Eropah (EU) semalam, menggesa agar gencatan senjata dilakukan segera berhubung krisis antara Israel dan Gaza yang semakin memuncak.
Menteri Pertahanan Sweden, Carl Bildt berkata langkah itu perlu dilakukan bagi menghentikan pertumpahan darah yang meragut banyak nyawa.
"Jika kita tidak berbuat demikian, kita akan sentiasa menyaksikan pertumpahan darah dan kehilangan lebih banyak nyawa," katanya. - dpa


Sumber

PALESTIN: Israel bedil bangunan media di Gaza

CITY 20 Nov. - Tentera Israel meneruskan serangan ke atas Palestin dengan membedil sebuah bangunan yang menempatkan agensi media antarabangsa, di sini semalam, menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.
Mangsa yang maut itu dipercayai merupakan seorang daripada komander Jihad Islam yang berada di dalam bangunan tersebut ketika serangan berlaku.
Menurut saksi, Israel melancarkan tiga peluru berpandu ke arah bangunan tersebut, menyebabkan serpihan bangunan bertaburan dan terbakar. - REUTERS


Sumber

Monday, November 19, 2012

PALESTIN - Israel Serang 950 Sasaran di Gaza



Militer Israel mengungkapkan bahawa sejak dimulai pencerobohan ke Gaza, mereka telah menyerang 950 sasaran di Gaza, di antara yang telah diputuskan oleh panglima pasukan penjajah Israel sebelum perang dimulai, PNN melaporkan pada Sabtu (17/11/2012).

Militer Israel menggambarkan  operasi mereka "berjaya" dan "sempurna" sebagaimana yang telah dirancang, dan mereka menakwa telah menghancurkan gudang senjata milik Hamas dan Jihad Islam di Gaza.

Para pegawai militer Israel juga mengungkapkan pasukannya telah mensasarkan para pemimpin Gerakan Hamas dengan mensasarkan markas besar Ismail Haniyah, Perdana Menteri Gaza.

sumber

SYRIA - Pejuang Menang di Aleppo


Pejuang Syria pada Ahad (18/11/2012) berhasil mengambil alih penguasaan beberapa bahagian dari pusat militer strategik milik rejim setelah melewati dua minggu pertempuran di wilayah Aleppo.

"Pertempuran yang berlangsung antara tentera rejim dengan pejuang dari beberapa kelompok telah terjadi di sekitar pusat militer 46 selama dua minggu terakhir," ujar Observatorium Syria untuk HAM.
"Pejuang Syria berhasil mengambil alih kekuasaan beberapa bagian dari pusat 46," tambah pernyataan mereka.

sumber

PALESTIN - 24 Terbunuh Pada Ahad


Tentera Zionis Yahudi meningkatkan serangannya ke Jalur Gaza, pada Ahad (18/11/2012) 24 warga Palestin, termasuk kanak-kanak tak berdosa dari keluarga yang sama syahid akibat serangan udara.

Menurut laporan IMEMC, tentera Yahudi juga mengebom sebuah klinik di Gaza yang menyebabkan kerusakan parah, juga mengebom hositalAl-Karama dan beberapa rumah di sekitarnya yang terletak di utara Gaza.

Sebuah rumah di kem pelarian Jabaliya juga dihentam peluru jet, mengorbankan 11 anggota keluarga, sebahagian besar yang terbunuh adalah anak-anak kecil. Sementara sekurang-kurangnya 10 lainnya cedera, sebahagian dalam keadaan parah.

sumber

PALESTIN - 44 Juta Hacker Serang Laman2 Yahudi


Lebih dari 44 juta hacker berupaya menyerang lqaman-laman milik pemerintah penjajah Yahudi sejak Rabu (14/11/2012) ketika tentera penjajah Yahudi memulai serangan udaranya ke Jalur Gaza.  Ini dilakukan sebagai sebahagian dari aksi solidariti untuk Muslim Palestin.

Menteri Kewangan "Israel", Yuval Steinitz mendakwa hanya ada satu usaha serangan yang berhasil namun ia tidak ingin menyebutkan nama website yang diserang itu.  Biasanya hanya ada ratusan usaha peretasan dalam sehari terhadap situs "Israel", tambahnya seperti disiarkan arabnews.

Laman-laman milik Perdana Menteri, Presiden dan Menteri Luar Negeri telah disasarkan.
Serangan berasal dari seluruh dunia dan juga wilayah Palestin.

sumber

PALESTIN: Israel terus bedil Genting Gaza


Kepulan asap tebal menyelubungi Gaza City selepas tentera Israel meneruskan kempen serangan besar-besaran yang masuk hari kelima ke atas Genting Gaza, semalam. - AP

 GAZA CITY 18 Nov. - Serangan udara Israel ke atas bahagian tengah Gaza, hari ini menyebabkan 10 orang terbunuh, termasuk enam kanak-kanak Palestin dan tiga wanita, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Dalam serangan udara berasingan, sekurang-kurangnya lapan wartawan pula cedera apabila pesawat pejuang Israel menyerang dua bangunan media di sini pagi ini. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qaudra berkata, seorang daripada wartawan itu hilang sebelah kakinya apabila serangan mengenai pejabat al-Quds TV di bangunan Showa dan Housari di kawasan perumahan Rimal. Serangan pertama ke atas bangunan media itu dilancarkan pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).

Saksi berkata, bangunan-bangunan berkenaan mengalami kerosakan teruk dan menyaksikan wartawan dipindahkan selepas serangan pertama sebelum dua lagi serangan dilancarkan di kawasan itu. Serangan kedua berlaku pada kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (1 petang waktu Malaysia) dan mengenai bangunan Shuruq yang menempatkan pejabat al-Aqsa TV, di mana dua wartawan cedera. Pengarah al-Quds TV, Imad Efranji mengutuk kejadian itu sebagai jenayah baru terhadap media. Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Selmiya pula berkata, kanak-kanak berusia 18 bulan berkenaan, Iyyad Abu Khusa terbunuh dalam serangan di timur kem Bureij, tengah Gaza. Ashraf berkata, dua abangnya berumur empat dan lima tahun kini berada dalam keadaan kritikal.

 Katanya, angka kematian akibat serangan udara Israel sejak Rabu lalu kini telah meningkat kepada 60 orang. - AFP

Sumber

Pemberontak SYRIA tawan pangkalan tentera utama di Aleppo

BEIRUT 19 Nov. - Kumpulan pemberontak Syria dilapor menawan sebahagian kawasan strategik tentera kerajaan yang digempur sejak beberapa minggu lalu di wilayah utara Aleppo, semalam. Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, pertempuran sengit berlaku antara kedua-dua pihak sebelum kumpulan pemberontak menawan Pangkalan Tentera 46 di Atarib yang dikepung sejak beberapa minggu lalu. Jelas kumpulan pemerhati itu, pemberontak turut merampas sejumlah senjata berat milik tentera kerajaan semasa pertempuran tersebut tercetus. - AFP

Sumber

Sunday, November 18, 2012

PALESTIN - Gambar2 Terkini di ArRahmah

Klik di sini http://arrahmah.com/read/2012/11/18/24810-foto-foto-akibat-serangan-pasukan-zionis-yahudi-di-gaza-november-2012.html

PALESTIN - Jet Zionis Ditembak Jatuh


GAZA  Mujahidin Palestin berhasil menembak jatuh sebuah pesawat tempur zionis Yahudi yang terbang di atas Jalur Gaza, Jumaat (14/11).

Menurut sumber-sumber pejuang Hamas, jet tempur F-16 penjajah zionis Yahudi ditembak jatuh pada Jumaat (16/11).

Sementara itu, beberapa warga penjajah zionis Yahudi cedera setelah tiga buah roket yang ditembakkan mujahidin dari Gaza menghantam pemukiman Gush Etzion di Al-Quds atau juga dikenal dengan nama Jerusalem.

Sejumlah misil dan roket mujahidin Palestin juga menghentam wilayah penjajah zionis Yahudi di kota Tel Avivi, Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be'er Sheva.

Di Tel Aviv, sebuah roket mujahidin menghentam kawasan perdagangan. Sementara itu roket kedua jatuh hanya 200 meter dari Kedutaan Besar AS untuk Israel. Dalam beberapa dekad, ini adalah pertama kalinya Tel Aviv diserang oleh mujahidin Palestin. Tiga askar zionis Yahudi cedera oleh serangan roket di Eshkol.

sumber

PALESTIN - Bangunan PM Haniyah Hancur

Salah satu sasaran yang dihentam peluru Zionis adalah bangunan milik Perdana Menteri Gaza Ismail Haniyah, menyebabkan seluruh bangunan hancur. Namun Haniyah sedang tidak ada di tempat pada saat itu.

Militer Israel mendakwa bahawa kelmarin 160 roket telah ditembakkan ke Israel dari Gaza.
Militer Zionis mensasarkan markas Haniyah dan ken polis, ketika para pemimpin dari Mesir, Qatar dan Turki bertemu di Kaherah untuk membicarakan gencatan senjata.

Sementara itu Rumah Putih mengatakan bahawa Presiden Barack Obama juga sedang berkomunikasi dengan para pemimpin Mesir dan Turki, tetapi AS tetap menegaskan dukungannya terhadap Israel sejauh ini.

sumber

PALESTIN - 300 Serangan Udara Semalam


GAZA - 300 serangan udara menghentam Jalur Gaza dalam satu hari saja, Sabtu (17/11/2012), tentera Israel mengsahkannya sebagaimana dipetik The Sate.

Serangan udara yang dilancarkan pasukan Zionis Yahudi itu telah meluluhlantahkan puluhan bangunan di Gaza dan memakan korban jiwa serta mencederakan sejumlah besar warga Palestin.

Israel melakukan sekurang-kurangnya 300 serangan udara pada Sabtu, kata militer Israel, dan memperluas jangkauan sasarannya.

sumber

PALESTIN - 5 Maut dalam Serangan Udara


GAZA  Pesawat-pesawat tempur Israel terus mengebom tempat-tempat di seluruh Jalur Gaza, pada Sabtu (17/11/2012) malam lima warga Palestin dinyatakan gugur, menurut sumber perubatan Gaza yang disiarkan Ma'an.

Seorang lelaki lainnya bernama Tamer al-Hamri, meninggal akibat luka yang dideritanya setelah pasukan Zionis Yahudi mengebom Deir Balah pada Sabtu itu, menambah jumlah kematian menjadi 48 dalam waktu empat hari dan mangsa cedera hampir 400 orang.

Samahar Qidih (30), seorang wanita, meninggal setelah pasukan Zionis mengebom rumahnya di timur Khan Younis, kata sumber.

Ali Bin Saed (25), dan Muhammad Aydat meninggal dalam serangan udara di Juhor al-Dik di pusat Gaza, tambah sumber.

Sementara tiga warga Palestin lainnya yang cedera dipindahkan ke Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah.

Dua warga Palestin meninggal dalam pengeboman di Al-Musaddaar , namun identiti mereka belum diketahui. Perubatan mengatakan bahawa dua lainnya menderita luka-luka.

Pada Sabtu pagi, seorang warga Palestin bernama Awadh Hamed al-Nahhal (29), juga gugur dalam serangan udara Zionis dan tiga anggota kelompok perjuangan Gaza di utara Rafah juga gugur dalam serangan serupa. Seorang Mujahid lainnya, bernama Mukhles Mahmour Edwan (30), gugur akibat serangan udara Zionis di barat Rafah.

Serangan-serangan udara ini juga mengakibatkan kerosakan besar di seluruh Gaza, termasuk puluhan rumah warga awam.

sumber

Friday, November 16, 2012

Korban di SYRIA majoriti adalah penduduk awam

 BEIRUT 15 Nov. - Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mendedahkan bahawa lebih 39,000 orang yang terkorban dalam konflik di Syria sejak pemberontakan bagi menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad tercetus 20 bulan lalu, kebanyakannya terdiri daripada penduduk awam.

Pasukan pemantau itu berkata, daripada jumlah korban itu seramai 27,410 orang adalah penduduk awam, 9,800 askar dan 1,359 askar yang berpaling tadah.

Ketua badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman berkata, 543 orang lagi yang maut tidak boleh dikenal pasti untuk dimasukkan dalam jumlah korban yang kini mencecah 39,112 orang.

Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu berkata, jumlah kematian tersebut masih tidak menggambar keadaan sebenar kerana data itu tidak melibatkan mereka yang hilang, kebanyakannya dianggap mati, selain kematian anggota militia yang prokerajaan.

Rami berkata, sukar untuk mendapatkan jumlah korban sebenar melibatkan askar dan pemberontak kerana kedua-dua pihak ingin merahsiakan angka anggota mereka yang terkorban.

Pemantau hak asasi manusia itu bergantung kepada jaringan aktivis dan ahli perubatan di hospital awam dan hospital tentera untuk mendapatkan jumlah korban. -

Sumber

Thursday, November 1, 2012

17 terkorban di selatan AFGHANISTAN

KANDAHAR 1 Nov. - Siri letupan bom di selatan Afghanistan semalam mengorbankan 17 orang penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak.
Serangan itu berlaku selepas Ketua Suruhanjaya Pilihanraya berkata Taliban dan pemberontak dibenarkan mencadi calon pada pilihanraya Presiden tahun 2014 nanti.
Jumaat lalu, seramai 42 orang terkorban termasuk lima kanak-kanak di sebuah masjid di wilayah utara Faryab. - AFP

MYANMAR: 130 pelarian Rohingya hilang kerana bot karam


DHAKA 1 Nov. - Hampir 130 pelarian etnik Rohingnya Islam dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka ke Malaysia, karam di perairan sempadan Bangladesh dengan Myanmar, menurut polis hari ini.
Pegawai polis Mohammad Farhad di Teknaf, tenggara negara ini berkata, seorang daripada mangsa terselamat memberitahu, bot berkenaan memuatkan 135 penumpang ketika kejadian.
“Bot itu menuju Malaysia secara haram. Mangsa yang selamat itu juga tidak tahu nasib penumpang yang lain kerana kejadian berlaku pada waktu malam," katanya sambil menambah mangsa terselamat berusia 24 tahun itu kini ditahan. - AFP