Saturday, December 29, 2012

Israel Mahu Tambah Bina 9,000 Pangsapuri

Baitulmaqdis: Israel merancang projek pembinaan terbesar dalam tempoh beberapa dekad di Baitulmaqdis timur, tindakan yang disifatkan usaha mengukuhkan cengkamannya di wilayah yang menjadi perebutan dan merumitkan lagi proses damai. 

Dengan lebih 9,000 pangsapuri kini berada pada beberapa peringkat pembinaan dan perancangan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa beliau tidak mungkin menyerahkan mana-mana bahagian di kota suci itu kepada rakyat Palestin, seperti yang pernah diterima dua pemimpin Yahudi sebelum ini. 
Rancangan pembinaan itu bakal melengkapkan lingkaran kediaman Yahudi di dalam kawasan penduduk Arab di Baitulmaqdis timur, sekali gus menyukarkan perhubungan dengan Tebing Barat. 


Netanyahu tidak serius 

Rakyat Palestin yang berharap menjadikan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negaranya, berkata tidak akan ada perjanjian damai tanpa pemisahan Baitulmaqdis. 

Mereka juga mendakwa projek pembinaan itu membuktikan bahawa Netanyahu tidak serius dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin dan Israel. 

Dalam tempoh kira-kira seminggu, pegawai Israel sudah menggerakkan projek 5,000 pangsapuri di Baitulmaqdis timur hingga ke tahap di mana pembinaan boleh dimulakan, termasuk penempatan baru pertama di kawasan itu dalam tempoh 15 tahun. 
9,000 pangsapuri 

Jumlah 9,000 pangsapuri yang dicadangkan akan menambah 20 peratus daripada sebanyak 50,000 pangsapuri sedia ada yang dibina untuk penduduk Yahudi di Baitulmaqdis timur. 

Israel menakluk Baitulmaqdis timur dan menjadikan wilayah itu sebagai miliknya selepas merampasnya dari Jordan dan memulakan penempatan Yahudi di kawasan itu. - AP

SUMBER

SYRIA - Pembangkang Tolak Tawaran RUSIA

BEIRUT: Barisan pembangkang Syria hari ini menolak jemputan Moscow bagi mengadakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian menamatkan konflik yang berlarutan selama 21 bulan di negara itu. 

“Kami secara ikhlas tidak akan ke Moscow," kata ketuanya, Ahmed Moaz al-Khatib kepada stesen televisyen Al-Jazeera. 
Khatib berkata, Russia sepatutnya meminta maaf kerana 'mencampuri hal ehwal Syria', sebaliknya perlu mengutuk pembunuhan yang dilakukan rejim kerajaan dan mendesak agar Presiden Bashar al-Assad segera disingkirkan. 


“Kami mahu permintaan maaf dari Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov,kerana mencampuri hal ehwal Syria dan keengganan Moscow untuk mengutuk pembunuhan ramai rakyat Syria yang dilakukan rejim Bashar," katanya. - AP 

sumber

SYRIA - 2 Jeneral Tentera Udara Berpaling Tadah


Diplomat Turki mengatakan pada Jumaat (28/12/2012) bahawa dua Jeneral Angkatan Udara Syria membelot dari rejim Assad dan bergabung dengan pihak pembaangkang. Sementara itu, tiga jurnalis dari media yang dijalankan oleh negara juga membelot.

Para jeneral, melintasi perbatasan dan tiba di kota Reylani, Turki selatan, lapor AFP.
Mereka bersama puluhan askar berpangkat lebih rendah dan keluarga dibawa ke kem militer terpisah di mana para pembelot mencari perlindungan.
Para pegawai Turki menolak untuk memberikan jumlah sebenar jeneral Syria yang saat ini berada di tanah Turki.

Israel Buat Pagar 250 km di Sempadan MESIR


Perdana Menteri Israel  Benjamin Netanyahu, menjelaskan bahawa proses pembangunan pagar di perbatasan Israel – Mesir di sekitar kota “Eilat” akan selesai selama beberapa minggu akan datang.
Netanyahu menyatakan arus  penyusup di perbatasan telah berhenti hampir seluruhnya Setelah pembentukan pagar ini, seperti dikutip oleh pejabat berita” Anba’u syarqi ausat”  dan radio “Voice of Israel”  pada Jumaat pagi.
Militer Israel telah menerbitkan batalion militer baru di kota Eilat di pantai Laut Merah, yang menghadap gurun Sinai Mesir, menurut pernyataan militer Israel.
Militer Israel mengatakan “batalion ini telah selesai dibentuk pada Rabu lalu secara reasmi untuk meningkatkan keamanan di sekitar Eilat, dan membantu Brigade Sagoa..”, dan akan dibentuk bersama sama dan dijuluki “Edom” yang beroperasi di sepanjang perbatasan dengan Mesir.
Jenderal Tal Russo, komandan wilayah militer selatan, “Kami hidup di zaman perubahan dan gejolak.Ancaman dari Sinai lebih besar..”. Ia menambahkan “Israel hampir menyelesaikan pembangunan pagar perbatasan sepanjang 250 km di sepanjang perbatasan dengan Mesir.”
Netanyahu menegaskan Rabu lalu, ke sejumlah menteri,bahawa presiden parti “gerakan” Israel, Menteri Luar Negeri Israel Tzipi Livni, akan menjadi Menteri Luar AS dalam pemerintahan berikutnya.

SYRIA - Nasib Masjid Merangkap Hospital


Salah satu negeri Muslim yang mengalami kezaliman paling parah hari ini adalah Syria.  RTakyat diserang dengan artileri berat dan pesawat tempur.
Pada awalnya, seperti negeri-negeri lainnya di Timur Tengah, Muslim Syria mengadakan demonstrasi damai menuntut perubahan. Rezjim Basyar Asad yang mewarisi kekuasaan dari ayahnya, Hafidz Asad, kemudian menghadapi demo itu dengan represi kejam. 
Maka rakyat Muslim yang 40 tahun ditindas minoriti Nushairi pun melakukan penentangan. Mereka seperti semut yang menggigit kerana diinjak-injak dengan kejam. 
Untuk lebih memahami apa yang tengah terjadi, Eramuslim pun mengutus wartawannya, Fahmi Suwaidi, untuk meliput keadaan di sana. Ia menyertai pasukan Hilal Ahmar Society Indonesia (HASI) yang mengirimkan pasukan doktor dan bantuan kemanusiaan ke sana. Insya Allah hasil liputannya akan dimuat secara berseri di website (Eramuslim) ini. Semoga meningkatkan kepedulian Muslim di Indonesia terhadap keadaan saudara seimannya di Syria.
Hari Pertama
Masjid yang Dihentam 500 Kali
Hari pertama di Salma, sebuah kota di Syria, kami berjalan-jalan keliling kota. Cuaca yang mendung membuat tak ada serangan udara. Kami dibawa Abu Muhammad, sesepuh di kota itu, melihat-lihat sisa-sisa keindahan kota pelancongan yang kini hancur kerana serangan bom, roket dan mortar.
Salah satu yang kami kunjungi adalah masjid. Berlantai dua, bahagian atas untuk solat, bahagian bawah untuk madrasah. Masjid yang indah dengan sentuhan marmar di seluruh penjurunya kini nampak berantakan.
Dari luar, menaranya masih nampak menjulang gagah. Namun beberapa lubang terlihat jelas, bekas tembakan roket. Lubang yang lebih besar juga terlihat di sampingnya. Air menggenang dari sisa hujan yang menerobos melalui lubang-lubang di dinding.
Abu Muhammad menunjuk ruang bawah yang berfungsi menjadi madrasah. “Dulu hospital pernah ditempatkan di sini. Namun kerana kerap diserang, lalu dipindahkan.”
Setelah kembali ke rumah sakit, Dr Romi berkisah bahawa selama dua bulan berbasis di masjid mereka mendapat 500 kali serangan. Baik berupa tembakan mortar, roket maupun bom dan birmil. Alhamdulillah, mereka masih dilindungi Allah dengan keselamatan dan ketenangan.
Jika hitungan itu benar, maka rata-rata setiap hari masjid merangkap rumah sakit itu mendapat lapan kali serangan. Setiap tiga jam sekali tembakan diarahkan ke rumah Allah itu. Tapi mengapa menjadi sasaran khusus?
Menurut ketua Hospital Salma itu, rejim Basyar Asad memang mengincar masjid sebagai tempat kaum Muslimin berkumpul dan beribadah. Ditambah lagi adanya rumah sakit di sana. “Rejim barbar itu tak sudi membiarkan ada rumah sakit yang merawat para korban kekejamannya,” ujarnya getir.

Hari Kehancuran dan Qiamat


KIAMAT! Jom faham! Penjelasan saya (sebab heboh sana-sini) :

1. Ramai yang terkeliru antara Hari Kehancuran dengan Hari Qiamat. Dah cakap dah dalam kuliah Ihya' dan upload ke internet (kalau tak salah). Hari Kehancuran ialah hari kebinasaan alam. Hari Qiamat ialah hari kebangkitan selepas Hari Kehancuran. Qiamat bukan hari kehancuran. Hari Kehancuran ada nama-namanya seperti As-Saa'ah, Az-Zalzalah dan lain-lain dalam Quran, tapi Al-Qiamah hanya digunakan untuk Hari Kebangkitan Semula di akhirat nanti. Memang rata-rata orang samakan hari kehancuran dengan Hari Qiamat. Padahal kedua-duanya tak sama. Kalau baca terjemahan ayat Quran atau hadith, sila tengok perkataan asal yang digunakan. "Al-Qiyamah" tidak digunakan untuk Hari Kehancuran, melainkan Hari Kebangkitan/Akhirat. WA

2. Tidak ada siapa pun yang tahu bila Hari Kehancuran, hanya Allah yang tahu. Ia berlaku pada waktu yang sangat tak disangka-sangka oleh manusia dan jin. Pada waktu semua orang tak jangka ketika itu berlaku hari kehancuran, ketika itulah ia berlaku. Sebab itulah manusia dan jin sangat-sangat terkejut sehingga dikatakan jantung ternaik ke kerongkongan. Jadi, kalau ada orang atau kumpulan bagi tahu Hari Kehancuran akan berlaku sekian-sekian ketika, 'confirm' bohong. Ia berlaku pada saat yang kita sangat-sangat tidak sangka.

Al-Faqir Abu Zulfiqar (Satu Umat)
20 Disember 2012 (di Facebook)

Friday, December 28, 2012

Yahudi INDIA Berpindah ke Israel


Puluhan orang Yahudi berimigrasi (mereka mengaku keturunan dari salah satu suku Yahudi yang kehilangan Taurat) ke Israel dari desa mereka di timur laut India. Para anggota suku “Bani Monash” Mereka adalah keturunan dari Yahudi yang telah ditolak ke India pada abad kelapan SM. Dan sekitar 1.700 dari mereka dipindahkan ke Israel oleh pemerintah India tanpa visa.
Dan Israel baru-baru ini memutuskan  tindakan itu, dan setuju atas kedatangan seluruh anggota suku itu  yang berjumlah 7.200 orang. Dan Lima puluh tiga dari mereka telah tiba pada hari Isnin.
Aktivis Israel Michael Freund mengatakan hampir 300 orang akan tiba dalam beberapa minggu mendatang. Ling Ankonzz (26 tahun) telah tiba dengan suami dan anak perempuan mereka, yang berusia lapan tahun. Dia berkata: “Setelah menunggu selama ribuan tahun, akhirnya tercapai impian kami.”
Tapi tidak semua orang Israel percaya bahawa semua orang suku Bani Monash adalah orang Yahudi, kerana ada juga pertanyaan yang timbul, maka jawabannya adalah sebahagiannya melarikan diri dari kemiskinan di India adalah alasan di balik migrasi mereka ke Israel.
Mantan menteri dalam negeri Israel Abraham Poraz mengatakan anggota dari suku Bani Monash tidak memiliki hubungan dengan orang-orang Yahudi. Menteri tersebut mengatakan penerimaan Bani Monash akan ditempatkan di perumahan baru  di Tebing Barat.
(zae/skynews arab)

SYRIA - Assad Cari Perlindungan Venezueala Pula


Media Tuki menyebutkan Presiden Syria Bashar Assad sedang mencari perlindungan bagi dirinya dan keluarganya di Venezuela, pada saat dimana ia tingkatkan serangan militer di dalam negeri.
Menurut Sumber media,” Presiden Venezuela Hugo Chafez adalah sekutu presiden Assad yang juga di dukung oleh Rusia dan Iran.
Sedangkan Wakil Menteri Luar Negeri Syria ,Faisal Miqdad, melakukan kunjungan ke Amerika Latin pada awal bulan ini, ia mengatakan,” Ia sedang membawa pesan khusus dari Chavez kepada rakan Syria, namun ia menekankan bahawa Assad tidak akan meninggalkan Syria.”
Sumber Hak asasi manusia di Syria menyebut,” Ada kemungkinan Presiden Syria akan meminta perlindungan ke negara-negara seperti Rusia, Belarus atau Venezuela…”
Sementara itu Menteri Luar Negeri Rusia, Sergei Lavrov menolak seruan Barat agar Rusia memujuk Assad untuk meninggalkan kekuasaan dan keluar dari krisis yang sedang berlangsung sejak pertengahan Mac 2011,Ia mengatakan,” Seharusnya Barat melakukan hal itu sendiri.”
Sumber tersebut juga menambahkaan,” Bahwa belum ada tanda-tanda bahwa Assad sudah siap meninggalkan kekuasaan meskipun serangan penentang telah mencapai gerbang ibukota Damsyik. (hr)

SYRIA - Assad Minta Perlindungan Rusia


Presiden Syria Bashar al-Assad mengirimkan  diplomat tingginya ke Moscow untuk membahas proposal yang dibawa oleh utusan internasional untuk Syria Lakhdar Brahimi agar bagaimana mengakhiri konflik yang telah menghancurkan negara itu dengan menguntungkan Assad.
Sebuah sumber keamanan mengatakan Wakil Menteri Luar Negeri Syria Faisal Mekdad pergi ke Moscow untuk membahas rincian dari pembicaraan dengan Brahimi, tetapi pegawai Lebanon yang rapat dengan Damsyik mengatakan bahawa Mekdad pergi ke Moscow untuk mendapatkan nasihat dari Rusia tentang kemungkinan bagaimana kesepakatan akhiri konflik.
Para pegwaiLebanon mengatakan para pejabat Syria optimis setelah pembicaraan dengan Brahimi, dan itu menunjukkan bahawa “Akan ada suasana baru dan baik yang akan  terjadi,” seperti disiarkan pejabat berita Reuters.
Brahimi Isnin lalu bertemu dengan Assad, dalam usahanya untuk menengahi masa  transisi yang damai dalam kekuasaan, juga akan dirancang akan ada serangkaian pertemuan antara para pegwai Rejim Assad  dengan para pembangkang di Damsyik minggu ini.
Rusia, yang telah mendukung Assad secara diplomatik dan juga militer sejak krisis dimulai sekitar 21 bulan yang lalu, sangat mengkritik dukungan dari luar  bagi penentang bersenjata.

SYRIA - Bom Fosforus Digunakan?


Aktivis pembangkang Syria menuduh Pasukan presiden Syria Bashar Assad menyerang salah satu kota di Damsyik dengan bom fosforus.
Aktivis Syria menyiarkan Video di “You Tube” mereka mengatakan bahwa pasukan pemerintah di kota Erbeen menyerang dengan  menggunakan Bom forsforus yang dilarang antarabangsa.
Perlu dicatat bahwa sesuai dengan konvensyen Geneva tahun 1980 yang menyatakan penggunaan fosforus putih adala termasuk jenayah perang, yang boleh menyebabkan luka bakar kimia parah sebagaimana asapnya mampu menyebatkan sakit atau bahkan kematian. (hr/islm Today)

Dana Palestin, Penjelasan Ali Rustam Diharapkan

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera.

"PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin.

"Kita mendesak kerajaan negeri supaya menyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat," ujar Adly dipetik dari akaun Facebooknya hari ini.

Sebelum ini beliau telah membuat desakan dalam blognya namun tiada jawapan konkrit dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan jabatan dan agensi kerajaan dan orang awam.

"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011.

"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita.

Menurutnya, Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.

"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama”? soal Adly.

Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.


Monday, December 17, 2012

25 terbunuh jet tentera SYRIA bom kem pelarian PALESTIN

BEIRUT 17 Dis. - Serangan bom jet pejuang Syria ke atas kem pelarian Palestin di Yarmouk, selatan Damsyik semalam telah menyebabkan sekurang-kurangnya 25 maut.
Kesemua mangsa berkenaan didakwa sedang berlindung di dalam sebuah masjid.
Satu video yang disiarkan laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat bergelimpangan di kawasan tangga masjid berkenaan.
Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen untuk mengusir penentang Presiden Bashar al-Assad yang telah berlanjutan sejak sebulan yang lalu. - REUTERS

Friday, December 14, 2012

Tentera SYRIA guna Scud


Gambar fail bertarikh 8 April, 2003 merakamkan dua buah peluru berpandu Scud milik Iraq diletakkan di atas trak untuk dibawa oleh tentera AS melalui lebuh raya dekat bandar Al-Shumali, ke selatan Baghdad. Tentera didakwa melancarkan peluru berpandu Scud ke atas pemberontak, 
 
 
KABUL 13 Dis. - Tentera Syria meningkatkan serangan ke atas pemberontak dengan menggunakan peluru berpandu Scud sejak beberapa hari lalu, sekali gus meletakkan konflik di Syria semakin meruncing.
Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan perkara itu, semalam dengan mendakwa tentera Presiden Bashar al-Assad melancarkan peluru tersebut dari Damsyik ke utara Syria.

Seorang pegawai yang tidak mahu dikenali menganggarkan tentera Syria melancarkan lebih enam peluru berpandu Scud, mengesahkan maklumat awal yang dilaporkan The New York Times.
Keadaan itu berlaku pada hari yang sama lebih 100 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengiktiraf pemberontak Syria sebagai wakil sah penduduk Syria, sekali gus memberi tekanan kepada pemerintahan Assad.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada petunjuk senjata kimia digunakan dalam peluru berpandu itu.
Menurutnya, sejak minggu lalu pihaknya bimbang kelebihan yang diperolehi pemberontak memaksa Assad menggunakan senjata jenis itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland turut mengesahkan tentera Assad menggunakan peluru berpandu ke atas pemberontak, namun tidak menyatakan jenisnya.

“Pemerintahan beliau (Assad) berada dalam keadaan tertekan menyebabkan tenteranya melancarkan lebih banyak senjata dan yang terbaharu, kami menerima laporan peluru berpandu mula ditempatkan di beberapa kawasan," kata beliau.

Sementara itu, beberapa letupan berlaku di luar Kementerian Dalam Negeri Syria semalam, menyebabkan tujuh maut, manakala 50 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Mohammad al-Shaar dan beberapa pegawai tinggi kementerian itu terselamat dalam kejadian tersebut. - AGENSI

AFGHANISTAN: 13 cedera letupan bom di Kandahar

KANDAHAR 14 Dis. - Sebuah bom kereta meletup di pangkalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di selatan Afghanistan semalam menyebabkan 10 orang awam dan tiga tentera asing cedera.

"Pengebom berani mati itu bertindak meletupkan keretanya semasa kumpulan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) memasuki kawasan Kandahar menyebabkan 10 orang awam dan tiga anggota ISAF cedera," Ketua Polis Kandahar General Abdul Razeq memberitahu AFP.

Jurucakap NATO mengesahkan kejadian tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat sepenuhnya. - AFP

Wednesday, December 12, 2012

Jumlah pelarian SYRIA melebihi setengah juta

GENEVA 12 Dis. - Lebih setengah juta pelarian Syria kini telah berdaftar atau masih menunggu giliran pendaftaran di pusat-pusat pelarian yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dalam kenyataannya semalam berkata, seramai 509,559 penduduk Syria telah ditempatkan di pusat pelarian di Lebanon, Iraq, Turki dan Afrika Utara.

Jumlah pelarian yang telah berdaftar iaitu 425,160 orang, meningkat kira-kira 3,200 orang setiap hari pada bulan lalu dan hampir 1,000 penduduk Syria dilapor memasuki Jordan pada dua hari lepas. - REUTERS

PALESTIN: Isu penempatan, Abbas ikrar ambil tindakan

ANKARA 11 Dis. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berikrar akan mengambil tindakan sewajarnya jika Israel meneruskan rancangan membina 3,000 unit rumah baharu peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis.

"Jika rancangan itu menjadi kenyataan, kami akan mengambil tindakan melalui kaedah lain,'' katanya di Parlimen Turki dalam rangka lawatan dua harinya ke negara ini.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil.
Abbas berkata, tindakan meneruskan pembinaan penempatan haram itu diambil rejim Zionis berkenaan sebagai 'menghukum' rakyat Palestin.

Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada bulan lalu mengiktiraf resolusi yang menaik taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu.
Israel mengkritik pengiktirafan tersebut sebagai satu halangan dalam mencapai keamanan dan mendedahkan rancangan pembinaan 3,000 buah rumah tersebut.

Abbas berkata, pihaknya mahu membuka ruang bagi mencapai keamanan dan membina sebuah negara yang bebas.
"Kami baru berada di permulaan dan perjalanan masih panjang, tetapi kami berada di landasan yang betul,'' katanya dalam ucapan yang diterjemahkan daripada bahasa Arab.
Lawatan Abbas ke Turki merupakan yang pertama selepas pengiktirafan PBB tersebut. - AFP

Tuesday, December 11, 2012

SYRIA: Pemberontak terus dibedil


Gambar semalam merakamkan jalan menuju ke pangkalan tentera Sheikh Suleiman, kira-kira 25 kilometer ke barat laut Aleppo yang ditawan pemberontak Syria. Pemberontak terus mengukuhkan kedudukan dengan menawan pangkalan tentera di wilayah utara dekat sempadan Turki. - AFP 
BEIRUT 10 Dis. - Tentera Syria memperhebatkan serangan udara ke atas kubu pemberontak di pinggir bandar raya Damsyik, hari ini ketika pemberontak meningkatkan serangan ke atas Damsyik.

Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, serangan udara itu dilancarkan ke atas Daraya ketika pasukan tentera kerajaan dan pemberontak terus bertempur, manakala bedilan meriam dilancarkan ke atas Moadamiyet al-Sham.

Pertubuhan yang beribu pejabat di Britain itu berkata, serangan udara turut dilancarkan di Ghouta Timur, kawasan yang dijadikan sebagai pangkalan pemberontak.

Tentera Syria sejak beberapa hari lalu mengebom kawasan kubu kuat pemberontak di pinggir bandar Damsyik melalui udara dan darat, sekali gus meningkatkan kebimbangan mereka mahu membuat kepungan selamat di sekitar bandar raya itu.

Menurut pertubuhan itu, pertempuran dan serangan bom turut berlaku di wilayah utara Aleppo serta wilayah tengah Homs dan Deir Ezzor.

Akhbar al-Watan pula melaporkan, tentera melancarkan serangan besar-besaran ke atas Barisan al-Nusra, kumpulan yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda, di beberapa wilayah di Damsyik dan Aleppo, semalam.

Tentera turut menyerang pemberontak di daerah Tadamun dan Hajar Aswad, selatan Damsyik menyebabkan berpuluh-puluh orang maut atau cedera.
Dalam keganasan semalam, seramai 94 orang terbunuh di seluruh Syria, kebanyakannya orang awam. - AFP

Monday, December 10, 2012

PALESTIN: Hamas tolak iktiraf Israel

GAZA CITY 9 Dis. - Pemimpin Hamas yang tinggal dalam buangan, Khaled Meshaal menolak sebarang kompromi berhubung wilayah Palestin atau mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Beliau turut meminta rakyat Palestin bersatu sebagai satu bangsa yang kuat.
"Palestin adalah tanah air dan negara kita, dari Laut Mediterranean hingga ke Sungai Jordan dan kita tidak boleh melepaskannya walaupun seinci atau satu bahagian.

"Tentangan merupakan tindakan terbaik bagi mendapatkan kembali hak kita, disertai segala bentuk perjuangan 'politik, diplomatik, perundangan dan populariti' tetapi semua itu tidak akan berjaya tanpa tentangan,'' katanya selepas majlis ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas, di sini semalam.

Ketika bercakap mengenai perpaduan, beliau berkata; ''Kita (penduduk Palestin) mempunyai sebuah pihak berkuasa, satu rujukan tunggal dan rujukan kita adalah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang kita mahu satukan.''

Kenyataan beliau itu memberi isyarat terbaharu Hamas akan menyertai semula PLO dan merapatkan barisan dengan pertubuhan Palestin yang lain bagi menguatkan perjuangan rakyat Palestin. - AFP

Thursday, December 6, 2012

PALESTIN mohon henti projek penempatan Yahudi

RAMALLAH . - Palestin akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghentikan dua projek pembinaan penempatan haram Yahudi oleh Israel.
Palestin juga memberi amaran jika projek itu dilaksanakan, ia akan menutup harapan terakhir untuk menyelesaikan konflik Asia Barat.
Ketua perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, pihaknya meminta Majlis Keselamatan PBB menghalang pembinaan penempatan haram Yahudi tersebut, atau harapan untuk mencapai keamanan tidak akan berlaku.
Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) juga perlu memainkan peranan bagi menghentikan pembinaan penempatan haram itu.
"AS perlu mengambil tindakan jika negara itu tidak mahu sekali lagi menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB seperti yang berlaku pada 2011,'' katanya hari ini.
Israel dilapor meluluskan pembinaan projek penempatan haram Yahudi, E-1 dan Givat Hamatos yang menyaksikan kira-kira 7,500 unit pangsapuri dibina di Baitulmaqdis.
Pembinaan penempatan haram baru itu akan memisahkan Tebing Barat dari timur Baitulmaqdis yang ingin dijadikan oleh Palestin sebagai ibu negaranya.
Israel meluluskan projek penempatan haram tersebut selepas PBB meluluskan permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati bertaraf bukan anggota badan dunia itu pada minggu lalu. - AGENSI

MESIR: Penyokong dan penentang Mursi bertempur

KAHERAH 6 Dis. - Penyokong dan penentang Presiden Mesir, Mohammed Mursi semalam saling melontar batu antara satu sama lain dan bertempur dengan menggunakan kayu dalam kejadian di Istana Presiden, semalam.
Beribu-ribu penyokong Mursi menyahut seruan Ikhwan Muslimin untuk berhimpun sambil meluang-laungkan slogan `rakyat mahu membersihkan dataran’ daripada penunjuk perasaan pembangkang dan `Mursi punya hak’.
Penyokong Mursi kemudiannya bertindak menghalau kumpulan penunjuk perasaan anti-Mursi daripada Istana Presiden serta mengoyakkan khemah mereka.
Bagaimanapun laporan awal menyebut tiada kecederaan berlaku. - AFP

SYRIA - Bom Berani Mati Bunuh 50 Askar


Mujahidin Jabhah Nushrah kembali melakukan serangan bom bernai mati terhadap kem militer rejim Syria di Khan Baqar, dekat lapangan terbang militer Nairab pada Ahad petang (2/12/2012).

Satu kelompok mujahidin terlibat dalam berbalas tembak sengit untuk membukakan jalan bagi mujahid yang membawa trak dengan 700 kg bahan peledak. Bom kereta kemudian diledakkan dan disusul oleh ledakan gudang senjata dalam kompleks kem. Kem militer itu hancur lebur dan sekurang-kurangnya 50 tentera rejim Nushairiyah terbunuh dalam serangan heroik tersebut. sumber

SYRIA - 3 Serangan Bom Kereta


DARA'A Mujahidin Jabhah Nushrah kembali melakukan tiga serangan bom kereta terhadap asrama tentera, pos pasukan intelijen militer dan rumah  gabenuor rejim Syria di kota Dara'a.
Dua serangan bom syahid menghancurkan asrama tentera dan pos pasukan intelijen militer. Satu serangan bom kereta lainnya menghancurkan rumah  gabenor rejim dan memenggal kepalanya.
Sebuah bom syahid lainnya yang semula ditujukan terhadap pos militer Kibritah akhirnya dibatalkan oleh mujahidin, demi menghindari jatuhnya korban di pihak warga awam muslim yang sedang diperiksa oleh tentera dalam pos militer tersebut. sumber

PALESTIN - Yahudi Rosakkan 200 Pohon Zaitun Palestin


Sumber Palestin melaporkan bahawa sekelompok pemukim haram ekstrimis Yahudi memotong dan merosak hampir 200 pohon zaitun di perkebunan Palestin di kota Bethlehem, Tebing Barat.
Sumber mengatakan penyerang membawa senjata dan merosak pohon-pohon zaitun di desa Al-Jab'a, Bethlehem barat.

Serangan ini merupakan salah satu dari banyak serangan serupa yang dilakukan oleh ekstrimis Yahudi bersenjata di mana mereka mendakwa bahawa kebun-kebun itu adalah milik mereka.

Dalam peristiwa lain, pasukan Zionis menginvasi kota Ramallah dan menangkap sembilan Muslim Palestin tanpa tuduhan jelas. sumber

PALESTIN - Israel Pertingkat Pertahanannya



Nazaret – PIP: Seorang pegawai Israel mengatakan versi sistem penangkis peluru berpandu sebagaimana dikatakan Israel paling mampu menjatuhkan 90 peatus roket-roket yang ditembakkan akivis Hamas sebelum tercapai gencatan senjata minggu lalu, akan siap untuk ditempatkan dalam tiga tahun mendatang.

Dia menambahkan bahawa sistem baru ini akan menghubungkan sistem Iron Dome yang menghadang peluru berpandu jarak pendek dari Gaza dan sistem Arrow untuk mencegah peluru berpandu jarak jauh yang sudah ditempatkan untuk membuat perisai multi level yang sedang diusahakan Israel untuk dibuat dengan bantuan Amerika Syarikat untuk menangkis ancaman dari Iran dan sekutunya di perbatasan Israel.

Jenderal Ben Yisrael mengatakan, “Di bawah sistem seperti ini anda dapat melihat peluru berpandu/roket yang datang dari kejauhan sebelum mengenai sasarannya." sumber

Kongres Islam Sedunia di Kelantan Berjaya

KOTA BHARU: Kongres Islam Sedunia yang julung kali diadakan di Kelantan dianggap mencatat sejarah apabila berjaya diadakan selama lima hari membabitkan pembentangan lebih 80 kertas kerja.

Berakhir petang tadi dengan menampilkan pembentangan hari terakhir oleh wakil-wakil dari UM, UKM, UNITEN, UTM, UIAM, Unisel, UMK, England, Pakistan dan sebuah syarikat berkaitan IT.

Manakala pesertanya daripada Thailand, Terengganu, Selangor dan kolej pengajian tinggi tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan.

Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifat kongres tersebut sebagai satu persidangan yang paling panjang pernah diadakan di negara ini.

“Ini seperti satu sidang akademik yang bersifat maraton. Bagi kerajaan negeri ia merupakan kali pertama diadakan dengan kehadiran begitu ramai cendikiawan dari seluruh dunia.

“Pada awalnya saya juga merasa agak bimbang dengan tempoh persidangan yang begitu panjang. Namun apa yang penting kita berjaya menghimpunkan ramai cendikiawan dan pemikir,” katanya pada perasmian penutup World Congres On Islamic Systems 2012 di sebuah hotel di sini.

Hadir sama anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Menurutnya persidangan bercorak akademik seumpama itu akan diadakan secara tahunan bagi menghasilkan penemuan atau kajian baru.

“Melalui seminar seperti ini setidak-tidaknya dapat membantu memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri hasil daripada penyelidikan yang dijalankan pengkaji.

“Malah ada juga pembentang dari luar negara datang turut mengambil ksempatan untuk belajar dengan pengalaman Kelantan selepas lebih 22 tahun berada di bawah gerakan Islam,” ujarnya.

Timbalan Pengerusi program berkenaan, Zulkifli Mamat berkata, seminar tersebut tidak mudah untuk diadakan dan ia dirancang sejak setahun lalu.

“Program ini dianggap bukan yang terakhir dan diharap dapat diadakan lagi di sini pada tahun akan datang,” ujarnya.

sumber

Wednesday, December 5, 2012

MAJLIS Dr. Usamah Mahmud Al-Azhari

Majlis Bersama Syeikh Dr. Usamah as-Sayed Mahmud al-Azhari

MAJLIS Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Majlis Ilmu Bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Disember 2012)

sumber : http://majlisilmu.blogspot.com/ 

SYRIA - Sudah 45 Orang Jeneral Berpaling Tadah

Dalam akhbar  “Zaman” Turki disebutkan bahawa 46 askar Syria berpaling dan melarikan diri ke Turki pada Jumaat (30/11) kerana meningkatnya kekerasan di negara itu.

Di dalam laman akhbar itu disebutkan  terdapat 46  jenderal, 3 kolonel dan 2 leftetnan kolonel, di samping itu juga terdapat satu berpangkat mejar dan beberapa tentera beserta keluarganya, mereka membelot dan menyeberang ke desa Bokolmes provinsi Turki Hatay Selatan. Hal ini menambah jumlah Jenderal Syria yang membelot ke Turki, yang tercatat hingga saat ini mencapai 45 jenderal.

sumber

Askar SYRIA Serang Sunni di LEBANON?


Menurut sumber keamanan yang juga seorang pemimpin Islam setempat, 21 Muslim di Lebanon terbunuh pada Jumaat, dalam sebuah penyergapan pasukan pemerintah Syria di daerah Talkalakh  dekat perbatasan Syria-Lebanon,

Pegawai setempat yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan, “Kami memiliki informasi tentang kematian 21 warga Lebanon dan Palestin di Syria”.

Sebelum itu, satu sumber ini mengatakan “17 orang muda dari Tripoli terbunuh dalam penyergapan pasukan reguler di provinsi Hims,”  para korban adalah “para pejuang pembangkang Syria.”

Sebagai seorang pemimpin Islam setempat dia mengkhaabarkan mereka termasuk anggota dalam gerakan Islam dan mereka berasal dari beberapa lingkungan di kota Tripoli di Lebanon utara.

“Para pemuda yang bergabung dalam gerakan Islam telah meninggalkan Tripoli pada Jumaat pagi ke Syria.” Jelas sumber ini.

Ia melanjutkan “saat ini keadaan di kota dalam kebingungan dan ketegangan dengan latar belakang terbunuhnya mereka, terutama kabar tentang informasi yang menyatakan bahwa mereka dieksekusi, kerana tidak terbunuh selama konfrontasi dengan militer.”

Para aktivis Muslim di Tripoli menjelaskan bahawa “dari para korban yang terbunuh ada 2 bersaudara dan ayah mereka adalah seorang imam di sebuah masjid di kota Bab Attibanah, yang mana itu adalah lingkungan majoriti Sunni di Tripoli.”

ketegangan di sejumlah daerah lingkungan Sunni di Tripoli setelah menerima berita itu bertambah , sehingga beberapa kedai ditutup kerana takut ada kesan negatif dari keamanan di  kota, yang mana terlihat selama beberapa bulan terakhir beberapa kekerasan antara orang orang Alawi dan ini tahun krisis di Syria.

sumber

MESIR - Jutaan Penyokong Mursi Berdemo

Jutaan massa pendukung Presiden Mursi mulai tiba di depan Universiti Kaherah, seperti yang diberitakann sebelumnya bahawa demonstrai kali ini yang bertema “Asy-Syar’iyah wa asy-syari’ah” adalah dalam rangka mendukug deklarasi konstitusi yang dikeluakan oleh Presiden Muhammad Mursi pada 22 November lalu.

Seperti dikutip Al-Jazeera bahawa Parti “kebebasan dan keadilan” sayap politik Ikhwanul Muslimin menyatakan  “kekuatan Nasional, Islam dan revolusioner mengenderai jutaan massa sabtu adalah merupakan bentuk dukungan untuk legitimasi, identiti bangsa serta untuk mendukung Presiden yang dipilih oleh rakyatnya.”

sumber

SYRIA - 3 Jet Dijatuhkan

Pejuang pembangkang dilaporkan  telah berhasil menjatuhkan 3 pesawat milik tentera pemerintah pada Sabtu lalu. Hal itu bersamaan dengan serangan udara terus menerus pada wilayah yang dikuasai pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh “Media Center Syria” .

Para aktivis Perjuangan berbicara tentang Deir al-Zour bahawa mereka mendapati pembantaian baru di kota, di mana semua keluarga di daerah al-Jibiliyah diserang dan mereka menemukan beberapa  mayat di tepi kompleks pondok.”

sumber

SYRIA - Tentera Hujani Damsyik dgn Roket


Para aktivis mengatakan pasukan pemerintah Syria menyerang daerah yang dikuasai oleh pejuang penentang di sekitar Damsyik dengan jet dan roket, mengakibatkan beberapa orang meninggal dan puluhan lain cedera .

Saat ini tentera Assad meningkatkan serangannya setelah kejayaan penentang selama seminggu ini, termasuk keberhasilan mereka menguasai dua pengkalan militer di dekat ibu kota.

Para pejuang merancang untuk masuk ke pusat kota dan menggempur pasukan Assad di sana. Para aktivis mengatakan bahawa serangan roket yang berlangsung hari Ahad mensasarkan kota berhampiran Lpangan Terbang Damsyik, tempat di mana pertempuran antara tentara dan pasukan penentang terjadi tiga hari yang lalu.
Beberapa orang menggambarkan serangan tersebut seperti serangan yang pernah terjadi di Beit Sahem di Damsyik.

sumber

SYRIA - Askar Bakar Rumah Makdissi


Menurut Pejabat Informasi Dewan Tentera,  pasukan rejim Syria membakar rumah Pegawai Kementerian luar negeri Syria  Jihad al-Makdissi di Mezze, sedangkan Makdissi saat itu  telah meninggalkan negaranya dan pergi ke London melalui Beirut.

Sementara Observatorium Suriah untuk Hak Asasi Manusia menekankan bahawa tekanan beberapa orang dari Assad terhadap Makdissi, membuat dia meninggalkan Syria.

Makdisi berasal dari Damsyik dan dia seorang ayah dari dua anak lelaki dan meraih gelar doktor di media dari London melalui kerjayanya di kedutaan Syria di sana, ia dipanggil ke Damsyik sejak pecahnya protes menuntut penggulingan rejim Assad pertengahan Maret 2011 untuk membantu mengatasi masalah luar negeri.

Meskipun Makdissi sering mengatakan bahawa Syria baik-baik saja, ternyata diam diam keluarganya telah meninggalkan Syria bulan lalu.

sumber

SYRIA - Lagi Pegawia Tinggi Berpaling Tadah


Sumber dari Damsyik untuk “Sky News Arab,”Isnin bahawa juru cakap Kementerian Luar Negeri Syria Jihad Makdissi, berpaling tadah dari pemerintahan negerinya. Sumber menambahkan bahawa pernyataan Kementerian Luar Negeri Syria dikeluarkan Selasa hari ini secara rasmi.

Direktur Pejabat gerakan revolusioner dari dewan pembangkang Syria Nasional, Jamal Valley, mengungkapkan pada “Sky News Arabic” sebelumnya ia telah menerima maklumat dari aktivis pembangkang Syria di Lebanon bahawa  Makdissi tiba di Beirut beberapa hari yang lalu kemudian  pergi lagi ke tujuan yang tidak diketahui.

Sedangkan laporan dari Syiah  AL-Manar TV Hizbullah Lebanon, melaporkan pemerintah Syria memecat Makdissi dari  jawatannya dengan “Surat Keputusan rasmi Syria”, tanpa memberikan rincian lainnya.
Menurut laporan media Makdissi pergi ke London melalui Lapangan Terbang Internasional Beirut setelah adanya ketegangan hubungannya dengan Syria.

Yang perlu diperhatikan bahawa Makdissi melindungi dirinya dalam beberapa minggu terakhir, setelah selalu tampil  dalam sidang media dan media untuk membela rejim Syria.

Pembelotan Makdisi adalah yang paling menonjol yang terjadi di Syria setelah pembelotan Perdana Menteri Syria, Riyad Hijab, Ogos lalu, dan itu kerana  latar belakang kekerasan yang diikuti pecahnya protes terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad pada Mac 2011.

sumber

SYRIA Sedang Kumpul Senjata Kimia


Seorang pegawai tinggi di Kementerian Pertahanan AS mengatakan bahawa pegawai perisikan AS telah membuktikan adanya gerakan militer di lebih dari satu tempat di Syria yang mengumpulkan bahan-bahan kimia berbahaya yang mungkin diperlukan untuk membuat senjata kimia.”
Hal ini disampaikan dalam sebuah pernyataan seorang pegawai kepada Associated Press, bahawa pergerakan ini telah berlangsung seminggu lalu.

Menteri pertahanan Leon Panetta mengatakan,”Ia pernah menyatakan pada September lalu yang Syria telah menyerahkan senjata kimia untuk keamanan,  senjata Kimia itu masih ada  dibawah kendalian pemerintah Syria.

Perlu untuk dicatat bahwa Syria adalah negara yang memiliki salah satu program senjata Kimia terbesar di dunia, dan rejim Bashar al-Assad selalu menegaskan bahawa senjata itu tidak akan digunakan terhadap rakyat Syria melainkan hanya untuk melawan kekuatan eksternal yang melancarkan serangan terhadap negara itu.

sumber

PALESTIN - Masjid Hancur, Al-Quran Bertaburan


Pada Selasa pagi, Israel menghancurkan Masjid “Al Mufqoro” di timur kota Yatta, selatan Hebron di Tebing Barat, dengan alasan pembangunan masjid tersebut tanpa izin.

Menurut sumber-sumber setempat, pasukan Israel menghancurkan Masjid beserta barang barang di dalamnya seperti al Qur’an, buku buku dan peralatan lainnya, warga tidak diperbolehkan untuk mengeluarkan apa yang di dalamnya  sebelum memulai proses penghancuran.

Koordinator Komite  pembangunan  dan Pemukiman di kota Yatta, Gaji Jabour mengatakan  pasukan Israel menyerbu masjid pada waktu fajar dan menghancurkan masjid yang luasnya lebih dari 120 meter persegi. Jabour menambahkan, pasukan Israel menyerbu dengan jentolak dan alat berat, dan menutup seluruh kawasan masjid.

Setelah penghancuran masjid, Lembaran kitab suci agama Islam tersebut berserakan dan berceceran di sekitar jalan. Penduduk  tidak dapat berbuat banyak lantaran ketatnya pengawalan. Mereka mengutuk aksi tersebut, dan meminta perlindungan hak-haknya untuk menjalankan ibadah dengan tenang.

sumber

Tuesday, December 4, 2012

Lima terbunuh dalam letupan bom di AFGHANISTAN

KANDAHAR 4 Dis. - Sekurang-kurangnya lima orang termasuk dua wanita terbunuh apabila sebutir bom yang disasarkan terhadap kenderaan tentera meletup di selatan negara ini semalam.
Alat kawalan bom itu diletakkan di sebuah motosikal dan meletupkan sebuah trak tentera yang melalui bandar Trin Kot di wilayah Uruzgan.
“Dua tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam letupan tersebut," kata jurucakap polis, Farid Ayal. - Agensi

Sumber

MYANMAR: Etnik Islam Kaman pula ditindas


Seorang wanita etnik Kaman yang ditempatkan di khemah pelarian di Rakhine mengayun anaknya di dalam buaian. - AGENSI
 
SITTWE 3 Dis. - Sengketa agama di negeri Rakhine, Myanmar ketika ini hanya memberi fokus kepada penganut Rohingya yang beragama Islam, namun satu lagi etnik Islam, Kaman, turut menjadi mangsa penindasan penduduk negara ini.
Keadaan itu meningkatkan kebimbangan terhadap konflik agama yang semakin meruncing di negara ini.
Tidak seperti Rohingya yang belum diiktiraf oleh Myanmar, Kaman merupakan etnik yang diiktiraf kerakyatan mereka.
Pemimpin agama etnik Kaman, U Thar Din berkata, selepas masjid dibakar, pertempuran tersebut bertukar daripada konflik antara kaum kepada konflik agama.
"Seandainya kerajaan tidak mengawal keadaan ini, keganasan akan berlaku. Kami tidak boleh bersabar lagi. Seandainya keadaan ini berterusan, semua penganut Islam akan mati," katanya.
Seorang mangsa daripada etnik Kaman, Ma Yay Phyu, 74, berkata, dia dan keluarganya cuba lari daripada kemelut agama di situ dengan menaiki bot, namun kenderaan tersebut karam menyebabkan empat anggota keluarga termasuk suaminya, lemas.
"Saya tidak tahu mengapa mereka menyerang kami. Kami tidak pernah bergaduh sebelum ini. Kami pernah tinggal bersama dalam satu kampung," katanya yang merupakan antara 100,000 pelarian di Rakhine ketika ini, bersama-sama etnik Rohingya yang lain.
Kebanyakan penganut Rakhine Buddha, yang kini mendapatkan perlindungan di kuil, tidak dapat membezakan antara Rohingya dan Kaman.
Seorang penganut Buddha, May Kyaw Mar, 55, pula mendakwa, kedua-dua etnik itu bersatu menyerang mereka dengan membakar kediaman penganut Buddha.
"Rohingya mencetuskan masalah. Penduduk tempatan Islam (Kaman) juga mencetuskan masalah. Mereka tidak ada beza," katanya. - AGENSI