BAITULMAQDIS 4 Jan. - Tindakan tentera Israel melancarkan serbuan di
bandar Jenin di Tebing Barat semalam untuk memburu suspek militan,
mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin yang bertindak melontar
batu dan bom petrol ke arah pasukan keselamatan rejim itu.
Pertempuran itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh seminggu
selepas tentera Israel melancarkan satu lagi operasi memburu militan di
perkampungan Tamoun, kelmarin.
Dalam serbuan semalam, tentera Israel bertempur dengan kira-kira 500 penduduk Palestin yang memaksa mereka keluar dari Jenin.
Seorang penduduk Palestin dilaporkan cedera dalam pertempuran
tersebut akibat digigit anjing yang digunakan oleh askar Zionis dalam
serbuan itu. - REUTERS
1 comment:
militan, btol ke ade militan kat palestin?
Post a Comment