Monday, February 4, 2013

Erdogan Kutuk Israel Serang SYRIA


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menuduh Israel melancarkan "keganasan ke atas negara" dengan mengutuk serangan udara ke atas Syria sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima.

"Mereka yang terlalu memanjakan Israel seperti kanak-kanak tidak harus mengharapkan apa-apa dari mereka, pada bila-bila masa," kata Erdogan pada hari Ahad.

"Seperti yang saya tegaskan berulang kali, Israel mempunyai mentaliti melancarkan keganasan kepada negara. Sekarang, kita tidak dapat menjangka apa yang mereka lakukan dan di mana mungkin mereka melakukannya," katanya kepada pemberita.

Erdogan, pengkritik vokal terhadap Israel, berkata demikian selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengesahkan bahawa mereka telah merancang pengeboman Rabu lalu yang Damsyik laporkan mensasarkan kompleks tentera berhampiran ibu negara.

"Kita tidak boleh menganggap pencerobohan ruang udara sebagai sesuatu yang boleh diterima. Apa yang Israel lakukan sememangnya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ia perbuatan yang adalah di luar kutukan," kata Erdogan.

"Saya bimbang dengan situasi seperti ini, mana-mana senario mungkin akan muncul pada masa hadapan."

Terdahulu, pada hari Ahad, Barak mengelak dari membuat pengesahan penglibatan secara langsung ketika menyebut tentang isu tersebut di Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.

"Saya tidak boleh menambah apa-apa maklumat kepada anda berkenaan apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," Barak memberitahu para peserta.

Namun beliau menambah: "Ia adalah satu lagi bukti bahawa apabila kami menyebut sesuatu bermakna kami memaksudkannya. Kami katakan bahawa kami fikir tidak seharusnya dibenarkan membawa sistem senjata yang canggih ke Hizbullah Lubnan dari Syria, apabila [Presiden Syria Bashar al- ] Assad jatuh. "

Menurut pegawai Amerika Syarikat, serangan Rabu lalu itu melanda konvoi senjata anti-pesawat Syria untuk kumpulan Hizbullah Lubnan tetapi Israel tidak mengakui serangan udara tersebut secara terbuka .

Tentera Syria berkata sasaran jet Israel adalah sebuah pusat penyelidikan saintifik. Kemudahan berkenaan terletak dalam kawasan Jamraya, barat laut ibu negara. (aljazeera.com)

No comments: