Friday, February 1, 2013

Israel serang SYRIA


Gambar fail menunjukkan peluru berpandu antipesawat SA-17 buatan Rusia. Senjata itu telah menyebabkan Israel menyerang Syria. - AGENSI 
 
BEIRUT 31 Jan. - Israel melancarkan serangan udara ke Syria yang menyasarkan satu konvoi kenderaan dipercayai membawa senjata antipesawat kepada pejuang Hezbollah di Lebanon, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) semalam.

Serangan itu dilihat menjadi elemen baharu yang menambah ketegangan konflik di Syria.
Pasukan keselamatan wilayah berkata, serangan udara itu pada malam kelmarin menyasarkan kawasan berdekatan sempadan Lebanon.

Sementara itu tentera Syria di dalam satu kenyataan berkata, serangan itu memusnahkan pusat penyelidikan tentera yang terletak di barat laut Damsyik.

Malah, tentera juga menafikan kewujudan senjata antipesawat itu dan menyatakan kemudahan penyelidikan saintifik mereka diserang oleh pesawat Israel.

Dalam pada itu, pegawai AS berkata, sasaran serangan itu adalah sebuah trak yang dipercayai oleh Israel membawa senjata antipesawat canggih untuk Hezbollah di Lebanon.
Trak itu dipercayai membawa peluru berpandu antipesawat SA-17 buatan Rusia di mana jika dimiliki Hezbollah akan membolehkan mereka menembak jatuh jet, helikopter dan pesawat tanpa pemandu (drone) milik Israel.

Tentera Israel enggan mengulas mengenai serangan tersebut.
Serangan udara Israel itu berlaku ekoran permusuhan antara Israel dengan Syria dan Hezbollah sejak berdekad-dekad lalu.

Serangan Israel itu meningkatkan lagi konflik pentadbiran Presiden Syria, Bashar al-Assad dan pemberontak yang ingin menggulingkan beliau. - AGENSI

No comments: