Monday, February 4, 2013

Keadaan Lagenda Tinju Muhammad Ali

Chicago: Peninju legenda, Muhammad Ali, (gambar) tidak lama lagi akan menghembuskan nafas terakhir, kata adiknya, Rahman Ali.

Bekas juara tinju ‘heavyweight’ berusia 71, itu tidak lagi mengenali beliau, kata Rahman. 
Ali bergelut dengan penyakit Parkinson dan Rahman bimbang abangnya tidak mampu bertahan lebih lama. 



Ali tak bercakap

“Abang sudah tidak dapat bercakap dan tidak mengenali saya. Dia dalam keadaan teruk. Dia amat sakit.

“Dia mungkin akan pergi beberapa bulan atau beberapa tahun. Mungkin juga sebelum musim panas kali ini berakhir. Nyawanya di tangan Tuhan. Kami harap dia dapat pergi dengan tenang,” katanya.

Namun, Rahman, 69, juga memberitahu penyakit itu bukan faktor utama terhadap keadaan kesihatan Ali. 
Beliau menyalahkan Lonnie, isteri Ali sejak 26 tahun lalu kerana memecahbelahkan keluarga mereka.

Ali pasti marah jika tahu apa sudah berlaku, katanya ketika diwawancara akhbar The Sun.

Rahman tidak dapat menahan kesedihan ketika beliau mengakui, dia rela melihat abangnya meninggal dunia sekarang supaya dapat keluar daripada penderitaan.


Capai semua 

“Dia kata kepada saya sebelum dirinya teruk bahawa dia tidak sakit. Dia genggam tangan saya dan bisik, ‘Rah, saya sudah capai segala-galanya yang saya mahu. Jangan menangis, saya tidak berada dalam kesakitan.

“Adalah bagus jika dia pergi sekarang. Lebih lama dia dalam keadaan itu, dia akan terus menderita dan sengsara.

“Dia akan ke syurga, itu tidak syak lagi. Jika pengebumiannya esok, semua negarawan di dunia akan muncul. Dia disayangi semua, yang kaya atau miskin.

“Saya sayangkan abang berbanding orang lain kerana dia yang terbaik. Semua orang kenal Muhammad Ali.” 

AGENSI

sumber

No comments: