KAHERAH 23 Feb. - Pemimpin pembangkang Mesir semalam mengkritik
keputusan Presiden Mohammed Mursi yang mahu menangguhkan pilihan raya
Parlimen sehingga April depan, memberi amaran bahawa pemilihan akan
menyebabkan perpecahan politik di negara ini.
Tindakan untuk menangguhkan pilihan raya menunjukkan kelemahan institusi kerajaan negeri
dan keputusan yang tidak bertanggungjawab, sekali gus menambahkan
kemarahan rakyat, kata pemimpin pembangkang terkemuka, Mohammed
El-Baradei, menerusi laman Twitter.
Mursi semalam mengumumkan pilihan raya Parlimen akan diadakan dalam
empat peringkat bermula pada 27 April ini di lima wilayah negara ini
termasuk Kaherah. - DPA
No comments:
Post a Comment