Seorang komandan Tentara Pembebasan Syria (FSA) mengatakan pada Rabu (20/2/013) bahawa jika “Hizbullah” tidak menghentikan penembakan terhadap pejuang FSA, mereka akan merasakan pembalasan.  Sang komandan memberikan tempoh 48 jam untuk “Hizbullah”, siar Rusia Today.

Pesan itu datang di tengah perkembangan lainnya dalam perang Syria.  Pejuang Syria dari kelompok FSA mengaku berhasil menembak jatuh sebuah jet tempur rejim setelah serangan udara pengecut di luar Damsyik.

Selim Idriss, komandan FSA mengatakan kepada AFP bahawa “Hizbullah” telah melanggar batas kedaulatan dengan melepaskan tembakan mortar ke wilayah Suriah dan posisi pejuang Syria. Dia menambahkan bahawa “Hizbullah” menyerang wilayahHoms yang berdekatan dengan Lembah Bekaa di Lebanon.  Pejuang FSA menyatakan akan mengebom posis “Hizbullah” dari berbagai arah kerana mereka memiliki senjata lengkap.

Milisi “Hizbullah” yang merupakan penganut Syiah telah berjanji memberikan dukungan penuh kepada presiden rejim Suriah, Bashar al-Assad meskipun parti tersebut membantah telah mengirim tenteranya ke Suriah.sumber