Sebahagian daripada penduduk Syria
melihat kereta yang musnah dalam satu serangan bom di kawasan kejiranan
Akrama Jadideh di bandar Homs, Syria, kelmarin. - AFP
Perikatan Nasional dalam kenyataannya berkata, tentera Bashar telah membunuh 72 penduduk selepas satu serbuan di kampung Malkiyeh berhampiran bandar Sfeira di timur wilayah Aleppo.
Katanya, sekurang-kurangnya 49 mayat telah dikenal pasti setakat ini.
''Pembunuhan berulang beramai-ramai yang dilakukan tentera kerajaan menunjukkan satu kaedah yang jelas bertujuan untuk menyemai kebencian di kalangan rakyat Syria,'' kata kumpulan utama pembangkang Syria.
Dalam pada itu, Aleppo Press Centre yang dikendalikan oleh rangkaian aktivis antikerajaan berkata, kanak-kanak, wanita dan orang tua merupakan antara mangsa pembunuhan yang menyasarkan mereka yang bekerjasama dengan pemberontak.
''Beberapa kes rogol dan penyeksaan telah dilaporkan serta rumah yang dibakar,'' kata pertubuhan itu sambil mendedahkan butiran 49 mayat yang dikenal pasti termasuk tujuh kanak-kanak berumur antara lapan bulan dan 12 tahun.
''Sebanyak 23 lagi mayat masih belum dapat dikenal pasti kerana badan mereka rentung,'' katanya lagi. - AFP
No comments:
Post a Comment