MANILA 5 Mac - Jurucakap Presiden Benigno Aquino III, Ricky Carandang
hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan
untuk mengelak pencerobohan di Sabah berakhir dengan keganasan.
Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan
ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Kesultanan
Sulu di kampung Tamduo, Lahad Datu, hari ini.
Kami telah melakukan semampu boleh bagi menghalang kejadian ini
berlaku, tetapi pengikut Kiram memilih jalan tersebut," kata Carandang.
Sebanyak 27 orang telah terkorban akibat pertempuran sejak pengikut
Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III menceroboh negeri itu pada 12
Februari lalu.
Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih
berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari
Malaysia berhubung krisis keselamatan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment