Sebahagian daripada 60 pelarian
Rohingya yang diselamatkan oleh nelayan Indonesia duduk di dalam bas
polis ketika menunggu pengesahan identiti di pusat imigresen di
Lhokseumawe, Aceh, kelmarin. - REUTERS
Ketua Polis Daerah Aceh, Muhajir berkata, bot kayu dan tidak mempunyai enjin itu yang turut membawa 23 kanak-kanak, ditemui hanyut di kawasan perairan Sumatera berdekatan Aceh.
''Nelayan menemui bot dengan 60 orang etnik Rohingya petang semalam kira-kira 160 kilometer dari bandar Idi Rayeuk. Mereka kemudian menarik bot itu ke pantai.
''Apa yang kami tahu mereka dari Myanmar. Kami tidak tahu dari mana mereka belayar kerana mereka terlalu letih dan lapar untuk disoal dan kami mempunyai masalah untuk berkomunikasi,'' katanya.
Beliau berkata, semua pelarian Rohingya tersebut kini ditahan di pejabat imigresen di bandar Langsa dan kemungkinan dipindahkan ke pusat tahanan.
''Berdasarkan situasi di Myanmar dan Thailand, kami menjangka menemukan lebih banyak bot-bot pelarian Rohingya di kawasan ini,'' katanya.
Nelayan di Sumatera sebelum ini telah menyelamatkan 121 orang etnik Rohingya tiga hari lalu.
Seorang pelarian etnik Rohingya mendakwa pihak berkuasa Thailand menembak mereka dan merampas bekalan makanan dan petrol serta merosakkan bot ketika mereka memasuki perairan negara itu. - AFP
No comments:
Post a Comment