Friday, March 1, 2013

Isu LD - Seorang Lagi Disahkan Maut

KUALA LUMPUR 1 Mac - Seorang lagi mangsa serangan Kumpulan Penceroboh di Lahad Datu, Sabah disahkan meninggal dunia.

Menurut Jurucakap Luar Filipina, Raul Hernandez, kematian ketiga ini melibatkan seorang pemilik rumah yang menjadi penginapan Kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina itu.

Pemilik rumah di mana kumpulan penceroboh tinggal sejak 12 Februari lalu juga terbunuh," katanya menerusi laporan AFP.

Beliau juga menjelaskan, laporan yang sama turut diterima dari Duta Malaysia di Negara berkenaan mendapati, seorang anggota polis turut tercedera selepas kumpulan itu melepaskan tembakan.
"Duta Malaysia ada menyebut bahawa baki anggota kumpulan (Sultan Sulu) Kiram di Lahad Datu melarikan diri ke arah kawasan perairan," ujarnya.

Setakat ini, seramai 10 anggota kumpulan terbabit ditahan.

Sebelum ini, dua komando polis telah dilaporkan terbunuh susulan serangan mortar di Kampung Tanduo dari Kumpulan penceroboh berkenaan.
 
Insiden itu berlaku ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

sumber

No comments: