KUALA LUMPUR: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah
(PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada
keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan
antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.
"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan
secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari
insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli
keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa
melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara
ini.
Katanya, isu percerobohan ke atas Sabah sebenarnya mencabar
kadaulatan negara ini dan perkara tersebut perlu dibendung secara aman.
"Kita doakan semoga pihak keselamatan negara ini akan terselamat dari
sebarang mala petaka dan juga insiden ini kembali aman," sambung beliau
lagi.
Lajim menolak desas desus mengatakan konflik yang berlaku di Lahad Datu itu ada kaitan dengan senario politik negara ini.
Sementara itu mengikut laporan media dua komando polis Malaysia
terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi
kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu.
Mereka dilaporkan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu pos di sekitar Kampung Tanduo.
AFP melaporkan, sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina
berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu.
sumber
No comments:
Post a Comment