Wednesday, March 13, 2013

Lahad Datu, Batalkan Program Hiburan Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah.

“Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban,” ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan.

Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban.

Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan.

“Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan,” ujarnya.

sumber

No comments: