LAHAD DATU 5 Mac - Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan
krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan
serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini.
Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail
Omar berkata, polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan,
mengikut sasaran yang ditentukan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera,
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Lahad Datu, Sabah, Ismail
berkata, pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap
kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.
Beliau berkata, tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.
Ismail berkata, tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan
manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum
dapat disahkan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment