Akhbar Washington Post AS, pada Selasa malam, mengutip laporan
dari beberapa pegawai di Bahagian Penerbangan Rakyat Mesir, yang
menyatakan bahawa Kementerian sedang mempertimbangkan larangan penjualan
alkohol di kedai-kedai yang bebas dari cukai di lapangan terbang, setelah
Kementerian menerima keluhan yang menganggap hal tersebut tidak sesuai
dengan prinsip-prinsip Islam di Mesir.
Para pegawaipasar bebas di lapangan terbang Kaherah mengatakan, dalam
pernyataannya yang disiarkan oleh akhbar melalui lamannya bahawa
Kementerian meninjau kembali tindakan selama sekitar 4 bulan, setelah
menerima keluhan dari rakyat.
Akhbar tersebut juga mengatakan bahawa para penentang presiden
Mursi dari kalangan Liberal dan sekular sangat khawatir kalau-kalau dia dan
pendukungnya menerapkan Syari’at Islam, dan mereka juga khuatir
langkah pelarangan alkohol akan sangat merugikan pelancongan.
Muhammad Shadek, Ketua Suruhanjaya Transportasi di Majlis Syura menegaskan
bahawa Menteri Penerbangan, Wael el-Madawy, di mana ia dikenal “tidak
memihak salah satu parti Islam”, mengemukakan gagasan larangan alkohol
tesebut pada pertemuan hari Isnin di depan anggota suruhanjaya.
sumber
No comments:
Post a Comment