Thursday, April 25, 2013

INDONESIA minta Google padam video hina Islam


JAKARTA 24 April - Kerajaan Indonesia hari ini meminta syarikat pengendali laman web perkongsian video YouTube, Google memadamkan satu video yang dipercayai mempersendakan agama Islam.
Menteri Penerangan, Taifatul Sembiring berkata, kerajaan telah meminta kerjasama Google untuk memadamkan video yang memaparkan lima pelajar perempuan sebuah sekolah tinggi mempersendakan solat dengan membuat tarian mengikut rentak lagu Maroon 5, One More Time.
Polis Indonesia berkata, kelima-lima pelajar berkenaan telah dibuang sekolah dan berkemungkinan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina Islam.
Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang pelajar berkenaan tidak didedahkan. - DPA

No comments: