Tuesday, April 2, 2013

PALESTIN - Hamas Pilih Jalan Penentangan



Gerakan Pejuang Palestin, Hamas kembali menegaskan (30/3) bahawa penentangan terhadap pendudukan Zionis akan tetap menjadi pilihan strategik bagi rakyat Palestin dalam perjalanannya untuk memulihkan hak dan mengembalikan tanah yang dirampas, serta mempertahankan tempat-tempat Suci.

Hamas menegaskan dalam sebuah pernyataannya pada hari Bumi ke 37,” bahawa setiap pendekatan apapun selain peejuangan adalah merupakan fatamorgana di mana rakyat Palestin tidak akan menuai selain Konsesi dan kompromi.”

Ia menambahkan,”tidak akan menyerah atau melepaskan satu inci pun dari tanah Palestin yang bersejarah, dan rakyat Palestin akan tetap berpegang teguh dan mempertahankan sungai,tanah dan laut mereka, dan rencana pendudukan Para Zionis untuk mengubah realitas sejarah serta menodai kesucian Islam tidak akan pernah berhasil.”

Hamas juga menunjukkan bahawa “rakyat Palestin hari ini sangat perlu mewujudkan cita-cita mereka  untuk membangun strategi perjuangan terpadu yang melibatkan pasukan Palestin dan semua faksi yang ada, dalam satu visi untuk memulihkan persatuan Nasional dan menghadapi pendudukan Zionis.

Gerakan Hamas sangat menolak gagasan “tanah air alternatif” yang di ajukan oleh Penjajah, Hamas menekankan bahawa kembalinya para pelarian ke kota-kota dan desa mereka  setelah mereka diusir paksa, tidak dapat di ganggu gugat dan diabaikan. (hr/IS)

No comments: