Monday, April 22, 2013

AMERIKA: Pemberontak Vilayat Dagestan nafi terlibat dengan pengebom Maraton Boston

MOSCOW 22 April - Sebuah kumpulan pemberontak terkenal Rusia dari Caucasus Utara hari ini menafikan sebarang kaitan dengan dua suspek pengebom Maraton Boston yang berketurunan etnik Chechen.
"Pusat pemerintah mujahidin Vilayat Dagestan mengumumkan bahawa pejuang Caucasus tidak melancarkan sebarang aktiviti ketenteraan terhadap Amerika Syarikat," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web pemberontak iaitu, Kavkazcenter.com dan Vdagestan.info.
"Kami hanya berperang dengan Rusia, yang bukan sahaja bertanggungjawab bagi pendudukan Caucasus, tetapi juga bagi jenayah yang dilakukan terhadap umat Islam," kata kumpulan pemberontak itu lagi. - AFP

No comments: