Friday, April 12, 2013

Serangan Hackers - Israel Rugi USD 3 BIllion



Anonymous menyatakan keberhasilan operasi cyber mereka pada Ahad (7/4/2013) telah berhasil mengakibatkan “Israel” mengalami kerugian sebesar 3 billion USD, seperti disiarkan PNN pada Selasa (9/4).

Anonymous menjabarkan pada halaman twitter mereka bahawa mereka telah menceroboh sebanyak 100 ribu laman “Israel” dan mereka juga telah meng-hack 40 ribu akaun Facebook dan 30 ribu rekening bank yang dimiliki oleh orang-orang “Israel”.

Media “Israel” mengumumkan pada Sabtu (6/4) malam, bahawa ada laman penting yang dimiliki oleh Pemerintah “Israel” yang telah diceroboh dan dilumpuhkan. Situs-situs tersebut termasuk laman Kepolisian, Perdana Menteri “Israel”, Biro Statistik dan Kementerian Pertahanan “Israel”.

Kempen yang disebut sebagai # OpIsrael ini merupakan bentuk perlawanan Anonymous atas penganiayaan “Israel” terhadap Palestin. Operasi ini bukan yang pertama kalinya. Pada bulan November tahun lalu, aksi serupa juga telah sukses dilancarkan oleh Anonymous.

sumber

No comments: