Friday, April 19, 2013

SYRIA - 7 Juta Penduduk Perlu Bantuan Kemanusiaan

NEW YORK: Hampir tujuh juta penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria dengan Damsyik dilihat cuba menyekat penghantaran berkenaan, kata seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

“Keperluan itu semakin besar dan mendadak dan mereka yang memerlukan adalah di kawasan konflik dan kawasan yang dikuasai pembangkang," kata
Setiausaha Rendah PBB Mengenai Hal Ehwal Kemanusiaan, Valerie Amos memberitahu Majlis Keselamatan PBB semalam. Beliau berkata, angka terbaru menunjukkan 6.8 juta penduduk amat memerlukan bantuan, 4.25 juta penduduk hilang tempat tinggal dan baki, 1.3 penduduk kini hidup sebagai pelarian di negara jiran.


Amos berkata, sejak Januari pentadbiran Damsyik mewujudkan pelbagai halangan birokratik sehingga menyukarkan operasi pengagihan bantuan. - AFP
sumber

No comments: