Wednesday, May 1, 2013

Identiti 35,425 Pengundi di Perak Gagal Dikesan


IPOH: PAS Perak telah mengenalpasti  sebanyak 35,425 pengundi di negeri itu yang gagal dikesan identitinya.


Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Salman Saleh (gambar) berkata, jentera disemua peringkat di seluruh negeri Perak telah berusaha untuk mencari serta mengenalpasti identiti tersebut.

Salman berkata, PAS gagal mengesan ke semua individu tersebut walaupun sudah mencuba dengan beberapa kaedah.

Beliau menjelaskan, pengundi yang tidak dikenalpasti itu terdapat di semua Dun dan parlimen yang ditandingi oleh PAS.

“Kami agak bimbang dengan angka yang besar ini dan kemungkinan ianya menjadi penentu kemenangan di beberapa Dun.

“PAS meragui kewujudan kesemua individu itu dan kemungkinan ianya adalah pengundi hantu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Safarizal Saleh.

Jelas beliau, 1,600 daripada 35,425 pengundi yang dikesan itu berada di Dun Sungai Rapat.

Angka itu katanya begitu besar dan sangat meragukan lebih-lebih lagi Dun tersebut berada di kawasan bandar dan sepatutnya pengundi tersebut lebih mudah dikesan.

“Kami masih ada masa mengenalpasti individu dalam baki beberapa hari sebelum pilihanraya ini dan kami akan berusaha sedaya upaya,” jelasnya.

Tegas beliau, PAS akan mengarahkan semua jentera paca dapat mengenalpasti individu yang gagal dikesan ini pada hari pengundian nanti dan memastikan mereka tersebut bukan pengundi hantu.

sumber

No comments: