Thursday, May 9, 2013

PALESTIN: Israel lulus pembinaan 296 unit rumah dekat Ramallah


BAITULMAQDIS 9 Mei - Israel hari ini meluluskan pembinaan hampir 300 buah rumah di kawasan penempatan Beit El dekat Ramallah, tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan dengan Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mencari jalan untuk mengajak kedua-dua pihak menyambung semula rundingan damai.
Seorang jurucakap rejim Zionis berkata, Pentadbiran Awam Israel meluluskan pembinaan 296 buah rumah di Beit El yang merupakan peringkat pertama sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.
Pengumuman terbabit dikeluarkan hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor mengarahkan pembekuan tender penempatan baharu sebagai usaha memberi peluang kepada AS untuk mengetuai rundingan damai dengan Palestin. - AFP

No comments: