Sunday, June 2, 2013

Demo di AS Bantah TURKI

NEW YORK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada bantahan besar-besaran di Turki terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan. 

Kumpulan penunjuk perasaan itu berbaris di Zuccotti Park, berhampiran Wall Street. 
Kebanyakan penunjuk perasaan memakai baju merah dan putih, yang menunjukkan warna bendera Turki dan melaungkan dalam bahasa Turki: “Tayip, letak jawatan!” 


Di Istanbul, beribu penunjuk perasaan menyambut kemenangan awal apabila anggota polis berundur dari Taksim Square, dalam satu tunjuk perasaan terbesar terhadap kerajaan Erdogan. - AFP

sumber

No comments: