Wednesday, June 12, 2013

INDONESIA - 6 Nelayan Malaysia Ditahan

KUALA LUMPUR: Wisma Putra dan Kerajaan Negeri Johor perlu bertindak cepat bagi membawa pulang enam nelayan Melayu dari Pengkalan Nelayan Pontian Kecil yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara berkenaan berhampiran Belerang sejak 23 Mei lalu.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Mahmood (gambar)berkata, kelewatan mengambil sebarang tindakan dibimbangi akan mengulangi kes yang pernah berlaku pada 9 Mac 2011 di mana 6 nelayan Pontian ditahan selama 8 bulan di sana, lapor Selatan Online.
Beliau yang juga calon PAS bagi Dun Pulai Sebatang pada PRU13 lalu berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan luahan Hamidah, isteri salah seorang nelayan yang ditahan teramat rungsing memikirkan perbelanjaan persekolahan dan harian bersama dua anaknya.

Dia dilaporkan berkata, kini hampir tiga minggu mereka ditahan di penjara Batam.

Pada 23 Oktober 2011, blogger Ibn bacoks pernah melaporkan 7 keluarga nelayan yang ditahan disantuni Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.
Dilaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac 2011 dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.
Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

No comments: