Thursday, June 20, 2013

Menteri MESIR Berundur Apabila Orang Salafi Dilantik

Menteri Pelancongan Mesir akhirnya mengundurkan diri kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan gabenor baru di kota kuil Luxor kepada anggota Jemaah Islamiyah, televisyen pemerintah Mesir mengatakan pada Rabu lalu.
Hesham Zazou mengatakan bahawa setelah pemilihan Adel al-Khayat – anggota dari kelompok militan Islam Jemaah Islamiyah – “Ia” tidak dapat melanjutkan peranannya sebagai menteri pelancongan.”
Pemilihan  Khayat memicu kemarahan di seluruh sektor pelancongan, industri yang dikatakan telah hancur pasca tahun  pemberontakan yang menggulingkan Hosni Mubarak 2011.
Perdana Menteri Hesham Qandil telah menolak pengunduran diri Zazou dan memintanya untuk tetap pada jawatannya sampailah situasi itu ditinjau, jurucakap kementerian Rasha al-Azaizy mengatakan kepada pejabat berita rasmi MENA.
Tapi dia mengatakan Zazou menegaskan dirinya tidak akan terus bekerja “Selama gabenor baru tetap dalam jawatannya, sangat merugikan pelancongan di Mesir pada umumnya dan khususnya di Luxor”.
Khayat yang berasal dari Jamaah Islamiyah yang dipersalahkan atas serangkaian serangan pada  era 1990-an .
Jemaah Islamiyah mengaku bertanggung jawab atas serangan terhadap daya tarikan utama pelancong di Luxor, Mesir selatan, yang mengorbankan 58 pelancong asing pada tahun 1997.(Arby/KH)

No comments: